PENGACARA MAJLIS RASMI( Teknik teknik juruacara)Oleh Tuan Saiful Bahari bin Tuan IsmailJabatan Penerangan Daerah Kuala kangsar.
DefinisiJuruacara
Orang yang memimpin sesuatu pertunjukan, majlisDan sebagainya. Kamus Dewan
DEFINISIMASTER OF CEREMONY (MC)
MASTERKemampuan mengawal, menguasai,Berkemahiran dan berkebolehan dalam sesuatubidang.
CEREMONYMajlis / upacara tertentu, kehadiran tetamuDan ada aturcara.
Peranan jurucara begitu besar dalam menentukan berjaya atau tidak sesuatu majlis MENGAWAL MAJLISMemula dan menutup majlis serta memanggil tetamu untuk berucap
MEMBUAT PENGUMUMAN Pengumuman yang ditetapkan untuk memberitahu hadirin
MEMBERI PANDUANPerjalanan majlis, bila tetamu berucap dan sebagainya
Pengacara yang baik dan berjayaSuara (nada) yang baikFasih dalam penggunaan bahasa, terang dan jelas, tidak terlalu lajuTidak kelihatan gugup (mengelabah), gemuruh dan takutTidak panik bila berhadapan dengan berbagai situasiBerpakaian yang sesuai
Pengacara yang baik dan berjayaTidak ambil mudahSentiasa sabar
Tidak terlalu serius
Berdisplin
Perlu ada skrip
ProtokolProtokolPeraturan dalam sesuatu istiadat
Juruacara perlu menyebut nama tetamu (VIP) yang hadir mengikut keutamaan contoh : Yang Berhormat Menteri, Yang berhormat Timbalan Menteri, Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Kementerian, Yang Berbahagia Ketua Pengarah -ikut tetamu penting no 1,2,3,4, ingat tidak semua tetamu yang perlu disebut
Kategori Majlis Pengacaraan MAJLIS ISTIADATMajlis Penganugerahan Darjah Kebesaran / Pingat yang berlangsung di Istana Negara / Negeri, Perlantikan PM / Menteri /MB / EXCO, tiada ulasan atau aluan daripada MC
MAJLIS RASMIMajlis Perasmian yang disempurnakan oleh pemimpin negara spt. Perasmian bangunan dll, tiada ulasan aluan bergantung kepada keadaan majlis
MAJLIS PERHIMPUNANSeperti perhimpunan bulanan, sambutan kemerdekaan, hari anugerah, ada aluan (kepada hadirin dan tetamu) ulasan tempat yang sesuai (bukan ulas ucapan)
Kategori Majlis PengacaraanMajlis seminar / ceramahPerlu terangkan biodata pembentang / penceramah dengan ringkas, ulasan ringkas yang sesuai
Majlis PerpisahanPenekanan suara yang sederhana (Sesuai) tidak memperlihatkan terlalu gembira, pantun yang sesuai boleh digunakan
Majlis Makan Malam (bukan perpisahan)Perlu dalam keadaan ceria kerana biasanya majlis ini untuk meraikan sesuatu kejayaan, selitkan pantun
Majlis Sukaneka / SukanMajlis yang dianjurkan oleh kerajaan / swasta terdapat dua situasi semasa perasmian dan ulasan acara acarasukan, juruacara perlu ceria
Majlis PerkahwinanMajlis tidak rasmi tetapi kelihatan seperti rasmi jika tetamu DYMM atau PM / MB / Menteri, ceriakan majlis dengan pantun pantun yang memuji keluarga, tetamu dan pengantin
Kedudukan (tempat) jurucaraJuruacara adalah orang penting dalam sesuatu majlis, tempat atau kedudukan juruacara bercakap bergantung kepada jenis majlis atau kedudukan dewan atau khemah
Juruacara tidak boleh terlalu menonjol atau terlalu terlindung.Adalah penting tempat jurucara bercakap mampu melihat semua yang berlaku (semasa ketibaan, ucapan dll)
Pentas
(Orang ramai)
Jika dalam majlis kedudukan tempat duduk VIP 1,2,3 rajah menunjukkan R adalah rostrum perucap, manakala bagi juruacara bertanda JA (salah satu tempat), bergantung kepada keadaan tempat dalam dewan atau khemah 213RJAJA
Protokol dan Etika - JuruacaraSeseorang pengacara majlis seharusnya mengetahui pakaian tetamu dalam sesuatu majlis, pakaian juruacara seharusnya sama dengan pakaian VIP tersebut
Pastikan rambut, baju, tali leher, seluar, setokin , kasut kemas dan berkilat
Seseorang juruacara tidak boleh terlalu asyik berbual ataupun berbual dengan kuat atau gelak yang melampau
Tidak boleh asyik makan dan berjauhan dengan VIP jika majlis belum selesai
Persediaan JuruacaraPERSEDIAAN AWALMenerima tugas sebagai juruacaraJenis majlisAturcara majlisTempat majlisMenyediakan skrip juruacara
Persediaan JuruacaraPERSEDIAAN SEBELUM DAN SEMASA MAJLISPakaian ikut protokolDatang awalBuat semakan skrip dan aturcara dengan penganjurPastikan mikrofon berfungsi / uji suaraTenangkan fikiran / emosiMengenali tetamu / perucapBersedia untuk pindaan aturcara disaat akhir
Jurucara perlu elakkan perkara berikut :-Memberi ulasan yang panjang lebar terhadap isu / perkenal perucap
Terlalu memuji muji perucap
Berjenaka
Lupa nama perucap
Contoh Aturcara dan Penyediaan Skrip JuruacaraHari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Pelajar Pelajar Cemerlang Tahun 2006 SMK.Sayong,Kuala Kangsar Tarikh : 22.02.2007 Masa : 8.45 pagiTempat : Dewan SMK.SayongAturcara Majlis
8.45 pg ketibaan Pelajar / Ibubapa
8.50 pg Ketibaan Para jemputan
8.55 pg Ketibaan Pengetua, SMK.Sayong
Skrip Juruacara
Mengalu- alukan kehadiran pelajar / Ibubapa
Mengalu alukan kehadiran para Jemputan
Mengumumkan Ketibaan Yang Berusaha,Pengetua SMK.Sayong
Protokol Majlis
1. Pengetua SMK.Sayong
2. YDP.PIBG SMK.Sayong
3. Dif Dif jemputan
4. Penolong Penolong Kanan SMK.Sayong
5. Guru guru / pelajar cemerlang tahun 2006
6.Ibubapa / pelajar sekelianProtokol Majlis
1. Yang Berusaha, (Nama)Pengetua SMK.Sayong
2. Yang Berusaha, (Nama) YDP.PIBG.SMK.Sayong
3. Dif Dif jemputan
4. Penolong penolong kanan,SMK.Sayong
5.Guru guru / pelajar pelajar cemerlang tahun 2006
6. Seterusnya ibubapa dan para pelajar yang dihormati sekelian
Aluan Juruacara
Memulakan majlis dengan salamDan ucapan terima kasih kepadaHadirin yang datang.Aluan Juruacara
Assalamualaikum dan selamat Pagi.
Alhamdulilah,syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah Dan izinnya pada pagi yang Berbahagia ini kita dapat hadir Dan bersama di Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian HadiahPelajar pelajar cemerlang tahun 2006 SMK.Sayong,Kuala kangsar.Majlis mengambil kesempatan Mengucapkan terima kasih dan Selamat datang kepada tuan tuanDan puan puan sekelian ke majlis Pada hari ini.
9.00 pg Bacaan doa.
9.05 pg Ucapan YDP.PIBG. SMK.Sayong.
Bagi memberkati majlis pada pagiIni, majlis mempersilakan YangBerusaha (Nama) / Guru Agama,SMK.Sayong untuk bacaan doa.
Majlis mengucapkan terima kasih.
Seterusnya majlis dengan hormatDan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha (Nama) Yang Dipertua Persatuan ibubapaDan guru SMK.Sayong untuk Menyampaikan ucapan.Dipersilakan.
9.30 pg Ucapan Pengetua SMK.Sayong.
Majlis mengucapkan terima kasih.
Tuan tuan dan puan puan Yang dihormati sekelian.
Kini tibalah masanya, majlis Dengan hormat dan sukacitanyaMempersilakan Yang Berusaha(Nama) Pengetua SMK.Sayong,Kuala Kangsar untuk menyampaikan Ucapan.
Majlis mengucapkan ribuan Terima kasih di atas ucapan YangBerusaha, Pengetua sebentar tadi.
10.15 pg Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang
Tuan tuan dan puan puan yang dihormati sekelian.
Berikutnya / majlis penyampaian hadiah pelajar ceemrlang tahun 2006.
Majlis dengan ini sukacita mempersilakan Yang Berusaha (Nama),Pengetua SMK.Sayong, Kuala Kangsar menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pelajar pelajar cemerlang tahun 2006.
Sukacita / dipersilakan.
11.00 pg Majlis jamuan / bersurai.
Majlis penyampaian hadiah dimulakan
Majlis merakamkan ucapan Penghargaan dan terima kasih Kepada Yang Berusaha,PengetuaSMK.Sayong,Kuala Kangsar di atasPenyempurnaan majlis penyampaianHadiah sebentar tadi.
Sebelum majlis bersurai, dipersilakanYang berusaha,Pengetua SMK.Sayong dan dif dif serta hadirin Sekelian ke majlis jamuan.Dipersilakan.Dan dengan itu juga / majlis pada hari Ini berakhir sudah.
Perlu beri perhatian Sebelum mula protokolLihat kehadiran VIP saat akhir Beri mereka masa untuk duduk selesa beberapa saat / minit / semua ok, baru mulaSemasa majlisSebutan perlu jelas,pandu kepada skripBeri masa VIP melakukan pergerakanjangan lihat skrip saja,lihat sama pergerakanBeri anda masa dan peluang sendiri jangan gemuruhSelepas majliskekalkan imej yang sopan Jangan beritahu orang anda silap atau gemuruh
KesimpulanSemua orang boleh jadi pengacarayang baik jika yakin dan percaya pada diri sendiri.Yakinlah bahawa anda sebenarnya bersedia, kerana mana adayang bermula dengan 10 / 100 markah melainkan bermula dengan 1.teruskanusaha dan yakin anda boleh.
SELAMAT MENCUBA DAN BERJAYA
DARIPADA
TUAN SAIFUL BAHARI BIN TUAN ISMAILJABATAN PENERANGAN DAERAHKUALA KANGSAR.
22.02.2007
Top Related