8/2/2019 pusat servis yusra
1/24
PENGENALAN
Apa itu Dokumen Perniagaan
Dokumen perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan
perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci. Dokumen
Perniagaan juga dikenali sebagai Kertas kerja, kertas Projek atau Prospektus.
Apakah Kepentingan Penyediaan Dokumen Perniagaan?
1. Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau projek
perniagaan dengan teliti, dan terperinci.
2. Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau
tidak.
3. Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan
mengagihkan sumber-sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas.
4. Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan
berdaya maju dan sesuai untuk pelaburan atau pembiayaan.
5. Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin
akan timbul semasa melaksanakan projek perniagaan terbabit.
Siapa yang Memerlukan Dokumen Perniagaan?
1. Usahawan/Penternak
- Untuk membantu usahawan memahami projek sendiri dengan lebih mendalam.
- Untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan.
- Untuk tujuan pelaburan, skim khas atau pelaburan rakan kongsi.
2. Institusi Kewangan/pelabur
- Untuk menjustifikasikan permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman,
skim khas atau pelaburan rakan kongsi
3. Pembekal
- Untuk meyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan perancangan
pernaigaan kearah mendapatkan bekalan barangan atau bahan secara kredit.
4. Kakitangan
- Untuk memberi pendedahan kepada kakitangan tertentu terutamanya
pengurus-pengurus terhadap matlamat dan tujuan pernaigaan serta peranan
mereka.
5. Pengeluar tender/kontrak (pelanggan)
- Untuk meyakinkan pihak-pihak yang mengeluarkan tender atau sebutharga
bahawa perniagaannya mampu mengisi keperluan kontrak kerja dengan baik
dan berterusan
8/2/2019 pusat servis yusra
2/24
Format Persembahan Dokumen Rancangan Perniagaan
1. Muka surat hadapan Rancangan Perniagaan
- Nama perniagaan/projek
- Tujuan rancangan perniagaan
- Nama syarikat, alamat dan lain-lain
- Nama orang yang menyediakan dan Tarikh siap Rancangan Perniagaan
2. Muka surat kandungan perlu menyenaraikan bahagian-bahagian utama dalam rancangan
Perniagaan dan senarai lampiran serta bilangan muka surat yang berkaitan
3. Surat dan Sijil berkaitan (yang boleh menyokong projek)
Isi kandungan Sesebuah Dokumen Perniagaan
1. Pengenalan & Ribgkasan Eksekutif
2. Tujuan Rancangan Perniagaan/kertas kerja
3. Latarbelakang perniagaan
4. Latarbelakang ahli kongsi
5. Kedudukan Projek
6. Objektif Projek
7. Rancangan Pentadbiran
8. Rancangan Operasi
9. Rancangan Pemasaran
10. Rancangan Kewangan
11. Penutup
12. Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan)
Kandungan Dokumen Perniagaan/Kertas Kerja
Bahagian 1 - Pengenalan
Bahagian pertama pengenalan perlu memberi gambaran umum berkaitan bidang perniagaan yang
akan diceburi.
8/2/2019 pusat servis yusra
3/24
Bahagian kedua pengenalan adalah ringkasan eksekutif, perlu memberikan gambaran ringkas dan
spesifik berkenaan syarikat yang ditubuhkan. Sebagai panduan, bahagian pengenalan ini perlu
memberikan maklumat-maklumat berikut:-
i. Nama Syarikat
ii. Jenis perniagaan yang diceburi
iii. Nama dan lokasi/alamat perniagaan
iv. Status dan saiz projek
v. Produk
vi. Peluang, pentadbiran, pemasaran dan perancangan
vii. Anggaran kos projek.
Bahagian 2 - Tujuan Dokumen Perniagaan/Kertas Kerja
Bahagian ini perlu menyatakan dengan spesifik tujuan Dokumen Perniagaan disediakan, contohnya;
i. Memohon pembiayaan kewangan dari pihak institusi kewangan atau yang
berkaitan.
ii. Merancang perlaksanaan projek.
iii. Dijadikan garis panduan menguruskan perniagaan
iv. Memohon menyewa tanah swasta atau kerajaan.
v. Lain-lain.
Bahagian 3 - Latarbelakang Perniagaan
Bahagian ini membentangkan maklumat-maklumat asas berkenaan perniagaan yang dicadangkan
seperti:
i. Alamat
Alamat perniagaan mungkin berbeza daripada alamat surat menyurat. Jika ianya
bebeza nyatakan kedua-dua alamat ini. Jika tidak berbeza nyatakan satu alamat
sahaja.
ii. Bentuk perniagaan
Boleh membuat pilihan diantara Perniagaan Perkongsian atau Sendirian Berhad
(Sdn. Bhd.). Bentuk perniagaan Perseorangan boleh juga digunakan.
iii. Tarikh dan Nombor Pendaftaran.
Ini hanya sesuai untuk perniagaan yang sedang dijalankan. Perniagaan yang
sedang dirancangkan mungkin belum ada butir-butir ini atau masih dalam proses
pendaftaran.
8/2/2019 pusat servis yusra
4/24
iv. Modal Permulaan
Ini merupakan jumlah modal sendiri yang dibawa masuk ke dalam perniagaan
berkenaan. Untuk perniagaan Sendirian Berhad (Sdn.Bhd.), perlu menyatakan
modal dibenarkan dan modal dibayar perniagaan.
v. Bank
Nyatakan Bank pilihan dimana akaun perniagaan akan dibuka. Kebiasaanya bank
berkenaan berkaitan dengan permohonan pembiayaan pinjaman.
Bahagian 4 Latar Belakang Rakan Kongsi / Pemegang saham
i. Nama penuh
ii. No. kad pengenalan
iii. Tarikh lahir
iv. Umur
v. Alamat Tetap
vi. No telefon
vii. Taraf perkahwinan
viii. Kelulusan akedemik
ix. Kursus yang pernah dihadiri
x. Kemahiran
xi. Pengalaman
xii. Pekerjaan sekarang
xiii. Perniagaan yang pernah diceburi.
Bahagian 5 Kedudukan Projek
Lakaran/plan menunjukkan kedudukan atau tapak sebenar projek.
Bahagian 6 Objektif Projek
Membincangkan objektif projek secara terperinci. Boleh dibahagikan kepada objektif jangka pendek
dan objektif jangka panjang perniagaan.
Bahagian 7 - Rancangan Pentadbiran
i. Pentadbiran
ii. Carta Organisasi
iii. Senarai jawatan dan bilangan Pekerja
iv. Spesifikasi Tugas
8/2/2019 pusat servis yusra
5/24
v. Jadual Imbuhan Balas jasa/ gaji
vi. Senarai Keperluan Pejabat
vii. Perbelanjaan Pentadbiran
a. Perbelanjaan aset
b. Perbelanjaan bulanan
c. Lain-lain perbelanjaan
Bahagian 8 - Rancangan Operasi
1. Carta aliran Proses
Nyatakan langkah-langkah utama dalam proses pengeluaran produk penyediaan perkhidmatan
berkenaan.Proses ini dipersembahkan dalam carta proses kerja.
2. Unit pengeluaran / jam operasi
Nyatakan hasil operasi dalam unit produk pengeluaran mengikut kesesuaian projek. Anggaranini berlandaskan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.
3. Keperluan bahan
Senaraikan bahan mentah atau stok barang yang diperluakan nyatakan belian dibuat dalam
bentuk kredit atau tunai dan pembekalnya.
4. Tenaga Kerja
Senaraikan keperluan tenaga kerja untuk bahagian operasi. Nyatakan status pekerja
berkenaan.
5. Mesin dan peralatan
Senaraikan mesin dan peralatan yang diperlukan serta harga belian selaras dengan keperluan
pengeluaran atau operasi. Nyatakan sumber pembekal mesin.
6. Susun atur Ruang Operasi
Nyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam merancang susun atur ruang operasi
sesuai dengan keperluan operasi perniagaan serta pelan grafik ruang operasi tersebut.
7. Lokasi
Nyatakan kedudukan bangunan dan nyatakan kos bangunan sama ada disewa atau beli.
8. Overhead operasi
Ini termasuk kemudahan bekalan air dan letrik, gas dan lain-lain yang perlu sebagaipenggerak proses operasi.
9. Perbelanjaan Operasi
Rumuskan segala perbelanjaan yang dianggarkan dalam bahagian ini mengikut kategori
perbelanjaan harta, perbelanjaan bulanan dan lain-lain perbelanjaan.
8/2/2019 pusat servis yusra
6/24
Bahagian 9 - Rancangan Pemasaran
1. Barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan
Nyatakan dengan jelas bentuk barangan/perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan.
Kaitkan penawaran ini dengan keperluan atau kehendak pengguna yang ingin diberikan
kepuasan
2. Sasaran Pasaran
Nyatakan profail pelanggan di sekitar kawasan pasaran yang dipilih. Kenalpasti kewujudan
kumpulan pelanggan yang berbeza atau segmen-segmen pasaran dikawasan berkenaan.
3. Saiz Pasaran
Langkah ini adalah untuk meramal jualan perniagaan. Nyatakan saiz pasaran dalam bentuk
unit jualan atau RM atau kedua-duanya sekali.
4. Pesaing-pesaing utama
Kenalpasti dan pilih pesaiang-pesaing utama. Lebih baik jika pesaing dikenalpasti mengikutnama perniagaan mereka.
5. Kekuatan dan kelemahan pesaing
Untuk semua pesaing nyatakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.
6. Syer pasaran
Dari maklumat-maklumat yang didapati nyatakan pembahgian pasaran atau syer pasaran
untuk perniagaan yang dicadangkan.
7. Ramalan Jualan
Sediakan pelunuran jualan bulanan untuk tahun pertama perniagan. Nyatakan anggaran
/ramalan jualan tahunan untuk tahun-tahun berikutnya.
8. Strategi Pemasaran
i. Strategi Barangan
Reka bentuk barangan atau penjelasan pekej
Corak pembungkusan dan jenama berkaitan.
ii. Strategi Promosi
Bentuk Promosi yang dicadangkan
iii. Strategi harga
Harga seunit yang dicadangkan.
iv. Strategi edaran
Corak pengedaran yang dicadangkan.
Kenderaan atau kakitangan pemasaran.
8/2/2019 pusat servis yusra
7/24
Bahagian 10 - Rancangan Kewangan
Rancangan Kewangan merangkumi bahagian berikut:
1. Kos pelaksanaan Projek dan sumber pembiayaan projek
2. Penyata-penyata kewangan:
i. Aliran wang tunai
ii. Penyata pendapatan
iii. Kunci kira-kira
iv. Jadual pembayaran hutang jangka panjang.
v. Kos pelaksanaan Projek
vi. Pelaburan aset tetap:
Termasuk semua aset yang dibeli dengan tunai atau kredit. Nyatakan harga aset-aset ini.
Termasuk juga kos ubah suai.
vii. Modal Pusingan:
Merangkumi perbelanjaan pentadbiran, pemasaran dan operasi
viii. Lain-lain perbelanjaan:Seperti deposit sewaan dan utiliti serta belanja permulaan ( bayaran pendaftaran
perniagaan, lesen dn sebagainya)
3. Sumber Pembiayaan Projek (SPP)
i. Modal sendiri yang merangkumi modal rakan kongsi dalam bentuk tunai atau aset.
Nyatakan nilai aset jika sumbangan adalah aset.
ii. Pinjaman bank merangkumi sebarang pinjaman berpenggal.
iii. Sewa beli merangkumi pembiayaan aset tetap perniagaan. (mesin operasi peralatan dan
kenderaan)
4. Prestasi penyata Aliran Wang Tunai
Penyata Alir wang Tunai perlu disediakan untuk 12 bulan bagi tahun pertama perniagaan.Untuk tahun seterusnya nyatakan secara tahunan sahaja.
5. Prestasi Penyata Pendapatan
Prestasi penyata pendapatan untuk tahunan selaras dengan penyata aliran wang tunai.
6. Prestasi Kunci kira-kira
Penyata ini juga selaras dengan prestasi penyata pendapatan.
7. Analisis Daya Maju Kewangan
Dari jadual Aliran Tunai Analisis daya maju kewangan diolah.
Diantara petunjuk-petunjuk daya maju kewangan yang kerap digunakan ialah:
i. Nilai kini bersih
ii. Kadar Pulangan dalaman
iii. Nisbah faedah kos
iv. Tempoh pulang modal
8/2/2019 pusat servis yusra
8/24
Nilai kini bersih
Nilai kini bersih ialah aliran tunai yang didiskaunkan dengan satu kadar faedah untuk setiap
tahun dan jumlah nilai kini tersebut dicampurkan untuk menentukan nilai kini bersih. Jika
nilai kini bersih adalah bersamaan dengan sifar atau positif maka sesuatu projek itu adalah
berdaya maju.
Kadar Pulangan Dalaman
Kadar pulangan dalaman adalah kadar diskaun (%) yang tertinggi yang membawa Nilai Kini
Bersih bersamaan dengan sifar (0). Ini merupakan kadar tertinggi yang sanggup dibayar oleh
pelabur.
Nisbah Faedah Kos
Ia merupakan petunjuk keuntungan sesuatu projek. NFK adalah dikira dengan membahagikan
nilai kini jumlah pendapatan dengan nilai kini jumlah kos.
Tempoh Pulang Modal
Merupakan tempoh bayar balik modal yang dibiayai pada tahun permulaan projek.
Untuk menentukan daya maju projek ia bergantung dengan industri tersebut. Jika secara
relatifnya tempoh adalah cepat maka pelabur mendapat semula wang pembiayaan dengan
lebih cepat .
Contoh-Contoh Jadual
Contoh Jadual jawatan dan bilangan pekerja.
Bil Jawatan Bil pekerja
1 Pengurus 12 Kerani kewangan 2
3 Pekerja Ladang 4
Contoh jadual Spesifikasi Tugas
Jawatan Tanggungjawab
Pengurus 1. Menyelia operasi ladang.
2. Koordinasi tugas tanggungjawab
pekerja.Kerani
Kewangan
1.Pembayaran gaji pekerja
2.Merekod wang masuk dan keluar.
Contoh: jadual Gaji dan Caruman Pekerja Pentadbiran
Jawatan Bil. Pekerja Gaji Bulanan KWSP PERKESO JUMLAH
8/2/2019 pusat servis yusra
9/24
Pengurus 1 3500.00 350.00 150.00 3900.00
Kerani 2 750.00 75.00 50.00 875.00
Keperluan Pejabat
Contoh: Senarai perabut dan peralatan pejabat
JENIS BILANGAN Jumlah RM
1.Perabut Pejabat 1 set 1000.00
2. Komputer 2 unit 5000.00
Perbelanjaan Pentadbiran
Butir Perbelanjaan Harta
(RM)
Perbelanjaan
(bulanan) RM
Lain-lain
Perbelanjaan (RM)
1. Perabut Pejabat 1000.00
2. Komputer 5000.00
3.Gaji dan caruman 4775.00
4. Pendaftaran dan kertas kerja 2500.00
Jadual Ramalan Jualan Tahun Pertama
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Jumlah
Ramalan
8/2/2019 pusat servis yusra
10/24
Jualan
Jadual Perbelanjaan Pemasaran
Butir Perbelanjaan harta
(RM)
Perbelanjaan Bulanan
(RM)
Lain-lain Perbelanjaan
(RM)
1.Kenderaaan
(van)
40000.00
2. Promosi 100.00
3. Insuran dan
cukai jalan
500.00
Jadual Keperluan Bahan Mentah
Jenis Bahan Kuantiti
Digunakan
Stok simpanan Harga seunit Jumlah belian
1. Jagung 100 kg 100 kg 0.40 80.00
2. soya
Jadual Gaji dan Caruman Pekerja Operasi
Jawatan Bil. Pekerja Gaji Bulanan KWSP PERKESO JUMLAH
Penyelia 2 3000.00 300.00 150.00 3450.00
Pekerja 4 2400.00 240.00 100.00 2740.00
8/2/2019 pusat servis yusra
11/24
Jadual mesin dan peralatan
Jenis Harga Bilangan Jumlah Harga
1. Chopper 5000.00 1 5000.00
2. Otomatik drinker 12000.00 1 12000.00
Perbelanjaan Operasi - Jadual Perbelanjaan Operasi
Butir Perbelanjaan Harta (RM) Perbelanjaan
(bulanan) RM
Lain-lain Perbelanjaan
(RM)
1. Chopper 5000.00
2.otomatik drinker 12000.00
3.Gaji dan caruman 6190.00
4.
Contoh Kos Perlaksanaan Projek
1. Perbelanjaan harta
- (Pelaburan Aset Tetap ) ----------------------
2. Perbelanjaan Bulanan
- (modal pusingan) ----------------------
3. Lain-lain perbelanjaan ----------------------
4. Belanja Luar Jangka ----------------------
Jumlah Kos Projek ----------------------
Sumber Pembiayaan Projek
1. Modal sendiri ----------------------
2. Pinjaman ---------------------
3. Sewa beli ----------------------
3. Lain-lain (termasuk geran kerajaan) ----------------------
Jumlah sumber Pembiayaan ----------------------
8/2/2019 pusat servis yusra
12/24
8/2/2019 pusat servis yusra
13/24
Tunai 15,000 20,000 25,000 30,000
Si berhutang 10,000 10,000 10,000 10,000
Stok bahan
mentah
5,000 5,000 5,000 5,000
Stok akhir 10,000 10,000 10,000 10,000
Jumlah 40,000 40,000 40,000 40,000
JUMLAH ASET 130,000 130,000 130,000 130,000
Ekuiti
Modal sendiri 10,000 10,000 10,000 10,000
Untung Bersih 21,000 21,000 21,000 21,000
Jumlah
Liabiliti
Baki Pinjaman 90,000 90,000 90,000 90,000
Pemiutang 9,000 9,000 9,000 9,000
Jumlah
JUMLAH EKUITI
dan LIABILITI
130,000 130,000 130,000 130,000
Bahagian 11 Penutup / Kesimpulan
Kesimpulan keseluruhan terhadap perniagaan yang ingin anda jalankan.
Harus menunjukkan keyakinan kita terhadap projek yang hendak dijalankan.
Bahagian 12 - Lampiran (Dokumen-dokumen sokongan)
Contohnya:-
1. Surat sebutharga
2. Sijil kursus
3. Surat sokongan pihak tertentu
4. Surat dapat tender
5. Sijil pendaftaran syarikat
6. Salinan permit/lesen
7. Surat-surat kepujian
8. Bukti modal sendiri
9. Salinan surat Cagaran
10. Salinan geran tanah (sekiranya berkaitan)
Membuka Perniagaan Sendiri
8/2/2019 pusat servis yusra
14/24
1. Merancang Perniagaan
Perancangan yang menyeluruh adalah penting untuk memudahkan anda mengelak atau mengatasi
masalah-masalah yang berkemungkinan timbul bila anda mula menjalankan perniagaan. Perancangan
anda harus berkisar kepada satu kerangka asas yang merangkumi semua fasa operasi dan
menyediakan jawapan kepada segala isu sebelum operasi bermula. Halaman ini menyediakanpanduan bagi anda dalam merancang perniagaan anda. Anda akan melihat sepintas lalu iklim ekonomi
dan persekitaran perniagaan di Malaysia serta maklumat asas yang anda perlu ketahui sebelum
memulakan perniagaan.
1.1.1 Sebelum Memulakan Perniagaan
Kerajaan Malaysia menggalakkan penyertaan segenap lapisan masyarakat dalam pembangunan
ekonomi, dan telah menyediakan struktur sokongan yang berupaya membantu para usahawan dari
membantu dalam penubuhan syarikat hingga menyediakan bantuan pembiayaan, pengurusan dan
pembangunan perniagaan. Banyak syarikat di Malaysia yang besar dan berjaya hari ini bermula
sebagai perniagaan kecil. Oleh itu jika anda telah membuat keputusan untuk membuka perniagaan, ini
mungkin merupakan permulaan kepada satu perjalanan yang penuh cabaran tetapi menyeronokkan.Sebelum anda memulakan perniagaan, ada beberapa persoalan penting yang anda perlu fikirkan, di
antaranya adalah matlamat hidup anda sendiri, perancangan perniagaan dan matlamat kerjaya jangka
panjang anda.
Agensi-agensi kerajaan berikut menyediakan bantuan dan panduan kepada para usahawan dan bakal
usahawan:
Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC) (Bahasa Inggeris sahaja)
Program Pembangunan Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) oleh SMIDECMSC Technopreneur Development (Bahasa Inggeris sahaja)
Bahagian Latihan Keusahawanan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Bahagian Pembangunan Usahawan, Kementerian Kerja Raya
Bahagian Pembangunan Usahawan MARA
Pejabat MARA Negeri
1.2 Bentuk-bentuk perniagaan
Selepas menetapkan hala tuju dan menjalankan kajian serta perancangan berkaitan, anda mungkinmendapat gambaran yang lebih jelas tentang bentuk usaha niaga yang anda bakal jalankan. Di
Malaysia, sesebuah perniagaan boleh beroperasi dalam tiga bentuk iaitu:
Keempunyaan tunggal
Perkongsian
Syarikat
1.2.1 Keempunyaan tunggal
http://www.uitm.edu.my/acactr/medec/http://www.smidec.gov.my/malay-detailpage.jsp?section=smidecprogrammes&level=1http://www.technopreneurs.net.my/cms/http://www.mecd.gov.my/index.php?name=EZCMS&page_id=34http://www.kkr.gov.my/bpu/profail_bpu.htmlhttp://www.mara.gov.my/BPU/http://www.pmn.gov.my/http://www.smidec.gov.my/malay-detailpage.jsp?section=smidecprogrammes&level=1http://www.smidec.gov.my/malay-detailpage.jsp?section=smidecprogrammes&level=1http://www.technopreneurs.net.my/cms/http://www.mecd.gov.my/index.php?name=EZCMS&page_id=34http://www.kkr.gov.my/bpu/profail_bpu.htmlhttp://www.mara.gov.my/BPU/http://www.pmn.gov.my/http://www.uitm.edu.my/acactr/medec/8/2/2019 pusat servis yusra
15/24
Keempunyaan tunggal adalah bentuk perniagaan yang paling mudah. Ia dimiliki oleh seorang pemilik,
tetapi tidak semestinya dijalankan oleh anda seorang. Malah, perniagaan Keempunyaan Tunggal
boleh menggaji ramai kakitangan.
Kelebihan Keempunyaan Tunggal
Sebagai pemilik tunggal, anda adalah ketua yang mempunyai kebebasan mutlak dalam
membuat keputusan. Sebarang kejayaan juga biasanya amat memberikan kepuasan.
Perniagaan Keempunyaan Tunggal boleh dimulakan dengan beberapa langkah yang mudah
tanpa memerlukan modal yang besar.
Anda tidak perlu menyediakan laporan akaun, dan segala hal-ehwal operasi perniagaan adalah
urusan peribadi anda.
Sebagai pemilik tunggal, anda boleh menjalin dan mengekalkan hubungan baik dengan para
pelanggan tanpa terikat kepada had-had perhubungan perniagaan.
Keburukan Keempunyaan Tunggal
Anda memikul tanggungjawab penuh ke atas semua hutang dan risiko perniagaan.
Anda memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam banyak bidang, dan mungkin perlu
mendapatkan nasihat dari pakar dalam bidang-bidang lain seperti pemasaran atau sistem
komputer.
Dana anda mungkin terhad.
Anda mungkin terpaksa bekerja lebih masa dan mungkin tidak boleh mengambil cuti.
Perniagaan terpaksa ditutup jika anda meninggal dunia.
1.2.2 Perkongsian
Perniagaan secara Perkongsian adalah bila mana anda menggabungkan modal dan bekerjasama
dengan sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi. Dalam usaha niaga bentuk ini, anda dan rakan
kongsi anda adalah pemilik bersama yang akan berkongsi agihan keuntungan atau risiko.
Kebaikan perkongsian
Perkongsian bermakna anda berkongsi kerja dan mempunyai teman berbincang jika
perniagaan melalui kesusahan atau masalah
Perkongsian bermakna mempunyai sumber kewangan yang lebih
8/2/2019 pusat servis yusra
16/24
8/2/2019 pusat servis yusra
17/24
8/2/2019 pusat servis yusra
18/24
(ii) Nama Perdagangan - borang kelulusan nama perniagaan Lengkap (Borang PNA.42). Merujuk
kepada Garis Panduan Permohonan Nama Perniagaan.
4. Kelulusan nama perniagaan adalah mengikut Peraturan 15, Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan
1957.
5. Pendaftaran Perniagaan boleh dibuat bagi tempoh satu tahun (1) dan tidak lebih daripada lima (5)
tahun.
Siapakah yang boleh mengemukakan Borang A?
-Pemilik / rakan kongsi
Yuran?
-Nama Perdagangan - RM60 setahun
-Nama peribadi - RM30 setahun
-Cawangan (s) - RM5 setahun bagi setiap cawangan
Bilakah Sijil Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi?
-Dalam tempoh 1 jam selepas pembayaran
Sah sijil pendaftaran
Pendaftaran Perniagaan 1956 Kesahan Sijil Pendaftaran Dikeluarkan Menggunakan Kertas A4
Membuat perubahan dalam perniagaan
Memberitahu perubahan butir-butir perniagaan?
1. Memberitahu Pendaftar dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh perubahan menggunakan
borang yang ditetapkan.
2. Perubahan tertentu perniagaan yang boleh didaftarkan adalah seperti berikut:
(a) Perubahan Alamat Perniagaan (Borang B1)
(b) Perubahan Jenis Perniagaan (Borang B2)
(c) Perubahan Keterangan mengenai Cawangan (Borang B3)(d) Perubahan Maklumat Pemilik atau Rakan Kongsi (Borang B4)
3.Borang mengikut jenis perubahan. Merujuk kepada Garis panduan untuk perubahan
Maklumat Perniagaan.
Siapakah yang boleh memberitahu perubahan?
Perubahan Alamat Perniagaan - pemilik / rakan kongsi
Perubahan Jenis Perniagaan - pemilik / rakan kongsi
Perubahan Maklumat pada Cawangan-pemilik / rakan kongsi
Perubahan Maklumat Pemilik atau Rakan - Semua rakan kongsi
8/2/2019 pusat servis yusra
19/24
8/2/2019 pusat servis yusra
20/24
8/2/2019 pusat servis yusra
21/24
8/2/2019 pusat servis yusra
22/24
PENUTUPAN PERNIAGAAN
Bagaimana untuk menamatkan perniagaan berdaftar?
1. Di mana perniagaan yang berdaftar telah ditamatkan, orang yang bertanggungjawab bagi
perniagaan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penamatan itu hendaklah memberitahuPendaftar dalam borang yang ditetapkan (Borang C). Merujuk kepada Garis Panduan Penamatan
untuk Perniagaan.
PANDUAN PENAMATAN PERNIAGAAN
Perniagaan boleh ditamatkan atas sebab-sebab berikut:
1. Pemberhentian perniagaan
2. kebankrapan
3. Kematian pemilik
4. Menurut Perintah Mahkamah
Prosedur perniagaan Penamatan
1. Lengkapkan Notis Penamatan Perniagaan Berdaftar (BORANG C)
2. Tiap-tiap pemilik perniagaan dan rakan kongsi mesti menandatangani Borang yang
lengkap.
3. Orang yang bertanggungjawab perlu mengemukakan permohonan ke kaunter atau
melalui online di SSM e-Lodgement perkhidmatan di laman web SSM di
www.ssm.com. m y.
4.Dokumen yang disertakan adalah seperti berikut:
a) Sijil Pendaftaran Perniagaan;
b) Salinan pemilik dan / atau kad pengenalan rakan kongsi;c) Salinan sijil kematian sekiranya penamatan apabila
kematian pemilik atau rakan sekutu;
d) Suatu salinan perintah mahkamah jika penamatan telah diperintahkan oleh
mahkamah;
e) Dokumen berkenaan jika pemilik telah menjadi bankrap.
KEPERLUAN
1. Penamatan perniagaan yang akan didaftarkan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari
tarikh penamatan perniagaan.
2. Perniagaan berdaftar yang belum tamat tempoh dibenarkan untuk mengemukakan Notis
Penamatan Perniagaan Berdaftar.
3. Hantar Pemberitahuan akibat kematian dalam tempoh empat (4) bulan
dari tarikh kematian
Yuran Pendaftaran
1. Pemberitahuan Penamatan Perniagaan Berdaftar - Tiada yuran
2. Maklumat perniagaan Cetak - RM 10.00
Garis Panduan am
1. Keputusan permohonan boleh diperolehi dalam tempoh lima belas (15) minit daripenyerahan masa dibuat.
8/2/2019 pusat servis yusra
23/24
2. Surat Pengesahan perniagaan tamat tempoh boleh diminta dari SSM
dengan bayaran sebanyak RM10.00.
3. Mana-mana orang yang menjadi orang yang bertanggungjawab bagi perniagaan atau
wakil peribadi atau akan datang keluarga terdekat atau rakan-rakan yang masih gagal
memfailkan suatu notis penamatan di mana suatu perniagaan telah ditamatkan
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak denda
melebihi RM10, 000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya.
Perniagaan boleh ditamatkan atas sebab-sebab berikut:
Pemberhentian
* perniagaan
* muflis
* Kematian pemilik
* Menurut Perintah Mahkamah.
3.Perniagaan berdaftar yang belum tamat tempoh dibenarkan untuk mengemukakan Notis Penamatan
Perniagaan Berdaftar.
4. Hantar Pemberitahuan akibat kematian dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh kematian.
5. Bagi perniagaan yang telah habis tempoh, Surat Pengesahan perniagaan tamat tempoh boleh
diminta dengan bayaran sebanyak RM10.00.
Siapa yang perlu mengemukakan permohonan?
-Pemilik / rakan kongsi
Yuran?
-Tiada bayaran diperlukan.
Apabila keputusan permohonan boleh diperolehi?
-Dalam masa 15 minit selepas penyerahan
TUJUAN PENYEDIAAN DOKUMEN PERNIAGAAN
Penyediaan dokumen perniagaa adalah penting bagi sesebuah perniagaan. Biasanya dokumen
perniagaan ini disediakan dengan tujuannya supaya:-
1. Usahawan dapat melihat dengan sendiri dan menilai idea atau projek perniagaan yang
dicadangkan dengan teliti, kritikal dan praktikal.
2. Dapat memberi gambaran sama ada projek yang dirancang usahawan berdaya maju atau tidak.
3. Membantu usahawan menganggarkan keperluan sumber-sumber perniagaan dan
mengagihkannya dengan lebih baik. Pengagihan sumber perlu dilakukan dengan baik supaya
memperoleh hasil yang optimum. Sumber-sumber yang ada dalam koperasi adalah seperti
8/2/2019 pusat servis yusra
24/24
sumber kewangan, sumber manusia, peralatan, bahan-bahan dan juga masa adalah terhad dalam
sesuatu jangka masa tertentu.
4. Dokumen perniagaan boleh diumpamakan sebagai peta perjalanan yang memberi garis panduan
tentang perjalanan untuk menuju ke destinasi tertentu. Ia memberi maklumat terperinci dan
menerangkan setiap langkah yang harus diambil.
Top Related