1
Perkakasan dan Perisian Multimedia
PerkakasanKomputer
Objektif Pembelajaran :
i- Mengenalpasti perkakasan yang boleh
digunakan untuk
menghasilkan bahan multimedia.
a) Pengimbas (Scanner)
b) Kamera Video (Video Camera)
c) Kamera (Camera)
d) Peranti Audio (Audio Devices)
e) Peranti Penangkapan Video (Video
Capture Devices)
3
PERKAKASAN MULTIMEDIA
Apabila kita membina sistem multimedia, kita
perlu mengenali peranti – peranti yang terlibat.
Apakah definisi peranti?
Peranti adalah peralatan fizikal yang digunakan
untuk menjalankan tugasan tertentu untuk
membina dan menggunakan multimedia.
4
Peranti / Perkakasan
a) Pengimbas (Scanner)
b) Kamera Video (Video Camera)
c) Kamera (Camera)
d) Peranti Audio (Audio Devices)
e) Peranti Penangkapan Video (Video
Capture Devices)5
Apakah perkakasan yang digunakan untuk menghasilkan produk multimedia?
Apakah itu pengimbas?
Peranti input yang mampu membaca teks dan menukar
data yang diterima kepada imej grafik.
Tujuan pengimbas : -
Menerima data di dalam bentuk grafik.
Data boleh difotograf semula untuk diubahsuai,
diperbaiki, diperbetulkan atau digunakan di dalam
cetakan kerja.
Membolehkan kita membuat imej elektronik yang jelas
terhadap data yang masuk.6
a) Pengimbas (Scanner)
Contoh data:-
Foto
Kerja Seni
Lakaran Pen
Lakaran Kartun
Jenis - jenis pengimbas :-
i- Pengimbas tangan ii- Pengimbas
mendatar
Digunakan untuk menghasilkan imej bimap7
Apakah itu kamera video?
Mengambil imej bergerak dan memasukkan
data imej ini terus ke dalam bentuk media
digital tanpa menggunakan filem.
Tujuan kamera video : -
Digunakan untuk memasukkan data ke
dalam komputer dalam bentuk digital8
b) Kamera Video (Video Camera)
Jenis – jenis kamera video digital : -
i - Kamera video analog
Sebuah kamera video analog yang menggunakan kaset video VHS
Merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk
analog.
Kamera ini menggunakan tape magnetik dalam
bentuk kaset video dalam pelbagai format seperti
format VHS, VHS-C, Hi 8 dan U-matic.
Saiz kaset ini berbeza-beza dan hanya boleh
dimainkan pada pemain video yang sesuai
dengannya sahaja.
9
Apakah itu kamera?
Alat untuk membentuk dan merakam suatu
bayangan potret pada lembaran filem.
Fungsi kamera : -
Mengambil gambar kaku
Bagaimanakah kamera ini bertugas?
Kamera mengambil gambar kaku dan memasukkan
data imej ini terus ke dalam bentuk media.
10
c) Kamera (Camera)
Jenis – jenis kamera : -
i - Kamera Saku / Digital Pocket Camera
Salah satu dari jenis-jenis kamera fotografi
yang mudah dibawa ke mana-mana.
Menggunakan bentuk penyimpanan data
digital dan pengambilan gambar dengan
ukuran yang kecil.
Mempunyai bentuk dan ukuran yang kecil.11
ii - Kamera SLR ( Single Lens Reflex )
Jenis-jenis kamera fotografi profesional yang masih
menggunakan film atau klise sebagai media
penangkap gambar manual.
Menggunakan lensa fixed atau lensa zoom,
kamera SLR dapat menangkap gambar dengan
resolusi sangat tinggi dan detail. 12
iii - Kamera Digital SLR
Pelbagai fungsi disediakan untuk mendapatkan gambar
yang baik dan berkualiti.
Kamera digital SLR merupakan kamera untuk kelas
profesional yang membolehkan foto dengan resolusi yang
tinggi.
Berbeza dengan kamera SLR, salah satu dari jenis-jenis
kamera fotografi ini mengupgrade sensor penangkap
gambar dengan alat elektronik bernama CCD / sensor CCD.
Ada pula yang memakai sensor CMOS.13
Apakah itu peranti audio?
Digital audio memerlukan perkakasan yang
khas untuk ‘capture’ dan main semula bunyi.
Tujuan peranti audio : -
Audio adalah input bagi dalam komputer yang
melalui talian atau mikrofon yang
menghubungkan alatan luaran audio seperti
tape atau pemain audio CD 14
d) Peranti Audio (Audio Devices)
15
Contoh – contoh peranti audio
Apakah itu peranti penangkapan video?
Perkakasan video terdiri daripada alatan untuk
memaparkan dan ‘capture’ video.
Alat ini memaparkan video biasanya dipanggil ‘graphic
adapter’
Tujuan peranti audio : -
Ia boleh memaparkan lebih daripada 16 juta warna di
skrin monitor.
Untuk memindahkan rakaman video daripada pita video,
cakera laser atau kamera. 16
e) Peranti Penangkapan Video (Video Capture Devices)
Perkakasan multimedia amat penting untuk menghasilkan produk
multimedia terutamanya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Setiap perkakasan ini mempunyai pelbagai fungsi yang berbeza.
Antara perkakasana tersebut adalah:-
i- Pengimbas (Scanner)
ii- Kamera video (Video camera)
iii- Kamera (Camera)
iv- Peranti audio (Audio devices)
v- Peranti penangkapan video (Video capture devices)
17
Kesimpulan:-
1. Senaraikan perkakasan yang boleh digunakan untuk
menghasilkan bahan multimedia?
a) _________________________
b) _________________________
c) _________________________
d) _________________________
e) _________________________
2. Berikan definisi peranti multimedia.
___________________________________________
___________________________________________
18
Kuiz:-
3. Senaraikan fungsi setiap peralatan multimedia yang disenaraikan.
a) Pengimbas =_________________________b) Kamera Video =_________________________c) Kamera = _________________________d) Peranti Audio = _________________________e) Peranti Penangkapan Video = ________________
4. Kenalpasti jenis-jenis kamera yang terdapat dalam perkakasan multimedia.
a) __________________b) __________________c) __________________
19
PerisianPenyuntingan
20
21
Jenis-jenis penyuntingan
Penyuntingan
Audio Video Animasi
Rakaman audio boleh disimpan dalam pelbagai format seperti kaset, cakera padat atau dalam bentuk klip audio digital (digital audio clip). Ia dapat dimainkan semula melalui perkakasan yang bersesuaian dengan perisiannya.
Sebagai contoh, kaset audio boleh dimainkan melalui pemain kaset (cassette player), cakera padat boleh dimainkan melalui pemain cakera (CD player) dan klip audio boleh dimainkan melalui perisian pemain media (media player).
22
Penyuntingan audio
23
Contoh perisian yang digunakan :
Microsoft windows MediaPlayer Musicmatch Jukebox
Secara
langsung
Tidak Linear(Digit
al)
Linear(Analo
g)
24
Teknik penyuntingan video yang utama
Penyuntingan video secara langsung boleh dilakukan secara langsung menerusi penggunaan beberapa alatan seperti kamera video serta alatan video lain seperti pusat pencampuran atau central mixing console dan sebagainya.
Sumber video dari video kamera akan terus disalurkan ke pusat yang dinyatakan dan ianya boleh terus disunting secara terus atau dalam masa nyata (real time).
Teknik penyuntingan secara langsung ini sering digunakan dalam penerbitan rancangan televisyen yang memerlukan tayangan atau siaran secara langsung dilakukan.
25
Teknik penyuntingan secara langsung
Teknik penyuntingan linear merupakan teknik penyuntingan video awal yang telah digunakan sebelum wujudnya teknologi komputer.
Itu sebabnya, teknik penyuntingan video secara linear juga ada kalanya dikenali sebagai teknik penyuntingan: video secara analog.
Ianya boleh dilakukan dalam pelbagai cara dan kebanyakannya adalah proses yang bersifat mekanikal.
26
Teknik penyuntingan secara linear
Antara pendekatan utama bagi tujuan penyuntingan linear ialah menerusi dalam kamera (In Camera Editing), secara selitan (Insert Editing) dan pita ke pita (tape to tape)/penyuntingan himpunan (assemble editing)
Proses penyuntingan bermula dari babak awal pada video sehinggalah kepada babak akhir secara berturutan. Ini juga bermakna sekiranya berlaku sebarang kesilapan, proses pemulihan atau pengubahsuaian agak sukar untuk dilakukan kerana ianya perlu dilakukan dari awal semula.
27
Sambungan…
Dianggap ketinggalan zaman namun dalam beberapa keadaan ianya masih boleh digunakan.
Antara kelebihannya ialah: - alatan asas mudah disediakan dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
- mudah dikendalikan khususnya apabila tugas-tugas penyuntingan yang asas ingin dilakukan. Sebagai contoh, dalam proses menggabungkan dua klip video menjadi satu ataupun sekadar untuk memotong bahagian video yang tidak diperlukan.
28
Sambungan…
Teknik penyuntingan video secara tidak linear (non-linear video editing-NLE) - teknik penyuntingan video popular dan digemari pengguna sama ada yang baru berjinak-jinak dengan dunia video mahupun pengguna profesional.
Dikenali sebagai teknik penyuntingan digital - berasaskan teknologi digital khususnya teknologi komputer.
Teknik penyuntingan secara tidak linear
Teknik penyuntingan yang paling asas dan tidak memerlukan peralatan tambahan selain dari kamera video yang digunakan bagi tujuan rakaman.
Proses rakaman dilakukan berasaskan kepada skrip atau senarai semak yang dirancangkan
Setiap rakaman dilakukan dalam turutan jalan cerita yang telah dirancangkan dengan tempoh masa yang juga telah ditetapkan.
30
Penyuntingan video dalam kamera
Popular digunakan khususnya bagi menghasilkan video yang diperlukan dalam tempoh masa yang pendek serta kos yang rendah.
Rakaman baru akan dirakamkan terus di atas bahagian video sedia ada yang ingin digantikan atau yang tidak diperlukan lagi.
Proses ini boleh terus dilakukan di lokasi asal rakaman dibuat ataupun sewaktu proses rakaman semula bagi tujuan penyuntingan.
Penyuntingan video secara selitan
Bahagian video yang diperlukan daripada satu pita video asal akan disalin kepada satu pita video yang baru manakala bahagian video yang tidak diperlukan akan dipadam atau diabaikan.
Apa yang diperlukan ialah pemain VCR (alat perakam pita video) dan skrin televisyen atau monitor.
Penyuntingan video pita ke pita/himpunan
Memudahkan proses penyuntingan -menyediakan kemudahan capaian secara rawak (random access atau non linear editing) ke mana-mana bahagian video tersebut.
la juga membenarkan arahan copy, cut dan paste dilaksanakan serta unsur-unsur kesan khas (effect) dimasukkan ke dalamnya dengan mudah.
Sambungan…
Penyuntingan video secara tidak linear menawarkan
pelbagai kelebihan berbandingpenyuntingan video secara linear
Penyuntingan Linear - Bermakna membuat
salinan
Penyuntingan Tidak Linear - Bermakna "Disk
Skipping”
Sambungan…
Penyuntingan Linear – Sukar
Penyuntingan Tidak Linear - Mudah
Peralatan Asas yang Diperlukan
Menghubungkan Kamera Video dengan Komputer
Menghubungkan Sebuah pemain VCR dengan Komputer
Menghubungkan 2 pemain VCR dengan Komputer
Alatan-alatan yang diperlukan bagi membina satu sistem penyuntingan video tidak linear atau NLE anda sendiri tanpa melibatkan kos
yang tinggi adalah seperti:
Dalam proses penyuntingan tidak linear, video dan audio yang telah melalui proses pendigitalan akan disimpan di dalam ruang cakera keras komputer.
la seterusnya boleh disunting seperti mana fail komputer yang biasa dengan menggunakan perisian penyuntingan video digital seperti Adobe Premiere, Apple Final Cut Pro, Avid Xpress, Ulead Media Studio, Sony Vegas dan sebagainya.
Perisian penyuntingan video digital
Contoh Perisian yang digunakan :
Microsoft Windows Movie Maker
VCD Cutter
Selesai proses animasi, penyunting akan mengumpul semua babak-babak yang telah dilakukan oleh animator dan di susun ke dalam video mengikut skrip yang telah ditetapkan.
Pada awal,animator akan memberi shot-shot resolusi yang rendah atau "low res" untuk tayangan secara kasar oleh pengarah animasi.
Setelah penilaian yang dibuat oleh pengarah, pembetulan akan diberikan bagi mendapatkan penghasilan animasi yang terbaik.
Proses seterusnya adalah menyusun semula babak-babak yang telah siap di Render tadi bagi mendapatkan shot-shot yang tinggi kualitinya.
Penyuntingan animasi
Penyunting akan duduk bersama pengarah dan menyunting babak-babak tersebut supaya lebih padat dan lebih menarik.
Seterusnya ialah proses memasukkan lagu dan bunyi kesan khas ke atas video animasi yang telah siap disunting tadi.
Sambungan…
Contoh perisian yang digunakan :
Sony Vegas PRO 10
3DS Max 10 Coreldraw X4
Adobe After Effect CS4
Alat Pengarangan
Penyunting Web
Merupakan program yang digunakan untuk membuat laman web.
terdapat dua jenis penyunting laman web:
HTML (Hyper Text Markup Language - bahasa yang ditulis dalam laman web)
penyunting WYSIWG(What You See Is What You Get).
Berasaskan TeksMacromedia Dreamweaver MX
Berasaskan WYSIWYGAdobe GoLive - http://www.adobe.com/
Microsoft FrontPage - http://www.microsoft.com/frontpagMacromedia Dreamweaver - http://www.macromedia.com/software/dreamweaver/Web Weaver EZ - http://www.mcwebsoftware.com/wwez/HotDog PageWiz -http://www.sausage.com/
Contoh perisian penyuntingan
Carian Laman WebPerisian yang memberi pengguna capaian ke World Wide Web.
Pelayar Web menyediakan antaramuka bergrafik yang memudahkan pengguna mengklik butang-butang, ikon-ikon, dan pilihan menu untuk melihat dan memaut halaman-halaman web.
Netscape Navigator and Microsoft Internet Explorer merupakan Pelayar Web yang popular.
Netscape Navigator a
nd Microsoft Internet Explorer
Contoh Perisian laman web
Penyunting Laman Web merupakan satu alat pengarangan tapak yang unik yang diintegrasikan dengan Penyelengaraan Tapak web dan alat pengoptima enjin pencari
cth.: Microsoft FrontPage, Adobe Golive, Macromedia DreamWeaver) dalam bahasa HTML.
Web Page Editor
page content in Visual viewpage source in HTML view document Title Meta tags ( Description, Robots)
document headings (H1 - H6) text in links (anchor tags) text in ALT tags HTML comments
Contoh Web Page Editor
Komponen Laman Web
TeksImej
Grafik
PautanPemeta
anBorangAudio
Videoi
Animasi
Top Related