PESONA siswa MALAYSIA
Jun 2015 Edisi Ketiga
Tanggapan Pertama,
pentingkah?
1
Rahsia Tulisan Tangan
Berjubah Lebih Feminim
Dari Meja Editor Salam sayang,
Bulan ini saya suka nak kongsi tentang passion!
Agaknya anda tahu tak apa passion anda sekarang? Macamana nak terangkan tentang passion ye, Passion adalah sesuatu yang menjadi keterujaan, keseronokan, kepuasan. Yang penting kita akan sangat bahagia berbicara tentang passion kita. Mungkin tak sama dengan orang lain terdekat dengan kita, tapi kita memang tahu sama ada secara sedar ataupun tidak.
Passion saya dulu, kini dan insyallah selamanya adalah apabila saya duduk
menghasilkan Pesona Siswa ini!!! Inilah yang menjadi impian sejak di bangku sekolah. Orang pertama yang menjadi idola saya ketika itu adalah seorang kakak senior di sekolah menengah pada tahun 1997 Melati Kesuma, yang suka membaca majalah kecantikan. Guess what, beberapa tahun kemudian saya dapati beliau merupakan penulis majalah yang saya langgan ketika itu pada tahun 2005. Sejak dari itu saya sedar bukan mustahil untuk saya memiliki majalah saya sendiri.
Majalah Pesona Siswa dalam bentuk digital merupakan buah tangan buat semua siswa seluruh Malaysia. E-majalah ini juga sangat relevan buat golongan profesional terutama pendidik yang dekat dengan siswa.
Jom terokai passion kita masing-masing dan kita pasti bahagia!
Salam sayang,
Sue Suri
2
KONSULTAN imej
3
Edisi Ketiga
4
o Berjubah Lebih Feminim
o Jam Tangan, Keperluan @ Kehendak
o Tips First Impression berimpak tinggi
o Serlah Imej dengan Komunikasi
o Rahsia Tulisan Tangan
o Book Review – How To Be An Even Better
Manager
o Resepi untuk Kurus
FB Page
PESONA SISWA
5
www.pesonasiswa.com
BERJUBAH Pemakaian jubah muslimah sedang menjadi
trend fesyen terkini yang hangat. Fesyen jubah
ini diminati oleh semua wanita tidak mengira
umur, malah golongan lelaki juga tidak
terkecuali.
Kenapa fesyen jubah ini menjadi fenomena
dengan cepat? Sudah tentu kerana ia sangat
selesa dan mudah disarungkan. Wanita tampil
lebih feminin dengan imej anggun. Walaupun ia
fesyen semasa, tetapi berhati-hati dengan
pemilihan jubah yang ingin digayakan. Tersilap
memilih jubah, ia bukan sahaja merosakkan
penampilan, malah membuatkan anda tampak
ketinggalan zaman, tenggelam dalam jubah atau
lebih teruk, dipandang serong.
Mari semak jubah pilihan anda supaya ia
menyerlahkan keanggunan seorang wanita,
bukan sebaliknya.
6
Lebih Feminim
SESUAIKAN DENGAN BENTUK TUBUH Fesyen ini bermula dengan kegilaan maxi dress,
kini ia beralih kepada jubah muslimah. Jika dulu
jubah hanya berbentuk lurus tanpa sebarang
potongan istimewa, sekarang kedua-dua fesyen ini
digabungkan menjadi ‘Jubah Dress’. Fesyen jubah
dress dengan potongan payung atau kembang ala-
ala princess menampakkan keanggunan. Namun,
jika mempunyai bahu lebar dan payudara yang
besar, elakkan memakai fesyen jubah begini. Ia
akan membuatkan anda kelihatan lebih kembang.
Jika mempunyai pinggul yang lebar, pilih jubah
yang jenis potongan ‘A’. Pemilihan potongan yang
salah akan menyebabkan anda tenggelam di dalam
jubah atau membuatkan anda tampak lebih besar
dari sepatutnya.
7
Jubah melambangkan kesederhanaan.
Elakkan memakai perhiasan yang terlalu
besar atau aksesori yang terlalu
sarat. Perincian pada jubah juga seharusnya
sederhana sahaja dan diletakkan di tempat
yang sesuai. Pilih jubah yang mempunyai
perincian seperti labuci, manik ataupun corak
yang tidak membuatkan anda tampak lebih
besar. Perincian di bahagian pinggang hanya
sesuai untuk wanita yang mempunyai
pinggang yang kecil atau hanya sesuai utk
bentuk badan jam pasir. Pilih jubah yang
mempunyai perincian di bahagian atas jika
bahagian bawah tubuh anda lebih besar.
Begitulah sebaliknya jika mempunyai bahu
yang lebar atau perut yang besar , pilih jubah
yang mempunyai perincian di bahagian
bawah. Jika mengenakan jubah bercorak,
padankan dengan bag yang kecil atau
sederhana agar ia tidak menambahkan saiz
badan anda.
Kembalilah kepada tujuan sebenar pemakaian jubah di kalangan wanita muslimah. Ia dipakai
untuk menutup aurat dengan sempurna agar wanita dihormati. Kesalahan paling besar bagi
wanita yang mengayakan jubah adalah bila pakaian dalam jelas kelihatan di bawah baju.
Malah ada juga yang melekat di tubuh serta jarang. Pilih jubah dari fabrik yang tebal, tidak
melekat dan dapat menutup bentuk badan anda. Cara yang paling mudah adalah dengan
memakai pakaian dalam yang sesuai seperti korset dan seluar panjang. Tubuh anda lebih
kemas, jubah anda tidak melekat di badan, malah ia dapat menyembunyikan garisan coli dan
juga seluar dalam. Hormati diri anda untuk dihormati oleh orang lain.
REKAAN
SEDERHANA
MENUTUP
AURAT
DENGAN
SEMPURNA
8
Elakkan warna jubah yang cerah jika anda
mempunyai badan ‘plus size’ atau rangka badan
yang besar. Tidak dinafikan warna gelap atau hitam
boleh memberikan ilusi diri anda lebih kurus.
Gandingkan dengan tudung dan kasut sedondon
untuk menampakkan diri anda yang lebih tinggi.
Jika anda rendah, elakkan memakai jubah dengan
warna berlainan dijahit secara melintang kerana ia
bagaikan memotong badan anda dan menjadikan
anda lebih pendek. Kenalpasti bahagian tubuh yang
bermasalah dan pilih warna yang gelap untuk
mengalihkan perhatian ke tempat lain. Wanita
mempunyai perut yang sedikit besar, tetapi memakai
jubah yang menggunakan warna cerah di bahagian
perut, ia akan membuatkan anda kelihatan seperti
wanita mengandung.
Jubah hanya sesuai untuk menghadiri majlis-majlis
atau acara tidak formal sahaja. Ia tidak sesuai
dipakai ke pejabat ataupun ketika membuat
pembentangan. Malah jika acara semi formal, ia
perlu digandingkan dengan ‘blazer’ supaya tidak
kelihatan terlalu santai. Fesyen jubah dengan
menggunakan fabrik satin yang berkilat atau
mempunyai perincian labuci dan manik hanya
sesuai untuk acara malam. Ia bukan untuk
digayakan semasa menghadiri kelas, majlis formal
atau temuduga.
Jubah yang tidak sesuai akan merosakkan penampilan anda tanpa anda sedari. Jangan mudah
terpengaruh dengan iklan-iklan jubah yang digayakan oleh model yang cantik. Kenali bentuk tubuh
anda dan cuba dahulu sebelum membuat pembelian. Keselesaan dan kesederhanaan adalah tujuan
utama wanita memakai jubah selain dari mahu cantik, feminin dan bergaya.
PEMILIHAN WARNA YANG
SESUAI
SESUAIKAN DENGAN MAJLIS &
ACARA
JAM TANGAN Keperluan atau Kehendak Fungsi memakai jam tangan memang tidak dapat dinafikan lagi. Selain daripada membertitahu tentang waktu, jam tangan kini juga dijadikan sebagai penanda sosial tentang gaya hidup seseorang individu. Pemilihan jam tangan yang sesuai mesti mengikut Masa, Acara dan Tempat (T.O.P -- Time, Occasion & Place)
Untuk lelaki, Jam tangan adalah salah satu daripada aksesori selain yang kerap dipakai iaitu tali pinggang dan cincin sebagai pelengkap gaya. Begitu juga kepada wanita, pemakaian jam tangan juga amat penting. Ada yang ambil mudah pemakaian jam tangan. Untuk pengetahuan, ada sesetengah majikan yang amat menitikberatkan pemakaian jam tangan. Terutama ketika menghadiri temuduga. Individu yang tidak memakai jam tangan seolah-olah tidak mengambil berat tentang pengurusan masa. Jadi, jam tangan bukan hanya sekadar aksesori!
JENAMA : Pentingkah? Terpulang kepada individu sama ada mahu membeli jam tangan berjenama atau tidak. Tepuk dada, tanya selera. Ada sesetengah daripada kita, apabila sampai satu tahap dalam kehidupan ingin merasa memakai sesuatu yang berjenama. Seperti yang kita tahu, jam tangan antara sesuatu yang paling mudah untuk dilihat tahap kehidupan seseorang. Mungkin jika anda mahu dilihat sebagai individu berpengaruh, mungkin boleh membeli jam tangan berjenama ini.
Namun, awas jangan kerana mahukan sedikit perhatian sebagai individu berpengaruh anda membeli ‘replika’ atau jam tangan berjenama tiruan. Hati-hati di luar sana ada individu yang amat mahir melihat produk tiruan.
9
Jenis-jenis Jam Tangan Lelaki
Jenis-jenis Jam Tangan Perempuan
10
Jam tangan FORMAL
Kebanyakan jam formal adalah daripada tali
jenis kulit sama ada berwarna hitam atau coklat
yang mudah dipadankan dengan setiap acara
formal (mesyuarat, temuduga, majlis-majlis
formal). Jam tersebut juga mestilah tidak
terlalu besar saiznya. Pilih muka jam yang
ringkas (tiada Chronograph atau Digital) untuk
gaya yang lebih elegan dan eksklusif.
Jam tangan SUKAN
Jam sukan biasanya bersaiz agak besar dan
mempunyai fungsi ‘chronograph’ dan kalis air.
Warna jam juga berwarna-warni dan mempunyai
‘Bezel’ yang ditanda dan boleh dipusingkan pada
muka jam. Kebiasaannya adalah berjenis Digital.
Bergantung kepada jenis aktiviti, fungsinya turut
berbeza.
Jam tangan KASUAL
Seakan-akan jam formal, jam kasual lebih bergaya dan sesuai digunakan untuk kegunaan harian.
Biasanya, jam kasual lebih selesa dan ringkas kerana ia akan dipakai sepanjang hari. Tali jam juga
boleh dipilih dari jenis kulit atau besi/gelang (bracelet). Namun begitu, digalakkan untuk memilih
tali dari jenis besi/gelang (bracelet) kerana apabila kita berpeluh dan pemakaian minyak wangi
akan merosakkan tali jam kulit anda.
11
Langkah 1 : FUNGSI Sama ada anda mahukan jenis DIGITAL atau
ANALOG. Untuk jam tangan formal,
digalakkan jenis jam analog agar tampil lebih
formal. Digital lebih sesuai untuk kasual atau
ketika bersukan atau beriadah dan melakukan
aktiviti luar.
Langkah 2 : TALI JAM Ini juga amat penting jika kulit anda alah
kepada sesuatu material. Ada yang alah
kepada jenis getah atau jenis besi. Jadi pilih
yang bersesuaian. Biasanya jenis tali kulit
sesuai untuk acara formal dan getah untuk
aktiviti riadah. Pastikan juga lebar tali jam
sesuai dengan pergelangan tangan anda, tidak
terlalu kecil atau tidak terlalu besar.
Langkah 3 : WARNA Pastikan warna yang dipilih juga ada warna
yang sesuai dengan anda dan juga T.O.P.
untuk jam tangan formal biasanya jam tangan
kulit berwarna hitam atau coklat.
Langkah 4: HARGA Pastikan jam tangan yang anda pilih dalam
lingkungan bajet anda. Penting! Ada banyak
pilihan dipasaran. Ambil masa untuk
membuat tinjauan beberapa tempat. Jika anda
membeli secara online, and boleh memilih
‘filter’ lingkungan harga jam tangan yang
anda mau beli. Lebih mudah! Tetapi pasti nya
berkunjung ke kedai adalah lebih puas hati
kerana boleh mencuba. Namun, jika anda
yakin dengan kualiti satu-satu jenama apa
salahnya membeli secara online. Lebih
mudah dan menjimatkan masa!
Keperluan jam tangan sebagai penunjuk waktu agar kita boleh menguruskan masa dengan
baik. Kehendak adalah apabila memilih jam tangan yang sesuai dengan kita. Jangan terlampau
mengikut orang lain dengan membeli jam tangan berjenama jika tahu kita tidak mampu atau
mengikut trend terkini tanpa kita tahu jam tangan tersebut sesuai dengan kita atau tidak. Yang
paling penting, ini adalah aksesori yang WAJIB dipakai oleh setiap lelaki. Pilih jam tangan
yang sesuai dengan gaya anda. Beli berdasarkan T.O.P yang dinyatakan tadi. Berikut saya
sertakan antara tips penting apabila memilih atau ketika membeli jam tangan.
Antara Keperluan & Kehendak
12
Adakah anda mudah dingati dan meninggalkan impak tinggi? Fikirkan sekali lagi...
Memberi tanggapan yang baik merupakan perkara penting setiap kali anda hadir ke kelas, majlis
sosial dan majlis khas. Seperti kata pepatah; jika kehadiran anda tidak memberikan impak,
ketiadaan anda tidak membawa apa-apa perbezaan. Sudah tentu ini perkara akhir yang anda ingin
lakukan.
Anda sudah mengetahui gaya personaliti di dalam artikel sebelumnya. Kali ini, kita teroka
bagaimana meningkatkan kualiti gaya personaliti anda untuk menghasilkan tanggapan pertama
berimpak tinggi dan kekal diingat.
Memahami gaya personaliti dan kecenderungan diri dalam pemakaian dapat menjadi senjata anda
dalam menghasilkan pesona diri berimpak tinggi.
Gaya pemakaian baik mencerminkan anda seorang berkeyakinan tinggi, bertanggung jawab,
kemas, matang dan menghormati diri sendiri serta orang lain. Bentuk pesona imej diri berkarisma
supaya mudah didekati dan bergaul dengan orang ramai. 13
Tips
Natural Individu dengan gaya personaliti Natural
gemarkan warna tona tanah, neutral dan tidak
menonjol. Fabrik yang selalu dipilih tidak
mudah kedut, ringan dan selesa dipakai.
Kecenderungan memilih pakaian yang selesa
bagi individu Natural, kebiasaannya
menyebabkan pemakaian mereka kurang
bergaya dan tidak mematuhi kod majlis.
*Pastikan warna yang digunakan tidak
kusam.
*Patuhi kod majlis.
*Elakkan terlampau ringkas dalam pemakaian
dan aksesori.
*Pilih 1 aksesori sebagai tumpuan.
Romantik Individu dengan gaya personaliti Romantik
sukakan perincian mewah pada pakaian dan
aksesori. Warna yang dipilih adalah lembut dan
menonjolkan sisi elegan pemakai.
Kecenderungan menyukai perincian tinggi
menyebabkan individu romantik selalu memilih
pemakaian penuh manik, labuci, lace, rerumbai
yang banyak pada pakaian ditambah aksesori
menyebabkan pesona diri tenggelam.
* Pemilihan fabrik dan gaya yang sesuai dengan
majlis.
* Elakkan perincian yang sarat seperti manik,
labuci dan lace yang berlebihan pada pakaian.
* Elakkan aksesori berlebihan.
* Pilih 1 bahagian tumpuan sahaja sama ada
pakaian atau aksesori namun masih kelihatan
elegan.
menggunakan gaya personaliti
untuk menonjolkan
yang baik
14
Klasik Individu dengan gaya personaliti Klasik
sukakan pakaian potongan kemas dan
bergaya. Warna yang dipilih adalah warna
selamat. Selalunya individu klasik tampak
kemas dan tiada masalah dengan kod
majlis.
* Pilih warna menonjol pada salah satu
pakaian anda.
* Pakaian terlampau klasik akan
menampakkan anda lebih tua dari usia,
gunakan warna dan aksesori untuk
menaikkan seri anda.
Dramatik Individu dengan gaya dramatik sukakan kelainan
dan suntikan feyen unik dari warna, perincian
dan juga aksesori. Bagi dramatik ekstrem,
kebiasaannya sukar mematuhi kod majlis kerana
tidak dapat membezakan di antara keinginan diri
dan mematuhi kod majlis.
* Patuhi kod majlis.
* Minimakan pemilihan dramatik anda.
* Pilih konsep yang sesuai diketengahkan untuk
majlis rasmi.
* Kurangkan aksesori.
* Tona warna terang dikurangkan.
15
16
Komunikasi ialah satu proses memberi dan menerima pendapat serta informasi. Ia memerlukan kita
berfikir dan juga kesungguhan kita untuk berinteraksi secara berkesan. Menurut kajian, 85% dari
kejayaan dalam hidup berkaitan secara langsung dengan kemampuan berkomunikasi dan
keterampilan dalam membina hubungan.
5 tips ini akan membantu anda meningkatkan lagi keyakinan dan menyerlahkan imej diri anda dalam
berkomunikasi.
Serlahkan Imej Diri Anda!
1. Latih diri bercakap Pernah dengar pepatah Inggeris “Practice makes
perfect”. Latihan yang berterusan adalah asas
jika anda yang mahu meningkatkan tahap
komunikasi anda. Kemahiran tidak akan datang
dengan hanya membaca buku, melihat teori dan
juga mendengar nasihat orang lain TANPA anda
sendiri melakukannya. Latihan boleh dilakukan
dengan pelbagai cara seperti sentiasa
bersembang dengan rakan-rakan, berlatih
bercakap dengan diri sendiri di depan cermin,
atau belajar dari video atau televisyen bagaimana
penceramah-penceramah menyampaikan
ceramahnya. Jangan terkejut, penceramah yang
hebat dan professional itu semuanya bermula
dengan latihan yang berterusan! Jadi berlatih,
berlatih dan berlatih…
2. Pendengar yang baik Dalam komunikasi, anda tidak hanya pandai
bercakap tapi anda juga harus menjadi pendengar
yang baik. Sebenarnya, mendengar adalah dua
kali ganda lebih banyak dari anda bercakap ,
sebab itu kita dikurniakan dua telinga dan satu
mulut. Jadi kita harus lebih baik mendengar dan
faham sebelum berkata-kata terutamanya jika
berkomunikasi secara berkumpulan atau dalam
mesyuarat. Elakkan mengganggu/ memotong
percakapan orang atau cuba untuk mengalihkan
perbualan. Tunggu sehingga orang lain selesai
bercakap barulah anda boleh bercakap, ini akan
menampakkan tahap kematangan dan
kebijaksaan anda dalam berkomunikasi.
17
4. Rakam percakapan
anda Merakam percakapan dan gaya persembahan anda
adalah satu latihan yang sangat bagus kerana anda
boleh melihat semula kesalahan-kesalahan yang
anda lakukan untuk penambahbaikan. Melalui
rakaman ini anda dapat melihat diri anda dari
kacamata orang lain pula. Ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan lagi keyakinan anda
apabila anda betul-betul berdepan dengan audien
yang sebenar!
5. Kenali audien, fahami topik Anda perlu tahu kepada siapa anda ingin kongsikan maklumat anda supaya komunikasi anda
menjadi lancar dan info dapat disampaikan dengan berkesan. Selidiki siapa audien anda dan adakah
maklumat yang anda ingin kongsikan itu relevan dengan audien anda. Pastikan juga anda faham dan
sudah cukup bersedia dengan topik yang ingin anda kongsi supaya anda boleh menjawab setiap
pertanyaan dari audien anda.
3. Jujur dengan diri
sendiri Bersikap jujur dengan diri sendiri, ianya
jaminan untuk anda melangkah dengan lebih
jauh lagi. Elakkan dari merasa diri anda yang
terbaik hingga anda tidak perlu berusaha
dengan lebih baik lagi. Ingatlah, seorang yang
profesional dan mahir pun boleh juga
melakukan kesilapan bila berkomunikasi di
hadapan khalayak ramai. Oleh itu sentiasa
bersedia dengan sebarang kemungkinan.
18
19
RAHSIA Tulisan Tangan
Oleh : Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah bin Kamsah
Tekanan yang kuat - Seseorang yang
menulis dengan kuat tekanannya sehingga
berbekas di bahagian belakang kertas.
(Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif)
Tekanan yang ringan - Seseorang yang
menulis dengan lembut dan ringan dan
tidak berbekas.
(Kurang bertenaga, kurang sihat dan
mudah sakit)
Tulisan yang bulat-bulat- Semua huruf ditulis
dengan bulat.
(Emosional, prihatin, pengasih penyayang,
kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di
sebelah kanan - otak kreatif)
Tulisan yang tajam- tajam atau leper-leper -
Tulisan yang angular dan sharp (tajam)
(Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai
mengurus dan banyak memakai otak di sebelah
kiri - otak logikal)
20
Condong ke kanan - Extrovert: suka
bercerita, berkongsi maklumat dgn orang
lain, peramah, suka campur orang, mudah
memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah
Condong ke kiri - Introvert: suka
menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka
berubah, amat setia kepada kekasih,
keluarga, organisasi dan negara tetapi tak
suka campur orang
Campur-campur - Emosi tak tetap macam
remaja yang belum cukup umur atau
macam orang perempuan datang bulan
(maaf)
Jarang-jarang -Tak suka campur gaul dengan
orang, kurang mesra dan sedikit boros.
Rapat-rapat - Suka campur orang, amat
bergantung kepada orang lain, jimat atau
kedekut
Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas,
pengasih & penyayang, pemurah, mudah
kesian pada orang, mempamerkan tahap
kerajinan
Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang
rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang
walaupun sayang itu banyak dalam diri
Tinggi
Tahap aspirasi tinggi
Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap
sederhana
A Review by:
Khuzaimah Baharuddin
Deputy Director (Academic Support)
Politeknik Muadzam Shah
ISBN-13: 9780749454272
Publisher: Kogan Page, Ltd.
Publication year: 2008
Edition description: Seventh Edition
Pages: 336
Price: RM 73.90
Book Review
In these turbulent, uncertain times managers face ever-increasing pressure and demands. Even the
most experienced manager needs to keep abreast of new developments and to periodically brush up
on essential skills. This new edition of Michael Armstrong is the best-selling practical management
guide book that offers clear and relevant coverage of 50 specific areas of management. Topics are
self-contained; perfect for dipping into - and span three broad categories.
Some women manager say - “It is hard to be a Lady Boss – you must : Think like a man, Act like a
lady, Look like a young girl and Work like a horse..? ”. That sounds terrible. In my opinion, men
and women are very biologically different and we both have strengths and complement each other.
Women are good at integrating things. We don’t empire-build; rather we’re the glue that sticks
things together and makes them work. After all, that’s our function in the family as well. We
harmonize and when things are in harmony and people are getting along, then progress can be
made. Be it an organization, be it a family – everyone is superb and unique in their own ways.
Being a Deputy Director at Politeknik Merlimau and currently at Politeknik Muadzam Shah, I need
to replenish my leadership readings on certain aspects as below:
How to be a better manager
How to make things happen
How to manage performance
How to handle difficult people and negative behavior
How to manage strategically
How to manage under-performers
How to be an effective team leader
How to develop emotional intelligence
How to manage crisis
How to deal with office politics
…the list goes on and Alhamdulillah, I manage to find the answer in this fantastic book – How to
be an Even Better Manager by Michael Armstrong ! 21
Reading the book is like attending a constructive managerial course, and perfectly helps me a lot
in managing daily task in a Management Team. It is a book that good to be read as a checklist for
whom doesn’t want something too intellectually heavy for his/her managerial journey, but wants
to be well briefed before the next hairy meeting in a relaxed sort of way of daily routine work.
Armstrong's Handbook on How to be an Even Better Manager provides guidance on the
processes of management and leadership with particular reference to what managers and aspiring
managers need to know and do to make a difference. As well as presenting the key skills required
for effective management it also deals with three important areas of management: change
management, continuous improvement and the achievement of high levels of customer service.
Human resources professionals will find Michael Armstrong’s book practical, helpful and
relevant. It discusses all facets of current practice, including such relatively new developments as
e-learning, and it discusses how we can help the organization implement change. The book would
make an excellent college text, since it covers HRM’s evolution, principles, theories, practice,
research, job descriptions and more. The author seems to have two goals: to provide
comprehensive information about human resource management and to persuade upper level
managers to integrate HRM into strategic planning. This would empower HR departments to
generate broader organizational results. To get the most from this manual, given its textbook
style, practitioners may wish to study it chapter by chapter. Since organizational philosophies,
functions and practices differ, it even lends itself to further discussion when HRM professionals
gather to share ideas and swap proven practices. I do believe that those in the field will derive a
great deal of value from this book.
This new edition of How to be an Even Better Manager covers 50 topics organized into three key
areas in which every manager needs to be competent: managing people, managing activities and
processes, and managing and developing oneself. With new chapters on how to learn, achieve
continuous improvement, foster engagement, make a business case, and prepare a business plan,
this is an up-to-date handbook for existing and aspiring managers.
How to be an Even Better Manager provides sound
guidelines that will help readers develop a broad
base of managerial skills and knowledge and build
on existing skills. Even the most experienced
manager needs to keep abreast of new developments
and brush up on essential skills. Therefore, this book
in its new edition will continue to be a valuable aid.
It is four years since the sixth edition came out, and
Michael Armstrong has updated this impressive
work in some detail. His fifty key aspects of
management have undergone extensive and
necessary revision.
22
The need for good managers is not going away, it is intensifying. With ‘flatter’ organizations and
self-directed teams becoming common; with personal computers and networks making
information available to more people more quickly; the raw number of managers needed is
decreasing. However, the need for good managers, people who can manage themselves and
others in a high stress environment, is increasing. Managers must have confidence in him/her
selves and abilities. Each manager must happy with whom he/she is, yet still learning and getting
better. To get things run well, he/she ought to be a someone of an extrovert. Doesn’t mean to have
to be the life of the party, but shouldn’t be a wallflower. Management is a people skill - it’s not
the job for someone who doesn’t enjoy people.
Personally, being a Muslim Manager we must be honest and trustworthy for the sake of world
after. Our success depends heavily on the trust of others. A manager must be an includer, not an
excluder. We bring others into what we do. We shouldn’t exclude other because they lack certain
attributes. In addition, a manager must have a ‘presence’. Managers must lead. Effective leaders
have a quality about them that makes people notice when they enter a room. This is what we
called a ‘charisma’. Always be ready for improvement, as it is the biggest room in the
management world.
Armstrong has included eight new chapters dealing with how to achieve continuous improvement
(so important for the zealous regulator of today), how to delight (make sure manager controls the
jokes), how to manage risk (very important for solicitors), how to prepare customers and make a
business case (the life-blood of the advocate), how to create a business plan (most important for
barristers), and how to recover from setbacks (extremely important for advocates). The demands
made on us in today's uncertain, demanding and turbulent world are on the increase. We are all in
need of professional development at all times to keep abreast of new reforms which we need to
brush up on and be current, and this book gives us the tips on practical management which will
be of special interest to every manager.
There is a great deal of common sense in this book and it will certainly reinforce the views of
many of how modern management is managed. The 50 areas covered are self-contained, falling
into three areas: managing people, managing activities and processes, and our own management
and development .
23
This nearly four-year-experience in top management taught me several lessons in managing
people, and this book really helps. As a manager, we need to be re consistent, but not rigid. We
must be dependable, yet can flexibly change our mind. We make decisions, but easily accept
input from others. Sometimes, we need to be a little bit crazy and think out-of-the box. We must
try new things and if they fail, be ready to admit the mistake, but don’t ever apologize for having
tried. In general, being a Deputy Director teaches me to not to be afraid to “do the math”. We
make plans and schedules and work toward them. Also be nimble and can change plans quickly,
but yet are not flighty. Always see information as a tool to be used, not as power to be hoarded.
The book covers a wide range of the skills and approaches by effective managers – what they
need to understand and be able to do fully competent in their roles. It will be an invaluable
handbook for existing and aspiring managers, and will be particularly useful for those seeking to
obtain qualifications in management or those studying for the core management qualification.
Michael Armstrong’s practical guide to managing people quashes some of the myths about
people management, and provides an invaluable insight into the main issues which arise for
front-line management including: leadership; motivating people; team building; delegating;
interviewing; managing performance; developing and rewarding people; managing change; and
handling people problems.
Each of these key topics can be the subject of ‘management-style’ books but Armstrong gives up
his secrets on people management in definitive chapters, and some useful references which could
be a bit more detailed and web friendly. Armstrong concludes that people often leave their
managers, and not their organizations, for many reasons mainly connected to relationships and
career development. Whilst a business has progressive policies, the practical application is in the
hands of both HR and line management to perform the difficult tasks. Armstrong succeeds in his
aim of showing managers how to explain to staff what they are expected to do with their
responsibilities. He covers the main actions that managers have to carry out to get things done
through people very effectively, and the advice to frontline managers is well contained in this
easy and practical guidebook.
There is also an appendix in particular with its coverage of positive or negative indicators of
performance which will be great for those entering conditional fee agreements and compiling risk
assessments. Also, the general bibliography gives an informative reading list which shows the
knowledge Michael Armstrong has given to us with this fine statement of how management
works. The purpose of continuous personal professional development and current reflective
practice will help business people to build up their managerial knowledge and skills in most
current situations we face with the splendid guidelines offered. This title is the best answer to
managing management today. Happy reading, happy practicing and happy managing !
24
25
: Aku Nak Kurus! Apa kata… Adik-adik remaja cuba resepi sayuran opah saya ini kerana ia boleh mengenyangkan dan membantu menguruskan badan. Lagipun ianya sedap. Sayur-sayuran baik untuk kesihatan. cuba amalkan dan kurangkan makan nasi.
1 cawan kacang tanah (goreng dan tumbuk kasar) *5 tangkai cili kering (jika nak pedas boleh lebihkan) *4 biji bawang merah *2 ulas bawang putih *½ inci belacan (jika suka) 5 biji isi cekur (yang kecil- jika suka… wangi dan sedap) 1 sudu besar asam jawa 3 sudu besar gula merah gula putih garam ulam-ulaman (sayur) 1 cekak pucuk ubi (celur) 1 cekak kangkung (celur) taugeh (celur sekejap) timun (hiris) sengkuang (hiris) tauhu (potong dan digoreng) bihun ( celur – jika suka) daun cekur ( hiris – jika suka) ulam dan sayur-sayuran di atas boleh diganti dengan sayur pilihan adik-adik.
1. goreng bahan yang bertanda * dengan sedikit minyak (jangan garing). 2. angkat dan toskan minyak. 3. tumbuk bahan tersebut dan masukkan isi cekur. 4. bila hampir lumat, masukkan gula dan garam (ikut rasa). tumbuk lagi. 5. masukkan air asam jawa, kacau. 6. masukkan kacang yang telah ditumbuk, kacau. 7. masukkan air panas dan kacau serta boleh pedas,masin, manis dan lemak. 8. susun sayuran dan bihun di dalam pinggan dan curahkan kuah pecal di atasnya. 26
By Nooraslina Binti Tukimin, Politeknik Muadzam Shah
Un tu k m en em pah r u an g an ik lan
Em el : peson as iswa@g m ail.com
PAKEJ
3 BULAN & 6 BULAN
DISEDIAKAN 27