J4012 / UNIT 8/1
SUSUNATUR KOMPONEN HIDRAULIK
Objektif Am : Menyatakan dan memahami susunatur
komponen dan litar asas sistem hidraulik.
Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:-
Menyatakan susunatur komponen-komponen litar asas hidraulik.
Menyatakan kebaikan dan keburukan litar asas hidraulik Merekabentuk litar asas hidraulik
UNIT 8
SUSUNATUR KOMPONEN DAN LITAR ASAS HIDRAULIK
OBJEKTIF
J4012 / UNIT 8/2
SUSUNATUR KOMPONEN HIDRAULIK
8.0 PENGENALAN
istem hidraulik merupakan suatu sistem yang menggunakan minyak untuk
menghasilkan daya gerakan. Ianya adalah satu sistem penting yang terdapat
pada beberapa jenis jentera dan mesin. Ianya digunakan pada jengkaut, mesin
gerudi batuan, jentolak, mesin penempa, mesin pelarikan kawalan komputer, jentera
pertanian, kenderaan berat, mesin injeksi plastik dan mesin “die casting”. Sistem
hidraulik ini dapat membantu jentera mengangkat dan menurunkan beban yang berat.
Pada masa kini sistem hidraulik yang moden telah dilengkapkan pada traktor bagi
melakukan kerja-kerja yang lebih rumit.
Kegunaan utamanya ialah:
Menaik dan menurunkan beban.
Mengawal kedalaman pembajakan.
Menjalankan alat-alat hidraulik lain seperti alat hidraulik hujung.
8.1 SUSUNATUR KOMPONEN
Komponen-komponen asas dalam sesuatu litar hidraulik adalah seperti di bawah :-
Injap
Ianya berfungsi untuk mengatur tekanan dalam litar dan mengawal arah aliran
minyak.
Motor Berfungsi untuk mengeluarkan kuasa untuk membuat kerja bagi pergerakan
putaran.
Penapis Berfungsi untuk menapis minyak hidraul dari kekotoran.
Pam Berfungsi untuk mengedar kuantiti minyak hidraul ke seluruh sistem.
Silinder Berfungsi untuk mengeluarkan kuasa untuk membuat kerja bagi gerakan
lurus.
Penumpuk Ianya berfungsi sebagai penyimpan tekanan sistem, penyerap getaran dan
penstabil tekanan sistem.
Tangki Berfungsi untuk menakung minyak hidraul dan menyejukkan minyak hidraul.
S
IINNPPUUTT
J4012 / UNIT 8/3
SUSUNATUR KOMPONEN HIDRAULIK
Susunatur komponen-komponen litar asas hidraulik adalah seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 8.1 di bawah.
Rajah 8.1: Menunjukkan litar asas hidraulik untuk menggerakkan silinder
Rajah 8.2 di bawah menunjukkan satu litar asas sistem kawalan hidraulik untuk
menggerakkan satu motor dua tindakan.
Rajah 8.2: Menunjukkan satu litar asas sistem kawalan hidraulik untuk menggerakkan
satu motor dua tindakan.
SILINDER
Injap kawalan berarah
Injap pelega
Motor
Tangki
Penapis
Injap sehala
Penumpuk
Pam
Injap kawalan aliran
Injap
Pelega Pam Motor 2
tindakan
Pusat terbuka 4/2
J4012 / UNIT 8/4
SUSUNATUR KOMPONEN HIDRAULIK
Rajah 8.3 di bawah menunjukkan litar asas untuk menggerakkan motor 2 tindakan.
Rajah 8.3 : Litar jujukan untuk dua motor
8.2 SISTEM ASAS LITAR HIDRAULIK
Sistem asas litar hidraulik dibahagikan kepada dua iaitu:-
Hidraulik tulin
Elektro-hidraulik
8.2.1 Hidraulik Tulin
Ianya direkabentuk untuk mengawal jujukan operasi silinder dengan
menggunakan injap jujukan, contohnya jujukan yang diberi adalah A+ B+ B-
A-. Berdasarkan rajah 8.4 di bawah, injap kawalan arah digerakkan dengan
kuasa hidraulik. Apabila injap kawalan arah digerakkan, silinder A dan B akan
bergerak mengikut jujukan berikut:-
i. Rod Silinder A ( pengapit ) bergerak keluar
ii. Rod Silinder B ( penggerudi ) bergerak keluar
iii. Rod Silinder B bergerak masuk
iv. Rod Silinder A bergerak masuk
Dalam litar jujukan , injap jujukan ( a ) dan ( b ) mestilah dilaraskan pada
tekanan lebih tinggi dari tekanan ( 1 ) dan ( 2 ).
Injap sehala
Pam
Injap kawalan
arah
Injap Jujukan Motor satu
tindakan
Motor 2 tindakan
J4012 / UNIT 8/5
SUSUNATUR KOMPONEN HIDRAULIK
Rajah 8.4 : Litar Hidraulik Tulin
8.2.2 Litar Elektro Hidraulik
Dalam litar elektro hidraulik yang ditunjukkan dalam rajah 8.5 dibawah,
injap kawalan arah dengan solenoid kembar digerakkan oleh suis
penghad. Dengan menekan suis, solenoid (a) ditenagakan untuk
mendapatkan operasi (1). Pada akhir operasi (1) solenoid (c) ditenagakan
oleh suis penghad 2 untuk mendapatkan operasi (2). Kemudian solenoid
(b) ditenagakan oleh suis penghad 3 untuk mendapatkan operasi (3). Akhir
sekali, solenoid (d) ditenagakan oleh suis penghad 1 untuk mendapatkan
operasi (4).
Untuk Gerudi Untuk Pengapit
A B
3
2
4 1
J4012 / UNIT 8/6
SUSUNATUR KOMPONEN HIDRAULIK
Rajah 8.5 : Litar Elektro-Hidraulik
8.3 LITAR SISTEM ASAS HIDRAULIK
Litar sistem asas hidraulik terbahagi kepada dua iaitu :-
Litar sistem pusat terbuka
Litar sistem pusat tertutup
8.3.1 Litar Sistem Pusat Terbuka
Dalam litar sistem pusat terbuka , pam akan bergerak berterusan walaupun
injap kawalan arah berada dalam kedudukan neutral. Minyak hidraulik akan
mengalir dengan berterusan dari pam melalui injap kawalan arah kemudiannya
mengalir balik ke tangki. Rajah litar adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 8.6 di bawah.
Rajah 8.6 : Litar sistem pusat terbuka
Sumber:
Pneumatic & Hydraulic,
Oxford University, 1998
J4012 / UNIT 8/7
SUSUNATUR KOMPONEN HIDRAULIK
Kebaikan Sistem Pusat Terbuka
Didapati sistem ini adalah lebih ringkas dalam binaan dan mempunyai pelbagai
kebaikan iaitu tekanannya lebih rendah pada masa pergerakan. Ini mengurangkan
getaran dan hausan serta mengurangkan tenaga disebabkan oleh kebocoran
apabila sistem berkeadaan neutral. Disamping itu ia mempunyai litar yang mudah
dan senang dibina. Ianya juga mengurangkan penyenggaraan.
8.3.2 Litar Sistem Tertutup
Dalam litar sistem tertutup, pam akan berhenti semasa injap kawalan arah
berada dalam keadaan neutral. Injap kawalan arah akan menghalang aliran
minyak dari pam. Ini akan menyebabkan pam hidraul berhenti dari mengepam
minyak. Pam akan dimatikan dengan memutuskan bekalan arus ke motor yang
memusingkan pam. Suis tersebut dikawal oleh tekanan minyak. Contoh litar
sistem tertutup adalah seperti ditunjukkan dalam rajah 8.7 di bawah.
Rajah 8.7: Litar sistem tertutup
KEBAIKAN SISTEM PUSAT TERTUTUP
Pam hanya bergerak apabila sistem memerlukan minyak. Cara ini menjimatkan
kuasa enjin apabila alat hidraul digunakan. Minyak disimpan dengan tekanan yang
tinggi untuk tindakan cepat. Cara ini menjimatkan masa kendalian (operating
time). Kelambatan tindakan sistem hidraul dapat dikurangkan dengan menyediakan
minyak bertekanan tinggi untuk tindakan segera berbending dengan sistem pusat
terbuka di mana minyak hendaklah dirangkap sebelum tekanan minyak boleh
dinaikkan atau ditinggikan untuk operasi . Jika sistem hidraul digunakan untuk
membuat pelbagai kerja dalam satu masa yang sama memanglah gerakan sistem
akan mengambil masa yang panjang untuk meningkatkan tekanan ke tekanan
sistem.
Sumber:
Pneumatic & Hydraulic,
Oxford University, 1998
J4012 / UNIT 8/8
SUSUNATUR KOMPONEN HIDRAULIK
Rajah 8.8 : Litar sistem tertutup semasa neutral
Rajah 8.9 : Litar sistem terbuka semasa neutral
J4012 / UNIT 8/9
SUSUNATUR KOMPONEN HIDRAULIK
(a) (b)
Rajah 8.10: (a) Litar sistem terbuka (b) Litar sistem tertutup
SILINDER
Injap kawalan berarah
Motor
Tangki
Penapis
Injap sehala
Pam
SILINDER
Injap kawalan berarah
Injap pelega
Motor
Tangki
Penapis
Injap sehala
Pam
Injap kawalan aliran
AWAS ! Perhatikan dan fahamkan kedudukan komponen-komponen
penting di dalam litar di atas !!
J4012 / UNIT 8/10
SUSUNATUR KOMPONEN HIDRAULIK
UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT
SELANJUTNYA.
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.
SELAMAT MENCUBA……
Soalan 8a-1
Senaraikan LIMA komponen yang terdapat pada litar asas hidraulik
Soalan 8a-2
Nyatakan perbezaan diantara hidraulik tulin dan elektro-hidraulik
Soalan 8a-3
Nyatakan kebaikan sistem pusat terbuka
Soalan 8a-4
Nyatakan kebaikan sistem pusat tertutup
AKTIVITI 8a
J4012 / UNIT 8/11
SUSUNATUR KOMPONEN HIDRAULIK
Jawapan 8a-1
1. Tangki
2. Penggerak
3. Motor
4. Pam
5. Injap Kawalan Arah
6. Penapis
7. Penumpuk
Jawapan 8a-2
Hidraulik Tulin Elektro-Hidraulik
Pergerakan injap kawalan arah dikawal
oleh hidraulik
Pergerakan injap kawalan arah dikawal
dengan solenoid yang dijanakan oleh
elektrik
Jawapan 8a-3
1. Didapati sistem ini adalah lebih ringkas dalam binaan
2. Tekanannya lebih rendah pada masa pergerakan.
3. Mengurangkan getaran dan hausan
4. Mengurangkan tenaga disebabkan oleh bocor apabila sistem berkeadaan neutral.
5. Mempunyai litar yang mudah dan senang dibina.
6. Mengurangkan penyenggaraan.
Jawapan 8a-4
1. Pam hanya bergerak apabila sistem memerlukan minyak.
2. menjimatkan kuasa enjin apabila alat hidraul digunakan.
3. Minyak disimpan dengan tekanan yang tinggi untuk tindakan cepat.
4. Cara ini menjimatkan masa kendalian( operating time ).
5. Kelambatan tindakan sistem hidraul dapat dikurangkan dengan menyediakan
minyak bertekanan tinggi untuk tindakan segera.
MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 8a
TTAAHHNNIIAAHH !
ANDA TELAH MENGHAMPIRI KEJAYAAN,
PASTIKAN JAWAPAN ANDA BETUL SEBELUM
BERPINDAH KEPADA INPUT YANG
SELANJUTNYA.
J4012 / UNIT 8/12
SUSUNATUR KOMPONEN HIDRAULIK
UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT
SELANJUTNYA…!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.
Soalan 1
Lukiskan litar hidraulik asas untuk menggerakkan sebuah silinder
Soalan 2
Lukiskan litar hidraulik asas untuk menggerakkan dua buah motor
Soalan 3
Lukiskan litar sistem terbuka dan litar sistem tertutup
Soalan 4
Huraikan operasi litar sistem terbuka dan litar sistem tertutup
PENILAIAN KENDIRI
J4012 / UNIT 8/13
SUSUNATUR KOMPONEN HIDRAULIK
Jawapan 1
MAKLUM BALAS KEPADA
PENILAIAN KENDIRI
TAHNIAH!
ANDA TELAH BERJAYA MENCAPAI OBJEKTIF DAN LAYAK UNTUK
MENERUSKAN UNIT YANG
SETERUSNYA.
SILINDER
Injap kawalan berarah
Injap pelega
Motor
Tangki
Penapis
Injap sehala
Penumpuk
Pam
Injap kawalan aliran
J4012 / UNIT 8/14
SUSUNATUR KOMPONEN HIDRAULIK
Jawapan 2
Jawapan 3
Injap sehala
Pam
Injap kawalan
arah
Injap Jujukan Motor satu
tindakan
Motor 2 tindakan
SILINDER
Injap kawalan berarah
Motor
Tangki
Penapis
Injap sehala
Pam
SILINDER
Injap kawalan berarah
Injap pelega
Motor
Tangki
Penapis
Injap sehala
Pam
Injap kawalan aliran
J4012 / UNIT 8/15
SUSUNATUR KOMPONEN HIDRAULIK
Jawapan 4
Litar Sistem Pusat Terbuka
Dalam litar sistem pusat terbuka , pam akan bergerak berterusan walaupun injap
kawalan arah berada dalam kedudukan neutral. Minyak hidraulik akan mengalir
dengan berterusan dari pam melalui injap kawalan arah kemudiannya mengalir balik
ke tangki.
Litar Sistem Tertutup
Dalam litar sistem tertutup, pam akan berhenti semasa injap kawalan arah berada
dalam keadaan neutral. Injap kawalan arah akan menghalang aliaran minyak dari
pam. Ini akan menyebabkan pam hidraul berhenti dari mengepam minyak. Pam akan
dimatikan dengan memutuskan bekalan arus ke motor yang memusingkan pam. Suis
tersebut dikawal oleh tekanan minyak. Contoh litar sistem tertutup adalah seperti
ditunjukkan dalam rajah 8.7 di bawah.
Top Related