PENGUJIAN PSIKOMETRIK INSTRUMEN
EYSENCK PERSONALITY QUESTIONNAIRE
SHORT SCALE VERSI BAHASA MELAYU
(EPQ-BM)
Farizan Filzah Binti Mohd Fauzi, Liew Shau Lee Shirley, Masnia Binti Yaco,
Kanthan A/L Vivekhanantam & Ferlis Bullare @ Bahari
Fakulti Psikologi dan Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah
EPQ dibina untuk mengukur dan mengenalpasti personaliti setiap individu
Eysenck Personality Questionnaire (EPQ) ini telah diperkenalkan oleh
Hans Jurgan Eysenck (1964)
EPS versi Bahasa Melayu yang diterjemahkan secara terjemahan kembali
(back to back translation)
Instrumen tersebut mengandungi 48 item dan setiap item dalam EPQ dijawab sama ada ‘YA’ atau ‘TIDAK’
Instrumen ini melibatkan tiga sub-skala iaitu:
Psychoticism (P), Extraversion (E) & Neuroticism (N).
Selain 3 sub-skala tersebut, Lie scale (L) turut disediakan untuk mengukur tahap ketelusanresponden.
Pentaksiran Personaliti Eysenck:
Hubungan antara Extraversion/Introversion
dan Neuroticism/Stability
Reka Bentuk Kajian
• Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk tinjauan dengan menggunakan
soal selidik.
• Ia bertujuan untuk menentukan tahap kebolehpercayaan dan kesahan
instrumen Eysenck Personality Questionnaire (short scale)-Versi Bahasa
Melayu (EPQ-BM).
• Kebolehpercayaan instrumen dinilai dari apek kesahan konstruk/gagasan
dan kesahan konvergen
Subjek dan Tempat Kajian
• Subjek dipilih secara persampelan bertujuan.
• Responden kajian: 150 sampel pelajar tingkatan empat (77
pelajar lelaki dan 73 pelajar perempuan) yang berumur di antara
16 hingga 17 tahun.
• Tempat kajian: sebuah sekolah menengah kebangsaan di daerah
Sandakan
Alat Kajian
Soal selidik merangkumi 4 bahagian:
i. Borang Maklumat Diri
ii. Kepuasan Hidup
Instrumen Satisfaction With Life Scale (SWLS) yang diperkenalkan oleh Diener et al. (1985). Versi
Bahasa Malaysia telah melalui proses terjemahan kembali oleh Ferlis et al. (2012). 5 item sahaja dalam instrumen ini.
SWLS mencatat pekali kebolehpercayaan ketekalan dalaman yang baik iaitu bernilai antara 0.66 dan 0.81.
iii. Afek positif dan negatif
Instrumen Positive and Negative Affect Schedule(PANAS) oleh Watson, Clark danTellegen (1988). Proses terjemahan
semula telah dilakukan oleh Ferlis et al. (2012) dengan 16 item, masing-masing 8 item positif dan 8 item negatif.
iv. Personaliti
Instrumen Eysenck Personality Questionnaire (short scale)- versi Bahasa Melayu (EPQ-BM)
Eysenck Personality Questionnaire (short scale)-
versi Bahasa Melayu (EPQ-BM)
• mengandungi 48 item dan setiap item dalam EPQ boleh dijawab sama ada
‘YA’ atau ‘TIDAK’.
• Instrumen ini melibatkan tiga sub-skala iaitu: Psychoticism (P),
Extraversion (E) & Neuroticism (N). Selain 3 sub-skala tersebut, Lie scale
(L) turut disediakan untuk mengukur tahap ketelusan responden.
• Semakin tinggi skor menunjukkan semakin tinggi kecenderungan
mengikut sub skala yang berkenaan.
Jadual 1: Sub Skala EPQ-BM
Sub skala Respon Item-item Jumlah Item
Psychoticism (P)
YA 10, 14, 22, 31, 39 12
TIDAK 2, 6, 18, 26, 28, 35, 43
Extraversion (E) YA 3, 7, 11, 15, 19, 23, 32, 36, 44, 48 12
TIDAK 27, 41
Neuroticism (N) YA 1, 5, 9, 13, 17, 21, 25, 30, 34, 38, 42, 46 12
Lie (L) YA 4,16, 45 12
TIDAK 8, 12, 20, 24, 29, 33, 37, 40, 47
Analisis
• Data kajian dianalisis dengan menggunakan Perisian IBM SPSS Statistics versi 23.0.
• Pekali alfa Cronbach digunakan untuk mengukur kebolehkepercayaan ketekalandalaman.
• Manakala kesahan konvergen dan divergen ditentukan dengan analisis kolerasi.Kesahan konvergen kajian diperoleh dengan analisis kolerasi antara EysenckPersonality Questionnaire (short scale)-Versi Bahasa Melayu (EPQ-BM) denganinstrumen Satisfaction With Life Scale (SWLS) dan Positive and Negative AffectSchedule(PANAS) yang mengukur konsep yang sama.
• Pekali kolerasi yang relevan digunakan ialah sekurang-kurangnya 0.01 (**. k < 0.01)bagi menilai hasil kolerasi yang signifikan.
Latar Belakang Sampel
• Analisis deskriptif digunakan untuk data demografi responden.
• Kajian menunjukkan sampel kajian (N=150).
• Responden terdiri daripada pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah
menengah kebangsaan daerah Sandakan dengan 89.3% dengan
majoritinya berumur 16 tahun (134 orang) dan hanya 10.7% berumur
17 tahun (16 orang).
Kebolehpercayaan dan Kesahan EPQ-BM
• EPQ-BM diuji dengan menggunakan kaedah alfa cronbach.
• Kajian mendapati ketiga-tiga skala mempunyai tahap kebolehpercayaan ketekalan
dalaman yang sederhana. Pekali Cronbach Alpha bagi Psychotism (P), Ekstroversi
(E) dan Neurotisme (N) masing-masing mencatat 0.41, 0.54 dan 0.71.
Jadual 2: Kebolehpercayaan Ketekalan Dalaman Instrumen EPQ-BM
Sub-skala Pekali Cronbach Alpha
Psychotism (P) 0.41
Ekstroversi (E) 0.54
Neurotisme (N) 0.71
Jadual 3: Kesahan Convergen Instrumen EPQ-BM dan PANAS
**. k < 0.01
skala Afek Positif Afek Negatif
Ekstroversion (E) 0.27** -
Neuroticism (N) - 0.31**
Dimensi Ekstroversi (E) pada insturmen EPQ-BM berkorelasi secara signifikan
dengan dimensi afek positif pada instrumen PANAS dengan nilai pekali kolerasi
0.27**. Manakala, dimensi Neuroticism (N) turut berkorelasi secara signifikan
dengan afek negatif pada instrumen PANAS dengan nilai pekali kolerasi 0.31**.
Kesahan divergen menunjukkan dimensi Extraversion (E) mencatat
pekali korelasi signifikan dengan dimensi Neuroticism (N) pada
instrumen (EPQ-BM) dengan nilai pekali kolerasi -0.17*
Jadual 4 : Kesahan Divergent Instrumen EPQ-BM
*. k < 0.05
Skala Neuroticism (N)
Extraversion (E) -0.17*
Dimensi Neuroticism (N) pada instrumen EPQ-BM berkolerasi
divergent secara signifikan dengan kepuasan hidup pada instrumen
Satisfaction With Life Scale (SWLS) dengan nilai pekali kolerasi -0.25*.
Jadual 5: Kesahan Divergen Instrumen EPQ-BM dan SWLS
*. k < 0.05
Skala Kepuasan Hidup
Neuroticism (N) -0.25*
PERBINCANGAN
• Keputusan kajian bagi analisis kebolehpercayaan ketekalan dalaman instrumen Eysenck Personality
Questionnaire (short scale)-Versi Bahasa Melayu (EPQ-BM) mencatat pekali kebolehpercayaan
yang sederhana. Antara faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah kerana pilihan
jawapan yang digunakan dalam instrumen ini adalah terhad, dimana instrumen ini menggunakan
pilihan ‘YA’ dan ‘TIDAK’ sahaja.
• Aspek kesahan konstruk EPQ-BM diuji dengan menggunakan kaedah kesahan konvergen dan
kesahan divergen. Kolerasi antara EPQ-BM dengan instumen dengan instrumen Satisfaction With
Life Scale (SWLS) dan Positive and Negative Affect Schedule (PANAS) yang mengukur konsep
yang sama dikenalpasti. Hasil kajian menunjukkan kolerasi konvergen antara EPQ-BM dan
PANAS, serta kesahan divergen antara EPQ-BM dan SWLS mencatat nilai pekali kolerasi yang
signifikan. Hasil kajian ini menyokong kajian Ferlis et al. (2012).
KESIMPULAN
• Dapatan kajian menunjukkan instrumen Eysenck Personality Questionnaire (short scale)-Versi
Bahasa Melayu (EPQ-BM) yang memfokuskan dimensi personaliti mampu dan berupaya mengukur
apa yang sepatutnya hendak diukur iaitu personaliti Ekstraversion (E), Psycoticims (P), dan juga
personaliti Neuroticism (N) dalam diri setiap individu.
• Hasil kajian menyokong kepada hasil kajian pencipta asal instrumen EPQ, iaitu Hans Jurgen
Eysenck (1964).
• Item-item pada instrumen diuji kesahan dan kebolehpercayaan ketekalan dalaman yang
menunjukkan ianya memang sesuai digunakan dalam lingkungan pelajar sekolah di Daerah
Sandakan.
• Cadangan kajian lanjutan boleh dilakukan kepada pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia
Top Related