KULIAH 3
TAMADUN MELAYU : TERAS TAMADUN
MALAYSIA
HASIL PEMBELAJARAN
Objektif: Di akhir bab ini, pelajar diharap dapat:1. Menerangkan asas-asas pembentukan tamadun
Melayu.2. Membincangkan tentang pengertian dan konsep
tamadun Melayu.3. Menjelaskan kesinambungan antara tamadun
Melayu dan Malaysia.4. Mengenal unsur-unsur tamadun Melayu sebagai
dasar kebangsaan Malaysia.5. Membincangkan tentang kegemilangan Tanah
Melayu dan sumbangan hasil.
KA
ND
UN
GA
N
Konsep
Asas-asas
Pandangan Semesta
Pencapaian
TAKRIF TAMADUN MELAYU
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, tamadun bermaksud kemajuan atau dalam tingkat penghidupan atau peradaban.
Maksud tamadun Melayu pula ialah sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara.
Konsep Melayu
Ras (gentetik /
biologi)
Agama Islam Bahasa
Perkara 160, Perlembagaan
Malaysia, orang Melayu
ditakrifkan sebagai:
berbahasa
Melayu
mengamalkan adat istiadat
MelayuBeraga
ma Islam
KONSEP MELAYU
Ringkasnya, kedatangan Islam di Kepulauan Melayu tidak dinafikan telah banyak membawa pembaharuan kepada:
corak pemikiran dan
sosiopolitik masyarakat
Melayu
melenyapkan kegemilangan
Tamadun Hindu Buddha di Alam
Melayu.
ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU
Tamadun Melayu merujuk kepada masyarakat yang mempunyai susunan struktur sosial yang kompleks dengan raja sebagai pemimpin, golongan ulama, pembesar, pedagang dan petani.
Kemunculannya secara langsung boleh dikaitkan juga dengan kemunculan pusat-pusat kerajaan Melayu.
ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU
Masyarakat Melayu mempunyai sejarah tamadun yang tersendiri.
Sejak zaman dahulu, orang Melayu telah membina asas tradisi kebudayaan yang maju setanding dengan peradaban yang lahir di India, China, Mesir dan Mesopotamia.
Bermula sejak zaman prasejarah yakni dengan kewujudan manusia pada Zaman Paleolitik.
Bukti terpenting kewujudan manusia adalah penemuan fosil manusia di Jawa pada tahun 1890 M.
ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU
Zaman Neolitik menyaksikan kedatangan kumpulan manusia dari Tanah Besar ke Kepulauan Melayu.
Menjelang zaman ini, berlaku perkembangan pesat dengan kemunculan kegiatan pertanian, menternak binatang dan membuat peralatan tembikar dan logam.
Pada akhir zaman prasejarah muncul Zaman Logam yang dilambangkan dengan penemuan gendang gangsa di Dong Son, Vietnam Utara, Sungai Lang (Selangor) dan Batu Buruk (Terengganu).
Juga berlaku perkembangan dari segi kepercayaan iaitu tradisi Megalitik yakni membina batu-batu besar bagi pemujaan nenek moyang.
Merupakan serpihan gendang Dongson yang ditemui di Bukit Jati, Klang. Gendang gangsa Heger 1 ini merupakan artifak purba yang termasyhur di Asia Tenggara.
ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU
Selepas zaman prasejarah, muncul satu tahap baru dalam sejarah Nusantara yang dikenali sebagai zaman proto-sejarah.
Zaman ini bermula dengan kedatangan pengaruh budaya India.
Proses Indianisasi berlaku dengan kedatangan mubaligh-mubaligh Buddha pada zaman Maurya dan Kushan.
ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU
Pada tahap ini juga muncul beberapa Kerajaan Hindu-Buddha seperti Kerajaan Funan, Chenia dan Angkor di Tanah Besar Asia Tenggara, manakala kerajaan–kerajaan seperti Langkasuka, Tambralinga, Tan-tan, Kedah Tua dan Gangga Nagara di Semenanjung Tanah Melayu.
ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU
Menjelang abad ke-7 Masihi, Srivijaya muncul sebagai empayar yang kuat di Asia Tenggara.
Ia berjaya menguasai laluan perdagangan timur-barat dan menjadi pusat pengajian agama Buddha yang terulung di Nusantara.
Mewarisi tradisi sosio politik yang dimainkan oleh Srivijaya dan Majapahit.
Melaka juga berperanan penting sebagai pusat penyebaran agama Islam di Asia Tenggara.
PANDANGAN SEMESTA MELAYU
Berpusatkan kepada manusia (man-centerred), bertitik tolak kepada tanggapan masyarakat Melayu terhadap alam dan kehidupan mereka.
Interaksi dengan alam melahirkan satu konsep penting yang mendasari kehidupan mereka, iaitu “peng+alam+an” (pengalaman).
PANDANGAN SEMESTA MELAYU
Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan keseluruhan pandangan dunia Melayu.
Walau bagaimanapun masih terdapat unsur-unsur pandangan semesta Hindu-Buddha-hyang yang diwarisi.
Umpamanya di Melaka, berlaku sinkretisme antara Islam dan kepercayaan Hindu-Buddha yang dapat dilihat pada salasilah kesultanan Melaka.
PANDANGAN SEMESTA MELAYU
Pada asasnya, nilai-nilai yang mempengaruhi pandangan semesta Melayu adalah seperti berikut:• Akidah Islam• Ketaatan kepada Sultan dan Menghormati Pemimpin• Berpegang teguh kepada Adat Resam• Memuliakan yang Tua• Mengutamakan Ikatan Kekeluargaan dan Hubungan
Silaturahim• Meraikan Tetamu• Saling Menghormati• Bertimbang Rasa• Bersopan santun, Berbudi Bahasa• Bermesyuarah/Bermuafakat• Bergotong-royong
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
Kemunculan pusat-pusat tamadun sebelum Islam
Kerajaan–kerajaan Melayu sebelum kedatangan Islam adalah berasaskan ciri agaria dan juga maritim.
Kerajaan Funan, Angkor, Kedah Tua (Lembah Bujang), Srivijaya dan Majapahit.
Pembinaan negara-negara kota ini adalah asas pembentukan Tamadun Melayu di Nusantara.
Bandar-bandar pelabuhan yang menjadi pusat ketamadunan termasuklah ekonomi, sosial, politik, pendidikan, kebudayaan dan hubungan antarabangsa.
Kerajaan-kerajaan Islam
Pemilihan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar persuratan.
Peranan penyebaran dan penyampaian agama Islam di seluruh Alam Melayu dimainkan oleh wilayah dan daerah Melayu di Sumatera (seperti Pasai, Acheh dan Riau) dan Semenanjung Tanah Melayu (seperti Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan dan Pattani).
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
Pemerintahan Beraja di Alam Melayu
Pentadbiran Melayu
Pembangunan Ekonomi Melayu
Pendidikan
Intelektual- Falsafah Melayu
Kepercayaan
Perubatan Melayu
Undang-Undang Melayu
Seni Budaya Melayu
Kesusasteraan Melayu
Muzik dan Drama Melayu
Seni Bina Melayu
Seni Ukir Melayu
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU: PEMERINTAHAN BERAJA
Sistem politik di Alam Melayu amnya adalah berasaskan kepada konsepsi kosmologis.
Berasaskan konsepsi ini, lahir konsep dewaraja. Oleh yang demikian, raja dianggap mempunyai kuasa
suci dan berdaulat. Selepas kedatangan Islam, konsep
dewaraja disesuaikan dengan ajaran Islam yang mengatakan raja adalah Amirul Mukminin (ketua orang-orang Mukmin) di muka bumi.
Sehubungan itu, rakyat dikehendaki menjalankan segala titah dan perintah raja.
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU:PENDIDIKAN
Ilmu pengetahuan tidak lagi terkongkong di istana dan kalangan golongan bangsawan sahaja dalam zaman Hindu/Buddha, tetapi disebarkan di kalangan rakyat jelata melalui pendidikan dan pengajaran di masjid, surau, madrasah dan pesantren.
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU:Pentadbiran Melayu
Dalam sistem politik Melayu tradisional, unit politik yang terbesar adalah negeri.
Pemerintah tertinggi sesebuah negeri adalah sultan, raja atau Yang Dipertuan Besar.
Raja dibantu oleh pembesar-pembesar Melayu seperti bendahara, bendahari, temenggung dan syahbandar.
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU:Pembangunan ekonomi Melayu
Pada abad ke-15, Melaka mengambil alih peranan Srivijaya sebagai pusat perdagangan antarabangsa di Asia Tenggara.
Ia meneruskan tradisi perdagangan masyarakat pribumi yang berjalan sejak zaman Kerajaan Melayu Langkasuka dan Srivijaya.
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
Peraturan-peraturan dan tatatertib berniaga dengan sistem yang tetap diperkenalkan.
Gudang telah disediakan . Sistem undang-undang digubalkan. Mata wang logam, sistem ukuran
dan timbangan juga digunakan dalam transaksi perdagangan.
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU
Intelektual-Falsafah Melayu Perubatan Melayu Undang-undang Kepercayaan dan agama Kewujudan Sinkretisme- pemujaan
dewaraja Kesusasteraan Muzik dan Drama Melayu Seni Bina Seni Ukir
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU:Kesusasteraan Melayu
Sastera Melayu selepas kedatangan Islam
Sastera Bukan Islam Sastera Islam
KESIMPULAN
Pemahaman mengenai kemunculan pusat-pusat tamadun Melayu seharusnya merangkumi tahap-tahap sebelum dan selepas kedatangan Islam.
Pengaruh dari luar ke atas kehidupan masyarakat dan perkembangan tamadun Alam Melayu berlaku melalui proses Indianisasi dan kedatangan agama Islam.
Kesan-kesan ini memberi pengaruh yang amat besar dari segi sistem politik, ekonomi dan pemikiran masyarakat Melayu, yang akhirnya membawa kepada kemunculan pusat-pusat tamadun Melayu yang penting di rantau ini.
SOALAN-SOALAN SEMINAR
Bincangkan kedudukan Melaka sebagai pusat tamadun yang penting di Alam Melayu.
Apakah yang dimaksudkan dengan Pandangan Semesta Melayu?
Analisiskan peranan Raja dan Kerajaan Melayu di Asia Tenggara.
Galurkan ciri-ciri kebudayaan dan kesenian Melayu.
RUJUKAN
Osman Bakar, Azizan Baharuddin dan Zaid Ahmad (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Penerbit Universiti Malaya: Kuala Lumpur.
Ros Aiza Mohd Mokhtar, Abd Hakim Mohad, Dg Hafizah Ag Basir, Siti Halimah Putung (2011). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Penerbitan Multimedia: Selangor.
Abdullah Zhidi Omar, Roslina Suratnu, Mohd Nahi Abdullah, Raudah Ali, Mohd Hilmi Rozali, Mahdi Shuid (2013). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Penerbitan Multimedia: Selangor.
Azhar Hj.Mad Ros (2004). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Kertas 1 dan 2. Penerbit Fajar Bakti: Shah Alam.
Nadiah Abdul Rahman & Priscilla Law (2008). Tamadun Islam dan Asia. McGraw-Hill (Malaysia): Shah Alam.
Sazelin Arif et al. (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. McGraw-Hill (Malaysia): Shah Alam.
Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan (1999). Tamadun Dunia. Penerbit Fajar Bakti: Shah Alam.