TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA EJAAN JAWI MURID-MURID TAHUN LIMA SEKOLAH KEBANGSAAN DARAU:
SATU KAJIAN KES
NORINA BINTI MOHD NOR
LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUKMEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH
SARJANA MUDA PENGAJARAN DENGAN KEPUJIANDENGAN KEPUJIAN
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAOPEN UNIVERSITY MALAYSIA
KUALA LUMPUR
2011
i
PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasanyang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
28 MAC 2011 …………………………………..
NORINA BINTI MOHD NOR
690620115310002
ii
PENGHARGAAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T Yang Maha Esa, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W serta pada seluruh ahli keluarga Baginda, para sahabat-sahabat Baginda dan semua pengikut-pengikutnya. Dengan pertolongan dari Allah S.W.T dapatlah saya menghasilkan sebuah kajian bertajuk Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca Ejaan Jawi Murid-Murid Tahun Lima : Kajian Kes Sekolah Kebangsaan Darau, Besut, Terengganu.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En Zulkifli bin Junoh selaku tutor penyelia kajian ini di atas jasa tunjuk ajar, bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan.
Jutaan terima kasih khas buat pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Guru Besar Sekolah kebangsaanDarau, Haji Mazuki bin Salleh, guru-guru dan murid-murid Tahun Lima yang banyak membantu dan memberi kerjasama kepada saya sepanjang tempoh kajian ini dijalankan.
Penghargaan khas saya tujukan buat suami tercinta, Zahadi bin Jusoh, anak-anak tersayang iaitu Nursyafiqah, Nur Syakirah, Nur Syazwani dan serta alyarhamah dan alyarham ibubapa iaitu Siti Aishah binti Abdul Ghani dan IMohd Nor bin Jusoh dan kedua mertua iaitu Gayah binti Harun dan jusoh bin Mamat yang telah banyak memberi dorongan kepada saya agar tekun dan tabah dalam menyempurnakan setiap tugasan yang diberikan selama mengikuti kursus Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) di Universiti Terbuka Malaysia ini. Akhir kata terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kajian ini .
Diharap kajian ini boleh dijadikan panduan untuk mencapai kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran Jawi
iii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan murid-murid dalam membaca ejaan Jawi. Objektif khusus kajian ini ialah untuk menilai adakah tahap penguasaan kemahiran membaca ejaaan Jawi di kalangan murid-murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Darau telah mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kajian ini juga akan melihat sejauh manakah faktor minat, kaedah pengajaran guru dan faktor persekitaran mempengaruhi tahap penguasaan murid membaca ejaan Jawi. Seramai 60 orang murid yang terdiri dari 30 orang murid lelaki dan 30 orang murid perempuan Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Kor telah dijadikan sampel untuk kajian ini. Penyelidik membentuk soal selidik dan membuat temubual untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Data dan maklumat yang diperolehi dalam kajian ini dianalisis secara kualitatif dan kaedah peratus digunakan sebagai menerangkan hasil kajian. Dapatan kajian menunjukkan 45% murid berada pada tahap penguasaan yang tinggi, 30% berada di tahap sederhana dan 25% berada di tahap lemah.
ABSTRACT
The purpose of this research is to determine the mastery level of students in reading Jawi. The specific objective of this research is to testify whether the mastery skill in reading Jawi among the Year 5 students of Sekolah Kebangsaan Kor had achieved the teaching and learning objective according to the syllabus that had been fixed by the Ministry of Education. This research is also to verify the students’ interest, teacher’s teaching method and the environment factors influenced the students mastery level in reading Jawi. 60 students consisted of 30 boys and 30 girls of Year 5 students of Sekolah Kebangsaan Darau had became the sample of this research. Researcher had formed questionnaire and interviewed the students to get the information needed. The data and information obtained of this research had been qualitative analyzed and percentage method had been used to explain the research result. The result shows that 45% of the students are in the high level of achievement, 30% of them are in the moderate level where as 25% are in the weak level.
iv
ISI KANDUNGAN
PENGAKUAN iPENGHARGAAN iiABSTRAK iiiISI KANDUNGAN 1-54SENARAI JADUAL
Jadual 1 : Taburan Item Soal Selidik 22Jadual 2 : Demografi Sampel Berasaskan jantina 29Jadual 3 : Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 29Jadual 4 : Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa 30 Jadual 5 : Demografi Berdasarkan Sosial Keluarga 31Jadual 6 : Taburan Responden Terhadap Tahap Pendidikan Ibu Bapa 32 Jadual 7: Penguasaan Membaca Ejaan Jawi 33 Jadual 8 : Penguasaan Membaca Ejaan Jawi 34Jadual 9 : Tahap Penguasaan Membaca ejaan Jawi 35 Jadual 10 : Minat Mempelajari Mata Pelajaran jawi 37Jadual 11 : Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi 38 Jadual 12 : Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi 39 Jadual 13 : Kaedah Pengajaran Guru 40Jadual 14 : Pandangan Murid Terhadap Kerja Rumah 42Jadual 15 : Kebolehan Membaca al-Quran 43Jadual 16: Galakan Membaca Ejaan Jawi 43Jadual 17: Kebolehan Membaca Ejaan Jawi 44
SENARAI RAJAH
Rajah 1: Demografi Sampel Berasaskan jantina 29Rajah 2 : Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 29Rajah 3 : Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa 30 Rajah 4 : Demografi Berdasarkan Sosial Keluarga 31Rajah 5 : Taburan Responden Terhadap Tahap Pendidikan Ibu Bapa 32 Rajah 6: Penguasaan Membaca Ejaan Jawi 33 Rajah 7 : Penguasaan Membaca Ejaan Jawi 34Rajah 8 : Penguasaan Membaca Ejaan Jawi 35Rajah 9 : Tahap penguasaan membaca Ejaan Jawi 36Rajah 10 : Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi 37 Rajah 11 : Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi 38 Rajah 12 : Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi 39 Rajah 13 : Kaedah Pengajaran Guru 40Rajah 14 : Pandangan Murid Terhadap Kerja Rumah 42Rajah 15: Kebolehan Membaca al-Quran 43Rajah 16: Galakan Membaca Ejaan jawi 44RUJUKAN 55-56
LAMPIRAN 57-63
SENARAI LAMPIRAN 61-63
v
BAB SATU : PENGENALAN
1.1 Pengenalan Tulisan Jawi 11.2 Latar Belakang Kajian 21.3 Penyataan Masalah 31.4 Soalan Kajian / Penyelidikan 41.5 Objektif Kajian 51.6 Definisi Istilah 5
1.6.1 Tahap 51.6.2 Penguasaan 61.6.3 Tahap Penguasaan 6
1.7 Kepentingan Kajian 71.8 Batasan Kajian 81.9 Kesimpulan 9
BAB DUA : TINJAUAN LITERATUR2.1 Pendahuluan 102.2 Kajian Penguasaan Membaca Ejaan Jawi 102.3 Hubungan Sikap Dan Minat Dengan Pencapaian 132.4 Kaedah Pengajaran Guru Dan Pencapaian Akademik 152.5 Peranan Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Pelajar. 172.6 Kesimpulan 18
BAB TIGA : METODOLOGI PENYELIDIKAN3.1 Pendahuluan 193.2 Rekabentuk Penyelidikan 193.3 Populasi Dan Sampel Kajian 203.4 Instrumen Kajian 213.5 Kajian Rintis 243.6 Prosedur Pengumpulan Data 253.7 Analisis Data 263.8 Kesimpulan 27
BAB EMPAT : ANALISIS DATA4.1 Pengenalan 284.2 Hasil Kajian 28
4.2.1 Latar Belakang Responden 284.3 Dapatan Kajian 33
4.3.1 Penguasaan Ejaan Jawi 334.3.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Bacaan Jawi 364.3.3 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi 374.3.4 Kaedah Pengajaran Guru 404.3.5 Peranan Ibu Bapa 424.3.6 Temubual Dengan Guru 45
4.4 Kesimpulan 46
vi
BAB LIMA : RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN5.1 Pendahuluan 475.2 Perbincangan Dapatan Kajian 47
5.2.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca Ejaan Jawi 47 5.2.2 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi 48 5.2.3 Kaedah Pengajaran Guru 49 5.2.4 Peranan Ibu Bapa 50
5.3 Rumusan Hasil Kajian 505.4 Implikasi Dapatan Kajian 525.5 Cadangan Kajian Lanjutan 535.6 Kesimpulan 54
RUJUKAN 55-56SENARAI PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN DARAU, 22000 JERTEH 57-58BORANG KAJI SELIDIK 59-61
vii
BAB 1
PENGENALAN
1.0 PENGENALAN TULISAN JAWI
Tulisan jawi adalah antara tulisan yang terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini
telah berkembang sejak zaman Kerajaan Pasai kemudian ke zaman Kerajaan Melaka,
zaman Kerajaan Johor dan juga Acheh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan
Jawi ini di Malaysia ialah penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 H
bersamaan dengan tahun 1303M berbanding dengan tulisan Rumi yang paling awal
ditemui pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan bahawa tulisan Jawi telah sampai
ke negara kita Malaysia lebih awal berbanding dengan tulisan Rumi.
Tulisan Jawi juga merupakan satu seni penulisan yang telah wujud berabad-
abad lamanya di Nusantara. Kemunculannya berkait rapat dengan kedatangan agama
Islam ke Nusantara. Tulisan Jawi berasal dari tulisan Arab dan merupakan huruf-
huruf Arab yang dimasukkan ke dalam sistem penulisan bahasa Melayu. Tulisan
Jawi adalah tulisan rasmi bagi Negara Berunai Darussalam dan digunakan secara
meluas bagi penganut agama Islam di Malaysia, Thailand, Singapura, Filipina dan
Indonesia.
Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu semasa penguasaan British di Tanah Melayu. Kini tulisan Jawi digunakan
viii
dalam urusan Agama Islam dan adat istiadat Melayu di kebanyakan negeri di
Malaysia seperti Kelantan, Terengganu, Johor, Kedah dan Perlis.
Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam
masyarakat. Ia digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan
pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Sebagai contoh tulisan Jawi digunapakai
dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di–Raja Melayu dengan
pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu Pemasyhuran
Merdeka 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam skrip Jawi.
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
Antara kelemahan sistem Pendidikan Islam hari ini ialah ia tidak mementingkan
pelajaran Jawi, sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Fenomena ini harus dipandang serius bukan sahaja kerana tulisan Jawi menjadi
warisan tulisan Melayu yang agung dan unggul, malah ianya juga merupakan elemen
terpenting di dalam mempelajari dan mendalami ajaran Islam.Tidak dinafikan, Islam
adalah ajaran yang mudah dan boleh dipelajari melalui pelbagai aksara, namum oleh
kerana kedatangan tulisan Jawi bersama dengan kedatangan agama Islam, ianya lebih
berkesan dan mudah terutamanya di dalam mempelajari al-Quran dan Hadis
Rasulullah SAW.
Kita tidak mahu kebutaan tulisan Jawi generasi masa kini dan generasi yang
akan datang menyebabkan al-Quran dan Hadis dibaca di dalam tulisan Rumi yang
akan mendatangkan satu fenomena pemesongan sebutan dan seterusnya menjejaskan
makna ayat-ayat al-Quran dan Hadis. Sekarang, majoriti pelajar Melayu tidak tahu
membaca dan menulis dalam tulisan Jawi, dan kejahilan inilah yang menjadi salah
ix
satu punca membawa kepada keruntuhan akhlak para remaja disebabkan kegagalan
menguasai dan menghayati al-Quran dan ajaran Islam itu sendiri.
Kementerian Pelajaran Malaysia, sewajarnya meluaskan penggunaan tulisan
Jawi di sekolah-sekolah rendah dan menengah termasuk juga di institut-institut
pengajian tinggi awam dan swasta dan di institut-institut perguruan dan berusaha
mencelikkan masyarakat tentang tulisan Jawi. Kita tidak mahu tulisan Jawi hanya
tulisan untuk golongan tua sahaja dan akan pupus ditelan arus kemodenan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tulisan Jawi merupakan citra
peradaban bangsa Melayu, sewaktu zaman kegemilangan Melayu dahulu, pihak
berkuasa Inggeris sama ada wakil kerajaan Inggeris atau pedagang berutus surat
dengan menggunakan bahasa Melayu dan tulisan Melayu iaitu tulisan Jawi.
Masalah buta Jawi sebenarnya bermula bila mana kerajaan Perikatan
dahulunya, telah membuang tulisan Jawi dari arus perdana sukatan pelajaran di
sekolah-sekolah pada tahun 1965 menjadikan generasi selepas itu ramai yang buta
Jawi dan sekaligus buta al-Quran .
1.2 PENYATAAN MASALAH
Mengikut sukatan mata pelajaran Jawi, murid-murid Tahun Satu dapat mengenal,
menyebut dan menulis dengan betul huruf-huruf tunggal Jawi, huruf-huruf yang
boleh disambung dan tidak boleh disambung, membaca dan menulis perkataan
sukukata terbuka, membaca dan menulis perkataan yang mengandungi huruf hamzah
.( ء)
Bagi murid Tahun Dua pula, mereka boleh mengenal, membaca dan menulis
sukukata tertutup serta dapat membaca dan menulis rangkaikata dan ayat. Bagi
x
murid-murid ahun Tiga pula, mereka dapat mengenal, membaca dan menulis
perkataaan berimbuhan dan ayat pendek. Manakala bagi murid Tahun Empat pula,
mereka dapat membaca ayat yang mengandungi tanda bacaan, melengkapkan tanda
bacaan pada ayat, menukar teks Rumi ke Jawi. Bagi murid Tahun Lima pula, mereka
dapat menulis pebagai jenis teks dan menulis teks berita dan laporan. Oleh itu murid-
murid Tahun Lima seharusnya dapat membaca ejaan Jawi dengan lancar yang
merangkumi perkataan-perkataan yang mengandungi suku kata terbuka, suku kata
tertutup, perkataan berimbuhan dan perkataan pinjaman. Oleh yang demikian, satu
kajian perlu dilakukan bagi meninjau tahap penguasaan murid-murid Tahun Lima
Sekolah Kebangsaan Darau selari dengan objektif sukatan pelajaran yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
1.3 SOALAN KAJIAN / PENYELIDIKAN
Beberapa persoalan boleh dikemukan dalam membuat kajian ini. Di antara persoalan
tersebut adalah seperti berikut :
a) Adakah tahap penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi di kalangan
pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Darau telah mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan?
b) Adakah terdapat hubungan antara minat dengan tahap penguasaan membaca
Jawi?
c) Adakah faktor kaedah pengajaran guru mempengaruhi minat pelajar ?
d) Sejauhmanakah peranan ibu bapa mempengaruhi tahap penguasaan pelajar
membaca ejaan Jawi ?
xi
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah bertujuan melihat aspek-aspek berikut:
a) Tahap penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi di kalangan murid Tahun
Lima.
b) Melihat kaitan antara kebolehan Jawi dengan minat pelajar.
c) Mengenal pasti kaedah pengajaran guru terhadap minat dan pencapaian
dalam penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi.
d) Melihat kaitan antara peranan ibu bapa terhadap penguasaan kemahiran
membaca ejaan Jawi.
1.5 DEFINISI ISTILAH
1.5.1 Tahap
Mengikut Kamus Dewan tahap bererti peringkat, tingkat (Hajah Noresah binti
Baharom). (2002 : 1343) Dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (edisi keempat)
tahap ialah peringkat, tingkat, fasa iaitu pemikiran sudah sampai ke peringkat yang
lebih tinggi; tahap-tahap peningkatan dalam profesion tertentu daripada tahap paling
bawah ke tahap paling tinggi yang boleh dicapai.
xii
1.5.2 Penguasaan
Dalam Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan, penguasaan membawa maksud
perbuatan atau hal menguasai, pemahaman, pencapaian dan pendapat. (Haji Zainal
Abidin Safarwan. 1995 : 940). Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
penguasaan ialah memiliki, menguruskan dan berkuasa atas sesuatu, iaitu model
untuk mengukur penguasaan, pencapaian atau prestasi pelajar dalam melaksanakan
tugas semasa pembelajaran atau ujian untuk mengukur penguasaan kemahiran dan
prestasi pelajar.
1.5.3 Tahap Penguasaan
Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( edisi keempat ) tahap penguasaan
ialah tahap-tahap peningkatan dalam profesion tertentu daripada tahap paling bawah
ke tahap yang paling tinggi yang boleh dicapai. Maksud tahap penguasaan dari
gabungan kedua definisi tahap dan penguasaan ialah peringkat atau tingkat
penguasaan yang membawa maksud perbuatan atau hal menguasai, pemahaman,
pencapaian dan pendapat.
a) Tahap penguasaan bacaan ejaan Jawi yang rendah ialah kebolehan membaca
ejaan Jawi yang lemah, dimana murid-murid hanya boleh membaca perkataa yang
mengandungi suku kata terbuka sahaja.
b) Tahap penguasaan bacaan Jawi yang sederhana ialah kebolehan membaca ejaan
Jawi yang kurang lancar tetapi murid-murid boleh membaca perkataan-perkataan
xiii
yang mengandungi suku kata terbuka, suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan
kata pinjaman.
c) Tahap penguasaan bacaan Jawi yang tinggi ialah kebolehan membaca ejaan Jawi
yang lancar merangkumi perkataan yang mengandungi suku kata terbuka, suku
kata tertutup, perkataan berimbuhan dan kata pinjaman.
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Adalah menjadi harapan penyelidik segala maklumat yang dihasilkan dari kajian ini
mempunyai implikasi kepada perkara-perkara berikut :-
1.6.1 Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan maklumbalas kepada pihak
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) penambahbaikan sukatan pelajaran Pendidikan Islam khususnya
kemahiran membaca ejaan Jawi. Dapatan daripada kajian ini akan dapat
membantu pegawai-pegawai di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan
sekolah untuk menitikberatkan faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian
kemahiran penguasaan membaca ejaan Jawi pelajar Tahun Lima.
1.6.2 Diharap segala data dan keputusan daripada kajian ini dapat digunakan
sebagai panduan untuk mengambil tindakan susulan yang sewajarnya bagi
menangani masalah kurang minat terhadap ejaan Jawi.
xiv
1.6.3 Diharapkan hasil kajian ini dapat membantu guru-guru memahami
tentang perlunya komitmen mereka membaiki tahap pengajaran dan pembelajaran
mereka dalam penguasaan membaca ejaan Jawi.
1.6.4 Hasil kajian ini diharap dapat dijadikan maklumbalas terutamanya kepada
pihak pentadbir sekolah dan ibubapa dalam perkara-perkara yang boleh
meningkatkan prestasi pelajar dalam penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi.
1.6.6 Diharapkan kajian ini akan dapat menambahkan lagi sumber rujukan
bagi mengkaji tahap pencapaian kemahiran membaca ejaan Jawi.
1.7 BATASAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan ini hanyalah kajian kes terhadap pelajar Tahun Lima di Sekolah
Kebangsaan Darau di daerah Besut. Tumpuan kajian ini berkisar kepada tahap
penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi di kalangan murid Tahun Lima. Di
samping itu akan melibatkan kaitan antara kaedah pengajaran dan pembelajaran
dengan minat murid, kaedah pengajaran dan peranan ibu bapa terhadap penguasaan
kemahiran membaca ejaan Jawi. Bilangan responden kajian adalah seramai 60 orang
yang akan disoal selidik yang sedang menuntut di Tahun Lima Sekolah Kebangsaan
Darau.
Kelancaran kajian ini juga bergantung kepada sejauh manakah pihak guru
besar dan guru-guru Pendidikan Islam serta guru j-QAF Sekolah Kebangsaan Darau
memberi kerjasama. Keesahan kajian amat dipengaruhi oleh kejujuran responden
memberi maklumat yang tepat.
xv
1.8 KESIMPULAN
Tulisan Jawi merupakan tulisan terawal dan digunakan secara meluas di Nusantara.
Bab ini menghuraikan latar belakang kajian dan pernyataan masalah. Mengikut
sukatan pelajaran, murid-murid Tahun Lima seharusnya dapat membaca ejaan Jawi
dengan lancar yang merangkumi perkataan-perkataan yang mengandungi suku kata
terbuka, suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan perkataan pinjaman. Objektif,
kepentingan dan batasan kajian juga dibincangkan secara terperinci di dalam bab ini.
xvi
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 PENDAHULUAN
Dalam bab ini, akan dibincangkan beberapa pendapat dan sorotan penulisan dari
beberapa kajian yang berkaitan dengan perkara berikut:-
a) Kajian penguasaan membaca ejaan Jawi.
b) Hubungan sikap dengan minat dengan pencapaian.
c) Kaedah pengajaran guru dan pencapaian akademik.
d) Peranan ibu bapa terhadap pencapaian pelajar.
2.2 KAJIAN PENGUASAAN MEMBACA EJAAN JAWI
Kementerian Pendidikan telah melaksanakan beberapa kajian mengenai celik huruf
Jawi. Antaranya Pusat Perkembangan Kurikulum di Kementerian Pendidikan telah
mengadakan kajian pelaksanaan Pelajaran Jawi di kalangan pelajar Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1992. Pada keseluruhan kajian ini mendapati
66.8% murid Tahun 1, 49% murid Tahun 2, 61.4% murid Tahun 3 boleh membaca
Jawi mengikut tahap mereka. Bagi tahap dua pula, sebanyak 57.7% murid Tahun 4,
67% murid Tahun 5 dan 67.1% murid Tahun 6 boleh membaca Jawi.
xvii
Manakala kajian yang dijalankan oleh Bahagian Pendidikan Islam dengan
kerjasama Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada
tahun 1998 terhadap murid Tahun 6 di tiga buah negeri iaitu Johor, Selangor dan
Pulau Pinang mendapati bahawa 61% murid menguasai kemahiran membaca ejaan
Jawi.
Kementerian Pendidikan dari masa ke semasa berusaha mengatasi masalah
buta al-Quran dan tulisan Jawi. Kementerian Pendidikan telah mengadakan Seminar
Jawi Peringkat Kebangsaan pada 16 hingga 18 Oktober 2002. Pada tahun 2003,
Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan Pekeliling Ikhtisas ke semua sekolah
untuk memberi penekanan kepada penguasaan Jawi dan al-Quran khususnya bagi
enam bulan pertama Tahun 1. Guru-guru yang mengajar Jawi dan al-Quran diberi
kursus dari masa ke semasa. Para guru juga hendaklah menjalankan pelbagai aktiviti
untuk mempertingkatkan penguasaan dan pengukuhan Jawi di kalangan murid.
Dalam agihan waktu mengajar mata pelajaran pendidikan Islam sekolah rendah telah
ditetapkan satu waktu untuk mengajar Jawi, manakala di peringkat sekolah
menengah pula, Pelajaran Jawi diperkukuhkan menerusi pelajaran Pendidikan Islam.
Kajian dilakukan oleh Muzni bin Haji Borhan pada tahun 1995 dari Fakulti
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajiannya bertajuk Penguasaan
Pelajaran Jawi Di Kalangan Murid Tahun Lima Di Sekolah-Sekolah Rendah Daerah
Tampin, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kajian ini mendapati kaedah pelajaran Jawi
dipraktikkan dengan baik oleh guru-guru, walau bagaimanapun pencapaian pelajar-
pelajar didapati kurang memuaskan. Kajian ini juga mendapati peruntukan masa
pembelajaran yang tidak mencukupi, bahan pelajaran Jawi yang kurang dan
kelemahan penguasaan pelajaran Jawi pelajar-pelajar Tahun Lima. Adalah
xviii
diharapkan faktor-faktor tersebut dapat diatasi oleh pentadbiran sekolah supaya
penguasaan Jawi dapat ditingkatkan.
Kajian yang dijalankan oleh En. Yazid bin Hj. Hasnam. Kajian dijalankan
untuk meningkatkan penguasaan ejaan Jawi dan menanam minat terhadap ejaan Jawi
di kalangan pelajar. Tujuan awal telah dijalankan kepada 15 orang pelajar dari
Tingkatan 3 Kritis. Perancangan tindakan difokuskan kepada penguasaan Jawi
dengan menggunakan “Kaedah Matlob”. Keputusan kajian yang dijalankan
menunjukkan bahawa peningkatan pelajar dalam penguasaan ejaan Jawi dilakukan
melalui modul-modul yang diberi sebab pelajar dapat lebih latihan dan mereka lebih
seronok membuatnya kerana mereka tidak merasa tertekan.
Dalam sidang Dewan Rakyat Pada 7 Oktober 2004, Timbalan Menteri
Pelajaran Dato’ Mahadzir Mohd Khir telah memberi penjelasan bahawa Kementerian
Pelajaran serius dalam menggalakkan murid-murid untuk bergiat dalam tulisan Jawi.
Kementerian Pelajaran memang sentiasa berusaha memartabatkan tulisan Jawi.
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran telah menjadikan pengajian dan
pembelajaran Jawi dengan peruntukan waktu 60 minit seminggu. Kementerian
Pelajaran juga menetapkan bagi 6 bulan pertama murid-murid Tahun Satu sekolah
rendah diajar tulisan Jawi. Kementerian juga menyediakan buku teks Pendidikan
Islam dalam tulisan Jawi. Kertas peperiksaan untuk peringkat Penilaian Menengah
Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga disediakan dalam tulisan
Jawi.
Usaha lain yang sedang giat dilakukan pada masa ini adalah menyediakan
bahan-bahan bacaan dalam tulisan Jawi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Kementerian ini juga berpandangan usaha untuk memartabatkan tulisan Jawi akan
menghasilkan impak yang lebih positif sekiranya semua pihak turut serta memainkan
xix
peranan masing-masing. Berdasarkan pemantauan yang dijalankan usaha-usaha yang
dijalankan tersebut telah dapat membantu murid-murid membaca dan menulis Jawi.
Dengan pelaksanaan j-QAF Insya Allah Kementerian Pelajaran yakin murid-murid
dapat menguasai tulisan Jawi.
Kajian juga telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bandar Raub, Pahang
oleh Hasanudin bin Hj. Borhan, yang mana Kajian Penguasaaan Tulisan Jawi ini
dijalankan adalah untuk mengenalpasti kelemahan dan memperbaiki kesalahan yang
sering dilakukan oleh murid-murid Tahun Empat di dalam penulisan terutama aspek
menulis bentuk huruf yang disebut dan menyambung huruf-huruf tersebut. Tinjauan
hasil semakan latihan awal yang diberikan kepada murid-murid, didapati murid-
murid sangat lemah di dalam menulis bentuk huruf yang tersebut berdasarkan teks
Rumi dan menyambung huruf tersebut menjadi perkataan. Perancangan tindakan ini
akan difokuskan kepada penguasaan kemahiran tersebut. Tiga sesi pengajaran dan
pembelajaran (60 minit setiap sesi) telah dijalankan dimana murid-murid belajar
kemahiran yang tersebut di atas secara kelas. Keputusan ujian yang dijalankan telah
menunjukkan prestasi penulisan murid-murid. Murid-murid mula menunjukkan
minat belajar kemahiran menyambung huruf untuk mengatasi masalah penulisan
mereka.
Pekeliling Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM) 5206/4/4.1 Jld. 2(4)
bertarikh 3 Januari 2003, mewajibkan pelajaran Jawi dimasukkan dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam dengan peruntukan 60 minit seminggu bagi Tahun Satu
untuk tempoh 6 bulan pertama sahaja.Bagi murid Tahun Dua dan seterusnya
(termasuk sekolah menengah), aktiviti pemulihan dan pengayaan Jawi dilaksanakan
secara berterusan di samping penggunaannya dalam semua aktiviti pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam dan ujian serta peperiksaan Pendidikan Islam.
xx
2.3 HUBUNGAN SIKAP DAN MINAT DENGAN PENCAPAIAN
Sikap pelajar merupakan suatu angkubah yang sangat penting bukan sahaja sebagai
suatu objektif pengajaran tetapi juga sebagai faktor yang boleh menelah pencapaian
pelajar dalam berbagai kurikulum sekolah (Remmars dan Gage, 1943). Pendapat
Remmars dan Gage adalah selaras dengan hasil penyelidikan oleh Sullivan (1927)
seorang pengkaji yang awal yang menjelaskan sikap pelajar merupakan faktor
penting bagi menilai pencapaian pelajar. Kajian oleh Young (1932) membuktikan
pelajar yang berminat dalam satu-satu mata pelajaran itu akan berusaha
menambahkan pengetahuannya supaya pencapaian mereka menjadi lebih baik.
Rallison (1939) dengan menggunakan ukuran “ Vernon Measurement of
Abilities (VMA)” dalam kajian terhadap pelajar di bandar New Castle, Thyre dan
Northumberland yang berumur 11, 12 dan 13 tahun telah membuktikan bahawa sikap
dan minat pelajar mempunyai korelasi yang tinggi dalam pencapaian mereka. Beliau
juga mendapati bahawa faktor lokaliti antara bandar dan desa tidak mempengaruhi
sikap pelajar dan pencapaian sebaliknya beliau berpendapat faktor minat dan sikap
yang positif terhadap mata pelajaran tersebut lebih merupakan faktor penting untuk
dinilai.
Kajian-kajian yang terdahulu seperti Bolton (1937), Jordan (1941), Bigg
(1950), Brown (1953), Mc Gauvran (1955), Davidson (1956), Brodie (1964), Raja
Gopal (1976) dan Hamid Awang (1977) telah menunjukkan bahawa sikap pelajar
terhadap mata pelajaran mempunyai kaitan dengan pencapaian akademik mereka di
sekolah.
xxi
2.4 KAEDAH PENGAJARAN GURU DAN PENCAPAIAN AKADEMIK
William G. Spady (1973) telah melaporkan kajian yang dibuat oleh Stinchcombe
(1970) yang menganalisis kesan pengajaran guru telah mengatakan pengajaran guru
yang berkesan :-
a) Dapat menarik minat dan mengekalkan minat serta tumpuan di dalam
pembelajaran murid.
b) Mempunyai bahan tertentu dan menarik minat untuk disampaikan.
c) Menyampaikan dengan jelas dan tepat.
d) Menyampaikan dalam situasi yang menarik dan gaya yang memberangsangkan.
Biggs (1979, 1982 dan 1987) telah mendapati ada hubungan di antara tingkah laku
mengajar dengan tingkah laku belajar. Perhubungan ini dengan jelas dapat dilihat di
dalam model belajar yang dibentuk oleh Biggs (1987).
Ismail Daros (1981) dan Yaacub (1977) dalam penyelidikannya membuat
kesimpulan bahawa kelemahan pengajaran guru merupakan faktor yang
mempengaruhi minat pelajar terhadap persekolahan. Pelajar yang mundur cepat
bosan terhadap pelajaran yang kurang difahami serta kurang diminati dan guru pula
tidak berusaha untuk menarik minat pelajar. Dari segi pengajaran guru, pelajar
mundur biasanya terbiar dengan tidak diberi perhatian langsung oleh guru.
xxii
Flanders (1970) mendapati lebih sistematik seseorang guru itu mengajar
lebih positif kesannya kepada kefahaman murid.Gregore dan Ward (1977) mendapati
bahawa keserasian gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar
menghasilkan pelajar yang berjaya.Tuckman (1970) mendapati lebih sistematik
seseorang guru itu mengajar lebih positif kesanya kepada perkembangan bacaan
murid.
Hanapi Saad (1983) telah mengemukakan pendapat Molstad (1974) yang
menyatakan pembelajaran murid-murid mengenai sesuatu maklumat boleh dicapai
dalam masa yang singkat melalui pengalaman teknologi. Pencapaian yang sistematik
adalah lebih berkesan dan lebih digemari oleh pelajar daripada kaedah atau cara
pengajaran tradisi yang biasa digunakan.
Turner dan Fattu (1961) telah mengemukan bukti iaitu guru-guru yang
mendapat latihan profesional adalah lebih efektif berbanding dengan mereka yang
tidak terlatih, dari segi kemampuan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi
oleh guru professional. Stern (1963) menyatakan pengajaran yang baik adalah
ditentukan oleh sifat-sifat atau perlakuan yang berikut:
a) Kesediaan untuk lebih fleksibel,
b) Kesanggupan untuk menerima pandangan dan pendapat pelajar.
c) Kebolehan untuk menyediakan diri untuk pengajaran.
d) Kesediaan untuk diuji atau menghadapi cabaran.
e) Kemahiran dalam penyoalan.
f) Pengetahuan mengenai mata pelajaran yang diajar.
g) Menyediakan prosedur peperiksaan yang sempurna.
h) Menyediakan Bahan Bantu Mengajar yang mencukupi dan sempurna.
xxiii
i) Menunjukkan sikap menyokong dan penghargaan.
j) Menggunakan bahan yang baik dalam pengajaran.
2.5 PERANAN IBU BAPA TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR.
Dave (1965) dalam kajiannya tentang hubungan antara suasana rumah dengan
pencapaian pelajar mendapati bahawa dorongan ibu bapa, minat dan aktiviri pelajar
serta keadaan di rumah mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik (kolerasi
0.80). Sementara itu suasana di rumah mempunyai hubungan yang kuat dengan
pencapaian dalam bahasa, tetapi kurang berpengaruh terhadap pencapaian kemahiran
Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa ibu bapa yang terpelajar
turut mengambil bahagian dalam menambahkan peluang-peluang pendidikan anak-
anak mereka. Menurut Lareau (1987,1989), Baker dan Stevenson (1986) dan
Stevenson dan Baker (1987), impak kelas sosial terhadap pencapaian adalah
berdasarkan penglibatan ibu bapa sedemikian. Ibu bapa yang berpendidikan tinggi
mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk menggunakan pelbagai strategi bagi
mempastikan anak-anak mereka ditempatkan di dalam kelas yang terbaik.
Sharifah Md Nor (1991), mendapati bahawa ibu yang mempunyai pendidikan
menengah mempunyai pengaruh yang lebih berkesan kepada pendidikan anak-anak
mereka. Boocock (1980), menyatakan bahawa hubungan taraf sosio ekonomi
keluarga dan pencapaian akademik telah dapat dilihat dalam tiap-tiap kelompok
masyarakat Barat berdasarkan pengalaman penelitian.
xxiv
Jenck (1972), dalam usahanya mengkaji semula beberapa penyelidikan di
Amerika, mendapati bahawa setengah daripada perbezaan dalam pencapaian
pelajaran adalah berpunca daripada faktor latar belakang keluarga.
Sewell dan Hausser (1976), mendapati bahawa taraf sosio ekonomi dan
kemampuan boleh dipengaruhi pencapaian melalui beberapa cara seperti galakan ibu
bapa, rakan sebaya dan guru. Kajian ini menunjukkan bahawa 75 peratus daripada
perbezaan dalam pencapaian pelajaran sekolah tinggi adalah berpunca daripada
perkara-perkara tersebut.
Fedigan dan Gary (1978), menggariskan beberapa faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar di sekolah. Faktor tersebut adalah saling berkait dan
boleh dibahagikan kepada tiga komponen iaitu masyarakat, sekolah dan pelajar.
2.6 KESIMPULAN
Perbincangan bab ini telah menyentuh faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian
akademik murid dalam mata pelajaran Jawi. Kajian-kajian terhadap pembolehubah
yang telah dijangkakan seperti minat, kaedah pengajaran guru dan peranan ibu bapa
yang telah diutarakan oleh pengkaji terdahulu menimbulkan beberapa persoalan
kajian. Ulasan karya penting kepada pengkaji bagi memudahkan pengkaji membuat
kajian seterusnya terutama dalam membentuk metodologi kajian.
xxv
BAB 3
METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 PENDAHULUAN
Dalam bab ini, penyelidik akan cuba menerangkan mengenai kaedah dan tatacara
kajian iaitu rekabentuk penyelidikan, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur
pengumpulan data dan analisis data. Kaedah utama kajian adalah bercorak kualitatif
di samping kaedah kuantitatif. Penggabungan kedua-dua kaedah ini perlu bagi
menghasilkan kajian yang lebih mendalam, bersistematik dan laporan yang lebih
menyeluruh.
3.2 REKABENTUK PENYELIDIKAN
Metod penyelidikan ini bercorak kajian kes iaitu kajian kes ke atas murid-murid
Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Darau. Mengikut Majid Konting ( 1992 ) kajian
xxvi
kes adalah penyelidikan yang dilakukan secara intensif oleh penyelidik ke atas satu
unit kecil sosial seperti individu, satu keluarga, satu kampung, satu kelas, satu
sekolah atau satu masyarakat. Kajian tersebut termasuk menyelidiki pelbagai aspek
pembolehubah yang terlibat dari segi sejarah dan perkembangan subjek. Penekanan
kajian kes adalah kepada pemahaman mengenai persoalan mengapa individu atau
unit sosial seperti keadaan sekarang dan bagaimana perubahan tingkahlaku pada
individu atau unit sosial tersebut berlaku disebabkan oleh pembolehubah berkaitan.
Mengikut Anderson ( 1990 ), kajian kes dapat menjelaskan perkara-perkara
yang terselindung dari sudut pandangan responden dan pengumpulan data melalui
kaedah ini mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Dalam
kajian kes yang akan dijalankan oleh penyelidik, fokus kajian adalah untuk melihat
tahap penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi di kalangan murid Tahun Lima.
Kajian secara mendalam akan cuba dilakukan untuk mengesan persoalan tersebut
melalui instrument soal selidik, temubual dan pemerhatian secara langsung.
3.3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN
Populasi merupakan satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran yang
tertentu ke atas sekumpulan individu atau objek. ( Majid Konting : 1990 ). Populasi
kajian ini terdiri daripada murid-murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Darau, sesi
persekolahan 2007 berjumlah 68 orang . Sekolah Kebangsaan Darau merupakan
sekolah gred A luar bandar.
Persampelan merupakan strategi penyelidikan bilamana penyelidik boleh
mendapatkan maklumat mengenai sesuatu populasi daripada sebahagian individu
yang menganggotai populasi tersebut. Sebahagian individu yang diambil melalui
xxvii
persampelan bagi mewakili sesuatu populasi yang dikaji dinamakan sampel. ( Majid
Konting :1990 )
Pemilihan sampel dalam kajian ini dibuat dengan menggunakan persampelan
rawak. Dalam konteks kajian ini, penyelidik telah memilih seramai 60 orang murid.
Taburan mengikut jantina juga seimbang, iaitu 30 orang murid lelaki dan 30 orang
murid perempuan.
3.4 INSTRUMEN KAJIAN
Data untuk kajian ini dikumpulkan melalui soal selidik dan temubual. Menurut
Sekaran (1992), soal selidik adalah kaedah pengumpulan data yang kerap digunakan
apabila melibatkan responden yang ramai. Ia biasa digunakan untuk mendapatkan
maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya.
Soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerakbalas subjek terhadap
rangsangan soalan yang diberi.
Untuk mencapai objektif kajian, satu set soal selidik digunakan sebagai
instrumen untuk mendapatkan respon dan maklumat yang berkaitan. Borang soal
selidik murid menjurus kepada penguasaan murid menguasai Jawi, minat murid
mempelajari pelajaran Jawi, kaedah pengajaran guru dan faktor persekitaran yang
menggalakkan mereka menguasai ejaan Jawi.
3.4.1 Instrumen kajian ini mengandungi empat bahagian iaitu :-
xxviii
Bahagian A : Penguasaan Kemahiran Membaca Ejaan Jawi. Soalan-soalan di dalam
bahagian ini mengandungi penguasaan murid dalam membaca ejaan Jawi. Bahagian
ini mengandungi 8 soalan yang bermula item 1 hingga 8.
Bahagian B : Minat Pelajar Mempelajari Mata Pelajaran Jawi.
Soalan-soalan di dalam bahagian ini terdiri daripada pandangan murid tentang minat
mereka terhadap mata pelajaran Jawi. Bahagian ini mengandungi 10 soalan yang
bermula dari item 1 hingga 10.
Bahagian C : Kaedah Pengajaran Guru.
Soalan-soalan dalam bahagian ini melihat pebagai teknik pengajaran guru dan tahap
keberkesanannya dari aspek pandangan murid. Bahagian ini mengandungi 7 soalan
yang bermula dari item 1 hingga 7.
Bahagian D : Peranan Ibu Bapa.
Soalan-soalan dalam bahagian ini mengandungi tahap penguasaan murid dalam
bacaan al-Quran. Soalan juga berkaitan dengan peranan ibu bapa dalam
meningkatkan penguasaan Jawi. Terdapat 7 soalan yang bermula dari item 1
hingga7.
3.4.2 Item- item soal selidik adalah seperti jadual 1 di bawah.
Pembolehubah Item Jumlah
Penguasaan Membaca Jawi 1 hingga 8 8
xxix
Minat Pelajar Mempelajari Jawi 1 hingga 10 10
Kaedah Pengajaran Jawi 1 hingga 7 7
Peranan Ibu bapa 1 hingga 7 7
Jumlah 32
Jadual 1 : Taburan Item Soal Selidik.
Temubual merupakan satu lagi kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam
kajianini. Mengikut Majid Konting (1990), temubual merupakan kaedah tertua yang
digunakan untuk mengumpulkan maklumat. Ia sangat praktikal digunakan untuk
mendapatkan maklumat yang tepat daripada populasi yang kecil, populasi yang
mempunyai pendidikan yang rendah, populasi yang buta huruf, populasi yang
berumur dan populasi kanak-kanak.
Temubual sering digunakan terhadap subjek yang gemar ditemubual daripada
menjawab soal selidik. Fink & Kosecoff (1985), Dijkstra & Van der Zouwen (1982),
menyatakan kaedah temubual mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan
kaedah lain seperti untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan kepercayaan,
sikap, motivasi, cadangan dan lain-lain perkara yang sukar diperolehi. Darjah
kerjasama dari responden adalah tinggi di samping dapat mengelakkan mereka yang
tidak berkenaan menjawab soalan yang ditujukan.
Dalam kajian ini, tujuan penyelidik mengadakan temubual dengan murid-
murid untuk mengetahui tahap penguasaan membaca ejaan Jawi. Murid-murid akan
membaca petikan yang diberi. Penyelidik akan menilai samada tahap penguasaan
membaca ejaan Jawi telah mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
sebagaimana sukatan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
xxx
Temubual juga diadakan kepada dua orang guru Pendidikan Islam dan dua orang
guru j-QAF. Bagi guru, temubual amat penting untuk mendapatkan maklumat
mengenai kaedah pengajaran guru, tahap penguasaan murid, masalah pengajaran dan
peruntukan masa untuk mempelajari mata pelajaran Jawi. Soalan temubual untuk
guru dinyatakan dalam lampiran.
3.5 KAJIAN RINTIS
Satu kajian rintis (pilot study) sepatutnya dilakukan untuk mempastikan ketekalan
dan kebolehpercayaan dalaman (internal reliability) soal selidik yang dibina. Kajian
rintis penting untuk menentukan item-item dalam set soal selidik tidak disalahfaham
di samping untuk menguji kebolehlaksanaannya (feasibility). Gronland (1987),
menyatakan bahawa kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu keputusan
peperiksaan. Oller (1979) pula menyatakan bahawa kebolehpercayaan ujian merujuk
kepada ketekalan sesuatu ujian dalam menghasilkan keputusan yang sama dalam
situasi yang sama tetapi pada masa ujian yang berlainan. Menurut Kerlinger (1973)
konsep kebolehpercayaan hendaklah boleh menjawab tiga pertanyaan iaitu:
a. Kalau kita mengukur sesuatu dengan menggunakan bahan pengukur yang
sama berkali-kali dan kita bandingkan adakah hasilnya sama. Soalan ini berkaitan
dengan konsep kestabilan, ketahanan ( tahan uji ) dan ketepatan.
b. Adakah hasil yang didapati daripada alat pengukur itu menepati apa yang
hendak diukur. Ini berkaitan dengan konsep ketepatan.
xxxi
c. Berapa banyakkah kesilapan pengukuran di dalam alat pengukuran itu. Semakin
tinggi jumlah kesilapan, semakin tidak dipercayai bahan pengukuran atau bahan
ujian itu.
Dalam konteks kajian ini, penyelidik turut membuat kajian rintis untuk
menguji soal selidik. Kajian tersebut dilakukan pada 05 Oktober 2010 yang
melibatkan 10 orang murid Tahun Lima Sekolah Kabangsaan Darau. Tujuan kajian
ini ialah untuk mengesan:
a. Item-item yang sukar difahami dan kurang jelas.
b. Bahasa yang digunakan difahami oleh responden.
c. Kenyataan-kenyataan yang kabur yang boleh menimbulkan takrifan yang
berlainan kepada responden.
d. Tempoh masa yang diambil oleh responden dalam menjawab soalan.
Hasil daripada kajian rintis tersebut dan juga garis panduan serta nasihat
daripada pensyarah penyelia, pengkaji telah membuat pengubahsuaian dalam soalan
soal selidik.
3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Sumber data dalam penyelidikan ini dari data primer. Data primer diperolehi
daripada maklumbalas responden melalui soal selidik yang diedarkan dan temubual
dengan responden. Temubual juga dilakukan kepada guru-guru yang mengajar murid
berkenaan.
xxxii
Penyelidik akan membuat kajian lapangan selama dua minggu di sekolah
berkenaan. Bagi menjalankan soal selidik, penyelidik akan menerangkan tujuan
kajian dan mengedarkan soalan soal selidik dan seterusnya mengumpulkan jawapan
dari semua responden yang terlibat. Penyelidik sendiri akan menjalankan soal selidik
dan akan dibantu oleh dua orang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan
Islam dan dua orang guru j-QAF sekolah berkenaan. Responden akan diasingkan
daripada murid-murid lain dan dikumpulkan di Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Keadaan tersebut perlu bagi memastikan responden menjawab dengan ikhlas, tanpa
berbincang dengan rakan-rakan mereka yang lain . Temubual dengan dua orang guru
pula adalah untuk mendapatkan maklumat yang perlu akan diadakan pada waktu
senggang. Temubual dengan responden dilakukan, dimana responden akan dipanggil
secara bergilir-gilir untuk menguji penguasaan membaca ejaan Jawi dengan cara
membaca petikan yang disediakan.
3.7 ANALISIS DATA
Pengukuran data dapat dibuat dengan menjumlahkan skor bagi jawapan ‘Ya’ dan
skor bagi jawapan ‘Tidak’. Pada keseluruhannya setiap maklumbalas kepada soalan
diberi jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Nilai ‘1’ dan ‘2’ bagi setiap jawapan tidak
mempunyai apa-apa nilai tertentu tetapi sekadar membezakan di antara kedua-dua
jawapan.
Semua data dalam kajian ini dianalisis secara kualitatif. Bagi data yang
diperolehi melalui soal selidik, analisis data melibatkan penggunaan statistik
deskriptif. Penggunaan statistik deskriptif adalah untuk memperolehi data yang
dianggap sebagai ringkasan daripada keseluruhan set data. Teknik analisis yang
xxxiii
digunakan adalah peratus. Analisis data adalah dalam lingkungan bahagian masing-
masing iaitu pencapaian membaca Jawi, minat terhadap mata pelajaran Jawi, kaedah
pengajaran guru dan faktor persekitaran yang mempengaruhi pencapaian Jawi.
Kaedah temubual pula, pengkaji akan mencatatkan butir-butir penting
temubual dalam buku rekod catatan. Fakta-fakta penting yang berkaitan dengan
kajian akan diproses, dianalisis dan ditafsirkan. Sumber temubual adalah sumber
sokongan penting dalam memberikan maklumat sampingan kepada jawapan-jawapan
soalan-soalan soal selidik.
3.8 KESIMPULAN
Kajian ini akan menggunakan rekabentuk kajian kes kerana ingin mengkaji
sejauhmanakah pencapaian murid dalam menguasai kemahiran membaca ejaan Jawi
dipengaruhi oleh faktor minat, kaedah pengajaran guru dan peranan ibu bapa.
Instrumen kajian adalah soal selidik dan temubual. Analisis yang digunakan adalah
peratus.
xxxiv
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan hasil dapatan kajian daripada soal selidik dan temubual
oleh pengkaji. Analisis kajian dalam bab ini meliputi latarbelakang responden dan
beberapa aspek bagi menjawab persoalan kajian yang dikemukakan dalam bab 1
seperti berikut :
a. Tahap penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi di kalangan murid Tahun
Lima.
b. Sukatan Pelajaran Jawi dengan minat pelajar mempelajari Jawi.
xxxv
c. Kaedah pengajaran guru terhadap minat dan pencapaian dalam penguasaan
kemahiran membaca ejaan Jawi.
d. Peranan ibu bapa terhadap penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi.
4.2 HASIL KAJIAN
4.2.1 LATAR BELAKANG RESPONDEN
Berikut adalah demografi berhubung dengan sampel yang telah diperolehi.
Jantina Kekerapan Peratus (%)
Lelaki 30 50
Perempuan 30 50
Jumlah 60 100
Jadual 2: Demografi Sampel Berasaskan Jantina
LelakiPerempuan
Rajah 1
Jadual menunjukkan bahawa taburan sampel dari segi jantina adalah seimbang antara
murid lelaki dengan murid perempuan.
Kedudukan Kekerapan Peratus (%)
xxxvi
Bandar 0 0
Luar bandar 60 100
Jadual 3 : Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal
BandarLuar Bandar
Rajah 2
Jadual menunjukkan seramai 60 orang murid (100%) tinggal di luar bandar.
Jenis Pekerjaan Kekerapan Peratus (%)
Kerajaan 10 16.7
Swasta 15 25
Bekerja Sendiri 25 41.7
Lain-lain 10 16.6
Jumlah 60 100
Jadual 4 : Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu Bapa
KerajaanSwastaBekerja SendiriLain-lain
xxxvii
Rajah 3
Jadual 4 menunjukkan bidang pekerjaan ibu bapa responden yang terdiri daripada 10
responden (16.7%) yang ibu bapanya bekerja kerajaan, 15 responden (25%) ibu
bapanya bekerja di sektor swasta, 25 responden (41.7%) ibu bapanya bekerja sendiri
dan 10 (16.6%) lain-lain pekerjaan.
Jumlah Pendapatan Kekerapan Peratus (%)
Kurang RM500 8 13.3
RM 500-RM 1000 32 53.3
Lebih RM 1000 20 33.4
Jumlah 60 100
Jadual 5 : Demografi Berdasarkan Sosial Keluarga
Kurang RM 500RM500-RM1000Lebih RM 1000
Rajah 4
Jadual 5 menunjukkan 8 orang murid (13.3%) yang mempunyai ibu bapa yang
berpendapatan kurang RM 500 sebulan, manakala 32 orang murid (53.3%) yang
mempunyai ibu bapa yang berpendapatan antara RM 500 hingga RM 1000 sebulan
xxxviii
dan seramai 20 orang murid (33.4%) ibu bapa mereka berpendapatan lebih RM 1000
sebulan.
Tahap Pendidikan Kekerapan Peratus( %)
Tidak bersekolah 2 3.3
Tamat Sekolah Rendah 18 30
Tamat Sekolah Menengah 30 50
Diploma/Ijazah 10 16.7
Jumlah 60 100
Jadual 6 : Taburan Responden Terhadap Tahap Pendidikan Ibu Bapa
Tidak BersekolahTamat Sekolah RendahTamat Sekolah MenengahDiploma/Ijazah
Rajah 5
Jadual 6 menunjukkan taburan sampel berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa
dimana didapati golongan ibu bapa yang tidak bersekolah ada 2 orang (3.3%), ibu
xxxix
bapa yang tamat sekolah rendah seramai 18 orang (30%). Golongan ibu bapa yang
tamat sekolah menengah seramai 30 orang (50%) manakala ibu bapa yang
berkelulusan diploma atau ijazah seramai 10 orang (16.7%)
4.3 DAPATAN KAJIAN
4.3.1 Penguasaan Ejaan Jawi
Soalan soal selidik yang telah diberikan kepada responden adalah bertujuan untuk
melihat tahap penguasaan kemahiran membaca ejaan Jawi di kalangan murid Tahun
Lima.
Bil Keterangan Item Peratus (%)
Ya Tidak
1 Saya mengingati semua huruf Jawi 100 0
2 Saya dapat membaca sukukata terbuka dengan lancar 100 0
3 Saya dapat membaca suku kata tertutup dengan lancar 75 25
Jadual 7 : Penguasaan Membaca Ejaan Jawi
xl
1 2 30%
20%
40%
60%
80%
100%
TidakYa
Rajah 6
Berdasarkan Jadual 7 100% murid menyatakan bahawa mereka mengingati semua
huruf Jawi dan dapat membaca suku kata terbuka dengan lancar. Bagi keterangan
item nombor 3 dan 4, 75% murid menyatakan mereka dapat membaca suku kata
tertutup dan perkataan berimbuhan dengan lancar, manakala 25% murid tidak dapat
membaca suku kata tertutup dan perkataan berimbuhan dengan lancar.
Bil Keterangan Item Peratus
Ya Tidak
4 Saya dapat membaca perkataan berimbuhan dengan
lancar
75 25
5 Saya dapat membaca ejaan Jawi dengan lancar 66.7 33.3
6 Saya berpuashati dengan kebolehan dan pencapaian
dalam mata pelajaran Jawi
33.3 66.7
Jadual 8 Penguasaan Membaca Ejaan Jawi
xli
4 5 60%
20%
40%
60%
80%
100%
TidakYa
Rajah 7
Dapatan soal selidik bagi soalan nombor 5, menunjukkan 66.7% murid dapat
membaca ejaan Jawi dengan lancar manakala 33,3% pula tidak dapat membaca ejaan
Jawi dengan lancar.
Hanya 33.3 % murid menyatakan bahawa mereka berpuashati dengan
kebolehan dan pencapaian dalam mata pelajaran Jawi, manakala 66.7% pula tidak
berpuashati dengan pencapaian mereka.
Bil Keterangan Item Peratus
Ya Tidak
7 Saya yakin dapat meningkatkan pencapaian dalam
bacaan ejaan jawi
100 0
8 Masa yang diperuntukkan mata pelajaran Jawi
mencukupi
25 75
Jadual 9 Penguasaan Membaca Ejaan Jawi
xlii
7 80
20406080
100120
TidakYa
Rajah 8
Semua murid yakin akan dapat meningkatkan penguasaan dalam membaca ejaan
Jawi. Ini menunjukkan mereka mempunyai kesungguhan untuk memperbaiki prestasi
penguasaan mereka dalam mata pelajaran Jawi. Bagi soalan yang berkaitan masa
yang diperuntukkan untuk mata pelajaran Jawi, 25% mengatakan bahawa masa yang
diperuntukkan adalah mencukupi manakala 75% mengatakan masa untuk mata
pelajaran Jawi perlu ditambah.
Selain soal selidik, pengkaji juga menemubual murid untuk mengetahui tahap
penguasaan membaca ejaan Jawi. Dalam temubual tersebut, responden diberi petikan
dalam ejaan Jawi untuk dinilai tahap penguasaan mereka membaca sama ada berada
pada tahap penguasaan yang rendah, sederhana atau tinggi. Kajian menunjukkan
45% murid berada pada tahap penguasaan yang tinggi iaitu kebolehan membaca
ejaan Jawi yang lancar merangkumi perkataan yang mengandungi suku kata terbuka,
suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan kata pinjaman.
Murid yang menunjukkan tahap penguasaan bacaan Jawi yang sederhana
sebanyak 30% iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang kurang lancar tetapi
mereka boleh membaca perkataan-perkataan yang mengandungi suku kata terbuka,
suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan kata pinjaman.
xliii
Murid yang menunjukkan tahap penguasaan bacaan ejaan Jawi yang rendah
pula sebanyak 25% iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang lemah di mana murid-
murid hanya boleh membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka sahaja.
4.3.2 Tahap Penguasaan Kemahiran Bacaan Jawi
TinggiSederhanaRendah
Rajah 9
Rajah 9 menunjukkan tahap penguasaan kemahiran bacaan Jawi murid Tahun Lima.
Murid yang menguasai tahap penguasaan yang tinggi sebanyak 45%, tahap
penguasaan sederhana 30% manakala 25% bagi tahap penguasaan yang rendah.
4.3.3 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi
Jadual di bawah menunjukkan minat terhadap mata pelajaran Jawi di kalangan
murid-murid Tahun Lima.
Bil Keterangan Item Peratus
Ya Tidak
1 Saya meminati mata pelajaran Jawi 41.7 58.3
2 Saya lebih berminat dengan mata pelajaran Jawi
berbanding mata pelajaran lain
10 90
xliv
3 Mata Pelajaran Jawi amat berguna dalam kehidupan
seharian
46.7 53.3
Jadual 10 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi
1 2 30
20
40
60
80
100
Tidak
Ya
Rajah 10
Berdasarkan jadual 10, didapati 41.7% murid meminati mata pelajaran Jawi,
manakala 58.3% murid tidak meminatinya. Hanya 10% murid lebih meminati mata
pelajaran Jawi berbanding dengan mata pelajaran lain.Soal selidik menunjukkan
46.7% menyatakan mata pelajaran Jawi amat berguna kepada kehidupan seharian
manakala 53.3% mengatakan sebaliknya.
Bil Keterangan Item Peratus
Ya Tidak
1 Saya mengulangkaji mata pelajaran Jawi di rumah 16.7 83.3
2 Saya selalu membaca petikan dalam ejaan Jawi 33.3 66.7
3 Mata pelajaran lain juga menyerapkan penulisan dan
pembacaan Jawi
0 100
Jadual 11 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi
xlv
1 2 30
20406080
100
TidakYa
Rajah 11
Bagi item nombor 1, 16.7% mengatakan mereka mengulangkaji mata pelajaran Jawi
di rumah manakala 83.3% mengatakan mereka tidak mengulangkajinya. Bagi item
nombor 2, hanya 33.3% mengatakan mereka selalu membaca petikan dalam ejaan
Jawi manakala 66.7% pula mengatakan mereka tidak membaca petikan dalam ejaan
Jawi kecuali semasa belajar mata pelajaran Jawi dan Pendidikan Islam.Bagi soalan
nombor 3, 100% murid mengatakan mata pelajaran lain tidak menyerapkan penulisan
dan pembacaan ejaan Jawi kecuali Pendidikan Agama Islam yang bertulisan dengan
ejaan Jawi.
Bil Keterangan Item Peratus
Ya Tidak
1 Mata pelajaran Jawi amat membosankan 58.3 41.7
2 Mata pelajaran Jawi membuatkan saya takut dan tidak
selesa
58.3 41.7
3 Minat terhadap mata pelajaran Jawi didorong oleh guru 100 0
4 Saya belajar mata pelajaran Jawi kerana terpaksa bukan
kerana minat
58.3 41.7
Jadual 12 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi
xlvi
1 2 3 40%
20%
40%
60%
80%
100%
TidakYa
Rajah 12
Merujuk Jadual 12, mata pelajaran Jawi amat membosankan dan membuat mereka
takut dan tidak selesa bagi 58.3% murid. Bagi 41.7% murid lagi, mata pelajaran Jawi
tidak membosankan dan membuat mereka tidak selesa. Bagi soalan nombor 3, 100%
murid menyatakan minat terhadap mata pelajaran Jawi didorong oleh guru.
Berdasarkan soal selidik yang telah dikemukakan 58.3% mengatakan bahawa
mereka belajar mata pelajaran Jawi kerana terpaksa bukan kerana minat. Sebanyak
41.7% murid pula mengatakan mereka mempelajari mata pelajaran Jawi bukan
kerana terpaksa tetapi berminat.
4.3.4 Kaedah Pengajaran Guru.
Pengkaji telah memberi soal selidik kepada murid untuk mengetahui dan menilai
kaedah pengajaran guru dari kacamata mereka.
Bil Soalan Setuju Kurang
setuju
Tidak
setuju
1 Guru mempunyai kesungguhan mengajar
dalam mata pelajaran Jawi
91.7 8.3 0.0
2 Guru mempelbagaikan kaedah pengajaran 50 40 10
xlvii
3 Guru menggunakan bahan Bantu
mengajar semasa mengajar
0 100 0
4 Guru menggunakan kaedah yang
menyeronokkan dalam pengajaran Jawi
63.3 30.0 6.7
Jadual 13 Kaedah Pengajaran Guru.
1 2 3 40
20406080
100
Tidak SetujuKurang SetujuSetuju
Rajah 13
Berdasarkan jadual 13, 91.7 % murid menyatakan bahawa guru mempunyai
kesungguhan dalam mengajar mata pelajaran Jawi manakala 8.3% mengatakan
kadang-kadang dan 0% “tidak”. Bagi soalan nombor 2 iaitu guru sering
mempelbagaikan kaedah pengajaran, 50% mengatakan “setuju”,. 40% mengatakan
“kurang setuju” dan 10% mengatakan “tidak setuju”. Bagi soalan nombor 3, 100%
murid mengatakan “kurang setuju” apabila ditanya mengenai guru menggunakan
bahan Bantu mengajar semasa mengajar.
Respon tentang guru menggunakan kaedah yang menyeronokkan dalam
pengajaran Jawi adalah berbeza di kalangan murid. Bagi 63.3% mengatakan guru
selalu menggunakan kaedah yang menyeronokkan, 30% mengatakan kurang setuju
dan 6.7% mengatakan tidak setuju. Kaedah pengajaran guru semasa mengajar mata
pelajaran Jawi adalah baik bagi 91.7% murid dan 8.3% adalah sederhana.
Dari segi pandangan murid terhadap pengajaran guru sama ada jelas atau
tidak, 66.7% murid mengatakan jelas dan 33.3% mengatakan sederhana. Dari segi
xlviii
tingkat kefahaman murid daripada pengajaran guru, 66.3% murid memahami
keseluruhan pengajaran guru, 30% berada dalam tingkat kefahaman sederhana dan
6.7% tidak memahami pengajaran guru.
Bil Soalan Ya Tidak
1 Guru sering kali memberi kerja rumah mata pelajaran
Jawi
100 0
2 Guru sentiasa menyemak dan memeriksa buku latihan
Jawi saya
100 0
3 Guru menyuruh saya membuat pembetulan bagi ejaan
yang salah
100 0
Jadual 14 Pandangan Murid Terhadap Kerja Rumah
1 2 30%
50%
100%
TidakYa
Rajah 14
xlix
Bagi soalan nombor 1 dan 2 iaitu guru seringkali memberi kerja rumah dan sentiasa
menyemak serta memeriksa buku latihan Jawi, 100% bersetuju dengan pandangan
sedemikian. Dari segi guru menyuruh membuat pembetulan bagi ejaan yang salah,
100% murid bersetuju.
4.3.5 Peranan Ibu Bapa
Pengkaji telah mengemukakan soal selidik untuk mengetahui kebolehan membaca al-
Quran dan peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak mereka menguasai
ejaan Jawi.
Bil Soalan Ya Tidak
1 Saya boleh membaca al-Quran dengan baik 45 55
2 Saya telah khatam al-Quran 13.3 86.7
Jadual 15 Kebolehan Membaca al-Quran
1 20%
50%
100%
TidakYa
Rajah 15
Berdasarkan jadual 15, 45% murid boleh membaca al-Quran dengan baik manakala
55% mengatakan tidak. Bagi soalan nombor 2, 8 orang iaitu 13.3 % murid telah
khatam al-Quran manakala 52 orang iaitu 86.7% murid belum khatam al-Quran. Bagi
soalan nombor 3, 11.7% mengatakan mereka belajar al-Quran dengan ibu bapa,
21.6% dengan datuk atau nenek manakala selebihnya iaitu 66.7% belajar al-Quran
dengan guru al-Quran.
l
Bil Soalan Setuju Kurang
Setuju
Tidak
Setuju
1 Ibu bapa menggalakkan saya
membaca ejaan Jawi di rumah.
16.7 50 33.3
2 Ibu bapa mengajar saya membaca
ejaan Jawi di rumah.
16.7 50 33.3
3 Saya bertanya kepada ibu bapa
tentang ejaan Jawi.
11.7 21.6 66.3
Jadual 16 Galakan Membaca Ejaan Jawi
1 2 30%
20%40%60%80%
100%
Tidak SetujuKurang SetujuSetuju
Rajah 16
Berdasarkan Jadual 16, 16.7% murid mengatakan ibu bapa menggalakkan mereka
membaca dan mengajar membaca ejaan Jawi di rumah. Bagi 50% murid, mereka
mengatakan kurang setuju ibu bapa menggalakkan membaca dan mengajar membaca
ejaan Jawi di rumah. Bagi 33.3% murid pula mengatakan ibu bapa tidak
menggalakkan membaca dan mengajar membaca ejaan Jawi di rumah. Bagi soalan
nombor 3, hanya 11.7% murid bertanya kepada ibu bapa tentang ejaan Jawi, 21.6%
mengatakan kurang setuju dan 66.7% mengatakan tidak.
Bil Soalan Ya Tidak
li
1 Ibu bapa saya pandai membaca ejaan Jawi 83.3 16.7
2 Semua ahli keluarga saya boleh membaca ejaan Jawi 58.3 41.7
Jadual 17: Kebolehan Membaca Ejaan Jawi
1 20
50
100
TidakYa
Rajah 17
Bagi soalan nombor 1, 83.3% murid mengatakan ibu bapa mereka pandai membaca
ejaan Jawi, manakala 16,7 % pula mengatakan ibu bapa mereka tidak pandai
membaca ejaan Jawi. Bagi soalan nombor 2 iaitu semua ahli keluarga mereka boleh
membaca ejaan Jawi dipersetujui oleh 58.3% dan 41.7% mengatakan tidak.
4.3.6 Temubual Dengan Guru
Pengkaji telah menembual dua orang guru Pendidikan Islam dan dua orang guru j-
QAF yang mengajar Tahun Lima. Guru Pendidikan Islam pertama telah berkhidmat
selama 12 tahun dan guru kedua selama 14 tahun. Kedua-dua guru menyatakan
mereka mengunakan bahan bantu mengajar dalam pengajaran. Namun begitu,
penggunaan bahan bantu mengajar digunakan bukan pada setiap masa pengajaran
tetapi mengikut keperluan dan kesesuaian tajuk.
Guru juga mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi menarik minat murid
mengikuti mata pelajaran Jawi. Seterusnya kadang-kadang guru juga menggunakan
lii
bahan pengukuhan seperti akhbar iaitu sisipan jawi Utusan Malaysia dan buku-buku
cerita tulisan Jawi untuk memantapkan penguasaan Jawi di kalangan murid.
Guru menyatakan mereka mempunyai tahap penguasaan yang baik dalam
sistem ejaan Jawi baru. Guru juga mengakui bahawa mereka pernah mengikuti
kursus sistem ejaan Jawi baru yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam Jabatan
Pelajaran Terengganu dan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Guru mengatakan bahawa masa yang diperuntukkan untuk mengajar mata
pelajaran Jawi adalah tidak mencukupi. Masalah yang dihadapi dalam pengajaran
Jawi ialah kekangan masa. Masa untuk mata pelajaran Jawi tidak mencukupi dan
perlu ditambah. Murid juga menghadapi masalah untuk membatankan suku kata
terbuka dan suku kata tertutup kerana ada beberapa perkataan yang tidak boleh
disamakan dengan sistem ejaan Rumi.
Secara keseluruhannya guru kurang berpuashati dengan pencapaian murid-
murid dalam membaca ejaan Jawi tetapi ada murid yang menunjukkan penguasaan
yang baik dalam membaca ejaan Jawi. Ada murid yang berada pada tahap sederhana
tetapi menunjukkan peningkatan dalam membaca ejaan Jawi. Namun begitu ada
pelajar yang terlalu lemah dan memerlukan pemulihan dalam membaca ejaan Jawi.
Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF telah mengadakan beberapa aktiviti
untuk memantapkan penguasaan Jawi di kalangan murid. Antaranya ialah
pertandingan tulisan cantik Jawi, pertandingan mengeja perkataan dalam ejaan Jawi
dan pertandingan membaca petikan dalam ejaan Jawi. Selain itu ditampalkan artikel
dalam tulisan Jawi di papan kenyataan.
4.4 KESIMPULAN
liii
Kajian ini menunjukkan bahawa murid Tahun Lima boleh menguasai kemahiran
membaca ejaan Jawi pada peringkat tinggi, sederhana dan rendah. Kaedah
pengajaran guru amat penting dalam membentuk minat dan penguasaan murid dalam
kemahiran membaca ejaan Jawi. Begitu juga peranan ibu bapa boleh meningkatkan
penguasaan murid dalam membaca ejaan Jawi. Kajian mendapati murid yang dapat
membaca al-Quran dengan baik akan dapat menguasai kemahiran membaca ejaan
Jawi dengan baik.
BAB 5
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 PENDAHULUAN
Bab ini merupakan bab yang terakhir dalam kajian bagi membincang, merumus dan
mencadangkan hasil daripada maklumat dan data yang telah diperolehi dari
responden. Di akhir bab ini juga akan mengemukakan beberapa cadangan bagi
penyelidikan selanjutnya yang boleh dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lain pada
masa hadapan.
5.2 PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN
liv
5.2.1 Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca Ejaan Jawi
Kajian ini menunjukkan semua murid dapat mengingati kesemua 36 huruf Jawi dan
dapat membaca sukukata terbuka dengan lancar. Dapatan kajian hasil dari temubual
dengan responden menunjukkan 45% murid berada pada tahap penguasaan yang
tinggi iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang lancar merangkumi perkataan yang
mengandungi sukukata terbuka, sukukata tertutup, perkataan berimbuhan dan kata
pinjaman.
Murid yang menunjukkan tahap penguasaan bacaan Jawi yang sederhana
sebanyak 30% iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang kurang lancar tetapi
mereka boleh membaca perkataan-perkataan yang mengandungi sukukata terbuka,
sukukata tertutup, perkataan berimbuhan dan kata pinjaman.
Murid yang menunjukkan tahap penguasaan bacaan ejaan Jawi yang rendah
pula sebanyak 25% iaitu kebolehan membaca ejaan jawi yang lemah di mana murid-
murid hanya boleh membaca perkataan yang mengandungi sukukata terbuka sahaja.
Namun begitu semua murid mempuyai keyakinan akan dapat mempertingkatkan
pencapaian dalam bacaan ejaan Jawi. Mereka perlu memperuntukkan lebih banyak
masa untuk membaca ejaan Jawi.
5.2.2 Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi
Kajian ini memperlihatkan minat adalah faktor pelonjak penting ke arah peningkatan
pencapaian dalam mata pelajaran Jawi, begitu juga dengan keyakinan dan kebolehan
terhadap mata pelajaran tersebut. Dapatan menunjukkan sebanyak 41.7% yang
lv
memang benar-benar berminat terhadap mata pelajaran Jawi. Bagi yang berminat
mempelajari, guru merupakan faktor pendorong yang penting. Mereka selalu
membaca petikan dalam ejaan Jawi dan menganggap mata pelajaran Jawi berguna
dalam kehidupan seharian dan sebagai satu kelebihan yang dimiliki dari khazanah
bangsa Melayu sejak turun temurun.
Dapatan juga menunjukkan sebanyak 58.3% tidak meminati mata pelajaran
Jawi. Mata pelajaran Jawi amat membosankan dan membuatkan mereka berasa takut
dan tidak selesa bagi 58.3% murid. Kurang berminat terhadap mata pelajaran Jawi
sudah pasti menjejaskan prestasi dalam mata pelajaran tersebut dan mata pelajaran
Pendidikan Islam. Faktor minat dilahirkan melalui sikap murid terhadap mata
pelajaran tersebut.
Dapatan kajian ini menyokong dapat kajian yang telah dijalankan oleh
Mohammed Rashed Al-Shorgi (1987), Juliah Long (1975) dan Hamid Awang (1975)
dimana terdapat hubungan yang positif di antara sikap murid dengan pencapaian
mereka dalam sesuatu mata pelajaran. Kajian Abu Zahari (1987) menjelaskan minat
pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran amat mempengaruhi pencapaian mereka
dalam mata pelajaran tersebut.
5.2.3 Kaedah Pengajaran Guru
Peranan guru dalam membimbing murid-murid dan memberi kefahaman terhadap
sesuatu mata pelajaran memang tidak dapat dinafikan lagi. Shumway (1980)
melaporkan bahawa guru berpotensi dalam mempengaruhi sikap masa akan datang
pelajar. Combs (1965) menegaskan bahawa guru yang baik mempunyai pengetahuan
lvi
yang kukuh dalam bidangnya. Ia dapat menyampaikan pengajaran secara berkesan
dan dapat menyesuaikan diri dengan pengetahuan baru.
Dalam konteks ini, kaedah pengajaran guru memainkan peranan penting
sebagai satu media penyampaian kepada para pelajar. Kajian ini mendapati guru
mempunyai kesungguhan dalam mengajar dan telah membuat persediaan rapi
sebelum mengajar. Kaedah pengajaran guru merupakan daya penarik utama murid
meminati mata pelajaran Jawi.
Kajian ini juga mendapati guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
menggunakan bahan bantu mengajar. Charles B. Klasek (1972) menjelaskan
pengajaran guru yang sistematik ialah guru yang dapat menggabungkan media dan
bahan-bahan dalam pengajarannya. Bagi 63.3% murid bersetuju bahawa guru
menggunakan kaedah yang menyeronokkan dalam pengajaran Jawi. Guru juga
sentiasa memberi kerja rumah mata pelajaran Jawi dan menyemak buku latihan
murid.
5.2.4 Peranan Ibu Bapa
Berdasarkan soal selidik, hanya 13.3% murid telah khatam al-Quran. Namun begitu,
45% murid boleh membaca al-Quran dengan baik cuma belum khatam al-Quran.
Murid yang boleh membaca al-Quran dengan baik akan juga boleh membaca ejaan
Jawi dengan baik iaitu dapat membaca suku kata terbuka, suku kata tertutup, kata
pinjaman dan kata berimbuhan dengan lancar. Kajian juga mendapati ibu bapa tidak
memainkan peranan aktif dalam menggalakkan anak-anak menguasai kemahiran
ejaan Jawi. Ibu bapa kurang memberi penekanan kepada mata pelajaran Jawi
berkemungkinan kerana mata pelajaran Jawi tidak termasuk dalam mata pelajaran
lvii
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Ibu bapa juga tidak membeli bahan-bahan bacaan
dalam ejaan Jawi seperti akhbar dan buku untuk menambahbaikan penguasaan ejaan
Jawi anak-anak mereka.
5.3 RUMUSAN HASIL KAJIAN
Hasil kajian mendapati pencapaian murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Darau
telah mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan pelajaran
yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kajian menunjukkan 45% murid berada pada tahap penguasaan yang tinggi
iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang lancar merangkumi perkataan yang
mengandungi suku kata terbuka, suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan
perkataan pinjaman.
Murid yang menunjukkan tahap penguasaan bacaan ejaan jawi yang
sederhana sebanyak 30% iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang kurang lancar
tetapi mereka boleh membaca perkataan-perkataan yang mengandungi suku kata
terbuka, suku kata tertutup, perkataan berimbuhan dan perkataan pinjaman.
Murid yang menunjukkan tahap penguasaan bacaan ejaan Jawi yang rendah
sebanyak 25% iaitu kebolehan membaca ejaan Jawi yang lemah dimana murid-murid
hanya boleh membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka sahaja.
Dapatan kajian juga, menunjukkan murid yang menunjukkan minat terhadap
mata pelajaran Jawi akan dapat menguasai bacaan ejaan Jawi dengan baik iaitu
berada pada tahap yang tinggi. Murid yang tidak menunjukkan minat terhadap mata
lviii
pelajaran Jawi tetapi dapat menguasai bacaan ejaan Jawi yang sederhana didorong
oleh faktor lain seperti kaedah pengajaran guru dan peranan ibu bapa.
Dapatan daripada pemerhatian pengajaran guru dan temubual dengan murid
dan soal selidik, faktor kaedah pengajaran guru amat penting dalam membentuk
minat dan penguasaan kefahaman murid terhadap mata pelajaran Jawi. Jelasnya
kaedah pengajaran guru merupakan daya gerak penting bagi menjadikan mata
pelajaran tersebut diberi perhatian oleh murid.
Peranan ibu bapa juga penting dalam meningkatkan penguasaan murid dalam
ejaan Jawi. Ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka dengan cara mengajar
ejaan Jawi di rumah akan meningkatkan pencapaian anak-anak mereka dalam mata
pelajaran Jawi.
Pelajar yang dapat membaca al-Quran dengan baik akan dapat menguasai
ejaan Jawi dengan baik. Keadaan ini kerana ejaan Jawi adalah sebahagian daripada
aksara Arab cuma ditambah beberapa huruf sesuai dengan perkataan-perkataan di
dalam Bahasa Melayu.
Kajian juga mendapati masa yang diperuntukkan untuk mata pelajaran Jawi
tidak mencukupi. Ini diakui sendiri oleh murid-murid dan guru . Pusat Perkembangan
Kurikulum disarankan menambah jumlah masa bagi mata pelajaran Jawi.
5.4 IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN
Persoalan minat murid terhadap mata pelajaran Jawi perlu diberi perhatian. Ibu bapa
dan guru dipertanggungjawabkan dalam memupuk sikap pelajar terhadap mata
pelajara Jawi supaya murid meminati mata pelajaran ini. Dalam konteks ini, peranan
lix
guru amat penting. Guru seharusnya sentiasa memberi motivasi kepada murid
tentang kepentingan mata pelajaran Jawi. Pengajaran guru harus mudah dan tidak
menyebabkan murid merasa sukar dan keliru. Sebagai seorang guru, mereka
seharusnya sentiasa mencari strategi bagi meningkatkan lagi minat dan prestasi
murid mereka.
Kaedah pengajaran guru amat penting dalam menentukan kefahaman murid
atau menyebabkan kegagalan guru untuk mencapai objektif-objektif pengajarannya
dan yang lebih penting akan mempengaruhi minat serta prestasi pencapaian murid
dalam mata pelajaran ini. Adalah dicadangkan guru mempelbagaikan kaedah
pengajaran. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar seperti alat pandang dengar, carta
dan gambar dapat meningkatkan lagi kefahaman murid. Pembelajaran secara
koperatif dengan membentuk kumpulan-kumpulan pembelajaran amat penting bagi
meningkatkan kefahaman murid. Dicadangkan pembentukan kumpulan perbincangan
berdasarkan gabungan murid yang lemah dengan murid yang lebih kehadapan dalam
mata pelajaran ini.
Panitia mata pelajaran Pendidikan Islam dan guru j-QAF boleh memainkan
peranan penting dalam melaksanakanan aktiviti sokongan. Pihak panitia boleh
menganjurkan kuiz antara kelas atau kuiz bercorak umum yang dilekatkan di papan
kenyataan sekolah atau di pusat sumber sekolah. Aktiviti kuiz ini dapat menanam
minat murid untuk lebih menguasai ejaan Jawi. Pihak panitia juga boleh mengadakan
“Sudut Jawi” di papan kenyataan sekolah untuk mewujudkan lebih banyak bahan
bacaan dalam ejaan Jawi. Panitia juga boleh bekerjasama dengan pusat sumber untuk
membanyakkan dan mempelbagaikan bahan bacaan dalam ejaan Jawi.
5.5 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN
lx
5.5.1 Penyelidikan yang lebih mendalam dan lebih luas adalah dicadangkan
untuk mengenal pasti faktor-faktor pembolehubah bebas yang lain yang
mempengaruhi minat dan pencapaian murid dalam menguasai ejaan Jawi.
5.5.2 Kajian ini Cuma dijalankan disebuah sekolah sahaja iaitu Sekolah
Kebangsaan Darau. Kajian selanjutnya boleh dijalankan dalam konteks yang lebih
luas iaitu semua sekolah dalam satu daerah. Kajian juga boleh dilakukan dalam
konteks perbandingan pencapaian murid sekolah-sekolah bandar dengan sekolah-
sekolah luar bandar. Kemungkinan dapatan kajian adalah berlainan dari apa yang
pengkaji perolehi.
5.5.3 Kajian yang lebih mendalam juga boleh dijalankan dengan menumpukan
kepada perbandingan dua atau lebih kaedah pengajaran guru. Respon dapat dilihat
dari aspek kaedah mana yang paling berkesan dari kaca mata murid.
5.5.4 Kajian lanjutan perlu melibatkan sampel yang lebih besar dan juga yang
diambil dari sekolah-sekolah daerah lain untuk memperolehi kesahan yang
lebih menyeluruh.
5.6 KESIMPULAN
Secara keseluruhan, kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kebolehan membaca
ejaan Jawi dalam kalangan murid-murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Darau,
Besut, Terengganu. Mengikut sukatan pelajaran murid-murid Tahun Lima dapat
lxi
membaca ejaan Jawi dengan lancar. Satu set soal selidik dan temubual digunakan
untuk mengetahui tahap penguasaan murid-murid.
Kajian juga melihat faktor-faktor minat, kaedah pengajaran guru dan peranan
ibu bapa terhadap penguasaan ejaan Jawi. Hasil kajian ini dapat dijadikan
maklumbalas terutamanya kepada para guru untuk mengambil tindakan susulan yang
sewajarnya untuk meningkatkan lagi prestasi murid-murid dalam penguasaan
kemahiran membaca ejaan Jawi .Tulisan Jawi mempunyai perkaitan yang amat rapat
dengan tulisan al-Quran. Murid-murid yang dapat membaca al-Quran biasanya dapat
membaca ejaan Jawi. Kita mahu melihat tulisan Jawi kembali ke era kegemilangan
kerana tulisan Jawi merupakan citra peradaban bangsa Melayu.
RUJUKAN
Abu Zahari Abu Bakar. (1987), Memahami Psikologi Pembelajaran. Petaling Jaya:Fajar Bakti.
Adnan@ Nan Khamis. (1977). Pertalian Antara Sikap Pelajar Terhadap MataPelajaran Tertentu dan Pencapaian Dalam Peperiksaan SRP di Sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan. Tesis Master Of Education. Universiti Malaya. KualaLumpur.
Ahmad Mohd Salleh. (2003). Pendidikan Islam : Falsafah Sejarah dan KaedahPengajaran dan Pembelajaran, Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Anderson. G. (1990). Fundamentals of Education Research. New York: The FalmerPress.
Awang Had Salleh. (1986). Kearah Pencapaian Akademik Yang Cemerlang diKalangan Pelajar Bumiputera Melalui Kauseling Dalam Konteks PencapaianAkademik Pelajar Bumiputera Tanahair. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Baker, D. & Stevenson (1986). Mother’s Strategies For Children’s School Achievement:Managing The Transition To High School. Socialogy Of
lxii
Education. Banks, Olive. (1989). Sosiologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Biggs J.B. (1987). Student Approaches To Learning And Studying. Harthron. AustraliaCouncil For Education Research.
Hanapi Saad. (1983). Satu Kajian Perbandingan Mengenai Tiga Kaedah PengajaranTauhid di Malaysia. Latihan Ilmiah, UKM.
Ismail Daros. (1981). Faktor Utama Yang Menyebabkan Pelajar di TingkatanMenengah Melakukan Kegiatan Ponteng Sekolah. Diploma Kaunseling.UKM.
Mirani Adnan, Noraishah Ramdzan. (2003). Meningkatkan Kemahiran Mengenal Pasti Pemboleh Ubah Dalam Soalan berbentuk Penyiasatan Saintifik. Jurnal kajian Tindakan.
Mohd Najib Ghafar. (1997). Pembinaan Dan Analisis Ujian Bilik Darjah. UTM, Skudai.
Noorizan Abd Latif & Anisah Abdullah. (2005). Guru Efektif Penjana Kecemerlangan.Jurnal Pendidikan PKPSM.
Noresah bt. Baharom. (2003). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.
Rahimah Ahmad. (1991). Penyeliaan pengajaran Ke Arah Peningkatan ProfesionalismeGuru Pendidikan Islam. Jurnal Pendidikan Islam 4.
Rallison, R. (1993). The Interest Of Senior School Children in Non-Scientific Subject.Journal of Education Psychology. Vol 9.
Surat Pekeliling (JAPIM) 5204/4/4.1 Jld 2(4) 3 Januari 2003. Pelaksanaan Jawi danal-Quran Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam KBSR/KBSM Tahun 2003.
Suzilawati Abdullah. (2001). Satu Kajian Ilmiah Tahap Pencapaian Penulisan JawiTahun Enam Di Sebuah Sekolah Setapak, Kuala Lumpur.
Wan Rahimah Othman. (1999). Satu Kajian Bacaan Jawi Dari Aspek Persepsi DanPencapaian Murid Tahun Lima Sekolah Rendah Serta Permasalahan DalamPengajaran Dan Pembelajaran.
Zainal Abidin Safarwan. (1995). Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Seminar Antarabangsa Tulisan Jawi(SATUJA), http://www.ubdbn/news/conferences/
satuja291005/rasional.htm
lxiii
Permasalahan Jawi, http://www.parlien.gov.my, 12 Julai 2007 – 08- 22.
Senario Sang Jawi Yang Malang, http://aziziabdullah.blogspot.com.2006 04 01 archive.html.
Kempen Pembudayaan Tulisan Jawi Yang Berjaya, http://www.terasmelayu.net/kempen tulisan jawi.htm.
Tulisan Jawi, http://www.anglefire.com/id/sulyh/tul.htm.
Tulisan Jawi, http://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Jawi
SENARAI PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN DARAU, 22000 JERTEH
Bil NAMA JANTINA
1 ABDUL HAADI MUTTAQIN BIN ABDUL JALIL L2 AHMAD ZUL IKMAL NORHAFIZU BIN NORHAFIZU L3 MUHAMMAD AIDILL AZIM BIN KODIR L4 MUHAMMAD AIMAN SYAZWAN BIN AHMADI L5 MUHAMMAD AMIR IKHWAN BIN HASAN L6 MUHAMMAD IKHMAL IZZUDDIN BIN YUSRI L7 MUHAMMAD ZUHAIRI BIN ZAKARIA L8 WAN MUHAMMAD AHNAF BIN WAN SAMSUDDIN L9 WAN MUHAMMAD SIDEK BIN WAN ZAMRI L10 WAN MUHAMMAD ZAIDI BIN RAMLI L11 KHUSHAIDA BINTI KHAIRUDIN P12 NAJWA NUR IMAN BINTI HARUN P13 NIK NUR NATASYA AMYRA BINTI RAMLI P1 NOORMIE SHAFIRA BINTI ZUKRI P
lxiv
415 NUR AQILAH BINTI AZIZUL P16 NUR AQILAH BINTI ROMELI P17 NUR ATIKA BINTI AZMI P18 NUR HAIZA SYAHIRA BINTI HAMZAN P19 NUR MAISARAH BINTI AZEMAN P20 NUR SYAZWANI BINTI ZAHADI P21 NUR ULFAH BAHIRAH BINTI ZULKARNA P22 NURAINA MAISARAH BINTI MOHAMMAD P23 NURTASYAMIN KHALISH BINTI MAT NATA P24 NURUL ANIS AYUNI BINTI SAMSUDIN P25 NURUL ASYIQIN BINTI ROSDE P26 NURUL SHUHADA BINTI RAHMAT P27 SITI NUR AISYAH BINTI AHMAD P28 WAN NUR AYMUNIE BINTI WAN MOHAMMED NOOR P29 WAN NUR HAZIQAH BINTI WAN ABD HALIM P30 WAN NURSYAHADATUL NADWA BINTI WAN LATIF P31
AHMAD NAZREEN BIN AZIZ L
32
IMAN ZULHAKIM ADAM BIN CHE HARUN L
33
MUHAMMAD ADIB IDHAM BIN MOHD SALLEH L
34
MUHAMMAD ALIFF BIN SEMAN L
35
MUHAMMAD ANAS ASYRAF BIN ZAMLI L
36
MUHAMMAD ARIEZ FIRDAUS BIN MAT ROZI L
37
MUHAMMAD AZRIL AREEF BIN MOHD YUSOFF L
37
MUHAMMAD FAHMI BIN MOHAMAD L
39
MUHAMMAD FATHURRAHMAN BIN ALFIAN L
40
MUHAMMAD HAFIZAN BIN WAHAB L
41
MUHAMMAD IZIE IKMAL BIN MOHAMAD GHAZALI L
42
MUHAMMAD KHAIRUL EKWAN BIN HASMIMI L
4 MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN ZAKARIA L
lxv
344
MUHAMMAD QHAIDIR BIN AWANG L
45
MUHAMMAD RIDZUAN BIN MAT NOOR L
46
MUHAMMAD SABERI L
47
MUHAMMAD SHAHRUL AMERI BIN ANUAR L
48
MUHAMMAD ZUHDI BIN IMRAN L
49
MUHAMMAD LUQMAN BIN ZAHADI L
50
MUHAMMAD HAKIM BIN MOHD NOR L
51
NOR AZIETA BINTI RAMLI P
52
NUR HUDA BINTI MAT NAIN P
53
NUR HUSNATULIZZAH BINTI AZMI P
54
NUR SYAFIQAH NAJWA BINTI SARIFUDIN P
55
NURUL NASUHA BINTI RAMLI P
56
NURUL NASYITAH BINTI SULAIMAN P
57
SUHAILA BINTI IBRAHIM P
58
AINUN MARDHIAH BINTI SANUSI P
59
HANIS HAIZA BINTI ZAHARUDIN P
60
NOOR SUHADA BINTI JUNAIDI P
lxvi
LAMPIRAN B
Bahagian 1 : Demografi Responden
Latar Belakang PelajarArahan: Tandakan (x) dalam ruang yang berkaitan
1. Jantina
1. Lelaki2. Perempuan
2. Bangsa
1. Melayu2. Cina3. India4. Iban5. Lain (Nyatakan)
3. Lokasi Sekolah
1. Bandar2. Luar Bandar3. Lain(Nyatakan)
Borang Kaji Selidik
lxvii
4. Pekerjaan Ibu bapa
1. Kerajaan2. Swasta3. Bekerja Sendiri4. Lain-lain
5. Sosial Keluarga
1. Pendapatan kurang RM 5002. Pendapatan RM 500-10003. Pendapatan lebih RM 1000
6. Tahap Pendidikan Ibu Bapa
1. Tidak Berekolah2. Tamat Sekolah Rendah3. Tamat Sekolah Menengah4. Diploma/Ijazah
7. Penguasaan membaca Jawi
1. Ya2. Tidak
8. tahap Penguasaan bacaan Jawi
1. Peringkat Rendah2. Peringkat Sederhana3 Peringkat Tinggi
9. Minat Mempelajari Mata Pelajaran Jawi
1. Ya2. Tidak
10. Kaedah Pengajaran Guru dalam Mata Pelajaran Jawi
lxviii
1. kesungguhan Mengajar2. Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran3. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar4. Kaedah Yang Menyeronokkan
11. Pandangan Murid Terhadap Kerja Rumah, penyemakan Buku Latihan dan
Membuat Pembetulan jawi
1. Guru Seringkali memberi Kerja Rumah2. Guru Memeriksa dan Menyemak Buku Latihan Jawi3. Guru Menyuruh membuat Pembetulan
12. Kebolehan Membaca al-Quran
1. Boleh Membaca al-Quran dengan baik2. Boleh Khatam al-Quran
13. Galakan Membaca Ejaan Jawi
1. Ibu bapa Menggalakkan saya membaca Jawi di rumah2. Ibu bapa mengajar saya membaca ejaan Jawi di rumah3. Saya bertanya kepada ibu bapa tentang ejaan Jawi
14. Kebolehan Membaca Ejaan Jawi
1. Ibu bapa saya pandai membaca Jawi2. Semua ahli keluarga saya boleh membaca ejaan Jawi
lxix
lxx
Top Related