SiswLeftenan Muda Mohd Firdaus cemerlang akademik, kokurikulumOleh Mohd Faisal Md Noor
bhvorsi ti,zpbhorioll.com. my
BERFIKIRANpositif dan bijakmerancang masa menjadikanpelajar Sarjana Pentadbiran
Perniagaan (MBA) Universiti Putra
Malaysia (UPM), Leftenan Muda MohdFirdaus Zakaria bukan saja pelajaryang wajar dijadikan contoh, bahkan
pencap,aian dalam bidang pengajianjuga amat membanggakan.
Memulakan karier di BahagianPerancangan Korporat, Pejabat NaibCanselor UPM sebaik menamatkan
pengajian ijazah pertamanya, MohdFirdaus turut terbabit secara langsung
dalam proses perancangan strategikUPM, terutama dalam penguru-san ranking universiti dunia, selainmengurus tadbir pelan strategik UPM.
Oi samping itu, aktiviti perancangankorporat yang lain antaranya latihanpengurusan nilai, pengurusan belanjawan berasaskan hasil dan penjenamaan UPM turut dipertanggungjawabkan kepada beliau.
"Pembahagian masa menjadi palingkritikal jika mahu terus mengecapikejayaan cemerlang dalam bidangpengajian dan kerjaya pilihan ini. lamemang satu senario yang mencabardan memerlukan kemahiran mengu
ruskan (masa) yang berkesan."Ia membabitkan pengurusan
strategi yang bagus bagi menanganijadual harian padat untuk memastikan ia seimbang, antara pengajian dankerjaya ini;'katanya yang kini menjawat jawatan sebagai eksekutif kanandalam sebuah anak syarikat UPM.
Mohd Firdaus berkata, kepercayaan
diberikan UPM kepadanya menjadiperangsang untuk beliau terus memberikan sumbangan terbaik.
Katanya, komitmen tidak berbelah
bahagi kepada kesemua tuntutan. kerjaya dan pengajian itu, termasukll1enghadiri kuliah pada sebelah malam sudah menjadi rutin yang perludiharungi bagi membalas kepercaya-
an diberikan semua pihak."Ada kalanya, rutin itu memenatkan,
tapi semua dilakukan kerana minatmendalam. Tambahan lagi, saya turut
bertugas sebagai pensyarah sambi Iandi Pusat Inovasi Keusahawanan dan
Pembangunan Pelajar UPM, sudahpasti ia kedengaran amat membeban-fkan, tapi secarajujurnya, saya amatmenyukai semua tanggungjawabdiberikan ini.
"Pengorbanan dari segi masa rehatyang tidak mencukupi kerana jadualpadat saban hari sudah menjadiperkara biasa. Sebab itu, seperti yangsaya makl.umkan tadi, ia memerlukan
komitmen tinggi dan disiplin diri yangampuh, sentiasa berfikiran positifdan mehgamalkan gaya hidup sihat
(mental dan fizikan;' katanya.Penerima Anugerah Naib Canselor
dan PelajarTerbaik Keseluruhan KolejSultan Alaeddin Suleiman Shah UPM
itu mengakui bahawa pengalamanbeliau aktif sebagai atlet, pemimpinpelajardan perwakilan (peringkatuniversiti dan negara) banyak membantu proses penerapan disiplin danpengendalian organisasi secara efektif
bilgi memastikan tugas di pejabat
serta bilik kuliah dapat dijalankandengan lancar.
"Kombinasi kemahiran insaniah dan
kemahiran teknikal dipupuk melalui
pembabitan (berterusan) dalam aktiviti berorganisasi juga amatlah kritikaldalam pembangunan modal insan.Pelajar harus bijak mengurus secarastrategik kebolehan diri memastikankehidupan harian yang mencabardan kompetitif dapat disusun secaraefektif," katanya.
Mohd Firdaus yang sering terpilih
sebagai pegawai pengiring ketuanegara dalam beberapa persidanganantarabangsa mengakui komitmen
tinggi dan perancangan yang telitimenjadi kunci utama untuk memastikan setiap perancangan yang dibuatdapat dicapai.
Beliau yang bercita-cita untukmelanjutkan pengajian ke peringkatDoktor Falsafah (PhO) dan menjadiKetua pegawai Eksekutifyangdisegani berharap, lebih ramaipelajar yang tampil menonjolkankemampuan diri masing-masing bagibersama menjadikan impian Malaysiasebuah negara yang berpendapatantinggi tercapai.
Top Related