Page 1 of 30
No. Dokumen Sebutharga :
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI POLITEKNIK NILAI, NEGERI SEMBILAN
MULAI 01 APRIL 2018 HINGGA 31 MAC 2019 ( SATU TAHUN)
KOD SEBUT HARGA : PNS(S)400-7/1-8-9 TARIKH PELAWAAN : 23 FEBRUARI 2018 (JUMAAT) TARIKH TUTUP : 05 MAC 2018 (ISNIN) PELAWAAN PEMBEKAL : TERBUKA UNTUK SEMENANJUNG
MALAYSIA
PERINGATAN PENTING PENYEBUT HARGA HENDAKLAH BERDAFTAR DENGAN EPEROLEHAN BAHARU.
SILA BACA DAN FAHAMI KESELURUHAN BUTIR-BUTIR YANG TERKANDUNG DI
DALAM DOKUMEN SEBUT HARGA INI SEBELUM MENGISINYA.
PNS(S)400-7/1-8-9
Page 2 of 30
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
1. Penghantaran Dokumen
1.1 Dokumen sebutharga yang telah lengkap di isi hendaklah dihantar secara manual ke Politeknik
Nilai dan hendaklah dimasukkan di dalam peti sebutharga yang telah disediakan sebelum tarikh
dan waktu tutup yang telah ditetapkan.Penghantaran secara pos adalah tidak digalakkan.
Dokumen yang lewat tidak akan dipertimbangkan. Peti Sebutharga di tempatkan di alamat
berikut :-
Politeknik Nilai Unit Pentadbiran Kompleks Pendidikan Bandar Enstek 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan 1.2 Dokumen yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam dua (2) sampul yang berasingan
dan dilabelkan seperti berikut :-
i. Sampul A – Cadangan Kewangan
a) LAMPIRAN 3 : LAMPIRAN Q
b) LAMPIRAN 4 : Maklumat Am Latar Belakang Penyebutharga
c) LAMPIRAN 7 : Ringkasan Harga (A1 & A2)
d) Penyata akaun bank bagi tiga (3) bulan yang terkini
e) Salinan Sijil Kementerian Pendaftaran Syarikat
f) Salinan Sijil Kementerian Taraf Bumiputera
g) Salinan Syarikat Kementerian Dalam Negeri
h) Salinan Surat Suruhanjaya Syarikat (SSM)
i) Salinan pendaftaran cukai barangan dan perkhidmatan
ii. Sampul B – Cadangan Teknikal
a) LAMPIRAN 5 : Jadual Pematuhan Spesifikasi
b) LAMPIRAN 6 : Senarai peralatan yang disediakan
c) LAMPIRAN 8 : Gambar berwarna pakaian seragam
d) LAMPIRAN 9 : Rekod Pengalaman syarikat dengan Kerajaan
e) LAMPIRAN 10 : Rekod pengalaman syarikat dengan sektor swasta
f) LAMPIRAN 11 : Senarai Kontrak Kawalan Keselamatan yang di dalam jagaan sekarang
Page 3 of 30
g) LAMPIRAN 12 : Surat Akuan Pembida
h) Surat penurunan kuasa dari syarikat
i) Brouser / katalog
j) Bukti pengalaman syarikat
1.3 Kedua-dua SAMPUL A dan SAMPUL B hendaklah dimasukkan ke dalam SATU (1) sampul
surat yang lebih besar, berlakri dan di sebelah kiri (atas) dituliskan seperti berikut:-
2. Fi Perkhidmatan Perolehan
Fi perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap traksaksi yang dijana melalui eP akan dikenakan kepada pembekal / syarikat yang dilantik, tertakluk kepada had maksimum RM4,800.00 bagi setiap transaksi yang melebihi RM1.2 juta. Oleh itu, pembekal / syarikat dikehendaki mengambilkira fi perkhidmatan ini dalam tawaran tender yang dikemukakan. 3. Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah
3.1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau
menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada, mana-mana orang
berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta
Pencegahan Rasuah 1997.
3.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana
anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat
aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau Balai
Polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di
bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
3.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota
perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan syarikat atau pembekal boleh diambil sekiranya
pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
3.4 Mana-mana syarikat atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini
walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan di bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan
atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang
mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta
Pencegahan Rasuah 1997.
Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Api di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
(No. Sijl MOF Pembekal: ..............................)
Page 4 of 30
4. Kaedah Pelaksanaan Integrity Pact Dalam Perolehan Kerajaan
4.1 Pembida adalah tertakluk kepada Surat Arahan Perbendaharaan (SAP) mengenai pelaksanaan
Integrity Pact bagi mengukuhkan usaha ke arah meningkatkan integriti dan ketelusan dalam
perolehan Kerajaan.
4.2. Sehubungan dengan itu pembida diwajibkan mengisi Surat Akaun Pembida seperti di Borang F.
5. SYARAT-SYARAT KHAS SEBUT HARGA
5.1. Tawaran Pilihan
Setiap Penyebut Harga TIDAK DIBENARKAN membuat tawaran pilihan bagi mana-mana butiran
yang dimasuki. Jika terdapat tawaran pilihan, Politeknik Nilai, Jabatan Pendidikan Politeknik,
Kementerian Pendidikan Tinggi berhak menolak kesemua tawaran yang dikemukakan.
5.2. Tempoh Perkhidmatan
Tempoh perkhidmatan adalah untuk satu (01) tahun bermula 01 APRIL 2018 HINGGA 31 MAC
2019. Sekiranya pihak Politeknik Nilai, Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan
Tinggi berpuas hati dengan tahap perkhidmatan yang diberikan, penyebut harga akan
ditawarkan penyambungan perkhidmatan untuk tempoh enam (6) bulan pada kadar harga
tawaran yang sama.
5.3. Bon Pelaksanaan / Insurans Perlindungan
5.3.1. Sebelum sesuatu kontrak perkhidmatan yang melebihi nilai RM500,000.00
disempurnakan, penyebut harga yang berjaya adalah dikehendaki menyerahkan Bon
Pelaksanaan bernilai 5% daripada jumlah harga kontrak kepada Kerajaan Malaysia dan
2.5% daripada jumlah harga kontrak adalah bagi perkhidmatan yang kurang nilai dari
RM500,000.00
5.3.2. Bon pelaksanaan hendaklah dalam bentuk JAMINAN BANK daripada bank berlesen dan
berdaftar di Malaysia yang diluluskan. Bagi kontrak yang bernilai tidak melebihi
RM500,000.00 JAMINAN INSURANS atau PERLINDUNGAN TAKAFUL dari syarikat-
syarikat insurans dan takaful yang berdaftar di Malaysia yang diluluskan boleh diterima
selain daripada jaminan bank. Sah laku bon pelaksanaan hendaklah tidak kurang dari
dua belas (12) bulan selepas tamat tempoh jaminan.
5.3.3. Penyebut harga yang berjaya dan telah mengikat kontrak dengan Kerajaan dikehendaki
membayar tuntutan ganti rugi sekiranya didapati pihak Penyebut harga tersebut
melanggar syarat-syarat kontrak (breach of contract) dan disabitkan kesalahan.
Page 5 of 30
5.4. Pembayaran
5.4.1. Semua bayaran hanya dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja melalui ‘Electronic
Fund Transfer’ (EFT);
5.4.2. Sebelum sebarang pembayaran boleh dibuat, kontrak perjanjian Perkhidmatan
hendaklah terlebih dahulu ditandatangani dan dimeterai. Pembayaran akan dikeluarkan
apabila mendapat kelulusan oleh Kerajaan.
5.5. Lokasi Perkhidmatan
5.5.1. Lokasi perkhidmatan di Kampus Politeknik Nilai, Kompleks Pendidikan Bandar Enstek,
71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan Darul Khusus.
5.6. Maklumat Bangunan dan Kawasan
5.6.1. Keseluruhan Bangunan, Premis dan Kawasan Kampus Politeknik Nilai.
6. SKOP KERJA Perkhidmatan kawalan yang diperlukan:
6.1 AM
6.1.1 Perkhidmatan kawalan keselamatan meliputi tugas:-
a) Menjaga dan mengawal pada setiap masa segala bentuk keselamatan terhadap kawasan, bangunan, barang-barang di luar dan di dalam bangunan, lalu lintas dan segala harta benda yang terdapat di dalam kawasan kampus Politeknik Nilai, Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan sama ada milik Kerajaan, pegawai, kakitangan dan pelawat-pelawat.
b) Menjalankan segala bentuk tugas kawalan keselamatan yang diarahkan oleh
pihak Pengurusan Politeknik Nilai dari semasa ke semasa.
6.1.2 Sistem kawalan keselamatan ini adalah meliputi kawalan 24 jam termasuk CUTI UMUM / HARI KELEPASAN AM dan dibahagikan kepada EMPAT (04) jenis kawalan:-
a) Kawalan pada waktu pejabat. b) Kawalan selepas waktu pejabat dan hari kelepasan. c) Kawalan serta pemantauan keluar masuk LALUAN PINTU UTAMA dan PINTU
2 Politeknik Nilai melibatkan pegawai / kakitangan / pelajar Politeknik, pekerja kontraktor / pengusaha kantin / kafeteria pelawat.dan orang awam.
d) Kawalan teknikal menerusi CCTV di laluan pintu masuk utama.
Page 6 of 30
6.2 KAWALAN PADA WAKTU PEJABAT
6.2.1 Membuka serta mengawasi pintu-pintu utama keluar / masuk dan laluan lain ke premis ini dari jam 7.30 pagi.
6.2.2 Menutup serta mengawasi pintu-pintu utama keluar / masuk dan laluan lain ke premis ini dari jam 8.00 malam.
6.2.3 Kawalan keluar / masuk ke kawasan dan bangunan Politeknik Nilai, Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan termasuk:-
a) Anggota pengawal yang bertugas hendaklah sentiasa berwaspada pada setiap
masa dan ketika.
b) Membuat rondaan berjadual di sekitar Blok Pentadbiran, Blok Akademik, Blok Kamsis dan Kediaman Kakitangan, pagar keselamatan dan kawasan persekitaran dari semasa ke semasa.
c) Anggota pengawal hendaklah sentiasa mengawasi gerak-geri dan pergerakan
keluar masuk orang awam yang hendak berurusan dengan pihak Politeknik Nilai. Sekiranya terdapat individu yang mencurigakan, anggota pengawal hendaklah menyoal atau melaporkan kepada pihak Pengurusan Politeknik Nilai atau menahannya (jika perlu).
d) Anggota pengawal hendaklah memastikan bahawa hanya mereka yang
mempunyai dan memakai Pas Keselamatan (Tetap / Sementera / Pelawat) yang dikeluarkan oleh pihak Politeknik Nilai dibenarkan keluar masuk dan diiringi mengikut keperluan.
e) Anggota pengawal hendaklah sentiasa peka terhadap pelawat-pelawat yang
ada urusan rasmi dengan Politeknik Nilai walaupun di luar waktu pejabat dengan memberi bantuan yang sewajarnya.
f) Anggota pengawal hendaklah sentiasa meminta dokumen bertulis dan
merekodkan pergerakan kontraktor / pihak luar yang masuk serta sebarang peralatan atau bahan yang di bawa keluar.
g) Kawalan pergerakan kenderaan dengan menggunakan pelekat kenderaan atau
lain-lain cara yang sesuai bagi mengelak disalahgunakan tempat letak kereta.
h) Anggota hendaklah memastikan kenderaan yang keluar masuk yang melibatkan program perlu memastikan ada surat bertulis dan kebenaran dari pihak pengurusan
6.2.4 Memeriksa semua kenderaan di sekitar Kompleks Bangunan Politeknik Nilai bagi memastikan kesempurnaan dan keselamatan meletak kereta di tempat-tempat yang ditentukan di samping memastikan pemandu tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan dan kawasan yang dilarang serta membantu penguatkuasaan peraturan lalu lintas kampus.
Page 7 of 30
6.2.5 Memeriksa kenderaan yang keluar / masuk bagi mengelakkan daripada membawa harta benda atas tujuan mencuri dan secara jenayah.
6.2.6 Memeriksa pelawat / pengunjung sekiranya disyaki dengan munasabah bahawa orang itu telah atau akan melakukan kesalahan jenayah atau mengganggu atau menyusahkan orang ramai dan menyerahkan dengan serta merta kepada Pihak Berkuasa.
6.2.7 Bertanggungjawab memberi tunjuk arah dan penerangan asas kepada pelawat dan orang awam berkenaan kedudukan pejabat dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di Kampus Politeknik Nilai. 6.2.8 Memeriksa kenderaan keluar / masuk pekerja kontrak yang masih berkuatkuasa di Politeknik.
6.3. KAWALAN SELEPAS WAKTU PEJABAT DAN HARI KELEPASAN UMUM
6.3.1 Bertanggungjawab secara keseluruhan keselamatan kampus dari waktu tutup lampu
pejabat hingga waktu pembukaannya dengan memberi tumpuan dan keutamaan di pintu utama.
6.3.2 Tidak membenarkan sesiapa masuk ke dalam kawasan kampus, bangunan pejabat, Dewan atau Bilik Kuliah atau Kamsis dan kediaman kakitangan sehingga dibuka pada keesokannya kecuali dengan kebenaran pihak Pengurusan Politeknik Nilai atau mana- mana pegawai-pegawai yang menjalankan tugas bagi pihaknya dengan menunjukkan pas keselamatan pejabat / kad kuasa / surat kebenaran dan tujuan tugas kerja yang akan dilakukan.
6.3.3 Memeriksa dan mengunci pintu-pintu utama keluar / masuk serta pintu-pintu utama
yang lain supaya sentiasa berkeadaan baik.
6.3.4 Merekod butiran diri orang awam yang masuk ke dalam kawasan persekitaran bangunan jika perlu.
6.3.5 Memeriksa dan memastikan orang awam yang tidak berkenaaan agar tidak berada di
dalam kawasan / bangunan.
6.3.6 Membuat rondaan di sekitar Kampus Politeknik Nilai setiap 1 jam sekali.
6.3.7 Memeriksa dan memastikan semua pintu masuk / pintu kecemasan berkunci.
6.4 KAWALAN SEMASA PROGRAM / ACARA POLITEKNIK NILAI DAN KEGIATAN LAIN ANJURAN AGENSI LUAR
6.4.1 Kawalan keluar / masuk peserta serta pelawat-pelawat ke pintu-pintu utama.
6.4.2 Kawalan keluar / masuk barang-barang pameran dan kegiatan lain.
6.4.3 Kawalan keluar / masuk Bilik Orang Kenamaan.
6.4.4 Kawalan di kaunter lobi.
Page 8 of 30
6.4.5 Kawalan tempat letak kereta.
6.4.6 Menyediakan anggota tambahan apabila diperlukan.
6.4.7 Kawalan lalu lintas. 7. BILANGAN PENGAWAL KESELAMATAN YANG PERLU DITUGASKAN DI KAMPUS POLITEKNIK NILAI, KOMPLEKS BANDAR PENDIDIKAN ENSTEK, BANDAR ENSTEK
a) Hari Bekerja Biasa / Sabtu / Ahad /Cuti Umum
Bil. Lokasi Kawalan
Bil. Anggota (Syif I)
Bil. Anggota (Syif II)
*8.00 Pagi – 8.00 Malam 8.00 malam – 8.00 Pagi
1.
Pos Pintu Masuk Utama, Blok Pentadbiran, Blok Akademik, Kamsis dan Kediaman Kakitangan, Kawasan Kampus Keseluruhan.
Ketua Pengawal: 1 orang
Pengawal 6 orang Pengawal 6 orang
JUMLAH
6 orang 6 orang
NOTA: KERAJAAN BERHAK UNTUK MEMINDA LOKASI / POS KAWALAN MENGIKUT KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN SEMASA
Statistik penempatan pengawal : i. Ketua Pengawal : 1 orang untuk shif siang / malam ii. Pintu A : 4 orang untuk shif siang / malam iii. Pintu B : 2 orang untuk shif siang / malam iv. Asrama lelaki : 2 orang untuk shif siang / malam v. Asrama perempuan : 4 orang untuk shif siang / malam 7. TUGAS-TUGAS TERTENTU
7.1 Kaunter-kaunter Utama
7.1.1 Kaunter-kaunter utama adalah di Balai Pengawal Pintu Utama dan Balai Pengawal Pintu Kedua laluan keluar masuk Politeknik Nilai.
7.1.2 Kaunter-kaunter Utama mesti dalam keadaan kemas, bersih dan teratur setiap
masa. 7.1.3 Buku Laporan, Daftar Pelawat dan buku lain yang berkaitan mesti ditulis dengan
terang, kemas, teratur serta dikemaskini setiap masa. 7.1.4 Lampu di kaunter-kaunter utama mesti dipasang sepanjang malam.
Page 9 of 30
7.1.5 Memastikan PINTU KELUAR MASUK UTAMA dan LALUAN PINTU 2 ditutup selepas jam 7.00 malam (mengikut perubahan dan arahan pihak Pengurusan Politeknik Nilai).
7.1.6 Ketua Pengawal / Pengawal hendaklah sentiasa berada dalam bilik kawalan CCTV. 7.1.7 Menyediakan laporan CCTV setiap hari dan dihantar kepada Pengurusan Politeknik
Nilai. 7.1.8 Mengawal keseluruhan bangunan melalui CCTV yang disediakan. 7.1.9 Melaporkan segera kejadian yang berlaku kepada Pegawai bertanggungjawab dan
pihak Pengurusan Politeknik Nilai.. 7.1.10 Melaporkan kerosakan di sistem CCTV dengan serta merta. 7.2 Pejabat Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua-ketua Jabatan Akademik dan Ketua Unit. 7.2.1 Memastikan pelawat telah mendaftar di kaunter utama sebelum berurusan dengan pejabat Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Jabatan dan Ketua Unit. 7.2.2 Memastikan pelawat telah diberi Pas Pelawat dan daftar nombor Pas Pelawat. 7.2.3 Memastikan pelawat menyatakan tujuan lawatan di buku daftar yang telah disediakan. 7.2.4 Memastikan pelawat berpakaian sopan. 7.2.5 Memastikan tiada bahan-bahan terlarang / senjata / alatan berbahaya dibenarkan masuk ke premis. 7.2.6 Memastikan pelawat yang berurusan atas urusan rasmi sahaja dibenarkan masuk ke permis. 7.3 Kawalan di Sekitar Bangunan / Tempat Letak Kereta 7.3.1 Pintu keluar / masuk utama hendaklah diberi pengawasan 24 jam pada tiap-tiap hari bekerja termasuk Cuti Umum. Walau bagaimanapun kebenaran keluar dan masuk boleh diberi kepada orang-orang awam apabila ada lawatan / pameran / latihan sehingga jam 10.00 malam sahaja. 7.3.2 Memastikan tiada kenderaan menghalang laluan keluar masuk. 7.3.3 Semua pelawat yang masuk hendaklah dikenalpasti atas tujuan yang dibenarkan sahaja. 7.3.4 Semua pelawat yang berurusan hendaklah mendaftar dibuku pendaftaran yang disediakan dan menggunakan Pas Pelawat. 7.3.5 Kenderaan yang keluar / masuk mesti diperiksa dengan teliti terutama sekali yang membawa barang-barang.
Page 10 of 30
7.3.6 Pastikan semua jenis kenderaan diletakkan di tempat letak kenderaan yang betul
seperti disediakan.
7.3.7 Pastikan kenderaan yang ada Pelekat Pas Kenderaan sahaja yang boleh meletakkan kenderaan atau kenderaan yang dibenarkan sahaja.
8. Laporan Buku Laporan berikut perlu dilengkapkan setiap hari oleh pengawal-pengawal yang bertugas dan di hantar ke pihak Pengurusan Politeknik pada jam 9.00 pagi keesokan hari :-
i. Buku Laporan Harian. ii. Buku Daftar Pelawat. iii. Laporan Clocking. iv. Buku Laporan CCTV. v. Melapor sebarang kejadian mencurigakan atau dikuatiri menggangu keselamatan bangunan atau warga Kementerian dengan segera kepada pihak Pengurusan Kementerian.
9. Penggunaan Premis Oleh Pihak Luar Pihak luar hanya dibenarkan menggunakan ruang pameran, Dewan Serbaguna atau lain-lain ruang di premis ini setelah mendapat kebenaran bertulis daripada Pihak Pengurusan Politeknik Nilai.Pengawal bertugas dikehendaki:- 9.1 Menyediakan buku daftar untuk merekod keluar / masuk penyewa / pengguna premis ke dalam bangunan. 9.2 Mendapatkan salinan surat kelulusan bertulis bagi sebarang penggunaan ruang persembahan di bilik pameran, Dewan Serbaguna atau lain-lain tempat di kawasan / bangunan bagi tujuan pengesahan. 9.3 Melaporkan dengan serta merta kepada Pengurusan KPK mengenai penggunaan premis tanpa kebenaran 10. CIRI-CIRI PENGAWAL
10.1 Terdiri daripada warganegara Malaysia (bekas tentera / polis / pesara), mempunyai Mykad yang sah serta disahkan TIADA REKOD JENAYAH DAN BEBAS DADAH.
10.2 Boleh bertutur dan memahami Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan sifat
peramah berkonsepkan MESRA PELANGGAN akan di beri keutamaan. 10.3 Telah LULUS TAPISAN KESELAMATAN Polis dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN). 10.4 Anggota yang terlatih dalam bidang Pengawalan Keselamatan serta boleh membaca
dan menulis.
Page 11 of 30
10.5 Umur mestilah melebihi 20 tahun hingga 60 tahun (umur 50 – 60 tahun mesti sihat tubuh badan dan disahkan oleh DOKTOR PERUBATAN KERAJAAN atau PENGAMAL PERUBATAN yang diiktiraf).
10.6 Sihat, tegap, cergas, berdisiplin dan tidak terlibat dalam PENYALAHGUNAAN DADAH
serta mempunyai penglihatan yang baik serta tidak cacat tubuh badan. 10.7 Berpengetahuan dalam bidang pertolongan cemas dan kebakaran. 10.8 Walau apa jua perbekalan di atas, anggota yang ditempatkan tertakluk kepada
persetujuan Pihak Pengurusan Politeknik Nilai. 11. KELENGKAPAN
Syarikat hendaklah menyediakan kelengkapan seperti berikut sepanjang tempoh kontrak :-
GARIS PANDUAN MENGENAI PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM BAGI PENGAWAL KESELAMATAN Bagi maksud menyeragamkan pemakaian pakaian seragam pengawal keselamatan, syarikat kawalan keselamatan adalah dikehendaki supaya mematuhi garis panduan yang ditetapkan mengenainya seperti berikut :
11.1 Pihak Syarikat hendaklah memilih salah satu pakaian seragam bagi semua pengawal keselamatan. Warna dan jenis fabrik pakaian seragam adalah seperti berikut :
*Warna-warna lain dibenarkan dan kualiti fabrik pakaian seragam adalah setanding serta mendapat persetujuan dan kelulusan pihak Pengurusan Politeknik 11.1.2 Baju
Lelaki Baju kemeja dengan dua poket tampal di bahagian dada. Baju di masukkan ke dalam seluar (tuck-in). Bush jacket dan jaket adalah tidak dibenarkan;
Wanita Kemeja bush jacket lengan pendek / panjang dengan dua poket tampal di bahagian dada dan dua poket dalam bertudung di bahagian bawah pinggang. Jaket adalah tidak dibenarkan;
Rantai wisel dipakai antara butang kedua dan ketiga serta wisel dimasukkan ke dalam poket sebelah kiri;
Logo syarikat pada lengan kiri baju;
Pilihan Baju Kemeja Ketua Pengawal
Baju Kemeja Pengawal
Seluar
Kombinasi 1 Beige 14 (MS 888) Biru 8005 (MS 888)
Hitam 9 (MS 888)
Kombinasi 2 Biru 8005 (MS 888)
Beige 14 (MS 888)
Biru Gelap 8021 (MS 888)
Page 12 of 30
Logo PPKKM pada lengan kanan baju;
Tanda nama pengawal pada bahagian atas saku / poket kanan baju; dan
Nama syarikat pada bahagian atas saku / poket kiri.
11.1.2 Seluar
Seluar panjang berwarna gelap seperti spesifikasi yang telah dipilih (merujuk kepada jadual 10.1.2)
11.1.3 Pakaian Kepala
Pakaian kepala mestilah dipakai semasa bertugas kecuali di dalam bangunan berbumbung;
Syarikat hendaklah menyediakan pakaian kepala jenis Peak Cap dan pilihan warna bergantung pada kesesuaian syarikat. Walau bagaimanapun, hanya satu warna pakaian kepala dibenarkan bagi setiap syarikat.
Bagi wanita bertudung, tudung berwarna hitam sahaja dibenarkan. Tudung perlu dimasukkan ke dalam baju. Manakala wanita tidak bertudung, rambut perlu diikat dengan kemas;
Rambut mestilah pendek serta kemas (lelaki).
11.1.4 Tali Pinggang
Tali pinggang berwarna hitam dengan buckle tanpa coak (plain).
Saiz tali pinggang tidak terlalu besar dan menonjol.
11.1.5 Kasut
Kasut bertali warna hitam. Kasut kanvas dan sukan tidak dibenarkan.
11.1.6 Stokin
Stokin berwarna hitam / gelap (plain).
11.1.7 Aksesori-aksesori lain
Epaulette berwarna hitam bagi pengawal keselamatan.
Epaulette bagi pengawal keselamatan mempunyai perkataan “SECURITY” berwarna kuning emas di hujungnya;
Lencana pangkat pada epaulette samada berbentuk stripe atau butang metal (engrave pada butang pangkat hanyalah mengikut logo syarikat sahaja). Pemakaian pangkat tertakluk kepada syarikat masing-masing;
Menggantung cota di sebelah kanan seluar;
Warna tali wisel atau lanyard mengikut pilihan syarikat kawalan keselamatan;
Page 13 of 30
Kad pengawal keselamatan berwarna biru dengan tulisan berwarna putih beserta gambar;
Menggunakan tanda nama pengawal berwarna kuning dengan tulisan berwarna hitam;
Penggunaaan cermin mata hitam tidak dibenarkan semasa bertugas kecuali bagi mereka yang mendapat kelulusan daripada pegawai perubatan atas sebab-sebab kesihatan;
Dilarang memakai beg galas atau pouch semasa bertugas; dan
Aksesori seperti barangan kemas tidak dipakai secara keterlaluan. 12. ALAT PERHUBUNGAN Syarikat hendaklah membekalkan alat perhubungan radio seperti walkie talkie kepada pengawal dan Pegawai Keselamatan. Usaha mendapatkan lesen kebenaran yang diperlukan bagi menggunakan alat tersebut adalah menjadi tanggungjawab Syarikat itu sendiri. 13. TANGGUNGJAWAB
13.1 Anggota pengawal bertanggungjawab kepada Pihak Pengurusan Politeknik Nilai atau mana-mana pegawai yang menjalankan tugas bagi pihaknya.
13.2 Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia berhak menentukan perlaksanaan
perkhidmatan tersebut. 13.3 Menyelenggara buku catatan berkenaan peristiwa atau kejadian berkaitan dengan
keselamatan serta mengemukakannya kepada Pihak Pengurusan Politeknik Nilai apabila diperlukan.
13.4 Menghubungi pihak berkenaan termasuk Ketua Jabatan, Polis, Bomba, Hospital pada
masa kecemasan. 13.5 Memberi bantuan awal terhadap keperluan kecemasan termasuk memadam kebakaran
dan kecederaan. 13.6 Memastikan semua lampu di dalam bilik air, tangga dan koridor dan lain-lain
dipadamkan apabila tidak diperlukan. 13.7 Pengawal Keselamatan hanya dibenarkan bekerja tidak melebihi 12 jam sehari. 13.8 Syarikat hendaklah atas perbelanjaan dan kos sendiri menanggung dan bertanggung
jawab ke atas sebarang kehilangan, kerosakan, kemusnahan harta benda dan/atau kerugian yang dialami oleh Kerajaan yang disebabkan oleh kecuaian syarikat. Apa-apa tuntutan oleh Kerajaan di bawah Klausa 12.8 ini hendaklah disempurnakan pembaikan dan/atau penggantian dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh tuntutan dan Kerajaan berhak mendapatkan amaun tuntutan sama ada dengan membuat set off daripada apa-apa bayaran atau di bawah bon pelaksana.
Page 14 of 30
14. PERJANJIAN
14.1 Kerajaan berhak menamatkan kontrak tanpa notis pada bila-bila masa terhadap
perkhidmatan yang gagal mematuhi perjanjian tanpa apa-apa tuntutan gantirugi. 14.2 Syarikat terikat dengan peruntukan-peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972.
14.3. Syarikat dikehendaki mengemukakan senarai anggota pengawal kepada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia melalui Pengurusan Politeknik Nilai. 15. DENDA
15.1 Sekiranya berlaku kekurangan kakitangan disebabkan oleh ketidakhadiran atau cuti sakit atau cuti tahunan, syarikat hendaklah mengambil tindakan serta merta menyediakan PENGGANTI sementara untuk mencukupkan bilangan seperti yang dinyatakan di para 4. Pengawal gantian itu hendaklah melaporkan diri kepada Ketua Pengawal tidak lewat daripada 1 jam dari waktu dia mula bertugas bagi satu-satu syif. Kegagalan menyediakan pengganti akan menyebabkan potongan dibuat mengikut kadar bayaran kontrak untuk bilangan dan masa.
15.2 Potongan bayaran akan dikenakan sebanyak 1 jam sekiranya pengawal lewat bertugas pada 30 minit pertama.
16. BAYARAN Kerajaan akan membuat bayaran secara bulanan kepada syarikat setelah perkhidmatan kawalan keselamatan dengan memuaskan dan disahkan oleh Pengurusan Politeknik Nilai untuk bulan yang berkenaan. 17. HAL-HAL LAIN
17.1 Anggota pengawal yang tidak bertugas mestilah meninggalkan kawasan dengan
segera selepas waktu bekerja kecuali di kaunter-kaunter utama atau atas kebenaran pihak Pengurusan Politeknik Nilai.
17.2 Syarikat adalah bertanggungjawab menjaga kebersihan kaunter-kaunter utama dan bilik pengawal Politeknik Nilai. 17.3 Anggota pengawal tidak boleh membuat laporan polis secara terus tanpa melalui pihak Pengurusan Politeknik Nilai. 17.4 Anggota pengawal hendaklah menyerahkan semua barang-barang yang dijumpai
kepada pihak Pengurusan Politeknik Nilai. 17.5 Anggota pengawal dilarang menggunakan kekerasan ke atas pegawai, kakitangan Politeknik Nilai, Pelajar Politeknik dan orang awam dalam apa jua keadaan. 17.6 Anggota pengawal tidak boleh bergurau senda, berbual dan menghisap rokok semasa bertugas.
Page 15 of 30
17.7 Anggota pengawal tidak dibenarkan membawa apa-apa senjata yang merbahaya
semasa menjalankan tugas. 17.8 Anggota pengawal yang didapati cuai semasa menjalankan tugas boleh diberhentikan. 17.9 Anggota pengawal tidak boleh bertengkar dengan pegawai dan kakitangan Politeknik
Nilai, pelajar serta orang awam. Sebarang masalah yang timbul perlu dirujuk dan dilaporkan kepada pihak Pengurusan Politeknik Nilai dan Syarikat.
17.10 Syarikat hendaklah mengemukakan senarai nama anggota pengawalnya kepada pihak Pengurusan Politeknik Nilai sebelum mengambil alih tugas di Politeknik Nilai. Senarai
nama tersebut mestilah termasuk gambar terkini, nama, umur, tarikh lahir, nombor kad pengenalan,alamat tempat tinggal yang sah dan hendaklah melepasi tapisan
keselamatan polis. 17.11 Adalah menjadi tanggungjawab Syarikat untuk menjaga keselamatan pekerjanya, orang awam dan segala harta di kawasan dan bangunan sekitarnya. Sebarang kemudaratan, kehilangan atau kerosakan yang melibatkan nyawa atau harta benda sama ada milik persendirian atau milik Kerajaan akan dikenakan tuntutan yang munasabah ke atas Syarikat.
Page 16 of 30
LAMPIRAN 1
JADUAL PENEMPATAN CLOCKING
BIL PENEMPATAN POINT (CLOCKING)
1 Bangunan Pentadbiran 1
2 Parking Bas 1
3 Jabatan Agroteknologi 1
4 Bangunan Bengkel Kimpalan 1
5 Bangunan Pusat Sumber 1
6 Bangunan Asrama Jati 1
7 Kafeteria Sri Tanjung 1
8 Tangki air depan Bangunan Asrama Jati 1
9 Bangunan Koperasi 1
10 Bangunan Cemara Inn 1
11 Bangunan Dewan Sri Putra 1
12 Bangunan Kuarters Kerajaan 1
* Perubahan adalah tertakluk kepada persetujuan Pihak Pengurusan.
Page 17 of 30
LAMPIRAN 2
TOLAKAN
BIL. PELANGGARAN FORMULA TOLAKAN
1. Syarikat gagal menempatkan Pengawal
Keselamatan di Premis pada satu-satu masa
KHS x Bil. Pengawal Tidak Hadir x Bil.
Hari / Jam Ketiadaan Pengawal
Keselamatan
2. Syarikat tidak dapat menyediakan atau
menempatkan bilangan Pengawal
Keselamatan mengikut cara, masa dan
tempat yang ditetapkan dalam
KHS x Bil. Pengawal Tidak Hadir x Bil.
Jam Ketiadaan Pengawal
Keselamatan
3. Pengawal Keselamatan tidak menjalankan
rondaan dan clocking (termasuk kelewatan
melaksanakan rondaan dan clocking) di
tempat-tempat yang telah ditetapkan di
bawah Perjanjian
Bil. Kegagalan * x (20% x KHS)
*Bil.Kegagalan = Bil. Clocking
Rondaan x Kekerapan Rondaan
4. Berlakunya kehilangan atau kerosakan harta
Kerajaan di Premis yang disebabkan oleh
kecuaian, kelalain atau salah laku Syarikat
atau Pengawal Keselamatan atau mana-
mana pekerja Syarikat
Sejumlah penalti yang akan
ditentukan oleh Kerajaan kemudian
5. Peralatan atau kelengkapan yang disediakan
oleh Syarikat bagi tujuan Perkhidmatan di
Premis tidak disediakan atau tidak berfungsi
dan tidak disenggara dengan baik
1% x Jumlah Bayaran Perkhidmatan
sebulan
6. Pengawal Keselamatan tidak memakai
pakaian seragam yang diluluskan oleh
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan tidak
sentiasa berada dalam keadaan bersedia
untuk melaksanakan Perkhidmatan semasa
bertugas
KHS x Bil. Pengawal Tidak Memakai
Pakaian Seragam / Bil. Pengawal
Dalam Keadaan Tidak Bersedia x
Kelewatan (kiraan dalam jam);
atau
1% x Jumlah Bayaran Perkhidmatan
sebulan
Page 18 of 30
LAMPIRAN 3 LAMPIRAN Q
Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini (Kew.284-Pin./94) No. Sebutharga : PNS(S)400-7/1-8-9
KERAJAAN MALAYSIA (ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)
NEGERI SEMBILAN
SEBUTHARGA BEKALAN / PERKHIDMATAN Kepada (Nama Syarikat) ............................................... Pelawaan Sebutharga dikeluarkan Oleh : Pengarah,
Politeknik Nilai, No.Telefon : ................................................................. Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, No. Pendaftaran dengan Kem.Kewangan : 71760 Bandar Enstek, Negeri Sembilan ...................................................................................... No. Tel : 06-7980400 No. Faks : 06-7911269 Kod Bidang : 220801 (KAWALAN KESELAMATAN)
1. Sila beri Sebutharga untuk SEBUTHARGA PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI POLITEKNIK NILAI MULAI 01 APRIL 2018 HINGGA 31 MAC 2019 tertakluk syarat-syarat yang ditetapkan :- 1.1 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat berlakri dan bertanda “No.
Sebutharga “PNS(S)400-7/1-8-9’’ 1.2 Syarat Penyelenggaraan /Penyempurnaan:............................................. 1.3 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan:....................................................... 1.4 Arahan Pengiriman: PENGARAH, POLITEKNIK NILAI. 1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas
tidak lewat pada 05 Mac 2018 (Isnin) jam 12.00 tengahari. 1.6 Tempoh sahlaku Sebutharga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.
i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih dan ii) Tarikh penyerahan/penyempurnaan ialah ..............................................
Saya / Kami dengan ini menawarkan untuk melaksanakan kerja-kerja di atas dengan harga dan syarat-syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan dibelakang ini.
Tandatangan Penyebutharga : ................................................................
Nama : ................................................................
No. K/P : ................................................................
Alamat Syarikat : …………................................................…... ............................................................... ................................................................ Tarikh : …………........……......
Bil Perihal barang-barang/perkhidmatan dan syarat-syarat khas.
Unit Ukuran
Kuantiti/ Kekerapan
Kadar Sehari (RM)
Harga (RM)
1.
SEBUTHARGA PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI POLITEKNIK NILAI MULAI 01 APRIL 2018 HINGGA 31 MAC 2019
JUMLAH
6% Keseluruhan
....................
...................
....................
Page 19 of 30
LAMPIRAN 4
LATAR BELAKANG SYARIKAT 1. Nama Syarikat : ___________________________________ 2. Alamat syarikat : ___________________________________ ___________________________________ ___________________________________ 3. No. Telefon : ____________________________________ No. Faks : ____________________________________ 4. No. Pendaftaran Dengan KDN : ____________________________________ 5. Tarikh Daftar : ______________________________________ 6. Taraf ( Bumiputera / Bukan Bumiputera ) : _____________________________ Jika Bumiputera tempoh sah taraf : Dari ___________ Hingga _____________ 6. Tarikh Syarikat ditubuhkan : ______________________________________ 7. Jenis Perniagaan : ______________________________________ 8. Taraf Syarikat (Bumiputera / Bukan Bumiputera) : _______________________ (Sila sertakan Salinan Sijil) 9. LEMBAGA PENGARAH / PEMEGANG SAHAM UTAMA / PEMEGANG EKUITI Nama No.K/P Warganegara
i.
ii.
iii.
iv.
10. Nama Bank :__________________________________________ Alamat :__________________________________________ __________________________________________ 11. Modal yang dibenarkan :_____________________________________ 12. Modal Berbayar :_____________________________________ 13. Kemudahan Overdraf : ____________________________________
Page 20 of 30
Nama dan Alamat Bank :_____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ _____________________________________ (Salinan Penyata bank tiga (3) Bulan terakhir (wajib)
14. KOMPOSISI MODAL Bilangan pemegang saham mengikut jumlah unit saham
Bilangan Pemegang Jumlah Unit %
(a) Bumiputra ________________ ___________ ___
(b) Bukan Bumiputera ________________ ___________ ___
(c) Lain-lain ________________ ___________ ___
(d)
(bukan warganegara)
15. KOMPOSISI KAKITANGAN Bumiputera Bukan Bumiputera Jumlah
(a) Eksekutif _________ _________ _____
(b) Teknikal _________ _________ _____
(c) Perkeranian _________ _________ _____
(d) Anggota Pengawal _________ _________ _____
Dengan ini saya mengesahkan bahawa semua keterangan di atas adalah benar. Tandatangan : ____________________ Nama : ____________________ Jawatan : ____________________ Cop Syarikat : Tarikh : ____________________
Page 21 of 30
LAMPIRAN 5
JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI
NO. MINIMUM SPESIFIKASI PEMATUHAN PENYEBUT
HARGA
1. SYARAT-SYARAT PENYEBUTHARGA *
2. KAWALAN PADA WAKTU PEJABAT *
3. KAWALAN SELEPAS WAKTU PEJABAT DAN HARI KELEPASAN
*
4. KAWALAN SEMASA PROGRAM POLITEKNIK NILAI SERTA KEGIATAN LAIN ANJURAN AGENSI LUAR
*
5. JADUAL MASA PERKHIDMATAN KAWALAN YANG DIPERLUKAN
*
6. JADUAL PENEMPATAN CLOCKING *
7. TUGAS-TUGAS TERTENTU
Pondok Pengawal/Kaunter Pengawal
Bilik CCTV
Pintu Masuk Utama (Pintu Gerbang)
Pelawat-pelawat
Kenderaan
Keluar/Masuk Barang-barang
Buku Laporan
Penggunaan Premis oleh Pihak Luar
Kawalan kenderaan pekerja kontrak keluar / masuk
8. CIRI-CIRI PENGAWAL *
9. KELENGKAPAN *
10. TANGGUNGJAWAB *
11. PERJANJIAN *
12. DENDA / PENOLAKAN *
13. KERJA LEBIH MASA *
[*Diisi oleh penyebutharga]
Saya mengesahkan bahawa segala maklumat di atas adalah benar belaka;
Yang benar,
___________________________ (Nama dan No. KP)
Cop Syarikat :
Page 22 of 30
LAMPIRAN 6
SENARAI PERALATAN YANG AKAN DISEDIAKAN
BIL PERALATAN KEPERLUAN DIBEKALKAN
1 Pakaian seragam lengkap (2 pasang setiap seorang)
26
2 Logo Syarikat 13
3 Logo PPKKM 13
4 Wisel 13
5 Tanda Nama 13
6 Pakaian kepala :- Topi
13
7 Kasut 13
8 Cota 13
9 Epaulette 13
10 Kad pengawal keselamatan 13
11 Lanyard (tali wisel) 13
12 Walkie-talkie 6
13 Mesin perakam waktu 1
14 Sistem watchman clocking atau guard tour
13
15 Kon 15
16 Lampu Suluh 13
17 Vest 13
Page 23 of 30
LAMPIRAN 7
JADUAL A1
JADUAL KADAR HARGA
BIL PERIHAL TAWARAN HARGA (RM)
1 KADAR HARGA SEORANG Ketua Pengawal (sejam)
2 (a) KADAR HARGA KESELURUHAN KETUA PENGAWAL KAWALAN KESELAMATAN (SEBULAN)
3 KADAR HARGA SEORANG Pengawal (sejam)
4 (b) KADAR HARGA KESELURUHAN PENGAWAL KESELAMATAN (SEBULAN)
5 JUMLAH KADAR HARGA SEBULAN (a+b)
6 JUMLAH HARGA BAGI SETAHUN (RM)
* Perkiraan sebulan : Harga sejam X Bil.Pekerja X 12 jam X 30.5 hari Bil. Ketua pengawal : 1 orang Bil. Pengawal : 12 orang
Page 24 of 30
LAMPIRAN 7
JADUAL A2
JADUAL KADAR HARGA
BIL PERIHAL TAWARAN HARGA (RM)
1 KADAR HARGA SEORANG Ketua Pengawal (sejam)
2 (a) KADAR HARGA KESELURUHAN KETUA PENGAWAL KAWALAN KESELAMATAN (SEBULAN)
3 KADAR HARGA SEORANG Pengawal (sejam)
4 (b) KADAR HARGA KESELURUHAN PENGAWAL KESELAMATAN (SEBULAN)
5 JUMLAH KADAR HARGA SEBULAN (a+b)
6 JUMLAH HARGA BAGI SETAHUN (RM)
7 CUKAI (6%)
8 JUMLAH HARGA KESELURUHAN TERMASUK CUKAI (RM)
* Perkiraan sebulan : Harga sejam X Bil.Pekerja X 12 jam X 30.5 hari Bil. Ketua pengawal : 1 orang Bil. Pengawal : 12 orang
Page 25 of 30
LAMPIRAN 8
GAMBAR BERWARNA PAKAIAN SERAGAM SERTA KEPERLUAN YANG DISEDIAKAN (DEPAN, BELAKANG DAN SISI)
Page 26 of 30
LAMPIRAN 9 REKOD PENGALAMAN DENGAN KERAJAAN
(Senarai kontrak yang telah dilaksanakan dalam 2 tahun lepas)
BIL NAMA KONTRAK NILAI KONTRAK RM
NILAI PENYEBUT HARGA BERTANGGUNGJAWAB (+)
TEMPOH KONTRAK (++)
TARIKH MULA KONTRAK
TARIKH TAMAT KONTRAK
NAMA DAN ALAMAT MAJIKAN
PETUNJUK: + - Hanya perlu diberikan sekiranya petender melaksanakan kerja sebagai ahli syarikat gabungan. ++ - Tempoh kontrak hendaklah termasuk lanjutan masa yang diluluskan.
Page 27 of 30
LAMPIRAN 10
REKOD PENGALAMAN DENGAN SEKTOR SWASTA (Senarai kontrak yang telah dilaksanakan dalam 3 tahun lepas)
BIL NAMA KONTRAK NILAI KONTRAK
RM NILAI PENYEBUT HARGA
BERTANGGUNGJAWAB (+) TEMPOH
KONTRAK (++) TARIKH MULA
KONTRAK TARIKH TAMAT
KONTRAK NAMA DAN
ALAMAT MAJIKAN
Peringatan Penting: Sebut harga yang tidak dapat disediakan dengan lampiran ini bagi setiap kerja semasa yang disenaraikan mungkin tidak akan dipertimbangkan.
Page 28 of 30
LAMPIRAN 11
REKOD PENGALAMAN KONTRAK KAWALAN KESELAMATAN YANG MASIH DI DALAM JAGAAN SEKARANG BIL NAMA KONTRAK NILAI KONTRAK
RM NILAI PENYEBUT HARGA
BERTANGGUNGJAWAB (+) TEMPOH
KONTRAK (++) TARIKH MULA
KONTRAK TARIKH TAMAT
KONTRAK NAMA DAN
ALAMAT MAJIKAN
Peringatan Penting: Sebut harga yang tidak dapat disediakan dengan lampiran ini bagi setiap kerja semasa yang disenaraikan mungkin tidak akan dipertimbangkan
Page 29 of 30
LAMPIRAN 12
SURAT AKUAN PEMBIDA
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA API
DI POLITEKNIK NILAI, NEGERI SEMBILAN
Saya, ________________________________________ nombor K.P _________________________
yang mewakili _____________________________________________________ nombor Pendaftaran
_______________________________________________ dengan Ini mengisytiharkan bahawa saya
atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada
mana-mana individu POLITEKNIK NILAI, NEGERI SEMBILAN JABATAN PENDIDIKAN
POLITEKNIK MALAYSIA atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam
tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya
mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar
atau memberi rasuah kepada mana-mana individu Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia atau mana-mana individu lain sebagai sokongan untuk dipilih dalam tender/sebut harga*
seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau
2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana
individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga*
seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada
Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Yang benar,
____________________________________
(Nama dan No. KP)
Cop Syarikat :
Catatan: *Potong mana yang tidak berkaitan.
Surat Akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan Kuasa dari syarikat.
Page 30 of 30
Kepala Surat Syarikat
Pengarah, Politeknik Nilai Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, 71760, Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Tarikh: Tuan,
SURAT PERWAKILAN KUASA MENANDATANGANI BAGI PIHAK SYARIKAT
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa saya,……...............................................................................
No. Kad pengenalan ……........................................................................ selaku pemilik
syarikat ……....................................................................................... akan menandatangani
sendiri semua dokumen berkaitan dengan urusan perolehan PERKHIDMATAN KAWALAN
KESELAMATAN TANPA SENJATA API DI POLITEKNIK NILAI, NEGERI SEMBILAN
MULAI 01 APRIL 2018 HINGGA 31 MAC 2019 ( SATU TAHUN) atau mewakilkan kuasa
untuk menandatangani bagi pihak syarikat untuk urusan perolehan tersebut iaitu:
Nama : ……...........................................................
Alamat : ……...........................................................
Jawatan : ……...........................................................
No. K/P : ……...........................................................
No Telefon : ……...........................................................
No Faks : ……..........................................................
Emel : ……...........................................................
3. Sehubungan itu, dikemukakan untuk maklumat/ rujukan pihak tuan selanjutnya.
Pihak kami akan memaklumkan kepada pihak Kementerian sekiranya terdapat perubahan
penama bagi perkara ini secara rasmi.
Sekian, terima kasih.
…….........................................
(NAMA PEMILIK SYARIKAT)
Jawatan:
Cop Syarikat:
Catatan: *Potong mana yang tidak berkaitan
Top Related