Mars Cemerlang Cyber-caf Enterprise (MCSE)
1.0. PENGENALAN
Mars Cemerlang Siber caf Enterprise akan ditubuhkan secara rasminya
Pada 1 Mei 2007, yang merupakan sebuah perniagaan milikan tunggal
bumiputera. Perniagaan ini akan beroperasi di sebuah premis yang akan disewa
daripada Majlis Perbandaran Kemaman ataupun bangunan MARA yang berada di
sekitar Bandar Cukai yang telahpun dikenal pasti oleh pemilik.
MCSE akan menyediakan perkhidmatan penyewaan penggunaan internet, mesin
faks, fotostat, kertas kerja, assignment dan lain-lain berkaitan disamping itu penjualan
telefon bimbit dan kepelbagaiannya.
Pemilik merasa yakin bahawa perniagaan ini akan berjaya maju sepenuhnya kerana
pengalaman kerja dengan Jabatan Kerajaan sebagai Pembantu Tadbir Rendah
(Jurutaip) selama lebih kurang 34 tahun dalam kerja-kerja harian sama ada dengan
menggunakan komputer dan juga mesin taip. Pengalaman ini akan digunakan
sepenuhnya dalam perniagaan ini apabila bersara nanti sepenuh masa tanpa
sempadan waktu perkhidmatan.
Di daerah Kemaman khususnya dalam Bandar Cukai sekarang ini hanya terdapat
satu sahaja premis peniagaan perkhidmatan cyber-caf milik bumiputera, premis saya
merupakan yang kedua.
Dengan menyertai Program Skim Latihan galakan Perniagaan Kakitangan Kerajaan
Tahun 2006 sepenuh masa selama 4 bulan anjuran Kementerian Pembangunan
Usahawan dan Koperasi (MECD) dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA)
telah menyuntik semangat pemilik dengan lebih yakin untuk menceburi bidang
perniagaan selepas bersara nanti demi menyahut seruan kerajaan untuk menambah
kuota usahawan bumiputera dan April 2007 rasanya terlalu lambat masa berjalan.
( 1 )
YatieTypewritten textMr.Muizz Nawawi
YatieTypewritten textMr.Muizz Nawawi
Mars Cemerlang Cyber-caf Enterprise (MCSE)
2.0. TUJUAN KERTAS KERJA
Kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan
perniagaan Mars Cemerlang Cyber-caf Enterprise (MCSE) yang meliputi
aspek pengurusan, pemasaran, perkhidmatan dan kewangan syarikat kepada
pihak MARA dan seterusnya memohon pembiayaan berjumlah RM100,000.00
(Ringgit Malaysia Seratus Ribu Sahaja). Tempoh pembiayaan adalah selama
5 tahun turut memohon tempoh bernafas selama 6 bulan.
Disamping itu kertas kerja ini disediakan bagi memenuhi salah satu syarat
wajib bagi para peserta skim unutk menamatkan program latihan galakan
perniagaan kakitangan kerajaan yang disertai.
Pembiayaan ini akan digunakan untuk beberapa tujuan sebagaimana berikut:-
i. Membeli komputer, alat ganti dan peralatannya.
ii. Membeli aset tetap dan ubahsuai kelengkapan pejabat
iii. Membeli mesin fax dan peralatannya
iv. Membeli mesin fofostat dan peralatannya
v. Membeli stok telefon bimbit, aksesorinya dan lain-lain keperluan
vi. Membiayaan gaji pekerja dan elaun dalam tempoh bernafas.
( 2 )
Mars Cemerlang Cyber-caf Enterprise (MCSE)
anggaran pengiraan pembiayaan;
Nilai pembiayaan : RM100,000.00
Kadar keuntungan : 5% setahun
Keuntungan pembiayaan : RM100,000.00 x 5% x 5 thn
= RM25,000
Jumlah pembiayaan : RM125.000.00
Bayaran balik bulanan Pokok : RM2,083.00 (60 bulan)
Bayaran Keuntungan : RM416.00
( 3)
Mars Cemerlang Cyber-caf Enterprise (MCSE)
3.0. latar belakang perniagaan
Nama Syarikat : Mars Cemerlang cyber-caf Enterprise Alamat Berdaftar : 1243 Lorong Selimbar 2 Kampung Seri Permai 24000 Cukai, Kemaman Alamat Perniagaan : Nombor Telefon : No.Daftar Perniagaan : Pendaftaran akan di buat selepas bersara nanti. Tarikh Pendaftaran : Mei 2007 Aktiviti Perniagaan : Menyediakan perkhidmatan Penyewaan, penggunaan harian talian internet, komputer manual, fotostat, mesin faks, upah menaip
kepelbagaian dan lain-lain, serta jualan hiliran telefon bimbit dan peralatannya.
Bentuk Perniagaan : Milikan Tunggal
Modal Permulaan : RM100,000.00 Bank Berurusan : Bank Rakyat Bhd, Cawangan
Kemaman No.Akaun :
Pemilik : * Kad pengenalan adalah seperti di Lampiran 1
( 4 )
Mars Cemerlang Cyber-caf Enterprise (MCSE)
4.0 latar belakang pemilik
Nama Penuh : Jawatan : Pengurus / Pemilik Alamat Tetap : 1243 Lorong Selimbar 2 Kampung Seri Permai 24000 Cukai, Kemaman Terengganu Darul Iman No.Telefon : No.Kad Pengenalan : Tarikh Lahir : Bangsa : Melayu Agama : Islam Taraf Perkahwinan : Berkahwin Kelulusan Akademik : SPM dan Sijil Menaip Pengalaman Kerja :
TAHUN
JAWATAN
MAJIKAN
1974 1987
Jurutaip
RISDA
1987 hingga berpencen
Pem.Tadbir Rendah
(Jurutaip)
Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia
Sijil kursus dan lain-lain surat penghargaan adalah seperti di Lampiran 2
( 5 )
Mars Cemerlang Cyber-caf Enterprise (MCSE)
5.0 SKOP PERNIAGAAN
5.1. Aktiviti Perniagaan
Aktiviti utama Mars Cemerlang Cyber-caf Enterprise (MCSE) adalah
menyediakan perkhidmatan penyewaan penggunaan komputer, internet,
binding, mesin faks, fotostat dan penyediaan kertas kerja, assignment, minit
mesyuarat dll, disamping perkidmatan hiliran jualan telefon bimbit dan
aksesorinya di premis perniagaan.
5.2. Produk dan Perkhidmatan
i. Menyediakan 6 buah komputer bersama perisiannya untuk pelanggan
yang boleh memilih sama ada menggunakan komputer secara manual
ataupun internet dengan dikenakan bayaran mengikut harga pasaran
yang ditetapkan.
ii. Perkhidmatan upah menyediakan kertas kerja, assignment, minit
mesyuarat, mesin faks, fotostat, binding dll
iii. Perniagaan Hiliran menjual telefon bimbit dan aksesorinya.
5.3. Potensi Perniagaan
Berdasarkan kepada analisis dan kajian pasaran yang dibuat, perniagaan ini
mempunyai potensi yang baik unutk berjaya dan berkembang sekitar 7%
hingga 15% setahun.
Oleh kerana ianya masih berada di tahap awal perniagaanm ianya mempunyai
potensi yang cukup besar dan luas untuk dikembangkan di masa hadapan, ini
kerana di daerah Kemaman terutamanya di Bandar Cukai hanya terdapat satu
premis perniagaan cyber-caf milik bumiputera dan MCSE merupakan yang
kedua.
Mars Cemerlang Cyber-caf Enterprise (MCSE)
5.3.1. Melalui usaha berterusan disamping hubungan yang baik dengan
penduduk setempat, pengedaran brocher, papan iklan MCSE akan
dapat menarik minat pengguna yang terdiri daripada pelajar-pelajar
sekolah menengah, sekolah rendah, penuntut-penuntut lepasan
universiti dan individu-individu lain. Lokasi premis perniagaan yang
terletak di tepi jalan utama merupakan kawasan strategik, di situ
terdapat taman-taman perumahan, rumah-rumah kampung, sekolah-
sekolah, pejabat swasta, klinik, premis perniagaan lain memberi
kelebihan kepada MSCE kerana pengguna tidak perlu pergi jauh,
berjalan kaki pun boleh sampai ke premis ini. Inilah kelebihan kami
untuk memenangi hati pelanggan.
5.3.2. Dengan anggaran penduduk lebih kurang 10,000 orang majoritinya
adalah bumiputera, saya yakin dan percaya bahawa MCSE akan
mendapat pulangan yang lumayan kerana di kawasan ini belum ada lagi
premis perniagaan siber-caf dan jualan telefon bimbit, hanya MCSE
memberikan perkhidmatan yang baik, mesra dengan maklumat terkini.
5.3.3. Saya yakin bukan semua rumah ada internet jadi untuk menyenangkan
penyebaran dan penerimaan maklumat maka MCSE adalah tempat
yang sesuai untuk mereka.
5.3.4. Perniagaan hiliran MCSE adalah penjualan telefon bimbit, aksesorinya,
perkhidmatan penggunaan mesin faks, fotostat, binding, menyediakan
kertas kerja, minit mesyuarat dan lain-lain.
( 7 )
Mars Cemerlang Cyber-caf Enterprise (MCSE)
6.0 RANCANGAN PENGURUSAN
6.1. Struktur Organisasi
Struktur organisasi MCSE dalam pengendalian perkhidmatan penyewaan
penggunaan siber-caf dan penjualan telefon bimbit adalah merangkumi aspek
pengurusan, perkhidmatan, pemasaran sebagai sebuah entiti perniagaan
sebagaimana carta di bawah:-
CARTA ORGANISASI MARS CEMERLANG CYBER-CAF
( 8 )
PENGURUS/PEMILIK
Puan Hjh Meriam Abdullah
Penyelia (Pemasaran & Teknikal)
Kerani (Kewangan & Pentadbiran)
Pembantu Kedai (Urusan Pelbagai)
Mars Cemerlang Cyber-caf Enterprise (MCSE)
6.2. Fungsi dan Tanggungjawab MCSE telah menyusun fungsi dan tanggungjawab berikut bagi melicinkan lagi
pengurusan perniagaannya;
6.2.1. Pengurus/Pemilik
Pengurus yang merupakan pemilik tunggal perniagaan ini terlibat didalam
semua aspek pengurusan perniagaan dengan lebih menumpukan kepada
pentadbiran dan kewangan pejabat.
Pengu
Top Related