8/6/2019 Solat Cara Nabi Muhammad
1/13
1
Solat cara Nabi Muhammad saw
Berdiri untuk solat
Berdiri dengan lurus, kedua belah kaki sama tegak, mengarah kiblat dengan
menundukkan pandangan memandang ke tempat sujud dan mengarahkan
hujung-hujung jari kaki ke kiblat dengan merenggangkan antara dua kaki(jangan
sangat dirapatkan dan jangan sangat dijauhkan.
Takbiratul ihram
Takbiratul ihram ialah mengangkat tangan dan meletakkan tangan dalam solat.
Apabila hendak bertakbiratul ihram, angkatlah kedua belah tangan ke daun
telinga sejajar dengan bahu dengan mengarahkan anak-anak kedua tanagn ke
kiblat serta mengembangkannya. Sesudah itu ucapkanlah takbiratul ihram:
Allaahu AkbarAllah adalah terbesar dari segala yang besar.
Setelah selesai ucapan takbir, turunkan tangan dengan perlahan-lahan dan
letakkan di atas dada dengan menggenggamkan pergelangan tangan kiri dengan
kelingking, jari manis, jari tengah dan ibu jari tangan kanan, serta mengulurkan
telunjuk tangan kanan atas tangan kiri itu.
Cara mengangkat tangan ini ada tiga:
1. Mengangkatnya beserta permulaan takbir.
2. Mengangkatnya dengan tidak bertakbir. Sesudah kedua-dua tangan tetap,
barulah bertakbir. Sesudah selesai bertakbir barulah tangan diturunkan.
3. Mengangkat tangan beserta permulaan takbir dan selesai mengangkat
tangan beserta selesai takbir. Sesudah selesai takbir, barulah tangan
diturunkan.
Dari Ibnu Umar r.a. katanya:
adalah Rasulullah apabila telah berdiri untuk bersolat, beliau mengangkat
kedua tangannya, kemudian baru bertakbir. [Shahih Muslim]
Rasulullah apabila berdiri untuk solat, beliau mengucapkan Allahu Akbar, beliau
tidak mengucapkan apa-apa sebelumnya dan tidak pula melafalkan niat. Beliau
tidak mengucapkan: usalli-lillahi-kadza-mustaqbilal qiblati-arbaa rakaatin-
imama/makmuma-adaan-qadhaan-fardhal waqti. Kata-kata ini bidaah. Tidak
ada seorangpun menukilkan dari Rasulullah s.a.w. baik dengan sanad sahih,
daif, musnad atau mursal. Demikian juga tidak dinukilkan dari seorang sahabat.
Hal itu juga tidak dipandang baik oleh seseorang Tabiin dan tidak pula oleh
imam empat. Hanya sebahagian ulama mutaakhirin salah memahamkan
pendapat As-Syafie yang mengatakan bahawa:
Solat tidak sama dengan puasa. Tiap-tiap orang yang masuk ke dalam solat
dengan ucapan zikir.
Mereka menyangka bahwa yang dimaksudkan dengan zikir ialah melafalkan
niat oleh mereka yang hendak bersolat itu. Sebenarnya As-Syafie bermaksud
dengan zikir ialah ucapan takbiratul ihram. Beliau juga tidak menyukai susuatu
8/6/2019 Solat Cara Nabi Muhammad
2/13
8/6/2019 Solat Cara Nabi Muhammad
3/13
8/6/2019 Solat Cara Nabi Muhammad
4/13
8/6/2019 Solat Cara Nabi Muhammad
5/13
5
* Adalah Rasulullah membacanya pada rakaat pertama sahaja
Membaca basmalah dalam solat
Baca dengan merendahkan suara, jangan mengeraskannya.
Bismillaahir rahmaanir rahiim.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi
Membaca Al-Fatihah dalam solat
Alhamdu lillaahi rabbil aalamiin. Arrahmaanir rahiim. Maaliki yaumiddin.
Iyyaaka nabudu wa iyyaaka nastaiin. Ihdinash shiraa-thal mustaqiim.. Shiraa-
thal la-dziina anamta alaihim ghairil magh-dhuubi alaihim wa ladh dhaalliin.
Segala puji hanya kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam. Yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang mempunyai hari pembalasan.
Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami meohon pertolongan.
Ya Allah, tunjuki kami pada jalan yang lurus. Iaitu jalan segala mereka yang
telah Engkau beri nikmat. Bukan jalan orang-orang yang dibenci dan bukan pula
jalan orang-orang yang sesat.
Bertamin dalam solat
Abu Hurairah ra. menerangkan: bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda :
Apabila imam membaca amin, hendaklah kamu membacanya, kerana
seseorang yang bersamaan aminnya dengan amin malaikat, diampunilah
dosanya yang telah lalu. [HR Al-Jamaah]
Panjangkan bacaan aamiin.
[HR Ahmad, Abu Daud, dan At-Tirmidzi]
Membaca surah dalam solat
1. Rasulullah s.a.w. terkadang-kadang membaca surah yang panjang, terkadang
yang sederhana, terkadang yang pendek apabila dikehendaki oleh keadaan.
2. Rasulullah s.a.w. sentiasa membaca surah pada awalnya, tidak memulai dari
pertengahan atau akhirnya.
3. Rasullulah s.a.w. pernah membaca surah Al Araf di solat maghrib,
sebahagian di rakaat pertama dan sebahagian di rakaat kedua.
4. Rasullulah s.a.w. pernah membaca Surah al-Zalzalah di kedua-dua rakaat
solat Subuh.
5. Rasullulah s.a.w. pernah membaca dua-dua surat dari surah Al Mufashshal di
satu-satu rakaat.
6. Rasullulah s.a.w. memanjangkan bacaan surat di solat Subuh.
7. Rasullulah s.a.w. memanjangkan bacaan di solat Subuh pada tiap-tiap hari,
lebih panjang daripada segala solat fardhu yang lain pada hari itu.
8. Rasullulah s.a.w.pernah membaca dalam solat sir surah yang ada di dalamnya
sujud tilawah. Baginda bersujud dan para makmum ikut bersujud.
9. Surah terpendek yang dibaca baginda dalam solat Subuh ialah surah Qaf dan
surah-surah yang sepertinya. Lazimnya bacaan baginda 60 hingga 100 ayat pada
8/6/2019 Solat Cara Nabi Muhammad
6/13
6
tiap-tiap rakaat. Pada hari Jumaat Subuh, baginda tetap membaca surah As
Sajadah pada rakaat pertama dan surah Ad Dahri/Al Insan.
10. Bacaan pada solat Zohor ialah surah Sajdah atau kira-kira 30 ayat pada tiap-
tiap rakaat. Baginda pernah membaca surah Al-Ala dan Al-Lail atau Al-Buruj
dan At-Tariq dan surah-surah yang sepertinya. Baginda juga pernah membaca
surah Luqman dan Az-Zariyat. Pada suatu masa baginda pernah memanjangkan
rakaat solat Zohor yang pertama hingga tidak terdengar suara telapak kaki pun.
11. Rasulullah membaca di solat Jumaat surah Al Jumuah dan Al Munafiqun,ada kala surah Al Ala dan Al Ghasiyah.
12. Rasulullah s.a.w. membaca di solat hari raya ialah Surah Qaaf dan Iqtarabat
(Al Qamar) secara lengkap dan ada kala membaca surah Al Ala dan Al Ghasiyah.
13. Rasulullah s.a.w. membaca di solat Asar sekadar 15 ayat pada tiap-tiap
rakaat. Tegasnya, sama dengan separuh Zohor jika dipendekkan dan sama
dengan Zohor jika dipanjangkan.
14. Rasulullah s.a.w. pernah membaca di solat Maghrib surah Al Araf, surah Ath
Thur, surah Al Mursalat dan surah Ad Dukhan. Riwayat sahih menerangkan
bahawa Rasulullah s.a.w. membaca surah Al Kafirun dan Al Ikhlas dalam sunat
Maghrib.
15. Rasulullah s.a.w. pernah membaca dalam solat Isya surah Wat tini dan surah
Wasy syamsi wa dhuhaaha dan surah-surah sepertinya.
Sesudah membaca surah berhenti sebentar.
Rukuk dalam solat
Angkat tangan seperti takbiratul ihram lalu tunduk untuk rukuk. Letakkan
kedua-dua tangan ke atas kedua lutut, dengan merenggangkan anak jari-jari
serta renggangkan kedua-dua siku dari rusuk. Datarkan belakang (punggung)atau menyamakan tinggi kepala dengan dataran belakang itu, jangan
ditundukkan dan jangan ditinggikan. Pandangan tidak ditujukan ke kaki, tidak
ke muka, namun lurus dengan letak kepala.
Bacaan dalam rukuk
1. Sub-haana rabiyal a-zhiimi.
Maha suci Tuhan-ku yang Maha Besar
[H.R. Muslim dan Ashhabus Sunan dari Khudzaifah dari Nabi s.a.w.]
Rasulullah s.a.w. membaca 10 kali tasbih ini dan terkadang lebih dari itu. Palingsingkat jika ada keperluan sekadar 3 kali.
2. Subbuuhun qudduusur rabbul malaa-ikati war ruuh.
Tuhan Yang Maha Suci, Tuhan Yang Maha Qudus, Tuhan Yang memelihara
Malaikat dan ruh
[H.R. Muslim dari Aisyah ra.]
3. Sub-haana dzil jabaruuti wal malakuuti wal kib-riyaa-i wal a-zhamati.
Maha Suci Tuhan yang mempunyai kekerasan, kekuasaan, kebesaran dan
kemuliaan.
8/6/2019 Solat Cara Nabi Muhammad
7/13
7
[H.R. Ahmad, At-Tirmidzi, An Nasai dari Auf ibn Malik ra.]
4. Sub-haanakallaahumma rabbanaa wa bihamdika allaahummaghfir lii.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan-ku, wahai Tuhan kami dan dengan memuji
Engkau, Ya Allah, ampunilah segala dosaku.
[H.R. Ahmad dari Aisyah ra. dari Nabi s.a.w.]
5. Allaahumma laka rakatu, wa bika aamantu, wa laka aslamtu, wa alaika
tawakkaltu, anta rabbii kha-syaa qalbii wa samii wa ba-sharii wa damii walahmii wa azhmii wa a-shabii lillaahi rabbil aalamiin.
Wahai Tuhan-ku! Untuk Engkau aku rukuk, kepada Engkau aku beriman,
kepada Engkau aku menyerahkan diri dan kepada Engkau aku bertawakal,
Engkaulah Tuhan-ku. Telah tunduk jiwaku, pendengaranku, penglihatanku,
darahku, dagingku, tulangku dan urat nadiku kepada Allah yang memelihara
segala alam.
[H.R. Ahmad, Muslim, Abu Daud dari Ali ra. dari Nabi s.a.w.]
Beriktidal dalam solat
Tegak berdiri lalu mengangkat tangan seperti takbiratul ihram seraya membacatasmi:
Samiallaahu liman hamidah.
Mudah-mudahan Allah mendengar pujian orang yang memuji-muji-Nya.
Turunkan tangan dan tegak berdiri membaca puji (tahmid) dan syukur:
1. Rabbanaa lakal hamdu.
Wahai Tuhan kami, Engkau sendirilah yang memiliki segala rupa puji.
[H.R. Ahmad,Al Bukhari, Muslim dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w.]
2. Allaahumma rabbanaa lakal hamdu ka-tsiiran thayyiban mubaarakan fiihi.
Wahai Tuhan-ku, wahai Tuhan kami, kepunyaan Engkaulah segala puji-pujian
yang banyak, yang baik, lagi yang diberikan berkat kepadanya.
[H.R. Ahmad, Al Bukhari dari Rifaah ra. dari Nabi s.a.w.]
3. Allaahumma rabbanaa lakal hamdu, mil-as samaawati wa mil-al ardhi wa mil-
a maa syita min syai-in badu ahluts tsanaa-i wal majdi, ahaqqu maa qaalal
abdu wa kullunaa laka abdun, Allaahumma laa maania limaa athaita wa laa
muthiya limaa manata wa laa yanfau dzal jaddi minkal jaddu.
Wahai yuhan-ku!wahai Tuhan kami! Dan bagi Engkaulah segala puji, sepenuh
langit, sepenuh bumi dan sepenuh yang Engkau kehendaki sesudah
itu.Engkaulah yang mempunyai puji dan kebesaran.Itulah yang paling patut
menjadi ucapan hamba, semua kai adalah hamba-Mu.Ya Tuhan-ku, tidak ada
yang menghalangi pemberian-Mu dan tidak ada yang dapat memberi apa yangEngkau tahankan dan tidak dapat kesungguhan manfaat kepada orang yang
bersungguh-sungguh kerana dari Engkaulah segala keberuntungan dan segala
kebahagiaan.
[H.R. Muslim, Ahmad, Abu Daud dari Said Al Khudri dari Nabi s.a.w.]
8/6/2019 Solat Cara Nabi Muhammad
8/13
8
4. Allaahumma thahhirnii bits tsalji wal baradi wal maa-il baaridi.alaahumma
thahhirnii minadz dzunuubi wal khathaayaa kamaa yunaqqats tsaubul ab-ya-
dhu minal wasa-khi.
Ya Allah, sucikanlah daku dengan air beku, air batu, dan air dingin.Ya Tuhan-
ku, sucikanlah daku dari segala dosa dan kesalahan, sebagaimana dibersihkan
kain putih dari kotoran.
[H.R. Ahmad, Muslim dari Abdullah ibn Abi Aura ra. dari Nabi s.a.w.]
5. Lirabbiyal hamdu lirabbiyal hamdu.
Untuk Tuhan-ku segala puji untuk Tuhan-ku segala macam puji
[H.R. Abu Daud dari Hudzaifah -baginda mengulangnya sekadar lama rukuk]
Sujud dalam solat
Bertakbir untuk turun sujud dengan meletakkan lutut sebelum tangan. Diantara
kedua-dua tangan letakkan dahi ke tempat sujud (jarakkan sedikit). Boleh juga
kepala bersetentang dengan bahu atau daun telinga. Dahi,hidung, kedua-dua
telapak tangan, kedua-dua lutut dan kedua-dua hujung jari-jari kaki. Muka (dahi
dan hidung) dirapatkan ke tempat sujud dan hujung jari tangan dan kakidihadapkan ke arah kiblat, dan hendaklah kedua-dua siku diangkat, dan
hendaklah kedua-dua tangan direnggangkan dari lambung sehingga kelihatan
putih ketiak, dan hendaklah perut direnggangkan dari paha dan hendaklah
kedua-dua paha direnggangkan dari betis.
Sabda Nabi s.a.w.:
Aku disuruh bersujud atas tujuh anggota: dahi- dan nabi s.a.w. mengisyaratkan
juga hidungnya- dan kedua-dua tangan dan kedua-dua lutut dan kedua-dua
telapak kaki.
[H.R. Al Bukhari dan Muslim]
Bacaan dalam sujud
1. Sub-haana rabbiyal ala
Aku mengakui kesucian Tuhan-ku, Tuhan Yang Maha Tinggi
[H.R. Ahmad dan Ashabus Sunan dari Hudzaifah]
Baca sekadar 10 kali atu 3 kali jika dikehendaki oleh keadaan.
2. Subbuuhun qudduusur rabbul malaa-ikatiwaw ruuh.
Tuhan Yang Maha Suci, Tuhan yang Maha Qudus, Tuhan Yang memelihara
malaikat dan ruh
[H.R. Muslim, Uqbah bin Amir, Abu Daud dan Aisyah]
3. Sub-haana dzil jabaruuti wal kibriyaai wal a-zhamati.
Maha Suci Tuhan yang mempunyai kekerasan, kekuasaan, kebesaran dan
kemuliaan
[H.R. Abu Daud dari Auf ibn Malik Al Asjai
8/6/2019 Solat Cara Nabi Muhammad
9/13
9
4. Sub-haanakallahumma rabbana wa bihamdika, Allaahummaghfir lii.
Maha Engkau wahai Tuhan-ku, wahai Tuhan kami dan dengan memuji Engkau,
Ya Tuhan-ku, ampunilah segala dosa-dosaku.
[H.R. Ahmad, Muslim dari Aisyah ra. dari Nabi s.a.w.]
5. Sub-haanakallahumma rabbana wa bihamdika, Laa ilaaha illa anta.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan-ku, wahai Tuhan kami dan dengan memuji
Engkau, tidak ada Tuhan yang disembah selain Engkau.
[H.R. Muslim dari Aisyah dari Nabi s.a.w.]
Nabi s.a.w. bersabda:
Banyakkanlah doa di dalam sujud, kerana doa di dalam sujud itu sangat lebih
layak diperkenankan.
[H.R. Ahmad,Muslim dari Abu Hurairah]
Doa dalam sujud semasa solat
1. Allaahummaghfir lii dzambii kulluhu diqqahu wa jallahu wa awwalahu wa aa-
khirahu wa alaaniyyatahu wa sirrahu.
Ya Tuhan-ku, ampunilah segala dosa-dosaku,kecilnya, besarnya, awalnya,
akhirnya yang tampak dan yang tersembunyi.
2. Allaahumma laka ajattu wa bika aamantu wa laka aslamtu sajada wajhiya
lilla-dzii khalaqahu wa shawwarahu wa syaqqa samahu wa ba-sharahu
tabaarakallaahu ahsanul khaaliqiin.
Ya Tuhan-ku! Kepada Engkau aku sujud, kepada Engkau aku beriman, kepada
Engkau aku menyerahkan diriku.Telah bersujud mukaku-diriku-kepada Tuhan
yang menjadikannya yang membentuknya, yang membelah pendengarannya
dan penglihatannya, Maha Berbahagialah Allah, Tuhan yang paling baik dari
segala yang mentaqdirkan(membuat rancangan pekerjaan)
[H.R. Muslim dan Abu Daud dari Abu Hurairah ra. dari Nabi s.a.w.]
3. Allaahumma innii auudzu bi ri-dhaaka min sa-kha-thika wa bi muaafaatika
min uquubatika wa auu-dzu bika minka laa uh-shii tsanaa-an alaika anta
kamaa ats-naita alaa nafsika.
Ya Tuhan-ku bahwasanya aku berlindung dengan keridhaan Engkau dari segala
kemarahan Engkau dan dengan kesukaan Engkau memberi maaf dari siksa
Engkau dan aku berlindung dengan engkau-dari Engkau. Aku tidak dapat
menghinggakan puji dan sanjung untuk Engkau, sebagaimana Engkau telah
memuji dan menyanjung diri Engkau.
[H.R. Ahmad dan Muslim dari ali ra dari Nabi s.a.w.]
4. Allaahummaghfir lii kha-thii-athii wa jahlii wa is-raafii fii amrii wa maa anta
alamu bihi minnii.
Ya Allah! Ampunilah aku dari segala kesalahanku, kebodohanku,
ketelanjuranku d keterlaluan dalam segala urusan pekerjaanku, segala apa yang
Engkau lebih mengetahui daripadaku.
8/6/2019 Solat Cara Nabi Muhammad
10/13
10
[H.R. Muslim dan Ashabus Sunan dari Aisyah dari Nabi s.a.w.]
5. Allaahummaghfir lii jiddii wa hazalii wa kha-tha-ii wa amdii wa kullu dzaalika
indii.
Wahai Tuhan-ku, ampunilah aku terhadap segala pekerjaanku(kesalahanku)
yang aku kerjakan sungguh-sungguh, dan segala pekerjaanku(kesalahanku) yang
aku kerjakan dengan main-main, dan lagi segala kesalahanku yang aku kerjakan
kerana khilaf dan dengan sengaja, semua itu ada padaku.
[H.R. Al Baihaqi dari Abu Musa]
6. Allaahummaghfir lii maa qaddamtu wa maa akhkhartu wa maa as-rartu wa
maa alantu anta ilaahii laailaaha illaa anta.
Ya Allah, ampunilah akan daku tentang segala kesalahanku yang aku telah
dahulukan, dan yang aku kemudiankan dan yang aku rahsiakan dan yang aku
nyatakan (perlihatkan). Engkaulah Tuhan-ku, tidak ada Tuhan selain dari
Engkau.
[H.R. Al Baihaqi dari Abu Musa]
Duduk antara dua sujud dalam solat
Angkat kepala seraya bertakbir tanpa mengangkat tangan. Bentangkan kaki kiri
serta duduk di atasnya. Tegakkan telapak kaki kanan dan mengarahkan anak-
anak jarinya ke kiblat. Letakkan tangan kanan atas paha kanan dan tangan kiri
atas paha kiri, sedang anak-anak jari diletakkan dengan mengadapkan ke kiblat.
Istighfar dalam duduk antara dua sujud
1. Rabbighfir lii war hamnii waj bujnii wah dinii war zuqni
Tuhan-ku ampunilah aku dan kasihanilah aku dan tutuplah segala keaibanku
dan tunjukilah aku-ke jalan yang lurus-dan berilah aku rezeki.
[H.R. At-Tirmidzi dari Ibnu Abbas ra. dari Nabi s.a.w.]
2. Rabbighfir lii war hamnii waj bujnii war fanii war zuqnii wah dinii wa aafinii.
Tuhan-ku ampunilah aku dan kasihanilah aku dan tutuplah segala keaibanku
dan angkatlah akan kedudukanku, cukupkanlah rezekiku d tunjukilah aku ke
jalan yang lurus-dan afiatkanlah aku.
[H.R. Abu Daud dari Ibnu Abbas ra. ]
3. Rabbighfir lii Rabbighfir lii.
Tuhan-ku! Ampunilah aku! Ampunilah aku!
[H.R. An-Nasai dan Ibnu Majah dari Hudzaifah ra dari Nabi s.a.w.]
Sujud kedua dalam solat
Setelah duduk sempurna, sujud sekali lagi seperti sujud pertama.
Bangkit ke rakaat kedua dalam solat
8/6/2019 Solat Cara Nabi Muhammad
11/13
8/6/2019 Solat Cara Nabi Muhammad
12/13
8/6/2019 Solat Cara Nabi Muhammad
13/13
13
daripadanya kepada Engkau oleh hamba-hamba Engkau yang soleh-soleh.
Wahai Tuhan kami, berilah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di
akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.
[H.R. Ibnu Abi Syaibah dan Said ibn Manshur dari Umar ibn Said ra. dari Nabi
s.a.w.]
4. Allaahumma innii auu-dzu bika minal matsami wal maghrami
Ya Allah, bahwasanya aku berlindung kepada Engkau dari dosa dan dari yang
memberatkan.
[H.R. Muslim dari kitab Al Adzkar: 170]
5. Allaahumma innii alaa dzik-rika wa syuk-rika wa husni ibaadatika.
Ya Allah, tolonglah aku untuk menyebut-Mu dan mensyukuri-Mu dan elok
peribadatanku kepada-Mu.
[H.R. Ahmad,Abu Daud dari Muadz ibn Jabal ra. dari Nabi s.a.w.]
Rasulullah s.a.w. pernah menyuruh Abu Bakar ra. membaca:
6. Allaahumma innii zhalamtu nafsii zhulman ka-ysiran kabiiran, wa laa
yaghfirudz dzunuuba illaa anta faghfir lii maghfiratan indika war hamnii innaka
antal ghafuurur rahiim.
Wahai Tuhan-ku, bahwasanya aku telah menganiaya diriku, aniaya yang
banyak lagi besar.Tidak ada yang sanggup mengampunkan dosa melainkan
Engkau, maka ampunilah aku dengan ampunan dari sisi-Mu dan
rahmatilah(kasihanilah) aku, bahwasanya Engkau-lah Tuhan Yang Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.
Doa ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar ra. dari Abu
Bakar ra. dari Nabi s.a.w.:
7. Allaahumma inni as-alukats tsabaa-ta fil amri. Wal azii-mata alar rusydi . Wa
as-aluka syukra nimataka, wa husna ibaadatika, wa as-aluka qalban saliiman
wa lisaanan shaadiqan wa as-aluka min khairi maa talam. Wa auu-dzu bika min
syarri maa talam. Wa astaghfiruka mimmaa talam.
Ya Allah, bahwasanya aku memohon kepada Engkau kemantapan dalam segala
urusan dan kekuatan hati atas jalan yang benar.Aku memohon kepada-Mu;
mensyukuri nikmat-Mu dan kebagusan ibadat kepada-Mu. Aku memohonkepada-Mu jiwa yang sejahtera dan lidah yang benar dan aku memohon
kepada-Mu sebaik-baik apa yang Engkau ketahui, dan aku berlindung dengan
Engkau dari segala kejahatan yang Engkau ketahui dan aku memohon kepada-
Mu, ampunan bagi segala dosa yang Engkau ketahui.
Bersalam sesudah solat
Palingkan muka ke kanan dan ke kiri dan menyebut lafal salam:
1. Assalaamualaikum wa rahmatullaah.
Mudah-mudahan Allah mencurahkan kesejahteraan atas diriu demikian pula
rahmat-Nya.
[H.R. Al-Bukhari, Muslim, An-Nasai, At-Tirmidzi]
2. Assalaamualaikum wa rahmatullaahi wabarakatuh
[H.R. Abu Daud]
Top Related