Cari bahan dalam kumpulan: soalan akan disusuli kemudian
Pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia:
- persefahaman
- bekerjasama
- persaudaraan
- kemesraan
- budaya ziarah menziarahi
- hormat menghormati
Hubungan Etnik: Peranan Kerajaan dan Masyarakat
Peranan masyarakat - Integrasi nasional
- Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara
- Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara
- pendekatan-pendekatan lain dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial
Peranan kerajaan
- Rukun Negara
- Dasar Ekonomi Baru
- Dasar Pembangunan Nasional
- Dasar Wawasan Negara
- Wawasan 2020
- Dasar Pendidikan Kebangsaan
1 Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan tertentu.
Apakah ciri-ciri utama sesebuah masyarakat?
A. Masyarakat mengalami perubahan
B. Masyarakat menonjolkan identiti maisng-masing
C. Masyarakat mempunyai tanda pengenalan kolektif
D. Masyarakat mengamalkan budaya yang hampir seragam
a
Berlaku apabila anggota kumpulan minoriti berjaya menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat kumpulan dominan.
2. Pilih jawapan yang paling tepat berdasarkan pernyataan di atas.
A. Asimilasi budaya
B. Asimilasi struktur
C. Asimilasi politik
D. Asimilasi biologi
b
3. Masayarakt plural merujuk kepada
A. Masyarakat peribumi sesebuah negara
B. Masyarakat peribumi yang berpindah ke negara luar
C. Masyarakat pendatang yang menetap di sesebuah negara yang didatangi
mereka
D. Masyarakat yang mengandungi dua atau lebih unsur
atau peringkat sosial dan terdapat saingan
D
4. Modenisasi atau pembangunan mengandungi dua aspek iaitu pembangunan ekonomi dan pembangunan politik.
Apakah matlamat pembangunan ekonomi yang ingin dicapai oleh Malaysia?
A. menjadi sebuah negara maju
B. mewujudkan sebuah negara perindustrian
C. menggalakkan perkembangan k- ekonomi
D. meningkatkan perekonomian dan kemakmuran negara
b
5. Sebagai seorang pemimpin, apakah perkara yang perlu diberi keutamaan dalam melaksanakan modenisasi.
l. Aspek demografi
II. Aspek keagamaan
III. Ketetapan perlembagaan
IV. Kualiti hak mIlik kekayaan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
a
6.
Semenanjung Malaysia
Sabah Sarawak
Melayu
Cina
India
Kadazandusun
Bajau
Murut
Kayak
Iban
Bidayuh
Rajah di atas merujik kepada pelbagai etnik di Malaysia. Berdasarkan kefahaman anda, apakah pendekatan yang mesti diamalkan oleh etnik di Malaysia dalam menjamin keamanan dan kestabilan pentadbiran negara.
A. Mengutamakan sekolah kebangsaan
B. Menwujudkan kerjasama kaum menerusi politik
C. Meningkatkan pengetahuan sains dan teknologi
D. Meningkatkan penguasaan ekonomi menerusi DEB
d
7. Pilih penyataan yang menerangkan maksud Perlembagaan Persekutuan dengan paling tepat.
A. Dokumen yang mengandungi undang-undang
tertinggi yang berfungsi sebagai panduan dan rujukan
dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran negara
B. Dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang
digubal bagi setiap negeri di Malaysia
C Dokumen yang mengandungi undang-undang tertinggi negara yang tidak
boleh digubal semula atau dipinda
D. Dokumen yang mengandungi peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi
oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
a
8. Semua yang berikut ialah prinsip utama Islam Hadhari kecuali
A. kehidupan berkualiti
B . penguasaan ilmu pengetahuan
C. pembelaan hak kumpulan majority dan wanita.
D. pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.
c
9. Penyataan di atas merujuk kepada pemupukan hubungan etnik di negara kita. Pada pendapat anda, apakah pemangkin yang dapat menzahirkan Kkharmonian antara etnik tersebut ?
A Penguatkuasaan undang - undang negara
B Pengagihan sumber ekonomi secara adil
C Perkongsian nilai - nilai murni sejagat
D Penglibatan dalam pentadbiran awam
c
10. Rajah di atas berkaitan peranan kerajaan dalam usaha memantapkan perpaduan dan hubungan etnik rakyat Malaysia. Antara berikut, manakah yang berkaitan dengan X ?
A Rumah Terbuka
B Kelab Rukun Negara
C Skim Rukun Tertangga
D Dasar Kebudayaan Kebangsaan
d
Rusuhan kaum 1969
MAGERAN 1969
X 2006
Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama menuntut pembinaan intergriti individu, masyarakat dan negara
BAHAGIAN B
1a. Kerajaan telah melaksanakan Perancangan Pembangunan Lima Tahun sebagai salah satu usaha membangunkan ekonomi Malaysia.
Terangkan secara ringkas TIGA kesan yang jelas dalam pembangunan ekonomi daripada Perancangan Pembangunan Lima Tahun.
Kesan Pembangunan lima Tahun
- tahap kemiskinan- Perubahan mutu kehidupan penduduk - Perubahan guna tenaga- Perubahan corak pendapatan - Perpaduan- Penyusunan semual masyarakat- Penyususnan ekuiti
1b. Dalam masyarakat yang pelbagai kaum, pembangunan dan pertumbuhan
ekonomi tidak dapat dipisahkan daripada is-isu ekonomi yang berkait rapat dengan
konteks sosial.
Isu utama pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
Senaraikan EMPAT isu ekonomi tersebut.
- Pertumbuhan dan Agihan- Equality dan equity- Dasar ekonomi Baru dan hubungan etnik- Pendidikan- Ekonomi- Bahasa
- Ekonomi Islam- Krisis ekonomi- Dasar Penswastaan- Industri automobil dan penglibatan etnik
2a. Terangkan secara ringkas TIGA kepentingan perlembagaan kepada sesebuah negara.
1. menjamin kestabilan politik
2. pemerintahan yang adil dan cekap
3. merangka pembangunan negara
4. menjamin dan mewujudkan perpaduan
5. melindungi kepentingan semua etnik di Malaysia
2b. Terdapat unsur-unsur tradisi yang diwarisi dan diserapkan dalam perlembangaan Persekutuan yang tidak terdapat dalam perlembagaan negara lain.
Senaraikan 4 unsur tradisi.
1 Bahasa Melayu2 Hak istemewa orang melayu3 Agama islam4 Kedudukan raja
.
Soalan struktur
1. Nyatakan konsepi.) Pembangunanii.) Modenisasi
Jawapan:
Pembangunan – perubahan sosial yang memperkenalkan idea-idea baru dengan tujuan meningkatkan pendapatan kapital dan taraf melalui kaedah pengeluaran lebih mudah dan struktur organisasi yang lebih baik.
Modenisasi - suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat, harus ditempu oleh semua bangsa atau negara.
2. Nyatakan modenisasi di Malaysia dalam komponen ekonomi.i.)ii.)iii.)iv.)
Jawapan:
i.) Penerapan ilmu saintifik dan teknologi canggih dengan mengetepikan pengetahuan dan teknik tradisional
ii.) Pembangunan pertanian komersiliii.)Urbanisasi, iaitu proses perpindahanpenduduk ke
bandar
iv.)Industrilisasi, iaitu pengeluaran secara besar-besaran dengan menggunakan teknologi canggih di kilang-kilang.
3. Nyatakan perubahan dalam sistem pendidikan negara kita selepas Krisis 13 Mei.i.)ii.)iii.)
Jawapan :
i.) Melaksanakan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah bantuan kerajaan.
ii.) Melaksanakan dasar kuota dan biasiswa untuk kemasukan ke universiti.
iii.) Memperbanyakkan penubuhan IPT untuk meningkatkan bilangan melayu ke universiti.
Esei:
Jelaskan ciri-ciri etnik dalam kntek majority demografi, politik dan ekonomi.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jawapan:
Demografi:
- Orang melayu merupakan etnik majoriti.- Orang cina dan India merupakan etnik minoriti.
- Jumlah pendek Malaysia bertambah daripada 22.8 juta orang kepada 24.36 juta orang.
Politik
- Jumlah kelompok etnik menetukan jumlah undi yang akan diperolehi dalam pilihannya.
- Etnik cina bimbang kerana mereka ingin memastikan mereka kekal berpengaruhi dan mengimbangi kuasa politik.
Ekonomi
- Etnik Cina memiliki kekayaan yang lebih tinggi berbanding etnik lain.
- Perkara ini menjadi isu sehingga mencetuskan rusuhan kaum 1969.- Kerajaan telah menjalankan dasar-dasar untuk keseimbangan
kepentingan setiap kumpulan etnik di Malaysia.
Struktur:
1. Senaraikan jenis pembinaan asas yang boleh menampung aktiviti import export.a. _______________________b. _______________________c. _______________________
Jawapan:
a. Jalan rayab. Landasan keretapic. Perlabuhan
2. Sebab alam sekitar Malaysia diubah untuk membolehkan tanaman________________________________________________________________________
Jawapan:
Untuk memebuhi bekalan industry di eropah. Seperti getah dan kelapa sawit.
3. Jelaskan proses pembentukan ekonomi mengikut acuan ekonom Malaysia.________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Jawapan:
1. Ekonomi Malaysia terbentuk melalui pengalaman dijajah oleh British.
2. Modal-modal juga dipisahkan mengikut kelompok etnik seperti modal kaum cina, modal asing dan sebagainay.
Aspek ekonomi di Malaysia, aspek etnisiti tidak dapat dipisahkan begitu sahaja. Contoh, dalam DEB, aspek etnisiti tidak boleh dipisahkan.
STRUKTUR
Nyatakan mengapa Malayan Union ditentang oleh kebanyakan rakyat di tanah
Melayu.
Jawapan:
a) Pemusatan kuasa oleh kerajaan Pusat
b) Raja Melayu hilang kuasa kecuali agama dan adat istiadat
Melayu.
c) Hak kerakyatan: Jus Soli.
Setiap etnik menyediakan payung perlindungan kepada etnik masing-
masing. Sila nyatakan apakah itu UMNO dan tujuan UMNO ditubuhkan.
Jawapan:
UMNO, atau dikenali sebagai United Malay National
Organization yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan
pada Mei 1946, oleh Dato’ Onn Jaafar. Ia ditubuhkan untuk
menentang penubuhan Malayan Union.
Apakah sebab utama kerjasama antara parti diwujudkan?
Jawapan:
Parti-parti bekerjasama kerana Tanah Melayu terdiri daripada
kaum-kaum yang berbilang. Parti-parti bekerjasama untuk
mendapatkan kemerdekaan. UMNO,MIC dan MCA
bekerjasama untuk menubuhkan Parti Perikatan. Pada pilihan
raya 1955, Parti Perikatan telah memenangi kerusi yang
major iaitu, menang dengan 51 kerusi iaitu sokongan
majoriti. Pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu telah
mendapatkan kemerdekaan dalam lingkungan
Commonwealth British.
1) Tuliskan maksud bagi Perlembagaan:
a. Definasi Perlembagaan : ______________________________________
b. Konsep Perlembagaan : ______________________________________
Jawapan :
a. Perlembagaan merupakan satu dokumen yang
mengandungi semua susunan peraturan dan undang-
undang dasar yang dianggap penting untuk melicinkan
pemerintahan dan pentadbiran sesebuah Negara.
Perlembagaan berperanan dalam menentukan bidang
kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-
hak rakyat.
b. Perlembagaan merupakan satu set perundangan yang
mengatur perhubungan antara pemerintah dan rakyat,
juga antara rakyat dengan rakyat yang bersifat majmuk
seperti Malaysia.
2) Nyatakan ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union:
1._________________________________________________________
2._________________________________________________________
3._________________________________________________________
4._________________________________________________________
5._________________________________________________________
Jawapan :
a. Semua negeri Melayu, termasuk Pulau Pinang dan Melaka
disatukan di bawah satu kerajaan pusat. Singapura tidak
masuk dalam Malayan Union dan Kekal sebagai tanah
jajahan dengan mempunyai Gabenor dan Majlis Mesyuarat
Undangan yang berasingan.
b. Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor yang diberi
kuasa penuh terhadap perkhidmatan awam. Beliau dibantu
oleh sebuah Majlis Mesyuarat Undangan dan Majlis Kerja.
c. Pesuruhjaya Residen menjadi ketua pentadbiran tertinggi
di negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Beliau
juga menjadi pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri yang
terletak di bawah kawalan kerajaan pusat.
d. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan
hal-ehwal tempatan dan berada di bawah kawalan kerajaan
pusat.
e. Majils Mesyuarat Undangan mempunyai bilangan ahli
rasmi dan ahli tidak rasmi yang sama banyak. Gabenor
berkuasa untuk meluluskan atau membatalkan sesuatu
undang-undang. Semua undang-undang yang diluluskan
tidak memerlukan tandatangan Sultan atau Raja untuk
dukuatkuasakan.
3) Kandungan penting dalam Memorandum Parti Perikatan adalah:
__________________________________________________________
__________________________________________________________
Jawapan :
a. kewujudan sebuah kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan
negeri.
b. kewujudan institusi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan
Yang di-Pertuan Agong untuk menggantikan jawatan
Pesuruhjaya Tinggi.
c. Majlis Raja-raja yang sedia ada diteruskan.
d. Pembentukan Parlimen yang mengamalkan Sistem Dua
Dewan.
e. Kewujudan tiga badan pemerintah dan pengasingan kuasa.
f. Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu menjadi
bahasa kebangsaan.
g. Takrif ’Melayu’ dalam perlembagaan.
Esei:
1) Konsep Ketinggian Perlembagaan ialah:
Jawapan :
Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi
di Malaysia dan menjadi tungguk semua undang-undang.
Sama ada yang sedia ada atau yang bakal digubal. Semua
undang-undang yang diggubal tidak boleh bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan. Jika wujud
percanggahan, undang-undang berkenaan dianggap
terbatal setakat bahagian yang bercanggah tersebut.
Kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang
tertnggi amat penting bagi sebuah Negara yang
mengamalkan Sistem Persekutuan seperti Malaysia. Ini
memudahkan Kerajaan Persekutuan menjalankan kuasa
pemerintahan dan pentadbiran dengan licin, tanpa
terpaksa bersaing dengan pihak-pihak lain, terutama
Kerajaan Negeri.
Seiring dengan kedudukan Perlembagaan sebagai
undang-undang tertinggi negara, Parlimen memperoleh
kuasanya daripada Perlembagaan. Parlimen mempunyai
kuasa yang terhad dan tidak boelh membuat undang-
undang untuk perkara-perkara yang terletak di luar bidang
kuasa yang diperuntukkan kepadanya.
Mahkamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu
undang-undang yang dululuskan oleh Parlimen jika
undang-undang tersebut berada di luar bidang kuasanya
dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini
bermakna mahkamah juga tertakluk kepada kehendak
Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun Yang di-Pertuan Agong menjadi Ketua Negara,
baginda juga tertakluk kepada Perlembagaab Persekutuan.
Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati tetapi perlu
menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang
diperuntukkan kepadanya dalam Perlembagaan.
Oleh itu, tidak ada institusi di malaysia yang boleh
mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan
Persekutuan. Kuasa tertinggi Perlembagaan ini dikenali
sebagai ketinggian perlembagaan.
BAHAGIAN C
1 ” Pendidikan asas dijadikan sebagai instrumen utama untuk mencapai tujuan mengintregasi kaum-kaum di Malaysia. Walaubagaimanapun fungsi pendidikan ini nampaknya tidak tercapai sepenuhnya. Polarisasi kaum tetap wujud. ” – Tan You Sua 2007
a. Huraikan pandangan di atas berdasarkan kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha pemupukan hubungan etnik di Malaysia..
Cabaran-cabaran utama dalam usaha mengeratkan perpaduan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
- Pemisahan fizikal- Sistem pendidikan yang berasingan- Polarisasi dalam kalangan pelajar- Kontrak sosial- Penguasaan ekonomi- Perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi
- Kepentingan antara etnik dari aspek politik- Cabaran nilai antara etnik- Cabaran Globalisasi
b. Huraikan usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia.
Usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan dan integrasi di Malaysia.
- Memperkenalkan Rukun Negara- Dasar Ekonomi Baru- Dasar Pembangunan Nasional- Wawasan 2020- Dasar Pendidikan Kebangsaan- Rancangan Lima Tahun Malaysia- Peranan yang dilaksanakan oleh masyarakat bagi
mewujudkan keharmonian dalam hubungan etnik.
Rukun Tetangga – mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing
Membuat rondaan yang diwajibkan kepada masyarakat setempat
Membantu dalam pembentukan satu bangsa Malaysia
Rumah Terbuka – diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim perayaan. Sering kunjung-mengunjungi tetangga walaupun berlainan etnik
Sukanneka - mewujudkan perpaduan di antara kaum
Mengamalkan sikap bertoleransi
Rekreasi - melaksana senamam pada setiap pagi atau petang bersama etnik lain
Senaman boleh seperti tai chi
Melakukan ekspedisi seperti mendaki bukit
Kebajikan - mengadakan lawatan ke rumah warga tua atau anak yatim Menwjudkan sikap tolong ,menolong
Soalan struktur
1. Jelaskan asas-asas hubungan etnik dalam konteks agama.
i. ______________________________________________
______________________________________________
ii. ______________________________________________
______________________________________________
iii. ______________________________________________
______________________________________________
iv. ______________________________________________
______________________________________________
v. ______________________________________________
______________________________________________
Jawapan
i. Berkenal-kenalan – kita perlu mengetahui kedudukan
seseorang, corak kehidupan seharian, budaya bangsa atau
etnik asal dan sebagainya.
ii. Persefahaman – kita perlu berpegang teguh kepada ajaran
agama dan mengamalkan nilai-nilai hidup murni.
iii. Bekerjasama – kita perlu memberi kerjasama dalam
pelbagai bentuk seperti tenaga, harta dan masa.
iv. Persaudaraan – kita perlu bergaul dengan perasaan yang
penuh jujur dan ikhlas.
v. Berkasih sayang – kita perlu rasa cinta kepada seluruh
warga masyarakat walaupun berlainan kaum dan agama.
vi. Saling menjamin – kita perlu sentiasa bersedia untuk
melindungi antara satu dengan yang lain.
Soalan esei
1. Islam Hadhari merupakan satu kerangka dasar nasional yang akan dijadikan asas
perancangan pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara Islam maju menjelang
tahun 2020. Huraikan prinsip-prinsip Islam Hadhari.
Jawapan
1. Keimanan dan ketakwaan kepada Ilahi
- Prinsip ini tidak akan memaksa orang bukan Islam untuk
memeluk agama Islam dan manusia bebas untuk
mengamal agama mereka.
2. Kerajaan adil dan beramanah
- Kerajaan menjalankan pemerintahan tanpa mengira faktor
keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin kaya
atau perbezaan agama.
- Melaksanakan tugas dengan menerapkan nilai-nilai murni
dan menolak amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa,
mengamalkan integriti dan tidak membazirkan sumber
kerajaan.
3. Rakyat berjiwa merdeka
- Semangat jiwa merdeka ini mesti dipamerkan dengan
mempertahankan Negara daripada segala ancaman
musuh.
4. Penguasaan ilmu pengetahuan
- Rakyat Malaysia boleh menjadi pencipta teknologi, bangsa
yang dihormati, mampu memandu pertumbuhan
pembangunan Negara dan melahirkan jati diri bangsa
Malaysia.
- Rakyat Malaysia perlu berusaha menguasai pelbagai
displin ilmu.
5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif
- Selain daripada kerajaan, pihak swasta dan individu
sendiri harus memainkan peranan masing-masing dalam
memajukan ekonomi Malaysia.
- Pembangunan ekonomi mesti diseimbangkan dengan
pembangunan kerohanian, dan kemakmuran ekonomi
Negara harus dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.
6. Kehidupan berkualiti
- Kehidupan berkualiti merujuk kepada taraf hidup yang
baik, sistem kekeluargaan yang utuh, sistem masyarakat
yang harmoni dan alam sekitar yang sihat.
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita
- Semua rakyat Malaysia adalah sama di sisi perundangan
Negara tanpa mengira etnik atau jantina.
- Tiada sebarabg bentuk sekatan harus dikenakan bagi
mengehadkan penglibatan kedua-dua golongan ini dalam
pembangunan Negara.
8. Keutuhan budaya dan moral
- Keutuhan budaya dan moral amat penting dalam
menguatkan benteng dan jati diri rakyat Malaysia.
9. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi
- Masyarakat Malaysia perlu dididik tentang kepentingan
menghargai alam semula jadi melalui penerapan nilai-nilai
murni dan tanggungjawab terhadap alam sekitar,
penerapan sains dan teknologi berteraskan ajaran agama
serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan alam sekitar
yang terancang dan tersusun.
10.Kekuatan pertahanan dan perpaduan
- Setiap Negara semestinya memiliki kekuatan pertahanan
yang dapat menjamin keselamatan.
- Kerajaan harus berusaha untuk mengeratkan perpaduan
antara kaum.