PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN
KOMPUTER (PBK) BERTAJUK HUKUM MENDEL MATA PELAJARAN
BIOLOGI TINGKATAN 5
CYNTHIA LING JIY JIUN
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
( Biologi )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2004
iii
Untuk ayah, ibu dan adik-adik tersayang
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek
Sarjana Muda ini yang sentiasa memberikan komitmen terbaik, PM Dr. Rio Sumarni
Sharifuddin atas bimbingan dan dorongan yang telah diberikan sepanjang tempoh
penyeliaan tesis ini. Jasa baik dan sumbangan itu amatlah dihargai.
Penghargaan juga ditujukan kepada para guru Biologi yang sudi meluang
masa untuk menilai perisian ini. Tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan saya yang
telah banyak menghulurkan bantuan kepada saya.
Penghargaan diberikan kepada ibu bapa dan ahli keluarga saya yang sentiasa
memberi dorongan dan sokongan kepada saya.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Pengetahuan dan ilmu yang diperoleh daripada eksperimen Gregor Mendel
tentang pewarisan trait-trait telah memberi satu kefahaman yang baru kepada ahli
sains. Dengan adanya pengetahuan dalam genetik, penyelidikan telah dijalankan
dalam bidang pertanian, ternakan dan perubatan. Kajian awal menunjukkan pelajar
sering mengalami kesulitan dalam pembelajaran konsep genetik. Pembelajaran
menggunakan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) lebih berkesan
berbandingkan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional. Namun
perisian PBK tempatan masih kurang. Oleh itu, projek ini bertujuan membangunkan
satu perisian PBK yang bertajuk Hukum Mendel. Pendekatan ini menekankan
visualisasi serta unsur-unsur multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Biologi. Pengguna juga bebas mencapai mana-mana bahagian perisian melalui
penggunaan pengantara muka. Perisian ini membincangkan gambaran keseluruhan
eksperimen Mendel, genetik asas, hukum Mendel I, hukum Mendel II dan
aplikasinya. Penilaian dan aktiviti pemulihan dibina bagi mengukuhkan kefahaman
tentang pengajaran yang dipelajari. Perisian kursus ini dibangunkan dengan
menggunakan kombinasi perisian-perisian seperti Macromedia Authorware 6.5,
Macromedia Flash MX, Adobe Photoshop, Adobe Premiere, dan Sound forge
Kesesuaian perisian ini juga dinilai oleh beberapa orang guru Biologi.
vi
ABSTRACT
The knowledge that was acquired from Gregor Mendel’s experiment on trait
inheritance has given a new understanding to scientists. With the knowledge on
genetics, many researches have done in the field of agriculture, livestock and
medicine. Early researches showed that students often have trouble in learning the
genetic concept. Learning with use of Computer Assisted Learning (CAL) software
is more effective compared with the traditional learning and teaching method.
However, local CAL software is very few. Therefore, this project aims to develop
CAL software entitled Mendel’s Law. This approach emphasizes visualization and
multimedia elements in the processes of teaching and learning Biology. The user also
free to access any part of the software using interfaces. This software is about
overview of Mendel’s experiment, basic genetics, Mendel’s First Law, Mendel’s
Second Law and application. Grading improvement activities formed to help in the
understanding of the teaching. This courseware developed by using the combination
of software such as Macromedia Authorware, Macromedia Flash, Adobe Photoshop,
Adobe Premiere and Sound Forge. A few Biology teachers also graded the
suitability of this software.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Projek 7
1.5 Kepentingan Projek 7
1.6 Skop Projek 8
1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 9
viii
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Genetik 10
2.3 Masalah Pembelajaran Genetik 12
2.4 Teori Pembelajaran 15
2.4.1 Teori Konstruktivisme 16
2.4.2 Model Pemprosesan Lima Fasa Needham 18
2.4.3 Aplikasi Pandangan Konstruktivisme
Dalam Reka Bentuk PBK 20
2.5 Multimedia dalam Pendidikan 22
2.6 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 23
2.7 Keberkesanan PBK dalam Pendidikan 24
BAB 3 REKA BENTUK PERISIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Kerangka dan Prosedur Perisian 27
3.3 Model ADDIE 27
3.3.1 Analisis 28
3 3.3.2 Reka Bentuk 28
3.3.3 Pembangunan 28
3.3.4 Pelaksanaan 29
3.3.5 Penilaian 29
3.4 Penentuan Tajuk dan Skop Pembangunan 29
3.4.1 Objektif Pengajaran 30
3.5 Pemilihan Perisian Pembangunan 30
3.6 Pemilihan Perkakasan dan Perisian 31
3.7 Pembangunan Perisian 32
3.8 Aplikasi Prinsip Teori Konstruktivisme Ke
Dalam Reka Bentuk Pembinaan Perisian PBK –
Model Pemprosesan Lima Fasa Needham 33
3.9 Carta Alir Perisian 36
ix
3.10 Penilaian 38
3.10.1 Reka Bentuk Penilaian 39
3.10.2 Lokasi Penilaian 39
3.10.3 Pensampelan 39
3.11 Instrumen Kajian 40
3.12 Analisis Data 40
3.13 Penutup 41
BAB 4 PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan 42
4.2 Pakej dan Cara Penggunaan Perisian 43
4.3 Reka Bentuk Skrin 43
4.3.1 Persembahan Permulaan 44
4.3.2 Pengujian Pengetahuan Sedia Ada 47
4.3.3 Persembahan Bahan Pengajaran 47
4.3.4 Penilaian 50
4.3.5 Permainan 51
4.3.6 Kemudahan Glosari 52
4.3.7 Kemudahan Laman Web 53
4.3.8 Pengantara Muka Perisian 53
4.4 Penilaian Ke atas Perisian 55
4.5 Penutup 59
BAB 5 PENUTUP
5.1 Pengenalan 60
5.2 Perbincangan 60
5.3 Masalah-masalah yang Dihadapi Semasa
Pembangunan Perisian 62
5.3.1 Kekurangan Kemahiran dan Pengalaman 62
5.3.2 Kekurangan Kewangan 63
x
5.3.3 Kekurangan Perkakasan 63
5.4 Kekuatan Perisian Yang Dibangunkan 64
5.5 Kelemahan Perisian Yang Dibangunkan 65
5.6 Kesimpulan 65
5.7 Cadangan Lanjutan Kajian 65
RUJUKAN 67
LAMPIRAN 73
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Jadual Analisis Soalan Peperiksaan SPM Biologi
KBSM bagi Bab Pewarisan 9
2.1 Model Pemprosesan Lima Fasa Needham 18
4.1 Analisis Peratus Skor Ke Atas Kriteria
Isi Kandungan 56
4.2 Analisis Peratus Skor Ke Atas Kriteria
Strategi Pengajaran 57
4.3 Analisis Peratus Skor Ke Atas Kriteria
Persembahan Pengajaran 58
4.4 Analisis Peratus Skor Ke Atas Kriteria
Interaksi 58
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Aliran Kerja Model ADDIE 27
3.2 Carta Alir Perisian Secara Umum 36
4.1 Paparan Permulaan 44
4.2 Paparan Persembahan Tajuk 45
4.3 Paparan Objektif 45
4.4 Paparan Menu Utama 46
4.5 Paparan Panduan Pengguna 46
4.6 Paparan Menguji Pengetahuan Sedia Ada 47
4.7 Paparan Gambaran Keseluruhan Eksperimen Mendel 48
4.8 Paparan Genetik Asas 49
4.9 Paparan Hukum Mendel I 49
4.10 Paparan Hukum Mendel II 50
4.11 Paparan Aplikasi 50
4.12 Paparan Penilaian Sumatif 51
4.13 Paparan permainan 52
4.14 Paparan Glosari 52
4.15 Paparan Laman Web 53
4.16 Butang-butang Navigasi Topik 54
4.17 Butang-butang Di Sebelah Atas Skrin 54
4.18 Butang-butang Di Sebelah Bawah Skrin 54
4.19 Paparan Keluar 55
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Jadual Prakonsepsi Tentang Pewarisan Yang Diadakan
Oleh Pelajar Australia Gred Kesepuluh 73
B Borang penilaian perisian 74
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Media dan teknologi pembelajaran telah banyak mempengaruhi corak
pendidikan di seluruh dunia. Pada masa kini, perkembangan dan program komputer
telah mula merubah senario pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Komputer
telah memperuntukkan satu faktor yang penting dalam proses pembelajaran bagi
kesemua peringkat dengan setiap golongan manusia. Ini adalah sebab pada dasar
faktor utamanya adalah interaksi (Bork, 1984). Selain itu, menurut Dyer (1972),
simulasi proses pembelajaran yang telah diprogramkan dan pembangunan model
berasaskan komputer untuk pembelajaran telah menyediakan peralatan yang
berkemampuan untuk membangunkan dan menguji teori pembelajaran.
Kepentingan komputer bertambah jelas berikutan pengumuman yang
mencatatkan sejarah negara dalam usaha melangkahkan kaki ke hadapan sebagai
sebuah negara maju menjelang wawasan 2020. Koridor Raya Multimedia atau lebih
dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) secara rasminya telah
diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad
dalam ucapan beliau semasa merasmikan pelancaran Putrajaya pada 27 Ogos 1995.
2
Salah satu agenda utama dalam MSC adalah Konsep Sekolah Bestari.
Menurut Zalina Yahaya (2002), sekolah bestari ialah institusi pembelajaran yang
direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran
serta pengurusan sekolah untuk membantu pelajar menghadapi zaman maklumat.
Pelaksanaan sekolah bestari ini bakal menghasilkan generasi pelajar yang mampu
menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi IT.
Salah satu bentuk pembelajaran menggunakan komputer dikenali sebagai
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK). Menurut Woolsey (1996), proses
pembelajaran adalah menjadi lebih eksplisit apabila dikelilingi oleh teknologi.
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kaedah CAI/CBL adalah setanding
dengan atau lebih berkesan daripada kaedah tradisional di samping mempunyai ciri-
ciri yang menarik dan menyeronokkan (Hashiman,1994).
Kebanyakan pembangunan perisian pendidikan adalah bertujuan untuk
mempertingkat pembelajaran oleh pengguna. Ini adalah sebab pengguna dapat
berinteraksi secara interpretasi dengan paparan skrin yang dihasilkan oleh perisian.
Ini juga merupakan salah satu faktornya perisian telah digunakan oleh guru di dalam
kelas (Cox, 1989).
Guru juga mesti dilatih agar dapat mengintegrasikannya dalam bilik darjah
yang akan dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir dan kreativiti
(Kerajaan Malaysia, 1997). Menurut Zoraini Wati Abas (1994), penggunaan
komputer akan menjadikan pelajar-pelajar lebih kemahiran daya berfikir dan dapat
meningkatkan pengetahuan mereka dalam menyediakan diri dalam corak kehidupan
di abad dua puluh satu.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke
arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat wawasan 2020.
Menurut Baharuddin Aris, et.al (2000), institusi pendidikan sebagai wadah
terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-
institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan
teknologi perlu dimanfaatkan sepenuhnya.
Dalam sistem pendidikan tradisional, pembelajaran dipandang sebagai
pemindahan pemikiran daripada seseorang yang berpengetahuan kepada seseorang
yang tidak berpengetahuan, suatu pandangan di mana kerja guru adalah seumpama
dengan pengajaran terus (Dwyer, 1996). Guru menyampaikan pelajaran dan pelajar
sebagai penerima pengetahuan yang pasif. Menurut Baharuddin Aris, et.al (2001),
pemilihan media dan bahan pengajaran bagi pengajaran tradisi adalah berasaskan
keutamaan dan mudah didapati serta keberkesanan tidak diketahui. Hal ini akan
membosankan pelajar dan menyebabkan mereka tidak minat untuk belajar.
Masalah yang dihadapi adalah bagaimana dapat ditingkatkan lagi tahap
pemahaman tentang konsep genetik dan pewarisan justeru meningkatkan tahap
pencapaian Biologi. Ini adalah sebab semasa dalam sesi pengajaran, pelajar sering
mengalami kesulitan dalam konsep genetik (Vazquex, 2003). Selain itu, ramai
pelajar juga menghadapi ketidakfahaman tentang informasi pewarisan. (Ayuso dan
Banet, 2000). Tambahan pula, menurut Berthelen (1999), pelajar tidak memahami
terhadap perhubungan antara DNA, gen dan kromosom. Menurut Summers (2001),
konsep gen adalah sentiasa tidak jelas.
Over the past decades, genetics has remined a difficult topic in school science
(Tsui dan David, 2003).
4
Selain itu, terdapat pelajar yang mengalami miskonsepsi bahawa perempuan
mewarisi kebanyakan sifat daripada ibu mereka. Manakala lelaki mewarisi
kebanyakan sifat daripada bapa mereka (Berthelen, 1999).
Salah tanggapan pelajar dalam bab pewarisan yang dikesan ialah trait adalah
sama dengan ciri, padahal trait dan ciri tidak sama. Misalnya ketinggian ialah trait
dan cirinya ialah rendah atau tinggi (Hamdan, 2003).
Oleh itu, pengajaran mata pelajaran Sains dengan menggunakan teknologi
komputer mampu memberi pemahaman yang lebih konkrit dan menarik minat
pelajar untuk mempelajari Sains. Perisian Sains semakin bertambah popular. Salah
satu sebab adalah keberkesanan dalam media ini untuk menjelaskan kesukaran dalam
topik Sains. Satu disk CD-ROM yang berkualiti dengan potongan video yang
langkah demi langkah membolehkan pelajar lebih mudah untuk memahami satu
subjek kompleks seperti sistem peredaran darah berbanding dengan sebuah buku teks
(Sharp, 1996).
Di sekolah, pelajar-pelajar yang bermasalah mungkin malu bertanya atau
takut bertanya kepada guru apabila tidak faham terhadap pengajaran guru tersebut,
tetapi dengan adanya PBK, pelajar boleh menerima maklum balas serta-merta
apabila bertanyakan sesuatu dengan memasukkan input yang disediakan seberapa
banyak tanpa perlu rasa takut dimarahi kerana komputer adalah alat yang tidak
mengenal penat dan bosan (Abu Bakar,1997).
Serpil, Omer dan Ilker (1995) telah membuat satu kajian terhadap pelajar
yang mempunyai tahap kefahaman tentang formula kimia dan konsep mol. Mereka
memilih dua kelas secara rawak di sebuah sekolah menengah. Satu kumpulan pelajar
diterima pengajaran dengan PBK, manakala satu kumpulan pula dikawal, mereka
cuma menerima kuliah biasa. Hasil daripada kajian ini menunjukkan pelajar yang
didedahkan kepada PBK menunjukkan pencapaian yang lebih baik daripada yang
5
hanya dikawal dan diberi kuliah biasa. Kajian ini telah membuktikan pengajaran
yang berdasarkan kepada PBK lebih berkesan daripada pengajaran tradisional.
Walaupun PBK mempunyai banyak kelebihan, tetapi masih tidak ramai guru
di Malaysia membangunkan perisian PBK untuk kegunaan pelajar sama ada di
sekolah atau di rumah. Kebanyakan perisian kursus Sains di dalam bentuk CD-ROM
adalah dari luar negara (Haniza, 1997). Hanya beberapa perisian pendidikan yang
berunsurkan tempatan (Shamsul Bahri, 1997). Hal ini, menyebabkan kekurangan
perisian PBK yang berunsurkan tempatan dan berdasarkan sukatan pelajaran yang
dikeluarkan oleh pusat perkembangan kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Guru sering menghadapi masalah dalam usaha untuk menghasilkan perisian
kursus PBK. Masalah ini timbul kerana tiada kemahiran mengatur cara dan masa.
Perisian-perisian yang terdapat di dalam pasaran biasanya tidak memenuhi keperluan
guru dan pelajar kerana ia dihasilkan oleh pakar-pakar komputer dan bukannya
pendidik-pendidik (Azman Abdullah, 1991). Penggunaan Bahasa Inggeris versi
tempatan yang disesuaikan dengan keupayaan pelajar dalam penguasaan bahasa
tersebut, persekitaran kehidupan, budaya tempatan, dan sukatan pelajaran KBSM
akan memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran mereka tanpa perlu rasa ragu-
ragu terhadap kandungannya dan maksud untuk ayat-ayat tertentu. Ini penting untuk
menyediakan para guru dan pelajar supaya menghadapi cabaran ketika penggunaan
bahasa Inggeris di sekolah dalam mata pelajaran tersebut.
Oleh itu, guru-guru perlu membangunkan perisian PBK sendiri berdasarkan
format UPSR, PMR, SPM, dan STPM yang mengikut sukatan pelajaran yang
ditetapkan. Usaha perlu dilakukan untuk mereka cipta dan membangunkan perisian
mengikut acuan pemikiran sendiri tanpa bergantung kepada perisian PBK dari negara
Barat sepenuhnya.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Kementerian Pendidikan telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris bagi tingkatan satu dan tingkatan
dua, tingkatan enam rendah serta Program Matrikulasi. Bagi tujuan itu, Kementerian
Pendidikan mengagihkan laptop kepada semua guru terbabit dan pemapar kristal
cecair (LCD) untuk sekolah bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik dalam bahasa berkenaan
Dalam perancangan projek untuk memperkenalkan penggunaan komputer
dalam pengajaran pembelajaran, salah satu komponen yang penting yang mesti diberi
perhatian ialah penghasilan perisian kursus yang mencukupi. Perisian komputer
yang sedia ada dan sesuai untuk digunakan dalam pengajaran pembelajaran di
peringkat sekolah amat sedikit bilangannya dan biasanya sukar diperoleh. Untuk
menjayakan rancangan memperkenalkan penggunaan komputer dalam pengajaran
dan pembelajaran, satu usaha yang bersungguh-sungguh untuk menghasilkan
perisian kursus yang menepati sukatan perlu dijalankan.
Oleh itu, dengan menggunakan PBK, pelajar diharapkan dapat memahami
konsep tersebut dan membezakan konsep tersebut apabila konsep didedahkan dapat
mengintegrasikan elemen teks, animasi, grafik, video, dan audio. Konsep tersebut
akan menjadi lebih konkrit.
7
1.4 Objektif Projek
Objektif projek ini ialah :
a) menghasilkan sebuah perisian berbantukan komputer yang bertajuk “Hukum
Mendel” dalam mata pelajaran Biologi Tingkatan 5.
b) membolehkan perisian ini dinilai oleh guru biologi supaya mencapai tahap
kualiti yang sesuai digunakan oleh para guru dan pelajar bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran.
1.5 Kepentingan Projek
Perisian PBK ini dibina untuk mengatasi kekurangan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran tradisional dan masalah kekurangan perisian PBK yang
memenuhi sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia, menggunakan
Bahasa Inggeris dan mempunyai kaedah pengajaran yang berkesan.
Perisian PBK mementingkan interaktiviti. Interaktiviti di dalam sistem
multimedia membolehkan sesuatu proses latihan atau pengajaran dijalankan
mengikut kesesuaian dan cita rasa pelajar. Ini seterusnya mampu meningkatkan atau
merangsang keyakinan diri dan juga motivasi pelajar.
Di samping itu, PBK memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
kerana ianya menyelitkan unsur-unsur pelbagai deria seperti audio, video, animasi,
teks dan grafik dalam menerangkan bahagian-bahagian tertentu yang sukar
8
diterangkan hanya menggunakan teks sahaja. Tambahan pula, unsur-unsur
multimedia tersebut dapat menarik minat pelajar menggunakan perisian ini.
Dengan adanya perisian PBK ini, pembelajaran berpusatkan guru dapat
dikurangkan kerana pelajar perlu berdikari untuk mendapatkan maklumat mengikut
kehendak mereka. Aspek hipermedia dalam multimedia membolehkan pelajar untuk
mengembara di dalam sesuatu topik pelajaran mengikut kehendak dan keperluan
sebagai seorang individu. Ianya memberi peluang pelajar untuk belajar mengikut
keselesaan masing-masing dan juga membolehkan mereka belajar menggunakan cara
yang mereka gemari dan bukannya hanya mengikut cara yang guru mereka gemari.
1.6 Skop Projek
Projek Perisian PBK ini direka khususnya untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5
yang mengambil mata pelajaran Biologi. Topik yang dipilih untuk pembangunan
perisian PBK ialah Hukum Mendel atau “Mendel’s Law” yang terdiri daripada topik
kecil iaitu:
a) Genetik asas
b) Hukum Mendel I
c) Hukum Mendel II
Kandungan dalam perisian ini dibina berdasarkan sukatan pelajaran Biologi
KBSM 2003.
Top Related