8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
1/27
1
TAMADUN INDIA
Dr. Aiza Maslan @ Baharudin
PENGENALANPerkembangan Tamadun India sangat dipengaruhi oleh kedudukan bentuk muka buminya yang
terbahagi kepada dua bahagian yang dipisahkan oleh Pergunungan Vindhya, iaitu India Utara
dan India Selatan. Pembahagian tersebut menyebabkan wujudnya dua bentuk kebudayaan yang
agak ketara perbezaannya, iaitu kebudayaan Indo-Arya di India Utara dan kebudayaan Dravida
di India Selatan. Perbezaan di antara kedua-dua wilayah berkenaan merangkumi aspek rupa
bentuk fizikal, bahasa, budaya dan amalan keagamaan. Pertembungan antara kedua-dua
golongan budaya tersebut telah melahirkan suatu bentuk budaya yang dikongsi bersama sekali
gus memberikan keunikan kepada Tamadun India.
ZAMAN LEMBAH INDUS
Kajian tentang Tamadun India sering dimulakan dengan Tamadun Lembah Indus kerana
sehingga kini tidak terdapat sebarang bukti arkeologi yang menunjukkan wujudnya tamadun
yang lebih awal di India. Penemuan arkeologi telah membuktikan bahawa masyarakat di Lembah
Indus telah mencapai suatu tamadun yang tinggi pada sekitar tahun 3000 sebelum masihi
menyamai kecemerlangan pencapaian tamadun awal yang lain, seperti Babylonia dan Mesir.Bukti arkeologi membuktikan bahawa telah wujud sistem perancangan bandar yang tersusun di
Mohenjodaro dan Harappa yang sekali gus menafikan pandangan awal yang mengatakan bahawa
pembina tamadun terawal di India ialah orang Aryan. Menurut A. L. Basham pandangan yang
mengatakan bahawa pembina Tamadun Lembah Indus ialah orang Aryan adalah tidak benar
kerana penemuan rangka manusia di Harappa adalah bercirikan orang proto-Austroloid yang
berbeza fizikal dengan orang Aryan (Azharudin, 2004:41).
Struktur bandar Mohenjodaro dan Harappa menunjukkan bahawa kedua-dua bandar tersebut
mempunyai reka bentuk pelan yang teliti, sistematik dan tersusun seperti blok segi empat yang
terpisah oleh suatu bentuk jaringan jalan raya yang lurus. Sistem longkang tertutup yang dibina
merentasi kawasan perumahan dan jalan raya merupakan pusat pengumpulan air kumbahan
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
2/27
2
daripada rumah kediaman. Selain itu, terdapat juga gudang penyimpanan hasil pertanian, binaan
kolam permandian awam, iaitu The Great Bath , sistem kubu pertahanan yang kukuh bagi
melindungi bandar daripada serangan musuh dan benteng pengawal banjir (Azharudin, 2004:44-
45).
Kajian yang dilakukan terhadap cop mohor, patung dan bahan tembikar yang ditemui
menunjukkan bahawa masyarakat di Lembah Sungai Indus mempunyai agama dan kepercayaan
mereka yang tersendiri, iaitu kepercayaan Polytheistic . Tiga bentuk kepercayaan yang paling
penting dalam kalangan masyarakat Lembah Sungai Indus ialah penyembahan Dewi Ibu (Mother
Goddess) , penyembahan dewa berkepala tiga, iaitu proto Shiva dan penyembahan Lingam , iaitu
simbol Dewa Shiva dan Yoni , simbol Dewi Ibu. Di samping itu, hasil penemuan cop mohor
berlambang pohon pipal dan pohon acacia di bandar Mohenjodaro dan Harappa membuktikan bahawa terdapat juga amalan menyembah pokok dalam kalangan masyarakat kerana pokok
dianggap suci dan merupakan tempat tinggal dewa-dewi. Pohon pipal merupakan lambang Dewa
Pipal yang merupakan ketua bagi semua dewa masyarakat Lembah Sungai Indus. Unsur
kepercayaan masyarakat Lembah Sungai Indus banyak diwarisi oleh masyarakat Hindu,
umpamanya penyembahan Dewi Ibu sangat popular dalam kalangan masyarakat Dravida
(khususnya orang Tamil) (Sivachandralingam & Ayadurai, 1999:75-76).
MASYARAKAT DAN BUDAYA TAMADUN INDIA
Sistem Kekeluargaan
Dalam masyarakat India keluarga merupakan unit yang paling asas. Cara hidup berkeluarga
sangat ditekankan bagi membolehkan seseorang individu mendapat teman sokongan dari aspek
fizikal dan rohani serta melahirkan anak sebagai penyambung keturunan. Dalam masyarakat
India, keluarga bersama (joint-family) adalah sistem kekeluargaan yang biasa diamalkan yang
mana keanggotaannya tidak terhad dan dibentuk oleh semua anggota lelaki yang seketurunan,
isteri dan anak yang belum berkahwin. Anak perempuan yang telah berumahtangga akan
menganggotai keluarga suami ( TITAS , 2001:254).
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
3/27
3
Sistem kekeluargaan masyarakat India menekankan kepentingan setiap anggota keluarga
termasuk anggota keluarga yang tidak berkeupayaan bekerja kerana usia tua, cacat anggota dan
menghidap penyakit. Selain nilai keprihatinan, perpaduan keluarga turut dipelihara dengan nilai
kasih sayang. Harta benda keluarga jua dianggap milik bersama. Hubungan antara datuk, nenek
dan cucu sangat erat menyebabkan sistem kepercayaan dan budaya keluarga terpelihara dan
dapat diperturunkan kepada generasi muda. Walau bagaimanapun sistem keluarga bersama tidak
dapat bertahan dengan cabaran yang dibawa oleh arus kemodenan. Pengaruh Barat yang lebih
menonjolkan konsep individualism akhirnya telah mengakibatkan kemerosotan terhadap sistem
keluarga bersama ( TITAS , 2001:254; Ratna Roshida et al , 2009:254 ).
Sistem Varna/KastaSalah satu aspek yang dianggap penting dalam pandangan semesta Tamadun India ialah
pengkelasan dalam masyarakatnya. Sistem varna merupakan satu sistem pembahagian kelas
sosial dalam masyarakat yang tetap hierarkinya dan tidak boleh diubah. Masyarakat Hindu
dibahagikan kepada empat kategori yang utama, iaitu Brahmin, Kshatriya, Vaisya dan Sudra.
Perbezaan yang wujud antara orang Aryan yang berkulit cerah dan hidup secara berpindah-
randah dan masyarakat tempatan yang dikenali sebagai Dasa atau Dasyu yang berkulit hitam,
berbibir tebal dan berbahasa kasar merupakan asas kepada kewujudan dan perkembangan
hierarki sosial berkenaan. Kejayaan orang Aryan mengatasi penduduk tempatan menyebabkan
mereka menganggap orang Dasa sebagai hamba mereka. Orang Aryan menyusun kedudukan
mereka dalam tiga varna yang dikenali sebagai Trivarna , iaitu Brahmin, Kshatriya dan Vaisya .
Manakala orang Dasa diletakkan dalam kategori terakhir yang digelar Sudra dan golongan ini
akan berkhidmat dengan ketiga-tiga golongan di atas (Rajakrishnan & Rajantheran, 1994:13;
Ratna Roshida et al. , 2009:115).
Pada tahap awal, perbezaan warna kulit dikatakan asas utama yang membentuk perbezaan kelas
dalam masyarakat Hindu. Brahmin dikatakan mempunyai warna kulit yang cerah, Kshatriya
berkulit kemerahan, Vaisya berkulit kekuningan dan Sudra berkulit gelap. Pada peringkat
kemudian pembahagian sosial berkenaan menetapkan pengkhususan pekerjaan bagi setiap varna
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
4/27
4
untuk menjalankan pekerjaan berdasarkan kepakaran masing-masing. Golongan Brahmin yang
menduduki tempat teratas merupakan purohita atau pedanda yang menjaga hal ehwal agama dan
pelajaran. Kshatriya bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan negara, sekali gus
terbabit secara langsung dalam pemerintahan. Vaisya menguasai bidang perdagangan dan
perniagaan dan bertanggungjawab menjaga hal ehwal ekonomi negara. Manakala Sudra pula
merupakan golongan petani. Terdapat juga pandangan yang mengatakan bahawa Sudra
merupakan golongan buruh dan melakukan kerja-kerja yang tidak memerlukan sebarang bentuk
kemahiran khas. Pertukaran varna tidak dibenarkan dan perkahwinan antara varna adalah tidak
digalakkan (Rajakrishnan & Rajantheran, 1994:13; Azhar Hj. Mad Aros et al. , 2000:113; ratna
Roshida et. al , 2009:115). Walau bagaimanapun, peredaran masa menyebabkankan pembahagian
sosial tersebut menjadi rigid oleh golongan yang mempunyai kepentingan tersendiri,
terutamanya golongan Brahmin . Bagi tujuan menjaga kedudukan status sosial mereka golongan berkenaan dikatakan berjaya meyakinkan masyarakat bahawa kedudukan varna ditentukan oleh
Tuhan melalui kelahiran berdasarkan hukum karma dan varna tidak boleh ditukar oleh sesiapa
pun.
Varnashramadharma
Masyarakat Indo-Arya mempunyai kepercayaan bahawa setiap individu akan melalui empat
peringkat kehidupan yang disebut ashrama . Peringkat pertama ialah brahmacarya yang mana
seseorang individu diharuskan menimba ilmu dan memperoleh pengetahuan yang bersesuaian
dengan kasta atau varna masing-masing. Seseorang dikatakan masuk ke tahap ini secara formal
bermula daripada usianya 12 tahun sehingga berusia 24 tahun. 12 tahun pertama merupakan
tahap pembelajaran secara informal dan 12 tahun berikutnya merupakan tahap pembelajaran
secara formal. Seorang Kshatriya umpamanya mesti mendalami teks berkaitan pemerintahan
seperti Arthasastra dan Dharmasastra selain mempelajari seni mempertahankan diri. Pada
peringkat kedua, iaitu grhastya , individu akan memasuki alam kehidupan berumahtangga dan
berkhidmat untuk keluarga dan masyarakat. Peringkat ini merupakan tahap yang paling penting
kerana golongan ini bertanggungjawab membesarkan anak-anak dan memberikan perhatian
sepenuhnya kepada keluarga.
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
5/27
5
Vanaprastya ialah peringkat ketiga yang mana individu akan menjadi seorang petapa atau
vanaprastha . Pada peringkat tersebut individu akan meninggalkan rumah untuk tinggal di hutan
dan seluruh kehidupan mereka tertumpu kepada hal ehwal kerohanian dan cuba mencapai
mokhsa , iaitu pembebasan daripada kehidupan duniawi. Pada peringkat terakhir, iaitu sannyasa
seseorang individu akan meninggalkan tempat pertapaan dan kembali semula ke dalam
masyarakat dan menjadi seorang musafir. Seorang sannyasi bertanggungjawab menyebarkan
pengetahuan yang diperoleh hasil daripada pertapaan beliau. Tugas (dharma) yang wajib
dijalankan oleh seseorang individu pada sesuatu peringkat kehidupan (ashrama) pada
kebiasaannya bergantung kepada varna masing-masing. Oleh yang demikian, kewajipan individu
pada peringkat kehidupan disebut sebagai varnashramadharma (Rajakrishnan & Rajantheran,
1994:13).
HUBUNGAN TAMADUN INDIA DENGAN ALAM SEMULAJADI
Cuaca merupakan antara elemen semula jadi yang banyak mempengaruhi perkembangan
Tamadun India. Perkaitan antara keterikan panas matahari dengan sumber air mendapat tempat
yang sangat istimewa dalam perkembangan ketamadunan di India. Pada umumnya, masyarakat
di India terpaksa mengadaptasi kehidupan mereka dengan suasana persekitaran yang berada pada
tahap kepanasan yang tinggi. Keadaan persekitaran yang sangat panas juga berkemungkinan
menyebabkan masyarakat di India memberikan perhatian yang sangat istimewa kepada air
sebagai pengimbang kepanasan tersebut dalam budaya, agama dan pemikiran mereka.
Kedatangan hujan sentiasa diraikan dengan menjalankan pelbagai bentuk perayaan dan upacara
ritual terutamanya bagi golongan petani yang sentiasa bergantung kepada sumber air hujan.
Bagi penganut agama Hindu, upacara Yaqna yang mana sembilan orang sami akan duduk
mengelilingi unggun api sambil membaca kitab suci selama empat jam akan dilakukan apabila
berlakunya kemarau yang berpanjangan. Kaedah berkenaan pernah dilakukan di Malaysia pada
tahun 1998 apabila negara mengalami masalah kemarau oleh Sri Sathya Sai Baba (Azharudin,
2004:17-18). Masyarakat India juga menghargai keadaan cuaca panas sebagai satu pemberian
daripada Tuhan dan menggunakan keadaan tersebut sebagai satu kelebihan dalam kehidupan
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
6/27
6
harian mereka. Kebanyakan penduduk yang tinggal di pinggir sungai menggunakan keterikan
cahaya matahari untuk mengeraskan lumpur untuk digunakan sebagai bahan asas dalam
pembinaan rumah. Najis lembu juga turut dikeringkan untuk dijadikan bahan untuk membina
rumah atau sebagai bahan bakar. Oleh yang demikian, matahari dan api merupakan antara
sumber yang diberi perhatian dalam kalangan masyarakat Hindu yang dianggap sebagai simbol
kewujudan dewa-dewi. Selain itu, terdapat juga dewa-dewi masyarakat Hindu yang lain yang
mempunyai kaitan dengan alam semula jadi seperti Rudra yang dirujuk sebagai Tuhan Ribut,
Parjania sebagai Tuhan Hujan, Air dan Sungai, Vayu sebagai Tuhan Angin dan Varuna dirujuk
sebagai Tuhan Langit (Azharudin, 2004:17-18).
Selain cuaca, hutan juga merupakan satu lagi sumber alam semula jadi yang begitu penting dan
memberi makna spiritual yang cukup besar dalam konteks masyarakat India. Kitab Veda dankesusasteraan epik seperti Mahabrata dan Ramayana banyak menyentuh tentang peranan dan
kepentingan hutan. Kehidupan mereka begitu terikat dengan hutan sehinggakan hubungan
berkenaan diinstitusikan melalui pelbagai bentuk mekanisme sosial dan budaya. Dalam sistem
sosial dan budaya masyarakat India sesiapa sahaja yang ingin mencapai tahap kesempurnaan
harus menjalani kehidupan secara bertapa di kawasan sunyi, hutan atau pergunungan. Tahap
tersebut merupakan tahap vanaprastya iaitu tahap ketiga dalam pusingan kehidupan manusia
menurut pandangan masyarakat India yang memerlukan seseorang individu meninggalkan rumah
serta kampung halaman untuk tinggal bertapa di kawasan hutan atau pergunungan. Masyarakat
India mempunyai kepercayaan bahawa kawasan seperti kemuncak bukit, pohon kayu besar dan
kawasan pergunungan sebagai tempat suci dan keramat yang harus dihormati. Kepentingan dan
peranan hutan dapat dipetik daripada kitab-kitab Veda dan kesusasteraan India seperti
Mahabrata dan Ramayana (Azharudin, 2004:21-22).
Masyarakat Hindu juga menganggap sungai sebagai satu keperluan yang amat penting dan
memainkan peranan yang amat besar dalam kehidupan mereka. Daripada kajian yang telah
dilakukan adalah dipercayai bahawa Sungai Sarasvati dianggap sebagai sungai suci oleh
masyarakat Hindu sehingga diistilahkan sebagai best of mothers , best of rivers dan best of
goddesses seperti mana yang tercatat dalam kitab Rig Veda . Di dalam kitab Mahabrata ada
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
7/27
7
disebut bahawa terdapat tujuh batang sungai utama yang sangat diagungkan oleh masyarakat
tetapi daripada tujuh batang sungai berkenaan hanya Sungai Sarasvati diberikan status sebagai
dewa (goddess) . Pemujaan masyarakat terhadap sungai berkenaan terbukti melalui lirik yang
terdapat dalam kitab Rig Veda yang dinyanyikan sehingga di peringkat sekolah. Perkara tersebut
menjelaskan betapa pentingnya sungai dalam kehidupan manusia dalam Tamadun India. Antara
sungai lain yang juga dianggap suci ialah Sungai Godavri, Sungai Yamuna dan Sungai Ganges
(Afifah, 2003:188).
PANDANGAN SEMESTA, PEMIKIRAN DAN AMALAN KEAGAMAAN
Agama Hindu
Menurut ahli antropologi dan sejarah, agama Hindu merupakan antara agama tertua dalamsejarah ketamadunan manusia. Sesetengah sarjana Hindu seperti C. Rajagopalachari
berkecenderungan menamakan agama tersebut sebagai Vedanta , manakala penganutnya digelar
Vedantin . Walau bagaimanapun, terdapat juga pandangan yang menyifatkan bahawa agama
berkenaan tidak mempunyai nama yang spesifik. Memandangkan sejarah agama tersebut sukar
ditentukan gelaran yang diberikan terhadap agama Hindu adalah Sanatana dharma , iaitu agama
yang abadi yang tiada permulaan dan tiada kesudahan (Mohd Rosmizi Abd Rahman, 2012:36).
Agama Hindu merupakan agama yang mempercayai kewujudan banyak tuhan dan konsep
ketuhanannya adalah berdasarkan sistem Trimurthi . Masyarakat Hinudu mempercayai
kewujudan tiga tuhan yang setiap satunya mempunyai tugas tertentu. Brahma merupakan tuhan
pencipta yang telah mencipta segala makhluk. Vishnu pula adalah tuhan pemelihara alam ini dan
Shiva adalah tuhan pemusnah yang menyebabkan berlakunya malapetaka dan kemusnahan
terhadap alam. Agama Hindu juga dikaitkan dengan konsep panteisme , iaitu setiap benda adalah
suci dan mempunyai unsur ketuhanan. Oleh yang demikian, penganut agama Hindu menyembah
pelbagai jenis benda yang dipercayai didiami oleh dewa-dewi, seperti matahari, bulan, pokok
besar, sungai dan sebagainya. Kepercayaan bahawa setiap unsur tersebut mampu membawa
kebaikan dan keburukan kepada manusia menyebabkan unsur tersebut dipuja dan digembirakan
dengan pengorbanan dan penyembahan (Mohd Rosmizi Abd Rahman, 2012:40 dan Rajakrishnan
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
8/27
8
& Rajantheran, 1994:18). Proses antropomorfisme, iaitu mempersonafikasikan atau memberikan
rupa dan karektor kepada unsur alam merupakan satu lagi ciri keunikan yang wujud dalam
agama Hindu. Unsur alam digambarkan sebagai anggota badan kuasa tertentu. Umpamanya,
cahaya matahari dianggap sebagai tangan bagi kuasa api (Moreland & Atul Chandra, 1957:13).
Falsafah Hindu
Falsafah Vedik menekankan lima konsep utama yang saling berkaitan antara satu sama lain, iaitu
Brahman , Atman , Karma , Mokhsa dan Samsara . Brahman merujuk kepada Tuhan, iaitu satu
prinsip yang menguasai segala-galanya di dunia ini. Atman adalah roh individu dalam badan
manusia yang dicipta oleh Brahman yang sentiasa berusaha untuk kembali bersatu dengan
Brahman . Karma merupakan jumlah tindakan, perbuatan, fikiran dan pertuturan yang dilakukan
oleh seseorang individu dalam sesuatu kehidupan dan akibatnya yang akan dialami dalamkehidupan akan datang. Terdapat dua jenis karma , iaitu punya karma (perbuatan baik) dan papa
karma (perbuatan tidak baik). Samsara ialah lingkaran kelahiran dan kematian yang akan dilalui
oleh Atman bergantung kepada karma . Mokhsa pula pelepasan daripada kehidupan duniawi dan
penyatuan dengan Brahman . Tujuan setiap Atman adalah untuk membebaskan diri daripada
karma dan mencapai Mokhsa (Rajakrishnan & Rajantheran, 1994:22).
Brahman dan Atman sebenarnya adalah sama. Tetapi oleh sebab setiap individu mempunyai
keinginan dalam kehidupan, maka karma akan terkumpul atas setiap perbuatannya dan karma
inilah yang akan menjauhkan Atman daripada Brahman . Untuk mendekati Brahman , Atman
harus menghapuskan kesemua karma dengan membebaskan diri daripada sebarang bentuk
keinginan . Dalam pemikiran falsafah Vedik, roh orang yang meninggal dunia dibahagikan
kepada roh yang mempunyai keinginan dan roh yang tidak berkeinginan. Roh yang mempunyai
keinginan dibahagikan kepada mereka yang berbuat baik dan mereka yang berbuat jahat. Yang
berbuat baik akan dilahirkan semula dalam kehidupan yang akan datang sebagai manusia tetapi
taraf mereka bergantung kepada punya karma . Manakala mereka yang berbuat jahat akan
dilahirkan semula dalam bentuk binatang, burung, serangga dan lain-lain. Hanya mereka yang
berjaya membebaskan diri daripada sebarang bentuk keinginan boleh bersatu dengan Brahman
dan mencapai Mokhsa . Undang-undang karma memberikan manusia satu bentuk pegangan
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
9/27
9
bahawa keadaan seseorang dilahirkan adalah bergantung kepada perbuatannya sendiri dan tiada
siapa yang boleh dipersalahkan (Rajakrishnan & Rajantheran, 1994:22-23).
Kesempurnaan Rohani
Dalam agama Hindu kesempurnaan rohani penganutnya sangat dititikberatkan dan untuk
mencapai kesempurnaan tersebut terdapat tiga jalan yang perlu dilakukan oleh seseorang, iaitu
karma-yoga , bhakti-yoga dan jnana-yoga . Yoga bermaksud satu bentuk latihan rohani dan
jasmani yang bertujuan untuk bersatu dengan Tuhan. Karma-yoga adalah aktiviti membuat jasa
kepada masyarakat tanpa mementingkan diri sendiri. Segala bentuk kepentingan diri diketepikan
sama sekali dan segala usaha yang dilakukan sama ada untuk memberi pertolongan dan
sebagainya tidak mengharapkan sebarang bentuk balasan kecuali keinginan untuk mendekatkan
diri mereka dengan Tuhan. Bhakti-yoga pula merupakan jalan yang kedua, iaitu membuatkebajikan dan kebaikan sebanyak mungkin bagi tujuan mendekatkan diri dengan Tuhan.
Kebajikan dan kebaikan yang dilakukan akan memberikan kebahagiaan bukan sahaja kepada
individu yang memberikan bantuan tetapi juga kepada mereka yang menerima bantuan. Kasih
sayang sesama manusia merupakan bhakti yang tertinggi (Azhar Hj. Mad Aros et al. , 2000:167-
168).
Jnana-yoga merupakan jalan ketiga untuk mencapai tahap kesempurnaan iaitu melalui ilmu
pengetahuan dan kebijaksanaan. Golongan agamawan berpandangan bahawa jnana-yoga
merupakan jalan paling penting bagi seseorang individu dalam usaha mereka mendekatkan diri
dengan Tuhan. Jnana-yoga mengesyorkan bahawa seseorang individu mesti mengamalkan
tatatertib keagamaan yang sangat ketat dan berusaha menyemai sifat mulia seperti sabar,
menahan nafsy dan sebagainya. Jnana-yoga disifatkan sebagai jalan yang paling sukar
berbanding dua jalan yang disebut lebih awal (Azhar Hj. Mad Aros et al. , 2000:167-168).
Upacara Pengorbanan
Amalan keagamaan yang mempunyai kedudukan penting dalam kultus Indo-Arya adalah upacara
pengorbanan atau yajna kerana amalan berkenaan disifatkan sebagai mengembirakan dewa-dewi
dan pemberian berkenaan akan mendatangkan hasil atau ganjaran. Upacara pengorbanan pada
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
10/27
10
kebiasaannya ditujukan kepada dewa-dewi atau anasir jahat bertujuan antaranya untuk mendapat
faedah kebendaan seperti kekayaan, kesihatan, ternakan, panjang umur, anak lelaki dan
sebagainya. Setiap upacara pengorbanan dilakukan oleh pedanda yang menggunakan api sebagai
perantara antara pedanda dan dewa-dewi dan diiringi dengan mazmur yang terdapat di dalam
Veda . Terdapat dua jenis pengorbanan yang menjadi amalan masyarakat Indo-Arya, iaitu grhya
karmani (upacara pengorbanan di rumah) dan mahakratu (upacara pengorbanan umum).
Grhya karmani dilakukan oleh ketua rumah dengan bantuan si isteri. Kadang kala seorang
pedanda dijemput untuk membantu upacara berkenaan. Semasa berlangsung upacara berkenaan
api akan diletakkan di tengah rumah dan api tidak boleh dipadamkan sehinggalah selesai
upacara. Kadang kala lima jenis pemberian besar disediakan, iaitu dewayajna untuk dewa-dewi,
bhutayajna untuk makhluk lain, pitryajna untuk nenek moyang, brahmayajna untuk pedandayang mengandungi bacaan Veda dan manusyayajna untuk manusia yang mana tetamu dan
golongan miskin disajikan makanan. Grhya karmani diadakan pada awal musim hujan untuk
mengelakkan bahaya ular, bagi menandakan musim panas, selepas membaiki rumah, apabila
anak lelaki kembali selepas tamat pelajaran, semasa bulan purnama, berpindah ke rumah baru,
supaya ternakan membiak cepat dan sebagainya. Selain itu grhya karmani juga dijalaankan
sebagai upacara yang menandakan peringkat dalam kehidupan seperti apabila seorang wanita
hamil, pada bulan ketiga kehamilan bagi mendapat anak lelaki, pada bulan keenam apabila
makanan pepjal mula diberi kepada bayi dan sebagainya (Rajakrishnan & Rajantheran, 1994:20).
Pengorbanan umum atau mahakartu pula diadakan oleh golongan raja, orang kaya dan ketua
pada waktu tertentu menggunakan khidmat berates-ratus orang pedanda. Antara upacara
pengorbanan yang dianggap sebagai mahakartu adalah bertujuan untuk kembali muda, untuk
menerima sifat kedewaan, meminta ampun dari Dewa Varuna dan upacara untuk Dewa Indra
sebagai pelindung. Pembacaan, nyanyian mazmur Veda dan pemberian pengorbanan yang betul
dianggap sangat penting bagi mencapai tujuan yang diharapkan. Kesilapan yang dilakukan dalam
pembacaan akan membawa kecelakaan. Oleh itu, peranan yang dimainkan oleh pedanda sangat
penting kerana kerana beliau mengetahui selok-belok upacara pengorbanan yang dilakukan.
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
11/27
11
Pedanda akan dikurniakan lembu, kuda, emas dan pakaian sebagai upah (Rajakrishnan &
Rajantheran, 1994:21).
REFORMASI KEAGAMAAN
Dominasi golongan Brahmin yang dianggap keterlaluan dalam kehidupan masyarakat dan
pegangan terhadap sistem kasta yang dianggap terlalu rigid telah menyebabkan kemunculan
beberapa ajaran baru dalam masyarakat, iaitu agama Buddha dan Jainisme.
Agama Buddha
Kemunculan agama Buddha disifatkan oleh sesetengah sarjana sebagai satu bentuk penentangan
golongan Kshatriya terhadap pengaruh dan dominasi golongan Brahmin yang semakin meluas
dalam kalangan masyarakat. Ajaran Buddha tidak menolak prinsip dan falsafah agama Hindusecara total sebaliknya mengetengahkan satu bentuk pengubahsuaian dan pembaharuan terhadap
agama berkenaan. Falsafah asas agama Hindu seperti konsep lingkaran kelahiran dan kematian
masih ditekankan oleh agama Buddha. Walau bagaimanapun, ajaran Buddha menolak sistem
kasta dan upacara keagamaan yang dilihat tidak relevan dengan kehidupan masyarakat. Ajaran
Buddha juga tidak menekankan konsep ketuhanan, metafizika atau falsafah, sebaliknya
menitikberatkan ajaran psikologi dan etika yang berkait rapat dengan kehidupan.
Ajaran Buddha diantologi oleh para pengikutnya dalam tiga buah Pitaka yang dikenali sebagai
Tripitaka , iaitu Sutta Pitaka , Vinaya Pitaka dan Abhidhamma Pitaka . Sutta Pitaka
menghimpunkan ajaran dan khutbah Gautama Buddha yang sebahagian besarnya terdapat dalam
bentuk dialog antara Buddha dengan muridnya. Kitab tersebut juga memuatkan ajaran tentang
meditasi, himpunan kata hikmat dan kisah tauladan. Vinaya Pitaka mengandungi 227 buah
peraturan yang harus dipatuhi oleh anggota Sangha , iaitu segolongan sami yang berpakaian
warna kuning. Abhidhamma Pitaka pula mengandungi ajaran tentang tujuan hidup manusia,
kesedaran kerohanian dan pencapaian Nirvana Pattupattu (Azhar Hj. Mad Aros et al. ,
2000:131).
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
12/27
12
Ajaran dasar Buddha diistilahkan sebagai Dhamma yang merangkumi Empat Kebenaran Mulia,
iaitu Dukka , Samudaya , Nirodha dan Marga . Dukka ialah penderitaan dan kesengsaraan.
Kehidupan ini disifatkan sebagai suatu bentuk penderitaan. Samudaya ialah punca dan penyebab
penderitaan. Nafsu dan keinginan tamak yang ada dalam diri manusia merupakan penyebab
penderitaan. Nirodha pula ialah penghapusan penderitaan dengan mengawal dan memadamkan
keinginan tamak dan nafsu yang ada dalam hati manusia. Manakala Marga pula ialah cara atau
jalan untuk memadamkan keinginan tamak dan nafsu yang dikenali sebagai Lapan Marga Mulia,
iaitu kepercayaan yang betul, azam yang betul, pertuturan yang betul, perbuatan yang betul,
kehidupan yang betul, usaha yang betul, fikiran yang betul dan renungan yang baik
(Rajakrishnan & Rajantheran, 1994:28-29).
Ajaran Buddha juga bertujuan membantu seseorang individu mencapai Nirvana , iaitu suatukeadaan yang mana manusia melepaskan segala ikatan duniawi dan melepasi penderitaan
kehidupan. Orang yang mencapai Nirvana akan berada dalam kebahagiaan, kegembiraan dan
ketenangan yang abadi dan berkekalan. Memandangkan ajaran Buddha tidak menekankan
konsep ketuhanan, penganut Buddha akan dapat mencapai Nirvana dengan menjadikan Gautama
Buddha sebagai guru dan teladan. Salah satu sumbangan ajaran Buddha kepada dunia kerohanian
sehingga ajaran tersebut diserap ke dalam agama Hindu ialah konsep ahimsa , iaitu menolak
penyiksaan dan kekejaman terhadap makhluk walau pun bagi tujuan untuk dijadikan makanan.
Konsep tersebut kemudiannya mewujudkan amalan dan budaya tidak makan daging dalam
kalangan masyarakat. Semua benda yang bernyawa mempunyai roh dan membunuh benda
tersebut bererti mengganggu roh yang bersemadi di dalamnya, sekali gus dianggap berdosa dan
menyebabkan pengumpulan papa karma yang akan menyebabkan individu gagal mencapai
Nirvana .
Jainisme
Jainisme merupakan salah satu agama yang muncul sebagai reaksi terhadap ajaran agama Hindu.
Perkataan jaina bermaksud penakluk jiwa (the conqueror of the soul) . Agama tersebut tidak
mempunyai konsep ketuhanan tertentu, sebaliknya memperlihatkan ketaatan terhadap
Tirthankara , iaitu guru yang telah mencapai tahap tertinggi dalam kehidupan kerohanian dan
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
13/27
13
menunjukkan jalan kepada manusia untuk mencapai kebahagiaan. Oleh itu, Tirthankara bukan
Avatar (penjelmaan Tuhan dalam diri manusia) sebaliknya merujuk kepada jiwa yang sangat suci
yang berjaya dicapai melalui amalan penyiksaan diri (self-punishment) , penguasaan diri (self-
control) dan meditasi (Mohd Rosmizi Abd Rahman, 2012:152). Mahavira atau nama sebenarnya
Nataputta Vardhamana adalah salah seorang Tirthankara yang berasal dari golongan Kshatriya
yang bertanggungjawab menyebarkan agama Jainisme setelah 12 tahun bertafakur. Ajaran
Jainisme memberi penekanan terhadap undang-undang sebab dan akibat yang dianggap
menentukan kelahiran semula roh individu sebagaimana konsep karma dan samsara yang
terdapat dalam ajaran agama Hindu-Buddha. Menurut ajaran Jainisme setiap yang hidup sama
ada manusia atau benda lain mempunyai roh dan roh berkenaan tidak akan bebas selagi roh tidak
dipisahkan daripada badan pemiliknya. Bagi mencapai siddhi (pelepasan daripada kelahiran
semula) Jainisme menyarankan tiga jalan yang dikenali sebagai ratnatraya atau triratna , iaitu pengetahuan yang benar, kepercayaan yang benar dan tindakan yang benar bagi mewujudkan
kesucian roh (Rajakrishnan & Rajantheran, 1994:31).
Ajaran Jainisme juga menolak konsep penyembahan tetapi menekankan konsep meditasi atau
pertapaan yang dilakukan dengan penuh keyakinan bagi memperoleh kekuatan mental dan
moral. Selain itu, amalan vrta , iaitu berpuasa juga dititikberatkan kerana amalan berkenaan
dipercayai dapat mendisiplinkan badan dan fikiran bagi menyediakan diri untuk pelepasan
daripada kelahiran semula. Antara vrta yang disyorkan adalah ahimsa , iaitu tidak melakukan
sebarang penyiksaan dan kekejaman terhadap makhluk, satya , iaitu mengamalkan kebenaran,
keadilan dan menolak segala keinginan terhadap kemewahan kebendaan dalam kehidupan.
Jainisme dikatakan mencapai tahap kegemilangan semasa pemerintahan Chandragupta Maurya.
Persoalan pakaian sewaktu bermeditasi menjadi asas yang akhirnya membawa kepada
perpecahan kepada dua aliran yang berbeza, iaitu aliran utara dikenali sebagai Sretambara dan
aliran selatan dikenali sebagai Digambara . Bagi aliran utara, pakaian putih ditetapkan sebagai
pakaian rasmi sewaktu bermeditasi bersesuaian dengan keadaan iklim bahagian utara India yang
sejuk, manakala aliran selatan yang menetap di kawasan yang lebih panas berpandangan bahawa
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
14/27
14
untuk mencapai tahap kesucian dan memenuhi matlamat meditasi aspek keduniaan harus
ditinggalkan. Oleh itu, sewaktu bermeditasi hanya pakaian yang minimum diperlukan
(Azharudin, 2004:78-79).
KESUSASTERAAN TAMADUN INDIA
Kesusasteraan dalam Tamadun India terbahagi kepada dua bahagian berasaskan kepada bahasa.
Bahagian pertama adalah karya kesusasteraan dalam bahasa Sanskrit dan bahagian kedua
merupakan karya yang berasaskan kepada bahasa Dravidia.
Kesusasteraan Sanskrit
Veda
Sumber utama agama dan falsafah Hindu ialah Veda yang terdiri daripada Rig Veda , Yajur Veda ,Sama Veda dan Atharva Veda . Keempat-empat kitab berkenaan adalah karya sastera samhita ,
iaitu karya puisi berbentuk mantera atau mazmur. Rig Veda yang merupakan Veda tertua terdiri
daripada sepuluh buah kitab yang mengandungi mazmur dan pujian kepada dewa-dewi. Yajur
Veda pula mengandungi mazmur untuk digunakan dalam upacara keagamaan. Sama Veda
merupakan antologi mazmur Rig Veda bersama muzik yang digunakan dalam upacara
keagamaan dan Atharva Veda memuatkan koleksi mazmur untuk makhluk halus agar dapat
mengelakkan segala bentuk keburukan seperti penyakit, kematian, sihir dan sebagainya
(Rajakrishnan & Rajantheran, 1994:40).
Ramayana dan Mahabrata
Karya yang dicipta oleh Valmiki ini dikategorikan sebagai kesusasteraan epik. Ramayana
disifatkan sebagai satu bentuk manifestasi kehidupan orang Aryan. Karya saduran epik
Ramayana dalam versi Melayu bertajuk Hikayat Seri Rama secara jelas membuktikan
penyebaran dan pengaruh epik tersebut yang begitu meluas sehingga ada sarjana yang
menggelarnya sebagai The Odyssey of Asia . Epik Mahabrata pula dicipta oleh Vyasa dan
kemudiannya ditambah dan diubah suai oleh murid Vyasa, iaitu Vaisampayana. Epik ini
dianggap suci oleh penganut Hindu dan dianggap sebagai kitab Veda kelima (Azhar Hj. Mad
Aros et al. , 2000:149-150).
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
15/27
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
16/27
16
Kesusasteraan Zaman Sangam
Hampir kesemua hasil karya kesusasteraan Zaman Sangam adalah dalam bentuk puisi
berdasarkan dua tema asas, iaitu aham dan puram . Aham yang bererti bahagian dalaman merujuk
kepada perasaan manusia, iaitu cinta, kasih sayang dan hati. Puisi bertemakan aham
menggunakan cinta sebagai perkara utama. Puram bermakna bahagian luaran yang boleh dilihat
dengan mata kasar seperti keperwiraan, keberanian dan peperangan. Hasil tradisi lisan tersebut
berjaya dikumpulkan dalam dua buah antologi, iaitu Ettutokai dan Pattupattu (Azhar Hj. Mad
Aros et al. , 2000:151).
Kesusasteraan Etika
Perkembangan kesusasteraan etika adalah kesan daripada pengaruh agama Buddha dan Jainisme.
Penghasilan karya pada zaman tersebut merujuk kepada pencapaian etika yang menolakkeganasan dan peperangan. Tirukkural merupakan sebuah karya yang disanjung tinggi oleh
masyarakat Tamil yang memuatkan pengajaran tentang kebaikan, etika, cinta dan
ketatanegaraan. Terdapat idea Buddhisme, Jainisme, Saivisme dan Vaisnavisme dalam karya
tersebut tetapi unsur etika yang terdapat dalam karya tersebut lebih condong kepada unsur moral
Jainisme. Naladiyar pula merupakan karya yang mengandungi sajak berbaris empat dan
mempunyai unsur Jainisme yang sangat nyata. Naladiyar mementingkan konsep pertapaan tanpa
menyebut tentang Tuhan (Rajakrishnan & Rajantheran, 1994:93-96).
Kesusasteraan Epik
Salah satu karya kesusasteraan epik ialah Silappadikaram yang merupakan sebuah karya puisi
naratif yang sarat dengan kebudayaan Tamil purba. Karya tersebut mengandungi huraian tentang
aspek sosial, agama, ekonomi dan politik negeri Tamil purba. Perbincangan tentang upacara
Buddhisme, Jainisme, Saivisme dan Vedisme di dalam karya tersebut menunjukkan bahawa
pengarangnya tidak membenci mana-mana agama. Pengarang mengakhiri puisi beliau dengan
memberi penekanan bahawa peraturan moral mesti diamalkan oleh setiap insan dan suratan
takdir tidak dapat dielakkan oleh setiap insan (Rajakrishnan & Rajantheran, 1994:102).
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
17/27
17
PEMERINTAHAN ISLAM DALAM TAMADUN INDIA
Menjelang abad ke-11, kemunculan beberapa buah Kerajaan Islam seperti Dinasti
Sabaktakin/Sabaktigin, Dinasti Ghori, Dinasti Khilji dan Dinasti Mughal kemudiannya telah
mendominasi ketamadunan India. Kerajaan Islam yang pertama terbentuk di wilayah India ialah
Dinasti Sabaktakin (1004-1186M) yang mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan
Mahmud al-Ghaznawi. Penaklukan tersebut membuka satu lembaran baru dalam sejarah, iaitu
India berada di bawah pemerintahan Islam secara mutlak. Pemerintahan Mahmud al-Ghaznawi
dianggap sebagai zaman pemerintahan yang penting dalam sejarah pemerintahan Kerajaan Islam
di India kerana kemampuan kerajaan tersebut menjalankan dasar perluasan kuasa dan menguasai
sebuah wilayah yang sangat luas, iaitu dari Lembah Sungai Indus di barat sehingga ke Sungai
Jumna di timur dan sehingga ke pergunungan Himalaya di utara.
Kehebatan Mahmud al-Ghaznawi terserlah apabila beliau dianugerahkan gelaran Yamin al-
Daulah yang bermaksud ‘Tangan Kanan Kerajaan’ dan Aminul-Millah yang bererti ‘Orang
Kepercayaan Agama’ oleh Kerajaan Abbasiyyah. Semasa pemerintahan beliau Ghazna telah
muncul bukan sahaja sebagai sebuah pusat perkembangan intelektual dan perkumpulan para
sarjana, sufi, ulama, ahli bahasa dan falsafah Islam tetapi juga sebagai sebuah pusat kebudayaan
dan kesenian Islam. Walau bagaimanapun, kerajaan tersebut mulai merosot berikutan
kemangkatan Mahmud al-Ghaznawi pada tahun 1030 dan pemerintah selepasnya gagal
meneruskan kegemilangan tersebut (Azharudin, 2004:148).
Zaman pemerintahan selepas Dinasti Sabaktakin dikenali sebagai zaman pemerintahan
Kesultanan Delhi yang menjadikan Delhi sebagai pusat pemerintahan kerajaan. Zaman ini
merangkumi beberapa buah dinasti, iaitu Dinasti Ghori, Dinasti Khilji, Dinasti Sayyid dan
Dinasti Lodi. Penguasaan Kerajaan Islam di Benua kecil India diteruskan oleh Dinasti Ghori
(1186-1289) yang kemudiannya muncul sebagai sebuah kerajaan yang kuat di bawah pimpinan
Muhammad Ghori. Beliau berjaya menakluki seluruh wilayah yang pernah dikuasai oleh Dinasti
Sabaktakin sebelumnya. Zaman Muhammad Ghori juga merupakan tempoh penting dalam
perkembangan sejarah pemerintahan Islam di India berikutan kejayaan dasar perluasan kuasa dan
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
18/27
18
pengukuhan kedudukan Islam di India. Semasa pemerintahan beliau, Gujerat telah muncul
sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa yang dikunjungi oleh para pedagang Arab, Parsi dan
Asia Tenggara. Kekuasaan Dinasti Ghori mula merosot dengan kemangkatan Muhammad Ghori
yang dibunuh pada tahun 1206M.
Setelah kemangkatan Muhammad Ghori tampuk pemerintahan Islam telah diterajui oleh bekas
hambanya, iaitu Qutbuddin Aiybak dan pemerintahan beliau dikenali sebagai Dinasti Hamba
atau Dinasti Mamluk (1206-1289M) kerana pemerintahnya berasal daripada kalangan hamba
yang telah dikurniakan kedudukan yang tinggi semasa pemerintahan Muhammad Ghori.
Qutbuddin Aiybak berjaya meluaskan jajahan takluk Dinasti Mamluk dengan pusat
pemerintahannya di Delhi. Altamasy yang memegang teraju pemerintahan Dinasti Mamluk
setelah kemangkatan Qutbuddin Aiybak merupakan seorang pemerintah yang hebat kerana berjaya menangkis serangan tentera Mongol yang diketuai oleh Gengiz Khan. Kehebatan beliau
tersebar luas sehingga ramai pelarian Islam datang ke India bagi mendapatkan perlindungan. Era
kejatuhan Dinasti Mamluk bermula semasa pemerintahan Muizuddin Qaiqubad yang menaiki
takhta pada usia yang terlalu muda. Pegawai kerajaan yang diamanahkan mentadbir kerajaan
gagal melaksanakan tanggungjawab dengan baik sehingga membawa kepada pemberontakan
rakyat. Ketenteraman negara kemudiannya berjaya dipulihkan oleh Jalaludin Fairuz Syah,
seorang panglima perang berketurunan Khalji (Azharudin, 2004:166).
Era pemerintahan Dinasti Khilji (1290-1320M) mencapai zaman kegemilangan semasa
pemerintahan Alauddin Khilji. Beliau berjaya mewujudkan struktur politik yang teratur untuk
dilaksanakan dalam sebuah pemerintahan yang besar dan luas. Badan perisikan kerajaan telah
diwujudkan bagi menghalang segala usaha untuk menggulingkan kerajaan. Beliau turut
memperkenalkan dasar ekonomi yang progesif sehingga disifatkan oleh al-Biruni sebagai ‘one of
the wonders of the age’ . Antara dasar ekonomi yang dijalankan ialah mengawal harga barangan
harian agar tidak terlalu menekan rakyat. Beliau turut mengarahkan pegawai kerajaan agar
mengisytihar harta milik mereka dan beliau bertindak merampas harta yang dianggap sebagai
berlebihan (Azharudin, 2004:178-180). Selain itu, pencapaian aspek kebudayaan, kesenian dan
intelektual pada zaman tersebut sangat mengkagumkan.
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
19/27
19
Setelah kemangkatan Alauddin, Dinasti Khilji menjadi lemah dan tampuk pemerintahan
kemudiannya diambil alih oleh Ghazni Malik yang mengasaskan Dinasti Tughlaq (1321-1413M)
dengan memakai gelaran Ghiyasuddin Tughlaq. Antara pemerintah Dinasti Tughlaq yang
terkenal ialah Fairuz Syah. Antara perkara yang diberi penekanan oleh beliau adalah usaha
mengukuhkan kerajaan. Angkatan tenteranya diperkuat bukan untuk tujuan melakukan serangan
ke atas wilayah lain sebaliknya untuk mempertahankan diri dan menjaga keamanan wilayah
kekuasaannya. Beliau mengguna pakai sistem jizyah , iaitu cukai terhadap masyarakat bukan
Islam dan sebagai kesannya masyarakat Hindu yang tidak mampu membayarnya telah memilih
untuk memeluk agama Islam. Beliau banyak menaungi aktiviti intelektual dan membina
madrasah. Kemangkatan beliau menyebabkan kemerosotan Dinasti Tughlaq (Azharudin,
2004:188).
Dinasti Sayyid (1414-1451M) yang menggantikan Dinasti Tughlaq hanya mampu bertahan
selama 37 tahun di bawah pimpinan empat orang pemerintah sebelum digantikan oleh Dinasti
Lodi (1451-1527M) yang diasaskan oleh Bahlul Khan Lodi. Antara faktor yang disifatkan
membawa kepada kejatuhan Dinasti Lodi adalah dasar diskriminasi yang diamalkan oleh
pemerintah terhadap orang Islam dan bukan Islam. Pegawai atasan kerajaan juga tidak
mengetahui tentang adat istiadat dan agama mastarakat Hindu sehingga mewujudkan jurang
pemisah yang sangat besar antara kedua-dua kelompok. Keadaan tersebut menimbulkan rasa
tidak puas hati masyarakat Hindu sehingga membawa kepada penentangan terhadap kerajaaan.
Sokongan masyarakat bukan Islam sangat penting dalam menjamin kejayaan sesebuah
pemerintahan di India. Selain itu, peperangan saudara dan serangan golongan penentang kerajaan
semakin melemahkan kedudukan dinasti tersebut.
Dinasti Mughul yang diasaskan oleh Zahiruddin Mohamad Babur telah mengambil alih tampuk
pemerintahan menggantikan Dinasti Lodi. Zaman pemerintahan Dinasti Mughul boleh
dibahagikan kepada dua tahap, iaitu zaman kegemilangan yang bermula daripada Babur sehingga
Aurengzeb dan zaman kemunduran, iaitu selepas kemangkatan Aurengzeb sehingga kejatuhan
dinasti tersebut ke tangan British. Pemerintahan Dinasti Mughul menandakan kuasa dan
pengaruh Islam di India mencapai tahap kegemilangan sehingga dianggap sebagai zaman
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
20/27
20
keemasan Islam di India. Salah seorang pemerintah terpenting dalam dinasti tersebut ialah
Akhbar. Beliau memberikan perhatian terhadap tentangan yang ditimbulkan oleh masyarakat
Hindu yang tidak puas hati dengan pemerintahan Islam sebelumnya. Antara usaha yang
dilakukan oleh beliau adalah melantik golongan bukan Islam menjawat jawatan tinggi mengikut
kelayakan mereka, sekali gus menekankan bahawa agama bukan kriteria penting dalam
menentukan kedudukan seseorang sebaliknya kebolehan seseorang adalah faktor terpenting.
Dalam usaha menawan hati masyarakat Hindu, Akhbar telah menghapuskan jizyah yang
diperkenalkan sejak Kesultanan Delhi. Beliau juga mempergiat perkahwinan antara penganut
agama yang berbeza atas tujuan politik. Salah satu tindakan beliau yang menjadi punca
kelemahan pentadbiran beliau dan menjauhkan Akhbar daripada masyarakat Islam adalah
memperkenal agama baru yang dikenali sebagai ‘Din Ilahi’ yang disifatkan oleh kalangan ulama
sebagai terkeluar daripada ajaran Islam (Azharudin, 2004:221-224).
Aurengzeb merupakan seorang lagi pemerintah yang terkenal dalam Dinasti Mughul. Beliau
berjaya meluaskan jajahan takluknya dengan melancarkan satu siri peperangan yang berterusan.
Walau bagaimanapun, Aurengzeb mempunyai pendirian yang sangat keras terhadap masyarakat
Hindu dan terdapat pandangan yang menyifatkan sikap tersebut kemudiannya telah membawa
kepada keruntuhan Dinasti Mughul. Antara tindakan yang dilakukan oleh Aurengzeb adalah
mengembalikan jizyah yang pernah dihapuskan oleh Akhbar dan menyingkirkan golongan bukan
Islam daripada jawatan kerajaan. Dasar Aurengzeb telah meleraikan hubungan antara masyarakat
Islam dan Hindu yang telah sekian lama menjadi teras utama dalam mengukuhkan Dinasti
Mughul (Azharudin, 2004:243-247).
Kemunculan Kerajaan Islam di India memberikan sumbangan yang sangat besar dalam
perkembangan Tamadun India. Islam bukan sahaja menjadi satu kuasa politik yang cukup
berpengaruh di India tetapi Islam juga berjaya melakukan satu bentuk transformasi sosial,
budaya dan ekonomi dalam Tamadun India. Elemen Islam dari Timur Tengah diasimilasikan
dengan elemen tempatan sehingga membentuk satu budaya baru di India yang dikenali sebagai
kebudayaan Indo-Islam. Antara sumbangan Islam paling utama terhadap Tamadun India adalah
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
21/27
21
dalam aspek perkembangan ilmu pengetahuan dengan terbinanya institusi keilmuan yang begitu
banyak dan dalam aspek kesenian khususnya seni bina.
PENCAPAIAN TAMADUN INDIA DALAM PELBAGAI BIDANG
Astronomi dan Kalendar
Salah satu sumbangan terbesar Tamadun India adalah dalam bidang ilmu kaji bintang atau
astronomi. Kitab Rig Veda yang dianggap sebagai salah satu kitab tertua di dunia turut
menyentuh tentang ilmu astronomi tersebut yang disebut sebagai Jyotisa . Masyarakat awal
dalam Tamadun India telah menjadikan elemen seperti bintang, bulan dan matahari sebagai dewa
yang disembah. Kepentingan astronomi dalam Tamadun India berkait rapat dengan penetapan
tarikh dan masa dengan upacara keagamaan mereka, terutamanya upacara pengorbanan.Ketepatan tarikh dan masa sangat diberi penekanan oleh masyarakat Hindu kerana masa dan
tarikh yang tidak sesuai akan menyebabkan pengorbanan yang dilakukan sia-sia malah boleh
mendatangkan kemarahan dewa-dewi. Rig Veda ada mencatatkan tentang lintasan matahari yang
terbahagi kepada 12 bahagian dan sebuah bulatan yang terbahagi kepada 360 bahagian yang
bermaksud terdapat 360 hari dalam setahun atau 12 bulan, manakala Yajur Veda pula
mencatatkan tentang nakshatra , iaitu 27 buruj yang boleh digunakan untuk menjejaki peredaran
matahari. Masyarakat dalam Tamadun India juga percaya kepada ramalan atau Janmakundali
dan menggunakan peredaran dan pergerakan bintang untuk meramal nasib seseorang.
Masyarakat Hindu juga percaya bahawa nakshatra mempengaruhi setiap kejadian yang berlaku
dalam kehidupan manusia ini termasuk kelahiran dan kematian (Azhar Hj. Mad Aros et al. ,
2000:174 dan Ratna Roshida et al , 2009:119).
Perkembangan ilmu astronomi telah melahirkan sistem kalendar Hindu yang dikenali sebagai
calendar bulan-matahari (lunisolar) yang menggunakan pergerakan bulan dan matahari dalam
perkiraan masa, bulan dan tahun. Berdasarkan kalendar tersebut tempoh satu hari dikira daripada
waktu subuh sehingga waktu subuh berikutnya. Sistem kalendar tersebut kemudiannya
dimantapkan lagi oleh seorang ahli astronomi India yang terkenal, iaitu Aryabhata yang
menghasilkan sebuah karya penting yang menjadi rujukan kepada ahli astronomi lain, iaitu
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
22/27
22
Aryabhatiya . Seorang lagi ahli astronomi India yang penting ialah Varamahira yang
menghasilkan lima buah jilid ensiklopedia astronomi Hindu, iaitu Panca Siddhanta . Salah
sebuah jilid yang mengandungi kalendar berdasarkan ilmu astronomi ialah Surya Siddhanta
(Azhar Hj. Mad Aros et al. , 2000:174-175).
Matematik
Tamadun India juga memberi sumbangan yang begitu besar dalam bidang matematik yang
dikembangkan oleh masyarakat Hindu pada awalnya untuk menentukan tarikh dan tempat untuk
melakukan upacara keagamaan. Masyarakat Hindu sangat mementingkan elemen pemujaan dan
pengorbanan melalui altar yang perlu dibuat mengikut saiz dan bentuk tertentu bergantung
kepada kepentingan upacara tersebut. Pembentukan altar berkenaan memerlukan satu aturan
tetap yang berkait rapat dengan trigonometri. Selain itu, bidang geometri juga mencapai tahapyang tinggi dalam Tamadun India dan digunakan secara meluas dalam lapangan seni bina.
Hiasan kuil di seluruh India menggunakan bentuk geometri yang digabungkan dengan bentuk
tumbuhan. Bidang algebra yang dikenali sebagai Ganitam pula dikatakan berkembang di India
sejak abad ke-5 Masihi. Satu lagi sumbangan penting Tamadun India dalam bidang matematik
ialah penciptaan sistem perpuluhan.
Antara sarjana matematik yang terkenal dalam Tamadun India ialah Aryabhata, Varamahira
Brahmagupta dan Mahavira dan mereka ini turut berkecimpung dalam bidang astronomi. Perkara
tersebut menunjukkan bahawa matematik merupakan pra-syarat untuk memudahkan penelitian
mereka dalam lapangan astronomi. Brahmagupta telah menghasilkan sebuah karya, iaitu Brahma
Sphuta Siddhanta yang bukan sahaja membincangkan tentang astronomi tetapi memuatkan juga
kaedah pengiraan luas segi tiga, segi empat selari dan kaedah algebra. Angka sifar atau sunya
yang menjadi asas kepada angka kosong dalam sistem matematik hari ini dikatakan berasal
daripada Tamadun India. Walau bagaimanapun, masih terdapat perdebatan tentang perkara
tersebut kerana terdapat pandangan yang menyatakan bahawa angka sifar berasal daripada
Tamadun Islam dan ada juga yang menganggap angka berkenaan berasal dari Tamadun Babylon.
Penemuan angka sifar telah mewujudkan konsep positif dan negatif dalam senarai angka.
Semasa zaman pemerintahan Islam di India bidang matematik mendapat perhatian yang khusus
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
23/27
23
daripada sarjana matematik Muslim yang dikenali sebagai al-Jabr (Azhar Hj. Mad Aros et al. ,
2000:176-178).
Fizik dan Kimia
Perkembangan ilmu fizik dan kimia dikatakan telah bermula sejak zaman Lembah Indus
berdasarkan penemuan arkeologi yang menunjukkan wujudnya kepakaran kejuruteraan sivil dan
seni bina di Mohenjodaro dan Harappa. Pengetahuan mereka tentang ilmu fizik dan kimia sering
dikaitkan dengan bidang falsafah dan keagamaan sehingga dikatakan bahawa ilmu tersebut
dikembangkan oleh ahli falsafah India untuk memahami manusia, kehidupan dan alam. Konsep
tentang atom (Parmanu) dan relativiti (Sapekshavada) telah dibincangkan dalam Tamadun India
sejak 600 tahun S.M. lagi. Seorang ahli falsafah India yang hidup dalam abad ke-6 S.M., iaitu
Kanada atau nama sebenarnya Kashyapa pernah mengemukakan idea bahawa sesuatu objekmempunyai kadar yang lebih besar di dalam air berbanding di udara kerana densiti atom di
dalam air melebihi densiti atom di udara. Idea sebegini telah dikembangkan di Barat melalui
teori Archimedes.
Perkembangan ilmu kimia pula dapat dilihat melalui aktiviti peleburan logam, pembuatan
minyak wangi dan pewarna. Pengetahuan tentang peleburan logam yang dibawa dari
Mesopotamia telah membantu masyarakat Hindu kuno membangunkan industri persenjataan
sebagaimana yang disebut oleh Herodutus pada abad ke-5 M bahawa tentera India dan Parsi
menggunakan anak panah yang diperbuat daripada besi. Kemahiran dalam peleburan besi juga
terbukti dengan tertegaknya Menara Besi di Delhi (Iron Pillar of Delhi) yang berukuran tujuh
meter tinggi dan 6 tan berat yang dihasilkan daripada besi tempawan.
Perubatan
Kemajuan juga ditunjukkan oleh Tamadun India dalam bidang perubatan. Bidang perubatan
seperti fisiologi, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi manusia, pembedahan, farmakologi
dan perubatan binatang telah berkembang pada zaman Vedik. Sains perubatan India zaman
Vedik dikenali sebagai Ayur Veda dan maklumat tentang Ayur Veda terdapat dalam dua buah
teks, iaitu Charaka Samhita dan Sushruta Samhita yang disusun oleh Charaka dan Sushruta, dua
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
24/27
24
orang pakar perubatan India. Kedua-dua buah teks berkenaan memperincikan tentang tubuh
badan manusia dan rawatan bagi penyakit yang dihidapi oleh tubuh badan manusia (Ratna
Roshida et al , 2009:120).
INTERAKSI TAMADUN INDIA DENGAN ASIA TENGGARA
Penemuan bukti arkeologi menunjukkan bahawa hubungan antara India dan Asia Tenggara telah
berlangsung sejak sebelum masihi lagi. Pada peringkat permulaan hubungan tersebut adalah atas
dasar penyebaran agama Hindu dan Buddha dan kepentingan komersil sehingga mewujudkan
kemunculan istilah seperti Suvarnabhumi (Tanah Keemasan), Survanadvipa (Pulau atau
Semenanjung Keemasan), Yavadvipa (Pulau Emas dan Perak) dan Malayadvipa yang
membuktikan bahawa emas merupakan sumber penting yang mendorong kedatangan pedagangIndia ke rantau Asia Tenggara. Cerita Jataka atau cerita Buddha diperanakkan yang terdapat
dalam cerita rakyat masyarakat India kerap kali memuatkan kisah pelayaran ke Suvarnabhumi .
Terdapat golongan pedagang yang berkahwin dengan masyarakat tempatan dan menetap di Asia
Tenggara. Pengaruh India begitu kuat dan meluas di Asia Tenggara sehingga mewujudkan
beberapa istilah seperti ‘The Greater India’ dan ‘Further India’ . Walau bagaimana, menurut Hall
(1984:4) pengistilahan sebegini harus dikecam keranan penggunaannya mengelirukan fakta
seolah-olah kebudayaan yang terbina di wilayah berkenaan menerima bulat-bulat kebudayaan
India, sedangkan perkara yang berlaku adalah pengaruh dari India disesuaikan mengikut
kepercayaan dan kebudayaan tempatan. Perkara tersebut berlaku sedemikian kerana masyarakat
di Asia Tenggara sudah memiliki kebudayaan dan tamadun mereka yang tersendiri sebelum
kehadiran pengaruh India di wilayah berkenaan.
Pengistilahan yang sering digunakan bagi merujuk tentang penyebaran pengaruh Tamadun India
ke Asia Tenggara ialah ‘Indianisasi’ dan ‘Hindunisasi’. Walaupun pada dasarnya penggunaan
kedua-dua istilah berkenaan disifatkan sebagai merujuk kepada perkara yang sama, penelitian
secara mendalam menunjukkan bahawa kedua-duanya membawa makna dan konotasi yang
berbeza. ‘Indianisasi’ merujuk kepada penyebaran pengaruh dan kebudayaan India secara
menyeluruh, manakala ‘Hindunisasi’ lebih terarah kepada penyebaran pengaruh agama Hindu
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
25/27
25
secara khusus. Berdasarkan penjelasan tersebut maka istilah yang lebih sesuai adalah
‘Indianisasi’ kerana bukti yang ada menunjukkan bahawa pengaruh agama Buddha turut
berkembang di wilayah berkenaan.
PERANAN TAMADUN INDIA DALAM PEMBINAAN BUDAYA KEBANGSAAN
MALAYSIA
Penemuan arkeologi seperti tinggalan kuil yang musnah dan serpihan patung di sepanjang lereng
Gunung Jerai telah membuktikan kewujudan koloni Hindu di sekitar negeri Kedah. Kuala
Merbok pernah berperanan sebagai sebuah pelabuhan bagi kapal dari India kerana kedudukannya
yang paling dekat dan sesuai untuk masuk ke Tanah Melayu. Selain berperanan sebagai sebuah
pusat perdagangan antara India dan Semenanjung Tanah Melayu, Kuala Merbok turut berperanan sebagai pusat penyebaran agama Hindu dan Buddha. Patung mazhab Saivisme
banyak ditemui di sepanjang Sungai Bujang dan Lembah Merbok, manakala patung suci
Saivisme seperti patung Dewi Durga, Dewa Mahishasura dan kepala Nandi (kenderaan Dewa
Shiva) ditemui di Gunung Jerai dan di Sungai Batu Pahat, Kedah. Selain itu, bukti yang
mengesahkan kewujudan pengaruh agama Hindu telah ditemui di Candi Batu Pahat, antaranya
ialah patung singa, lembu, kura-kura dan bunga teratai yang berkait rapat dengan mazhab
Vaisnavisme dan Saivisme.
Agama Hindu dan Buddha serta bahasa Tamil dan Sanskrit telah memperkaya kebudayaan Asia
Tenggara termasuk Malaysia. Interaksi antara Tamadun India dengan Asia Tenggara telah
memperlihat penerimaan masyarakat tempatan terhadap agama Hindu dan Buddha. Agama
Hindu dianuti oleh masyarakat tempatan melalui proses sinkritisme dengan ‘agama peribumi’
yang memperlihat konsep dewa Hindu dalam kepercayaan masyarakat Hindu disesuaikan dengan
kepercayaan terhadap makhluk ghaib dalam ‘agama peribumi’. Konsep Devaraja yang diguna
pakai oleh kebanyakan kerajaan awal di Asia Tenggara adalah salah satu contoh sinkristisme
Hindu-Buddha yang menganggap raja sebagai penitisan dewa Siva atau Vishnu dan raja juga
dianggap sebagai penitisan Buddha-Mahayana. Konsep tersebut merupakan tradisi Hindu yang
amat berpengaruh di Alam Melayu. Ungkapan seperti ‘Menjunjung Duli Seri Paduka’
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
26/27
26
sebenarnya merupakan pengaruh daripada Tamadun India yang diambil daripada bahasa
Sanskrit. Perkataan Duli berasal daripada thuli yang bererti debu, seri bererti suci dan paduka
bererti alas kaki raja. Tradisi Hindu meyakini bahawa kaki para dewa tidak menyentuh bumi,
maka raja yang dianggap sebagai bayangan dewa juga seharusnya tidak menyentuh bumi. Yang
disifatkan menyentuh bumi hanya debu daripada alas kaki mereka, iaitu duli. Oleh yang
demikian, duli dijunjung. Perkara tersebut menunjukkan sifat merendah diri pada bahagian yang
paling rendah pada diri raja, iaitu alas kaki dan debu pada kakinya ((Rajakrishnan &
Rajantheran, 1994:181).
Kesan pengaruh agama Hindu di Malaysia dapat dilihat dengan jelas dalam adat istiadat
perkahwinan, berinai, bersanding, bertindik telinga, melenggang perut dan sebagainya. Selain
itu, aspek pemakanan dan kesenian turut menerima pengaruh Hindu. Pengaruh Hindu juga telahmembawa satu perubahan bentuk dan isi terhadap permainan wayang kulit daripada bahasa Jawa
kuno sebagai medium persembahan kepada bahasa Sanskrit. Selain itu, penceritaannya yang
diambil daripada mitos nenek moyang juga telah dirombak dengan mengadaptasi cerita daripada
epik Ramayana dan Mahabrata . Pengaruh Hindu juga sangat jelas dalam kesusasteraan Melayu
sehingga disifatkan wujud ‘zaman Hindu’ dalam sejarah Kesusasteraan Melayu lama. Hikayat
Seri Rama , Hikayat Sang Boma dan Hikayat Pandawa Lima/Jaya adalah karya saduran daripada
epik agung Hindu, iaitu Ramayana dan Mahabrata . Secara kesimpulannya, Tamadun India
meninggalkan pengaruh yang tidak kurang hebat dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara
termasuk Malaysia.
Rujukan
Afifah Abu Yazid (ed.), Pengajian Tamadun Asia, Pahang: PTS Publications and Distributors
Sdn. Bhd., 2005.
Azhar Hj. Mad Aros et al., Titas 2 , Kuala Lumpur: Penerbit Fajar bakti Sdn. Bhd., 2000.
Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004.
Hall, D.G.E., Sejarah Asia Tenggara , London: Macmillan, 1984.
Mohd Rosmizi Abd Rahman, Agama-agama di Dunia , Negeri Sembilan: Penerbit Universiti
Sains Islam Malaysia, 2012.
8/16/2019 TAMADUN INDIA Nota Bacaan Tambahan
27/27
27
Ratna Roshida et. al, Tamadun Islam dan Tamadun Asia , Kuala Lumpur: Mc Graw Hill, 2009.
R. Rajakrishnan dan M. Rajantheran, Pengantar Tamadun India , Kuala Lumpur: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd., 1994.
Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, Tamadun Dunia , Kuala Lumpur:
Penerbit fajar bakti sdn. Bhd., 2000.
W. H. Moreland & Atul Chandra Chatterjee, A Short History of India , London: Longmans,
Green and Co Ltd, 1957.
Top Related