PERATURAN-PERATURAN
CABARAN PENGATURCARAAN SISTEM
TERBENAM MALAYSIA KALI KE-2 - GURU
Berasaskan
Sijil Peperiksaan Pengaturcaraan Sistem Terbenam
Embedded System Programming Examination Certificate (ESPEC)
PERTANDINGAN MEKATRONIK MALAYSIA 2019
(PMM 2019)
“Bersama Memacu Industri 4.0”
Versi 1.0
(Tarikh kemaskini: 07/08/2019)
DISEDIAKAN OLEH:
pmm2019.drabot.com © DRABOT
2
PERATURAN-PERATURAN
CABARAN PENGATURCARAAN SISTEM TERBENAM MALAYSIA
KALI KE-2 GURU
PERTANDINGAN MEKATRONIK MALAYSIA (PMM 2019) PERINGKAT: KEBANGSAAN
1. APA ITU ESPEC?
Sijil Peperiksaan Pengaturcaraan Sistem Terbenam/ Embedded System Programming Examination
Certificate (ESPEC) mengukur kemahiran pengaturcaraan sistem terbenam setiap calon peperiksaan.
Peperiksaan menggunakan skala sepuluh gred untuk mengenal pasti tahap kecekapan, dari orang
baru/ Novice (Gred 1) sehingga kepada pakar/ Expert (Gred 10).
ESPEC mengandungi 10 soalan berbentuk praktikal untuk mengenal pasti tahap kecekapan calon
peperiksaan. Tahap kesusahan soalan adalah semakin meningkat dari soalan 1 hingga soalan 10. Jika
calon peperiksaan tidak dapat menjawab sesuatu soalan dengan betul, calon tersebut tidak dibenarkan
untuk menduduki peperiksaan untuk soalan seterusnya. Contohnya, jika calon peperiksaan gagal
menjawab soalan 1 dengan betul, calon tersebut dikehendaki meninggalkan dewan peperiksaan dan
dilarang menduduki peperiksaan untuk soalan nombor 2. Setiap calon yang berjaya menjawab soalan
1 dan ke atas sahaja akan diberikan Sijil Peperiksaan Pengaturcaraan Sistem Terbenam (ESPEC)
mengikut tahap pencapaian masing-masing (Gred 1 hingga Gred 10).
Gred Nombor Soalan ESPEC Tahap
1 1 Orang baru/
Novice 2 2
3 3 Pemula/
Beginner 4 4
5 5 Cekap/
Competent 6 6
7 7 Mahir/
Proficient 8 8
9 9 Pakar/
Expert 10 10
pmm2019.drabot.com © DRABOT
3
2. MENGENAI PEPERIKSAAN
2.1 Kategori ESPEC
2.1.1 Guru - Untuk guru KSSM RBT sahaja. Peperiksaan menguji guru tahap kemahiran
pengaturcaraan sistem terbenam berasaskan bahasa pengaturcaraan aras tinggi (high-
level programming language) mudah.
2.2 Peperiksaan Amali
ESPEC adalah berbentuk peperiksaan amali di mana para calon peperiksaan dikehendaki
menyelesaikan soalan-soalan berbentuk praktikal berdasarkan kategori masing-masing.
Para calon peperiksaan diwajibkan:
2.2.1 Membawa dan menggunakan komputer riba/ komputer yang menggunakan sistem
operasi Windows sahaja. Calon peperiksaan yang perlu memastikan komputer riba/
komputer tersebut dalam keadaan baik sebelum menduduki peperiksaan.
2.2.2 Membawa dan menggunakan kit rasmi peperiksaan untuk kategori sekolah menengah
iaitu DRABOT UNO Starter Kit. Calon peperiksaan yang perlu memastikan kit tersebut
dalam keadaan baik sebelum menduduki peperiksaan.
2.2.3 Menggunakan Bahasa Pengaturcaraan C/C++ dalam perisian Arduino. Sebarang bahasa
pengaturcaraan visual adalah dilarang.
2.2.4 Menjawab soalan dalam keadaan individu. Dilarang berbincang dengan calon
peperiksaan yang lain atau dilarang untuk meniru atau cubaan meniru. Sekiranya
berlaku, anda akan diarahkan keluar dari dewan dan penyertaan anda akan dibatalkan.
Para calon peperiksaan boleh:
2.2.5 Membawa sebarang bentuk rujukan (hardcopy atau softcopy).
2.2.6 Merujuk tutorial dan sebagainya.
2.2.7 Membawa dan menggunakan telefon pintar, komputer riba tambahan, dan tablet untuk
tujuan rujukan sahaja.
2.2.8 Menggunakan jaringan internet yang dibawa sendiri atau disediakan oleh pihat
penganjur (sekiranya ada) untuk tujuan mencari rujukan di Google dan sebagainya.
pmm2019.drabot.com © DRABOT
4
2.2.9 Memohon untuk keluar ke tandas dengan mengangkat tangan dan menunggu pengawas
datang kepada anda. Walaubagaimanapun perlu diingat masa bacaan soalan (5 minit),
masa menjawab soalan (5 – 50 minit) dan masa memeriksa jawapan (10 minit) untuk
setiap soalan tetap akan berjalan seperti yang telah dijadualkan.
Para calon peperiksaan dilarang:
2.2.10 Berbincang dengan calon peperiksaan yang lain atau meniru atau cubaan meniru.
2.2.11 Berkongsi sebarang bentuk rujukan (hardcopy atau softcopy) dengan calon peperiksaan
yang lain.
2.2.12 Melayari sebarang laman sesawang sosial seperti Facebook dan sebagainya ATAU
membuka email ATAU melayari apa sahaja laman sesawang dan aplikasi yang
memungkinkan untuk tujuan komunikasi.
2.2.13 Membuka telefon pintar atau tablet untuk tujuan melayari sebarang laman sesawang
sosial seperti Facebook dan sebagainya ATAU membuka email ATAU melayari apa sahaja
aplikasi yang memungkinkan untuk tujuan komunikasi.
2.2.14 Menangkap gambar atau merakam video dengan menggunakan telefon pintar anda
sepanjang peperiksaan berlangsung.
2.2.15 Bercakap walaupun sepatah kata kecuali apabila pengawas bertanyakan soalan kepada
anda.
2.3 Format Peperiksaan
2.3.1 ESPEC mengandungi 10 soalan berbentuk praktikal untuk mengenal pasti tahap
kecekapan calon peperiksaan. Tahap kesusahan soalan adalah semakin meningkat dari
soalan 1 hingga soalan 10. Peperiksaan diduduki oleh calon peperiksaan secara individu
dan bukannya berkumpulan. Untuk tahun 2019, ESPEC menggunakan Bahasa Melayu
dan English untuk setiap soalan yang ditanya kepada para calon peperiksaan.
Walaubagaimanapun, hanya Bahasa Melayu akan digunakan oleh Ketua Pengawas
untuk bacaan soalan.
2.3.2 Topik soalan. Soalan-soalan adalah terdiri daripada lima topik utama sistem terbenam
(input digital, output digital, input analog, komunikasi siri, Pulse Width Modulation
(PWM)), algoritma, operasi matematik, dan kawalan.
2.3.3 Tempoh persiapan. Tempoh persiapan selama 30 minit akan diberikan sebelum proses
peperiksaan sebenar berjalan. Beberapa perkara penting wajib dilaksanakan ketika
tempoh ini:
pmm2019.drabot.com © DRABOT
5
2.3.3.1 Slip peperiksaan harus diisi oleh para calon peperiksaan dan diletakkan di
bahagian atas kanan meja seperti berikut:
Rajah 1 Pandangan atas kedudukan slip peperiksaan di atas meja calon peperiksaan.
2.3.3.2 Calon peperiksaan dikehendaki membuka komputer dan perisian yang bakal
digunakan untuk menjawab soalan peperiksaan nanti.
2.3.3.3 Calon peperiksaan dikehendaki mengambil folder soalan peperiksaan
menggunakan pemacu kilat USB (pen drive) dan meletakkan folder berkenaan
ke dalam komputer masing-masing.
2.3.3.4 Calon boleh melakukan persiapan untuk kit rasmi peperiksaan.
2.3.3.5 Calon boleh membuat ujian terhadap komputer, kit, dan perisian.
2.3.4 Selepas tempoh persiapan tamat. Setiap calon peperiksaan tidak lagi dibenarkan
berkomunikasi dengan calon lain secara lisan atau perbuatan, meniru atau cuba meniru,
dan melakukan aksi yang mencurigakan. ESPEC adalah peperiksaan yang sangat ketat
dan Ketua Pengawas/ Pemeriksa berhak mempersilakan calon peperiksaan untuk keluar
daripada dewan peperiksaan sekiranya melakukan salah laku tersebut.
2.3.5 Tempoh taklimat peperiksaan. Tempoh taklimat peperiksaan yang diberikan adalah
selama 15 minit kepada Ketua Pengawas/ Pemeriksa peperiksaan. Ketika tempoh ini,
setiap calon peperiksaan dibenarkan untuk bertanyakan sebarang soalan atau
mendapatkan sebarang penjelasan berkaitan ESPEC. Ketua Pengawas/ Pemeriksa
peperiksaan berhak untuk tidak menjawab sesuatu soalan sekiranya perlu.
2.3.6 Tempoh peperiksaan. Tempoh ini merangkumi proses bacaan soalan oleh Ketua
Pengawas/ Pemeriksa peperiksaan, proses menjawab soalan oleh setiap calon
peperiksaan dan proses pemeriksaan jawapan oleh para Pengawas/ Pemeriksa
peperiksaan.
pmm2019.drabot.com © DRABOT
6
2.3.7 Proses bacaan soalan. Soalan akan dibacakan oleh Ketua Pengawas/ Pemeriksa dan
video jawapan akan ditayangkan kepada calon peperiksaan untuk setiap soalan sebelum
calon peperiksaan diberikan tempoh untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Masa
bacaan soalan dan tayangan video jawapan oleh Ketua Pengawas/ Pemeriksa adalah
selama 5 minit. Ketika tempoh tersebut, calon peperiksaan tidak dibenarkan menyentuh
komputer, kit rasmi peperiksaan atau apa-apa peralatan yang bakal digunakan untuk
menjawab soalan seperti pen dan kertas.
2.3.8 Proses menjawab soalan. Setelah tempoh bacaan soalan tamat, setiap calon
peperiksaan dikehendaki menyelesaikan soalan yang diberi dalam suatu tempoh masa
yang ditetapkan seperti berikut:
Nombor soalan Tempoh masa yang diberikan (minit)
1 5
2 10
3 15
4 20
5 25
6 30
7 35
8 40
9 45
10 50
2.3.9 Calon peperiksaan berhak untuk keluar ke tandas ketika tempoh menjawab, tetapi
tempoh masa yang diberikan tidak akan ditambah dan sama dengan calon peperiksaan
yang lain.
2.3.10 Jika calon peperiksaan berjaya menyelesaikan soalan sebelum tempoh yang diberikan
tamat, calon tersebut boleh mengangkat tangan untuk proses pemeriksaan jawapan.
Walaubagaimanapun, jika jawapan yang diberikan calon adalah salah, Pengawas/
Pemeriksa akan mengarahkan calon peperiksaan untuk meninggalkan dewan
peperiksaan dengan segera dalam keadaan senyap dan slip peperiksaan calon tersebut
akan diambil oleh Pengawas/ Pemeriksa dan diserahkan kepada Ketua Pengawas/
Pemeriksa.
2.3.11 Selepas tempoh masa yang diberikan untuk menjawab soalan tamat, setiap calon
peperiksaan dilarang menyentuh komputer dan kit rasmi peperiksaan lagi.
pmm2019.drabot.com © DRABOT
7
2.3.12 Proses pemeriksaan jawapan. Proses ini akan dilaksanakan oleh para Pengawas/
Pemeriksa yang dilantik dalam tempoh masa 5 - 10 minit. Setiap Pengawas/ Pemeriksa
akan dipertanggungjawabkan untuk memeriksa jawapan maksimum 20 orang calon
peperiksaan. Pengawas/ Pemeriksa hanya perlu memeriksa hasil (jawapan) di kit rasmi
peperiksaan. Contohnya, LED menyala ataupun tidak seperti dalam video yang
ditayangkan ketika proses bacaan soalan. Pengawas/ Pemeriksa tidak perlu memeriksa
pengaturcaraan yang telah dibina oleh calon peperiksaan di komputer masing-masing.
Sebarang bantahan tidak boleh dilakukan ketika proses ini untuk memastikan
kelancaran peperiksaan. Pengawas/ Pemeriksa akan mencatat masa yang digunakan
oleh calon peperiksaan untuk menjawab sesuatu soalan dan menurunkan tanda tangan
ringkas di bahagian keputusan (Betul/ Salah) di dalam slip peperiksaan setiap calon. Jika
jawapan yang diberikan calon adalah salah, Pengawas/ Pemeriksa akan mengarahkan
calon peperiksaan untuk meninggalkan dewan peperiksaan dengan segera dalam
keadaan senyap dan slip peperiksaan calon tersebut akan diambil oleh Pengawas/
Pemeriksa dan diserahkan kepada Ketua Pengawas/ Pemeriksa.
2.3.13 Proses bacaan soalan, proses menjawab soalan, dan proses pemeriksaan jawapan
akan sentiasa berulang selagi masih ada calon peperiksaan di dewan peperiksaan dan
selagi soalan 10 belum tamat.
2.4 Contoh Soalan Peperiksaan
2.4.1 Kategori guru:
Soalan 1: Bina satu sistem LED berkelip yang dapat menyalakan LED merah dalam
tempoh 1 saat dan memadamkan LED merah tersebut selama 1 saat secara ulangan.
Rajah berikut adalah litar skematik dan sambungan perkakas untuk rujukan anda.
Question 1: Build a LED blinking system that can light up a red LED for 1 second and turn
off the red LED for 1 second repeatedly. The following figures are circuit schematic and
hardware connection for your reference.
pmm2019.drabot.com © DRABOT
8
Nota: Jawapan akan diberi dalam bentuk video ketika proses bacaan soalan. Calon
peperiksaan dikehendaki menghasilkan jawapan yang sama seperti dalam video
tersebut.
2.5 Carta Alir
pmm2019.drabot.com © DRABOT
9
2.6 Contoh Tentatif Peperiksaan
08:00 : Pendaftaran peserta
08:15 : Tempoh persiapan
- Peserta mula memasuki dewan peperiksaan dan melakukan persiapan
komputer riba dan sebagainya.
08:45 : Tempoh taklimat peperiksaan
- Ketua Pengawas memberi penerangan.
- Bacaan doa.
09:00 : Tempoh peperiksaan
- Bacaan Soalan 1 dan pelajar dilarang menyentuh komputer riba.
09:05 : Soalan 1 (5 minit) mula dijawab peserta
09:10 : Soalan 1 tamat dan jawapan peserta disemak oleh pemeriksa
- Peserta yang gagal menjawab Soalan 1 dikehendaki meninggalkan dewan
peperiksaan.
09:20 : Bacaan Soalan 2 dan pelajar dilarang menyentuh komputer riba
09:25 : Soalan 2 (10 minit) mula dijawab peserta
09:35 : Soalan 2 tamat dan jawapan peserta disemak oleh pemeriksa
- Peserta yang gagal menjawab Soalan 2 dikehendaki meninggalkan dewan
peperiksaan.
09:45 : Bacaan Soalan 3 dan pelajar dilarang menyentuh komputer riba
09:50 : Soalan 3 (15 minit) mula dijawab peserta
10:05 : Soalan 3 tamat dan jawapan peserta disemak oleh pemeriksa
- Peserta yang gagal menjawab Soalan 3 dikehendaki meninggalkan dewan
peperiksaan.
10:15 : Bacaan Soalan 4 dan pelajar dilarang menyentuh komputer riba
10:20 : Soalan 4 (20 minit) mula dijawab peserta
10:40 : Soalan 4 tamat dan jawapan peserta disemak oleh pemeriksa
- Peserta yang gagal menjawab Soalan 4 dikehendaki meninggalkan dewan
peperiksaan.
10:50 : Bacaan Soalan 5 dan pelajar dilarang menyentuh komputer riba
10:55 : Soalan 5 (25 minit) mula dijawab peserta
11:20 : Soalan 5 tamat dan jawapan peserta disemak oleh pemeriksa
- Peserta yang gagal menjawab Soalan 5 dikehendaki meninggalkan dewan
peperiksaan.
11:30 : Bacaan Soalan 6 dan pelajar dilarang menyentuh komputer riba
11:35 : Soalan 6 (30 minit) mula dijawab peserta
12:05 : Soalan 6 tamat dan jawapan peserta disemak oleh pemeriksa
- Peserta yang gagal menjawab Soalan 6 dikehendaki meninggalkan dewan
peperiksaan.
12:15 : Bacaan Soalan 7 dan pelajar dilarang menyentuh komputer riba
12:20 : Soalan 7 (35 minit) mula dijawab peserta
12:55 : Soalan 7 tamat dan jawapan peserta disemak oleh pemeriksa
pmm2019.drabot.com © DRABOT
10
- Peserta yang gagal menjawab Soalan 7 dikehendaki meninggalkan dewan
peperiksaan.
13:05 : Rehat
13:50 : Peserta yang masih lulus masuk dewan peperiksaan
14:15 : Bacaan Soalan 8 dan pelajar dilarang menyentuh komputer riba
14:20 : Soalan 8 (40 minit) mula dijawab peserta
15:00 : Soalan 8 tamat dan jawapan peserta disemak oleh pemeriksa
- Peserta yang gagal menjawab Soalan 8 dikehendaki meninggalkan dewan
peperiksaan.
15:10 : Bacaan Soalan 9 dan pelajar dilarang menyentuh komputer riba
15:15 : Soalan 9 (45 minit) mula dijawab peserta
16:00 : Soalan 9 tamat dan jawapan peserta disemak oleh pemeriksa
- Peserta yang gagal menjawab Soalan 9 dikehendaki meninggalkan dewan
peperiksaan.
16:10 : Bacaan Soalan 10 dan pelajar dilarang menyentuh komputer riba
16:15 : Soalan 10 (50 minit) mula dijawab peserta
17:05 : Soalan 10 tamat dan jawapan peserta disemak oleh pemeriksa
- Peserta yang gagal menjawab Soalan 10 dikehendaki meninggalkan dewan
peperiksaan.
17:20 : Tamat
3. PENGLIBATAN & PENYERTAAN
3.1 Guru KSSM RBT sahaja.
3.2 Tiada yuran penyertaan dikenakan.
3.3 Sebolehnya, guru-guru ini terdiri daripada para jurulatih utama di setiap JPN yang terlibat/
MRSM/ YIK.
3.4 Tiada paksaan untuk para guru untuk menyertai cabaran ini.
4. SYARAT UMUM - GURU
4.1 Bertanding secara individu.
4.2 Peserta hendaklah mendapatkan sendiri kit rasmi pertandingan iaitu DRABOT UNO STARTER KIT
dan wajib menggunakan kit tersebut untuk cabaran. Penyertaan peserta akan terbatal
sekiranya menggunakan kit lain.
pmm2019.drabot.com © DRABOT
11
5. MAKLUMAT CABARAN
5.1 Cabaran ini berasaskan peperiksaan amali iaitu Sijil Peperiksaan Pengaturcaraan Sistem
Terbenam (Embedded System Programming Examination Certificate - ESPEC). Soalan
peperiksaan terdiri daripada 10 soalan berbentuk praktikal daripada tahap paling mudah
hinggalah ke tahap paling sukar. Setiap peserta akan diberikan sijil peperiksaan mengikut tahap
pencapaian masing-masing (Gred 1 hingga Gred 10 (Terbaik)).
5.2 Cabaran ini juga akan menghasilkan satu kajian terhadap keberkesanan dan kemampuan para
guru KSSM RBT dalam mengajar topik Reka Bentuk Elektronik dan Reka Bentuk Mekatronik yang
melibatkan sistem terbenam berasaskan mikropengawal.
6. LAIN-LAIN
6.1 Tiada peringkat negeri/ agensi.
6.2 Hanya peringkat kebangsaan.
6.3 Pemenang akan ditentukan berdasarkan pencapaian gred dan tempoh masa yang digunakan
untuk menjawab soalan terakhir yang berjaya dijawab.
7. HAK PENGANJUR DAN KEPUTUSAN PENGADIL
Pihak penganjur berhak menambah atau meminda peraturan-peraturan pertandingan tanpa
mengeluarkan sebarang notis kepada peserta. Keputusan pengadil adalah muktamad dan
sebarang bantahan tidak akan dilayan.
SIJIL PEPERIKSAAN PENGATURCARAAN SISTEM TERBENAM
EMBEDDED SYSTEM PROGRAMMING EXAMINATION CERTIFICATE (ESPEC)
SLIP PEPERIKSAAN
Nama calon: .................................................................................................................................
Nombor Kad Pengenalan: .............................................................................................................
Umur: .............. tahun
Jantina: Lelaki/ Perempuan*
Kaum: Melayu/ Cina/ India/ Orang Asli/ Lain-lain*
Kategori: Guru
Nama sekolah/ institusi: ..............................................................................................................
Daerah: .......................................................................................................................................
Negeri: .........................................................................................................................................
* Potong mana-mana tidak berkenaan.
Keputusan:
Nombor Soalan Betul Salah Masa (min & s)
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
Saya mengesahkan calon ini: hanya berjaya menjawab sehingga Soalan ....../ tidak berjaya
menjawab sebarang soalan.*
................................................. (Tandatangan pemeriksa terakhir)
Nama: No. KP:
* Potong mana-mana tidak berkenaan
Top Related