Syi’ah AlQuran Sebenar Berada Di Tangan Imam Mahdi
Terjemahan
Syi’ah: AlQuran Sebenar Berada Di Tangan Imam Mahdi
Daripada Salim bin Salamah katanya: “Ada seorang membaca alQuran kepada Abi Abdillah a.s. dan aku mendengar dengan teliti beberapa ayat alQuran bukan sebagaimana yang dibaca oleh orang ramai, lalu Abu Abdillah a.s. berkata: “Berhentilah daripada bacaan sebegini, bacalah sebagaimana yang dibaca oleh orang ramai sehingga bangkit alQaim (Imam Mahdi), bilamana alQaim a.s. bangkit dia akan membaca kitab Allah 'azzawajalla yang sebenar dan dia akan mengeluarkan mushaf yang ditulis oleh Ali a.s.. Abu Abdillah a.s. berkata lagi: “Ali a.s. telah mengeluarkan alQuran tersebut kepada orang ramai (sahabatsahabat) setelah dia selesai daripada menghimpunkan dan menulisnya lalu dia berkata kepada mereka: “Ini adalah kitab Allah 'azzawajalla sebagaimana yang diturunkanNya kepada Muhammad s.a.w. dan aku telah menghimpunnya daripada dua lauh”. Maka mereka (sahabatsahabat) berkata: “Ini di sisi kami telahpun ada mushaf yang terhimpun di dalamnya alQuran, kami tidak lagi berhajat kepadanya”. Lalu dia (Ali a.s.) berkata: “Ketahuilah demi Allah! Kamu tidak akan dapat melihatnya selamalamanya selepas hari ini, kewajipan atasku hanyalah menceritakan kepada kamu setelah aku menghimpunkannya supaya kamu membacanya”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob alKulaini alUsul min alKafi jil. 2 hal. 633) Kesimpulan: Ø Syi’ah beri’tiqad bahawa alQuran yang ada di tangan umat Islam sekarang tidak asli kerana yang asli berada di tangan Imam alMahdi. Ø Syi’ah mengatakan Imam Mahdi mereka (Muhammad bin alHasan alAskari) akan mengeluarkan alQuran yang sebenarnya ketika kemunculannya di akhir zaman. Ø Syi’ah mengatakan bahawa imammereka menyuruh supaya membaca alQuran yang terdapat di tangan umat Islam sekarang sehingga kemunculan Imam Mahdi. Ø Syi’ah mengatakan golongan sahabat enggan menerima alQuran yang asli yang dikemukakan oleh Sayyidina Ali r.a. kepada mereka. Sumber: http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3543
Top Related