PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL 2016
TEKS UCAPAN
YANG BERUSAHA TUAN HAJI
ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
5 APRIL 2016 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Puan Rosnah binti
Awang
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Jabatan Kimia Malaysia
Yang Berusaha Puan Hasnah binti
Hussin
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Kimia Malaysia
3
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pegawai-pegawai kanan
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
1Malaysia, Salam 1Kimia dan Salam Sehati
Sejiwa.
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan berkat limpah
kurniaNya, dapat kita bersama-sama
4
dalam Majlis Perhimpunan Bulanan
Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat
bagi bulan April 2016 pada pagi yang
berbahagia ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
Pengarah dan warga kerja Bahagian
Penyelidikan dan Jaminan Kualiti
(PJK) kerana telah mengatur dan
menganjurkan Majlis Perhimpunan
Bulanan kita pada pagi ini dengan
begitu baik sekali.
5
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[KURNIAAN PINGAT KEBESARAN]
3. Saya ingin mengucapkan tahniah
kepada Puan Siti Farah binti Mohd
Ghazali, Pembantu Makmal C17 dari
JKMC Kedah kerana telah dikurniakan
Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada 10
Mac 2016 sempena Hari Keputeraan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Sultan Kedah Darul Aman
yang Ke-88 di atas sumbangan beliau
dalam kerja-kerja kemasyarakatan
6
yang disumbangkan melalui
Pergerakan Puteri Umno.
[SURAT PENGHARGAAN POLIS : JKMC
KEDAH]
4. Saya juga ingin mengucapkan tahniah
kepada JKMC Kedah yang telah
menerima Surat Penghargaan
daripada Ketua Polis Kedah di atas
perkhidmatan yang diberikan dalam
membantu pihak PDRM menjalankan
siasatan kes yang melibatkan jenayah
7
narkotik. Sumbangan dan peranan
JKMC Kedah kepada PDRM Kontinjen
Kedah telah meningkatkan lagi imej
serta persepsi masyarakat terhadap
kualiti perkhidmatan PDRM. Surat
Penghargaan tersebut telah diterima
oleh Pengarah JKMC Kedah semasa
Perbarisan Sempena Memperingati
Hari Polis Ke-209 Tahun 2016 di Ibu
Pejabat Polis Daedah Kota Setar, Alor
Setar, Kedah pada 25 Mac 2016.
8
[SIJIL ISMS]
5. Pada 22 Mac 2016, Jabatan Kimia
Malaysia telah dijemput menerima sijil
penghargaan pada Majlis
Penghargaan Cyber Security Malaysia
Tahun 2015. Majlis yang berlangsung
di Hotel Hilton Kuala Lumpur ini telah
disempurnakan oleh YB Datuk Seri
Panglima Madius Tangau, Menteri
Sains Teknologi & Inovasi.
6. Majlis ini telah dihadiri oleh dua orang
wakil Jabatan Kimia Malaysia iaitu
9
saya sendiri dan Ketua Unit IT, Encik
Nasir Kunju Bin Karim. Jabatan Kimia
Malaysia telah dianugerahkan sijil
penghargaan 'Information Security
Management System'.
7. Tahniah dan syabas kepada Pengarah
Bahagian PMT, warga Unit IT serta
cawangan Kimia yang terlibat iaitu
JKMC Melaka, Perak dan Kuching
atas penganugerahan tersebut.
10
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati
sekalian,
[KES KERACUNAN MAKANAN : PERAK]
1. Sekali lagi Jabatan Kimia Malaysia
telah berjaya membantu pihak
berkuasa Kementerian Kesihatan
Malaysia menyelesaikan kes keracuan
makanan. Kes kali ini berlaku di Batu
Gajah, Perak di mana seramai 37
orang awam, pekerja kilang telah
dimasukkan ke hospital kerana
keracunan makanan yang dicemari
11
racun Methomyl, sejenis racun
serangga dari kumpulan Carbamate.
2. Kejadian telah berlaku pada Jumaat, 4
Mac 2016. Sehubungan itu Kimia
Perak telah membuka operasi pada
hari Sabtu dan Ahad untuk
mengenalpasti punca kes keracunan
ini. Hasil kesungguhan kakitangan
makmal Toksikologi dan Pusat
Pestisid Kimia Perak, Methomyl dapat
dikesan dalam beberapa sampel yang
diterima.
12
3. Saya ingin mengucapkan tahniah &
terima kasih kepada Pengarah serta
semua warga Kimia Perak yang
terlibat dalam kes ini atas usaha gigih
mereka dapat menyelesaikan kes ini
dengan segera.
Hadirin sekalian,
[PROGRAM KESEDARAN SAINS]
4. Jabatan Kimia Malaysia telah
bergerak aktif dalam program
kesedaran sains di seluruh Malaysia.
13
Antaranya, Kimia Ibu Pejabat telah
menghantar seorang pegawai iaitu,
Encik Muhd. Fauzi bin Ghazali,
Pegawai Sains Gred C52 (M), dari
Seksyen Kriminalistik untuk
menyampaikan ceramah berkaitan
bidang forensik sempena Minggu
Sains & Matematik pada 28 Mac - 1
April 2016 di SMK Dangi.
5. Jabatan Kimia Ibu Pejabat melalui
Seksyen Toksikologi juga terlibat
dalam pameran sempena program
14
‘International Women’s Day MOSTI’ di
Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur
pada 16 Mac yang lepas. Pameran
tersebut melibatkan perkongsian
mengenai analisis produk kecantikan
dan slimming produk untuk wanita
serta analisis nikotin dalam produk
vape.
6. Terima kasih saya ucapkan kepada
semua pihak yang terlibat dalam
program-program tersebut. Seperti
diketahui YB Menteri MOSTI amat
15
menggalakkan semua jabatan agar
terlibat secara aktif dalam program
sebegini.
[Karnival Creativity & Science4U 2016]
7. Pada bulan Mac yang lepas juga, saya
perhatikan Cawangan Kimia di
Sarawak terlibat secara aktif dalam
program pameran serta kesedaran
sains di seluruh negeri Sarawak. Yang
pertama adalah Jabatan Kimia
Malaysia, Cawangan Kuching yang
16
terlibat dengan Karnival Creativity &
Science4U 2016 yang telah diadakan
pada 4 – 6 Mac 2016 bertempat di
Dewan Suarah Kuching, Sarawak.
Karnival ini merupakan anjuran
Kementerian Sains, Teknologi &
Inovasi (MOSTI). Karnival ini
dianjurkan bagi merangsang kreativiti
dan meningkatkan minat pelajar dalam
bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan
dan Matematik (STEM). Program
tersebut telah dirasmikan oleh Menteri
17
Sains, Teknologi & Inovasi, YB Datuk
Seri Panglima Madius Tangau.
8. JKMC Kuching telah dijemput
menyertai pameran dan menganjurkan
pertandingan CSI (Crime Scene
Investigation). Selain itu, JKMC
Kuching juga terlibat dalam membantu
menguruskan majlis perasmian dan
juga pengangkutan para pelajar dari
sekolah ke karnival.
18
9. Tahniah kepada Pengarah serta
semua pegawai dan kakitangan JKMC
Kuching atas kerjasama dan usaha
gigih mereka dalam menjayakan
program ini.
[PROGRAM SEJIWA SENADA 2016]
10. Untuk makluman, JKMC Sibu pula
telah terlibat dengan dua (2) siri
Program Sejiwa Senada iaitu:
Stadium Terbuka Kapit (4-6 Mac)
Dataran Pehin Setia Raja, Mukah
(18-20 Mac)
19
11. Pameran tersebut mendapat
sambutan dari segenap lapisan
masyarakat. Tujuan utama pameran
adalah antara lainnya bagi
menggalakkan orang awam mencintai
sains serta mengenali peranan
Jabatan Kimia Malaysia dengan lebih
mendalam.
12. Saya ingin sekali lagi merakamkan
penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada Pengarah serta semua
pegawai dan kakitangan JKMC Sibu,
20
Sarawak atas komitmen mereka
dalam menjayakan program ini.
Hadirin sekalian,
[PAMERAN PENDIDIKAN KERJAYA]
13. Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan
Bintulu pula telah terlibat dengan
Pameran Pendidikan Kerjaya di
Sekolah Menengah Kebangsaan
Assyakirin pada 9 Mac 2016. Program
ini telah berjaya menarik seramai 200
orang pengunjung.
21
14. Terima kasih kepada Pengarah serta
semua warga Kimia Bintulu yang
terlibat dalam program ini.
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati
sekalian,
[MYSTERY SHOPPING]
15. Sepertimana Tuan / Puan sedia
maklum, usaha meningkatkan
penyampaian perkhidmatan secara
berterusan amat penting dalam
memenuhi keperluan dan ekspektasi
pelanggan. Aspek pematuhan waktu
22
bekerja di kalangan penjawat awam
merupakan satu perkara yang boleh
menyumbang kepada hasrat ini
terutamanya apabila melibatkan imej
perkhidmatan awam yang sentiasa
dinilai dan diperhatikan oleh rakyat.
16. Jesteru itu, dimaklumkan bahawa
Program Mystery Shopping berkaitan
pematuhan waktu bekerja di Jabatan
Kimia akan dilaksanakan dari semasa
ke semasa sebagaimana yang telah
disarankan dan dilaksanakan oleh
23
pihak MAMPU. Sehubungan dengan
itu, Tuan / Puan diingatkan untuk
mematuhi peraturan waktu bekerja
dengan tidak berada di medan selera
awam atau di tempat-tempat yang
tidak dibenarkan semasa waktu
pejabat kecuali dengan kebenaran
pegawai penyelia atas sebab tertentu.
17. Bagi yang tidak menyedarinya, saya
sendiri telah turun padang untuk
memantau isu ini pada 24 Mac 2016
yang lalu.
24
18. Tuan-tuan dan puan-puan diingatkan
agar sentiasa berusaha untuk
mematuhi peraturan kerja yang telah
ditetapkan. Saya berharap semua
warga Kimia menunjukkan tahap
disiplin yang tinggi.
Tuan/Puan,
[MAJLIS BERSAMA JABATAN]
19. Pada 2 Mac 2016 yang lalu, suatu
pemilihan barisan MBJ yang baru
telah diadakan. Seramai 14 orang
25
kakitangan telah dipilih sebulat suara
bagi menggantikan barisan MBJ yang
lepas.
20. Terima kasih diucapkan pada barisan
MBJ yang lalu atas usaha serta
kerjasama anda selama ini. Selamat
berkhidmat pula diucapkan kepada
barisan MBJ baru dengan harapan
agar MBJ dapat bergerak dengan
lebih aktif lagi sebagai medium
perantara bagi pihak Pekerja dan
pihak Pengurusan.
26
[KELAB SUKAN & KEBAJIKAN KIMIA]
21. Seperti semua sedia maklum juga,
pada 31 Mac 2016 yang lepas, telah
diadakan Mesyuarat serta pemilihan
barisan AJK Kelab Sukan dan
Kebajikan Kimia yang baru. Dengan
ini, saya ingin mengambil kesempatan
untuk mengucapkan setinggi
penghargaan kepada barisan AJK
Kelab yang lama atas sumbangan dan
jasa yang telah dicurahkan. Untuk
barisan AJK yang baru, saya ucapkan
syabas dan besar harapan saya agar
27
anda semua yang terpilih agar dapat
memikul tanggungjawab dan
menjalankan amanah yang diserahkan
kepada anda dengan sewajarnya.
[ANUGERAH PERKHIDMATAN
CEMERLANG]
22. Pada tahun 2015, seramai 103 orang
warga Kimia seluruh Malaysia
menerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang. 46 orang daripadanya
adalah di Ibu Pejabat. Untuk
makluman, majlis rasmi APC akan
28
diadakan oleh pihak MOSTI pada 12
April 2016 di Hotel Istana, Kuala
Lumpur. Kepada semua penerima
APC, tahniah dan syabas diucapkan
atas kejayaan masing-masing. Saya
percaya anugerah ini merupakan
pengiktirafan atas daya usaha,
dedikasi dan komitmen saudara-
saudari dalam melaksanakan tugas-
tugas yang dipertanggungjawabkan
dengan cemerlang.
29
23. Saya yakin sebagai penerima APC,
anda mempunyai kelebihan dan
keunikan tertentu yang menarik
perhatian panel pemilihan. Anda perlu
terus berusaha meningkatkan daya
saing dan keupayaan diri melalui
penguasaan ilmu pengetahuan dan
melengkapkan diri dengan pelbagai
kemahiran yang berkaitan. Saya juga
ingin mengingatkan penerima-
penerima APC bahawa anugerah ini
juga membawa tanggungjawab yang
berat iaitu Tuan/Puan harus menunjuk
30
teladan yang baik dari segi prestasi
dan kelakuan untuk menjadi contoh
kepada semua warga KIMIA Malaysia.
24. Bagi yang tidak menerima APC pada
kali ini, janganlah berkecil hati. Bagi
saya secara peribadi, ramai warga
Kimia yang cemerlang, namun
Jabatan hanya diberikan kuota
sebanyak 8% sahaja untuk anugerah
tersebut.
31
[PENUTUP]
25. Sebelum saya mengakhiri ucapan
saya pada kali ini, saya ingin
mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’
serta semoga panjang umur dan
murah rezeki kepada warga Kimia
yang menyambut ulang tahun
kelahiran pada bulan April ini.
Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Top Related