1
TEKS UCAPAN ALUAN
YBHG. DATUK HAJI MOHAMMAD BIN MENTEK
PENGERUSI PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN
AWAM (SWCorp)
SEMPENA
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2016
27 MAC 2017 (ISNIN) DEWAN KRISTAL, KPKT
2
Terima Kasih Saudari Pengacara Majlis, Yang Berhormat Tan Sri Noh Bin Haji Omar Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Yang Berhormat Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan; YBhg. Dato' Halimi Bin Abd. Manaf Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar); YBhg. Dato' Nor Inchun Binti Mohamed Salleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan);
3
YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli Bin Mohamed Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp);
Anggota-Anggota Perbadanan;
Yang Berusaha Dr. Mohd Pauze Bin Mohamed Taha Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal);
Ketua-Ketua Jabatan dan Setiausaha-Setiausaha Bahagian Kementerian;
Pengarah-Pengarah Kanan SWCorp;
4
Pegawai-PegawaI dan seluruh Warga Kerja SWCorp;
Rakan-Rakan Media yang dikasihi; serta
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam 1 Malaysia.
5
1. Terlebih dahulu izinkan saya memanjat rasa kesyukuran ke
hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat serta keizinan-
Nya jua, dapat kita berhimpun pada hari yang cukup bermakna
ini sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan
Awam (SWCorp) Bagi Tahun 2016 untuk kita bersama-sama
meraikan para penerima anugerah yang telah menunjukkan
kecemerlangan dan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan
amanah yang dipertanggungjawabkan kepada organisasi
SWCorp amnya dan kepada Kementerian khususnya.
6
2. Di kesempatan ini, saya dan seluruh warga kerja SWCorp ingin
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Noh Bin
Haji Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan yang sentiasa memberikan sokongan
kepada SWCorp dan kesudian Yang Berhormat Tan Sri
untuk hadir bagi merasmikan majlis yang penuh bermakna
pada pagi ini. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
kepada Jawatankuasa SWCorp dan semua pihak yang telah
memberi komitmen sepenuhnya bagi menjayakan majlis ini.
7
Yang Berhormat Tan Sri dan para hadirin yang dihormati sekalian,
3. Majlis bermakna pada hari ini bagi meraikan kejayaan seramai
86 orang warga kerja SWCorp yang telah menunjukkan
prestasi kerja yang amat cemerlang sepanjang tahun 2016.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada yang telah terpilih
sebagai penerima. Justeru, harapan saya agar anugerah yang
diberikan ini menjadi pembakar semangat dan suntikan motivasi
kepada semua penerima untuk mempertingkatkan lagi usaha,
prestasi kerja dan mutu penyampaian perkhidmatan awam di
SWCorp.
8
4. Untuk makluman Yang Berhormat Tan Sri, majlis yang
diadakan hari ini adalah khusus untuk meraikan dan
menghargai warga kerja SWCorp bukan sahaja yang telah
menunjukkan kecemerlangan di dalam aspek kewibawaan
dan keterampilan, malah penglibatan warga kerja tersebut
dalam memberi sumbangan ke arah pembangunan dan
kesejahteraan masyarakat. Selain itu, kriteria pemilihan
penerima anugerah APC pada kali ini juga dinilai dari aspek-
aspek lain seperti laporan kedatangan ke pejabat,
sumbangan serta aktiviti bukan tugas rasmi yang
9
meningkatkan imej organisasi, sumbangan idea-idea
bernas dan sebagainya. Harapan saya agar warga kerja
SWCorp cemerlang ini dapat mempertingkatkan prestasi
kerja bagi meneruskan rentak kecemerlangan.
10
5. Bagi mereka yang tidak terpilih, jangan menganggap ia
sebagai satu penghalang untuk berjaya, sebaliknya tingkatkan
lagi kreativiti dan produktiviti anda. Saya yakin, kecemerlangan
warga kerja SWCorp yang diraikan hari ini akan menjadi
dorongan dan sumber inspirasi kepada warga kerja yang lain
untuk terus berusaha mempertingkatkan lagi kecemerlangan
di dalam tugas-tugas harian.
11
Yang Berhormat Tan Sri dan para hadirin yang dihormati
sekalian,
6. Pelbagai strategi, tindakan dan pendekatan telah diatur dan
disusun rapi oleh SWCorp dalam memacu fungsinya demi
memastikan SWCorp menjadi sebuah organisasi yang
sentiasa responsif, relevan, cepat dan berkesan. Dalam hal ini,
SWCorp telah mencatatkan pencapaian yang cemerlang dan
membanggakan sepanjang tahun 2016. Antaranya adalah:
12
(a) Mencatat peratusan pencapaian SKT secara
keseluruhannya sebanyak 110.28%;
(b) Menyelesaikan keseluruhan 53 isu yang
dibangkitkan di dalam Laporan Ketua Audit
Negara (LKAN);
(c) Memuktamadkan semakan data inventori
pengurusan sisa pepejal dan pembersihan
awam bagi tujuan pelarasan bayaran
perkhidmatan kepada syarikat konsesi;
13
(d) Menyelaras kerja-kerja ubahsuai ruang
pejabat dan penempatan warga kerja di Ibu
Pejabat SWCorp yang baharu dengan lancar;
(e) Mencatat kejayaan yang cemerlang di dalam
pertandingan inovasi di peringkat antarabangsa;
(f) Memperkasakan tindakan penguatkuasaan
Pengasingan Sisa Pepejal di Punca (SAS) di
negeri-negeri menerimapakai Akta 672; dan
(g) Pencapaian-pencapaian cemerlang yang lain.
14
7. Sebagai menyahut hasrat Kerajaan yang menetapkan bahawa
tahun 2017 sebagai tahun penyampaian dan fokus KPKT untuk
melaksanakan inisiatif-inisiatif ke arah kesejahteraan hidup rakyat
dengan perhatian khusus untuk menangani isu-isu yang dekat di
hati rakyat, saya dimaklumkan SWCorp telah merangka pelbagai
program bagi mentransformasikan organisasi ke arah
kejayaan SWCorp sebagai organisasi yang memacu budaya
kebersihan. Saya dimaklumkan SWCorp telah menetapkan
tujuh (7) fokus utama yang akan dilaksanakan pada tahun
2017 iaitu:
15
(a) Memperkasakan Tindakan Penguatkuasaan dan
Kawal Selia;
(b) Meningkatkan Teknologi Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam;
(c) Inisiatif Penjimatan Perkhidmatan Sisa Pepejal
dan Pembersihan Awam;
(d) Pengurusan Sumber Kewangan Yang Kukuh;
(e) Pembitaraan Budaya Amalan 3R;
16
(f) Penilaian Aset Perkhidmatan Pengurusan Sisa
Pepejal; dan
(g) Pengukuhan Pentadbiran dan Pengurusan.
Justeru itu, saya berharap dengan sokongan yang padu dari
pihak KPKT, SWCorp tidak akan menoleh ke belakang lagi
tetapi terus mengorak langkah ke hadapan dalam memastikan
visi SWCorp ke arah meningkatkan kualiti persekitaran yang
bersih, indah dan sejahtera menjelang 2020 tercapai.
17
Yang Berhormat Tan Sri dan para hadirin yang dihormati
sekalian,
8. Usaha mempersiapkan sesebuah organisasi untuk mencapai
kecemerlangan, aspek pembangunan modal insan
merupakan satu elemen terpenting dan menjadi penentu
kepada hala tuju SWCorp. Sejajar dengan aspriasi SWCorp
untuk menjadi sebuah organisasi yang cemerlang dan
bertaraf global, adalah perlu sumber manusia digembeling dan
dibangunkan secara lebih strategik dan sistematik.
18
9. Saya berharap langkah-langkah bagi memperkukuhkan aspek
modal insan menerusi pelbagai program dan latihan yang
mempunyai impak tinggi dan memperlengkapkan sumber
manusia yang kreatif, inovatif serta berupaya
mencetuskan idea-idea baru ke arah kehebatan organisasi
dapat dilaksanakan secara berterusan untuk memacu SWCorp
ke arah satu tahap yang boleh dibanggakan di peringkat
negara mahupun antarabangsa.
19
10. Kita harus sedar bahawa kita semua sedang menggalas
tanggungjawab yang berat dalam melaksanakan tugas
khususnya dalam memastikan persekitaran hidup yang
berkualiti demi kesejahteraan rakyat dan negara. Diharap
segala inisiatif yang sedang dilaksanakan ini dapat
memberikan impak yang besar kepada negara dan SWCorp
akan muncul sebagai agensi yang berkesan melaksanakan
fungsi yang dipertanggungjawabkan kepadanya.
20
11. Saya bagi pihak SWCorp sekali lagi ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
pihak dalam menjayakan majlis pada hari ini khususnya
kepada Yang Berhormat Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di
atas kesudian merasmikan majlis pada pagi yang berbahagia
ini. Akhir kata, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada
semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SWCorp
bagi tahun 2016. Saya berharap agar semua yang diraikan
pada hari ini dapat mengekalkan rentak kecemerlangan dan
21
komitmen serta menjadi sumber inspirasi kepada seluruh
warga kerja untuk terus berusaha menjadikan SWCorp sebuah
organisasi yang lebih cemerlang pada masa akan datang.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum
Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Terima kasih.
Top Related