Page 1 of 28
1.0 AbstraK
Kertas tugasan ini disediakan sebagai mematuhi syarat perperiksaan kertas 4, Tugasan
Tempat Kerja untuk Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan seperti yang disyaratkan oleh
Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).
Kertas tugasan ini menerangkan salah satu aktiviti kerja yang dilakukan oleh Unit
Senggaraan Lampu Awam TNB Kuala Lumpur di Bahagian Pembahagian, Tenaga Nasional
Berhad. Aktiviti yang akan di huraikan dalam konteks keselamatan dan kesihatan pekerjaan
untuk tugasan ini adalah Kerja-Kerja Senggaraan Lampu Awam.
Dengan menggunakan HIRARC, hazard-hazard yang wujud hasil dari aktiviti ini akan
dikenalpasti, dan seterusnya melakukan penaksiran risiko serta langkah-langkah kawalan.
Bagi menentukan langkah kawalan yang diambil adalah tepat dan berkesan, Hirarki Kawalan
digunakan dan seterusnya melakukan pemantauan ke atas langkah kawalan yang telah
diambil. Ini bertujuan bagi memastikan langkah kawalan tersebut dapat menghapuskan,
mengurangkan, ataupun mengawal hazard tersebut.
Melalui HIRARC, beberapa aktiviti telah dikenalpasti mempunyai hazard dan mampu
mendatangkan risiko kepada Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja seperti aktiviti
menggunakan tower wagon, tukar lantern serta komponen, membuat pemeriksaan dan
bekerja ketika cuaca panas atau hujan lebat.
Beberapa langkah kawalan telah dicadangkan bagi menghapuskan, mengurangkan dan
mengawal hazard untuk kerja tersebut.
TNB akan mendapat faedah yang menguntungkan hasil dari aktiviti ini kerana ia mampu
mengujudkan persekitaran kerja yang selamat. Ini sudah semestinya akan dapat
mengurangkan kadar kemalangan dan seterusnya meningkatkan produktiviti kerja.
Page 2 of 28
2.0 PENGENALAN PEMANTAUAN SISTEM TEMPAT KERJA
Tenaga Nasional Berhad terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu;
Bahagian Penjanaan (Generate Electricity)
Bahagian Penghantaran (Transmit Electricity : Operating voltage 500kV, 275kV and
132kV)
Bahagian Pembahagian (Distribute Electricity : Operating Voltage 33kV, 11kV and
below)
Stesen-stesen janakuasa diseluruh semenanjung Malaysia akan menjana kuasa elektrik dan
stesen-stesen ini akan disambungkan melalui grid-grid talian penghantaran. Di penghujung
grid ini, talian penghantaran akan disambung kepada Pencawang Masuk Utama (PMU) yang
berfungsi untuk menurunkan voltan penghantaran (step down) kepada tahap voltan
pembahagian. Kemudian, kuasa elektrik ini akan disalurkan ke pencawang-pencawang
elektrik di kilang-kilang, kawasan kormersial dan juga taman-taman perumahan.
(Rujuk lampiran 1: Gambarajah Sistem Bekalan Kuasa Elektrik TNB)
Unit Senggaraan Lampu Awam TNB Kuala Lumpur
Adalah unit yang bertanggungjawab untuk menyelenggara sistem lampu awam di Bahagian
Pembahagian Tenaga Nasional Berhad yang berada di dalam kawasan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur. Jumlah keseluruhan lampu awam yang berada di bawah seliaan Unit
Senggaraan Lampu Awam Kuala Lumpur adalah lebih kurang 10000 unit.
Unit ini juga berfungsi bagi mengenalpasti dan memastikan semua sistem lampu awam
berada di dalam keadaan yang baik dan sempurna untuk beroperasi. Aktiviti yang bakal
dibincangkan di sini adalah Kerja-Kerja Senggaraan Lampu Awam.
Page 3 of 28
Kerja-Kerja Senggaraan Lampu Awam TNB Kuala Lumpur.
Kerja-kerja ini antaranya melibatkan :
a. Perkakasan elektrik bervoltan rendah 240 Volt
b. Kerja-kerja menggunakan tower wagon
c. Kerja-kerja memeriksa dan membaiki lampu awam
d. Kerja-kerja menyiasat aduan pengguna
Gambarajah di bawah menunjukkan pasukan kerja sedang membuat kerja-kerja senggaraan
lampu awam di salah satu tiang lampu awam.
Gambarah 1: Anggota kerja sedang membuat kerja-kerja senggaraan lampu awam
3.0 OBJEKTIF TUGASAN
Objektif bagi menjalankan tugasan ini adalah seperti berikut :
Page 4 of 28
1. Menegenalpasti empat (4) hazard keselamatan dan (2) hazard kesihatan yang wujud
susulan dari aktiviti kerja, bahan yang digunakankan, cara kerja dijalankankan serta
persekitaran tempat kerja.
2. Membincangkan kaedah yang digunakan bagi mengenalpasti setiap hazard tersebut.
3. Membuat penaksiran dan penilaian ke atas risiko-risiko yang dikenalpasti.
4. Memberikan keutamaan hazard berdasarkan rating yang diperolehi mengikut hazard
yang paling kritikal.
5. Membincangkan cadangan dan langkah-langkah kawalan untuk menghapuskan atau
mengurangkan risiko hazard-hazard kritikal tersebut berdasarkan hirarki kaedah
kawalan.
6. Membuat saranan untuk program semakan semula terhadap langkah kawalan yang
diambil bagi memastikan keberkesanan program keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja.
4.0 KAEDAH
Definisi Hazard
Source, situation, or act with a potential for harm in terms of human injury, ill health or a
combination of these.
Rujukan : OHSAS 18001:2007 Standards
4.1 Kaedah Mengenalpasti Hazard Keselamatan Dan Kesihatan Di Tempat Kerja.
Tiga kaedah yang digunakan bagi mengenal pasti hazard adalah :
1. Semakan dokumen & prosedur kerja sediada
Page 5 of 28
2. Pemeriksaan atau pemerhatian di tempat kerja
3. Sesi Brainstorming bersama anggota kerja unit senggaraan lampu awam
Tujuan proses ini dilakukan adalah bagi mengenalpasti setiap hazard yang wujud susulan dari
aktiviti kerja, bahan yang digunakankan, cara kerja dijalankankan serta persekitaran tempat
kerja. Seterusnya risiko kecederaan yang mungkin berlaku berikutan dengan hazard tersebut
dapat dikenalpasti.
4.1.1 Semakan dokumen
Dokumen-dokumen yang disemak adalah seperti berikut:
Prosedur Kerja : ENGR-750-41 PROSEDUR SENGGARAAN LAMPU AWAM
(Rujuk Lampiran 2)
General Procedure: TNBKL-431-01, Hazard Identification & Risk
Assessment Procedure. (Rujuk Lampiran 3)
Rekod kemalangan dan near miss. (Rujuk Lampiran 4)
4.1.2 Pemeriksaan atau pemerhatian di tempat kerja
Aktiviti ini dilakukan secara terus dengan melawat dan membuat
pemeriksaan/pemantauan keadaan sekeliling di tapak-tapak kerja.
4.1.3 Sesi Brainstorming bersama anggota kerja Unit Senggaraan Lampu Awam
Sesi ini dijalankan seperti berikut:
4.1.3.1 Unit Review Meeting (URM)
Sesi ini dijalankan pada hari selasa setiap minggu. Semua anggota kerja Unit Senggaraan
Lampu Awam TNB Kuala Lumpur diwajibkan hadir.
Page 6 of 28
Antara perkara berkaitan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan yang dimasukkan sebagai
agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
Laporan kerosakan atau kejanggalan perkakasan
Laporan kemalangan/kecederaan.
Laporan kerosakan atau kejanggalan kenderaan pasukan.
4.1.3.2 HIRADC review
Sesi ini dijalankan sekali setiap tahun dan dianjurkan oleh Unit Keselamatan, Kesihatan
Pekerjaan Dan Alam Sekitar Bahagian Pembahagian, TNB Kuala Lumpur yang
melibatkan wakil-wakil anggota kerja dari semua unit di Bahagian Pembahagian TNB
Kuala Lumpur.
4.2 Penaksiran Risiko
Definisi Risk :
A combination of the likelihood of an occurrence or a hazardous event or exposure and the
severity of injury or ill health that can be cause by event or exposure.
Rujukan: OHSAS 18001:2007 Standards.
Definisi Risk Assessment
Process of evaluating the risk arising from hazard, taking into account the adequacy of any
existing control, and deciding whether the risk is acceptable.
Rujukan: OHSAS 18001:2007 Standards
Tujuan proses penilaian risiko dijalankan adalah bagi menaksir tahap kritikal bagi setiap
hazard yang dikenalpasti.
Page 7 of 28
Proses ini penting bagi menentukan rating bagi risiko yang wujud berkaitan dari hazard
seterusnya membolehkan keputusan dibuat samada risiko tersebut boleh diterima atau
sebaliknya.
Untuk menentukan tahap bagi setiap risiko, dua faktor perlu diambil kira :
Likelihood (kebarangkalian/kemungkinan)
Severity (keterukan)
4.2.1 Likelihood
Rating Satu (1) hingga Lima (5) diberikan kepada setiap risiko yang dikenalpasti berdasarkan
kepada beberapa faktor.
Jadual dibawah menerangkan bagaimana rating bagi likelihood ditentukan.
Description (probability of an event occurring)
Likelihood
Rating
The most likely result of the hazards / event being
realized Most Likely
5
Has a good chance of occurring but not usual Possible 4
Might be occur at sometimes in future Conceivable 3
Has not been known to occur after many years Remote 2
Is practically impossible and has never occurred Inconceivable 1
Bagaimanapun rating bagi likelihood boleh meningkat dengan mengambil kira 2 faktor :
Page 8 of 28
Unsafe Conditions Failure of plant or machinery, aging equipment, exposure to
hazardous substance or environment or number of personnel exposed,
Unsafe Act Incompetent person, may not know what the hazards; underestimate
value of safe working methods.
4.2.2 Severity
Rating Satu (1) hingga Lima (5) diberikan kepada setiap risiko yang dikenalpasti berdasarkan
kepada beberapa faktor.
Jadual dibawah menerangkan bagaimana rating bagi severity ditentukan.
Description (based upon an increasing level of
severity to an individually safety and health). Severity
Rating
Numerous fatalities Catastrophic 5
Approximately one single fatality Fatal 4
Non fatal injury, permanent disability (medical leave
more than 4 days) Serious / Major
3
Disabling but not permanent injury (medical leave less
than 4 days) Minor
2
First aid type injury, minor abrasions, bruises etc. (no
medical leave issued) Negligible
1
Setelah likelihood dan severity ditentukan, langkah seterusnya adalah menentukan tahap
risiko samada :
Page 9 of 28
Low Risk (risiko rendah)
Medium Risk (risiko sederhana)
High Risk (risiko tinggi)
Secara amnya, Tahap Penilaian Risiko ditentukan seperti berikut:
RISK = LIKELIHOOD X SEVERITY.
Jadual Qualitative Risk Assesment digunakan bagi menentukan tahap penilaian risiko.
Likelihood Severity
1 2 3 4 5
5 MEDIUM MEDIUM HIGH HIGH HIGH
4 LOW MEDIUM MEDIUM HIGH HIGH
3 LOW MEDIUM MEDIUM MEDIUM HIGH
2 LOW LOW MEDIUM MEDIUM MEDIUM
1 LOW LOW LOW LOW MEDIUM
RISK RANKING MATRIX
Evaluation Point Index
(Likelihood X Severity) Description
15 25 HIGH RISK (TINGGI)
5 12 MEDIUM RISK (SEDERHANA)
Page 10 of 28
1 4 LOW RISK (RENDAH)
Risk Description
Dalam menjalankan penaksiran risiko bagi setiap hazard ini, faktor seperti berikut telah
diambilkira.
1. Kekerapan kerja dilakukan. kerja dilakukan setiap hari.
2. Masa melakukan kerja senggaraan. (Waktu kerja normal)
3. Bilangan pekerja yang melakukan kerja sebanyak 4 orang.
4. Kaedah kerja dilakukan.
5. Kerja dilakukan oleh anggota kerja yang terlatih dan berkecekapan untuk menjalankan aktiviti kerja dengan selamat.
6. Peralatan dan bahan yang digunakan untuk menjalankan sengaraan.
7. Persekitaran tempat kerja - Kerja-kerja senggaraan lampu awam dilakukan dikawasan taman-taman, kampung, dalam bandar atau di tepi jalan.
8. Rekabentuk peralatan.
9. Jenis kecederaan yang boleh diakibatkan oleh hazard yang dikenalpasti.
10. Rekod kecederaan yang pernah berlaku.
11. Langkah kawalan sediada yang telah diambil. Risk Rating bagi setiap hazard
dapat diturunkan sekiranya langkah kawalan yang diambil sudah mencukupi.
5.0 HASIL DAN PERBINCANGAN
5.1 Senarai Hazard Keselamatan Dan Kesihatan
Page 11 of 28
Daripada proses pengenalpastian hazard dan penaksiran risiko yang dilakukan, hazard seperti
berikut telah dikenalpasti dan disenaraikan mengikut rating risiko yang diperolehi :
No Aktiviti Hazard
Consequences
(menyebabkan)
Risk
Rating
1 Membersihkan
mangkuk lampu
awam
Peralatan/lantern jatuh dari
tempat tinggi
Kecederaan fizikal 4 (L)
2 Membuat
pemeriksaan lantern
Disengat oleh serangga/haiwan
berbisa
Kecederaan fizikal 4 (L)
3. Membuat
pemeriksaan lantern
Pekerja tidak kompeten Kecederaan fizikal 12 (M)
4. Senggaraan panel
lampu awam
Arus elektrik Renjatan/kejutan 3 (L)
5. Senggaraan panel
lampu awam
Cuaca panas Masalah kesihatan
(heat stress)
6 (M)
6. Senggaraan panel
lampu awam
Persekitaran berhabuk Masalah kesihatan
(batuk, sakit tekak)
2 (L)
7. Kerja menarik
pengalir lampu
Bekerja di tempat tinggi Kecederaan fizikal
(terjatuh)
6 (M)
8. Kerja menarik
pengalir lampu
Lalulintas jalanraya Kecederaan fizikal
(kemalangan jalan
raya)
12 (M)
9. Menyiasat aduan
pengguna lampu
awam
Maki hamun dari pengguna Masalah Psikososial 4 (L)
Page 12 of 28
10. Menyiasat aduan
pengguna lampu
awam
Anjing liar Kecederaan fizikal 4 (L)
11. Memasang lantern
set berhampiran
dengan pengalir
Arus elektrik Renjatan/kejutan 4 (L)
12. Membawa peralatan
lantern set ke atas
Peralatan berat Masalah Ergonomik
(sakit pinggang)
6 (M)
13. Menggunakan
kenderaan tower
wagon
Hidraulik rosak Kecederaan fizikal 8 (M)
14. Menggunakan
kenderaan tower
wagon
Lalulintas jalanraya Kecederaan fizikal
(kemalangan jalan
raya)
12 (M)
Page 13 of 28
5.2 Keutamaan Hazard Keselamatan Dan Kesihatan
Daripada hazardhazard yang disenaraikan, enam (6) hazard telah dikenalpasti paling kritikal
mengikut Risk Rating yang diperolehi.
No Hazard Consequences Risk Rating
1 Aktiviti : Membuat pemeriksaan
lantern
Pekerja tidak kompeten
Kecederaan fizikal 12 (M)
2 Aktiviti : Kerja menarik pengalir
lampu
Lalulintas jalanraya yang sibuk
Kecederaan fizikal 12 (M)
3 Aktiviti : Menggunakan Kenderaan
Tower Wagon
Lalulintas jalanraya yang sibuk
Kecederaan fizikal 12 (M)
4 Aktiviti : Menggunakan Kenderaan
Tower Wagon
Hidraulik rosak
Kecederaan fizikal 8 (M)
5 Aktiviti : Membawa Peralatan
Lantern set keatas
Peralatan yang berat menyebabkan
anggotakerja lebih cenderung
mengalami sakit pinggang dalam
tempoh masa panjang (Isu Ergonomik).
Masalah kesihatan
(sakit pinggang)
6 (M)
Page 14 of 28
6 Aktiviti : Senggaraan panel lampu
awam
Cuaca panas menyebabkan anggotakerja
cepat mengalami hidrasi dan mudah
pening kepala.
Masalah kesihatan
(heat stress)
6 (M)
Daripada senarai hazard yang dinyatakan, hazard yang mendapat Risk Rating paling
tinggi adalah :
i. Hazard Keselamatan
a) Aktiviti : Menggunakan kenderaan tower wagon
Hazard : Lalulintas jalanraya yang sibuk
ii. Hazard Kesihatan
a) Aktiviti : Senggaraan panel lampu awam
Hazard : Cuaca panas
5.2.1 Hazard Keselamatan
a) Menggunakan kenderaan tower wagon
Lalulintas jalanraya yang sibuk.
Hazard ini mendapat skor risk rating yang tertinggi seperti berikut :
Page 15 of 28
Likelihood = 4 (Has a good chance of occurring but not usual (within 5 years)
Severity = 3 (Non fatal injury, permanent disability (medical leave more than 4
days))
Risk (LxS) = 12 (Medium)
Keterangan :
Peralatan keselamatan ketika bekerja di tepi jalanraya disediakan oleh majikan telah
digunakan oleh pasukan kerja dan dibawa sentiasa didalam kenderaan tower wagon.
Antara peralatan tersebut ialah papan tanda (sign board), kon keselamatan, light baton &
blinkers.
Dengan itu, Likelihood diberikan agak tinggi dengan skor 4 kerana keadaan persekitaran
tempat kerja yang terdedah dengan kesibukan jalanraya oleh kenderaan lalu lalang.
Kejadian kemalangan disebabkan aktiviti ini masih belum pernah berlaku namun
dijangkakan kemalangan boleh berlaku kerana mengambil kira faktor keadaan jalanraya
di kawasan bandaraya Kuala Lumpur yang amat sibuk.
Manakala, Severity diberikan skor 3 kerana boleh mengakibatkan kecederaan fizikal yang
teruk sekiranya dilanggar oleh kenderaan lalu lalang ketika kerja sedang dijalankan.
Page 16 of 28
5.2.2 Hazard Kesihatan
a) Aktiviti : Senggaraan panel lampu awam
Kerja senggaraan panel lampu awam perlulah dijalankan dalam keadaan cerah dan tidak
hujan untuk membolehkan peralatan/perkakasan yang diselenggara dapat dilakukan
dengan baik. Namum begitu ia boleh menyebabkan seseorang itu mendapat heat stress
apabila terlalu lama terdedah dengan cahaya matahari di siang hari.
Hazard ini mendapat skor risk rating yang seperti berikut :
Likelihood = 3 (Might be occur at sometime in future (within 5-10years))
Severity = 2 (Disabling but not permanent injury)
Risk (LxS) = 6 (Medium)
Keterangan :
Dalam proses menjalankan kerja senggaraan lampu awam, anggota kerja perlu
menjalankan kerja senggaraan pada waktu siang dan berkemungkinan cuaca adalah
panas. Ini akan menyebabkan anggota kerja yang menjalankan pemeriksaan terdedah
dengan cuaca yang panas dalam tempoh masa yang lama, dan akan mengakibatkan
mereka mengalami dehydration dan seterusnya boleh menyebabkan pengsan.
Dengan itu, Likelihood diberikan skor 3 kerana kemungkinan ia akan berlaku agak tinggi
disebabkan rutin pekerjaan ini dijalankan pada waktu siang - it might be occur at
sometime in future.
Page 17 of 28
Severity diberikan skor 2 kerana kecederaan ini tidak mengakibatkan hilang upaya kekal
tetapi boleh menyebabkan anggota kerja tidak mampu untuk melakukan tugas untuk
sesuatu tempoh masa.
5.3 Kesan Risiko Keselamatan Dan Kesihatan Yang Paling Kritikal
Secara dasarnya, hazard dan risiko yang tidak dikawal akan mendatangkan kemalangan
yang boleh mengakibatkan kerosakan harta benda, kehilangan nyawa atau kerugian pada
Syarikat. Kesan risiko keselamatan dan kesihatan yang paling kritikal ini kepada Syarikat
adalah seperti berikut :
5.3.1 Hazard Keselamatan
Peralatan keselamatan ketika bekerja di jalanraya amat penting kepada pasukan
senggaraan lampu awam TNB Kuala Lumpur memandangkan keadaan lalulintas yang
sibuk setiap masa di jalan-jalan sekitar bandaraya. Disamping itu, tempoh hayat
peralatan tersebut juga mungkin pendek apabila digunakan setiap hari disamping
penggunaan yang lasak.
5.3.2 Hazard Kesihatan
Keadaan tiang lampu awam yang tinggi dan tidak dilitupi dengan pokok menyebabkan
persekitan adalah amat panas dan berbahang pada waktu tengahari. Anggota kerja yang
sedang menjalankan kerja senggaraan akan terdedah dengan keadaan begini untuk tempoh
masa yang lama iaitu melebihi 4 jam, akan mengakibatkan mereka mengalami dehydration
dan seterusnya boleh menyebabkan pengsan.
Page 18 of 28
5.4 Kesan Risiko Keselamatan Dan Kesihatan Kepada Syarikat
5.4.1 Hazard Keselamatan
Sehubungan itu, kesannya kepada syarikat adalah seperti berikut :
1. Produktiviti kerja menurun.
2. Tempoh kerja akan memakan masa lebih lama.
3. Syarikat terpaksa mengulangkaji cara pelaksanaan kerja pada waktu
malam/masa yang lebih sesuai.
4. Bilangan cuti sakit meningkat.
5. Kos rawatan meningkat.
6. Nama baik Syarikat terjejas.
7. Syarikat terpaksa melatih pekerja baru untuk melakukan kerja yang berkenaan.
5.4.2 Hazard Kesihatan
Sehubungan itu, kesannya kepada syarikat adalah seperti berikut :
1. Kehilangan masa bekerja anggota kerja yang terlibat sudah pasti tidak dapat
melakukan kerja dalam tempoh tertentu atau mungkin tidak lagi dapat bekerja.
2. Trauma kepada rakan sekerja yang akan menjalankan kerja yang sama.
Page 19 of 28
3. Kos rawatan bagi pekerja yang terpaksa ditanggung oleh syarikat meningkat.
4. Syarikat terpaksa memperuntukkan masa dan pekerja untuk manjalankan
siasatan kemalangan dan ini memerlukan perbelanjaan yang lebih.
5. Peralatan mungkin disita oleh JKKP sementara untuk melengkapkan siasatan.
Ini sudah pasti akan menyebabkan tahap keupayaan pepasangan terjejas dan
membahayakan operasi syarikat.
6. Syarikat terpaksa membayar pampasan kepada pekerja dan berkemungkinan
juga akan menerima saman dari keluarga anggota kerja berikutan dari kes
kemalangan ini.
7. Syarikat mungkin terpaksa membayar denda kepada pihak berkuasa.
8. Nama baik syarikat terjejas.
9. Syarikat akan didakwa atas kegagalan mematuhi Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 atau mana-mana akta yang berkaitan.
10. Syarikat terpaksa melantik dan melatih pekerja baru untuk melakukan kerja
berkenaan.
11. Syarikat terpaksa melakukan ulangkaji ke atas cara kerja (review work
procedure) untuk mengelakkan perkara yang sama dari berulang.
Page 20 of 28
6.0 SARANAN
6.1 Saranan Pengawalan Risiko dan Hazard
Dalam membuat saranan bagi setiap hazard yang dikenalpasti, antara faktor yang diambil kira
adalah seperti berikut :
i. Risk Rating Samada risiko bagi hazard tersebut dikategorikan sebagai High Risk,
Medium Risk atau Low Risk.
ii. Langkah kawalan yang telah sediada diambil bagi mengawal hazard tersebut
samada mencukupi atau perlu penambahbaikan.
Jadual menunjukkan Risk Rating dan tindakkan yang perlu diambil.
Evaluation
Point Index
(Likelihood X
Severity)
Description Action & Timescale
15 25 HIGH RISK
Requires immediate action to control the hazards.
Action taken must be documented
5 12 MEDIUM RISK
Requires a planned approach to controlling the
hazard and applies temporary measures. Action
taken must be documented.
1 4 LOW RISK
Considered as acceptable and further reduction
may not be necessary.
Untuk menentukan langkah kawalan yang perlu diambil, Hirarki Kawalan digunakan. Rajah
di bawah menunjukkan Hirarki Kawalan.
Page 21 of 28
Hirarki Kaedah Pengawalan Risiko
Berpandukan Hirarki Kawalan Risiko, cadangan-cadangan seperti berikut telah diambil kira
bagi mengawal hazard yang telah dikenalpasti.
Aktiviti : Menggunakan kenderaan tower wagon
Hazard : Lalulintas jalanraya yang sibuk
Consequenses : Kecederaan Fizikal
Risk Rating : 12
Hirarki
Kawalan
Cadangan Kebaikan Keburukan Keputusan
Elimination Tidak menggunakan
kenderaan tower
wagon
Dapat
menghapuskan
terus hazard.
Tidak dapat
membuat kerja-
kerja senggaraan
lampu awam.
Tidak
Diterima
Page 22 of 28
Akan
mengakibatkan
kerosakan sistem
lampu awam.
Substitution Tukar kaedah
menggunakan
kenderaan tower
wagon kepada
menggunakan
tangga.
Tiada risiko
dilanggar oleh
kenderaan
Tidak efektif dan
akan
menyukarkan
serta
melambatkan
proses kerja
Tidak
Diterima
Isolation Mengasingkan
laluan jalanraya
dengan laluan tiang
lampu awam
Tiada risiko
dilanggar oleh
kenderaan lalu
lalang
Tidak efektif
kerana
melibatkan kos
tinggi dan sukar
dilaksanakan.
Tidak
Diterima
Engineering
Control
Membuat
penghadang keliling
kenderaan tower
wagon
Tiada risiko
dilanggar oleh
kenderaan lalu
lalang.
Melibatkan kos
yang tinggi dan
ruang yang
banyak.
Diterima
Admin
Control
1. Prosedur Kerja
Selamat untuk
aktiviti senggaraan
1. Mudah
dilaksanakan
dengan
Tiada Diterima.
Page 23 of 28
lampu awam.
2. Anggota kerja
menjalani kursus
keselamatan ketika
bekerja di jalanraya.
3. Menyediakan
peralatan
keselamatan
jalanraya.
menyediakan
sistem permit
kerja dan taklimat
keselamatan.
2. Tahap
kekompetenan
anggota kerja
meningkat.
3. Menjimatkan
kos
PPE Melengkapkan setiap
pekerja terlibat
dengan PPE yang
bersesuaian.
Pekerja boleh
memakai PPE
dengan mudah
Pekerja boleh
mengelak dari
memakai PPE
yang diberikan
Diterima
Aktiviti : Senggaraan panel lampu awam
Hazard : Cuaca Panas
Consequenses : Heat Stress
Risk Rating : 6
Hirarki Cadangan Kebaikan Keburukan Keputusan
Page 24 of 28
Kawalan
Elimination Tidak menjalankan
kerja senggaraan pada
waktu siang
Dapat
menghapuskan
terus hazard.
1. Kaedah tidak
efektif kerana
kerja senggaraan
yang dijalankan
pada waktu
malam tidak tepat
(not accurate).
2. Risiko/bahaya
yang lain
(kemalangan)
mungkin timbul
kepada anggota
kerja yang
bekerja dalam
keadaan yang
gelap.
Tidak
Diterima
Subsitution Tiada cadangan Tiada cadangan Tiada cadangan Tidak
diterima
Isolation Tiada cadangan Tiada cadangan Tiada cadangan Tidak
diterima
Page 25 of 28
Engineering
Control
Tiada cadangan Tiada cadangan Tiada cadangan Tidak
diterima
Admin
Control
Prosedur Kerja
selamat dan arahan
kerja.
Menggunakan kaedah
Buddy System dan
kerja tidak dilakukan
berseorangan.
Mudah
dilaksanakan.
Pekerja boleh
mengelak
mematuhi
prosedur.
Diterima.
PPE Penggunaan kasut dan
topi keselamatan (bagi
mengurangkan bahang
panas matahari)
Pekerja boleh
memakai PPE
dengan mudah
Pekerja boleh
mengelak dari
memakai PPE
yang diberikan.
Diterima
6.2 Semakan Semula Ke Atas Langkah Kaedah Kawalan Risiko Yang Diambil
Bagi memastikan langkah-langkah kawalan hazard yang diambil adalah berkesan, semakan
semula keatas penilaian risiko perlulah dibuat.
Rajah di bawah menunjukkan proses bagi mengawasi keberkesanan kawalan hazard yang
telah diambil.
Page 26 of 28
Semakan Semula HIRARC
Proses ini perlu dilakukan bagi memastikan
Langkah kawalan yang diambil adalah tepat, sesuai dan berkesan.
Langkah kawalan yang diambil tidak mewujudkan hazard yang baru.
Bagi melakukan proses pemantauan ini, kaeadah-kaeah berikut perlulah digunakan :
Pemeriksaan/pemantauan tempat Kerja
Audit secara berkala
Laporkan insiden kemalangan dan near miss
Rekod cuti sakit pekerja
Hasil dari pemeriksaan yang dilakukan seperti di atas perlulah dibincangkan di dalam
mensyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Jika didapati kaedah kawalan hazard yang diambil tidak mencukupi, HIRARC perlulah
disemak semula bagi membolehkan kaeah-kaedah kawalan baru diambil.
HAZARD
Page 27 of 28
6.3 Keuntungan Kepada Organisasi Dari Saranan Yang Dijalankan
Dari kawalan risiko yang diambil, syarikat akan mendapat manfaat dan keuntungan seperti
berikut:
1. Persekitaran kerja yang selamat dapat diwujudkan
2. Risiko kemalangan dapat dikurangkan.
3. Produktiviti kerja meningkat.
4. Anggota kerja merasa selamat untuk bekerja dan berkhidmat dengan syarikat.
5. Perbelanjaan syarikat untuk rawatan perubatan anggota kerja dapat dikurangkan.
6. Kadar cuti sakit rendah.
7. Syarikat tidak perlu membayar pampasan akibat kemalangan atau penyakit pekerjaan
kepada anggota kerja.
8. Reputasi syarikat sebagai sebuah syarikat yang selamat meningkat.
7.0 RUJUKAN / SUMBER
1. Occupational Safety and Health Act 1994
2. Factory And Machinery Act 1964, Act 139
3. Guidelines for Hazard Identifications, Risk Assestment and Risk Control, DOSH.
4. OHSAS 18001:2007 Standards
Page 28 of 28
8.0 LAMPIRAN
Lampiran 1
Gambarajah Sistem Bekalan Kuasa Elektrik TNB
Lampiran 2
Prosedur Kerja : ENGR-750-41 Prosedur Senggaraan Lampu Awam
Lampiran 3
OHSAS 18001:2007 General Procedure: TNBKL-431-01 Hazard Identification & Risk
Assessment Procedure.
Lampiran 4
Rekod kemalangan dan near miss