Program Pensiswazahan Guru
BBD 18002
AMALAN PENGURUSAN PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) DI SEKOLAH RENDAH
TUGASAN 1
Oleh
ROSDI BIN RAMLI801003-14-5943
UntukPROF. MADYA HJ YUSUF BIN JAMAR
Tarikh:7 Mei 2011
PENDAHULUAN
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya
menghasilkan tugasan untuk matapelajaran Perkembangan Pendidikan ini dengan jayanya bagi
Semester 2 2011. Walaupun menghadapi berbagai halangan dan rintangan.
Kejayaan ini telah memberi gambaran tentang kesungguhan saya dalam menimba ilmu pengetahuan
dan kemahiran sebagai persediaan untuk saya meneruskan pembelajaran dalam program Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Sekolah Rendah (Sains) KPM-UTHM ini.
Dikesempatan ini ingin saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga
buat Tutor saya iaitu PROF. MADYA HJ YUSUF BIN JAMAR kerana telah banyak berusaha
memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menghasilkan tugasan ini. Tidak dilupakan
juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberikan kerjasama dan juga
perbincangan didalam LMS dengan sebaiknya. Hanya Allah yang akan membalas jasa-jasa kalian.
Semoga dengan terhasilnya tugasan ini, dapatlah kita manfaatkannya bersama sebagai persediaan
kepada kita nanti untuk sama-sama berjaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan seterusnya
mengaplikasikan pengetahuan yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran
Akhir kata, semoga kita bersama-sama menempa kejayaan di dalam program ini dan seterusnya
menjadi guru yang berkualiti, jujur dan ikhlas dalam membentuk modal insan negara yang berkualiti.
In Sha Allah......
Sekian Terima Kasih.
Rancangan Makanan Tambahan Di sekolah (RMTS) tidaklah bermaksud untuk menggantikan
makanan yang disampaikan kepada seseorang murid sekolah oleh ibu bapa atau penjaganya.
Rancangan Makanan Tambahan Di sekolah adalah membawa pengertian kepada satu program
memberi makanan tambahan, iaitu 1/4 – 1/3 daripada jumlah keperluan harian bagi seseorang murid
sekolah rendah harian dari segi taraf permakanan dan tidaklah untuk memberi keperluan hariaan
sepenuhnya. Rancangan Makanan Tambahan di sekolah adalah satu usaha yang bersepadu dan selaras
dengan usaha – usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan pemakanan di sekolah.
Kajian – kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa di antara 15% hingga 20%
daripada jumlah murid yang datang ke sekolah tanpa sarapan pada sesi sekolah pagi atau makan
tengah hari pada sesi sekolah petang dan 1/6 hingga 1/3 mengalami ‘kelaparan tersembunyi’.Selain
itu, lebih kurang 35% murid sekolah rendah menunjukkan tanda – tanda salah permakanan. Salah
pemakanan dan kesan bersama yang diakibatkan oleh salah pemakanan dan serangan penyakit,
menimbulkan pelbagai masalah dari segi pertumbuhan badan pencapaian dalam pelajaran serta
kelakuan penyesuaian diri.
Selepas Perang Dunia yang ke-2, Pemerintahan Tentera British telah mengadakan satu
Rancangan Makanan Tambahan di sekolah – sekolah sebagai suatu usaha kecemasan berdasarkan
hasil pemerhatian di kalangan murid – murid di sekolah rendah pada masa itu yang dimana
kebanyakkannya mengalami kekurangan pengambilan nutrisi permakanan. Dalam masa lebih kurang
dua puluh lima tahun yang berikut, Rancangan Makanan Tambahan telah dijalankan di beberapa buah
sekolah terpilih, kebanyakkan sekolah – sekolah di bandar, oleh pertubuhan – pertubuhan sukarela
seperti Persatuan Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (Malaysian Council for Child Welfare), Majlis
Pusat Kebajikan (Central Welfare Council) dan badan- badan berkanun, seperti FELDA, di mana
makanan itu dibekalkan oleh ‘Catholic Relief Service of America’ di bawah anjuran Catholic Welfare
Service Malaysia. Sebanyak 468 buah sekolah yang melibatkan seramai 98,910 orang murid telah
menerima makanan tambahan. Rancangan ini telah berakhir apabila bekalan bahan – bahan makanan
daripada Amerika Syarikat telah dihentikan pada tahun 1972. Pada tahun 1974 kerajaan Negeri
Selangor telah memulakan Projek Perintis, Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan di Kuala
Langat, Selangor. Projek ini telah diperluaskan ke kawasan – kawasan yang lain dalam negeri
Selangor.
Pada tahun 1976, Jawatankuasa Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP) di
peringkat kebangsaan, yang di bawah Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan makanan
tambahan sebagai satu usaha dalam Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan, Peruntukan
kewangan bagi menjayakan rancangan ini telah disediakan oleh Bahagian Penyelarasan dan
Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri untuk dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan di
kawasan – kawasan Rancangan AMP. Semenjak tahun 1979, Rancangan Makanan Tambahan telah
dikelola, diselia dan dilaksanakan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan. Pada tahun 1979 dan
1980, Rancangan Makanan Tambahan telah diperluaskan ke kawasan – kawasan luar daerah
Rancangan AMP. Ini sejajar dengan pengumuman Menteri Pendidikan pada tahun 1978, dan perakuan
– perakuan Laporan Jawatankuasa Kabinet.Manakala pada tahun 1980, bekalan susu oleh Jabatan
Haiwan telah dilaksanakan dua hari seminggu di beberapa daerah yang terpilih di mana ianya sebagai
program tambahan dalam memperkasakan pengambilan nutrisi makanan oleh pelajar – pelajar di
sekolah. Seterusnya pada tahun 1980, semua criteria berkaitan dengan pengagihan peruntukan wang
kepada sekolah – sekolah serta bilangan murid yang dipilih bagi menerima makanan tambahan telah
disampaikan kepada semua Jabatan Pendidikan Negeri oleh Kementerian Pendidikan. Keutamaan
diberi kepada sekolah – sekolah rendah di daerah-daerah mundur yang terlibat dalam Rancangan
AMP.
Menteri Pendidikan dalam ucapannya di Melaka pada 24 Jun 1978 dan di Pulau Pinang pada
19 Mac 1979, telah mengumunkan hasrat kerajaan untuk memperluaskan RMTS di sekolah – sekolah
rendah di seluruh Malaysia. Pada bulan November 1978, dalam ucapan Anggaran Belanjawan
Kementerian Pendidikan bagi tahun 1979, Menteri Pendidikan telah pun menjelaskan usaha – usaha
Kementerian Pendidikan untuk memperluaskan rancangan ini yang bermula pada tahun 1979 ke
daerah – daerah lain selain daripada 46 buah daerah yang sedia ada. Seramai lebih kurang 400,000
orang murid daripada 3,711 buah sekolah terlibat dalam rancangan ini. Hasil pada perbincangan
Jawatankuasa Kebangsaan Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan yang dipengerusikan oleh
Jabatan Perdana Menteri ( Unit Penyelarasan Pelaksanaan ICU) telah mengambil keputusan untuk
memperluaskan atau memperkukuhkan Rancangan AMP di semua kampung Kategori C (mundur) di
seluruh Malaysia dalam tempoh Rancangan Malaysia Keempat. Jawatankuasa Pemandu Rancangan
Nadi telah meminta Kementerian Pendidikan utuk memberi keutamaan bagi Rancangan Makanan
Tambahan di kawasan setinggan dan bagi murid – murid sekolah rendah daripada golongan
berpendapatan rendah. Hasil dari Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 telah memperakukan bahawa
oleh kerana Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan telah dapat menghasilkan peningkatan taraf
kesihatan umum, pertumbuhan tubuh badan yang tidak terencat, pengurangan serangan penyakit dan
pertambahan daya pembelajaran murid, maka Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan dan
khasnya Rancangan Makanan Tambahan diteruskan dan diperbaiki.
Di dalam program Rancangan Makanan Tambahan di Sekolah Rendah ini ianya mempunyai
objektif am dan Khususnya tersendiri. Objektif am Rancangan Makanan Tambahan ini adalah untuk
memberi makanan tambahan kepada murid – murid sekolah rendah, terutamanya daripada luar Bandar
dan golongan berpendapatan rendah, secara imbuhan untuk sementara waktu, bagi memperbaiki
keadaan kesihatan pelajar, sebagai suatu usaha, selaras dengan Dasar Ekonomi Baru. Bagi objektif
khusus, antaranya ialah yang pertama adalah untuk memberi makanan tambahan yang berzat dan
seimbang kepada murid – murid yang berkenaan untk membantu mereka mengatasi pelbagai masalah
dari segi pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga. Kedua adalah untuk menyelenggarakan
pendidikan kesihatan dan pemakanan langsung dan tidak langsung. Ketiga adalah untuk memupuk
budaya sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalan-amalan yang diingini berkaitan dengan
kebersihan diri, kebersihan makanan dan kebersihan alam sekitar. Keempat adalah untuk
memperkasakan Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan kerana program ini mendapat sambutan
yang baik oleh Masyarakat. Kelima adalah untuk menggalakkan penglibatan dan penyertaan
masyarakat dalam usaha – usaha sekolah, terutama Rancangan Makanan Tambahan. Program
makanan tambahan di sekolah telah menyebabkan kedatangan murid lebih memuaskan dan pencapaian
akademik yang lebih baik terutama daripada golongan berpendapatan rendah.
Rancangan Makanan Tambahan di sekolah rendah dijalankan selaras dengan Rancangan
Kesihatan Sekolah, Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan dan Rancangan Nadi. Justeru,
perkara – perkara yang berkaitan dengan perancangan, pelaksanaan dan penilaian dilaporkan dalam
mesyuarat Jawatankuasa yang terlibat seperti Jawatankuasa Bersama Kesihatan Sekolah,
Jawatankuasa Kebangsaan Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan, dan Jawatankuasa Pemandu
Rancangan Nadi. Penyelarasan dari segi pengurusan dan pentadbiran dijalankan melalui saluran yang
tertentu dalam Kementerian Pendidikan. Bagi pelaksanaan program ini, faktor – faktor berikut telah
dititikberatkan di seluruh Malaysia iaitu pertama, terdapat murid – murid miskin di semua kawasan
walaupun kadar kemiskinan mereka berbeza. Kedua, masalah penentuan sekolah wujud di beberapa
buah negeri kerana terdapat perbezaan antara Daerah Pentadbiran Kerajaan (Daerah Rancangan AMP)
dengan Daerah Pentadbiran Jabatan Pelajaran.Pada tahun 1978, Menteri Pendidikan telah
mengumumkan hasrat kerajaan untuk memperluaskan Rancangan Makanan Tambahan ke semua
sekolah rendah menjelang tahun 1980.Untuk pemilihan murid dalam menyertai rancang ini adalah
berasaskan kriteria dan keutamaan yang berikut yang pertama, murid yang menunjukkan tanda – tanda
salah pemakanan (dipilih oleh Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah dan/atau guru darjah dan
diselaraskan oleh satu Jawatankuasa Khas di peringkat sekolah).Kedua, iaitu murid adalah daripada
keluarga yang berpendapatan rendah dan keahliannya besar (Pendapatan bawah RM400.00 atau
perkapita RM80.00). Ketiga, iaitu murid yang lokasi rumahnya jauh dari sekolah.Manakala untuk
jumlah bilangan penerima program Rancangan Makanan Tambahan ini adalah berbeza antara satu
sekoah dengan satu sekolah yang lain. Ianya berdasarkan kepada kedudukan sekolah, saiz sekolah
( bilangan murid), taraf pemakanan penduduk dan pendapatan keluarga. Ini bermakna sekolah –
sekolah yang terletak di kawasan AMP dan kawasan mundur serta sekolah yang mempunyai bilangan
murid yang kecil diberi keutamaan. Pengagihan adalah berdasarkan ‘Sifir pengagihan’ yang
disediakan pada setiap tahun.
Di dalam hari dan masa pelaksanaan program Rancangan Makanan Tambahan ianya
diperuntukkan untuk 190 hari setiap tahun. Walau bagaimanapun, sekolah yang terdapat murid –
murid Islam, rancangan ini dihentikan untuk sementara waktu pada bulan Ramadan, tetapi bilangan
hari bagi makanan tambahan adalah tetap sama. Di beberapa daerah yang terpilih, Jabatan Haiwan
membekalkan susu dua hari seminggu. Bekalan susu sebagai makanan tambahan sekurang –
kurangnya sehari seminggu akan diperluaskan ke daerah – daerah lain, peringkat demi peringkat.
Untuk lebih bermanfaat, faedah yang sempurna makanan tambahan perlu diberi kepada murid – murid
sebelum mereka memulakan pelajaran harian, iaitu sebagai sarapan bagi yang bersekolah pagi dan
makan tengah hari bagi yang bersekolah petang. Bagi penyediaan dan pengagihan makanan adalah
diuruskan oleh sepenuhnya pihak kantin sekolah mengikut kontrak yang dipersetujui dengan pihak
sekolah. Untuk penyediaan makanan tambahan sekolah pihak Kementerian Pelajaran telah
menyenaraikan lima jenis menu secara bergilir. Walau bagaimanapun sekolah boleh membuat pilihan
daripada 20 senarai menu yang disediakan mengikut kesesuaian bahan dan kesukaan murid.
Semenjak tahun 1976 sehingga 1978, peruntukan wang bagi Rancangan Makanan Tambahan
di sekolah rendah telah disampaikan kepada Kementerian Pendidikan oleh Jabatan Perdana Menteri di
bawah Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan. Pada tahun 1979, rancangan ini telah diserahkan
kepada Kementerian Pendidikan. Pada masa sekarang peruntukan wang bagi Rancangan Makanan
Tambahan di sekolah rendah disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Bayaran kepada Jabatan dibuat
terus oleh Bahagian Kewangan Pendidikan Negeri Kementerian Pelajaran Malaysia. Kadar bayaran
bagi seorang murid sehari untuk makanan tambahan adalah 10 sen pada tahun 1976, 15 Sen pada
tahun 1977 dan 20 sen pada tahun 1978,1979 dan 1980. Mulai tahun 2001 kadar bagi seorang murid
sehari adalah RM1.20 di Semenanjung Malaysia dan RM1.35 di Sabah, Sarawak dan Wilayah
Persekutuan Labuan dan sehingga sekarang kadar bayarannya ialah RM1.80 bagi seluruh Malaysia.
Untuk pengurusan dan penyelarasan program Rancangan Makanan Tambahan ini adalah dibawah tabir
urus Bahagian Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah yang terlibat adalah bertanggungjawab
untuk mengurus dan menyelaraskan rancangan ini melalui unit./pegawai atau jawatankuasa yang
tertentu. Pada masa sekarang tugas pengurusan dan penyelarasan adalah dijalankan oleh Unit Hal
Ehwal Pelajar (HEP) di peringkat Kementerian Pelajaran, Penyelia Kesihatan Negeri di peringkat
Jabatan Pelajaran Negeri dan Guru Besar atau sebuah jawatankuasa di peringkat sekolah (Bantuan dan
Biasiswa Sekolah) dibawah selia urus Unit HEM. Guru Besar hendaklah merancang dan
melaksanakan aktiviti – aktiviti pendidikan yang berkaitan dengan Rancangan Makanan Tambahan ini
demi menghasilkan impak yang kekal kepada murid – murid. Aktiviti – aktiviti yang disyorkan adalah
seperti mementingkan kebersihan makanan dan mengawas segala peraturan kebersihan terutama sekali
semasa menyedia dan menghidang makanan kepada murid demi mengelakkan daripada berlakunya
keracunan makanan dan penyakit – penyakit yang berjangkit.Selain itu, Guru Besar juga berperanan
dalam memantau pengurusan kewangan dan stok harian, bulanan dan tahunan program ini. Guru Besar
juga terlibat dalam memberi perhatian khas terhadap perkembangan pelajaran, kesihatan dan lain –
lain seumpamanya tentang murid – murid yang menerima program ini. Guru Besar juga hendaklah
menyampaikan satu laporan ringkas ke Jabatan Pelajaran Negeri masing – masing pada setiap akhir
tahun. Segala urusan pendaftaran nama murid yang menerima rancangan ini hendaklah dicatatkan oleh
pihak sekolah dalam fail pengurusan Program RMT dan ianya perlu sentiasa diselenggara dan
dikemaskini dengan baik dibawah pemantuan Guru Besar atau Guru Penolong Kanan HEM. Bagi
menjamin kelancaran program rancangan makanan tambahan ini terdapat beberapa cara pengurusan
yang lebih baik yang dicadangkan. Antaranya ialah pihak sekolah boleh mewujudkan Jawatankuasa
Rancangan Makanan Tambahan di sekolah yang dimana berfungsi menyelaras,mengendali &
menyelia program Rancangan Makanan Tambahan di sekolah. Dimana program ini dibawah
pemantauan Guru Penolong Kanan HEM. Pihak pengurusan sekolah (Guru Penolong Kanan HEM)
hendaklah mendapatkan kerjasama guru – guru dibawah jawatankuasa yang telah dilantik, bertugas
bergilir – gilir menyelia untuk memastikan kelancaran program ini disamping memastikan segala
perlaksanaan program ini mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia khususnya dari segi penyediaan makanan, punca penyimpanan bekalan makanan,
persekitaran penyediaan makanan dan perlaksanaan atau tatacara program Rancangan Makanan
Tambahan. Semua peraturan atau prosedur ini wajib dilaksanakan atau dituruti oleh pihak kantin
sekolah, dibawah nasihat Jawatankuasa Program RMT sekolah berpandukan garis panduan
Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini adalah bagi memastikan objektif Rancangan Makanan Tambahan
ini berjaya. Selain itu, perkara yang boleh diambil kira dalam menjamin keberkesanan program supaya
ianya lebih baik lagi, pihak sekolah bersama PIBG juga boleh mengembeling tanggungjawab bersama
– sama membantu dalam perlaksanaan program ini. Adalah lebih baik lagi sekiranya pihak sekolah
bersama pihak PIBG membantu dalam melaksanakan program ini kerana kedua – dua pihak ini sangat
rapat dengan murid – murid dalam masa seharian mereka. Permuafakatan, keyakinan & kepercayaan
antara kedua – dua pihak iaitu antara pihak sekolah dengan pihak PIBG akan menghasilkan sesuatu
yang baik & bermakna sekiranya ianya diperhalusi dan dilaksanakan dengan penuh kejujuran dan
amanah bagi menjamin inspirasi negara untuk melahirkan generasi model insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.Semoga segala usaha ini berkekalan & dirahmati Allah S.W.T. In Sha Allah....
REFERENCE/RUJUKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Panduan Rancangan Makanan Tambahan Di sekolah. Kuala Lumpur: Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Mohd Shahril Md Arop, Suriah Abdul Rahman, Aminah Abdullah, Mohd Fauzi Jani. (2003). Nutritional Status of School Children Receiving Supplementary Feeding Program in Peninsular Malaysia. Dicapai pada Mei 2, 2011, dari http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid32_2003/Jilid32_2003_ms131-146.html
MD. Razali Bin MD. Yusoff (2008). Amalan Pengurusan Rancangan Makanan Tambahan Di sekolah Rendah, Negeri Sembilan, Malaysia. Dicapai pada Mei 3, 2011, dari http://psasir.upm.edu.my/4866/2/FPP_2008_7.pdf
Adair, L.S. & Guilkey D.K. 1997. Age-specific determinants of stunting in Filipino children. J. Nutr. 127: 314-320.
Ali, A.G. 1995. The mathematics of hunger, FAO Rev 27(2): 31-33.
Barker, J.P. 1994. Mothers, babies and disease in later life, London: British Medical Journal Publishing.
Chen S.T. 1979. Prevalence and effects of protein-calorie malnutrition in Malaysia. Paper presented in Seminar on Health, Food and Nutrition. Penang.: 2-8.
Chen S.T. 1986. Effects of environment on the growth of children. Med. J. Mal. 41 (1): 72-76.
Cheng KM., Suriah A.R. & Aminah A. 1988. Status pemakanan dan antropometri kanak-kanak sekolah rendah di kawasan Kuala Selangor. Sains Malaysiana 17(3): 283-292.
Durnin J.V.G.A. & Rahaman M.M. 1967. The assessment of the amount of fat in the human body from measurements of skinfold thickness. Br. J. Nutr. 21: 681-689.
Fatimah A., Romzi M.A., Fadlinda F. & Roshashima Y. 1993. Faktor-faktor yang mempengaruhi status pemakanan kanak-kanak sekolah di Tanjung Karang, Kuala Selangor. Proc. Nutr. Soc. Mal. 8: 112-118.
Ismail M.N. 1992. Malnutrition and food consumption patterns in Malaysia. Int. J. Food. Sci. Nutr. 43: 69-78.
Ismail M.N., Wong T.S. & Zawiah H. 1988. Anthropometric and food intake studies among Semai children. J. Mal. Soc. Health 6 (1): 19-25.
Kandiah M. 1990. Effectiveness of the school supplementary feeding programme in improving the nutritional status, scholastic performance and school attendance of selected rural school children. Proc. Nutr. Soc. Mal. 5: 47-72.
Khor G.L. 1997. Nutritional status of children in Malaysia: persistence of old problems. Mal. J. Child Health 9 (2): 133-150.
Khor G.L. & Tee E.S. 1997. Nutritional assessment of rural villages and estates in Peninsular Malaysia. II. Nutritional status of children aged 18 years and below. Mal. J. Nutr. 3: 21-47.
Lohman T.G., Roche A.F. & Martorell R. 1988. Anthropometric standardization reference manual. Urbana Champaign, Illinois: Human Kinetic Books.
Martorell R., Khan L.K & Schroeder D.G. 1994. Reversibility of stunting: epidemiological finding in the assessment of nutritional status using anthropometry. Eur. J. Clin. Nutr. 48 (Suppl. 1): S45-S47.
Mora J.D. 1986. A new method for estimating a standardized prevalence of child malnutrition from anthropometric indicators. WHO Bul. 67 (2): 133-142.
Mora J.D., Herrera M.G., Suescun J., de Navarro L. & Wagner M. 1981. The effects of nutritional supplementation on physical growth of children at risk of malnutrition. Am. J. Clin. Nutr. 34: 1885-1892.
Ndihoreye S.F., Lagarto M.B. & Monsef E. 1994. An evaluation of implementation and impact of school supplementary feeding program at Pasir Panjang Primary School, Sabak Bemam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Report submitted to University of Queensland, in collaboration with Mahidol University and Khon Kaen University, Thailand and Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nelson KR., Jenkins R.M. & Nelson S.K 1989. A third world supplemental feeding project: expectations and realities - a dichotomy. Nutr. Today 24 (3): 19-24.
Perez-Escamilla D. & Pollitt E. 1995. Growth improvements in children above 3 years of age: The Cali study. J. Nutr. 125 (4): 885-893.
Popkin B.M., Richards M.K & Montiero C.A. 1996. Stunting is associated with overweight in children of four nations that are undergoing the nutrition transition. J. Nutr. 126 (12): 3009-3016.
Rifkin S.B. 1987. Primary health care, community participation and the urban poor: a review of problems and solutions. Asia-Pacific J. Pub. Health. 1: 57-63.
Tee E.S. Ismail M.N., Nsir A. & Khatijah I, 1997. Nutrient composition of Malaysian foods. ASEAN Habits Project. National Subcommittee on Protein. Food Habits Research and Development in Malaysia.
Teoh, S.T. 1975. Recommended daily dietary intakes for Peninsular Malaysia. Med. J. Mal. 30(1): 38-42.
WHO, 1983. Measuring change in nutritional status: guidelines for assessing the nutritional impact of supplementary feeding programmes for vulnerable groups. Geneva: WHO.
WHO Study Group. 1991. Diet nutrition and the prevention of chronic disease. Nutr. Rev. 49 (10): 291-301.
WHO, 1995. Physical status: the use and interpretation of antrhropometry. Report of WHO Expert Committee. Geneva: WHO.