TINJAUAN TERHADAP PERMASALAHAN DALAM PENYENGGARAAN
BENGKEL KEMAHIRAN MANIPULATIF SEKOLAH-SEKOLAH
MENENGAH DI DAERAH PAPAR, SABAH.
JASRI ABDULLAH
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mac 2004
DEDIKASI
Kepada,
Ayah dan ibu tercinta
Serta keluarga tersayang.
Terima kasih di atas segala pengorbanan dan sokongan
Kalian di dalam menyiapkan kajian ini.
PENGHARGAAN
Sebagai pembuka bicara, rasa kesyukuran dipanjatkan kepadaNya, Allah S.W.T.
kerana memberikan kesempatan kepada penulis menyiapkan penulisan ini seadanya.
Tidak dilupakan jua kepada Junjungan Rasulullah S.A.W serta para sahabatnya.
Sekalung budi juga dihulurkan kepada pensyarah pembimbing, Prof. Dr. Abu Bakar
Hj. Hashim kerana memberi kerjasama yang padu serta dorongan yang akan dijadikan
panduan untuk penulisan di masa hadapan. Segala ilmu dan kemahiran yang diberi akan
digunakan sebaik mungkin.
Rasa penghargaan juga dihulurkan kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan
UTM serta semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak, penulis sekali lagi
memohon sepuluh jari memohon kemaafan dan ucapan terima kasih tidak terhingga.
Semoga keikhlasan yang diberikan mendapat keberkatan dariNya.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau permasalahan yang dihadapi oleh
guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) di dalam penyenggaraan bengkel
Kemahiran Manipulatif (KM) di sekolah-sekolah menengah. Sampel kajian terdiri
daripada 40 orang guru Kemahiran Hidup di tujuh buah sekolah menengah sekitar
Daerah Papar, Sabah. Terdapat tiga aspek yang dikaji iaitu pengetahuan teknikal,
kemahiran penyenggaraan dan amalan ciri-ciri keselamatan. Borang soal selidik
digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan skala Likert sebagai alat
pengukuran. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package For Social Science – Version 11.0 ( SPSS 11.0 ). Data dianalisis
dalam bentuk frekuensi, peratusan dan min yang kemudian dikelaskan kepada 3
kategori tahap pencapaian. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru KHB
mempunyai permasalahan dalam melaksanakan penyenggaraan bengkel KM dari
aspek pengetahuan teknikal dan kemahiran penyenggaraan. Beberapa cadangan
juga disarankan untuk tindakan selanjutnya oleh pihak-pihak berkewajipan.
ABSTRACT
The aim of this study was to investigate the problem faced by Living
Skills teachers in the management and maintenance of the manipulative skills
workshop (Bengkel Kemahiran Manipulatif) in secondary schools. This study was
carried out in seven secondary schools in Papar district, Sabah. The study was
specifically focused on the following three areas, namely (i) technical knowledge,
(ii) maintenance skill and (iii) safety procedures. The respondents in this study were
all the Living Skills teachers in the seven schools in Papar district, Sabah. Data
obtained from the respondents were analysed using Statistical Package For Social
Sciences – Version 11.0 (SPSS 11.0). Descriptive statistics were used to interprate
the results of the data analysis. The results of the study show that Living Skills
teachers are facing difficulties in the areas of technical knowledge and maintenance
skills. Based on findings from this study relevant recommendations were put
forward.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak (Bahasa Malaysia) v
Abstract (Bahasa Inggeris) vi
Kandungan vii
Senarai Jadual xi
Senarai Lampiran xii
BAHAGIAN SATU
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
viii
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.9 Penutup 14
BAHAGIAN DUA
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Bengkel Kemahiran Manipulatif 15
2.3 Penyenggaraan Bengkel 17
2.4 Pengetahuan Teknikal 19
2.5 Kemahiran Menyenggara 22
2.6 Amalan Ciri-ciri Keselamatan 24
2.7 Penutup 28
BAHAGIAN TIGA
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 29
3.2 Reka Bentuk Kajian 29
3.3 Populasi 30
3.4 Sampel Kajian 31
3.5 Instrumen Kajian 32
3.6 Prosedur Kajian 35
3.7 Kajian Rintis 36
3.8 Analisis Data 36
3.9 Penutup 38
ix
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 39
4.2 Analisis Profil Responden 40
4.3 Jawapan Persoalan Kajian 48
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 49
4.3.2 Analisis Persoalan kajian Kedua 52
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 54
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 57
4.3.5 Analisis Persoalan Kajian Kelima 59
4.3.6 Analisis Persoalan Kajian Keenam 61
4.4 Analisis Keseluruhan 64
BAHAGIAN LIMA
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 67
5.2 Ringkasan Kajian 68
5.3 Perbincangan 68
5.3.1 Persoalan Kajian Pertama 69
5.3.2 Persoalan Kajian Kedua 70
5.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 72
5.3.4 Persoalan Kajian Keempat 73
5.3.5 Persoalan Kajian Kelima 75
5.3.6 Persoalan Kajian Keenam 76
5.4 Rumusan 78
5.5 Cadangan 79
x
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 83
5.7 Penutup 83
BAHAGIAN ENAM
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 84
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
LAMPIRAN A – G 88
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Bilangan sample Mengikut Sekolah 31
3.2 Senarai Item Soalan 33
3.3 Skala Likert Lima Mata 34
3.4 Markat Skala Tiga Mata 34
3.5 Perubahan Markat Dan Skala 35
3.6 Skala Likert 5 Mata kepada Skala Likert 3 Pemeringkatan 37
4.1 Jantina Responden 40
4.2 Kelulusan Akademik 41
4.3 Bidang Pengkhususan 42
4.4 Pengalaman Mengajar 43
4.5 Bilangan Kursus Dihadiri 43
4.6 Pengalaman Mengajar Matapelajaran KHB 44
4.7 Jumlah Waktu Pengurusan Dan Penyenggaraan 45
4.8 Waktu Mengajar KHB Dalam Seminggu 46
4.9 Mengajar Mata Pelajaran Lain 47
4.10 Analisis Data Persoalan Kajian Pertama 49
4.11 Analisis Data Persoalan Kajian Kedua 52
4.12 Analisis Data Persoalan Kajian Ketiga 54
4.13 Analisis Data Persoalan Kajian Keempat 57
4.14 Analisis Data Persoalan Kajian Kelima 59
4.15 Analisis Data Persoalan Kajian Keenam 61
4.16 Analisis Data Keseluruhan 64
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A. Soal-selidik 89
B. Surat Pengesahan Menjalankan Kajian Soal Selidik 96
C. Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia 97
D. Surat Memohon Kebenaran kepada Jabatan
Pendidikan Negeri 98
E. Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 99
F. Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Daerah Papar 100
G. Surat Akaun Pelajar 101
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Matlamat kerajaan Malaysia adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara maju menjelang tahun 2020. Bagi merealisasikan matlamat tersebut salah
satu strategi kita ialah menyediakan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separuh
mahir. Oleh itu berbagai usaha sedang dilakukan untuk mendidik masyarakat
berilmu berteraskan perindustrian. Kaedah ini seharusnya bersandar kepada sistem
pendidikan negara. Kurikulum pendidikan telah diubahsuai supaya mampu
menyediakan rakyat yang cenderung ke arah kemahiran dan vokasional. Dengan itu
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) diperkenalkan dalam
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) sejak tahun 1989. Ia merupakan salah
satu mata pelajaran teras dalam KBSM.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1992), mata pelajaran ini
dirancang untuk meningkatkan daya pengeluaran negara melalui penglibatan
masyarakat secara produktif, inovatif dan kreatif serta pembentukan pelbagai jenis
tenaga kerja yang mengenali dan memahami teknologi dan ekonomi sejajar dengan
2
dasar dan keperluan negara. Mata pelajaran ini juga merupakan sebahagian usaha
pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran praktis dan menyemai semangat
keusahawanan dan daya mereka cipta di kalangan pelajar. Mata pelajaran KHB
bertujuan untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan
ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang
sentiasa berubah untuk kehidupan harian (Huraian Sukatan Pelajaran KHB, 2002).
Di samping itu mata pelajaran ini bertujuan untuk memupuk sikap positif terhadap
kerja, bersikap inovatif dan berdikari supaya dapat melaksanakan urusan harian
dengan penuh yakin. Peningkatan kemahiran ini tertumpu khas kepada kemahiran
asas menjalankan kerja buat sendiri yang mudah dan yang boleh digunakan dalam
berbagai situasi. Nilai-nilai murni diterapkan dari semasa ke semasa sewaktu pelajar
menjalankan aktiviti bagi menggalakkan perkembangan semangat bertimbang rasa
dan sedia membantu serta menggalakkan persefahaman dan semangat bersatupadu
di kalangan masyarakat. Tumpuan diberi kepada peningkatan kendiri, kesejahteraan
hidup berkeluarga, kerja amal masyarakat dan alam pekerjaan.
Mata pelajaran KHB terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian teras
dan bahagian pilihan. Bahagian teras wajib diambil oleh semua murid tingkatan
satu sehingga tingkatan tiga iaitu Reka Bentuk dan teknologi. Bahagian pilihan pula
mengandungi empat bidang iaitu Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga,
Pertanian serta Perdagangan dan Keusahawanan. Pelajar diwajibkan mengambil
hanya satu bidang sahaja dan ia akan dikekalkan dari tingkatan satu sehingga
tingkatan tiga
Bengkel Kemahiran Hidup terbahagi kepada 3 jenis bengkel iaitu bengkel
Kemahiran Manipulatif, bengkel Pertanian dan bengkel Ekonomi Rumah Tangga.
Di antara ketiga-tiga bengkel ini, bengkel Kemahiran Manipulatif yang paling
banyak komponen dan yang paling sukar penyenggaraannya kerana ia mempunyai
pelbagai alatan, bahan dan mesin. Di samping itu, bengkel Kemahiran Manipulatif
dipecahkan kepada empat jenis bengkel iaitu bengkel Kerja Kayu dan Logam,
bengkel Paip Asas, bengkel Elektrik dan Elektronik dan bengkel Enjin.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Mata pelajaran KHB telah mula dilaksanakan di semua sekolah menengah
di seluruh negara pada tahun 1991. Sebelum itu, pada tahun 1989, mata pelajaran
Kemahiran Hidup Program Peralihan diperkenalkan di sekolah menengah bagi
menggantikan mata pelajaran elektif iaitu Seni Perusahaan, Ekonomi Rumah
Tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan. Mata pelajaran KHB menurut
Kementerian Pendidikan Malaysia (1990), adalah dirancang untuk meningkatkan
daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat secara produktif, inovatif
dan kreatif serta pembentukan pelbagai jenis tenaga kerja yang mengenali dan
memahami teknologi dan ekonomi sejajar dengan dasar dan keperluan negara.
Menurut Nasaruddin (1997), kemahiran asas ini hanya boleh diperolehi
melalui kerja amali yang dijalankan di dalam ruang khas yang dikenali sebagai
bengkel atau makmal. Bengkel adalah penting kerana segala aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kerja-kerja amali dijalankan di dalamnya. Oleh itu bengkel perlulah
diurus dan disenggara dengan sempurna untuk memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan sempurna. Bengkel yang berada di dalam
keadaan baik secara tidak langsung akan dapat menarik minat pelajar dan selamat
untuk digunakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.
Secara lazimnya tugas mengurus dan menyenggara bengkel KHB
diserahkan kepada guru-guru KH yang terdiri daripada guru-guru yang berbeza
pengkhususannya iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga
dan Kemahiran Hidup. Sebelum mata pelajaran KHB diperkenalkan, guru-guru
yang berbeza pengkhususan mereka akan mengajar mata pelajaran elektif Seni
Perusahaan, Sains Pertanian dan Ekonomi Rumah Tangga mengikut pengkhususan
masing-masing. Kebanyakan dari guru yang ada sekarang menghadapi masalah
untuk mengurus dan menyenggara bengkel KM yang terdiri daripada Bengkel Kerja
Kayu dan Logam, Bengkel Elektrik dan Elektronik, Bengkel Kerja Paip dan
4
Bengkel Enjin kecuali guru pengkhususan Seni Perusahaan. Menurut Yusaini
(1998), secara keseluruhannya aspek pengetahuan dan kemahiran guru berada pada
tahap sederhana dan manakala Mohd Pauzi (2000), menyatakan walaupun guru-
guru mempunyai minat terhadap kerja penyenggaraan, mereka tidak mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang secukupnya.
Apabila pelajaran KHB diperkenalkan , Kementerian Pendidikan telah
mengadakan kursus jangka pendek atau dikenali sebagai Pukal Latihan KBSM
kepada semua guru yang mengajar KHB. Pukal Latihan KBSM ini merupakan
program gantian kepada Kursus Orientasi KBSM yang diberikan kepada guru-guru
di peringkat negeri. Kursus ini didapati berkesan untuk meningkatkan pengetahuan
terhadap isi kandungan mata pelajaran KHB tetapi tidak dalam aspek pengurusan
dan penyenggaraan bengkel KM. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1990),
pukal latihan KBSM ini bertujuan untuk mendedahkan kepada para guru di
peringkat sekolah menengah tentang konsep, sukatan pelajaran, huraian sukatan
pelajaran, buku panduan guru, bahan dan kandungan pembelajaran serta teknik dan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan KBSM. Oleh sebab
itu, bengkel KM didapati tidak diurus dengan baik dan bersistematik.
Di samping itu, kelemahan dalam menguasai pengendalian dan
penyenggaraan alatan dan mesin di dalam bengkel Kemahiran Manipulatif juga
turut mengundang bahaya apabila melakukan kerja-kerja amali di dalam bengkel
Kemahiran Manipulatif. Oleh sebab itu amatlah penting pengetahuan dan
kemahiran dalam menguasai ilmu pengendalian alatan dan mesin bagi melindungi
keselamatan diri dan mengelakkan kemalangan. Ini adalah kerana kebanyakan
kerja-kerja amali Kemahiran Hidup dijalankan di dalam bengkel yang telah
dikhaskan. Berbagai-bagai peralatan dan bahan terdapat di dalam bengkel. Segala
peralatan dan kelengkapan yang terdapat di dalam bengkel memerlukan
perlaksanaan bengkel dengan cekap dan bersistematik supaya proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan.
5
Dalam bengkel Kemahiran Manipulatif, peralatan seperti tukul, gergaji,
pahat, pemutar skru, paku dan skru adalah di antara contoh alatan dan bahan yang
terdapat di dalamnya. Ada di antara alat tersebut, seperti gergaji dan pahat yang
tajam dan boleh mengakibatkan kecederaan. Terdapat juga bahan mudah terbakar
seperti thinner, spirit dan terpentine yang mana jika ianya tidak diurus dan
dikendalikan dengan selamat boleh menyebabkan kebakaran. Bahan ini
memerlukan tempat simpanan yang khusus dan penggunaan yang berhati-hati untuk
mengelakkan risiko kebakaran. Di samping itu alatan kecil seperti pena ujian (test
pen) begitu menarik perhatian pelajar dan risiko kehilangannya adalah tinggi.
1.3 Penyataan Masalah
Kerja-kerja amali Kemahiran Manipulatif akan dijalankan di dalam
bengkel yang telah dikhaskan. Kerja amali atau aktiviti ini dilakukan sama ada di
makmal, bilik khas atau ruang dan tempat kerja yang ditentukan oleh sekolah dan
menggunakan banyak alatan, bahan dan perkakas (Pusat Perkembangan Kurikulum,
1998). Segala peralatan dan kelengkapan mestilah diurus dan disenggara dengan
baik dan bersistematik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan lebih berkesan.
Perlaksanaan penyenggaraan bengkel sangat diperlukan dalam proses
pembelajaran di dalam bengkel. Jika perlaksanaannya yang kurang atau tidak
cekap dilakukan maka ianya secara tidak langsung akan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran amali di dalam bengkel. Guru dan pelajar tidak dapat
memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap kerja-kerja amali yang dilakukan.
Dengan ini usaha untuk membekalkan asas kemahiran vokasional kepada pelajar-
pelajar akan terganggu disebabkan sekatan-sekatan tersebut.
6
Dari masalah yang dinyatakan, penyelidik merasa perlu melakukan
penyelidikan tentang permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar
mata pelajaran KHB dalam menyenggara bengkel KM di sekolah menengah di
daerah Papar, Sabah. Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklumat tentang
permasalahan dalam penyenggaraan bengkel yang dihadapi oleh guru-guru KH di
sekolah menengah di daerah Papar, Sabah.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah untuk :
1. Mengenalpasti pengetahuan teknikal guru KH dalam
penyenggaraan bengkel Kemahiran Manipulatif.
2. Mengenalpasti guru KH menyenggara bengkel Kemahiran
Manipulatif berdasarkan kepada pengetahuan teknikal yang
dimiliki.
3. Mengenalpasti kemahiran penyenggaraan guru KH dalam
menyenggara bengkel Kemahiran Manipulatif.
4. Mengenalpasti guru KH mengaplikasikan penyenggaraan dalam
menyenggara bengkel Kemahiran Manipulatif.
5. Mengenalpasti amalan ciri-ciri keselamatan bengkel guru KH
dalam penyenggaraan bengkel Kemahiran Manipulatif.
6. Mengenalpasti guru KH mengaplikasikan amalan ciri-ciri
keselamatan dalam penyenggaraan bengkel Kemahiran
Manipulatif.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini ialah :
1. Apakah pengetahuan teknikal yang dimiliki oleh guru KH dalam
penyenggaraan bengkel Kemahiran Manipulatif?
2. Bagaimanakah guru KH menyenggara bengkel kemahiran
Manipulatif berdasarkan kepada pengetahuan teknikal yang
dimiliki?
3. Apakah kemahiran penyenggaraan guru KH dalam menyenggara
bengkel Kemahiran Manipulatif?
4. Bagaimanakah guru KH mengaplikasikan kemahiran
penyenggaraan dalam menyenggara bengkel Kemahiran
Manipulatif?
5. Apakah amalan ciri-ciri keselamatan bengkel guru KH dalam
penyenggaraan bengkel Kemahiran Manipulatif?
6. Bagaimanakah guru KH mengaplikasikan amalan ciri-ciri
keselamatan dalam penyenggaraan bengkel Kemahiran
Manipulatif?
Top Related