INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN (ILKAP),
JABATAN PERDANA MENTERI, LOT 5, PERSIARAN UNIVERSITI, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03-8924 3400 FAKS : 03-8926 1231
LAMAN WEB: www.ilkap.gov.my
________________________________________________________________________
Kepada Ruj. Kami : ILKAP/01/PUP/1/1 Jld. 2
Senarai Edaran Tarikh : 21 Mei 2013
Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENYERTAI KEJOHANAN ALL STAR BADMINTON JEMPUTAN
ILKAP 2013 ANJURAN BIRO SUKAN DAN SOSIAL PUSPANITA CAWANGAN
KECIL ILKAP
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Sukan Dan Sosial Puspanita Cawangan Kecil
ILKAP akan menganjurkan Kejohanan ALL STAR Badminton Jemputan ILKAP 2013 pada
15 Jun 2013 (Sabtu) bertempat di Dewan Serbaguna, ILKAP.
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput tuan/puan
untuk menghantar satu (1) pasukan bagi kategori Beregu Wanita dan satu (1) pasukan
bagi kategori Beregu Campuran ke kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini.
4. Butir-butir pertandingan adalah seperti berikut:
Kategori : 1. Beregu Wanita
2. Beregu Campuran
Yuran Penyertaan : RM50.00 (1 pasukan)
Tempat : Dewan Serbaguna ILKAP
Tarikh : 15 Jun 2013 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 3.00 petang
5. Bersama-sama ini dilampirkan borang penyertaan beserta syarat-syarat
pertandingan (seperti di Lampiran A). Borang dan Yuran penyertaan hendaklah
diserahkan kepada Urus Setia sebelum atau pada 31 Mei 2013 (Jumaat).
Pembayaran yuran penyertaan boleh dilakukan secara tunai kepada Urus Setia atau
melalui akaun Puspanita Cawangan Kecil ILKAP seperti berikut:
No. Akaun : 10105-41-00003077-0
Nama Akaun : SHAHANIM BINTI HASHIM/SANIAH BINTI YUSOFF
Nama Bank : Bank Simpanan Nasional – GIRO-i
Cawangan Bank : Wisma Unikeb, Bandar Baru Bangi
6. Bagi memeriah dan mewarnakan lagi acara pada hari tersebut, acara CAR BOOT
SALE juga akan diadakan di ruang tempat letak kereta, Bangunan MTCP, ILKAP. Yuran
penyertaan bagi menyertai Car Boot Sale adalah RM30.00 dan deposit pembersihan
sebanyak RM15.00 yang akan dipulangkan setelah tapak jualan penjual disahkan bersih
oleh urus setia. Yuran penyertaan beserta deposit tersebut dan borang penyertaan
(Lampiran B) hendaklah dijelaskan kepada Urus Setia sebelum atau pada 31 Mei
2013 (Jumaat). Pembayaran yuran penyertaan boleh dilakukan secara tunai kepada
Urus Setia atau melalui akaun Puspanita Cawangan Kecil ILKAP seperti berikut:
No. Akaun : 10105-41-00003077-0
Nama Akaun : SHAHANIM BINTI HASHIM/SANIAH BINTI YUSOFF
Nama Bank : Bank Simpanan Nasional – GIRO-i
Cawangan Bank : Wisma Unikeb, Bandar Baru Bangi
7. Sebarang pertanyaan berkenaan dengan acara tersebut, tuan/puan boleh
menghubungi Urus Setia seperti berikut:-
i) Urus setia KEJOHANAN ALL STAR BADMINTON JEMPUTAN ILKAP
2013
Puan Zuraidah Zakariah
Telefon: 03-8924 3584 / 019-3958783
Faksimili: 03-8924 3576
E-mel: [email protected]
ii) Urus setia CAR BOOT SALE ILKAP 2013
Puan Nor Jafizah bt Mustapha Kamal
Telefon: 03-8924 3478 / 019-2925065
Faksimili: 03-8924 3474
E-mel: [email protected]
8. Tuan/Puan bolehlah memanjangkan acara ini kepada kenalan untuk bersama-
sama memeriahkan suasana. Sokongan tuan/puan dalam menjayakan kejohanan/acara
ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
“WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT” tt (SAROJINI KANDASAMY) Timbalan Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil ILKAP Jabatan Perdana Menteri.
Senarai Jabatan/Agensi yang dijemput:
1. Jabatan Peguam Negara;
2. Mahkamah Negeri Sembilan;
3. Mahkamah Persekutuan Malaysia;
4. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU);
5. Jabatan Bantuan Guaman;
6. Jabatan Insolvensi Malaysia;
7. Mahkamah Sesyen/Majistret Bandar Baru Bangi;
8. National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH);
9. Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat;
10. Kolej Polytech MARA (Kakitangan);
11. Malaysian-France Institute (MFI); dan
12. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
LAMPIRAN A
KEJOHANAN ALL STAR BADMINTON JEMPUTAN ILKAP 2013 BIRO SUKAN DAN SOSIAL, PUSPANITA CAWANGAN KECIL, ILKAP
15 JUN 2013 (SABTU) DI DEWAN SERBAGUNA, ILKAP
BORANG PENYERTAAN
JABATAN/AGENSI
NAMA PENGURUS
PASUKAN
EMEL
NO. TEL. (P) NO. H/P
ACARA REGU (WANITA)
BIL NAMA NO. K/P
1.
2.
ACARA REGU (CAMPURAN)
BIL NAMA NO. K/P
1.
2.
PENGAKUAN PENGURUS :
Saya dengan ini bersetuju dan faham akan segala syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Saya mengaku segala keterangan yang diberikan adalah benar serta tidak mengemukakan
sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur di atas sebarang musibah ke atas diri dan pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini. Bersama-sama ini disertakan yuran pasukan
saya sebanyak RM _______________ untuk menyertai pertandingan ini.
Tandatangan Pengurus : _________________ Tarikh:______________
PERATURAN KEJOHANAN BADMINTON JEMPUTAN ILKAP 2013
NAMA
Pertandingan ini dinamakan Kejohanan All Star Badminton Jemputan ILKAP 2013.
PERATURAN AM
1. Pertandingan ini TERBUKA kepada warga ILKAP, ahli keluarga dan Agensi-Agensi
Kerajaan yang dijemput sahaja.
2. Pertandingan ini akan dijalankan dalam dua (2) kategori iaitu Beregu Wanita dan
Beregu Campuran.
3. Pemain dibenarkan menyertai kedua-dua kategori yang dipertandingkan.
4. Pemain yang pernah mewakili Negara, Negeri dalam Kejohanan Kebangsaan,
MAKSAK dan SUKMA dari tahun 2010 hingga kini adalah TIDAK DIBENARKAN
bertanding.
5. Pertemuan lawan ditentukan dengan cabutan undi.
6. Pertandingan ini adalah pertandingan berpasukan dan dijalankan secara liga di
peringkat awal dan kalah mati di peringkat seterusnya.
7. Peralatan seperti raket hendaklah ditanggung oleh pemain. Penganjur akan
menyediakan bulu tangkis sahaja.
8. Penjaga garisan bagi pertandingan ini adalah di kalangan pegawai dan
kakitangan yang tidak terlibat dalam pertandingan ini.
SISTEM PERTANDINGAN
1. Semua perlawanan peringkat awal akan dijalankan secara liga, manakala pada
peringkat seterusnya, perlawanan akan dijalankan secara kalah mati. Johan dan
Naib Johan setiap kumpulan akan bermain ke peringkat seterusnya dan
ditentukan oleh Urus Setia Pertandingan secara bersilang.
2. Perlawanan dari peringkat liga hingga ke peringkat suku akhir akan
menggunakan sistem kiraan pungutan 30 mata dengan dua set permainan
sahaja. Pemenang akan ditentukan dengan jumlah pungutan mata tertinggi (15
mata tukar gelanggang). Perlawanan separuh akhir hingga akhir sahaja akan
menggunakan sistem kiraan 21 mata atau Rally Point Scoring System (21 x3)
mengikut Peraturan BWF.
3. Senarai nama mengikut susunan perlawanan hendaklah disampaikan kepada
Ketua Pengadil 10 minit sebelum sesuatu pertandingan dimulakan.
4. Sebarang gantian pemain adalah tidak dibenarkan setelah senarai tersebut
diserahkan kepada pengadil perlawanan.
LAMPIRAN B
BORANG PENYERTAAN CAR BOOT SALE ILKAP 2013 BIRO SUKAN DAN SOSIAL, PUSPANITA CAWANGAN KECIL, ILKAP PADA 15 JUN 2013 (SABTU) DI RUANG TEMPAT LETAK KERETA,
BANGUNAN MTCP, ILKAP
BORANG PENYERTAAN
JABATAN/AGENSI
NAMA PENUH
EMEL
NO. TEL. (P) NO. H/P
BARANG YANG HENDAK DIJUAL -
BIL JENIS
Saya bersetuju dengan terma dan syarat-syarat seperti di bawah.
Tandatangan: ( ) Tarikh: ___________________ _________________________________________________________________________ Terma dan syarat:
1. Penganjur bertanggungjawab menyediakan tapak niaga selepas bayaran penyertaan diterima.
2. Urusan jual beli adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab penjual dan pembeli.
Top Related