1
TEKS UCAPAN ALUAN
YH. DATO’ MAHANI TAN ABDULLAH
KETUA PENGARAH
BIRO PENGADUAN AWAM
JABATAN PERDANA MENTERI
PROGRAM MESRA TAHUN 2015 DAERAH LIPIS
20 OGOS 2015 (KHAMIS) 8.30 PAGI – 3.00 PETANG
DI DEWAN JUBLI PERAK SULTAN AHMAD SHAH
LIPIS, PAHANG
2
Terima kasih Saudara/i Pengacara Majlis; Yang Berhormat Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail Setiausaha Kerajaan Pahang; Yang Hormat Dato’ Haji Ahmad bin Haji Daud Pegawai Daerah Lipis Yang Berusaha Ketua-ketua Jabatan peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah;
3
Wakil-wakil Jabatan; Pimpinan-pimpinan Masyarakat Setempat; Ketua-ketua Pertubuhan dan Persatuan; Dif-dif jemputan; Dato’-dato’, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian
4
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat
Pagi dan Salam Sejahtera
1. Pertama sekali saya ingin merafak sepenuh kesyukuran ke
hadrat Ilahi, kerana atas limpah kurnia-Nya dapat kita
berhimpun di dalam Program Mesra 2015, di Daerah Lipis
pada pagi yang berbahagia ini.
2. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih
serta mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato’
5
Sri Muhammad Safian bin Ismail, Setiausaha Kerajaan
Pahang atas kesudian meluangkan masa bersama-sama
untuk merasmikan Program Mesra 2015 dan seterusnya
mempengerusikan sesi perkongsian pendapat yang akan
diadakan pada pagi yang berbahagia ini.
3. Sesungguhnya kehadiran Yang Berhormat Dato’ Sri ke
program ini menunjukkan keseriusan dan komitmen yang
tinggi dalam memantapkan lagi pengurusan aduan
peringkat agensi dan jabatan di Negeri Pahang.
6
4. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga saya
rakamkan kepada Yang Hormat Dato’ Hj Ahmad bin Hj.
Daud, Pegawai Daerah Lipis, yang banyak membantu
selaku penganjur bersama dalam program ini.
5. Saya juga amat menghargai kehadiran semua ketua-ketua
dan wakil jabatan ke Program Mesra yang diadakan setiap
tahun dan ini menunjukkan komitmen yang tidak
berbelah bahagi daripada semua jabatan dan agensi yang
hadir.
7
6. Tidak dilupakan, kepada semua wakil-wakil penduduk,
wakil-wakil pertubuhan serta hadirin tuan-tuan dan puan-
puan sekalian. Sesungguhnya dengan kehadiran tuan/puan
ke program ini secara tidak langsung akan dapat
merealisasikan objektif dan sasaran program iaitu bagi
menyediakan platform interaksi di antara jabatan dan
agensi Kerajaan bersama-sama dengan orang awam.
8
Tuan-tuan dan Puan-puan,
7. Cabaran yang perlu ditempuhi oleh penjawat awam kini
semakin mencabar selari dengan peredaran zaman. Oleh
itu, bersandarkan seruan YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha
Negara yang ingin agensi dan Jabatan Kerajaan
Merakyatkan Perkhidmatan Awam, setiap teguran dan
aduan yang disampaikan kepada perkhidmatan awam
perlulah diterima dengan fikiran yang terbuka untuk
meningkatkan mutu perkhidmatan dengan lebih efektif
dan berkesan.
9
8. Lebih mencabar apabila kini rungutan dan ketidakpuasan
hati pengguna perkhidmatan sering diutarakan secara
meluas dan pantas melalui media sosial seperti
Facebook, Whatsapp dan Twitter. Oleh itu, menjadi
tanggung jawab setiap penjawat awam untuk lebih peka
dan kehadapan dalam memelihara kredibiliti dan reputasi
perkhidmatan awam secara berterusan melalui platform
yang sama selain daripada platform-platform rasmi yang
disediakan. Ini bagi membentuk penjawat awam yang
10
sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi apa sahaja
cabaran yang mendatang.
Tuan/Puan yang dihormati sekalian,
9. Program MESRA ini telah dilaksanakan oleh BPA
semenjak tahun 2002 lagi sebagai salah satu pendekatan
proaktif dalam memberi nilai tambah perkhidmatan
kepada rakyat. Sekiranya dahulu rakyat perlu berhubung
dengan agensi Kerajaan untuk mendapatkan perkhidmatan
11
dan bantuan, namun kini agensi Kerajaan bertanggung
jawab untuk mendekati dan menyelami permasalahan yang
mereka hadapi dengan cara turun padang.
10. Sebagai contoh, Program Mesra pada hari ini memberi
peluang kepada orang awam untuk berinteraksi secara
terus dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang sendiri
dan Ketua-ketua Jabatan peringkat Negeri supaya isu-isu
utama dapat diketengahkan. Bagi program kali ini, BPA
amat berbesar hati atas kesudian 27 orang ketua-ketua dan
12
wakil jabatan dari pelbagai agensi yang dapat berkumpul
bersama untuk menjayakan sesi perkongsian pendapat
yang akan diadakan sebentar sahaja lagi. Selain itu,
sebanyak 41 agensi Kerajaan dan swasta turut
bekerjasama dengan membuka kaunter-kaunter
perkhidmatan untuk orang awam. Sesungguhnya, usaha
yang dijalankan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Namun
berkat kepada kesungguhan dan komitmen yang
ditunjukkan oleh setiap agensi ia berjaya dilaksanakan.
13
Hadirin yang dihormati sekalian,
11. Usaha BPA dalam memantapkan lagi Sistem Pengurusan
Aduan tidak hanya terhenti di sini. Malah pelbagai usaha
sedang dipergiatkan termasuklah membentuk hala tuju
baru pengurusan aduan supaya ia dapat diperkasakan
bermula dari peringkat agensi itu sendiri lagi. Malah
Sistem Pengurusan Aduan Awam (iaitu SISPAA) turut
diperluas ke peringkat Kementerian dan Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri dalam usaha mewujudkan
sistem pengurusan aduan yang lebih sistematik dan
14
seragam. Dalam hal ini, saya ingin mengambil kesempatan
untuk mengucapkan terima kasih kepada Yang
Berhormat Dato’ Sri Setiausaha Kerajaan Negeri atas
persetujuan untuk menerima pakai sistem pengurusan
aduan ini bagi menambahbaik sistem sedia ada.
15
Hadirin sekalian,
12. Jika dilihat dari aspek jumlah penerimaan aduan yang
diterima oleh BPA pada tahun 2015 secara keseluruhannya
ia mencatatkan jumlah penurunan berbanding dengan
tahun sebelumnya. Sehingga 4 Ogos 2015, sebanyak
3,745 aduan telah diterima di seluruh Malaysia berbanding
tahun 2014 sebanyak 4,435 aduan. Daripada jumlah
tersebut sebanyak 3,345 aduan (atau bersamaan 90.12%)
16
telah berjaya diselesaikan, manakala yang selebihnya
masih dalam tindakan.
13. Bagi BPA Pahang, sebanyak 304 aduan telah diterima bagi
tempoh yang sama. Dari jumlah tersebut, sebanyak 282
aduan (atau bersamaan 92.8%) telah berjaya diselesaikan.
Sekiranya analisa di lakukan ke atas aduan-aduan yang
diterima di Negeri Pahang, majoriti aduan tersebut adalah
berkaitan kelewatan atau tiada tindakan oleh agensi iaitu
17
sebanyak 180 aduan (atau bersamaan 59% daripada
jumlah keseluruhan aduan yang diterima).
14. Di Daerah Lipis ini sendiri, jumlah penerimaan aduan yang
dikendalikan oleh BPA adalah sedikit iaitu hanya 4 aduan
(2 aduan berkaitan isu air, 1 tanah dan 1 berkaitan Pihak
Berkuasa Tempatan) dan kesemua aduan tersebut
telahpun diselesaikan.
18
Hadirin yang dihormati,
15. Pada masa kini, orang ramai inginkan perkhidmatan sektor
awam yang lebih responsif, mesra pelanggan, melayani
pelanggan secara sama rata, menepati piagam pelanggan
dan telus. Sebagai penjawat awam, kita perlu
mempersiapkan diri dengan kemahiran dan ilmu baru,
mengubah cara bekerja serta mempelbagaikan
penambahbaikan untuk mendepani cabaran yang
mencabar.
19
16. Saya ingin memetik ayat Janelle Barlow dalam buku “A
Complaint is a Gift” di mana beliau mengatakan bahawa
“complaints are not problems to be avoided –
complaints are actually gifts to be welcomed”. Ini kerana
melalui aduan dan maklum balas yang diterima, kita boleh
mendapatkan idea-idea baru serta maklumat-maklumat
yang mungkin berguna dan memberikan kita gambaran
mengenai jenis serta mutu perkhidmatan yang diinginkan
oleh orang awam.
20
17. Oleh yang demikian, saya berharap supaya program yang
dilaksanakan pada hari ini dapat dimanfaatkan sebaik
mungkin oleh kedua-dua pihak sama ada oleh agensi
Kerajaan ataupun orang awam.
18. Sebelum saya akhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin
merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Berhormat Dato’ Sri Muhammad Safian bin Ismail,
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang kerana sudi hadir
21
dan meluangkan masa untuk merasmikan Program MESRA
2015 Daerah Lipis pada hari ini.
19. Bagi pihak Biro Pengaduan Awam, saya amat berterima
kasih dan menghargai setiap sokongan dan kerjasama yang
diberikan oleh semua Jabatan dan Agensi sama ada di
peringkat Persekutuan mahupun Negeri dalam pengurusan
aduan selama ini. Semoga kerjasama erat ini akan terus
berkekalan.
22
20. Dengan ini saya sudahi ucapan saya dengan wabillahitaufik
wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
Top Related