7/28/2019 Projek Psk 3104
1/18
1
KECERIAAN KELAS TAHUN 1
ANJURAN:
PELAJAR PGSR SAINS 2009
INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
KAMPUS TAWAU,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TAWAU
7/28/2019 Projek Psk 3104
2/18
2
Projek Keceriaan Kelas Tahun 1
1.1 Pendahuluan
Projek Khidmat Masyarakat, merupakan salah satu projek yang perlu
dilaksanakan mengikut sukatan yang terkandung dalam kursus Pembelajaran
Berkhidmat dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 3104. Kami pelajar PGSR
Sains Sem 6 telah merancang dan melaksanakan Projek Khidmat Masyarakat untuk
memenuhi syarat pengajian saya dalam program pensiswazahan guru (PGSR). Saya
telah memilih SK Long Seridan, Baram untuk melaksanakan projek khidmat masyarakatini. Saya telah memilih Kelas Tahun 1 untuk menceriakan kelas tersebut supaya ia
lebih ceria dan menarik minat murid Tahun 1 untuk belajar.
Pembelajaran berkhidmat atau perkhidmatan komuniti di luar bilik darjah adalah
elemen utama dalam pendekatan penyertaan secara aktif dan inter-aktif. Penyertaan
pelajar PGSR dalam projek komuniti membantu saya dalam mengaplikasikan
kemahiran, nilai dan ilmu pengetahuan yang dibelajar dalam kursus ini
Projek ini bertujuan untuk memenuhi keperluan sukatan pelajaran PSK:3104
untuk semester 6. Setiap Pelajar PGSR Sains semester 6 diwajibkan untuk
melaksanakannya bagi melengkapkan sukatan pelajaran yang dijangka.
1.2 RASIONAL:
Melalui projek ini, guru pelatih dapat mengetahui cara merancang , mengurus ,
mengelola dan mentadbir sesuatu projek. Di samping itu, guru pelatih berpeluang untuk
memperluaskan ilmu pengetahuan dalam bidang Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan dan mendapat pengalaman berkaitan aspek aspek pengurusan
dan pengelolahan suatu khidmat masyarakat yang akan dijalankan ini.
7/28/2019 Projek Psk 3104
3/18
3
1.3 : OBJEKTIF
I. Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru sekolah, ibu bapa, murid-murid
dan masyarakat setempat selaras dengan mencapai matlamat Konsep satu
Malaysia.
II. Mempupuk semangat bekerjasama secara pasukan dalam melaksanakan
sesuatu aktiviti.
III. Melengkapkan keperluan kursus PSK 3104 : Pembelajaran Berkhidmat DalamPendidikan Sivik dan Kewarganegraan.
IV. Memberi pengalaman kepada pelajar PGSR Sains untuk merancang , mengurus
dan melaksanakan perkhidmatan komuniti.
V. Menceriakan bilik darjah agar dapatkan mempertingkatkan lagi minat murid-
murid belajar.
VI. Menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pihak sekolah
VII. Memupuk dan meningkatkan kesedaran Sivik di warga masyarakat sekeliling.
VIII. Memberi sumbangan ikhlas kepada pihak sekolah.
IX. Mewujudkan suasana yang selesa dan kondusif untuk murid belajar.
X. Memupuk nilai cinta akan alam semula jadi dalam kalangan murid dan
masyarakat.
7/28/2019 Projek Psk 3104
4/18
4
1.4 : KUMPULAN SASARAN
Murid Tahun 1 seramai 14 orang di SK Long Seridan
1. 5 TARIKH DAN MASA
29 September (Sabtu) jam 0800 pagi 0500 petang
1.6. TEMPAT
SK Long Seridan, Baram Sarawak
1.7 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran I
1.8. ATURCARA PROGRAM
Rujuk Lampiran II
1. 9 ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran III
7/28/2019 Projek Psk 3104
5/18
5
PENUTUP
Adalah diharapkan aktiviti ini akan memberikan banyak manfaat selaras dengan
sukatan pelajaran PSK 3104. Diharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan
program ini dengan sebaik yang mungkin. Kerjasama daripada pihak tuan/puan dahului
dengan ucapan terima kasih. Melalui program ini, kami dapat mempertingkatkan
pengetahuan di samping menjana idea baru mengenai program-program seperti ini di
sekolah bagi merancakkan lagi penglibatan pelajar. Kami amat berharap pihak
tuan/puan dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya dan meluluskan permohonan
ini. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai.
Sekian. Terima kasih.
Disediakan oleh,
.
( JOSEPH KONDO ANAK FREDERICK ANGAI )
PENGERUSI ,
PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT 2012,
7/28/2019 Projek Psk 3104
6/18
6
Disemak oleh :
...............................................................
( PUAN NOR KHAIRUNISSA BTE IBRAHIM )
KETUA PANITIA PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN,
SK. LONG SERIDAN
Disahkan oleh:
..............................................................
( EN. FRANKIE ANAK SUKAR )
PENOLONG KANAN KO-KK,
SK. LONG SERIDAN
Diluluskan oleh :
.....................................................................................
( EN. WILLIE WING )
GURU BESAR,
SK. LONG SERIDAN
BARAM
7/28/2019 Projek Psk 3104
7/18
7
LAMPIRAN I
STRUKTUR ORGANISASI PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT
PENASIHAT:
En Aminuddin Bin Ismail
Jawatankuasa Projek
Pengerusi : Joseph Kondo Anak Frederick Angai
Naib Pengerusi : En Harry Bin Hamdan
Setiausaha : Pn Kristy
Bendahari : Pn. Sharon
AJK:
Pengelola Aktiviti : En. Frankie
Makanan : Cik Resat KolingEn. Lingang Beji
Keselamatan : En. Jali Ding
Fotografi : Cikgu Mohd Fatri
Pengangkutan : En Mohd. Izwan
Peralatan : En. Awang Bin SuhailiEn. Clinton Koling
Buku aturcara Program : Pn Nor KhairunnisaPn Pauline Bandi
Cenderahati : Cik Nurul AfiahPn Hartini
7/28/2019 Projek Psk 3104
8/18
8
LAMPIRAN II
ATURCARA PROGRAM
TARIKH MASA AKTIVITI
29 September
2012
7.45 am Perasmian oleh Guru Besar Sekolah
8.00 am Taklimat & Pembahagian Tugas
8.45 am
Kumpulan 1
Kumpulan 2
Melekatkan kad nama pada diding kelas
Mengecat dinding kelas
Menyediakan ABM yang berkaitan dan
melekatkan pada dinding
12.00 tengah hari Makanan tengah hari
3 .30 petang Kerja disiapkan
4 Petang Majlis penutup
7/28/2019 Projek Psk 3104
9/18
9
LAMPIRAN III
ANGGARAN PERBELANJAAN
A. PERBELANJAAN
Bil. Alatan Harga
1 unit (RM)
Kuantiti Harga
(RM)
1.Cat Pelaka 16.00 5 80.00
2.Berus saiz
besar
8.00 5 40.00
3.Berus Saiz Kecil 4.00 5 20.00
4.Cendera hati 20.00 1 20.00
5. Pembalut meja 1.80 14 25.20
6. Kertas warna 2.50 10 25.00
7. Gunting 2.5 5 12.50
JUMLAH 222.70
7/28/2019 Projek Psk 3104
10/18
10
Joseph Kondo Anak Frederick Angai,Pelajar PGSR Sains,Pengerusi Projek Khidmat Masyarakat,SK Long Seridan, Baram98050 Baram, Sarawak
En. Willie Wing, Tarikh : 20 September 2012
Guru Besar,
SK Long Seridan, Baram
98050 Baram,
Sarawak.
Tuan,
Memohon Kelulusan Mengadakan Projek Gotong Keceriaan Kelas Tahun 1.
Saya dengan segala hormatnya merujuk perkara yang tersebut di atas ingin meminta
jasa baik tuan untuk meminta kebenaran dalam mengadakan program ini di sekolah SK
Long Seridan, Baram.
2. Bersama-sama ini saya mengemukakan kertas cadangan untu pertimbangandan kelulusan pihak tuan.
Sekian terima kasih,
Saya yang menjalankan tugas,
..
( JOSEPH KONDO AK FREDERICK ANGAI)
PENYELARAS PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT
Pelajar PGSR Sains Kampus Tawau.
7/28/2019 Projek Psk 3104
11/18
11
Laporan Projek Khidmat Masyarat.
Pada tanggal 29 September 2012 bersamaan hari Sabtu, saya sangat berbesar
hati kerana dapat menjalankan projek khidmat masayarakat bersama-sama dengan
guru-guru serta warga sekolah dalam mempertingkatkan keceriaan kelas di sekolah
yang telah saya pilih iaitu sekolah saya sendiri SK Long Seridan, Baram. Projek
menceriakan kelas Tahun 1 dipilih kerana saya beranggapan bahawa Kelas Tahun 1
adalah kelas yang penting untuk memupuk minat pelajar untuk belajar dalam keadaan
yang ceria dan kondusif. Pameran pelbagai carta dalam kelas tersebut secara tidak
langsung dapat menarik minat serta menambah ilmu pengetahuan di kalangan murid
sejajar dengan kurikulum baru sekolah rendah iaitu kurikulum standard sekolah rendah
yang menekan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.
Projek khidmat masyarakat pada hari tersebut dimulakan dengan taklimat
ringkas tentang aktiviti yang hendak dijalankan. Guru Besar diberi penghormatan untuk
menyampaikan amanat sebelum memulakan aktiviti. Aktiviti khidmat masyarakat ini
dijalankan secara berkumpulan iaitu kumpulan 1 dan kumpulan 2. Fokus utama aktiviti
ini adalah untuk menceriakan bilik darjah Tahun 1 agar ia dapat menjadi penarik untuk
pelajar Tahun terus minat untuk belajar untuk kelas berikut. Memandangkan
kebanyakkan pelajar di sekolah ini tinggal di asrama aspek keceriaan adalah perkara
utama yang perlu diambil perhatian.
Pada hari tersebut, semua warga sekolah telah memberikan kerjasama yang
sangat baik sepanjang aktiviti khidmat masyarakat dijalankan. Sebahagian ibu bapa
yang hadir juga teruja dengan aktiviti keceriaan kelas yang telah dijalanakan. Mereka
berharap agar aktiviti dapat diteruskan dengan menceriakan kelas kelas yang lain.
Memandangkan masa yang terhad, aktiviti menceriakan kelas Tahun ditangguhkan
pada jam 0400 petang. Walaupun masa yang singkat banyak perkara dapat dijalankan
dengan baik. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Guru Besar, SK Long
Seridan, semua guru, warga sekolah yang terlibat dan ibu bapa yang menjayakan
aktiviti khidmat masyarakat ini.
7/28/2019 Projek Psk 3104
12/18
12
Berikut adalah gambar foto sebahagian hasil aktiviti khidmat masyarakat:
Gambar di atas menunjukkan nombor dan abjad dipamerkan hadapan kelas
Kata-kata mutiara ditampal dengan kad manila
7/28/2019 Projek Psk 3104
13/18
13
7/28/2019 Projek Psk 3104
14/18
14
Susunan meja diubah dan dibalut dengan kertas warna
7/28/2019 Projek Psk 3104
15/18
15
Refleksi
Syukur saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik. Saya mengucapkan
ribuan terima kasih khasnya kepada Guru Besar SK Long Seridan, guru-guru, warga
sekolah, rakan rakan PGSR atas kerjasama serta nasihat sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini. Walaupun dengan banyak kekangan dan cabaran yang
dihadapi, akhirnya saya dapat juga menyiapkan tugasan ini dengan baik. Hasil daripada
tugasan ini banyak pengalaman dan pengetahuan baru yang saya perolehi. Antara
dalam menyediakan kertas kerja projek.
Memandangkan sekolah jauh di pedalaman sememang sukar untuk saya
berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan PGSR sains yang lain. Ini kerana sekolah
tidak ada kemudahan komunikasi yang lengkap dan menyebabkan saya lambat
menyiapkan dan menghantar tugsan ini. Walau bagaimanapun, dengan pengalaman
sebagai guru saya dapat juga menyediakan kertas kerja khidmat masyarakat dan
melaksanakannya di sekolah saya sendiri. Pengalaman menyediakan kertas kerja
adalah satu pengalaman yang baik untuk saya khasnya dalam menyediakan program
sekolah. Sebagai salah seorang penolong kanan di sekolah ini saya menggunakan
pengalaman ini untuk menyediakan kertas lain yang lain demi memajukan diri dan juga
sekolah.
Kelemahan sepanjang menjalankan aktiviti khidmat masyarakat ini ialah
kekangan masa. Disebabkan terlalu banyak aktiviti sekolah sepanjang tahun sukar
untuk saya menentukan masa yang sesuai untuk menjalankan aktiviti ini. Saya telah
berbincang dengan Guru Besar dan juga guru-guru lain dan berkat kerjasama akhirnya
masalah ini dapat di atasi.
Keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan aktiviti yang telah dijalankan.
Sekali lagi saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat
sama secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan projek khidmat
masyarakat.
Sekian.
7/28/2019 Projek Psk 3104
16/18
16
Sumber Rujukan.
Vishalache a/l Balakrisnan, Marwiyah Binti Abu Kassim dan Muslimin Bin Fadzil,
Buku Panduan Guru, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, DBP (2005)
Goh Cheng Leong, Buku Sumber Kajian Tempatan,
Fajar Bakti sdn. Bhd. (1998)
Aini Salwati Mohd. Yusof, Champion Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan,
Pelangi sdn. Bhd. (2010)
Dennis dan Eida, INFO-DIDIK Sdn Bhd, (2011), Dataran Sunway, Kota Damansara,
Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Buku panduan Guru Sekolah Rendah, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Tahun 4, (2004), Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM
Buku Teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4, (2005), Dewan Bahasa
dan Pustaka, KPM
Huraian Sukatan Matapelajaran Pendidikan Sivik dan kewarganegaraan Tahun 4,
Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM
7/28/2019 Projek Psk 3104
17/18
17
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
NAMA PELAJAR : JOSEPH KONDO AK FREDERICK ANGAI
NO MATRIK : 7116
KUMPULAN : PGSR SAINS ( AMBILAN NOV 2009 ) SEMESTER : 6
MATA PELAJARAN : PSK 3104 (PROJEK KHIDMAT MASYARAKAT)
NAMA PENSYARAH PEMBIMBING: EN AMINUDDIN BIN ISMAIL
Tarikh Perkara yang dibincangkan Tandatangan
Pensyarah / rakan
1. Menerima soalan tugasan daripada pensyarah
2. Berbincangan rakan-rakan untuk mencari bahan-
bahan rujukan
3. Berbincang dengan membuat draf projek
4. Berbincang dengan rakan untuk member pendapat
tentang perlaksanaan projek
5. Berbincang dengan rakan pengemaskini projek
7/28/2019 Projek Psk 3104
18/18
18
Top Related