KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
PROGRAM PENULIS CILIK SEKOLAH RENDAH PEIYING
PENGENALAN Program Penulis Cilik direka dan dilaksanakan untuk membina kemahiran menulis murid Darjah 3. Melalui program ini, murid belajar tentang struktur penulisan karangan secara progresif. Jenis karangan terkawal dan separa terkawal diperkenalkan untuk membantu murid membina kemahiran dalam penulisan karangan. 2. Keberkesanan program ini juga bergantung kepada penilaian alternatif yang digunakan. Penilaian alternatif, yang dimanfaatkan dalam program ini ialah Patchwork Text Assessment. Penilaian Patchwork Text digunakan dalam program untuk menilai keupayaan menulis murid meningkatkan kemahiran menulis dan membina keyakinan murid menulis.
OBJEKTIF PROGRAM 3. Objektif Program Penulis Cilik seperti yang berikut:
a. meningkatkan kemahiran menulis murid P3; b. membina keyakinan murid dalam mengarang; c. meningkatkan keupayaan murid meluaskan isi karangan; d. membantu murid memahami struktur dalam penulisan karangan; dan e. menjadikan pengajaran dan pembelajaran karangan lebih menarik.
PERANCANGAN PROGRAM 4. Berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun Darjah 3, ramai murid didapati tidak dapat mengarang dengan baik. Ada yang masih lemah dalam pemerengganan. Ramai murid yang yang memperoleh markah antara markah 10-12. Guru berpendapat bahawa murid perlu mengetahui struktur penulisan karangan yang baik. Guru juga berpendapat murid Darjah 3 memerlukan masa untuk menguasai aspek penulisan karangan berperenggan. 5. Bagi mengatasi masalah ini guru telah membina bahan pengajaran karangan yang komprehensif, berstruktur dan progresif. Bahan pengajaran ini dapat menyokong dan memperbaik kemahiran murid Darjah 3 menulis. Bahan ini memberi murid pengetahuan mengenai elemen yang berikut:
a. struktur pemerengganan; b. jenis-jenis permulaan karangan yang kreatif; c. peluasan isi karangan; dan d. jenis-jenis pengakhiran karangan yang kreatif.
2
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
PELAKSANAAN PROGRAM 6. Program Penulis Cilik ini dijalankan selama 12 minggu dalam Semester 1, iaitu dari Penggal 1 Minggu 5 hingga Penggal 2 Minggu 6. Aktiviti dan tugasan yang dilakarkan dalam program ini digabungkan dengan Penilaian Patchwork Text Assessment. Patchwork Text Assessment ialah bentuk penilaian yang terdiri daripada beberapa bahagian kecil tugasan, atau 'patch', yang kemudian setiap tugasan kecil ini dicantumkan sehingga menjadi tugasan yang lengkap. Tugasan Patchwork Text ini boleh ditakrifkan sebagai satu penyatuan tugasan secara berperingkat-peringkat sepanjang pengajaran dan pembelajaran sesuatu topik. 7. Oleh kerana program ini menerapkan Penilaian Alternatif Patchwork Text, struktur Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi karangan telah diubah. Murid diberi tugasan kecil dan tugasan ini dibahagikan secara progresif seperti yang berikut:
LAKARAN TUGASAN PENILAIAN PATCHWORK TEXT DAN PEMBAHAGIAN MARKAH KARANGAN
MASA TUGASAN HASIL PEMBELAJARAN UJIAN MARKAH
Penggal 2 Minggu 1
Tugasan 3 Murid dapat menulis permulaan karangan yang kreatif.
P3 SA1 Karangan 1
(Pengenalan)
5
Penggal 2 Minggu 4
Tugasan 5 Murid dapat menulis satu pengakhiran yang kreatif.
P3 SA1 Karangan 2 (Pengakhiran
Cerita)
5
Penggal 2 Minggu 6
Tugasan Akhir
Murid dapat menggunakan apa yang telah dipelajari dalam tugasan 1-5 untuk menghasilkan karangan lengkap secara individu berdasarkan gambar yang disediakan.
P3 SA1 Karangan 3 (Karangan lengkap)
10
20 PENILAIAN PROGRAM 8. Pencapaian murid dalam kemahiran menulis dilakukan melalui penilaian formatif dan juga sumatif. Alat penilaian formatif yang digunakan dalam program ini adalah seperti senarai semak, temu ramah, penilaian rakan sebaya dan Penilaian Alternatif Patchwork Text. Berdasarkan penilaian alternatif ini murid dapat menulis karangan dengan lebih terarah dan memahami struktur karangan dengan lebih baik. Pendedahan perluasan kata sifat membantu murid menggunakan kata jenis itu dalam karangan mereka dengan lebih berkesan.
3
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
PENAMBAHBAIKAN 9. Berdasarkan maklum balas guru dan murid, program ini akan diteruskan hingga ke Semester 2. Bagi mengembangkan kemahiran menulis murid, pelbagai ciri penulisan telah diterapkan dalam penyediaan bahan pengajaran untuk Semester 2. USAHA SUSULAN 10. Memandangkan program ini memberi banyak manfaat kepada murid Darjah 3, pembinaan bahan dengan kerjasama sekolah Kelompok N6 telah diusahakan. Pembinaan bahan juga akan dilanjutkan untuk peringkat Darjah 4 dan 5 agar dapat dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah Kelompok N6. RUJUKAN 1. Abbas Mohd Shariff, 2006. Strategi Pengajaran dan Pembelajran Bahasa.
Alfa Media: Singapura. 2. Siti Hajar Abdul Aziz, 2009. Siri Pendidikan Guru. Bahasa Melayu 2. Oxford
Fajar Sdn Bhd: Malaysia. 3. Winter, R. 2003. Contextualizing the Patchwork Text: Addressing Problems of
Coursework Assessment in HE. Innovations in Education and Teaching International 40(2)
4. http://www2.derby.ac.uk/lta/assessment-for-learning/99-patchwork-text-assignments-
4
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEIYING PROGRAM WARTAWAN CILIK
SENARAI SEMAK SEMASA MERANCANG DAN MEMBINA KBS
Aspek
Catatan
Langkah 1: Meneliti Keperluan Murid meneliti keputusan ujian/penilaian
Markah karangan Ujian SA1 menunjukkan pencapaian murid yang kurang memuaskan
5% murid gagal dalam ujian karangan
80% murid memperoleh markah antara 10-12 markah.
menjalankan soal selidik
o melalui pemerhatian guru o melalui temu-bual dengan murid o mengisi borang soal selidik
Sebilangan murid tidak dapat mengarang dan menghadapi masalah apabila hendak menulis karangan
Ada yang masih lemah menulis secara berperenggan
Murid kurang berminat untuk mengarang
Murid tidak dapat mengembangkan isi karangan dengan baik
Murid belum mendapat pendedahan akan aspek penulisan yang mencukupi
ujian diagnostik
Tiada ujian diagnostik Perangkaan yang digunakan
Langkah 2: Mengenal Pasti Objektif menentukan kemahiran yang hendak
dinilai
Meningkatkan kemahiran menulis murid Darjah 3
Meningkatkan keupayaan murid meluaskan isi karangan
Membantu murid memahami struktur penulisan karangan
menentukan aspek kognitif, afektif dan
sikap yang hendak diambil kira dalam melakar objektif pengajaran dan pembelajaran
Membina keyakinan diri pada murid-murid apabila menulis karangan
Menyemai minat murid dalam penulisan
5
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Aspek
Catatan
Langkah 3: Memilih dan Menyusun Kandungan Program menentukan jenis program
Program Penulis Cilik
menentukan jenis aktiviti
Pengajaran karangan secara berstruktur dan progresif
Aktiviti di kelas – kumpulan dan individu
menentukan jangka masa program
24 waktu yang dijalankan dalam 7 minggu semasa Penggal 1 dan 2
Langkah 4: Memilih dan Menyusun Pengalaman Pembelajaran menyediakan persekitaran yang
menggalakkan pembelajaran secara aktif
Bilik darjah
memastikan pengetahuan yang hendak dibina adanya nilai tambah dalam pembelajaran
Setiap murid akan terlibat dalam program secara aktif
Murid dapat memahami cara-cara peluasan isi, struktur penulisan karangan
Murid dapat menulis permulaan dan pengakhiran karangan yang kreatif
Langkah 5: Menilai Pencapaian Kemahiran memastikan program yang dibina
dapat memenuhi kemahiran yang hendak dicapai
Program Penulis Cilik dapat memberikan pengajaran dan pembelajaran karangan yang sistematik dan progresif
memastikan kemahiran yang hendak
dicapai selaras dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran menulis Kemahiran berfikir
memastikan kriteria penilaian jelas
Penilaian kendiri, rakan sebaya dan guru
Alat penilaian: pemerhatian guru, senarai semak & lembaran kerja- Tugasan dalam penilaian Patchwork Text
6
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEIYING LAKARAN PROGRAM KBS PENULIS CILIK
Mengenal Pasti Keperluan Murid
Meningkatkan pemahaman murid tentang struktur penulisan
Meningkatkan kemahiran murid dalam menulis pengenalan dan pengakhiran karangan yang kreatif
Menetapkan Matlamat a. Membina keyakinan murid dalam mengarang b. Meningkatkan keupayaan murid meluaskan isi
karangan c. Membantu murid memahami struktur dalam
penulisan karangan d. Membina keyakinan diri murid apabila menulis
karangan
Menentukan Program Membina bahan pengajaran karangan yang
berstruktur dan progresif Menggunakan Patchwork Text Assessment
sebagai instrumen penilaian Menetapkan jangka masa yang sesuai
Menilai Pencapaian Kemahiran Murid Mengetahui struktur penulisan karangan Berupaya menggunakan permulaan dan
pengakhiran yang kreatif Mengetahui cara-cara untuk meluaskan
karangan
Program Penulis
Cilik
Melaksanakan Aktiviti Menjalankan aktiviti untuk meningkatkan
pemahaman tentang struktur penulisan karangan
Menjalankan aktiviti untuk meningkatkan keupayaan murid mengarang dengan kreatif
Menyediakan tugasan berdasarkan Penilaian Patchwork Text untuk memantau pemahaman dan pencapaian murid
7
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEIYING PROGRAM KBS PENULIS CILIK
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Program Program Penulis Cilik
Kumpulan Sasaran Darjah 3
Fokus Kegiatan Pemulihan
Jangka Masa 12 minggu
Kemahiran Menulis
Objektif Pembelajaran Pada akhir program murid dapat: 1) membina ayat dengan perkataan dan frasa yang sesuai
dengan panduan (Tahap 1) 2) menulis tiga perenggan berpandukan isi yang
dibincangkan bersama (Tahap 2) 3) menulis sekurang-kurangnya tiga perenggan berpandukan
isi yang dibincangkan bersama (Tahap 3)
Aktiviti 1 (Penggal 1 Minggu 5 )
Bahan/Catatan
Tajuk: Pengenalan Isi Karangan
Aktiviti Murid: a. secara berkumpulan akan membina
seperenggan karangan dengan menggunakan sekeping gambar dan percikan perkataan yang disediakan
b. berkongsi hasil karangan mereka bersama rakan-rakan yang lain
Bahan Kertas dan gambar Senarai perkataan panduan Senarai Semak Nota Penilaian Patchwork Text Tugasan
1 (Tiada markah yang diberikan) Objektif Aktiviti 1 - Murid dapat
memahami urutan isi cerita berdasarkan gambar bersiri yang disediakan
Aktiviti 2 ( Penggal 1 Minggu 6)
Tajuk: Pengenalan Pemerengganan
Aktiviti Murid: a. meneliti struktur pemerengganan b. secara kumpulan menyusun semula
perenggan-perenggan mengikut urutan cerita pada gambar bersiri yang disediakan
c. berkongsi hasil tugasan mereka bersama rakan yang lain.
Bahan Gambar Keratan perenggan yang
dimasukkan dalam sampul surat
Nota Tiada markah yang diberikan bagi
Tugasan 2 Obejktif Aktiviti 2 - Murid dapat
8
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
d. menyalin perenggan-perenggan yang telah disusun.
menyalin semula isi cerita berdasarkan gambar dengan struktur pemerengganan yang betul
Aktiviti 3 (Penggal Minggu 7-8 )
Tajuk: Permulaan Karangan dengan Menggunakan Ciri Pemerian Watak
Aktiviti Murid: a. meneliti cara penulisan permulaan karangan b. secara berkumpulan menulis permulaan
karangan berdasarkan gambar yang disediakan
c. mengarang permulaan cerita berdasarkan elemen cuaca atau watak
d. berbincang secara berkumpulan e. mengarang secara berkumpulan f. mengarang permulaan cerita dengan tema
yang sama secara individu
Bahan Kertas Gambar Nota Tugasan 3 (5%- 5 markah) Objektif Aktiviti 3 - Murid dapat
membina permulaan karangan dengan menggunakan ciri ’Cuaca’
Guru akan mendedahkan kepada murid cara-cara permulaan karangan yang menggunakan ciri ‘Cuaca’.
Aktiviti 4 (Penggal 1 Minggu 9-10 )
Tajuk: Peluasan Isi dengan Menggunakan Elemen Emosi
Aktiviti Murid: a. meneliti contoh emosi/perasaan watak dalam
cerita b. secara berkumpulan meluaskan isi karangan
tersebut dengan menyisipkan kata adjektif yang berkaitan dengan emosi berdasarkan gambar yang diberi
c. berkongsi hasil tugasan mereka
Bahan Kertas Sebak Nota Tugasan 4 tiada markah yang
diberikan Objektif Aktiviti 4 - Murid dapat
meluaskan isi cerita dengan menggunakan adjektif yang berupaya memaparkan perasaan/emosi watak
Aktiviti 5 (Penggal 2 Minggu 1-2 )
Tajuk: Pengakhiran Karangan- Pengakhiran berciri ‘Sedih’ atau ‘Gembira’
LAMPIRAN 5
Aktiviti Murid: a. Secara berkumpulan mengarang pengakhiran
karangan berdasarkan gambar yang
Bahan Kertas Gambar
9
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
disediakan b. menggunakan pengakhiran yang berunsur
gembira atau pengajaran c. mengarang secara individu pengakhiran cerita
berdasarkan tema yang serupa
Nota Tugasan 5 - 5% Objektif Aktiviti 5 -Murid dapat
mengarang pengakhiran karangan berdasarkan ciri ‘Sedih’ atau ‘Gembira’
Aktiviti 6 (Penggal 2 Minggu 3)
Tajuk: Mengarang Karangan Lengkap
Aktiviti Murid: a. menulis karangan berperenggan secara
berkumpulan berdasarkan gambar bersiri 4 yang disediakan
Bahan Gambar bersiri 4 Nota Tugasan 6 tiada markah yang
diberikan Objektif Aktiviti 6 - Murid dapat
menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk menghasilkan karangan lengkap secara kumpulan
Dengan menggunakan kemahiran dalam Tugasan 1- 5 murid menulis karangan
Aktiviti 7 (Penggal 2 Minggu 4)
Tajuk: Mengarang Karangan Gambar Bersiri
Aktiviti Murid: a. menulis karangan berperenggan dengan
panduan guru berdasarkan gambar bersiri yang disediakan
Nota Tugasan 7 tiada markah yang
diberikan Objektif Aktiviti 7 - Secara
berpandu, murid dapat menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk menghasilkan karangan lengkap secara individu
Aktiviti 8 (Penggal 2 Minggu 6)
Tajuk: Mengarang Karangan Gambar Bersiri
Aktiviti Murid: a. menulis karangan berperenggan secara
individu berdasarkan gambar bersiri yang disediakan
Nota Tugasan akhir 10% Objektif Aktiviti 7 - Murid dapat
menggunakan kemahiran yang dipelajari untuk menghasilkan karangan lengkap secara individu
10
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEIYING PROGRAM KBS PENULIS CILIK
BORANG MAKLUM BALAS MURID
Nama: ______________________________ Tarikh: __________ Kelas:_____________________ Arahan: Lengkapkan borang maklum balas ini.
☺ ☺☺ ☺☺☺ ☺☺☺☺ Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju
No.
Item ☺ ☺☺ ☺☺☺ ☺☺☺☺
A Program Penulis Cilik
1 Saya dapat mempelajari banyak cara menulis karangan.
2 Saya lebih berminat dan yakin untuk mengarang.
B
Aktiviti
3 Saya tahu cara memulakan karangan.
4 Saya lebih yakin menggunakan pelbagai jenis permulaan karangan.
5 Saya dapat menggunakan pelbagai elemen bagi meluaskan isi karangan.
6 Saya berpeluang mengarang dengan lebih kreatif.
7 Saya boleh mengarang dengan ciri pengakhiran yang bersesuaian.
C Penilaian
8 Penilaian individu dapat meningkatkan mutu karangan saya.
9 Saya dapat membaiki kelemahan saya dan yakin dapat mengarang dengan baik.
11
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Berikan pandangan kamu. 1. Tiga perkara penting yang perlu kamu gunakan semasa mengarang.
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
2. Nyatakan jenis-jenis pengakhiran karangan yang menarik yang dapat kamu
gunakan dalam karangan kamu. _________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
12
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Permulaan Karangan (1)- Pemerian Cuaca
SEKOLAH RENDAH PEIYING PROGRAM KBS PENULIS CILIK
Nama:____________________ Tarikh:_________ Darjah: 3__________
panas
terik cerah
matahari
bersinar
Arahan: Karang permulaan karangan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang disediakan.
_______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________
13
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEIYING PROGRAM KBS PENULIS CILIK
Nama:_______________________ Tarikh:_________ Darjah: 3__________
PERMULAAN KARANGAN (2)- PEMERIAN CUACA
Arahan: Karang permulaan karangan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang disediakan.
memancar
panas
cerah terik
cerah
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
_________________________________________________________
14
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEIYING PROGRAM KBS PENULIS CILIK
Nama:____________________ Tarikh:_________ Darjah: 3__________
Permulaan Karangan (3)- Pemerian Cuaca
panas
terik
cerah
sang suria
bersinar
Arahan: Karang permulaan karangan dengan menggunakan perkataan yang disediakan.
________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________
15
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEIYING PROGRAM KBS PENULIS CILIK
Nama:____________________ Tarikh:_________ Darjah: 3__________
kencang
angin
cerah
cuaca
meniup
Arahan: Bina permulaan karangan dengan menggunakan perkataan yang disediakan.
Permulaan Karangan (4)- Pemerian Cuaca
________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________ ________________________________________________
16
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Nama:____________________ Tarikh:_________ Darjah: 3__________
SEKOLAH RENDAH PEIYING PROGRAM KBS PENULIS CILIK
Permulaan Karangan (5)- Pemerian Cuaca
Arahan: Karang permulaan karangan dengan menggunakan perkataan yang disediakan.
kencang
angin hujan
cuaca
meniup lebat
_______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________
17
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Malangnya, budak perempuan itu menjadi seseorang yang ________________________ dan suka menyakiti orang lain. Dia sanggup menendang cawan seorang pengemis _____________________. Pari-pari itu terperanjat melihat kelakuan budak itu.
SEKOLAH RENDAH PEIYING PROGRAM KBS PENULIS CILIK
Arahan: Lengkapkan karangan dengan menggunakan perkataan yang disediakan.
Peluasan Isi Karangan- Kata Sifat (buruk sikapnya, tua)
Nama:____________________ Tarikh:_________ Darjah: 3__________
18
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
Pari-pari itu menjadi marah lalu menyumpah Anita menjadi anak patung yang tidak bernyawa. Tiba-tiba Anita terdengar bunyi jam locengnya. Dia terbangun. Badannya ___________________. Anita berasa _________________ dengan mimpinya itu. Sejak itu, dia tidak mahu melihat anak patung lagi.
SEKOLAH RENDAH PEIYING PROGRAM KBS PENULIS CILIK
Nama:____________________ Tarikh:_________ Darjah: 3__________
Peluasan Isi Karangan- Kata Sifat (berpeluh, gerun)
Arahan: Lengkapkan karangan dengan menggunakan perkataan yang disediakan.
19
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEIYING PROGRAM KBS PENULIS CILIK
PENILAIAN KENDIRI
Nama:____________________ Tarikh:_________ Darjah: 3__________ Permulaan Karangan - Pemerengganan Arahan : Sila tandakan dalam petak yang betul.
Perkara
Setuju
Tidak Setuju
1. Saya tahu menulis karangan berperenggan.
2. Saya dapat menyusun perenggan dengan betul.
3. Saya dapat menyalin semula karangan mengikut struktur pemerengganan yang betul.
20
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
SEKOLAH RENDAH PEIYING PROGRAM KBS PENULIS CILIK
PENILAIAN KENDIRI
Permulaan Karangan - Pemerian Arahan : Sila tandakan dalam petak yang betul.
Perkara
Setuju
Tidak Setuju
1. Saya dapat menulis
permulaan karangan dengan menggunakan ciri pemerian cuaca panas.
2. Saya dapat menulis
permulaan karangan dengan menggunakan ciri pemerian hari hujan.
3. Saya dapat menulis
permulaan karangan dengan menggunakan ciri pemerian cuaca berangin.
21
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH
22
SEKOLAH RENDAH PEIYING PROGRAM KBS PENULIS CILIK
PENILAIAN KENDIRI
Nama:____________________ Tarikh:_________ Darjah: 3__________ Isi Karangan - Emosi Arahan : Sila tandakan dalam petak yang betul.
Perkara
Setuju
Tidak Setuju
1. Saya dapat memahami
Kata Adjektif - Emosi.
2. Saya dapat menggunakan Kata Adjektif - Emosi dalam ayat.
3. Saya dapat menggunakan Kata Adjektif - Emosi berdasarkan gambar yang disediakan.
Top Related