INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHASPROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH (SR)
AMBILAN KHAS DISEMBER 2012
JALAN YAAKOB LATIFF, CHERAS56000 KUALA LUMPUR.
JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUALKERJA KURSUS
SENI DALAM PENDIDIKANSPK 2103W – KERJA KURSUS
NAMA AHLI KUMPULAN : TAY MING LUAN
TAN HUI YUN
TEE MOOI HUI
LEW YU YEN
KEH CHIOU HAN
KAM MEI YI
KUMPULAN : KG 1.1- PROGRAM DPLI-SR MOD KDC
AMBILAN KHAS DIS 2012
KOD/MATA PELAJARAN : SPK 2103W- SENI DALAM PENDIDIKAN
NAMA PENSYARAH : CIK ZAHARAH BTE MOHAMMAD
TARIKH SERAHAN : 25 MAC 2013
JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUALINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR
BORANG KOLABORASI KERJA KURSUS
Nama Pelajar : LEW YU YEN
Kumpulan : KG1.1-DPLI-SR MOD KDC Ambilan Khas Disember
2012
Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual
Pensyarah Pebimbing : Cik Zaharah Mohamad
Tarikh Perkara yang dibincangkan Komen & Tandatangan Pensyarah
21/12/12
30/12/12
21/01/13
26/01/13
03/02/13
18/02/13
08/03/13
25/03/13
Taklimat pensyarah dan penerimaan tugasan
Perbincangan penentuan tajuk dan RPH melalui internet
Penentuan tarikh untuk perbincangan kumpulan
Perbincangan kumpulan dan pembahagian bahagian tugasan kepada ahli kumpulan
Pertemuan ahli kumpulan untuk kali kedua dan membincangkan penambahbaikan tugasan
Pertemuan tugasan kali ketiga dan menggabungkan tugasan kumpulan
Perbincangan tugasan dengan pensyarah
Penghantaran tugasan kepada pensyarah
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
.
Tandatangan : ………………………………………….
Nama : LEW YU YEN
No. Kad Pengenalan : 850102-02-5358
Kursus : SPK2103W - Seni Dalam Pendidikan
Tarikh :
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah bimbingan saya, iaitu Cik Zaharah binti Mohammad. Beliau telah
banyak memberikan penerangan dan penjelasan yang terperinci kepada
kami dalam usaha untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini.
Kemudian, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
kedua-dua ibu bapa saya, iaitu Encik Lew Yew Kit dan Puan Chee Bee Hong
kerana telah memberikan sokongan moral dan semangat kental yang
berterusan kepada saya supaya berusaha gigih untuk mencapai kejayaan
yang diimpikan dalam menghala ke arah kerjaya perguruan. Tanpa usaha
dan sokongan penuh daripada mereka, saya mungkin tidak dapat
melaksanakan impian saya sebagai guru dengan lancarnya. Justeru, saya
berasa saya amat bersyukur kepada Tuhan atas segala yang diberikan dan
saya akan terus menyayangi dan menaati kedua-dua ibu bapa saya.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih
kepada ahli-ahli kumpulan saya yang telah banyak meluangkan masa,
tenaga, berkongsi idea, pengalaman, dan maklumat yang diperlukan dalam
tugasan kumpulan ini. Tanpa usaha dan kerjasama yang diberikan oleh
mereka dalam usaha menyiapkan tugasan kerja kursus ini, setentunya
tugasan ini tidak dapat disempurnakan mengikut masa yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Lew Yu Yen
ISI KANDUNGAN
No. Perkara Muka Surat
1. Borang Kolaborasi Kerja Kursus
2. Pengakuan Pelajar
3. Penghargaan
4. Pendahuluan
5. Soalan 1:
Peta Minda/ Pengurusan Grafik
6.Soalan 2:
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
7. Penutup
8. Refleksi
9. Rujukan
10. Lampiran
PENDAHULUAN
Seni Dalam Pendidikan (SPK) merupakan mata pelajaran wajib diambil
oleh setiap guru pelatih. Walaupun mata pelajaran dunia seni visual bukan
mata pelajaran modul teras di peringkat sekolah rendah, namun ia dianggap
sebagai mata pelajaran yang penting pada zaman globalisasi ini. Hal ini
kerana ia merupakan mata pelajaran yang menerapkan pengetahuan asas
dan kemahiran asas yang mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,
ekspresi, inkuiri dan kecerdasan yang pelbagai dalam pengajaran dan
pembelajaran. Sejurusnya, ia mampu membentuk kanak-kanak melihat dan
memikir sesuatu secara kreatif, kreatis dan menggunakan minda mereka
untuk meneroka dan mengaplikasikan pengalaman secara tidak langsung ke
dalam dunia seni mereka.
Justeru, Falsafah Pendidikan Negara telah menetapkan bahawa setiap
guru pelatih wajib mengambil dan wajib lulus dalam mata pelajaran seni ini.
Hal ini sedemikian kerana ia bukan sahaja dapat melatih para guru pelatih
untuk membentuk minda yang kreatif dan kreatis, bahkan mampu melatih
para guru supaya mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan yang
dipelajari dalam kursus ini lalu menyalurkan kepada generasi kanak-kanak
yang sedang nenuntut ilmu pengetahuan mereka di sekolah.
Oleh hal yang demikian, para guru pelatih seharusnya mampu
mengaitkan konsep asas seni visual, muzik dan pergerakan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Selain itu, para guru pelatih
sepatutnya memahami , meneroka , mereka bentuk , mendalami ilmu dan
konsep seni visual supaya kanak-kanak dapat mempelajari dan
mempraktikkan serta mengaitkan dalam mata pelajaran yang lain,
termasuklah pendidikan jasmani(konsep pergerakan), dunia muzik(konsep
dan prinsip muzik ) dan dunia seni visual(konsep unsure seni dan prinsip
rekaan) di sekolah.
Akhirnya, mata pelajaran ini dapat melahirkan dan membolehkan
seseorang individu yang mengamalkan nilai-nilai murni melalui pelbagai
pengalaman seni yang diajarkan oleh para guru di sekolah kelak. Jadi, setiap
guru seharusnya dapat menguasai mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan
dengan sebaiknya supaya dapat melahirkan generasi dan warisan yang
berkebolehan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara yang mempunyai kepelbagaian kebudayaan dan
kepercayaan dalam masyarakat Malaysia ini.
SOALAN 1:
Peta minda / Pengurusan
grafik
SOALAN 2:
Rancangan Pengajaran
Harian
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tahun : 2 Kuning (kelas sederhana)
Bilangan murid : 20 orang (10 lelaki, 10 perempuan)
Masa : 60 minit (2 waktu)
Tajuk : Saya Sayangi Keluarga
Objektif : Pada akhir Pengajaran dan Pembelajaran ini, murid
dapat:
1. membaca perkataan dengan sebutan yang betul dan menikmati intonasi
lagu.
2. menikmati seni lagu dengan menunjukkan gaya yang terkandung dalam
seni lagu.
3. mempersembahkan aktiviti nyanyian dan tarian dengan mengintergrasikan
elemen Seni Visual, Muzik dan Pergerakan aksi tubuh badan .
4. Mengaitkan kepelbagaian budaya yang melibatkan kepelbagaian unsur-
unsur budaya, kesenian dan muzik secara serentak.
HASIL PEMBELAJARAN:
1. Fokus Utama
1.1 Membaca dengan sebutan dan intonasi yang tepat dan bersesuaian
mengikut seni kata dalam lagu.
1.2 Menghayati seni kata lagu dan menceritakan isi kandungan yang
terdapat dalam lagu tersebut.
1.3 Menceritakan unsur-unsur kebudayaan berlainan mengikut kaum,
kepercayaan, dan watak yang terdapat dalam lagu.
2. Fokus Sampingan
2.1 Bernyanyi mengikut melodi lagu” Bapaku Pulang Dari Kota.”
2.2 Menyerapkan sebuah pantun kebudayaan Malaysia ke dalam melodi lagu
dengan
melakukan aksi yang berkaitan dengan seni kata lagu itu.
Integrasi Seni dalam Pendidikan(SDP):
1) Muzik: bernyanyi mengikut melodi lagu.
2) Seni Visual: mempersembahkan kebudayaan kaum dalam pantun.
3) Pergerakan: i) melakonkan aksi dan menari mengikut watak dalam lagu.
ii) berpantun dan mengaplikasikan pantun itu dengan
bernyanyi mengikut intonasi lagu.
PENGISIAN KURIKULUM:
Nilai murni : bertanggungjawab, menghormati, menyayangi
kekeluargaan, bekerjasama, mencintai negara.
Ilmu : Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani, Dunia
Muzik.
Nilai Tambah : mengintepretasikan muzik yang didengari dengan
pergerakan yang sesuai untuk menyampaikan
konsep muzik berkenaan.
Sistem bahasa : sebutan dan intonasi
Pengetahuan sedia ada: pantun budaya, sifat penyayang dalam sesebuah
kekeluargaan.
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P&P CatatanSet induksi
(3minit)
Tayangan video
bertajuk
“Keluaraga Ai Ling”
1.Guru memulakan
tayangan video hak milik
kerajaan.
Kemudian, sesi soal jawab
dimulakan dengan
bertanyakan hubungan
kekeluargaan Ai Ling.
2.Seterusnya, guru
menunjukkan rajah pohon
pokok kepada murid.
3.Penjelasan terhadap
pohon keluarga.
BBM:
Komputer riba,
pembesar
suara, LCD,
projektor,
manila kad dan
cerita pendek
bergambar
mengisahkan
keluarga Ai
Ling.
Perkembangan
Pertama
(15minit)
Seni kata lagu”Bapaku
pulang dari kota.”
1. Bertanya kepada murid-
murid mengenai seni lagu.
2. Guru membahagikan
kepada 4 kumpulan.Setiap
kumpulan mempunyai 5
orang ahli.
3. Kumpulan dikehendaki
memikirkan dan melukis
satu contoh pohon
keluarga.
4. Kemudian,dengan
berdasarkan pohon carta
keluarga, murid
menamakan hubungan
kekeluargaan mengikut
carta.
BBM:
manila kad,
Melodi lagu,
Komputer riba,
pembesar
suara, LCD dan
projektor.
Perkembangan
kedua
(15 minit)
Menghafal dan
mempersembahkan
aksi dalam seni lagu.
1. Murid berlatih untuk
menghafal lirik lagu dari
perlahan, sederhana hingga
cepat.
2. Mencipta aksi yang
berkenaan dalam seni lagu.
3. Melakonkan aksi
berdasarkan watak dalam
keluarga.
Perkembangan
Ketiga
(15minit)
Menikmati pantun
Cintai bunga raya
1. Murid diminta menikmati
dan membaca pantun yang
diberikan oleh guru.
2. Dengan mengingati lirik
lagu melodi tadi, murid-
murid dikehendaki
mengaplikasikan pantun ini
ke dalam lirik lagu.
BBM:
manila kad,
Melodi lagu,
Komputer riba,
pembesar
suara, LCD dan
projector.
Penutup
(12minit)
Nyanyian lagu
“Saya Sayang
Keluarga”
1. Guru membimbing murid
bernyanyi dengan intonasi
dan sebutan yang sesuai
dan bertepatan.
2. Menyatakan nilai-nilai
yang terdapat dalam video
dan lirik lagu.
3. Membuat kesimpulan
dalam Pengajaran dan
Pembelajaran.
BBM:
Melodi lagu,
Komputer riba,
pembesar
suara, LCD dan
projektor
Teknik:
Soal jawab
KP:
Muzik, verbal
linguistik
PENUTUP
Melalui tugasan kerja kursus ini, kumpulan kami ingin mengucapkan
setinggi-tinggi terima kasih kepada Pensyarah bimbingan kami, iaitu Cik
Zaharah binti Mohammad atas kesudian beliau meluangkan masa yang tidak
terhingga untuk membimbing dan memberikan tunjuk ajar pada kumpulan
kami dalam proses menyiapkan tugasan kumpulan mahupun individu ini.
Selain itu, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih pada ahli-ahli
kumpulan yang sudi meluangkan masa mereka untuk berjumpa dan
menyiapkan tugasan yang seperti diarahkan oleh pensyarah. Walaupun
setiap individu sibuk dengan urusan di sekolah dan tugasan masing-masing,
namun kami amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini mengikut
pembahagian tugasan masing-masing. Justeru, tugasan ini dapat disiapkan
mengikut masa yang ditetapkan. Dalam kes ini, kami mendapati bahawa
kerjasama berkumpulan sememangnya amat penting dalam menyiapkan
sesuatu tugasan. Apabila menghadapi sesuatu masalah, ahli-ahli kumpulan
akan menyalurkan pendapat mereka berlainan untuk mengatasi masalah
yang dihadapi secara bersama-sama agar masalah itu dapat diatasi dengan
sebaik mungkin. Jadi, nilai-nilai murni dapat dipupuk secara tidak langsung
semasa menyiapkan tugasan ini.
Kesimpulannya, kami berharap pengamatan dan pemahaman
terhadap elemen Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dapat diterapkan dalam
hati naluri setiap murid yang sedang menuntut ilmu di sekolah rendah.
REFLEKSI
Terlebih dahulu, kumpulan kami ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pensyarah bimbingan kami, iaitu Puan Zaharah atas tunjuk ajar
dan bimbingan yang diberikan olehnya.
Pada mulanya, kumpulan kami menghadapi masalah kekangan masa
dalam menyiapkan tugasan kumpulan. Ini adalah kerana masa yang diberikan
adalah sebanyak tiga bulan.Namun, adalah menjadi masalah apabila ahli
kumpulan kami adalah berasal dari negeri yang berlainan dan kami sentiasa
berusaha untuk mencari masa dan hari yang bersesuaian dan mudah untuk
semua ahli supaya berjumpa dan menyiapkan tugasan kumpulan dalam masa
yang diperuntukkan. Walau bagaimamanapun, kami sentiasa bekerjasama
untuk mencari maklumat terlebih dahulu sebelum berjumpa satu sama lain
agar tugasan yang diberikan dapat diselesaikan mengikut masa yang
ditetapkan secara sempurna.
Selain itu, kami juga menghadapi masalah dari segi kewangan. Hal ini
kerana banyak alat bantu mengajar telah difikirkan oleh setiap ahli kumpulan.
Namun, ahli kumpulan kami sentiasa berusaha untuk mengurangkan kos
dalam memikirkan alat bantu mengajar melibatkan kos yang tinggi dan sukar
diperolehi. Namun, kami berasa amat bersyukur kerana dapat memikirkan
bahan bantu mengajar yang melibatkan kos rendah , mudah didapati , iaitu
melalui kad manila, kad untuk dijadikan topeng muka, dan pohon keluarga
yang melibatkan pemikiran dengan menghubungkaitkan ahli keluarga murid
dan murid itu sendiri. Secara tidak langsung, keadaan ini telah mendorong
ahli kumpulan kami supaya memikirkan cara penyelesaian untuk
menyelesaikan masalah kos. Jadi, kumpulan kami mempunyai kekuatan dari
segi menyelesaikan masalah kekangan kos.
Di samping itu, kumpulan kami mempunyai kekuatan dalam
membahagikan tugasan mengikut kepakaran masing-masing. Hal ini kerana
ahli kumpulan mempunyai kepakaran tertentu, seperti kemahiran memikirkan
idea yang bernas, kemahiran melukis, kemahiran kesenian yang
menggabungkan seni visual, pergerakan dan muzik, kemahiran menaip dan
kemahiran mengedit kesalahan dalam tugasan. Justeru, tugasan seni telah
menjadi lebih senang apabila dibahagikan kepada ahli kumpulan mengikut
kepakaran masing-masing.
Akhirnya, kumpulan kami telah mencadangkan bahawa untuk
penambahbaikan untuk menyiapkan tugsan ini, ahli kumpulan harus sentiasa
bekerjasama dalam apa jua. Semangat bekerjasama amat penting terutama
dalam menyiapkan tugasan kumpulan. Hal ini kerana tanpa semangat
bekerjasama yang kental dan gigih, tugasan kumpulan tidak akan dapat
disiapkan dalam masa yang singkat. Jadi, ahli kumpulan kami amat berterima
kasih kepada satu sama lain dalam usaha mereka yang tidak putus asa
bermula dari proses permulaan, pertengahan, sehingga peringkat akhir
dalam menyiapkan tugasan ini.
Tambahan pula, kumpulan kami ingin mencadangkan kepada Puan
bahawa tugasan ini dapat disempurnakan dengan lebih baik lagi sekiranya
setiap kumpulan dibimbing oleh ketua kumpulan yang lain. Hal ini kerana
ketua kumpulan lain dapat berkongsi maklumat dan pengalamannya dengan
ahli yang lain kerana dia mempunyai idea yang lebih bernas supaya dapat
ditambah lagi dengan lebih elok.
Akhirnya, kami berharap kumpulan kami akan memperbaiki kelemahan
kami dengan mengatasi segala masalah yang dihadapi dengan sebaiknya.
Seterusnya, kekuatan kumpulan akan terus menjadi kelebihan dan kekuatan
pada masa yang akan datang.
Sekian , terima kasih.
RUJUKAN
Kathleen Chee (1991)Unsur-unsur Seni, Prinsip Rekaan dan Struktur Rekaan, Johor Darul Takzim, Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.
Ainon Mohd dan Abdullah Hassan(1996) Seni Berfikir Kreatif. Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd.
Munir Shuib dan Azlena Zainal (2002), Aktiviti Berfikir,Selangor, Pearson Malaysia Sdn.Bhd
Suseela Balakrisnan ,et.(2008).Perkembangan Kreativiti dan Pembelajaran Kanak-kanak, Selangor Darul Ehsan, Meteor Doc. Sdn Bhd.
LAMPIRAN
Lampiran 1:
Lirik Lagu “ Saya Sayang Keluarga ”
Ayahku hendak pergi kerja
Ibuku hantar kekereta
Datuk dan nenek di depan rumah
Saya dan adik ke sekolah
Ayahku pulang dengan riang
Ayah belikan kami hadiah
Datuk dan nenek pun gembira
Adik dan saya sayang semua
Lampiran 2:
Lampiran 3:
Lampiran 4:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
Nama : Angka Giliran Pelajar : Tajuk Tugasan :Pensyarah : Subjek / Kursus : Tarikh Hantar : Tarikh Diterima ( Diisi oleh pensyarah)
Pengakuan PelajarSaya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan :____________________________ Tarikh : _______________________ ( )
BIL. KRITERIA PENTAKSIRAN TAHAP PENCAPAIANCemerlang Baik Memuaskan Kurang
memuaskanLemah
Penghasilan penerokaan bahan - 25%Penghasilan teknik lukisan - 20%Peghasilan karya – 40%Komitmen, Kolaborasi & Refleksi -15%
Perincian Maklum Balas TugasanPemeriksa Zaharah binti Mohamad Moderator
Kekuatan: Kekuatan:
Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:
Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:Pengesahan Pelajar Terhadap Maklumbalas Yang Diberikan Pensyarah.
Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami.
Tandatangan Pelajar : Tarikh :
Top Related