TANGGAPAN GURU KEMAHIRAN HIDUP TERHADAP
PEMBELAJARAN SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP (ERT) UNTUK
KEGUNAAN PELAJAR
RABINA BINTI ALLI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TANGGAPAN GURU KEMAHIRAN HIDUP TERHADAP PEMBELAJARAN SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP (ERT) UNTUK KEGUNAAN PELAJAR.
SESI PENGAJIAN: 2008/2009.
Saya RABINA BINTI ALLI
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
__________________________ _______________________ (TANDATANGAN PENULIS). (TANDATANGAN PENYELIA).
Alamat tetap: DR. LOKMAN BIN MOHD. TAHIR NO.79 KAMPUNG BARU, Nama Penyelia. 94300 KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.
Tarikh: _30 APRIL 2009__ Tarikh: _30 APRIL 2009__
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”
Tandatangan : ….……………………..
Nama Penyelia : DR. LOKMAN BIN MOHD. TAHIR.
30 APRIL 2009
Tarikh : ………………………..
TANGGAPAN GURU KEMAHIRAN HIDUP TERHADAP
PEMBELAJARAN SUBJEK KEMAHIRAN HIDUP ( ERT ) UNTUK KEGUNAAN
PELAJAR
RABINA BINTI ALLI
Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .....................................
Nama Penulis :RABINA BINTI ALLI
Tarikh : …30 APRIL 2009……
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayah dan ibuku,
Alli bin Sitem, Nuyah binti Zen,
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan
hidup anakandamu ini. Harapan untuk melihat kejayaanku telah kutunaikan.
Buat adik-beradikku,
Mimi binti Alli, Rohaida binti Alli, Juliza binti Alli, Mohd. Asikin binti Alli,
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuan kalian tidak
termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui
dan membalasnya
Buat sanak-saudaraku,
Dorongan dan bantuan yang kalian hulurkan ketika diri ini menghadapi masalah amatlah
dihargai. Semoga Allah membalas jasa-jasa kalian dan doaku semoga semuanya gembira
selalu.
Buat kawan-kawanku,
Pahit manis perjuangan kita bersama dalam menimba ilmu akan ku kenang selalu.
Terima kasih atas kerjasama dan bantuan yang kalian hulurkan. Semoga ikatan ukhuwah
antara kita semua kekal buat selama-lamanya.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat
dikasihi.
Setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada penasihat penyelidikan, Dr. Lokman
bin Mohd. Tahir yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan
nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui
dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.
Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Sarawak,
pengetua- pengetua dan guru-guru sekolah-sekolah menengah di Kuching, Sarawak
yang terlibat dan membantu secara langsung dalam penyelidikan ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara
langsung dalam penghasilan tesis ini.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan bagi mengkaji tanggapan guru
Kemahiran Hidup terhadap pembelajaran subjek Kemahiran Hidup (ERT) untuk
kegunaan pelajar. Responden kajian adalah terdiri daripada 39 orang guru yang
mengajar subjek ERT di sekolah-sekolah menengah di Kuching, Sarawak. Instrumen
kajian terdiri daripada soal selidik yang mengandungi maklumat berkenaan latar
belakang responden dan tanggapan guru Kemahiran Hidup terhadap pembelajaran
subjek Kemahiran Hidup (ERT) untuk kegunaan pelajar. Hasil analisis dipersembahkan
dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan Alfa Cronbach
kajian ini ialah 0.89. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemudahan asas yang
disediakan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup (ERT) di sekolah-sekolah di Kuching
dan minat pelajar dalam bidang kemahiran setelah mempelajari subjek Kemahiran
Hidup (ERT) adalah pada tahap yang sederhana. Oleh itu, kemudahan asas untuk subjek
Kemahiran Hidup (ERT) perlu dilakukan penambahbaikan. Minat pelajar terhadap
bidang kemahiran juga perlu dipertingkatkan lagi. Peranan guru dalam menarik minat
pelajar mempelajari subjek Kemahiran Hidup (ERT) dan kepentingan mata pelajaran
Kemahiran Hidup (ERT) kepada pelajar pula berada pada tahap yang tinggi. Dapat
dikatakan bahawa guru adalah individu yang berperanan dalam menarik minat pelajar
mempelajari sesuatu subjek. Kepentingan subjek Kemahiran Hidup (ERT) pula memang
tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebagai kesimpulannya, beberapa cadangan dikemukakan
kepada pihak yang berkenaan untuk mengatasi masalah dan kelemahan dalam
pembelajaran subjek Kemahiran Hidup (ERT) yang diajar di sekolah.
vi
ABSTRACT
This descriptive-based research investigated the Living Skill teachers’
perceptions on the learning of the Living Skill (ERT) subject for students’ use. The
respondents of this study were 39 ERT teachers of a few secondary schools in the area
of Kuching, Sarawak. The research instrument was a set of questionnaire which
consisted of respondents’ demographic information and their perceptions on the learning
of the Living Skill (ERT) subject for students’ use. The data are presented in the forms
of frequency, percentages and mean. The alpha cronbach reliability of this study is 0.89.
The findings of this study illustrate that the facilities provided for Living Skill (ERT)
subject in schools and the students’ interests in skills learnt from the subject are at the
average levels. Therefore, improvements should be made to upgrade the facilities related
to the subject. Apart from that, students’ interest on the skills area should also be
improved. Meanwhile, teachers’ roles in influencing students to learn the Living Skill
(ERT) subject and the importance of the subject for the students are of high level.
Therefore, it could be stated that teachers are the individuals who play important roles in
influencing students’ interest to learn a specific subject. As such, the importance of the
Living Skill (ERT) subject is undisputable. To draw the conclusion, some
recommendations are proposed to the authority to overcome the problems and
weaknesses in the learning of Living Skill (ERT) subject in schools.
vii
KANDUNGAN
BAB
PERKARA
MUKA SURAT
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xii
SENARAI RAJAH
xiii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
xiv
SENARAI LAMPIRAN
xv
viii
1 PENDAHULUAN.
1.1 Pengenalan . 1
1.2 Latar Belakang Masalah. 3
1.3 Penyataan Masalah. 5
1.4 Objektif Kajian. 5
1.5 Persoalan Kajian. 6
1.6 Kepentingan Kajian. 6
1.7 Batasan Kajian. 8
1.8 Skop Kajian.
1.9 Definisi
8
8
2 SOROTAN PENULISAN.
2.1 Pengenalan. 11
2.2 Subjek Kemahiran Hidup. 11
2.3 Matlamat Mata Pelajaran Hidup
diwujudkan
12
2.4 Organisasi Kandungan Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup
14
2.5 Kemudahan Asas Di Sekolah. 15
2.6 Peranan Guru Dalam Meningkatkan
Minat Pelajar.
19
2.7 Minat Pelajar. 24
3 METODOLOGI KAJIAN.
3.1 Pengenalan. 27
3.2 Rekabentuk Kajian. 28
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian. 29
3.4 Instrumen Kajian. 29
3.5 Prosedur Kajian. 31
ix
3.6 Kajian Rintis. 31
3.6 .1 Kesahan dan Kebolehpercayaan
Instrumen Kajian.
32
3.7 Kajian Sebenar.
3.8 Analisis Data.
3.8.1 Kajian Deskriptif.
3.8.2 Pengkelasan Peratusan Dan
Pertimbangan
32
33
33
34
4
ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN.
4.1 Pengenalan. 36
4.2 Bahagian A- Latar Belakang Responden. 37
4.3 Bahagian B- Analisis Kepada Persoalan
Kajian.
4.3.1 Analisis Bagi Persoalan Kajian 1.
40
41
4.3.2 Analisis Bagi Persoalan Kajian 2.
4.3.3 Analisis Bagi Persoalan Kajian 3.
4.3.4 Analisis Bagi Persoalan Kajian 4.
4.4 Rumusan
46
51
55
59
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN.
5.1 Pengenalan. 62
5.2 Rumusan Kajian 63
5.3 Perbincangan Persoalan Kajian
5.3.1 Kemudahan Asas Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup (ERT) Di Sekolah
64
65
5.3.2 Peranan Guru Dalam Menarik Minat
Pelajar Mempelajari Kemahiran Hidup
67
x
5.3.3 Kegunaan Subjek Kemahiran Hidup
(ERT) Kepada Pelajar
5.3.4 Minat Pelajar Terhadap Bidang
Kemahiran Setelah Mempelajari
Subjek Kemahiran Hidup (ERT)
70
70
5.4 Cadangan Kajian. 72
5.5. Cadangan Kajian Lanjutan. 75
5.6 Rumusan 76
BIBLIOGRAFI
78
LAMPIRAN
A Borang Soal Selidik 83
B Surat Pengesahan Soal Selidik dari
Dr. Hajah Noraini binti Md. Nor
88
C Surat Akuan Pelajar 89
D Surat Kebenaran dari Kementerian
Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan(EPRD)
90
E Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak (JPNS)
92
F Analisis Kebolehpercayaan Alpha Cronbach 94
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
3.1 Skala Liket Berserta Dengan Markah Skor 28
3.2 Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan Kajian Dan
Jenis Skala Yang Digunakan Bagi Setiap Persoalan
Kajian
29
3.3 Pengkelasan Skala Lima Mata Kepada Tiga Mata 33
3.4 Pengkelasan Skor Min Dan Status 34
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 36
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 36
4.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman
Mengajar
37
4.4 Taburan Responden Mengikut Lokasi Sekolah 37
4.5 Analisis Bagi Persoalan Kajian 1 39
4.6 Analisis Bagi Persoalan Kajian 2 43
4.7 Analisis Bagi Persoalan Kajian 3 47
4.8 Analisis Bagi Persoalan Kajian 4 51
4.9 Nilai Purata 55
xiv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
Bil - Bilangan
ERT - Ekonomi Rumah Tangga
f - Frekuensi
SPSS - Statistical Package for the Social Sciences
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
% - Peratus
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik
83
B Surat Pengesahan Soal Selidik dari
Dr. Hajah Noraini binti Md. Nor
88
C Surat Akuan Pelajar
89
D Surat Kebenaran dari Kementerian
Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan(EPRD)
90
E Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan
Negeri Sarawak (JPNS)
92
F Analisis Kebolehpercayaan Alpha Cronbach 94
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pengukuhan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai wadah yang mendasari
proses pendidikan memerlukan reformasi yang berterusan. Melabur dalam aktiviti
pendidikan bermakna kita melabur untuk membangunkan negara. Ini disebabkan
pendidikan berfungsi melatih dan membentuk tenaga manusia yang mahir dan terlatih
untuk menggerakkan pelbagai profesion dan sektor pekerjaan yang diperlukan oleh
negara.
Menurut Tun Mahathir Mohamed (1991), hasrat kerajaan untuk mencapai status
negara maju menjelang 2020 banyak bergantung kepada pelaksanaan program-program
pendidikan yang menjurus kepada perubahan minda dan sikap masyarakat di peringkat
akar umbi. Negara berhasrat untuk menjadi bukan sahaja sebagai negara pengguna
kepada teknologi baru malah menjadi penyumbang utama kepada penghasilan teknologi
baru tersebut. Dalam rangka untuk mencapai Wawasan 2020, cabaran keenam adalah
untuk mewujudkan masyarakat sainstifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai
2
daya perubahan yang tinggi serta berpandangan ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi
pengguna kepada teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sainstifik dan
teknologi masa depan. Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pendidikan Teknikal
(JPT) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) memikul amanah yang berat untuk
melaksanakan hasrat dan cita-cita kerajaan bagi menjelmakannya dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan melalui pelbagai kurikulum dan ko-kurikulum.
Pendidikan Teknik dan Vokasional memainkan peranan yang penting dalam
membina bangsa Malaysia khususnya dalam konteks menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara industri. Dalam konteks ini, sekolah-sekolah teknikal dan vokasional
berfungsi melatih tenaga kerja mahir dan separuh mahir di peringkat pertengahan seperti
juruteknik, pembantu jurutera dan sebagainya malah institusi latihan menjadi pelopor
kepada pembekalan tenaga kerja di bidang perubatan, pemakanan dan pertukangan
(Robiah, 1998 ).
Walaupun pendidikan teknik dan vokasional telah wujud di negara kita, namun
negara kita masih tidak mampu mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir.
Sehubungan itu, pihak kementerian pelajaran Malaysia telah memikirkan semula tentang
peranan pendidikan teknik dan vokasional dalam sistem pendidikan formal. Hasil
daripada pemikiran semula itu, satu mata pelajaran baru yang diberi nama Kemahiran
Hidup diperkenalkan dalam kurikulum. Justeru itu, Kemahiran Hidup menjadi perintis
dalam memenuhi keperluan di bidang teknik dan vokasional ( Yahya, 2005 ).
Kurikulum Kemahiran Hidup bertujuan untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan
dengan lebih produktif dalam era yang berteknologi di samping membentuk insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Bagi menjayakan pelaksanaan
mata pelajaran Kemahiran Hidup, komitmen semua pihak yang telibat amat diperlukan.
3
Pada peringkat menengah rendah, pelajar-pelajar telah didedahkan dengan mata
pelajaran Kemahiran Hidup. Kemahiran Hidup merupakan komponen asas kepada
pendidikan vokasional Kemahiran Hidup ialah satu mata pelajaran baru dalam
Kurikulum Baru Sekolah Menengah bagi menggantikan mata pelajaran. Aneka Jurusan
(Seni Perusahaan, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian, Perdagangan dan
Keusahawanan). Kemahiran Hidup merupakan kemahiran-kemahiran asas yang perlu
dibekalkan kepada pelajar untuk membolehkan mereka bertindak mengendalikan hidup
secara produktif di dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks dan sentiasa
berubah. Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar
seberapa banyak yang boleh bidang kemahiran agar kemahiran yang dipelajari itu dapat
digunakan oleh pelajar untuk kehidupan seharian seperti membaik pulih perkara yang
mudah di rumah mereka. (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1989).
1.2 Latarbelakang Masalah
Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk mengembangkan kemahiran
manipulatif, kemahiran sosial dan penanaman semangat keusahawanan, daya
merekacipta serta etika kerja dalam kalangan pelajar. Melalui kemahiran asas praktikal,
pelajar digalakkan berdikari dalam berhadapan dengan kehidupan. Mata pelajaran
Kemahiran Hidup berasaskan bidang teknologi, bidang ekonomi dan bidang sosial.
Kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup disusun sedemikian dengan cantik supaya
ketiga-tiga bidang kemahiran asas praktik dan nilai etika kerja dikenalpasti. Penekanan
kepada kemahiran menjalankan kerja sendiri yang mudah, mengendali dan mengurus hal
peribadi dan domestik dan urusan mengendalikan urusan ekonomi secara cekap dan
berkesan. Begitu juga dengan kemahiran sosial ke arah peningkatan kesejahteraan
keluarga ( Ea Ah Meng, 2005 ).
4
Namun demikian, pada masa kini terdapat pelajar yang kurang kesedaran
terhadap betapa pentingnya mempelajari sesuatu mata pelajaran. Mereka sering
menganggap bahawa mata pelajaran tertentu sahaja yang harus diberikan perhatian,
contohnya mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik yang
dikatakan penting bagi mereka untuk memasuki aliran sains. Mata pelajaran lain seperti
Kemahiran Hidup dianggap sebagai mata pelajaran sampingan yang harus mereka
pelajari dan mereka sering mengabaikan mata pelajaran Kemahiran Hidup untuk
diberikan tumpuan sama seperti mata pelajaran lain. Ini adalah kerana mereka kurang
kesedaran dan tidak tahu apakah objektif sebenar dan kebaikan yang diperolehi
mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup, bukan bermakna guru-guru tidak
berusaha untuk menarik minat belajar mata pelajaran tersebut tetapi pelajar sendiri
memang telah hilang minat terhadap pelajaran itu.
Daripada pernyataan-pernyataan di atas, penyelidik ingin melaksanakan kajian
tentang kepentingan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dalam kehidupan
harian pelajar. Menurut Jaafar Muhamad (1988), konsep mata pelajaran Kemahiran
Hidup menyediakan garis panduan lengkap untuk kehidupan seharian. Lantaran itu,
segala permasalahan yang wujud di sekitar perlaksanaannya perlu dikaji, diselidik dan
dianalisis bagi memastikan ianya berada pada landasan yang betul.
Oleh itu, penyelidik merasakan perlunya kajian dibuat ke atas guru-guru yang
mengajar Kemahiran Hidup (ERT) mengenai tanggapan guru Kemahiran Hidup (ERT)
terhadap pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup ( ERT) yang diajar di sekolah
untuk kegunaan pelajar. Kajian ini adalah amat penting untuk pihak-pihak yang
berkenaan mengetahui dan memastikan bahawa sesuatu mata pelajaran yang ditawarkan
kepada pelajar memberikan impak atau kesan yang positif.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Pada masa kini, Kementerian Pelajaran menggalakkan pelajar supaya menceburi
bidang kemahiran. Banyak institut atau pusat pengajian tinggi yang menawarkan bidang-
bidang kemahiran pada masa kini bagi menyahut seruan kerajaan. Bagaimanapun, untuk
memupuk minat pelajar dalam menceburi bidang kemahiran ini, terdapat banyak
persoalan yang perlu dikaji mengenai sistem pembelajaran dan pengajaran Kemahiran
Hidup di sekolah yang menjadi asas kepada pelajaran kemahiran.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
i. Mengenalpasti sama ada kemudahan asas untuk subjek Kemahiran Hidup
(ERT)yang disediakan di sekolah adalah mencukupi
ii. Mengenalpasti peranan guru dalam menarik minat pelajar terhadap subjek
Kemahiran Hidup (ERT)
iii. Mengenalpasti sama ada pengetahuan berkaitan subjek Kemahiran Hidup (ERT)
berguna kepada pelajar berdasarkan persepsi guru
iv. Mengenalpasti minat pelajar dalam bidang kemahiran setelah mempelajari
subjek Kemahiran Hidup (ERT) berdasarkan persepsi guru
6
1.5 Persoalan Kajian
Daripada objektif di atas, kajian ini menentukan empat persoalan kajian seperti di
bawah:
i. Adakah kemudahan asas untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup (ERT) yang
disediakan di sekolah adalah mencukupi?
ii. Apakah peranan guru dalam menarik minat pelajar terhadap subjek Kemahiran
Hidup (ERT)?
iii. Berdasarkan persepsi guru, adakah pengetahuan berkaitan subjek Kemahiran Hidup
(ERT) berguna kepada pelajar ?
iv. Berdasarkan persepsi guru, adakah pelajar berminat untuk mempelajari subjek
kemahiran setelah mempelajari subjek Kemahiran Hidup (ERT) ?
Top Related