PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TENTANG KEDUDUKAN
ZIKIR SEBAGAI TERAPI PSIKOLOGI INSAN
NURSAIDATUL FASIHA BINTI MANSOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN TENTANG KEDUDUKAN
ZIKIR SEBAGAI TERAPI PSIKOLOGI INSAN
NURSAIDATUL FASIHA BINTI MANSOR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian syarat penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mei 2011
iii
DEDIKASI
Dipanjatkan kesyukuran buatNya yang mengizinkan segala sesuatu
Khas buat semua insan yang tersayang
Kepada Ayahanda dan Bonda
Mansor bin Daud dan Semah binti Mat
Doa, jasa dan pergorbanan mengiringi kehidupan dan kejayanku
Terima kasih yang tidak terhingga dari anakmu....
Buat adik-adikku
Muhamad Fikri, Nurfatin Taqiah, Siti Musfirah Afifah dan Putera Iskandar
Semoga kalian menjadi insan yang lebih berguna kelak
Dan berjaya di dunia mahupun di akhirat….
Buat Pensyarah-pensyarahku
Khasnya buat penyeliaku Ustaz Othman bin Napiah
Jasa kalian teramat bernilai pada diriku….
Sahabat-sahabat seperjuanganku
Khususnya sahabat-sahabat SPI dan pelajar tahun empat FP,
Terima kasih segala pertolongan dan pergorbanan kalian
Atas segala suka duka tika bersama
Kenangan bersama tidak mungkin dilupakan….
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji-pujian ke hadirat Ilahi, Tuhan yang mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadirat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia
dan hidayat dariNya dapat menyiapkan dan menyempurnakan laporan Projek Sarjana
Muda (PSM) ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga
buat penyelia yang disegani, Dr Othman bin Napiah di atas segala nasihat, dorongan dan
bimbingan serta tunjuk ajar yang telah diberikan di sepanjang proses menyiapkan
laporan PSM ini.
Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih buat pensyarah-pensyarah Fakulti
Tamadun Islam (FTI) dan Fakulti Pendidikan (FP), Universiti Teknologi Malaysia di
atas tunjuk ajar yang diberikan bagi melengkapkan lagi laporan ini. Sekalung terima
kasih juga diucapkan kepada Perpustakaan Sultanah Zanariah (UTM), dan Perpustakaan
Tun Sri Lanang (UKM). Jutaan terima kasih di atas segala kerjasama dan bantuan yang
diberikan. Tidak ketinggalan buat ahli keluarga yang banyak memberi dorongan dalam
segala kerja yang dilakukan. Begitu juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak
memberi semangat dan berkongsi idea demi menyiapkan projek ini.
Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung, terima kasih diucapkan. Semoga Allah SWT memberi ganjaran pahala kalian
seterusnya dikurniakan kejayaan di dunia dan dia akhirat, Amin.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap kedudukan zikir
sebagai terapi psikologi insan dan sikap pelajar terhadap keutamaan zikir serta faedah
zikir dalam kalangan pelajar. Kajian ini melibatkan pelajar tahun empat Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 119 orang pelajar dipilih untuk
menjadi responden dalam kajian ini. Set soal selidik mengandungi 35 item telah
diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai
kekerapan, peratusan dan min dengan menggunakan perisian “Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS) version 15.0 for windows”. Dapatan data dipersembahkan dalam
bentuk jadual. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α = 0.943. Purata min bagi
objektif pertama dan kedua iaitu mengenalpasti persepsi pelajar Fakulti Pendidikan
terhadap kedudukan zikir sebagai terapi psikologi insan dan mengenalpasti sikap pelajar
Fakulti Pendidikan terhadap keutamaan zikir ialah 4.51 dan 4.08. Manakala min bagi
objektif ketiga pula iaitu menganalisa faedah zikir dalam kalangan pelajar Fakulti
Pendidikan ialah 4.55. Ini bererti bahawa responden memberikan persepsi yang baik
dan positif tentang kedudukan zikir sebagai terapi psikologi insan. Di akhir kajian,
penyelidik mengemukakan cadangan kepada pelajar, media massa dan universiti.
Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
The study aims to identify students’ perceptions on the position of zikr as human
psychological therapy and the students’ attitude on the priority of zikr as well as its
benefits amongst students. Respondents were 119 fourth year students form Faculty of
Education. Set of questionnaire which contained 35 items were distributed to the
respondents and were analyzed descriptively in order to get the frequency value,
percentage and mean by using the “Statistical Package for the Social Sciences (SPSS)
version 15.0 for window” software. The findings were presented in table form. The
reliability value resulted from the findings was α = 0.943. The average means for the
first and second objectives which were to identify the perceptions of Faculty of
Education students on the position of zikr as human psychological therapy and to
identify their attitude on the priority of zikr were 4.51 and 4.08. For the third objective
which was to analyze the benefit of zikr amongst students from Faculty of Education,
the mean result was 4.55. This draws out conclusion that the respondents have given
good and positive perception regarding the position of zikr as human psychological
therapy. At the end of the study, the researcher has proposed a recommendations to
students, mass media and university. Subsequent studies on the particular field were also
recommended for further research in the coming years.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN TESIS
PENGAKUAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xviii
I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
viii
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Takrif / Istilah 8
1.8.1 Persepsi 8
1.8.2 Zikir 9
1.8.3 Terapi 10
1.8.4 Psikologi 10
1.9 Kesimpulan 11
II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pendahuluan 12
2.1 Definisi Zikir 13
2.2 Kedudukan Zikir 14
2.3 Keutamaan Zikir 16
2.4 Adab-Adab Zikir 21
2.4.1 Berwuduk sebelum berzikir 22
2.4.2 Hendaklah menghadap kiblat 23
2.4.3 Merendahkan suara 23
2.4.4 Khusyuk 24
2.4.5 Tempat-tempat yang bersesuaian 24
2.4.6 Menghadirkan hati semasa berzikir 25
2.5 Peranan Zikir 25
2.6 Kelebihan Zikir 27
2.6.1 Zikir boleh menenangkan jiwa 28
2.6.2 Zikir sentiasa diingati oleh Allah 28
2.6.3 Zikir adalah makanan hati dan roh 29
2.6.4 Zikir adalah kunci bagi segala ibadah 30
2.6.5 Zikir dapat menolak bencana 30
ix
2.6.6 Zikir memantapkan iman 30
2.6.7 Zikir merupakan benteng daripada
gangguan syaitan 31
2.6.8 Zikir adalah ibadah yang paling mudah 32
2.7 Kaitan Zikir Dengan Psikologi Insan 32
2.8 Kajian Lepas 35
2.9 Kesimpulan 37
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 38
3.2 Reka Bentuk Kajian 38
3.3 Tempat Kajian 39
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 40
3.5 Instrumen Kajian 41
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 41
3.5.1.1 Soal Selidik 41
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 43
3.6 Prosuder Kajian 44
3.6.1 Kajian Rintis 44
3.6.2 Kajian Sebenar 45
3.7 Analisis Data 45
3.8 Kesimpulan 47
x
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 48
4.2 Analisis Data (Bahagian A) 49
4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut Jantina 49
4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut Umur 50
4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut Kursus 51
4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut Tahap
Pendidikan Tertinggi 52
4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut Aliran
Pendidikan 53
4.3 Analisis Data Bahagian B, C Dan D 54
4.3.1 Bahagian B : Mengenalpasti Persepsi Pelajar
Fakulti Pendidikan Terhadap Kedudukan Zikir
Sebagai Terapi Psikologi Insan 54
4.3.2 Bahagian C : Mengenalpasti Sikap Pelajar
Fakulti Pendidikan Terhadap Keutamaan Zikir 63
4.3.3 Bahagian D : Menganalisa Faedah Zikir
Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan 68
4.4 Analisis Keseluruhan 74
4.4.1 Mengenalpasti Persepsi Pelajar Fakulti
Pendidikan Terhadap Kedudukan Zikir
Sebagai Terapi Psikologi Insan 74
4.4.2 Mengenalpasti Sikap Pelajar Fakulti
Pendidikan Terhadap Keutamaan Zikir 76
4.4.3 Menganalisa Faedah Zikir Kalangan
Pelajar Fakulti Pendidikan 78
4.5 Kesimpulan 80
xi
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 81
5.2 Perbincangan 82
5.2.1 Perbincangan Bahagian A : Maklumat Latar
Belakang Responden 82
5.2.2 Perbincangan Bahagian A, B Dan D 84
5.2.2.1 Persepsi Pelajar Fakulti Pendidikan
Terhadap Kedudukan Zikir Sebagai
Terapi Psikologi Insan 84
5.2.2.2 Sikap Pelajar Fakulti Pendidikan
Terhadap Keutamaan Zikir 88
5.2.2.3 Faedah Zikir Kalangan Pelajar
Fakulti Pendidikan 90
5.3 Rumusan 92
5.3.1 Persepsi Pelajar Fakulti Pendidikan Terhadap
Kedudukan Zikir Sebagai Terapi Psikologi
Insan 92
5.3.2 Sikap Pelajar Fakulti Pendidikan Terhadap
Keutamaan Zikir 93
5.3.3 Faedah Zikir Kalangan Pelajar Fakulti
Pendidikan 93
5.4 Cadangan 94
5.4.1 Pelajar 94
5.4.2 Media Massa 95
5.4.3 Universiti 95
5.5 Cadangan Kajian Lapangan 96
5.6 Kesimpulan 97
xii
BIBLIOGRAFI 98
LAMPIRAN
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Maklumat Setiap Bahagian 42
3.2 Pengkelasan Skala Likert 43
3.3 Nilai Skor Min 46
3.4 Perubahan Lima Skala Likert Kepada Dua
Peringkat 46
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 49
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 50
4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 51
4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap
Pendidikan Tertinggi 52
4.5 Taburan Responden Mengikut Aliran
Pendidikan 53
4.6 Taburan Skor Min Bagi Item Satu 55
4.7 Taburan Skor Min Bagi Item Dua 55
4.8 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga 56
4.9 Taburan Skor Min Bagi Item Empat 56
4.10 Taburan Skor Min Bagi Item Lima 57
4.11 Taburan Skor Min Bagi Item Enam 57
4.12 Taburan Skor Min Bagi Item Tujuh 58
4.13 Taburan Skor Min Bagi Item Lapan 58
4.14 Taburan Skor Min Bagi Item Sembilan 59
xiv
4.15 Taburan Skor Min Bagi Item Sepuluh 59
4.16 Taburan Skor Min Bagi Item Sebelas 60
4.17 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Belas 61
4.18 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Belas 61
4.19 Taburan Skor Min Bagi Item Empat Belas 62
4.20 Taburan Skor Min Bagi Item Lima Belas 62
4.21 Taburan Skor Min Bagi Item Enam Belas 63
4.22 Taburan Skor Min Bagi Item Tujuh Belas 64
4.23 Taburan Skor Min Bagi Item Lapan Belas 64
4.24 Taburan Skor Min Bagi Item Sembilan Belas 65
4.25 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh 65
4.26 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Satu 66
4.27 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Dua 66
4.28 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Tiga 67
4.29 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Empat 67
4.30 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Lima 68
4.31 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Enam 69
4.32 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Tujuh 69
4.33 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Lapan 70
4.34 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Sembilan 70
4.35 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh 71
4.36 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Satu 71
4.37 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Dua 72
4.38 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Tiga 72
4.39 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Empat 73
4.40 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Lima 73
4.41 Rumusan Dapatan Kajian Bagi Mengenalpasti Persepsi
Pelajar Fakulti Pendidikan Terhadap Kedudukan Zikir
Sebagai Terapi Psikologi Insan 74
4.42 Rumusan Dapatan Kajian Bagi Mengenalpasti Sikap
Pelajar Fakulti Pendidikan Terhadap Keutamaan Zikir 76
xv
4.43 Rumusan Dapatan Kajian Bagi Menganalisa Faedah
Zikir Di Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan 78
xvi
SENARAI SINGKATAN
% - Peratus
a.s. - alaihissalam
FP - Fakulti Pendidikan
FTI - Fakulti Tamadun Islam
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
K - Kekerapan
KS - Kurang Setuju
MRSM - Maktab Rendah Sains Mara
N - Jumlah Responden (Sampel)
PSM - Projek Sarjana Muda
r.a. - radiallahuanhu
S - Setuju
SAW - Sallallahualaihiwasallam
SBP - Sekolah Berasrama Penuh
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SMUA - Sekolah Menengah Ugama Negeri
SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuteraan Awam)
SPC - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuteraan Elektrik)
SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
SPI - Sarjana Muda Saina Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuteraan
xvii
Meknikal)
SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
SPL - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL)
SPM - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPN - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)
SPS - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
SPSS - Statistical Package for the Social Sciences
SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
SS - Sangat Setuju
STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
STS - Sangat Tidak Setuju
SWT - Subhanahuwataala
TS - Tidak Setuju
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
α - Alpha Cronbach
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Pengesahan Menjalankan Kajian
(Fakulti Pendidikan)
C Bilangan Pelajar Mengikut Tahun Dan Kursus
(Fakulti Pendidikan)
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Setiap makhluk yang berada di atas muka bumi Allah ini terutama manusia yang
diciptakan sebaik-baik makhluk oleh Allah melakukan perkara-perkara yang disuruh dan
meninggalkan perkara-perkara yang dilarang. Dalam zaman yang serba canggih dan
moden, manusia lalai dengan duniawi dan seakan-akan melupakan amalan yang akan
dihitung pada akhirat kelak. Manusia terlalu lalai dengan dunia mengakibatkan
hubungan yang utama iaitu hubungan dengan Allah SWT di ambil mudah dan
mementingkan hubungan dengan manusia sepenuhnya. Sebagai contoh, hubungan Allah
yang sangat mudah dilakukan iaitu mengingati Allah SWT dengan berzikir. Kesan
daripada kurangnya zikir kepada Allah SWT pelbagai gejala sosial yang telah berlaku di
berpunca daripada tidak mempunyai ketenangan jiwa dalam diri. Dengan timbulnya
pelbagai masalah, penyelidik ingin mengkaji kedudukan zikir sebagai terapi psikologi
insan ini.
2
1.2 Latar Belakang Masalah
Zikir adalah perintah Allah SWT kepada manusia sentiasa berzikir
mengingatiNya. Dalam perkara ini banyak telah disebut di dalam al-Quran Allah SWT
telah berfirman :
Maksudnya : “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka
bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-
masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah,
serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya
kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).”
(al-Jumuah : 10)
Bagi mendapat ganjaran yang lebih besar dalam kehidupan, amalan zikir perlu
diwujudkan dalam amalan fardu seperti contoh solat, puasa, zakat, jihad dan sebagainya.
Semua amalan yang dilakukan oleh manusia adalah merangkumi di dalam zikir.
Dengan kata lain, manusia perlu memperbaharui zikir, mengulangi ikrar, dan
memantapkan keyakinan pada setiap awal siang menerusi fardu Subuh yang diwajibkan
ke atas setiap Muslim (Mohd Sofwan Amrullah, 1996 : 19). Allah SWT berfirman :
Maksudnya : “Dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku.”
(Thaahaa : 14)
3
Menurut Muhammad Hasan Al-Basri (2009 : 58), orang yang pintar bukan
sahaja tahu memanfaatkan akalnya, tetapi mereka juga tahu memanfaatkan hatinya. Ini
kerana, akal adalah gabungan antara kewarasan akal mahupun fikiran dan hati dalam
perspektif Islam itu sendiri. Dalam konteks zikir, membaca al-Quran adalah salah satu
cara yang paling agung untuk mengingati Allah SWT. Di dalam al-Quran banyak yang
menceritakan ayat-ayat yang berkaitan dengan kebesaran Allah SWT di samping
menceritakan pelbagai isu yang terdahulu mahupun yang terkini. Selain itu juga, dengan
membaca al-Quran sedikit sebanyak membolehkan menelaah makna-makna yang
terkandung di dalam al-Quran sebagai pedoman hidup. Dengan kata lain, amalan yang
mengajak kaum Muslimin supaya meningkatkan ketaatan dan ketakwaan kepada Allah
SWT adalah zikrullah.
Salah satu proses penyucian hati manusia adalah dengan cara mengingati Allah
SWT melalui zikir yang telah diterapkan dalam diri seseorang individu Muslim sama
ada lelaki mahupun perempuan. Hati yang bersih adalah mereka memilih dengan
mengingati Allah SWT iaitu zikrullah dianggap sebagai telah memilih jalan ketakwaan
dalam dirinya. Dengan erti kata lain, meninggalkan perkara yang dilarang dan
mengamalkan perkara yang disuruh oleh Allah SWT. Firman Allah SWT :
Maksudnya : “Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya -
yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal
kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya -
yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab
kekotoran maksiat).”
(al-A’la : 14-15)
4
Sehubungan dengan itu, fungsi zikir iaitu mengingatkan kembali kepada Allah
SWT dan menenangkan fikiran sebagaimana mematuhi perintah Allah SWT dan
menjauhi larangan-laranganNya. Di samping mengingati dan menenangkan fikiran,
zikir juga berperanan dalam menentukan akhlak seseorang (As-Syeikh Ahmad Ridha’
Hasbullah, 2004 : 324). Apabila seseorang yang cenderung melakukan perkara-perkara
yang berfaedah seperti berzikir dengan mengingati Allah SWT secara tidak langsung
terhindar daripada perkara-perkara maksiat dan akan terbentuk peribadi yang baik dalam
diri seseorang insan itu.
Masalah yang akan timbul apabila seseorang yang tidak menanamkan zikir
dalam dirinya akan menimbulkan pelbagai masalah. Salah satu masalah yang sering
dilihat adalah berkaitan dengan ketenangan jiwa. Kebanyakan masyarakat kini
mengambil jalan mudah sebagai penyelesaian dalam sesuatu perkara. Jika diteliti
dengan elok, jalan yang paling mudah dan senang diikuti adalah mengingati Allah SWT.
Sebagai contoh, menurut Ilyas Mohammad Umar (2009 : 16), masyarakat sekarang
mengambil jalan mudah untuk lari daripada pelbagai masalah yang timbul adalah
mengambil ubat-ubatan moden seperti ubat penenang dalam tempoh yang panjang akan
memberi kesan yang amat buruk. Seseorang itu merasakan dirinya tenang daripada
masalah yang dilalui.
Di dalam Islam telah mengajar bahawa ubat penawar bagi segala masalah yang
timbul adalah mengingati Allah SWT kerana dalam mengenal Allah SWT terdapat
penawar pelbagai penyakit di samping akan membentengi setiap orang yang
mengamalkan daripada gangguan yang bersumber daripada jin mahupun manusia (Ilyas
Mohammad Umar, 2009 : 37). Firman Allah SWT :
5
Maksudnya : “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran
ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang
yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran tidak menambahkan
orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan
kerugian jua.”
(al-Israa’ : 82)
Justeru itu, melihat kedudukan zikir banyak memberi manfaat dan memberi
kesan yang mendalam kepada manusia. Maka penyelidik ingin mengkaji dan
mendalami kedudukan zikir sebagai terapi psikologi insan kepada para pelajar Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Oleh itu zikir ada permulaannya dan ada
akhirnya. Permulaannya ialah ketenangan dan kecintaan dan akhirnya ialah ketenangan
dan kecintaan yang datang menjelma dan timbul dari dalam diri (Al-Syeikh Muhammad
Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi, 2006 : 266).
1.3 Pernyataan Masalah
Melihat kepada senario pada hari ini, dalam realiti kampus mahasiswa
menghadapi banyak masalah termasuk masalah gangguan emosi dan tekanan yang
berlaku tanpa diduga maka jelaslah kepada kita bahawa zikir amat penting kepada
masyarakat terutamanya kepada pelajar yang beragama Islam. Namun permasalahan
yang timbul sekarang ialah ramai dalam kalangan pelajar yang beragama Islam
6
khususnya di Universiti Teknologi Malaysia tidak mengendahkan kedudukan zikir
sebagai terapi psikologi insan. Salah satu cara untuk mengingati Allah SWT adalah
dengan berzikir. Apabila berlaku sesuatu yang tidak dijangka seperti bunuh diri
mahupun penyakit yang berkaitan dengan mental atau emosi, mereka tidak memikirkan
jalan yang panjang iaitu mengingati Allah SWT dengan berzikir dan mengambil jalan
yang mudah sebagai penyelesaian. Atas dasar pentingnya zikir di kalangan pelajar yang
beragama Islam hari ini, maka penyelidik ingin mengkaji “Persepsi Pelajar Fakulti
Pendidikan Tentang Kedudukan Zikir Sebagai Terapi Psikologi Insan”
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Mengenalpasti persepsi pelajar Fakulti Pendidikan terhadap kedudukan zikir
sebagai terapi psikologi insan.
1.4.2 Mengenalpasti sikap pelajar Fakulti Pendidikan terhadap keutamaan zikir.
1.4.3 Menganalisa faedah zikir di kalangan pelajar Fakulti Pendidikan.
7
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah persepsi pelajar Fakulti Pendidikan terhadap kedudukan zikir sebagai
terapi psikologi insan?
1.5.2 Apakah sikap pelajar Fakulti Pendidikan terhadap keutamaan zikir?
1.5.3 Sejauh manakah faedah zikir di kalangan pelajar Fakulti Pendidikan?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah mendapat maklumat daripada pelajar Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia mengenai kedudukan zikir sebagai terapi
psikologi insan. Berpandukan kajian yang dijalankan adalah diharapkan akan memberi
input kepada pelajar Fakulti Pendidikan dalam mengenalpasti faedah zikir di dalam
kehidupan seharian bagi menjalankan kehidupan sebagai insan kamil di atas muka bumi
Allah SWT.
Hasil kajian ini juga diharapkan dapat memberi gambaran yang jelas kepada
mahasiswa Fakulti Pendidikan tentang keutamaan zikir sebagai psikologi insan.
Top Related