@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Tahap SM5
Modul 501B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan
Nama : _____________________________
Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021
Ujian Bertulis
Kertas 1 (2 jam)
A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan)
B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)
4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya
Kertas 2 (2 jam 30 minit)
A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa
1. Morfologi (6%-8%)
2. Sintaksis (6%)
3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)
4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu
Standard) (6%)
5. Peribahasa (4%)
B (35%) : Pemahaman
6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)
7. Pemahaman petikan sastera (antologi) 4 soalan ; 13%)
8. Novel (2 soalan; 10 %)
C (30%) : 9. Rumusan (30%)
Ujian Lisan
Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur
A (40%) : 1 petikan / bahan ransangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir (3-5 minit)
B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)
Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)
4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pemahaman
1. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)
a. Dua bahan disediakan iaitu Bahan 1 dan Bahan 2. Bahan ini dipetik daripada
majalah atau surat khabar.
b. Empat soalan pemahaman disediakan. Sejumlah 12 markah diperuntukkan untuk
soalan ini.
c. Soalan yang pertama lazimnya tentang maksud rangkai kata atau isi yang
berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
d. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada
kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan pelajar sama ada membuat banding
beza atau penilaian. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
e. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat
banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah
diperuntukkan untuk soalan ini.
f. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan
murid mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat (4) markah diperuntukkan
untuk soalan ini.
Latihan:
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telilinya, kemudian jawab soalan-
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Bahasa kebangsaan sering dijadikan slmbol jab clirl nasional yang sama untuk seluruh
rakyat sesebuah negara. Dengan menggunakan satu bahasa kebangsaan sahaja, negara
kita telah berjaya membentuk satu identiti nasional yang sama dalam kalangan rakyat.
Di samping itu, bahasa Melayu menjadi bahasa pentadbiran kerajaan Melayu sebelum
negara ini dijajah oleh kuasa Barat. Setelah mencapai kemerdekaan, para pemimpin kita
Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
telah mengambil langkah segera untuk mengukuhkan perpaduan rakyat yang menjadi
teras pembangunan negara. Atas kesedaran itulah, bahasa Melayu dikembalikan
peranannya sebagal alat perpaduan dan seterusnya membangkitkan semangat
kebangsaan rakyat negara ini, Di samping itu, bahasa kebangsaan juga dapat memupuk
semangat kekitaan dalam jiwa rakyat Malaysia, yang bersifat padu dan abadi, Hal
tersebut hanya dapat dilakukan melalui perkongsian satu bahasa kebangsaan, yang
antaranya digunakan sebagai bahasa pengantar tunggal dalam system pendidikan
nasional. Melalui sistem pendidikan tersebut, bahasa kebangsaan juga berperanan
sebagal bahasa ilmu. Sehubungan dengan itu, banyak negara yang memanfaatkan fungsi
bahasa kebangsaan untuk menyatupadukan rakyat.
Bahan 2
Seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia menerusi Perkara 152 bahasa
Melayu bukan berperanan penting sebagai bahasa kebangsaan negara malah berfungsi
sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu.
Dalam konteks penggunaannya yang meluas, bahasa ini berperanan sebagai alat
penjalin kerjasama dan persefahaman antara kaum, atas dasar toleransi dan saling
menghormati untuk mewujudkan semangat kekitaan Secara konseptualnva Bahasa
Melayu sebagai teras perpaduan bangsa Malaysia bolehlah didefinisikan sebagai bahasa
utama yang menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan yang berupaya menjadi
tunjang atau nadi kepada penyatuan pelbagai kaum di negara ini. Bagi sebuah negara
yang dihuni oleh masyarakat berbilang kaum, dilatari pelbagai agama dan diwamai
aneka budaya, perpaduan adalah sangat penting untuk menjamin keharmonian negara.
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud padu dan abadi? [2 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan tentang peranan
bahasa kebangsaan selepas kemerdekaan. [ 3 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(iii) Pada pendapat anda, bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan di
negara kita. Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab pemilihan bahasa Melayu sebagai
bahasa utama di negara Malaysia? [ 3 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(iv)Bahasa kebangsaan semakin dirosakkan oleh media massa yang sering mengabaikan
penggunaan bahasa yang tepat dan betul. Sebagai rakyat yang mencintai bahasa
kebangsaan, apakah peranan yang harus anda lakukan untuk mengatasi masalan ini?
[4 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. Pemahaman petikan sastera (antologi) ( 4 soalan ; 13%)
a. Sekurang-kurangnya dua bahan disediakan yang terdiri daripada bahan prosa dan
bukan prosa.
b. Dengan berdasarkan bahan 1 bahan 2 atau bahan 3. murid perlu menjawab
beberapa soalan.
c. Empat soalan pcmahaman disediakan.
d. Sejumlah 13 markah diperuntukkan untuk soalan ini.
e. Soalan yang pertama lazimnva tentang maksud rangkai kata atau isi yang
berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
f. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada
kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan murid sama ada membuat banding
beza atau penilaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
g. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat
banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah
diperuntukkan untuk soalan ini.
h. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan
murid mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat(4) markah diperuntukkan
untuk soalan ini.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan :
Sejadah Rindu
Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.
Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
mega terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.
Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.
Hati ini luluh
jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.
Ungkapan doa pada Yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.
Mohd. Haikal Aminuddin
dalam antologi Sejadah Rindu,
.
Maksud Sajak
Rangkap 1: Penyajak terkedu di atas sejadah sewaktu mengungkapkan kalimah syahdu
yang menyentuh kalbu dan menginsafi dosa-dosa yang lalu.
Rangkap 2: Dengan rasa rendah diri, penyajak memohon peluang agar dibukakan ruang
keampunan sebelum dia meninggal dunia pada saat yang ditakdirkan oleh Tuhan.
Rangkap 3: Dengan bersaksikan air mata dan keikhlasan sebagai bukti, akhirnya
penyajak bersujud untuk melafazkan taubat dengan nafas yang sebak dalam suasana
yang hening dan sepi.
Rangkap 4: Hati penyajak luluh dan jiwanya tersentuh dengan ayat-ayat cinta yang
disusun rapi sewaktu memohon keampunan daripada Pencipta dengan perasaan yang
gemuruh.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Rangkap 5: Penyajak berdoa kepada Yang Maha Esa agar mengizinkan dirinya
menjadi manusia yang sentiasa taat akan perintah-Nya dan sedar bahawa dunia ini
bersifat sementara.
Tema
Sajak "Sejadah Rindu" bertemakan ketuhanan serta ketaatan kepada agama.
Penyajak insaf akan dosa-dosanya yang lalu. Lantas, penyajak memohon keampunan
dengan bertaubat sungguh-sungguh sebelum penyajak meninggal dunia. Hal ini
demikian kerana penyajak berasa insaf dan sedar bahawa dunia ini hanyalah sementara.
Persoalan
1. Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup.
2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum meninggal
dunia.
3. Keikhlasan dalam memohon keampunan daripada Pencipta.
4. Taubat yang dilakukan dengan sungguh-sungguh sehingga menitiskan air mata.
5. Keampunan yang diharapkan hanyalah daripada Pencipta.
6. Dunia ini hanya sementara.
Bentuk Sajak
1. Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.
2. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.
3. Bilangan baris dalam rangkap pertama, kedua, keempat, dan kelima adalah sama,
kecuali rangkap ketiga. Rangkap pertama mengandungi enam baris, rangkap kedua
mengandungi enam baris, rangkap ketiga mengandungi tujuh baris, rangkap keempat
mengandungi enam baris, dan rangkap kelima mengandungi enam baris.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara satu hingga enam
patah kata dalam satu baris.
S. Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada tiga hingga empat belas suku
kata.
6. Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama: aaaaaa, rangkap kedua: aaaaaa, rangkap
ketiga: aabaaaa, rangkap keempat: aaaaaa, dan rangkap kelima: aaaaaa.
Gaya Bahasa
1. Pemilihan kata atau diksi dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu indah dan
berkesan. Contohnya:
i. bait bicara tersentuh kalbu - rangkap 1, baris 4
ii. ayat-ayat cinta disusun kukuh - rangkap 4, baris 3
iii. di sejadah rindu yang lusuh - rangkap 4, baris 4
2. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak "Sejadah Rindu" termasuklah:
(a) inversi. Contohnya:
i. Terkedu aku - rangkap 1, baris 1
(sepatutnya: Aku terkedu)
ii. moga terbuka ruang keampunan - rangkap 2, baris 4
(sepatutnya: Ruang keampunan moga terbuka)
(b) personifikasi. Contohnya:
Air mata menjadi saksi - rangkap 3, baris 1
(c) metafora. Contohnya:
i. sejadah rindu - rangkap 1, baris 2
ii. nafas kehidupan - rangkap 2, baris 2
(d) penggunaan bahasa Arab. Contohnya:
i. kalimah - rangkap 1, baris 3
ii. Ilahi - rangkap 3, baris 4
iii. taubat - rangkap 3, baris 6
Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Unsur Bunyi :
(a) asonansi
Contohnya:
i. perulangan bunyi vokal a
bait bicara tersentuh kalbu - rangkap 1, baris 4
ii. perulangan bunyi vokal i
keikhlasan menjadi bukti - rangkap 3, baris 2
iii. perulangan bunyi vokal u
aku sujud menghadap Ilahi - rangkap 3, baris 4
(b) aliterasi
Contohnya:
i. perulangan bunyi konsonan k
kupohon kembali nafas kehidupan - rangkap 2, baris 2
ii. perulangan bunyi konsonan s
sebelum saat aku dinisankan - rangkap 2, baris 5
iii. perulangan bunyi konsonan m
izinkan aku menjadi manusia - rangkap 5, baris 2
Nada
Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Sajak "Sejadah Rindu" bernada melankolik. Nada ini sesuai untuk menggambarkan
keinsafan penyajak atas dosa-dosanya yang lalu. Sajak ini juga menggambarkan
keikhlasan hati penyajak yang ingin bertaubat kepada Pencipta.
Nilai
1. Nilai keinsafan. Contohnya, penyajak menginsafi segala dosa-dosanya yang lalu.
2. Nilai kegigihan. Contohnya, penyajak bersungguh-sungguh dan gigih untuk
mendapatkan keampunan sebelum meninggal dunia.
3. Nilai keikhlasan. Contohnya, penyajak bertaubat dengan penuh keikhlasan sehingga
menitiskan air mata.
4. Nilai ketaatan. Contohnya, penyajak taat kepada Pencipta dan hanya berharap
kepada pengampunan daripada Pencipta.
5. Nilai kesedaran. Contohnya, penyajak mempunyai kesedaran bahawa dunia ini
sementara sahaja.
Pengajaran
1. Kita mestilah segara insaf akan dosa dan kesalahan yang lalu supaya kita tidak
menjadi orang yang rugi di akhirat nanti.
2. Kita haruslah berusaha dengan gigih dan tidak berputus asa untuk memperoleh
keampunan agar kita memiliki hati yang bersih.
3. Kita hendaklah memohon keampunan dengan penuh keikhlasan agar dosa-dosa
yang lalu diampunkan oleh Tuhan dan tidak berulang lagi.
4. Kita mestilah taat kepada Pencipta supaya kita sentiasa sedar diri dan mengejar
pengampunan daripada Pencipta.
5. Kita hendaklah sedar bahawa dunia ini hanya sementara supaya kita tidak
melakukan perbuatan dan tindakan yang melebihi batasan.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah yang dilakukan oleh penyajak di atas sejadah rindu?
[2 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(ii) Berikan perbezaan dalam doa-doa penyajak
[4 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang biasanya akan bertaubat pada usia tua
atau pada akhir hayatnya ?
[4 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(iv) Bagaimanakah boleh kita membuat seseorang insaf atas salah lakunya ?
[3 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
3.Novel (2 soalan; 10 %) - Latihan babagian ini akan dkemukankan setelah Novel
Tirani dikaji.
4. Rumusan (30%)
a. Masa yang perlu diperuntukkan untuk menjawab soalan rumusan ini ialah
empat puluh lima minit.
b. Markah yang disediakan untuk bahagian ini ialah 30 markah, iaitu pengenalan 2
markan, isi tersurat 16 markah dan kesimpulan 2 markah. Markah bahasa ialah
10 seperti yang berikut:
c.
Pengenalan : 2 markah
lsi Bahan 1 (Petikan) : 12 markah
lsi Bahan 2 (Grafik) : 4 markah
Kesimpulan : 2 markah
_ ---------------------------------------------
Isi : 20 markah
Bahasa : 10 markah
---------------------------------------------
Jumlah : 30 markah
d. Bilangan soalan yang dikemukakan satu soalan sahaja.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
e. Soalan ini mengandungi dua bahan. Bahan yang pertama ialah petikan,
manakala bahan yang kedua terdiri daripada bahan grafik,
f. Petikan lazimnya terdiri daripada 300 patah perkataan daripada pelbagai sumber
berdasarkan tema yang terdapat dalam DSKP.
g. Tema dan kala kunci petikan tidak dinyatakan dalam soalan,
h. Setiap bahan sekurang-kurangnya mengandungi dua fokus. Fokus ialah tema
dan kata kunci isi. Contoh fokus:
(i) Punca-punca seseorang itu muflis
(ii) Langkah-langkah untuk menanganl masalah kemuflisan
(iii) Kesan-kesan jika seseorang itu muflis.
i. Jawapan perlu dikemukakan dalam bentuk perenggan.
Latihan :
Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disediakan di bawah. Kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.
Bahan 1 :
Mengapakah masyarakat gemar melayari Internet dan menyertai laman sosial?
Tahukah anda bahawa laman sosial tidak hanya sekadar untuk bersosial dengan kawan-
kawan sahaja? Terdapat banyak kegunaan yang akan diperoleh melalui laman sosial
yang ada dalam Internet. Laman sosial ini dapat memberikan peluang dan pengalaman
yang berguna jika pandai menggunakan kelebihan yang ada bak kata bidalan, "sambil
menyelam minum air." Antara laman sosial yang terkenal di Internet ialah Facebook.
Facebook ditubuhkan oleh Mark Zuckerberg, Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan
Chris Hughes ketika mereka masih belajar di Universiti Cambridge. Facebook mula
Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
beroperasi pada bulan Februari 2004. Walaupun muncul pesaing terdekat, iaitu Twitter,
laman sosial ini tetap menjadi pilihan pelbagai lapisan masyarakat, terutamanya remaja.
Melalui sistem ini, masyarakat boleh mencipta ruangan khas untuk kegunaan
peniagaan, menubuhkan kelab dan sebagainya. Facebook juga membolehkan
pelayarnya memulakan perniagaan siber secara mudah, jimat dan berkesan. Caranya
amat mudah kerana hanya dengan mendaftarkan diri sebagai ahli Facebook, anda
berkelayakan untuk memulakan satu atau lebih ruangan khas untuk pemiagaan. Cara ini
amat menjimatkan kerana anda tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan seperti
Amazon dan e-Bay, malahan ternyata berkesan kerana apabila anda memulakan satu
ruangan khas perniagaan, semua orang dalam senarai kawan anda dapat mengetahui
produk yang anda jual. Secara tidak langsung, produk anda dikenali tanpa menggunakan
khidmat iklan berbayar.
Selain itu, produk yang boleh dipasarkan melalui Facebook tidak terbatas kepada
satu jenis produk sahaja, Banyak produk yang telah dipasarkan melalui Facebook dan
telah terbukti keberkesanannya, Antara perniagaan melalui laman sosial yang berjaya
termasuklah penjualan permainan yang dilakukan oleh Toy Malaysia clan Toy Wizard,
Kepentingan seterusnya ialah aktiviti berniaga melalui laman sosial bukan hanya
membantu anda mendapat pendapatan sampingan, malahan dapat membantu anda
mengenali dunia perniagaan moden yang lebih mengutamakan pengeluaran dan
mengurangkan perbelanjaan. Pilihlah satu produk yang anda minati dan ceburilah
bidang perniagaan dengan cara yang bijak.
Perniagaan bukan sahaja menjadi keutamaan dalam laman sosial Facebook.
Melalui laman sosial ini juga, anda berpeluang untuk menyertai aktiviti siber yang
menyeronokkan dan berfaedah. Mengapakah Facebook berguna untuk anda? Aktiviti
yang terdapat dalam Facebook dapat membantu anda menerokai minat yang ada. Bukan
sekadar hobi semata-mata malahan Facebook mampu menjadi pendorong kepada anda
untuk melibatkan diri secara profesional dalam pelbagai bidang.
Bahan 2 :
Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Program Bahasa Melayu Edubest - SM501B-2 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my
Top Related