SISTEM PENGURUSAN DAN PENEMPAHAN KELAS MEMANDU
BERASASKAN WEB DAN SISTEM PESANAN RINGKAS
NURUL AIN BINTI ARIFFIN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
JUN, 2010
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil nukilan saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Komputer”
iii
PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya,
akhirnya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda ini dalam tempoh masa
yang ditetapkan.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penyelia
Projek Sarjana Muda saya iaitu Dr. Ismail B. Mat Amin, di atas segala sokongan dan
dorongan yang telah diberikan oleh beliau dalam membantu saya menyiapkan laporan
ini.
Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan kepada pegawai dan pekerja-pekerja
Institut Manducekap Hi-Tec Sdn. Bhd. kerana sanggup meluangkan sedikit masa
untuk membantu saya di dalam mendapatkan maklumat berkaitan dengan proses
perlesenan dan belajar memandu secara lebih terperinci.
Terima kasih tidak terhingga ditujukan khas kepada keluarga tersayang,
sahabat handai saya iaitu Cik Farhana binti Fauzi, Cik Dzidatul Akma binti Dzulkafli,
Cik Nilam Nur binti Amir Sjarif dan Cik Noraini binti Khair yang bersama- sama
berjuang dan sentiasa mendoakan kejayaan serta tidak jemu memberi semangat dan
dorongan dalam menyiapkan projek ini.
Akhir sekali, sekalung penghargaan diucapkan kepada mereka yang turut
terlibat dalam membantu saya menyiapkan projek ini sama ada secara langsung atau
tidak langsung. Budi dan jasa kalian amatlah dihargai. Semoga kalian semua sentiasa
memperolehi rahmat darinya. Amin.
iv
ABSTRAK
Sistem Pengurusan Dan Penempahan Kelas Memandu Berasaskan Web dan
Sistem Pesanan Ringkas yang dibangunkan adalah untuk menyelesaikan beberapa
masalah yang yang berlaku dalam aktiviti pengurusan Institut Manducekap Hi-Tec
Sdn. Bhd. Sebelum ini pihak Institut menggunakan sistem manual untuk menguruskan
segala urusan yang berkaitan dengan kelas memandu. Akibatnya, proses pengurusan
Institut memandu dijalankan tidak sistematik jika dibandingkan dengan sistem
berkomputer. Oleh itu, sistem ini dibangunkan bagi menggantikan sistem sedia ada
yang dijalankan secara manual kepada sistem berkomputer yang berasaskan web dan
Sistem Pesanan Ringkas agar memudahkan lagi pihak Institut menjalankan aktiviti
pengurusan secara lebih lancar. Kelebihan sistem ini berbanding dengan sistem yang
sedia adalah, mempunyai fungsi-fungsi pengurusan Institut seperti membuat
penempahan waktu belajar di atas talian, menyemak semula waktu tempahan yang
telah ditempah, mengemaskini maklumat peribadi pelajar dan tenaga pengajar,
menerima dan menolak waktu penempahan, melihat senarai nama pelajar dan tenaga
pengajar yang berdaftar dan boleh membuat pendaftaran baru bagi pelajar dan
pengajar di Institut Manducekap Hi-Tec. Sistem ini dibangunkan khusus untuk
kegunaan Institut yang beroperasi di Sri Muda, Shah Alam. Diharap sistem ini dapat
membantu pihak Institut manjalankan pengurusan mereka dengan lebih baik
berbanding sebelumnya.
v
ABSTRACT
The Web and Short message service (SMS) based Driving Classes Bookings
and Management System has been developed for the purpose of resolving some issues
which involves Institute Manducekap Hi-Tec Sdn Bhd’s daily operational activities.
Previously, the Institute were using a somewhat manual system when everything
which involves driving classes are concerned. As a result, the Institute’s management
process becomes inefficient compared to an automated computerized system. This
system is being developed to replace the existing ”manual” system to a fully
automated computerized web and ( sms ) based system to ensure ease of management
and time saving by the institute’s class administrators. Compared to the traditional
manual system, the advantages of this system can be enjoyed by users. For example,
Institute’s administrators will have the luxury of ’online booking’, reviewing bookings
that have been made, registration of new students, updating the database of students
and also instructors. The system also allows the institute administrators to approve or
disapprove the time of bookings by students. This system is developed solely for the
Institute which operates in Sri Muda, Shah Alam. We hope that with the introduction
of this system, the Institute Manducekap Hi-Tec can enjoy ease of management and
efficiency in their daily routines.
vi
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
ISI KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI ISTILAH xvii
SENARAI LAMPIRAN xix
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Pernyataan Masalah 2
1.3 Matlamat Projek 3
1.4 Objektif Projek 4
1.5 Skop Projek 4
1.6 Justifikasi dan Kepentingan Projek 5
vii
2 KAJIAN LATARBELAKANG MASALAH
2.1 Pengenalan 7
2.1.1 Kajian Ke Atas Latarbelakang 8
Organisasi
2.2 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 8
2.2.1 Maklumat Perkembangan Pelajar 9
2.2.2 Pendaftaran Kelas Teori dan Amali 10
2.2.3 Penempahan Belajar Memandu 10
2.2.4 Institut Memandu Kotaraya 10
2.3 Kajian Terhadap Metodologi Pembangunan 12
2.3.1 SMS 13
2.3.1.1 SMS Gateway 14
2.3.1.2 Kelebihan SMS 14
2.3.1.3 Aplikasi SMS 15
2.4 Pengenalan Kepada Internet 15
2.4.1 World Wide Web 16
2.4.2 Hypertext Transfer Protocol (HTTP) 17
2.4.3 HTML 17
2.4.4 Komponen berkaitan dengan web 17
2.5 Justifikasi Pemilihan Perisian 19
2.5.1 Microsoft Windows XP Profesional 19
2.5.2 PHP ( Hypertext Processor ) 19
2.5.3 Macromedia Dreamweaver MX 21
2.5.4 Pelayan Web Apache 22
2.5.5 MySQL 22
2.5.6 Java Script 22
2.6 Rumusan 23
viii
3 METODOLOGI PEMBANGUNAN
3.1 Pengenalan 24
3.2 Kajian Ke Atas Metodologi 25
3.2.1 Model Air Terjun 26
3.2.2 Model Prototaip 26
3.2.3 Model Peningkatan 27
3.3 Kajian Perbandingan 27
3.4 Metodologi 29
3.4.1 Kelebihan RUP 31
3.5 Fasa-fasa dalam Penyelesaian Masalah 32
3.5.1 Fasa Perancangan 32
3.5.2 Fasa Penghuraian 33
3.5.3 Fasa Pembangunan 33
3.5.4 Fasa Peralihan 34
3.6 Rumusan 34
4 HASIL ANALISIS DAN REKABENTUK
4.1 Pengenalan 35
4.2 Aliran Kerja Fasa Keperluan 36
4.2.1 Pemodelan Kes Guna 36
4.2.1.1 Keterangan Bagi 40
Aktor Sistem
4.2.1.2 Keterangan Tentang 41
Kes Guna
4.3 Aliran Kerja Fasa Analisa 44
4.3.1 Rajah Jujukan 44
ix
4.3.2 Rajah Kelas 44
4.4 Aliran Kerja Fasa Rekabentuk 45
4.4.1 Rekabentuk Senibina 45
4.4.2 Rekabentuk Pangkalan Data 46
4.5 Rumusan 47
5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN
5.1 Pengenalan 48
5.2 Persekitaran Pembangunan 48
5.2.1 Pemasangan Perisian 49
5.2.1.1 Pembangunan 49
Pangkalan Data
5.2.1.2 Pemasangan Xammp 50
5.2.1.3 Pemasangan 53
NowSMS
5.2.1.4 Pembangunan 57
Aturcara Sistem
5.3 Implementasi Untuk Fungsi Login 59
5.3.1 Login Pengguna Sistem 59
5.4 Implementasi Bagi Modul Pentadbir 61
5.4.1 Membuat Pendaftaran 61
5.4.2 Membuat Kemaskini Data 63
5.5 Implementasi Bagi Modul Pelajar 65
5.5.1 Membuat Penempahan 65
5.6 Pengujian Kotak Putih 66
5.7 Pengujian Sistem 67
5.7.1 Pengujian Terhadap Login 67
5.8 Pengujian Pendaftaran Pelajar 69
x
5.9 Pengujian Pencarian dan Kemaskini Maklumat 70
5.10 Pengujian Penempahan Kelas Memandu 72
5.11 Pengujian Integrasi Modul 73
5.12 Rumusan 73
6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
6.1 Pengenalan 75
6.2 Hasil Dan Pencapaian 75
6.3 Kelemahan Sistem 76
6.4 Cadangan Pembaikan / Peningkatan 77
6.5 Kesimpulan 78
RUJUKAN 79
LAMPIRAN A-H 81-137
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK
HALAMAN
3.1 Kajian Perbandingan 28
4.1 Keterangan aktor sistem 40
4.2 Keterangan Kes Guna Bagi Aktor
Pentadbir
42
4.3 Keterangan Kes Guna bagi Aktor
Tenaga Pengajar
43
4.4 Keterangan Kes Guna Bagi Aktor
Pelajar
43
xii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK
HALAMAN
2.1 Antaramuka Sistem Institut Memandu
Kotaraya
11
3.1 Panduan Proses Kitar Hayat RUP 30
4.2 Rajah Kes Guna Bagi Pelajar 37
4.3 Rajah Kes Guna Bagi Tenaga Pengajar 38
4.4 Rajah Kes Guna Bagi Pentadbir 39
4.5 Rajah Kes Guna Sistem Secara Umum 40
5.1 Muka Hadapan Pemasangan Pakej
Xampp
50
5.2 Destination Folder 51
5.3 Installation Options 51
5.4 Proses Instalasi 52
5.5 Instalasi Xampp Berjaya 52
5.6 Permulaan Pemasangan NowSMS 53
5.7 Lokasi Pemasangan NowSMS 54
5.8 Get Laluan Konfigurasi Dialog 54
5.9 Get Jenis SMSC Sambungan 55
5.10 Get Nama Modem Drivers 55
xiii
5.11 Menguji Sambungan Modem dengan
NowSMS
56
5.12 Konfigurasi port dan IP address 56
5.13 SMS Gateway Service 57
5.14 Antaramuka Halaman Login 59
5.14 (a) Keratan Aturcara Login 60
5.15 Antaramuka Halaman Pendaftaran 62
5.15 (a) Keratan Aturcara Bagi Pendaftaran 62
5.16 Antaramuka Halaman Kemaskini
Maklumat
63
5.16 (a) Keratan Aturcara Bagi Kemaskini
Maklumat
64
5.17 Antaramuka Halaman Penempahan 65
5.17 (a) Menunjukkan keratan aturcara
penempahan yang telah ditempah oleh
pelajar.
66
5.18 Antaramuka Login masuk bagi Pentadbir
yang mempunyai ralat pada ruang IC
Pengguna
68
5.18 (a) Kotak Mesej Ralat bagi tidak mengisi
ruang IC Pengguna
68
5.19 Halaman pendaftaran yang mempunyai
ralat jenis No Kad Pengenalan
69
5.19 (a) Kotak Mesej Ralat Bagi Tidak Mengisi
No Kad Pengenalan
70
5.20 Halaman Kemaskini Yang Mempunyai
Ralat Bagi Kemasukan Email
71
xiv
5.20 (a) Kotak Mesej Ralat Bagi Tidak Mengisi
71
5.21 Halaman penempahan yang mempunyai
ralat memilih tarikh tempahan
72
5.21 (a) Kotak Mesej Ralat Bagi Tidak Mengisi
Tarikh Tempahan Belajar
72
xv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN MAKSUD
API - Application Program Interface
ASP - Active Server Page
CGI - Common Gateway Interface
CICT - Center of Information and Communication
Technology
CIMD - Computer Interface to Message Distribution
COM - Component Object Mode
CSS - Cascading Style Sheet
DBMS - Database Management System
EUA - External User Application
FSKSM - Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
GIF - Graphics Interchange Format
GPRS - General Packet Radio Service
GSM - Global System for Mobile Communications
HTML - Hypertext Markup Language
HTTP - Hypertext Transfer Protocol
IBM - International Business Machine
ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
IIS - Microsoft Internet Information Server
MMS - Multimedia Messaging Service
MMSC - Multimedia Messaging Service Center
MySQL - Microsoft SQL Server
xvi
PHP - Hypertext Preprocessor
PSM I - Projek Sarjana Muda I
PSM II Projek Sarjana Muda II
RAD - Rapid Application Development
RUP - Rational Unified Process
SBK - Sistem Bantuan Keputusan
SDD - System Design Document
SDLC - System Development Life Cycle
SMP - Sistem Maklumat Pengurusan
SMS - Short Message Service
SMSC - Short Message Service Center
SPJKM - Sistem Pengurusan JawatanKuasa Mahasiswa
SQL - Structured Query Language
SRS - Software Requirements Specification
SSL - Secure Socket Layer
SUTD - Software Unit Testing Document
TCP/IP - Transmission Control Protocol / Internet Protokol
UML - Unified Modeling Language
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
WAP - Wireless Application Protocol
Window 7 - Window 7
WML - Wireless Markup Language
www - World Wide Web
WYSIWYG - What You See Is What You Get
XAMPP - X (for the four operating system supported) A
(Apache) M (MySQL) P (PHP) P (Perl).
XML - Extension Markup Language
xvii
SENARAI ISTILAH
BAHASA MALAYSIA BAHASA INGGERIS
Aktor - Actor
Carta Gantt - Gantt Chart
Keperluan Bukan kefungsian - Non-Functional Requiremet
Keperluan Kefungsian - Functional Requirement
Lelaran - Iteration
Model Air Terjun - Waterfall Model
Model Prototaip - Prototyping Model
Muat Naik - Upload
Muat Turun - Download
Pangkalan Data - Database
Pelanggan - Client
Pelantar Window - Window Platform
Pelayan Web - Web Server
Pelayan - Server
Pelayan-Pelanggan - Client-Server
Pelayar - Browser
Pemasangan - Installation
Pembina web - Webmaster
Pengguna - User
Rajah jujukan - Sequence Diagram
Rajah Kes Guna - Use Case Diagram
Sistem Pengoperasian - Operating System
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
HALAMAN
A Carta Gantt Bagi Projek 1 dan II 81
B Proses Mendapatkan Lesen
Memandu
84
C Struktur Organisasi 86
D Temubual 88
E Rajah Jujukan 92
F Dokumen Rekabentuk Perisian
(SDD)
114
G Manual Pengguna Bagi Pelajar 122
H Manual Pengguna Bagi Pengajar 133
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pada masa ini, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) begitu
luas dan meliputi setiap aspek kehidupan [Datuk Mohd Nasir Ahmad, 2005]. Evolusi
teknologi maklumat yang sedang pesat berkembang dewasa ini telah menyebabkan
banyak sistem yang dijalankan dengan kaedah manual diautomasikan iaitu sistem
yang sedia ada dibangunkan kepada sistem berkomputer dengan berasakan web.
Sistem yang berasakan web ini bukanlah suatu yang baru pada zaman ini, malah ia
menjadi satu keperluan kerana semua transaksi hendak dilakukan dengan pantas. Pada
ketika ini maklumat begitu pendek jangka hayatnya. Maka dengan terhasilnya sistem
ini, maka ia akan memberi keuntungan kepada organisasi dan menjadi tanda
kecemerlangan dalam bidang teknologi maklumat dan organisasi dan diarapkan sistem
yang sedia ada ini akan terus ditingkat upaya dari semasa ke semasa mengikut
keperluan semasa.
Sistem Pengurusan Dan Penempahan Kelas Memandu Berasaskan Web dan
Sistem Pesanan Ringkas bagi Institut Manducekap Hi-Tec adalah dibangunkan untuk
menggantikan sistem pengurusan manual yang sedia ada kepada sistem berkomputer
yang berasakan web dan lebih teratur. Oleh sebab pihak Institut tersebut masih tidak
mempunyai suatu sistem pengurusan dan penempahan yang berasakan web, banyak
masalah yang telah dihadapi dalam proses pengurusan mereka seperti pendaftaran
pelajar, pengemaskinian, penyimpanan dan carian rekod pelajar, pembayaran pelajar,
serta penempahan jadual belajar memandu.
Oleh itu dengan adanya sistem yang dibangunkan ini dapat membantu pihak
Institut Manducekap Hi-Tec menyelesaikan masalah yang selalu dihadapi oleh mereka
sebelum ini. Selain itu juga dapat memudahkan dan mempercepatkan proses capaian
malumat serta menjamin keselamatan semua rekod yang diperlukan dalam proses
pengurusan Institut Manducekap Hi-Tec.
1.2 Pernyataan Masalah
Oleh sebab pihak Institut masih menggunakan sistem manual untuk
menjalankan pengurusan, akibatnya beberapa masalah telah dihadapi dalam proses
pengurusan mereka.
Salah satu masalah tersebut ialah pihak Institut perlu mengambil banyak masa
dalam pendaftaran pelajar ini kerana di dalam Institut kelas memandu tersebut terdapat
banyak kelas memandu seperti kereta, motor, lori, teksi dan sebagainya. Selain itu
masalah dalam pengemaskinian, penyimpanan, penempahan waktu belajar dan carian
rekod pelajar juga kerap dihadapi oleh pihak Institut tersebut. Ini adalah disebabkan
oleh ketiadaan sistem komputer yang berasaskan web untuk membantu mereka dalam
proses pengurusan dan penyimpanan rekod-rekod yang lebih sistematik. Ini juga
menyebabkan proses carian rekod pelajar tidak dapat dijalankan dalam masa yang
pendek.
Seterusnya, masalah dalam menempah waktu belajar dan tenaga pelajar juga
dihadapi oleh Institut ini. Dengan menggunakan sistem manual yang sedia ada, pelajar
harus menempah waktu belajar melalui telefon atau terus ke meja kerani, penempahan
waktu belajar bagi pelajar adalah tidak teratur kerana terdapat pertindihan waktu
belajar di kalangan pelajar-pelajar yang berdaftar. Pihak institut juga tidak mudah
untuk menyemak waktu belajar bagi pelajar yang telah menghabiskan jam mereka. Ini
kerana semua data-data berkenaan dengan jadual belajar akan diletakkan di dalam
sebuah fail dan jika ingin melakukan semakan, fail tersebut perlu dicari untuk proses
penyemakan.
1.3 Matlamat Projek
Matlamat utama pembangunan Sistem Pengurusan Dan Penempahan Kelas
Memandu Berasaskan Web dan Sistem Pesanan Ringkas bagi Institut Manducekap Hi-
Tec adalah untuk menghasilkan satu sistem berkomputer yang menggunakan teknologi
maklumat yang berasaskan web bagi menggantikan sistem manual yang sedia ada agar
dapat memberikan perkhidmatan yang lebih efisien kepada pelanggan serta
memudahkan pengurusan dan mempercepatkan proses capaian maklumat yang
berkenaan.
1.4 Objektif Projek
Berikut adalah objektif projek yang ingin dicapai bagi membangunkan sistem
ini. Antaranya ialah
i. Menganalisa masalah di dalam Institut Manducekap Hi-Tec, dalam
memantau aktiviti dan program yang dijalankan.
ii. Mengkaji tentang methodologi dan teknologi yang sesuai untuk di
aplikasikan didalam sistem ini.
iii. Membangun dan merekabentuk sebuah Sistem Pengurusan dan
penempahan berasaskan web.
iv. Menguji sebuah sistem pengurusan yang telah siap dibangunkan.
1.5 Skop Projek
i. Sistem yang dibangunkan adalah sistem berasaskan web dan hanya
merangkumi penempahan dan pengurusan data pelajar bagi Institut
Manducekap Hi-Tec tersebut.
ii. Carian yang disediakan dalam sistem ini adalah berdasarkan nombor
kad pengenalan pelajar sahaja.
iii. Sistem ini boleh menyimpan dan mengemaskini rekod pelajar, rekod
pelajar yang berdaftar sahaja dapat diakses melalui sistem ini.
iv. Sistem ini boleh menyimpan rekod penempahan waktu belajar
memandu bagi pelajar yang berdaftar dengan Institut Manducekap Hi-
Tec ini sahaja.
v. Sistem ini juga menggunakan teknologi sistem pesanan ringkas sebagai
maklum balas kepada pelajar berkenaan masa dan hari belajar yang
telah ditempah oleh pelajar tersebut.
vi. Sistem ini juga menggunakan teknologi sistem pesanan ringkas kepada
pengajar tentang masa dan hari belajar yang telah ditempah oleh
pelajar.
vii. Sistem ini juga membolehkan pelajar yang berdaftar untuk menempah
waktu belajar memandu secara atas talian.
1.6 Justifikasi dan Kepentingan Projek
Sistem ini dibangunkan bertujuan menggantikan sistem manual dalam
pengurusan Institut Manducekap Hi-Teckepada sistem berkomputer yang berasakan
web. Sistem ini juga memainkan peranan yang penting bagi pihak pengurusan Institut
yang menggunakan sistem manual.
Dengan adanya sistem ini, pelajar tidak perlu mengambil banyak masa untuk
mendaftar, melihat jadual kelas dan jadual waktu belajar, mengetahui status
pembelajaran serta mengetahui status pembayaran. Ini juga dapat meningkatkan mutu
perkhidmatan Institut Manducekap Hi-Tec tersebut. Manakala bagi pihak pengurusan
Institut Manducekap Hi-Tec, proses pengemaskinian, penyimpanan, carian rekod
pelajar, penempahan waktu belajar, pengeluaran peringatan waktu belajar kepada
pelajar dan guru mengajar dapat dijalankan dengan sistematik serta mudah dicapai.
Selain itu sistem ini juga dapat menjamin keselamatan maklumat dalam
pengurusan Institut tersebut kerana hanya pengguna yang sah dan berdaftar dengan
Institut Manducekap Hi-Tec sahaja dapat menggunakan sistem ini. Sistem ini juga
diharapkan dapat menjadikan sistem yang ramah pengguna serta melancarkan lagi
proses-proses pengurusan Institut Manducekap Hi-Tec dan sekaligus membawa ke
arah pengurusan yang lebih teratur pada masa hadapan.
Top Related