UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
KPN 5053PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN
TUGASAN 1
Oleh :
Pensyarah:
EN. OMAR HISHAM BIN MOHD BAHARIN
KUMPULAN F (DPLI), SEMESTER 1, 2008
ROSIADI BIN TAJUDINL20081002254
AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)
MOHD FARIDZUL AKMAM BIN ZULKIFLIL20081002251
AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)
SARIZAL BIN JAMALUDINL20081002273
AT47D (GRAFIK BERKOMPUTER)
Isi Kandungan
Muka Surat
PENGENALAN 1
1.0 PEMBINAAN JADUAL PENENTUAN UJIAN 2-16
2.0 PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF 17-21
3.0 PEMBINAAN SOALAN ESEI 22-25
KESIMPULAN 26
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
PENGENALAN
Pengujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan amat perlu dalam membantu
guru-guru membina ujian dan seterusnya membuat penaksiran ujian yang berkualiti.
Tugasan ini terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu pembinaan jadual penentuan
ujian (JPU), pembinaan item objektif, dan pembinaan soalan esei.
Dalam bahagian pertama iaitu pembinaan jadual penentuan ujian (JPU), langkah-
langkah yang dilalui dalam pembinaan JPU dinyatakan secara spesifik beserta dengan
illustrasi jadual yang dihasilkan. JPU yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada huraian
sukatan matapelajaran produksi multimedia tingkatan 4 dan 5. pembinaan JPU ini
bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada penentuan bilangan soalan yang ingin
diuji dalam sesuatu ujian mengikut topik yang dinyatakan dalam huraian sukatan
matapelajaran dan pada aras kemahiran yang berbeza. Pada kebiasaanya jadual penentuan
ujian untuk item objektif hanya akan mengukur 4 aras kemahiran sahaja iaitu aras
pengetahuan, kefahaman, aplikasi dan analisis. Manakala, untuk aras sintesis dan
penilaian biasanya diukur menggunakan soalan subjektif seperti soalan esei.
Dalam bahagian kedua pula, berdasarkan kepada JPU yang telah dihasilkan dalam
bahagian pertama, 4 contoh item objektif dihasilkan yang setiap satunya terdiri daripada
aras kemahiran yang berbeza. Pembinaan item objektif ini adalah bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada pembinaan item objektif yang berkualiti dan menepati
objektif hasil pembelajaran yang terkandung dalam huraian sukatan matapelajaran. Ia
juga memberi pendedahan kepada kepelbagaian jenis item objektif dan variasinya yang
boleh diaplikasikan dalam pembinaan soalan objektif.
Bahagian ketiga pula memberikan pendedahan untuk pembinaan soalan subjektif
iaitu soalan esei. Dalam bahagian ini soalan esei yang dibina mengukur aras kemahiran
pelajar pada peringkat sintesis dan penilaian. Skema pemarkahan turut disertakan bagi
soalan esei yang dihasilkan.
1.0 PEMBINAAN JADUAL PENENTUAN UJIAN (JPU)
Langkah-Langkah Pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU)
Langkah awal:
1) Menentukan matapelajaran yang ingin diuji. Dalam konteks tugasan ini
matapelajaran yang ingin diuji ialah Produksi Multimedia.
2) Menentukan jenis ujian yang akan dijalankan. Dalam konteks tugasan ini, ujian
yang akan dijalankan ialah Peperiksaan Akhir Semester tingkatan 5.
3) Mengkaji sukatan pelajaran dan huraian sukatan matapelajaran bagi subjek yang
ingin diuji. Dalam tugasan ini sukatan matapelajaran yang ingin diuji meliputi
keseluruhan tajuk dalam Produksi Multimedia yang meliputi sukatan
matapelajaran bagi tingkatan 4 dan 5.
4) Menetukan jenis soalan dan bilangan soalan yang ingin dihasilkan. Dalam tugasan
ini jenis soalan yang ingin diuji ialah soalan objektif aneka pilihan yang terdiri
daripada 40 item soalan.
Rujuk Lampiran Untuk Huraian Sukatan Matapelajaran Produksi Multimedia Tingkatan
4 Dan 5.
Langkah 1:
Membina sebuah jadual 2 dimensi yang menunjukkan kandungan tajuk sukatan
matapelajaran yang akan diuji serta aras kemahiran yang merujuk kepada aras kognitif
dalam taksonomi Bloom.
Iaitu:
Paksi X : Aras kemahiran
Paksi Y : Tajuk yang akan diuji
Ilustrasi:
Tajuk
Aras Kemahiran
Saiz jadual diatas hanya untuk ilustrasi sahaja dan bukan saiz sebenar bagi sebuah JPU.
Langkah 2:
Paksi XPaksi Y
Memasukkan isi kandungan (topik) yang hendak diuji dalam matapelajaran Produksi
Multimedia. Dalam tugasan ini semua topik dalam sukatan matapelajaran Produksi
Multimedia tingkatan 4 dan 5 akan diuji yang meliputi 8 topik.
Ilustrasi:
B
i
l
Topik
Kemahiran
1 Produksi
multimedia
2 Elemen
Multimedia
3 Perkakasan
4 Perisian
5 Rekabentuk
6 Pembangunan
Multimedia
7 Jenis dan bentuk
produk
8 Isu dan
kegunaan produk
Langkah 3:
Masukkan enam aras kemahiran yang akan diuji bagi setiap topik yang terkandung dalam
sukatan matapelajaran Produksi Multimedia. Aras kemahiran ini terdiri dari 6 aras
kognitif yang berasaskan kepada aras kognitif taksonomi Bloom.
Ilustrasi:
B
i
l
Topik
Kemahiran
Penget
ahuan
Kefah-
aman
Pengg
unaan
Analis
is
Sintesi
s
Penilai
an
1 Produksi
multimedia
2 Elemen
Multimedia
3 Perkakasan
4 Perisian
5 Rekabentuk
6 Pembangunan
Multimedia
7 Jenis dan bentuk
produk
8 Isu dan
kegunaan produk
Langkah 4 :
Meletakkan jumlah keseluruhan item yang hendak diuji dan wajaran bagi setiap topik
yang akan diuji. Dalam ujian ini jumlah item obejktif yang hendak diuji ialah 40 item.
Penentuan wajaran dibuat berdasarkan bilangan sub-topik yang terdapat dalam sukatan
matapelajaran Produksi Multimedia tingkatan 4 dan 5. Ini dilakukan kerana dalam
sukatan matapelajaran Produksi Multimedia yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia tidak terdapat jumlah waktu pengajaran bagi
setiap topik.
Rumus:
Contoh:
Berikut merupakan pengiraan wajaran yang telah dibuat untuk menentukan wajaran bagi
setiap tajuk yang terkandung dalam sukatan matapelajaran Produksi Multimedia tingkatan
4 dan 5.
Bab Tajuk Bil Sub-Topik Wajaran (%)
1 Produksi multimedia 6 20
2 Elemen Multimedia 7 23
3 Perkakasan 2 6
4 Perisian 3 10
5 Rekabentuk 2 6
6 Pembangunan Multimedia 7 23
7 Jenis dan bentuk produk 2 6
8 Isu dan kegunaan produk 2 6
Jumlah 30 100
Ilustrasi:
Jumlah sub-topik bagi setiap tajukJumlah keseluruhan sub-topik
x 100Wajaran (%) =
630
x 100Wajaran Untuk Tajuk 1 = = 20%
B
a
b
Topik
Kemahiran Juml
-ah
Item
Waj-
aran
(%)Penget
ahuan
Kefah-
aman
Pengg
unaan
Analis
is
Sintesi
s
Penilai
an
1 Produksi
multimedia20
2 Elemen
Multimedia23
3 Perkakasan 6
4 Perisian 10
5 Rekabentuk 6
6 Pembangunan
Multimedia23
7 Jenis dan bentuk
produk6
8 Isu dan
kegunaan produk6
Jumlah Item 40
Wajaran (%) 100
Langkah 5 :
Masukkan bilangan item yang perlu diuji untuk setiap tajuk berdasarkan kepada wajaran
(%) yang telah dikira di langkah 4. Jumlah keseluruhan item soalan ialah 40.
Rumus:
Contoh:
Berikut merupakan pengiraan bilangan item soalan yang telah dibuat untuk menentukan
bilangan item yang hendak diuji bagi setiap tajuk yang terkandung dalam sukatan
matapelajaran Produksi Multimedia tingkatan 4 dan 5.
Bab TajukBil Sub-
TopikWajaran (%)
Bil
Item
1 Produksi multimedia 6 20 8
2 Elemen Multimedia 7 23 9
3 Perkakasan 2 6 3
4 Perisian 3 10 4
5 Rekabentuk 2 6 3
6 Pembangunan Multimedia 7 23 9
7 Jenis dan bentuk produk 2 6 2
8 Isu dan kegunaan produk 2 6 2
Jumlah 30 100 40
Dalam pengiraan ini didapati bagi tajuk yang wajarannya 2%, jumlah item ialah 2.4. Oleh
itu keputusan dibuat untuk memberikan 3 soalan bagi tajuk ke 3 dan ke 5 kerana secara
kasarnya huraian untuk tajuk ini lebih banyak berbanding tajuk ke 7 dan ke 8.
Ilustrasi:
% wajaran bagi topik tersebut100
x Jumlah Item SoalanBilangan Item =
20100
x 40Bilangan Item Untuk Tajuk 1 = = 8
B
i
l
Topik
Kemahiran Juml
-ah
Item
Waj-
aran
(%)Penget
ahuan
Kefah-
aman
Pengg
unaan
Analis
is
Sintesi
s
Penilai
an
1 Produksi
multimedia8 20
2 Elemen
Multimedia9 23
3 Perkakasan 3 6
4 Perisian 4 10
5 Rekabentuk 3 6
6 Pembangunan
Multimedia9 23
7 Jenis dan bentuk
produk2 6
8 Isu dan
kegunaan produk2 6
Jumlah Item 40
Wajaran (%) 100
Langkah 6 : Tentukan wajaran dan jumlah item bagi setiap aras kemahiran.
Menentukan wajaran bagi setiap item yang akan diuji mengikut aras kemahiran
berpandukan huraian sukatan matapelajaran (HSP). Dalam pembinaan JPU ini, aras
kemahiran yang akan diuji ialah pengetahuan, kefahaman, aplikasi dan analisis.
Rumus:
Contoh:
Berikut merupakan pengiraan wajaran yang telah dibuat untuk menentukan wajaran bagi
setiap aras kemahiran yang terkandung dalam sukatan matapelajaran Produksi
Multimedia tingkatan 4 dan 5.
Bab Tajuk
Aras Kemahiran
Jumlah Pengetahuan
Kefahama
n
Aplikasi Analisis
1 Produksi multimedia
2 Elemen Multimedia
3 Perkakasan
4 Perisian
5 Rekabentuk
6 Pembangunan Multimedia
7 Jenis dan bentuk produk
8 Isu dan kegunaan produk
Jumlah Mengikut Aras 20 8 6 4 38
Wajaran (%) 53 21 16 10 100
Ilustrasi:
Jumlah bagi satu aras kemahiranJumlah keseluruhan aras kemahiran
x 100Wajaran (%) =
2038
x 100Wajaran Untuk Aras Pengetahuan = = 53%
B
i
l
Topik
Kemahiran Juml
-ah
Item
Waj-
aran
(%)Penget
ahuan
Kefah-
aman
Pengg
unaan
Analis
-is
Sintesi
-s
Penilai
-an
1 Produksi
multimedia
2 Elemen
Multimedia
3 Perkakasan
4 Perisian
5 Rekabentuk
6 Pembangunan
Multimedia
7 Jenis dan
bentuk produk
8 Isu dan
kegunaan
produk
Jumlah Item 40
Wajaran (%) 53 21 16 10 100
Langkah 7 :
Masukkan bilangan item yang perlu diuji untuk setiap aras kemahiran berdasarkan
kepada wajaran (%) yang telah dikira di langkah 6. Jumlah keseluruhan item soalan ialah
40.
Rumus:
Contoh:
Berikut merupakan pengiraan bilangan item soalan yang telah dibuat untuk menentukan
bilangan item yang hendak diuji bagi setiap aras kemahiran hendak diuji mengikut
kandungan sukatan matapelajaran Produksi Multimedia tingkatan 4 dan 5.
Bab Tajuk
Aras Kemahiran
JumlahPengetahuan
Kefahama
n
Aplikasi Analisis
1 Produksi multimedia
2 Elemen Multimedia
3 Perkakasan
4 Perisian
5 Rekabentuk
6 Pembangunan Multimedia
7 Jenis dan bentuk produk
8 Isu dan kegunaan produk
Wajaran (%) 53 21 16 10 100
Jumlah Item 21 8 7 4 40
% wajaran bagi satu aras kemahiran 100
x Jumlah Item SoalanBilangan Item =
53100
x 40Bilangan Item Untuk Aras Pengetahuan = = 21
Ilustrasi:
B
i
l
Topik
Kemahiran Juml
-ah
Item
Waj-
aran
(%)Penget
ahuan
Kefah-
aman
Pengg
unaan
Analis
-is
Sintesi
-s
Penilai
-an
1 Produksi
multimedia
2 Elemen
Multimedia
3 Perkakasan
4 Perisian
5 Rekabentuk
6 Pembangunan
Multimedia
7 Jenis dan bentuk
produk
8 Isu dan
kegunaan produk
Jumlah Item 21 8 7 4 40
Wajaran (%) 53 21 16 10 100
Langkah 8 :
Menentukan bilangan soalan yang hendak diuji bagi setiap tajuk mengikut aras
kemahiran. Kemudian, memasukkan bilangan soalan ke dalam jadual.
Ilustrasi:
B
i
l
Topik
Kemahiran Juml
-ah
Item
Waj-
aran
(%)Penget
ahuan
Kefah-
aman
Pengg
unaan
Analis
-is
Sintesi
-s
Penilai
-an
1 Produksi
multimedia6 2 8 20
2 Elemen
Multimedia5 2 1 1 9 23
3 Perkakasan 2 1 3 6
4 Perisian 1 1 2 4 10
5 Rekabentuk 2 1 3 6
6 Pembangunan
Multimedia3 1 3 2 9 23
7 Jenis dan bentuk
produk1 1 2 6
8 Isu dan
kegunaan produk1 1 2 6
Jumlah Item 21 8 7 4 40
Wajaran (%) 53 21 16 10 100
Langkah 9 :
Menentukan urutan nombor soalan bagi setiap tajuk dan aras kemahiran. Dalam JPU ini
pemberian nombor kepada setiap soalan adalah tersusun mengikut tajuk.
Ilustrasi:
B
i
l
Topik
Kemahiran Juml
-ah
Item
Waj-
aran
(%)Penget
ahuan
Kefah-
aman
Pengg
unaan
Analis
-is
Sintesi
-s
Penilai
-an
1 Produksi
multimedia1,2,3,4
,5,67,8 8 20
2 Elemen
Multimedia
9,10,11,12,1
314,15 16 17 9 23
3 Perkakasan 18,19 20 3 6
4 Perisian 21 22 23,24 4 10
5 Rekabentuk 25,26 27 3 6
6 Pembangunan
Multimedia28.29.
3031
32,33,34
35,36 9 23
7 Jenis dan bentuk
produk37 38 2 6
8 Isu dan
kegunaan produk39 40 2 6
Jumlah Item 21 8 7 4 40
Wajaran (%) 53 21 16 10 100
Jadual Penentuan Ujian (JPU)
Peperiksaan Akhir Semester Tingkatan 5
Mata Pelajaran: Produksi Multimedia Semester: 2 Tingkatan: Tingkatan 5 Vokasional 1
Bil TopikAras Kemahiran
Jumlah Item
Wajaran (%)
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian
1 Produksi Multimedia 1,2,3,4,5,6 7,8 8 20
2 Elemen Multimedia 9,10,11,12,13 14,15 16 17 9 23
3 Perkakasan 18,19 20 3 6
4 Perisian 21 22 23,24 4 10
5 Rekabentuk 25,26 27 3 6
6 Pembangunan Multimedia 28.29.30 31 32,33,34 35,36 9 23
7 Jenis Dan Bentuk Produk 37 38 2 6
8 Isu Dan Kegunaan Produk 39 40 2 6
Jumlah Item 21 8 7 4 40
Wajaran (%) 53 21 16 10 100
2.0 PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF
Nombor Soalan : 21 (Dari Topik Perisian)
Objektif Hasil Pembelajaran
i) Menyatakan definisi atau maksud perisian pengarangan multimedia
Jenis Item : Objektif aneka pilihan Variasi: Stem terbuka.
Soalan
Perisian pengarangan multimedia adalah………..
A. Perisian yang digunakan untuk mengintegrasikan elemen-elemen multimedia
seperti teks, grafik, animasi, audio dan video dalam menghasilkan sebuah
produksi multimedia yang interaktif.
B. Perisian yang berasaskan metafora menggunakan ikon-ikon yang disusun dalam
suatu carta alir yang akan membentuk satu persembahan penuh.
C. Perisian yang boleh digunapakai bersama-sama dengan perisian pengarangan yang
dipilih hendaklah memenuhi keperluan mengimport dan menyunting elemen-
elemen multimedia yang digunakan.
D. Perisian yang membenarkan pengguna mengarang esei multimedia dan
mengintegrasikan dengan elemen-elemen multimedia.
Jawapan : A
Aras Taksonomi Bloom: Aras Pengetahuan
Ulasan:
Pernyataan tersebut menguji aras pengetahuan pelajar supaya melengkapkan pernyataan
ayat tersebut dengan definisi yang sesuai tentang maksud perisian pengarangan
multimedia.
Nombor Soalan : 15 (Dari Topik Perisian)
Objektif Hasil Pembelajaran
i) Mengenal pasti penggunaan Elemen Multimedia di dalam sesuatu persembahan
multimedia
Jenis Item : Objektif aneka pilihan Variasi: Stem tertutup.
Soalan
Pernyataan 2
Fatimah menghasilkan satu persembahan multimedia memaparkan fotograf dan klip
tayangan gambar. Penerangan ringkas dipaparkan di bawah setiap slaid.
Berdasarkan Pernyataan 2, kenal pasti elemen multimedia yang digunakan oleh Fatimah
dalam persembahannya.
I Teks II Grafik III Audio IV Video
A. I,II dan III sahaja
B. I,II dan IV sahaja
C. I,III dan IV sahaja
D. II,III dan IV sahaja
Jawapan : B
Aras Taksonomi Bloom: Aras Pemahaman
Ulasan:
Soalan ingin mengukur aras pemahaman pelajar dengan memberi rangsangan
berdasarkan situasi penggunaan elemen multimedia supaya pelajar dapat mengenal pasti
elemen multimedia yang digunakan dalam persembahan multimedia tersebut.
Nombor Soalan : 32 (Dari Topik Pembangunan Multimedia)
Objektif Hasil Pembelajaran
i) Mengetahui fasa-fasa pembangunan produk multimedia interaktif
ii) Meneliti media sebaran yang yang boleh diambil bagi tujuan penyebaran sesebuah
produksi multimedia
iii) Membandingkan faktor-faktor yang perlu sebelum memilih sesebuah media bagi
tujuan penyebaran.
Jenis Item : Objektif aneka pilihan Variasi: Stem tertutup.
Soalan
Terdapat pelbagai cara atau media yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran
sesebuah produksi multimedia yang mudah diperolehi di pasaran. Walau bagaimanapun
pemilihan media adalah bergantung kepada beberapa faktor. Nyatakan faktor-faktor
tersebut?
I. Saiz fail produksi multimedia yang dipakejkan
II. Masa capaian
III. Berapa kerap sesebuah aplikasi tersebut ingin dimainkan
IV. Kemudahan peralatan dan kepakaran yang ada
V. Anggaran kewangan yang diperuntukkan
A. I sahaja
B. II, III, IV dan V
C. II, III, IV
D. I, II, III, IV dan V
Jawapan :
Aras Taksonomi Bloom: Aras Analisis
Ulasan:
Soalan ini menguji kebolehan pelajar untuk mengasingkan bahan ke dalam bahagian-
bahagian kompenannya supaya struktur organisasinya mudah difaham. Ini melibatkan
aktiviti mengenal pasti bahagian-bahagian, analisi hubungan antara bahagian-bahagian
dan tindakan mengenal pasti prinsip-prinsip organsasi.
Nombor Soalan : 27 (Dari Topik Rekabentuk)
Objektif Hasil Pembelajaran
i) Menerangkan fasa-fasa pembangunan produk multimedia interaktif
ii) Menyatakan langkah-langkah dalam pembangunan produk multemedia interaktif
iii) Membuat perbandingan fasa-fasa dalam membangunkan produk multimedia
interaktif.
Jenis Item : Objektif aneka pilihan Variasi: Padanan.
Soalan
Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4
Rajah 2.0 : Fasa utama dalam pembangunan media interaktif
I. Langkah 1 – Pembangunan Konsep
II. Langkah 2 – Menyatakan Tujuan
III. Langkah 3 – Mengenalpasti Kumpulan Sasaran
IV. Langkah 4 – Pembangunan Spesifikasi
V. Langkah 5 – Papan Cerita dan Navigasi
Perancangan Penyediaan Pengujian Pengedaran
Rajah di sebelah menujukkan empat fasa utama dalam pembangunan multimedia
interaktif. Berdasarkan langkah-langkah tersebut tentukan di fasa mana langkah tersebut
dijalankan.
A. Fasa 3
B. Fasa 1
C. Fasa 4
D. Fasa 2
Jawapan : D
Aras Taksonomi Bloom: Aras Aplikasi
Ulasan:
Soalan ini menguji kebolehan pelajar menggunakan bahan-bahan yang dipelajari dalam
satu situasi baru dan konkrit. .Ini melibatkan aplikasi bebarpa perkara seperti kaedah,
langkah-langkah, konsep, prinsip, prinsip dan teori. Dalam perkataan lain, pelajar
menggunakan pengalaman mereka yang sedia ada untuk membentuk pengalaman-
pengalaman baru.
3.0 PEMBINAAN SOALAN ESEI
Dalam bahagian ini satu soalan esei yang hendak diuji dirangka beserta dengan skema
jawapan. Soalan esei yang dirangka adalah daripada Bab 4 (topik perisian) dan Bab 5
(topik rekabentuk), berdasarkan kepada huraian sukatan matapelajaran Produksi
Multimedia tingkatan 4 dan 5.
Objektif Hasil Pembelajaran
i) Pelajar dapat menggunakan perisian yang relevan bagi pembinaan dan
penyuntingan suatu produk multimedia.
ii) Pelajar memahami fasa-fasa yang terlibat beserta aktiviti bagi setiap fasa dalam
pembangunan sebuah produk multimedia.
iii) Pelajar dapat menghasilkan papan cerita untuk menghasilkan sebuah produk
multimedia berdasarkan prinsip rekabentuk, contohnya papan cerita untuk laman
web.
Sebab Pemilihan Soalan Esei
Pemilihan soalan esei untuk menguji pelajar bagi topik ini kerana:
i) Memberi kebebasan kepada pelajar untuk mengeluarkan idea dan kekreatifan
sendiri contoh nya dalam membina papan cerita.
ii) Menguji kemahiran yang lebih tinggi iaitu aras sintesis dan penilaian contohnya
dalam aras sintesis, kemahiran pelajar diuji untuk menghasilkan suatu produk
laman web dengan melakarkan papan cerita untuk laman web tersebut. Untuk aras
penilaian pula, pelajar diuji untuk membuat perbandingan jenis aktiviti yang
berbeza yang berlaku pada setiap fasa pembangunan produk multimedia.
iii) Dapat mengetahui gaya berfikir seorang pelajar samaada mereka mengeluarkan
idea atau berdasarkan pada hafalan dari nota dan buku teks.
iv) Membentuk kemahiran menulis yang baik dan mengeluarkan idea yang berkesan
serta kreatif.
Soalan Esei:
Soalan 1
Rajah 1.1: Fasa pembangunan produk multimedia
a) Rajah 1.1 menunjukkan satu turutan fasa yang akan dilalui oleh seorang pembangun produk multimedia dalam menghasilkan satu kandungan multimedia. Apakah yang di wakili oleh Fasa X dan Fasa Y.
(2 markah)
b) Berikan penerangan secara ringkas dan contoh aktiviti yang berlaku bagi setiap fasa tersebut.
(8 markah)
c) Dalam membangunkan sebuah produk multimedia perisian merupakan alat utama yang digunakan untuk tujuan pembinaan produk dan penyuntingan. Nyatakan dua contoh perisian yang boleh digunakan untuk penyuntingan video dan pembinaan laman web.
(4 markah)
d) Dengan teknik penulisan papan cerita yang telah didedahkan di dalam kelas, anda dikehendaki melakarkan sebuah papan cerita untuk halaman utama laman web sekolah anda. Buat penerangan ringkas untuk menjelaskan lakaran anda.
(6 markah)
Fasa X
Analisis
Fasa Y
Pengujian
Skema Jawapan Dan Pemarkahan:
Soalan 1
a) Fasa X = Fasa Perancangan / Planning (1 markah)
Fasa Y = Fasa Pembangunan / Development (1 markah)
b) Fasa X
- Merupakan fasa awal dalam pembangunan suatu produk multimedia. Merupakan
fasa terpenting dimana segala persediaan dibuat. (1 markah)
- Contoh aktiviti seperti penghasilan papan cerita, pencarian ahli kumpulan (team
member), penyediaan perisian dan perkakasan, pencarian sumber kewangan,
pembahagian tugasan dan urusan surat menyurat. (mana-mana salah satu)
(1 markah)
Fasa Analisis
- Merupakan fasa di mana pembangun membuat semakan dan analisis keatas
kerja-kerja yang telah dilakukan pada fasa perancangan. (1 markah)
- Contoh aktiviti seperti memeriksa segala perkakasan dan perisian yang hendak
digunakan dari segi kebolehfungsian, memastikan semua ahli kumpulan telah
maklum dengan tugas masing-masing. Memastikan supaya papan cerita selari
dengan kehendak pelanggan. (mana-mana salah satu) (1 markah)
Fasa X
- Merupakan fasa dimana pembangun memulakan proses menghasilkan produk
yang dan menyiapkan produk tersebut seperti yang dirancangkan. Setiap ahli
kumpulan bekerja mengikut bahagian masing-masing dan di akhir proses
pembangunan semua hasil akan digabungkan menjadi satu produk. (1 markah)
- Contoh aktiviti seperti pengambaran, rakaman suara, penyuntingan muzik,
pembinaan pangkalan data, pembinaan laman web dan penyuntingan gambar.
(mana-mana salah satu) (1 markah)
Fasa Pengujian
- Merupakan fasa awal dalam pembangunan suatu produk multimedia. Pada fasa
ini pembangun membuat ujikaji kebolehfungsian terhadap produk yang dihasilkan
sebelum menghantarnya kepada pelanggan atau pengguna. (1 markah)
- Contoh aktiviti seperti mencuba produk tersebut pada platform komputer yang
berbeza, membuat penujian melalui penilaian oleh beberapa orang pengguna, dan
melakukan ujian alpha dan ujian beta. (mana-mana salah satu) (1 markah)
c) Perisian Penyuntingan Video
Adobe Premiere, Final Cut Pro, Avid, dan Sony Vegas. (mana-mana dua)
(2 arkah)
Perisian Pembinaan Laman Web
Microsoft Front Page, Macromedia Dreamweaver, Macromedia Flash, DAN
Microsoft Publisher. (mana-mana dua) (2 markah)
d) Apa sahaja lakaran berdasarkan kreativiti pelajar. (6 markah)
Contoh,
Susunan layout - (1 markah)
Lakaran dalam bentuk lukisan - (+1 markah)
Banner (1 markah)
Butang Utama(1 markah)
Gambar, animasi, atau video(1 markah)
Butang pautan lain, gambar, iklan dan pengumuman.(1 markah)
Hakcipta / Penafian(1 markah)
KESIMPULAN
Setelah menyiapkan kesemua bahagian dalam tugasan ini, penulis dapat merasai sendiri
pengalaman sebenar dalam membina item soalan ujian serta membina jadual penentuan
ujian (JPU) yang sememangnya berguna apabila penulis telah menjadi guru kelak.
Secara keseluruhannya, tugasan ini telah menyediakan satu platform latihan
terbaik yang memberikan pengalaman sebenar seorang guru dalam mengendalikan dan
mentadbir suatu ujian. Pembinaan jadual penentuan ujian (JPU) amat perlu supaya guru
dapat memastikan setiap topik yang sepatutnya diajar mengikut sukatan matapelajaran
sesuatu subjek dapat diuji dan setiap aras kemahiran dapat dinilai. Ini boleh membantu
guru untuk mengukur sejauh mana kefahaman pelajar terhadap topik yang diajar olehnya.
Bibliografi
Bhasah Abu Bakar. 2003. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim : Quantum Books.
Bhasah Abu Bakar. 2007. Pengujian, Pengukuran Dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur : Pustaka Salam.
Mokhtar Ismail. 1995. Penilaian Di Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
33 set kertas jawapan objektif matapelajaran Sains 1, Tingkatan 4 pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, 2800 Temerloh, Pahang, Darul Makmur.
Kertas soalan peperiksaan akhir tahun Sains 1, Tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, 2800 Temerloh, Pahang, Darul Makmur.
Top Related