1.0 Pengenalan
Salah satu kompenan dalam Pendidikan Jasmani adalah permainan
kecil. Permainan kecil merupakan adaptasi daripada satu permainan yang
diolah bentuk dan syaratnya mengikut kumpulan sasaran dan tempat
permainan. Mengikut model Bunker dan Thorpe (1982), terdapat empat
kategori permainan kecil iaitu jaring dan dinding, serangan, sasaran dan
kawasan, dan memukul dan memadang.
Untuk menyediakan satu permainan kecil terdapat 6 kompenan penting
yang perlu diambil kira dalam model Bunker dan Thorpe iaitu permainan,
apresiasi permainan, kesedaran taktikal, keputusan, pelaksanaan kemahiran
dan prestasi. Setiap kompenan ini menjadi rujukan atau panduan semasa
sesuatu permainan disediakan. Daripada kompenan ini, permainan akan
diatur mengikut kesesuaian dengan kumpulan sasaran dan menjadikan
permainan lebih menarik.
Melalui model Bunker dan Thorpe juga, kumpulan kami telah
menyediakan satu permainan kecil kategori memadang dan memukul. Tajuk
permainan kecil yang disediakan adalah “Beat The Ball”. Permainan ini
adaptasi daripada permainan “Baseball”. Permainan ini bertujuan untuk
melatih murid dengan kemahiran memukul bola dan menangkap bola.
Malahan dapat membantu dalam sosial dan emosi mereka.
2.0 Tajuk
Kategori Memukul dan Memadang : Beat The Ball
3.0Matlamat
a) Meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam merancang aktiviti permainan.
b) Dapat mengelolakan permainan berdasarkan kategori pemukul dan
pemadang dlam model bunker and thorpe (1982).
c) Dapat menyediakan satu kertas kerja untuk satu permainan berdasarkan
kategori pukulan dan pemadang dalam model Bunker dan Thorpe (1982).
d) Mendapatkan sekurang-kurangnya lima bahan rujukan berkaitan
permainan pukulan dan memadang daripada media elektronik dan media
cetak untuk membantu dalam penyediaan kertas kerja.
e)
f) Membantu membina keyakinan diri serta kepuasan dalam menyelesaikan
masalah-masalah yang berhubung dengan permainan kanak-kanak.
g) Membantu memupuk kebolehan menggabungkan idea-idea bagi
menghasilkan satu permainan yang dapat memanfaat semua aspek
dalam JERIS.
h) Menyemai satu semangat kesukanan yang tinggi.
i) Memupuk nilai kerjasama semasa mengelolakan permainan mahupun
untuk penyediaan tempat.
j) Melatih guru pelatih menerangkan aprisiasi permainan dengan jelas dan
tepat.
k) Dapat menunjukkan kerjasama dengan menyumbang idea masing-
masing semasa perbincangan untuk menyediakan kertas kerja.
l) Dapat menunjukkan komitmen dengan melaksanakann tugasan yang
diamanahkan dalam masa ynag ditetapkan.
4.0 Objektif
Pada akhir sesi permainan:
a) Psikomotor
i. Memukul dengan hayunan tangan dengan teknik yang betul
ii. Melantun, menyeret dan menyambut bola menuju tapak dengan teknik
yang betul
b) Kognitif
i. Mengatur strategi untuk mendapatkan mata
ii. Memukul, melantun dan menyambut bola dengan teknik yang betul
iii. Menyatakan teknik memukul bola dengan berkesan
c) Afektif
i. Dapat menunjukkan tanggungjawab dengan memastikan semua alatan
disimpan dalam keadaan selamat selepas pelaksanaan ujian amali
ii. Sikap positif dalam diri pemain apabila menerima keputusan menang
atau kalah
5.0 Tarikh
11-12 Oktober 2010
6.0 Jangka Masa
08.00 pagi – 12.00 tengah hari
7.0 Tempat
Gelanggang Tennis Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPG KIK)
8.0 Kumpulan Sasaran
Murid-murid Tahap Satu : tahun tiga
9.0 Bilangan Pemain
10 orang
10.0 Panduan Pelaksanaan Pemainan
10.1 Jawatan kuasa kerja
Jawatan Nama Bidang Tugas
Pengerusi Muhammad
bin Ibrahim
Mempengerusikan mesyuarat.
Berhak melantik AJK
Naib
Pengerusi
Nur Faatihah
Binti Mohd
Hussin
Membantu tugas-tugas
pengerusi.
Berkuasa ketika ketiadaan
pengerusi.
Setiausaha Nur Fariqah
Binti Ahmad
Supani
Menyediakan minit mesyuarat.
Mencatat isi kandungan
mesyuarat.
Mengingatkan pengerusi
tentang sesuatu perkara.
AJK
Peralatan
Syariha
Afiqah Binti
Bujang
Menyediakan peralatan
kepada peserta.
Memastikan keadaan
peralatan.
Memulangkan peralatan yang
digunakan
AJK
Persiapan
Tempat
Abdul Hafiz
bin Ab Dullah
Menyediakan tempat
permainan kanak-kanak.
Menceriakannya.
Memastikan tempat yang
dipilih selamat.
AJK
Kecemasan
Nur Faatihah
Binti Mohd
Hussin
Memberikan bantuan
kecemasan kepada mangsa.
Memastikan peti kecemasan
berada dalam keadaan yang
baik.
AJK
Kebersihan
Syariha
Afiqah Binti
Bujang
Memastikan kawasan
permainan sentiasa bersih dan
teratur.
10.2 Senarai nama peserta
Bilangan Nama peserta catatan
1. Addie Shafiq Liew
2. Connie Lin
3. Esterianne
4. Jacqelyn
5. Mohd Jakri Bin Badin
6. Mohd Azizi Bin Md Shafie
7. Nur Alyani Binti Mohmad
Hamim
8. Nur Hidayah Binti Mustafa
9. Nurul Ain Hazirah
10. Qurratu Hamizah
10.3 Senarai semak
Sebelum Permainan Tarikh catatan
Memastikan segala peralatan
permainan yang diperlukan
mencukupi.
Menyediakan dan meletakkan
peralatan seperti yang
dikehendaki dalam permainan.
Memastikan kawasan permainan
berada dalam keadaan yang
selamat dan sedia untuk
digunakan.
Memeriksa kawasan permainan
dan alat-alat yang digunakan
sama ada mempunyai ralat atau
tidak.
Menerangkan syarat dan
peraturan untuk permainan yang
dijalankan.
Memberi keterangan tentang
gred permarkahan untuk
permainan.
Menyediakan pemain dari segi
mental dan fizikal dengan
membuat aktiviti memanaskan
badan dan regangan.
Memastikan pemain telah
bersedia untuk memulakan
permainan.
Semasa Pemainan Tarikh Catatan
Memastikan keadaan
gelanggang selamat.
Memastikan bilangan peserta
mencukupi.
Memastikan terdapat pengadil
untuk mengadili permainan.
Peralatan yang digunakan
mengikut spesifikasi yang
ditetapkan serta berada dalam
keadaan baik dan selamat untuk
digunakan.
Memastikan setiap peserta
mengikut dan memahami cara
permainan.
Memastikan peti kecemasan
disediakan untuk waktu
kecemasan.
Selepas Permainan Tarikh catatan
Memeriksa keadaan pemain
supaya dapat mengenalpasti ada
berlaku kecederaan ataupun
tidak
Membuat fasa menyejukkan
selepas menamatkan permainan.
Membersih dan mengemas
kawasan permainan.
Memeriksa alatan yang
digunakan sama ada cukup atau
tidak.
Memastikan kawasan dalam
keadaan bersih dan baik.
Memulangkan semua alatan
yang telah digunakan ke dalam
stor peralatan.
Melaporkan jika ada sebarang
kerosakan dan kecelakaan.
10.4 Senarai alatan
Bilangan Alatan Spesifikasi Kuantiti
1. Bola lisut getah - Ukuran lilit : 20cm- Diameter : 9cm
1
2. kayu pemukul - Panjang : 84.2cm- Lebar : 10.2cm
1
3. kon kecil - Tinggi : 24cm- Lebar : 14.1cm
4
- Ukur lilit : 40cm
4. kon besar - Tinggi : 59cm- Lebar : 33cm- Ukur lilit : 10.4cm
4
5. Kon leper - Tinggi : 5cm- Lebar : 19cm- Ukur lilit : 60cm
4
6. Bola tennis - Ukuran lilit : 21cm- Diameter : 8cm
1
7. Bola sepak takraw - Ukur lilit : 42cm- Lebar : 12cm
1
8. Bat - Panjang : 42cm- Lebar : 20.2cm
1
9. Surat khabar - -
11. Bola tampar - Ukur lilit : 66.4cm- Lebar : 20cm
5
12. Baju bip - Panjang : 40cm- Lebar : 55cm
5
13. Topi - Tinggi : 22cm- Lebar : 18cm- Ukur lilit : 71cm
1
10.5 Prosedur pelaksanaan permainan
10.5.1 Pelan kedudukan pelaksanaan permainan
Gambar A : Kedudukan pemain dan kawasan permainan
B1
A1
A2
A3
A4
A5
B3
B4B2
B5
Arah Laluan Larian Bagi
Pemukul
Petunjuk
A = Kumpulan Pemukul
B = Kumpulan Pemadang
Gambar B : Kedudukan pemadang
10.5.2 Fasa Memanaskan Badan
Sebelum permaianan bermula pemain melakukan aktiviti
memanaskan badan sebagai aspek keselamatan.
1. Around the circle
Kumpulan A akan berada di bulatan B2 dalam manakala
kumpulan B akan ke bulatan B3.
Kumpulan A akan bermula dengan membaling bola dari
paras dada.
Kumpulan B akan menyambut bola sambil mengeliling
kumulan A.
Kemudian kumpulan A akan melantun, menyepak,
menyangga dan menggolekkan bola kepada kumpulan B.
Setelah itu kumpulan akan bertukar dengan kumpulan A di
bulatan B3 dan kumpulan B di bulatan B2.
4-1-2-3:Kedudukan
pemadang selepas
mendapat bola
2. Meregang
Aktiviti meregang dijalankan untuk meregangkan otot
badan.
- Kumpulan A akan berada di bulatan B1 manakala
kumpulan B akan berada di bulatan B2.
- Kumpulan A akan mengadap kumpulan B secara
berpasangan.
- kumpulan A akan memegang bola dan menghantar
bola kepada kumpulan B.
- bola dihantar pada aras atas kepala, aras bawah
kelangkang kaki, arah sisi kanan dan arah sisi kiri
dalam kiraan 8 saat.
Setelah itu, kumpulan B pula mengambil giliran untuk
membuat hantaran kepada kumpulan A.
B2
B1B2
B1
B1
B2
B1
B2
B1
B2
B3
B33
B3
B3
B3
10.5.3 Kemuncak
Pemukul
1. Pemukul memukul bola yang dihantar oleh pemadang
pada paras bawah dan bola yang dipukul hendaklah
melantun sekali.
2. Semua pemukul dikehendaki berlari mengelilingi tapak
dalam kumpulan sehingga penamat. (1-2-3-4).
3. Bola yang dipukul mesti melantun di kawasan sempadan.
Bola yang melantun luar kawasan sempadan perlu
dipukul semula.
4. Pemukul akan meneruskan permainan jika dapat
membuat larian penuh.
B2
B1B2
B1
B1
B2
B1
B2
B1
B2
Pemadang
1. Pemadang perlu berada 1 meter di luar tapak.
2. Jika seorang pemadang mendapat bola, semua
pemadang yang lain perlu berlari ke dalam tapak. Bola
akan di hantar kepada pemadang 3-2-1-4.
3. Pemadang terakhir yang mendapat bola akan menyebut
“STOP!”.
4. Penalti diberikan jika pemadang menyebut “STOP!” terlalu
awal. Pemukul akan mendapat 1 mata.
Pungutan mata
1. Satu mata untuk kumpulan pemukul jika pemukul tiba di
HOME sebelum pemadang dapat menghantar bola
sekeliling tapak.
2. Mata tambahan diberikan jika melapasi “pagar bonus”.
10.5.4 Variasi Permainan
Variasi 1 : Alatan
- Peraturan permainan adalah sama dan variasi
yang dilakukan melalui penggunaan peralatan.
- Bola getah akan diganti dengan bola sepak
takraw.
- Kumpulan pemadang akan memukul atau
menendang bola sepak takraw dengan
menggunakan kaki seperti dalam permainan
sepak takraw.
- Manakala kumpulan pemadang akan membuat
hantaran bola kepada ahli kumpulan lain dengan
menggunakan kon kecil. Bola yang dihantar dan
disambut akan dihantar dan disambut dengan
menggunakan kon kecil tersebut.
Variasi 2 : Alatan
- Variasi kedua pula, kayu pemukul akan ditukar
dengan menggunakan bat.
- Bola getah akan diganti dengan bola tenis.
- Pemukul akan memukul bola dengan bola tenis.
- Setelah bola dipukul, kumpulan pemukul yang
berlari akan melakukan gallop untuk membuat
satu larian penuh begitu juga dengan kumpulan
pemadang.
10.5.5 Fasa menyejukkan badan
Aktiviti: Menyanyi lagu sambil beraksi
Lagu asal: “Bangun Pagi”
Diri tegak angkat tangan
Tepuk tangan
Tepuk bahu
Tepuk paha
Tepuk kaki
Mari buat sekali lagi
Diri tegak angkat tangan
Picit tangan
Picit bahu
Picit paha
Picit kaki
Mari buat sekali lagi
10.5.6 Perbincangan
Kumpulan mana yang menang?
- Pemukul
- Pemadang
Bagaimana kumpulan anda boleh menang?
- mengatur strategi dengan baik
- mencari ruang kosong
- pukul di kawasan yang tidak ada halangan
- mengawal kawasan dengan baik
Pemukul
1. kawasan mana yang sesuai untuk menghantar bola?
- kawsasan kosong/ kawasan tidak ada penjaga
- jauh daripada pemadang
2. Apa yang perlu anda buat jika pemadang telah
mengawal kawasan yang paling strategi untuk
mendapatkan skor?
- pukul bola ke kawasan lain yang jauh daripada
kawalan
- bola dipukul perlahan
Pemadang
1. kawasan manakah sesuai untuk dikawal?
- kawasan bonus gate
- tapak untuk menghantar bola
2. Apakah yang anda buat jika salah seorang daripada
ahli kumpulan terlepas bola?
- pemain yang tidak berada di tapak akan mengambil
bola yang terlepas
-pemain yang terdekat dengan bola akan cuba
mengambil itu semula
RUMUSAN
Kumpulan kami telah ditugaskan untuk mengelola satu permainan kecil iaitu
“Beat The Ball” yang merupakan salah satu permainan yang berasaskan Model
Bhunker & Thorpe. Dalam menyempurnakan tugasan ini, terdapat pelbagai
pengalaman yang meliputi kemahiran- kemahiran tertentu yang diperoleh.
Permainan kategori memukul dan memadang yang telah kami hasilkan ini adalah
hasil rujukan daripada model tersebut dan ianya telah banyak membantu dalam
menjana idea baru untuk menyediakan satu permainan kecil yang menarik dan
sistematik.
‘’Meat The Ball’’ merupakan satu permainan yang dikategorikan dalam
kategori permanan pemukul dan pemadang. Permainan ini sesuain dijadikan
sebagai pendedahan awal kepada murid-murid sekolah kepada permainan softball
dan baseball. Permainan ini memerlukan pemain menggunakan teknik lontaran bola
yang betul serta teknik memukul bola yang
Melalui tugasan ini juga, banyak perkara baru yang dapat kami pelajari
bermula daripada penghasilan kertas kerja permainan kecil, pelaksanaan
pertandingan serta refleksi keseluruhan. Tugasan ini juga berjaya mewujudkan
kerjasama antara ahli kumpulan kami serta dapat mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim antara ahli kumpulan dan juga pensyarah melalui kolaborasi yang telah
dilakukan.
Dalam tempoh melaksanakan kerja kursus ini, kami dapat mempelajari
tentang apa itu permainan kanak-kanak. Bukan itu sahaja, kami juga dapat menimba
pengalaman dengan pelaksanaan pergerakan asas permainan kanak-kanak
tersebut seterusnya akan memudahkan kami untuk mengajarkan permainan ini
kepada murid-murid kami nanti.
Kerja kursus ini juga telah memberi peluang kepada kami untuk
meningkatkan kemahiran kami dalam mencuba beberapa permainan yang
melibatkan keempat-empat kategori dalam “Teaching Games For Understanding”
(TGfU). Kami telah merancang permainan ini dengan mengambil kira aspek-aspek
yang terdapat dalam Model Bunker & Thorpe seperti pelaksanaan kemahiran yang
menjadi asas permainan, kesedaran taktikal melalui prinsip pergerakan, ruang-masa
dan lain-lain lagi.
Kesemua kemahiran dan pengetahuan yang beritan dengan Model Bunker &
Thorpe ini boleh diaplikasikan dalam pengajran pendidikan jasmani disekolah untuk
menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan. Oleh itu, bakal seorang guru
pendidikan jasmani perlulah mempunyai pengetahuan yang luas dan mahir dalam
bidang ini supaya dapat mengajar murid-murid ilmu tentang permainan kanak-kanak
atau TGFU yang betul.
Semoga segala pengalaman dalam menjayakan pertandingan ini dapat
dijadikan sebagai panduan kepada semua guru pelatih yang terlibat terutamanya
apabila mengendalikan pertandingan seumpama ini di sekolah kelak.
11. 0 Refleksi
11.1 Syariha Afiqah binti Bujang
(880824-52-5714)
11.2 Nur Faatihah binti Mohamad Hussin
(900110-43-5130)
11.3 Nor Fariqah binti Ahmad Supani
(901231-10-5642)
11.4 Muhamad bin Ibrahim
(891016-11-5147)
11.5 Abdul Hafiz bin Ab Dullah
(900307-03-5245)
Top Related