KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
FAKULTI PENGURUSAN HOSPITALITI
DIPLOMA PENGURUSAN PERHOTELAN
PEMAKANAN DALAM ISLAM
(FBS 3093)
PRINSIP HALAL DAN HARAM
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ MOHD SABREE BIN NASRI
DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD NUR HISHAM BIN AMIR (D1320228)
MUHAMMAD RAHMANI BIN HAZIZAN JABBA (D1320055)
AHMAD FARIZ ADHAM BIN ZULKANAIN (D1320245)
RAJA AHMAD MUQRI BIN RAJA MOHAR (D1320186)
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN 1
PENGENALAN 2
PRINSIP HALAL DAN HARAM 3-15
PRINSIP 1: ASAL SESUATU ADALAH HARUS 3
PRINSIP 2: NIAT BAIK TIDAK BOLEH MENGHALALKAN YANG HARAM 4
PRINSIP 3: APA SAHAJA YANG MEMBAWA KEPADA HARAM ADALAH HARAM 6
PRINSIP 4: BERHATI-HATI DENGAN SYUBHAH BAGI MENDHINDARI PERKARA HARAM 6
PRINSIP 5: KEADAAN TERPAKSA MEMBOLEHKAN SESUATU YANG HARAM 8
PRINSIP 6: PERATURAN HALAL DAN HARAM ADALAH BERSIFAT UMUM DAN MENYELURUH 9
PRINSIP 7: MENGHALALKAN DAN MENGHARAMKAN SESUATU ADALAH HAK ALLAH S.W.T. 10
PRINSIP 8: MENGHARAMKAN YANG HALAL DAN MENGHALALKAN YANG HARAM SAMA DENGAN SYIRIK 11
PRINSIP 9: MENGHARAMKAN SESUATU ADALAH SESUAI DENGAN KEBURUKAN DAN KEMUDARATAN 12
PRINSIP 10: SESUATU YANG HALAL TIDAK MEMERLUKAN YANG HARAM 13
PRINSIP 11: MEMBUAT HELAH TERHADAP SESUATU YANG HARAM, HUKUMNYA ADALAH HARAM 14
PANDANGAN ULAMA TERHADAP PENENTUAN MAKANAN HALAL 16-20
KESIMPULAN 21
RUJUKAN 22
Page | 1
PENGENALAN
Prinsip halal dan haram dalam Islam adalah suatu ketetapan hukum yang disyariatkan
oleh Allah s.w.t. kepada umat Islam. Ia adalah garis panduan yang perlu dipatuhi oleh
setiap individu Muslim dalam menentukan halal dan haram sesuatu makanan ataupun
minuman. Prinsip-prinsip ini diperkenalkan bagi memberi kemudahan, menjaga
kepentingan dan kemaslahatan ummah dalam menghadapi isu-isu semasa yang
berkaitan. Ia juga sejajar dengan syariat Islam yang ditegakkan atas prinsip
”menghilangkan mafsadah (keburukan) dan mendatangkan maslahah (kebaikkan)”
sama ada daripada sudut fizikal, mental, emosi, dan spiritual pada setiap masa dan
generasi. Islam menetapkan beberapa prinsip asas dalam menentukan status halal
haram seperti yang diterangkan dalam surah Yunus, ayat 59:
ه حرام�ا وحلال� ق تم م ه لكم من ر فجع لل تم ما أنزل ل�ق أرء ل� ل� ق� ل� ٱ ل� ل�ترون ه ت لل على أ ه أذن لك لءالل ٱ ل ٥٩مل
“Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum): ‘Sudahkah kamu
nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga
dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram dan sebahagian lagi halal?’
Katakanlah lagi (kepada mereka): ‘Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian
atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?’.”
Page | 2
PRINSIP HALAL DAN HARAM
Prinsip 1: Asal Sesuatu adalah Harus
Prinsip utama dalam menentukan sesuatu hukum adalah, hukum asal setiap sesuatu
adalah harus dan dibolehkan (halal). Sesuatu perkara itu tidak diharamkan kecuali
terdapat nas-nas yang sahih dan jelas tentang pengharamannya. Ini bermaksud, selagi
tidak ada nas yang sahih yang mengharamkan sesuatu amalan atau perbuatan, maka
ia hendaklah dikembalikan kepada prInsip asasnya, iaitu mubah atau harus. Surah Al-
Baqarah, ayat 29 menjelaskan:
ض جميع�ا أ ذي خلق لكم ما في ل ل�هو ل� ٱ ٱ“Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi…”
Ayat ini menerangkan, prinsip itu bukan sahaja terhad dalam hal yang berkaitan dengan
ibadat, tetapi meliputi setiap perkara yang berkaitan dengan perbuatan yang menjadi
adat masyarakat. Adat kebiasaan yang diharuskan oleh syarak adalah diharuskan
(halal) sehingga terdapat dalil-dalil yang jelas dan tegas tentang pengharamannya. Ini
seperti yang dijelaskan dalam surah Al-An’am, ayat 119:
ك م عل لوق فصل لكم ما حر ل� ل“Dan Allah sudah menjelaskan kepada kamu sesuatu yang Dia sudah haramkan
kepada kamu.”
Ibnu Taimiyyah berpendapat, setiap individu boleh melakukan aktiviti seharian seperti
berjual beli, sewaan, pajakan, perkongsian, menikmati makanan dan minuman, dan
sebagainya selagi tidak ditegah oleh syarak. Ini termasuk perkara-perkara yang
Page | 3
dikategorikan sebagai sunat ataupun makruh. Oleh sebab ketentuan hukum syarak
tidak mengehadkan batasan atau garis panduan yang khusus, makan ketentuan hukum
tertakluk kepada hukum asal, iaitu harus.
Ini sejajar dengan kaedah asas, iaitu asal kepada sesuatu perkara adalah harus
sehingga ada dalil menunjukkan ia haram dan sesuatu yang asal itu hendaklah
dikekalkan di atas keadaaan yang dahulu sehingga jelas dalil yang mengubahnya atau
asal hukum pada sesuatu itu adalah harus.
Prinsip 2: Niat Baik Tidak Boleh Menghalalkan yang Haram
Pada umumnya, amalan terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu amalan yang berbentuk
ketaatan, kemaksiatan, dan keharusan. Islam menyarankan umat Islam mengikhlaskan
niat dalam setiap perbuatan, dan menjadikan diamnya hanya kerana Allah s.w.t. Allah
menjelaskan dalam surah Al-Bayyinah, ayat 5:
لدين حنفاء لصين له ه م لل بدوا ٱوما أمروا إال لي ل� ٱ ل�“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid…”
Niat adalah asas kepada setiap perbuatan. Allah s.w.t menilai setiap amalan hamba-
Nya berdasarkan niatnya. Amalan baik akan menjadi ibadat apabila disertai dengan niat
yang ikhlas bagi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Ibadat khusus seperti
sembahyang, puasa, dan haji dikira tidak sah tanpa disertakan dengan niat. Manakala,
setiap amalan yang diharuskan ataupun adat kebiasaan yang tidak bercanggah dengan
syarak akan bertukar menjadi ibadat dan mendapat pahala apabila disertakan dengan
Page | 4
niat. Tetapi kemaksiatan sama sekali tidak akan berubah daripada kedudukannya
sebagai kemaksiatan walaupunn disertakan dengan niat yang baik dan keikhlasan.
Oleh itu, melakukan perbuatan yang ditegah oleh syarak walaupun dengan niat
yang baik, adalah dilarang dan dinilai sebagai satu maksiat. Malah, ia tidak dapat
menghapuskan dosa perbuatan itu. Contohnya seseorang yang mengambil benda-
benda yang memabukkan secara makan atau minum dengan alasan menjadikan ia
sebagai ubat. Ini termasuklah mengambil ubat menambah selera makan dan ubat
menambah darah yang diperbuat daripada alkohol ataupun Kina (ubat tambah darah)
dan diminum dengan kadar yang sedikit walau tidak memabukkan. Begitu juga
penggunaan alkohol sebagai pelarut selepas air yang digunakan secara berlebihan
dengan alasan bagi menambah jangka hayat masa makanan seperti kek, manis-
manisan, aiskrim, dan sebagainya. Ataupun seseorang yang memberi makan fakir
miskin daripada harta milik orang yang diperoleh secara batil. Niat dalam keadaan
begini tidak dapat mengubah keadaan asal sesuatu perbuatan. Ini kerana, sekiranya
asal perbuatan itu berbentuk maksiat atau penganiyaan, ia dikira sebagai kemaksiatan
atau penganiayaan. Begitu juga sekiranya asalnya haram, ia tetap dikira haram
walaupun disertai dengan niat yang baik.
Huraian ini menunjukkan, menggunakan yang haram sekalipun bagi tujuan yang
baik tidak sesekali menghalalkan sesuatu perkara. Ini bermaksud, ia tidak akan
berubah menjadi kebaikkan atau ketaatan, walaupun dengan niat yang dan tujuan yang
baik.
Page | 5
Prinsip 3: Apa Sahaja yang Membawa kepada Haram Adalah Haram
Menjadi kewajipan setiap individu Muslim menjaga kemaslahatan dan kepentingan
rukun hidup yang lima (al-ahkam al-khamsah) iaitu memlihara agama, jiwa dan
keturunanm akal dan harta benda. Bagi memastikan ia dapat dijaga dan terkawal, Islam
menutup setiap ruang yang dapat merosakkan lima rukun hidup ini ataupun salah satu
daripadanya. Konsep yang dimaksudkan adalah apa sahaja yang membawa kepada
haram adalah haram. Oleh itu, perlu difahami apabila Allah s.w.t mengharamkan
sesuatu, maka Allah s.w.t turut mengharamkan perkara-perkara yang membawa
kepadanya.
Contohnya, apabila Islam mengharamkan riba, Allah s.w.t turut melaknat setiap
individu yang terlibat dalam transaksi riba sama ada orang yang memakannya,
memberinya, menulisnya, dan saksinya. Begitu juga haram melihat aurat wanita ajnabi
kerana perbuatan itu mendorong kepada zina. Lantaran itu, setiap perbuatan yang
mendorong kepada perbuatan yang diharamkan, hukumnya adalah haram. Termasuk
juga mana-mana individu yang terlibat dengannya juga berdosa. Penetapan peinsip ini
bertujuan menutup kesempatan atau peluang dan bagi menghindari perkara haram
daripada berlaku.
Prinsip 4: Berhati-Hati dengan Syubhah bagi Mendhindari Perkara Haram
Islam menuntut penganutnya tidak terlibat dengan dengan sesuatu yang diharamkan.
Oleh itu, setiap perkara yang syubhah, iaitu perkara yang mempunyai kesamaran dan
tidak jelas status halal haramnya perlu dijauhi. Ini bagi mengelakkan manusia daripada
terlibat dengan sesuatu yang ditegah oleh syarak. Sikap berhati-hati ini dapat dilakukan
Page | 6
dengan menganggap setiap sesuatu yang tidak mempunyai hukum yang jelas adalah
haram berdasarkan kaedah fiqh ‘sadd al-dhara’i’ yang disarankan oleh Islam. Prinsip ini
bertepatan dengan hadith Rasulullah s.a.w.:
في وقع ومن وعرضه لدینه استبرأ فقد بهات الش قى ات فمن
في وقع بهات الش الحرام“Maka barang siapa yang menjaga diri daripada perkara syubhah, sesungguhnya ia
telah menjaga agama dan kehormatannya dan barangsiapa yang terjatuh ke dalam
perkara yang syubhah, maka ia telah terjatuh ke dalam perkara yang haram.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Menurut ‘Izz Al-Din ‘Abd As-Salam (m.660H), terdapat kaedah yang dalam
menentukan sesuatu perkara yang tidak dapat dipastikan kebaikan dan keburukannya.
Dalam hal ini, sekiranya didapati kebaikan mengatasi keburukan, maka perlulah
diusahakan bagi memperolehinya. Namun, sekiranya didapati keburukan mengatasi
kebaikan, maka ia perlu ditolak. Sekiranya terdapat kesamaran dalam menentukan
kebaikan dan keburukan, maka perlu berhati-hati. Sikap berhati-hati yang dimaksudkan
adalah, seseorang itu menganggap sesuatu perkara yang tidak pasti status hukumnya
sebagai sesuatu yang haram. Ini kerana, sikap dan perbuatan berhati-hati dapat
menghindarkan diri daripada terjerumus ke dalam kemudaratan dan keburukan yang
mengakibatkan kerosakan kepada harta, jiwa, kehormatan, dan akal. Oleh itu menjadi
tanggungjawab setiap ndividu Muslim bagi mengelakkan diri daripada melakukan
Page | 7
perkara-perkara yang syubhah supaya tidak terjerumus kepada perkara-perkara yang
haram.
Prinsip 5: Keadaan Terpaksa Membolehkan Sesuatu yang Haram
Islam mengharamkan sesuatu sekiranya terdapat kemudaratan kepadanya atau
sebaliknya. Namun begitu, dalam keadaan darurat atau terpaksa, Islam membolehkan
umatnya melakukan sesuatu yang dilarang. Contohnya seseorang tersesat dalam hutan
dan kehabisan bekalan. Dia tidak mempunyai pilihan makanan selain daripada babi.
Pada saat itu, dibolehkan memakan daging babi demi menyelamatkan nyawa. Allah
s.w.t menjelaskan dalam surah Al-Baqarah, ayat 173:
لل ر خنزير وما أهل به لغ م لدم ول تة و م كم م عل ما حر ��إن م ٱ ل� ۦ ل� ٱ ل� ٱ ل� ل� ٱ ل�حيم ه غفو ر لل إن م عل ر با وال عا فال إ طر غ ر�فمن ٱ �� ه ل� ل� ق ق� ل� ل� ١٧٣ٱ
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, dan darah, dan daging
babi dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barang
siapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang ia tidak menginginkannya dan
tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Berdasarkan ayat ini, jelas menunjukkan tuntutan syarak adalah seiring dengan fitrah
manusia. Menjaga rukun-rukun hidup yang lima (al-ahkam al-khamsah) iaitu menjaga
agama, nyawa, akal, keturunan, dan harta adalah wajib bagi setiap individu Muslim.
Oleh itu, Islam membenarkan seseorang melakukan sesuatu yang dilarang oleh syarak
disebabkan darurat. Namun perlu difahami di sini, keizinan yang diberikan oleh syarak
Page | 8
hanya dalam keadaan darurat demi menyelamatkan nyawa. Para fuqaha menetapkan
keadaan terpaksa membolehkan sesuatu yang diharamkan dan prinsip “sesuatu
keadaan terpaksa itu dinilai mengikut ukurannya” adalah bagi mengelakkan berlaku
penyalahgunaan kebenaran atau rukhsah yang dibenarkan. Menurut Wahbah Az-
Zuhaili, terdapat lima tempat dalam Al-Quran yang menunjukkan keizinan memakan
apa yang diharamkan ketika dalam keadaan lapar yang teruk (al-mahmasah). Dalam
maksud lain, semua perkara yang diharamkan oleh syarak itu boleh dilakukan dalam
keadan darurat dan pada kadar tertentu sahaja.
Prinsip 6: Peraturan Halal dan Haram adalah Bersifat Umum dan Menyeluruh
Pensyariatan hukum Islam adalah bersifat umum dan menyeluruh. Dalam Islam, tidak
terdapat hukum yang menghalalkan sesuatu pada satu tempat, tetapi mengharamkan
pada tempat yang lain. Ini bermaksud, setiap yang dihalalkan oleh Islam adalah halal
bagi seluruh umat manusia. Manakala setiap yang diharamkan pula adalah diharamkan
bagi seluruh umat manusia. Contohnya, hukum mencuri adalah haram dalam Islam,
sama ada dilakukan orang Islam ataupun orang kafir tanpa mengira pangkat atau
kedudukannya dalam masyarakat. Rasulullah s.a.w menerangkan:
يدها لقطعت سرقت محمد بنت فاطمة أن لو ه الل وايم“Demi Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad yang mencuri, pasti akan ku potong
tangannya.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Page | 9
Menurut Wahbab Az-Zuhaili, tidak ada beza antara individu dengan individu yang lain,
golongan dengan golongan yang lain, tempat dengan tempat yang lain. Walaupun
berada di wilayah Islam ataupun kafir, seorang Muslim tetap dilarang melakukan
perkara yang dilarang oleh Islam dan apabila jelas dengan kesalahan yang dilakukan,
dia tetap menerima hukuman. Ini bermaksud, Islam tidak mengharamkan sesuatu
peerkara itu hanya kepada sesuatu kaum, golongan ataupun individu tertentu sahaja.
Tetapi ia ditujukan kepada seluruh umat Islam.
Prinsip 7: Menghalalkan dan Mengharamkan Sesuatu adalah Hak Allah s.w.t.
Allah s.w.t mengingatkan umat Islam dalam Al-Quran bahawa hak bagi menentukan
halal dan haram hanya hak Allah s.w.t. Manusia tidak mempunyai sebarang autoriti,
terutamanya yang berkaitan dengan ketentuan hukum yang sudah dijelaskan oleh Allah
s.w.t dalam Al-Quran dengan dalil yang qat’i. Allah s.w.t menjelaskan dalam surah An-
Nahl, ayat 116:
تروا ت وهذا حرا ل كذب هذا حل سنتكم لوال تقولوا لما تصف أ ر ر� ل� ٱ ل�لحون كذب ال ي لله ترون على ذين ي ل كذ إن ه لل لعلى ل� ٱ ٱ ل ٱ �� ه ل� ٱ ٱ
١١٦“Dan jangan kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara
dusta “ini halal dan haram” bagi mengadakan kebohongan terhadap Allah.
Sesungguhnya orang yang mengadakan pembohongan terhadapap terhadap Allah
tidak akan beruntung.”
Page | 10
Sehubungan itu, Imam Al-Qurtubi (m.611H) menegaskan, hukum halal haram adalah
hak Allah s.w.t semata-mata. Tidak ada sesiapa yang berhak menghalalkan atatupun
mengharamkan sesuatu perkara kecuali berdasarkan wahyu Allah s.w.t. Menurut Al-
Qasimi, pengharaman sesuatu perkara hanya dapat diketahui melalui wahyu dan
bukannya melalui pemikiran ataupun menuntut hawa nafsu. Sesungguhnya, manusia
adalah makhluk Allah s.w.t. Walau setinggi mana sekalipun darjat dan keilmuannya, dia
tidak akan dapat memiliki hak ini.
Prinsip 8: Mengharamkan yang Halal dan Menghalalkan yang Haram Sama
dengan Syirik
Allah s.w.t mencela sikap orang Musyrikin kerana perbuatan mereka mengubah hukum
yang sudah ditetapkan Allah s.w.t dalam Al-Quran. Orang Yahudi dicela oleh Allah s.w.t
kerana suka mengambil riba dan memakan harta orang lain secara batil. Orang Nasrani
pula dicela kerana mengikut pendapat rahib dalam menetapkan makan yang halal dan
haram serta menjadikan pendeta sebagai Tuhan.
Hak dalam menentukan hukum adalah milik Allah s.w.t. Justeru, perbuatan
mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram adalah pencerobohan
terhadap syariat Islam, melampaui batas, menzalimi diri sendiri, dan boleh
dikategorikan sebagai perbuatan syirik. Dalam surah Al-A’raf ayat 32:
لر ق هي بت من لطي رج لعباده و تي أ ل ه لل م زينة ل�ق م حر �� ه ل� ٱ ٱ ۦ ل� ٱ ٱ ل� ل�قيم كذلك نفصل م يا خالصة� ي لد حيوة ذين ءامنوا في �لل� ة ل� ٱ ل� ل� ٱ ل� ٱ
لمون ل�أيت لق ي ق ل� ل� ٣٢ٱPage | 11
“Katakanlah (wahai Muhammad) ‘Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan
Allah yang dikeluarkan-Nya bagi hamba-hamba-Nya, dan benda-benda yang baik
daripada rezeki yang dikurniakan-Nya’. Katakanlah, ‘Semua itu adalah (nikmat-nikmat)
bagi orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia;
(nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada
hari kiamat.’ Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi
orang –orang yang mahu mengetahui.”
Menurut Ibnu Khatir, ayat ini adalah pertanyaan daripada Allah s.w.t sebagai menolak
golongan Musyrikin yang mengharamkan sesuatu mengikut kehendak hawa nafsu
tanpa merujuk kepada syariat Allah s.w.t. Mereka juga menjadi golongan yang
menyekutukan Allah s.w.t sebagaimana orang-orang kafir.
Sebagai Mukmin, kita perlu mengakui peraturan dan hukuman yang benar hanya
datang daripada Allah s.w.t. Peraturan-peraturan ciptaaan manusia perlu ditolak kerana
merugikan diri sendiri dan ia adalah khayalan serta rekaan manusia semata-mata.
Prinsip 9: Mengharamkan Sesuatu Adalah Sesuai dengan Keburukan dan
Kemudaratan
Islam adalah agama samawi yang diturunkan oleh Allah s.w.t sesuai dengan fitrah
manusia yang mengimbangi keperluan jasmani dan rohani dunia dan akhirat. Oleh itu,
setiap yang dihalalkan Islam ataupun yang diharamkan dalam Islam adalah bagi
menjaga kepentingan umat manusia. Minuman yang memabukkan diharamkan kerana
Page | 12
menjaga akal. Dengan akal, manusia mampu membuat pertimbangan buruk dan baik.
Tetapi apabila sudah mabuk, akal akan hilang pertimbangannya. Akibatnya, orang yang
mabuk pasti melakukan perbuatan keji seperti berzina dan membunuh. Begitu juga,
diharamkan perbuatan menipu, mencuri, merompak, dan seumamanya kerana
perbuatan itu merugikan orang lain.
Menurut Wahbab Az-Zuhaili, sesuatu yang diharamkan oleh Islam sama ada
sebab zatnya ataupun faktor-faktor yang berkaitan dengannya adalah bertujuan
menghindari keburukan dan kemudaratan kepada individu, kelompok masyarakat, dan
agama. Berdasarkan kepada kenyataan ini, setiap sesuatu yang diharamkan Allah s.w.t
adalah disebabkan terdapat keburukan dan kemudaratan yang dibawanya. Ini
bersesuaian dengan jiwa nurani manusia yang menyukai kebaikan dan membenci
kemungkaran. Surah Al-A’raf, ayat 157 menjelaskan:
م بت ويحffر لطي ffر ويحffل لهم منك هىه عن روف وي م مرهم ب ٱي ل� ٱ ل ل� ل� ل� ٱ ! لخبئث هم ل�عل ٱ ل�
“…Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka
daripada melakukan perkara-perakara yang keji dan ia menghalalkan bagi mereka
segala benda yang baik, mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk…”
Prinsip 10: Sesuatu yang Halal Tidak Memerlukan yang Haram
Sekiranya diteliti dengan penuh keimanan, seseorang pasti mengakui bahawa hukum
Islam adalah bersifat universal dan sesuai diamalkan pada setiap masa dan zaman
serta dalam apa jua keadaaan hingga hari kiamat. Sesuai dengan sifatnya yang
Page | 13
syumul, seseorang perlu bersyukur kepada Allah s.w.t dengan sifat-Nya yang maha
pemurah dan maha pengasih serta tidak menyempitkan urusan hamba-Nya. Sebaliknya
Allah s.w.t menyediakan pelbagai alternatif yang lain bagi memudahkan kehidupan
manusia. Allah s.w.t tidak mengharamkan sesuatu melainkan Dia menggantikannya
dengan sesuatu yang lebih baik. Sejajar dengan itu, menurut Ibnu Qayyim, Allah s.w.t
mengharamkan bertenung nasib, tetapi menggantikannya dengan doa dan istikharah.
Allah s.w.t juga mengharamkan riba, tetapi menggantikannya dengan perniagaan dan
Allah s.w.t mengharamkan makan makanan yang haram dan menggantikannya dengan
yang lebih baik.
Prinsip 11: Membuat Helah terhadap Sesuatu yang Haram, Hukumnya adalah
Haram
Islam menutup setiap ruang yang dapat membawa kepada haram, sama ada ia dapat
diketahui secara jelas, tersembunyi ataupun dengan menggunakan helah bagi
menghalalkan sesuatu yang diharamkan. Hukum membuat helah terhadap sesuatu
yang haram adalah haram. Ia adalah perbuatan yang tercela. Ini kerana, perbuatan itu
mengubah hukum-hukum yang sudah ditetapkan oleh syarak kepada hukum–hukum
yang baru. Contohnya, menghalalkan rasuah dengan menjadikannya wang hadiah dan
menghalalkan zina atas perkahwinan. Rasulullah s.a.w menjelaskan:
يعزف اسمها بغير يسمونها الخمر أمتي من ناس ليشربن“Sesungguhnya akan ada satu golongan daripada umatku yang minum arak dengan
memberikan nama lain (bagi menghalalkannya).”
Page | 14
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Menurut Ibnu Qayyim (1292H/ 1350H), helah berkaitan dengan riba adalah dengan
menyatakan pada zahirnya ia menyamai jual beli, tetapi sebenarnya ia adalah riba.
Penipuan yang dilakukan dalam akad jual beli bagi mengamalkan riba ini adalah
disebabkan mereka tidak bertujuan berjual beli, tetapi hanya ingin memiliki harganya.
Sebenarnya orang yang menggunakan helah dalam agama bagi menghalalkan sesuatu
yang diharamkan oleh Alah s.w.t adalah menzalimi diri sendiri dan mempersendakan
hukum Allah s.w.t. Mereka menjadi golongan yang hina apabila dihadapkan di hadapan
Allah s.w.t kelak. Allah s.w.t membinasakan kaum Bani Israil disebabkan mereka suka
menipu.
Page | 15
PANDANGAN ULAMA TERHADAP PENENTUAN MAKANAN HALAL
Ulama banyak membincangkan isu pemakanan berdasarkan surah al-Maidah ayat 3
yang menyebut tentang binatang-binatang yang diharamkan secara terperinci dengan
menetapkan 10 jenis binatang yang haram. Ayat ini menjadi panduan dalam
menentukan kehalalan sesuatu makanan dan produk disamping ayat-ayat lain yang
hanya menjelaskannya secara umum yang menetapkan 4 jenis binatang yang haram.
Allah berfirman dalam surah Al-Maidah, ayat 3:
ه به لل ر خنزير وما أهل لغ م لدم ول تة و م كم م عل ۦحر ٱ ل� ل� ٱ ل� ٱ ل� ل� ٱ ل� ل"بع إال ما لس طيحة وما أكل لن متردية و قوذة و م خنقة و م ٱو ٱ ل� ٱ ل� ل� ٱ ل� ل� ٱم ي ف ذلك ل أ سموا ب ت صب وأن ت لن وما ذبح على ت ل�ذك ل� ٱ #$ ة ل% ل � ه ل� ل� ٱ ل� ل& ٱ ل ل� ت لك م م أ ي ش ه و ش فال ت ذين كفروا من دينك ل ليئس ل� ل' ل� ل� ٱ �� ه ل� ل� ٱ ل ل� ل� ل ٱ
طر � فمن لم دين إ متي ورضيت لكم ن ك ت عل م وأ ل�دينك ٱ ه ل& ل� ٱ ل� ل ل� ل ل" لحي ه غفو ر لل فإن إل ر متجان مصة غ رفي م ر� ٱ ق) ل( ق ل� ٣ل�
“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan
darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-
binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang
mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan
yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis
nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu
merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah
perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada
Page | 16
memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam
dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya
hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan
bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah
redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana
kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung
hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya
Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Makanan Pertama: Bangkai
Bangkai iaitu binatang yang mati dengan sendirinya tanpa ada suatu usaha manusia
yang memang sengaja disembelih atau dengan berburu.
Makanan Kedua: Darah Yang Mengalir
Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orang-
orang kemudian berkata: Itu kan darah. Maka jawab Ibnu Abbas: Darah yang
diharamkan atas kamu hanyalah darah yang mengalir.
Makanan Ketiga: Daging Babi
Daging babi telah diharamkan kerana makanan babi itu yang kotor-kotor dan najis.
Maka tepatlah apa yang ditegaskan Allah dalam firmannya yang bermaksud :
"Dan Allah mengharamkan atas mereka yang kotor-kotor." (Al-A'raf: 157)
Page | 17
Makanan Keempat: Binatang Yang Disembelih Bukan kerana Allah
Binatang yang disembelih bukan kerana Allah, iaitu binatang yang disembelih dengan
menyebut nama selain Allah, misalnya nama berhala Kaum penyembah berhala
(watsaniyyin) dahulu apabila hendak menyembelih binatang, mereka menyebut nama-
nama berhala mereka seperti Laata dan Uzza. Ini bererti suatu taqarrub kepada selain
Allah dan menyembah kepada selain asma' Allah yang Maha Besar.
Jadi sebab (illah) diharamkannya binatang yang disembelih bukan kerana Allah
di sini ialah semata-mata illah agama, dengan tujuan untuk melindungi aqidah
tauhid,dan kemurnian aqidah.
Kesimpulannya hanya empat jenis binatang dan makanan sahaja yang disebutkan di
atas tetapi diperincikan dalam surah al-Maidah ayat 3 dengan ditambah enam jenis lagi
yang menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 10 jenis seperti dibawah:
Makanan Kelima: Al-Munkhaniqah
Al-Munkhaniqah iaitu binatang yang mati kerana dicekik, baik dengan cara menghimpit
leher binatang tersebut ataupun meletakkan kepala binatang pada tempat yang sempit
dan sebagainya sehingga binatang tersebut mati.
Makanan Keenam: Al-Mauqudzah
Al-Mauqudzah iaitu binatang yang mati kerana dipukul dengan tongkat dan sebagainya.
Makanan Ketujuh: Al-Mutaraddiyah
Page | 18
Al-Mutaraddiyah iaitu binatang yang jatuh dari tempat yang tinggi sehingga mati. Yang
seperti ini ialah binatang yang jatuh dalam perigi.
Makanan Kelapan: An-Nathihah
An-Nathihah iaitu binatang yang ditanduk oleh binatang lain sehingga mati.
Makanan Kesembilan: Maa akalas sabu
Maa akalas sabu iaitu binatang yang diterkam oleh binatang buas dengan dimakan
sebahagian dagingnya sehingga mati.
Sesudah menyebutkan lima jenis binatang dan makanan dari bilangan 5 sampai
bilangan 9 ini kemudian Allah menyatakan "Kecuali binatang yang kamu sembelih,"
yakni apabila binatang-binatang tersebut kamu dapati masih hidup, maka sembelihlah.
Oleh itu, binatang-binatang tersebut menjadi halal sekiranya ia disembelih.
Makanan kesepuluh: Binatang yang Disembelih Untuk Berhala
Binatang yang disembelih untuk berhala (maa dzubiha alan nusub). Nushub sama
dengan Manshub ertinya: yang ditegakkan. Maksudnya iaitu berhala atau batu yang
ditegakkan sebagai tanda suatu penyembahan selain Allah. Orang-orang jahiliah
biasanya menyembelih binatang untuk dihadiahkan kepada berhala-berhala tersebut
dengan maksud bertaqarrub kepada Tuhannya.Binatang-binatang yang disembelih
untuk maksud di atas termasuk salah satu daripada jenis penyembelihan yang
dilakukan bukan kerana Allah.
Page | 19
Ulama berselisih pendapat tentang keharusan penyembelihan, adakah halal binatang –
binatang ini (bilangan 5 sehingga 9) yang hukumnya seperti bangkai? (al-Sabuni 1999
dan al-Sais t.t)
Pendapat yang masyhur daripada mazhab Shafie dan Mazhab Hanafi, sekiranya
binatang itu ada menunjukkan tanda-tanda masih lagi hidup seperti pergerakan kaki
dan seumpamanya kemudian disembelih, maka sembelihan itu adalah halal.
Sebahagian daripada pengikut mazhab Hanafi dan Shafie, mereka
mensyaratkan bahawa binatang itu hendaklah dalam keadaan hayat mustaqirrah.
Diriwayatkan daripada Malik sekiranya binatang tersebut lebih hampir kepada mati,
maka tidak diharuskan penyembelihan tersebut dan sembelihan itu tidak halal dimakan.
Kesimpulannya, ulama semua bersetuju bahawa semua binatang yang
disebutkan di atas adalah haram dimakan, walau bagaimanapun mereka berselisih
pendapat tentang 5 jenis binatang iaitu Al-Munkhaniqah, Al-Mauqudzah, Al-
Mutaraddiyah, An-Nathihah dan Maa akalas sabu. Sebahagian berpendapat selagi
mana binatang tersebut menunjukkan tanda-tanda hidup maka diharuskan
menyembelihnya dan halal dimakan, manakala pendapat lain pula mengatakan
walaupun binatang itu ada menunjukkan tanda-tanda hidup tetapi lebih hampir kepada
mati maka tidak diharuskan menyembelihnya dan tidak halal di makan.
Page | 20
KESIMPULAN
Dalam Islam hanya Allah s.w.t yang mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan
status halal dan haram. Manusia tidak mempunyai kuasa dan tidak boleh melakukan
itu. Oleh itu, apa sahaja kaedah atau helah yang digunakan bagi menghalalkan ataupun
mengharamkan sesuatu yang sudah ditentukan oleh Allah s.w.t adalah dilarang.
Manakalah bagi perkara yang tidak dikategorikan sebagai halal ataupun haram, dalam
hal ini Allah s.w.t. memberikan ruang kepada para mujtahid bagi melakukan ijtihad
dalam menentukan status hukum.
Menurut Islam, keadaan darurat membolehkan umat Islam melakukan perkara
yang haram. Namun, keharusan yang diberikan mempunyai syarat-syarat dan
ketentuannya yang tersendiri. Ini bertujuan mengelakkannya tidak disalah guna atau
dipermainkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Ia juga bagi menghalang
manusia mengambil kesempatan dengan mengambil jalan mudah apabila berada
dalam situasi yang sedemikian. Namun begitu, tidak semua keadaan darurat
membolehkan seseorang melakukan perkara yang diharamkan. Contohnya, melakukan
zina walaupun dengan tujuan menyelamatkan nyawa. Ini kerana, tidak terdapat dalil
syarak yang membenarkan perzinaan atau pelacuran bagi mendapatkan makanan demi
menyelamatkan nyawa.
: Sebagai umat Islam, kita perlu mengetahui dan memahami kaedah-kaedah yang
berkaitan dengan status halal dan haram dalam setiap aspek kehidupan, terutamanya
dalam hal-hal yang berkaitan dengan makanan dan minuman. Melalui kefahaman ini,
kita dapat mengenal pasti status makanan ataupun minuman yang diambil supaya
selaras dengan tuntutan konsep halalan toyyiban.
Page | 21
RUJUKAN
Ustaz Mohd Sabree bin Nasir
Halalkah Makanan Kita?, Dr. Saadan Man Zainal Abidin Yahya, PTS Islamika
Sdn. Bhd.
http://www.academia.edu/4232062/Prinsip-Prinsip_Halal_Dan_Haram_Menurut_Al-
Qaradawi
Page | 22