2014
Rudzidatul Akmam Dziyauddin Shuhaida Ismail
Siti Armiza Mohd Aris Nor Azmein Abdul Raman
Mohamad Zaki Hassan Rahimah Muhamad
PENYUNTING
Nor Fazilah Mohd Hashim
Unit Profesional
Kelayakan
UTM Sekolah Razak
bagi Kejuruteraan
dan Teknologi
Termaju
Pencapaian Global dan Kelayakan Professional
Pencapaian Global dan Kelayakan Profesional
Diterbitkan oleh:
Professional Qualification (ProQ) Unit
UTM RAZAK SCHOOL of Engineering and Advanced
Technology
Level 7, Menara RAZAK
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Jalan Semarak
54100 Kuala Lumpur
Email: [email protected]
Laman Web: www.razakschool.utm.my
Hakcipta 2014
UTM RAZAK SCHOOL of Engineering and
Advanced Technology
Jurugambar-jurugambar:
Mohamad Zaki Hassan
Rudzidatul Akmam Dziyauddin
Habibah@Norehan Haron
Rekabentuk:
Rudzidatul Akmam Bt Dziyauddin
Dicetak oleh:
ACHIK SDN BHD
Wisma Achik
218, 219 & 220, Jalan Negara 2,
Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03 - 4108 8006 / 41614277 / 4147 4277 ( Office )
Fax : 03 - 4108 1277
Muka Hadapan:
Projek Rawang By-Pass Elevated Highway-Nor
Fazilah Mohd Hashim
ii
1 ISI KANDUNGAN
1Prakata .............................................................................. ii
2 Kelayakan Profesional UNIT...................................... 1
2.1 Misi ............................................................................... 1
2.2 Tujuan ........................................................................... 1
2.3 Peranan ......................................................................... 1
3 Ahli Jawatankuasa Kelayakan Profesional ................. 2
4 Ringkasan kelayakan profesional ............................... 3
5 Pendedahan and Penerapan Kelayakan Profesional .... 4
5.1 Pengenalan Kepada Insenior (Ir) .................................. 4
5.2 Pengenalan Kepada Jurutera Chartered ........................ 7
5.3 Institut Kejuruteraan Marin, Sains dan
Teknologi ………………………………………………9
5.4 Kursus Pengenalan Keselamatan Dan
Kesihatan Pekerjaan ..................................................................... 11
6 Program Pencapaian Global...................................... 13
6.1 Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya .................................. 13
6.2 Tapak Projek Rawang Bypass .................................... 19
6.3 Orang Asli Bersama Universiti ................................... 23
6.4 Eid-Mubarak bersama Anak Yatim ............................ 27
7 Rancangan Masa Hadapan ........................................ 32
8 Sekalung penghargaan .............................................. 33
1 PRAKATA
iii
Razak School menawarkan pelbagai
program pasca siswazah sepenuh masa
dan separuh masa di peringkat Master
dan Kedoktoran. Program tersebut
dibentuk bagi mengembangkan
pengetahuan dan juga membina
kemahiran innovatif para professional
dan penyelidik. Selain itu, Sekolah
RAZAK telah menjalinkan kerjasama
bersama universiti dan industri di peringkat tempatan dan
antarabangsa selaras dengan visi UTM untuk menjadi
universiti bertaraf global serta melahirkan pelajar dan staf
yang mempunyai kelayakan profesional.
Bagi memperkasakan program pasca sizwazah dan
kerjasama yang dijalinkan, ahli jawatankuasa Professional
Qualification (Pro-Q) telah ditubuhkan di peringkat
universiti. Walau bagaimanapun, Sekolah RAZAK telah
mengambil initiatif mengembangkan Pro-Q ini menjadi
salah satu jawatankuasa utama dalam pengendalian
kelayakan professional di dalam sekolah RAZAK sendiri.
Pro-Q telah menganjurkan pelbagai aktiviti bagi
merangsang dan menggalakkan para akademik memohon
jurutera professional, jurutera bertauliah dan juga menjalani
ikhtisas. Sekalung penghargaan diberikan kepada
iv
jawatankuasa Pro-Q yang telah banyak menyumbang ke
arah peningkatan reputasi dan kualiti para akademik,
khususnya Sekolah RAZAK.
Yang benar,
Prof Dr Awaluddin bin Mohamed Shaharoun
December 2014
2 KELAYAKAN PROFESIONAL UNIT
2.1 Misi
Menyediakan platform bagi membantu UTM RSEAT
mencapai matlamat untuk mempersiapkan staf akademik
kejuruteraan dengan kelayakan professional.
2.2 Tujuan
Tujuan utama penubuhan Pro-Q adalah untuk memenuhi
keperluan Akreditasi EAC dan status Universiti Penyelidikan (RU)
yang juga berfungsi meningkatkan kualiti pengajaran dan pengajian
(T&L). Pro-Q juga berusaha mencapai tujuan utama iaitu
meningkatkan jumlah staf akademik yang mempunyai kelayakan
profesional di UTM.
2.3 Peranan
1. Menyediakan platform kepada staf akademik RSEAT untuk
melayari informasi dan maklumatmengenai pembangunan
latihan praktikal dan professional.
2. Mengendalikan kursus/ seminar/ forum yang berkualiti bagi
memenuhi keperluan profesional khususnya bagi staf
akademik RSEAT.
3. Menyebarkan informasi mengenai kursus-kursus yang
dianjurkan oleh BEMdan mengemaskini maklumat terbaru
kelayakan professional kepada staf RSEAT
4. Bekerjasama dengan masyarakat dalam memperkenalkan
sistem pengajian tinggi secara professional.
2
3 AHLI JAWATANKUASA KELAYAKAN
PROFESIONAL
Pengerusi
Dr. Rudzidatul Akmam Dziyauddin
(Jabatan Kejuruteraan Elektrik)
Setiausaha
Puan Siti Armiza Mohd Aris
(Jabatan Kejuruteraan Elektrik)
Jabatan Kejuruteraan
Awam
Dr. Azman Mohamed
Puan Nor Fazilah Mohd
Hashim
Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal
Dr. Mohamad Zaki Hassan
Encik Norazmein Abdul
Raman
3
4 RINGKASAN KELAYAKAN PROFESIONAL
UTM RSEAT terdiri daripada dua jabatan iaitu kejuruteraan
dan bukan kejuruteraan. Secara keseluruhan, jumlah staf akademik
RAZAK adalah 98 orang termasuk yang sedang cuti belajar dan
dalam latihan industri.
Oleh itu, ringkasan pangkalan data bagi UTM RAZAK yang
berkelayakan professional ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Jabatan Bil. Staf
Akademik
Status Kelayakan Profesional
Jabatan
Kejuruteraan
Awam
21 2 – Jurutera Profesional
(berdaftar dengan BEM)
3 – Latihan Industri (12 bulan)
Jabatan
Kejuruteraan
Mekanikal
24 2– Jurutera Profesional
(berdaftar dengan BEM)
2 – Latihan Industri (12 bulan)
Jabatan
Kejuruteraan
Elektrikal
20 1 – Latihan Industri
4
5 PENDEDAHAN AND PENERAPAN KELAYAKAN
PROFESIONAL
Dalam menerapkan unsur kelayakan profesional kepada para
akademik RAZAK, beberapa seminar telah dijalankan dan juga
penyertaan seminar tersebut dibuka kepada UTM Kuala Lumpur.
Bahagian seterusnya menerangkan secara ringkas laporan aktiviti
tersebut.
5.1 Pengenalan Kepada Insenior (Ir)
Program yang dijalankan sebagai pengenalan kepada
Insenior (Ir) ialah Perjalanan Jurutera Profesional untuk Para
Akademik(Route to Professional Engineer (Ir) for Academics).
Program ini diadakan pada 30 April 2014 dan bertempat di Razak
School, UTM Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh oleh En Nor
Azmein Abdul Raman.
Setiap warga akademik jurusan kejuruteraan digalakkan
untuk mempunyai gelaran jurutera profesional (Ir) bagi menaikkan
kualiti pensyarah dalam bidang perundingan dan akreditasi program
universiti. Universiti juga telah memperkenalkan cuti ikhtisas selama
setahun bagi setiap pensyarah dan menjadi satu kewajipan bagi
setiap pensyarah yang ingin memohon kenaikan pangkat bagi
Professor Madya (DS54).
Objektif bengkel ini adalahmendedahkan warga akademik
dan jurutera kepada syarat-syarat permohonan jurutera
5
professionaldan mendedahkan warga akademik persediaan yang
perlu dilakukan bagi sesi temuramah permohonan jurutera
professional. Menyediakan platform perbincangan bagi sebarang
perkara berbangkit dan isu-isu yang dihadapi dalam memenuhi
syarat-syarat yang dikehendaki juga merupakan salah satu objektif
program ini.
Bengkel ini telah memberikan pendedahan kepada peserta
mengenai langkah-langkah untuk didaftarkan dibawah badan
professional tersebut. Bengkel selama 2 jam ini telah dihadiri oleh 15
orang staff dari RSEAT dan UniKL. Taklimat yang diberikan
berkaitan dengan latar belakang dan fungsi BEM.Di penghujung
program, sesi disusuli dengan sesi soal jawab. Sebagai mengakhiri
program, sedikit cenderamata telah disumbangkan kepada
penceramah.
6
Rajah 1: Dr Syuhaida Ismail menyerahkan cenderamata
sebagai tanda penghargaan kepada Ir Azlan
7
5.2 Pengenalan Kepada Jurutera Chartered
Program yang bertajuk "How to Become A Chartered
Engineer?" telah diadakan pada 23 April 2014 (Rabu) sebagai
pengenalan kepada Jurutera Chartered. Program ini dipengerusikan
oleh Dr Rudzidatul Akmam yang bertempat di Dewan Seminar,
Menara Razak, UTM Kuala Lumpur.
Taklimat yang julung kalinya diadakan di UTM Razak
School Sejajar dengan fungsi penubuhan Unit Professional
Qualification (Pro-Q) UTM Razak School of Engineering and
Advanced Technology (UTM RSEAT) membantu staf akademik
UTM mengharungi laluan ke arah Jurutera Profesional. Objektif
utama program ini adalah sebagai wahana penyampaian maklumat
berkaitan kaedah mendapatkan pengiktirafan Chartered Engineer.
Taklimat ini disertai oleh staf akademik RSEAT yang
kebanyakannya terdiri daripada panel Kejuruteraan Elektrik dan di
sampaikan oleh Prof. Ir. Dr. Vigna Kumaran Ramachandaramurthy
daripada The Institution of Engineering and Technology (IET)
Malaysia. Topik-topik yang disampaikan merangkumi latar belakang
dan fungsi IET serta pengenalan dan prosedur permohonan
Chartered Engineer. Sesi taklimat disusuli dengan sesi soal jawab.
8
Rajah 2: Profail Dr. Vigna Kumaran dari IET
9
5.3 Institut Kejuruteraan Marin, Sains dan Teknologi
Program yang bertajuk “Route to Chattered Engineer via
IMarEST” telah diadakan di Razak School, UTM Kuala Lumpur
pada 28 Mei 2014yang dipengerusikan oleh Dr. Mohamad Zaki Bin
Hassan. IMarEST atau nama lain The Institute of Marine
Engineering, Science & Technology merupakan sebuah badan
professional berkaitan dengan marin yang berpusat di London.
Taklimat telah disampaikan oleh Dato’ Ir Hj Ahmad Murad Hj
Omar.
Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan
kepada staff kaedah-kaedah untuk mendapatkan pengiktirafan
Chartered Engineer. Bengkel ini telah diadakan selama 2 jam dan
dihadiri oleh 15 orang staff dari RSEAT dan UniKL.
Antara kandungan taklimat adalah mengenai latar belakang
dan fungsi IMarEST itu sendiri. Prosedur permohonan Chartered
Engineer juga telah dibentangkan oleh Penceamah.Sesi taklimat
disusuli dengan sesi soal jawab. Sebagai mengakiri program, sedikit
cenderamata telah disumbangkan kepada penceramah.
10
Rajah 3: Pensyarah-pensyarah yang hadir menyertai program.
Rajah 4: Dr Syuhaida Ismail menyerahkan cenderamata sebagai
tanda penghargaan kepada Dato’ Ir Hj Ahmad Murad Hj Omar.
11
5.4 Kursus Pengenalan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
Kursus Pengenalan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
(Occupational Safety and Health) telah diadakan pada 30 September
(Selasa) sehingga 1 Oktober 2014 (Rabu). Kursus ini bertempat di
Dewan Seminar, Menara Razak, UTM Kuala Lumpur.
UTM Razak School of Engineering and Advanced
Technology (UTM RSEAT) telah menjalankan Program Sarjana dan
Diploma Eksekutif Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (EMOSH
dan EDOSH). Sehubungan itu, Unit Professional Qualification (Pro-
Q) UTM RSEAT telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan
Kursus Pengenalan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan bertujuan
menyampaikan pengetahuan meliputi bidang Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan kepada setiap staf akademik UTM RSEAT yang
terlibat dalam penyeliaan pelajar dan pengajaran program berkaitan.
Objektif kursus ini sebagai wahana penyampaian maklumat
berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang merangkumi
akta-akta, kaedah pengendalian tindakan dan keadaan yang tidak
selamat serta pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang
efektif. Bengkel ini disertai oleh staf akademik RSEAT seramai 34
orang yang terlibat secara langsung dengan kurikulum EMOSH dan
EDOSH. Fasilitator bengkel adalah Prof. Madya Dr. Abdul Rahman
bin Abdul Rahim, Ketua Jabatan Kejuruteraan, UTM RSEAT.
Topik-topik yang disampaikan merangkumi topik-topik seperti Basic
Principles of Accident Prevention, Hazard Identification,
12
Occupational Health, Safety Audit, Machinery Hazard, Machine
Guarding dan Building Construction.
Rajah 5: Sesi Ceramah Kursus Pengenalan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan yang sedang berlangsung
13
6 PROGRAM PENCAPAIAN GLOBAL
Selain daripada pengajaran dan penyelidikan, ProQ juga
menyediakan platform bagi staf RAZAK, khususnya, dalam
berkhidmat kepada masyarakat sosial. Program sebegini lebih
dikenali dengan program pencapaian global dan seterusnya adalah
ringkasan hasil program tersebut.
6.1 Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya
Lawatan teknikal ke Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR)
Malaysia telah dijalankan pada 7 Mei 2014. Lawatan ini diadakan di
Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, Jalan Sultan
Salehuddin, Kuala Lumpur.
Lawatan ini telah disertai oleh 13 orang pensyarah Jabatan
Kejuruteraan melibatkan Panel Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan
Elektrikal dan Kejuruteraan Mekanikal. Objektif lawatan ini adalah
untuk mendedahkan pensyarah kepada amalan pengurusan projek
terkini JKR dalam menguruskan projek-projek mega dan
mewujudkan hubungan kerjasama antara universiti dan industri
khususnya jabatan kerajaan yang berkaitan. Selain itu, objektif lain
adalah mewujudkan platform perkongsian dan pertukaran maklumat
antara teori dan praktikal di antara universiti dan industri.
Kehadiran kesemua pensyarah disambut oleh kakitangan
Ibu Pejabat JKR Cawangan Jalan serta wakil kontraktor utama dari
Panzana Entreprise Sdn. Bhd. Lawatan dimulakan dengan
14
pembentangan berkenaan amalan pengurusan projek JKR yang
berasaskan kepada 10 Knowledge Areas Project Management
Institute (PMI). Ini seterusnya diikuti dengan pembentangan
berkenaan Projek Rawang By-Pass di Rawang-Serendah sepanjang
18.5 km yang menelan kos sebanyak RM 260.5 juta dan mempunyai
4 lorong 2 hala (dual carriageway) bertujuan untuk mengurangkan
kesesakan lalulintas di Selayang dan kawasan sekitarnya.
Selain pembentangan mengenai maklumat teknikal
berkenaan Projek Rawang By-Pass, pensyarah juga turut didedahkan
dengan masalah dan isu sosial yang dihadapi sepanjang menguruskan
projek ini termasuklah isu pengambilan tanah, isu bayaran gantirugi
kepada penduduk setinggan dan TOL, isu pencemaran bunyi dan
pencemaran sungai serta isu penerokaan kawasan hutan simpan
Taman Warisan Negeri. Para pensyarah turut berkongsi pandangan
berkenaan isu yang diperbincangkan menerusi perspektif teori
amalan pengurusan projek.
15
Rajah 6: Pensyarah yang hadir ke Pejabat JKR, Kuala
Lumpur
Rajah 7: Penyerahan cenderamata sebagai tanda penghargaan dari
pihak ProQ kepada pihak JKR
16
Rajah 8: Penyerahan cenderamata sebagai tanda penghargaan
daripada pihak ProQ kepada pihak JKR
Rajah 9: Penyerahan cenderamata sebagai tanda penghargaan
daripada pihak ProQ kepada pihak JKR
17
Rajah 10: Penyerahan cenderamata sebagai tanda penghargaan
daripad pihak ProQ kepada pihak JKR
Rajah 11: Penyerahan cenderamata sebagai tanda penghargaan
daripada pihak ProQ kepada pihak JKR
18
Rajah 12: Sesi bergambar bersama JKR.
19
6.2 Tapak Projek Rawang Bypass
Lawatan teknikal ke Tapak Projek Rawang By-Pass
bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia telah dijalankan pada
22 Mei 2014 dan bertempat di Rawang Bypass Elevated Highway.
Lawatan ini telah disertai oleh 7 orang pensyarah Jabatan
Kejuruteraan melibatkan Panel Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan
Elektrikal dan Kejuruteraan Mekanikal bersama kakitangan JKR
cawangan jalanraya dan juga wakil kontraktor. Objektif lawatan ini
adalah mendedahkan pensyarah kepada penngendalian projek mega
terkini yang dikendalikan oleh pihak JKR dan perkongsian ilmu teori
dan praktikal di antara pihak universiti dan industri. Lawatan tapak
ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pensyarah UTM
mengenai kerja-kerja pembinaan jalanraya. Pembinaan jalanraya ini
bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalulintas di bandar
Rawang-Serendah sepanjang 18.5km. Pensyarah yang hadir dibawa
menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk meyelusuri tapak
projek.
Pensyarah didedahkan kepada keseluruhan peringkat
pembinaan projek jalanraya bermula dari penyediaan tapak
sehinggalah landasan, pembinan substructure dan superstructure,
pembinaan cerucuk, tiang dan rasuk secara manual ditapak
pembinaan. Pensyarah juga didedahkan kepada masalah-masalah
yang dihadapi ditapak binaan dan jalan penyelesaian. Akhir sekali,
20
pensyarah di bawa ke kawasan pemecahan batu-batu dan
pengasingan mengikut saiz.
Rajah 13: Gambaran secara keseluruhan tapak projek
21
Rajah 14: Pensyarah-pensyarah yang menyertai lawatan
bergambar bersama wakil tapak projek
Rajah 15: Ujian ketahanan cerucuk yang dijalankan di tapak
projek
Rajah 16: Peserta mendengar taklimat yang diberi oleh
pihak kontraktor
22
Rajah 17: Acuan penyediaan rasuk yang dijalankan di
tapak pembinaan
23
Rajah 18: Penyediaan cerucuk yang menggunakan hand
dug caisson system
6.3 Orang Asli Bersama Universiti
Programorang asli bersama universiti telah dijalankan di
UTM Sekolah Razak bagi Kejuruteraan dan Teknologi Termaju pada
30 Mei 2014. Unit ProQ telah menganjurkan lawatan sambil belajar
untuk anak-anak orang Asli dari Kuang, Selangor, Malaysia.
Program ini telah berlangsung pada 30 Mei 2014. Projek ini
merupakan kerjasama daripada Razak School of Professional
Qualification unit (ProQ), Universiti Teknologi Malaysia dan
Women Section of the Institution of Engineers Malaysia (IEM-WE)
unit. Sebahagian daripada program ini dibiayai oleh IEEE Wilayah
10 Women in Engineering.
24
Objektif program ini adalah memberi pendedahan kepada
anak-anak orang asli terhadap pembelajaran di universiti dan ini
dapat menjadi perangsang kepada mereka untuk berjaya di dalam
akademik. Selain itu, program ini jugamededahkan kepada anak-
anak orang asli bahawa matematik dan pembelajaran sains amat
bermanfaat sekiranya bidang kejuruteraan menjadi pilihan kerjaya.
Progam ini juga dapat menarik perhatian mereka untuk mengikuti
kursus kejuruteraan dan seterusnya memilih bidang kejuruteraan
sebagai kerjaya, mendedahkan peluang yang ada di dalam bidang
kejuruteraan dan memberi teori dan praktikal di antara universiti dan
industri.
Pelajar orang asli berasa kagum dengan kemudahan yang
ada di UTM seperti bangunan belajar, bangunan tempat tinggal,
perkhidmatan sokongan, kafe dan makmal yang ada di kampus.
Mereka menunjukkan minat untuk belajar di universiti dan dan
merasai kehidupan di kampus.
Mereka juga sangat teruja ketika melihat pelbagai projek
yang dijalankan di UTM seperti kereta lumba dan lawatan ke
makmal robotik. Mereka menyatakan hasrat untuk mereka-cipta
sendiri satu projek sekiranya mereka berpeluang memasuki
universiti.
Secara keseluruhan, projek ini telah mencapai objektifnya.
Dengan kerjasama daripada semua ahli ProQ dan WIE Malaysia,
25
dapat menggalakkan perhubungan yang positif di kalangan orang asli
khususnya dengan universiti. Program seumpama ini berjaya
menimbulkan kesedaran di kalangan pihak universiti akan tanggung-
jawab global dan bukan hanya tertumpu kepada akademik dan
penyelidikan semata-mata.
Rajah 19:Membangunkan dan mereka kenderaan dengan
menggunakan kreativiti dari bahan terbuang
26
Rajah 20: Menguji kenderaan yang telah dicipta
Rajah 21: Melawat salah satu makmal yang berada di Taylors
University
27
6.4 Eid-Mubarak bersama Anak Yatim
Program Eid-Mubarak bersama Anak Yatim telah
dijalankan pada 20 Julai 2014. Program ini diadakan di Rumah Anak
Yatim, Fakir Miskin dan Asnaf Zakat Persatuan Kebajikan Islam
Peribadi Mulia, Sg Sekamat Kajang.
“Aku dan pemelihara anak yatim di surga seperti ini(dan
beliau memberikan isyarat dengan telunjuk dan jari tengahnya, lalu
membukanya.”
(HR.Bukhari, Turmudzi, Abu Daud)
Terpanggil dengan hadis tersebut, unit Jawatankuasa ProQ
telah menjalankan Program Eid-Mubarak bersama anak yatim di
Kajang yang bertujuan menyantuni golongan tersebut dengan
menyalurkan bantuan berupa keperluan harian dan juga wang. Selain
itu, program inijuga adalah sempena golongan anak yatim
28
menyambut 1 Syawal di samping memperkenalkan UTM pada
masyarakat sekitar.
Kakitangan UTM Kuala Lumpur terutama Razak School
telah berjaya menyerahkan sumbangan berupa wang tunai RM 4,947,
pakaian raya dan keperluan harian. Dana telah dikumpul dengan
mewar-warkan program ini melalui email, kelas agama dan kutipan
juga dilakukan dari setiap pejabat. Serahan kepada asnaf telah
dilakukan pada 20/7/2014.
Kami juga ingin memanjangkan ucapan terima kasih
daripada Puan Siti Salmiah, pengerusi rumah kebajikan tersebut.
Beliau juga telah mengucapkan ucapan terima kasih dan
mengirimkan sekeping kad hari raya yang telah diserahkan kepada
pejabat RAZAK untuk tatapan semua.
Kanak-kanak di sana berasa sungguh seronok dengan
kedatangan kami bersama-sama dengan sumbangan UTM Kuala
Lumpur dan juga gula-gula yang diberikan pada setiap seorang.
29
Rajah 22: Sebahagian penghuni rumah anak yatim
Rajah 23: Pengagihan barang-barang keperluan asas
kepada pihak rumah anak yatim
30
Rajah 24: Lawatan pertama ketua ProQ di rumah anak-
anak yatim
Rajah 25: Pemberian derma kepada pengerusi rumah anak
yatim,Puan Siti Salmiah
31
32
7 RANCANGAN MASA HADAPAN
Berdasarkan keberkesanan dan maklumbalas yang diterima
daripada aktivti-aktiviti yang dijalankan, ProQ berhasrat untuk
mengukuhkan program dalam aktiviti professional pada masa akan
datang. Di antara perancangan aktiviti yang akan dijalankan pada
tahun 2015 adalah
mengelolakan bengkel permohonan Chartered Engineer di
bawah IET
mengelolakan sesi perkongsian ikhtisas
mengelolakan kursus bagi pembangunan professional
mengelolakan aktiviti sumbangan kepada masyarakat
mengadakan kursus lawatan bagi pembangunan kareer
pelajar
33
8 SEKALUNG PENGHARGAAN
Prof VignaKumaran Ramachandaramurthy, The Institution of
Engineering & Technology
Dato’ Ir Hj Ahmad Murad Hj Omar. The Institute of Marine
Engineering, Science & Technology
Jabatan Kerja Raya Cawangan Jalan
Panzana Enterprise Sdn Bhd (Kontraktor) dan Arup Jururunding
Sdn Bhd (Perunding Projek)
Profesor Madya Dr Abdul Rahman Bin Abdul Rahim, Universiti
Teknologi Malaysia
Norul Husna Ahmad, Universiti Teknologi Malaysia
Noor Hamizah Hussain, Universiti Teknologi Malaysia
Habibah Haron, Universiti Teknologi Malaysia
Pencapaian Global dan Kelayakan Profesional
ProQ dengan bangga menghasilkan laporan aktiviti yang berkonsepkan
Pencapaian Global dan Kelayakan Profesional Edisi 2014. Segala hasil
kerjasama dan keberkesanan pelbagai aktiviti yang dianjurkan telah dapat
memanfaatkan khususnya kepada staf UTM Razak dan juga masyarakat
sekeliling. Aktiviti yang dijalankan berunsur meningkatkan kelayakan
professional staf UTM Kuala Lumpur dan juga dalam menghubungkan
universiti dengan masyarakat terutamanya anak-anak yatim dan anak-anak
orang asli.
ProQ merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua staf
RAZAK dan UTM Kuala Lumpur dan juga semua yang terlibat
dalam mereliasasikan program-program anjuran ProQ. Harapan
kami penglibatan dan kerjasama yang diberikan akandapat
diteruskan pada masa akan datang.
Top Related