PEMOTONG KAYUBERHATI MULIA
NAMA :
KELAS :
SEKOLAH :
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
1
Di hujung sebuah negeri, tinggal
sebuah keluarga miskin. Si suami
bekerja sebagai pemotong kayu.
Isterinya pula menolongnya menjual
kayu api.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
2
Pada suatu hari, datang seorang
pengemis ke rumah mereka.
“Wahai pemotong kayu,
kasihanilah aku! Aku sangat lapar,”
kata pengemis itu.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
3
Pemotong kayu itu berasa kasihan.
“Wahai pengemis, maafkanlah
aku kerana hari ini aku benar-benar
tiada wang!” kata pemotong kayu
itu dengan hati yang sedih.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
4
Kemudian pemotong kayu itu
bertanya kepada isterinya, “Wahai
isteriku, adakah engkau menyimpan
sedikit wang? Kasihan pengemis ini!”
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
5
“Wahai suamiku, hari ini kita tidak
mempunyai wang! Kita juga tidak
mempunyai makanan,” jawab
isterinya dengan perasaan sedih.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
6
Pemotong kayu itu lalu pergi
mengambil ayam dan beberapa biji
telur ayam.
“Wahai pengemis, ambillah ayam
dan telur ini!” kata pemotong kayu itu.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
7
“Terima kasih!” kata pengemis itu
dengan perasaan gembira.
Selang beberapa hari kemudian,
pemotong kayu dan isterinya dititahkan
menghadap raja di istana.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
8
“Wahai pemotong kayu, beta
kurniakan hadiah sekarung wang emas
kepada kamu. Ini adalah balasan
kerana budi baikmu kepada seorang
pengemis yang lapar,” titah raja.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
9
Pemotong kayu dan isterinya
berasa sangat hairan.
“Bagaimanakah tuanku tahu
patik menolong pengemis itu?”
tanya pemotong kayu.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
10
Raja tersenyum sambil berkata,
“Pengemis itu ialah beta sendiri.
Beta menyamar untuk melihat dan
mengetahui hal-ehwal rakyat beta.”
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
11
Semenjak hari itu, pemotong kayu
itu tidak hidup susah lagi. Dia sudah
menjadi orang kaya.
Malah, dia selalu pula menolong
orang-orang miskin.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
12
Demikianlah balasan perbuatan
baik. Berbuat baik akan menerima
balasan baik.
Top Related