PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
2
BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN NEGERI TERENGGANU
1. PENGENALAN
Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu adalah bertanggungjawab dalam memastikan strategi dan program Kesihatan Pergigian yang telah dirancang berjalan dengan baik dan sempurna serta dapat memenuhi aspirasi KKM dan masyarakat, bagi memastikan kesihatan pergigian penduduk di Negeri Terengganu sentiasa dipelihara dan sihat.
Pentadbiran Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Terengganu dan dibantu oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pergigian) serta tujuh (7) orang Pegawai Pergigian Daerah dari Daerah Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Besut, Setiu, Marang dan Hulu Terengganu. Semua Pegawai Pergigian Daerah ini adalah bertanggungjawab untuk perkhidmatan di peringkat daerah masing-masing dan klinik-klinik pergigian dibawah jagaan mereka.
2. VISI , MISI KKM DAN OBJEKTIF BAHAGIAN KESIHATAN
PERGIGIAN (BKPT) 2.1 VISI KKM
Ke arah Kesihatan yang lebih baik
2.2 MISI KKM Selaras dengan Misi KKM, Misi Bahagian Kesihatan Pergigian adalah menerajui dan berusaha untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
Mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
3
Menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
Untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu :
Mengutamakan pelanggan
Saksama
Tidak membebankan
Cekap
Wajar mengikut teknologi
Boleh disesuaikan mengikut persekitaran
Inovatif Dengan menekankan :
Sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
Sifat menghormati maruah insan
Penglibatan masyarakat
2.3 OBJEKTIF BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN (BKPT)
Objektif Bahagian Kesihatan Pergigian (BKPT) adalah
untuk meningkatkan status kesihatan mulut penduduk dengan penyediaan perkhidmatan melalui promosi, pencegahan, rawatan dan pemulihan kesihatan mulut.
Keutamaan perkhidmatan yang diberikan adalah untuk:-
i. Toddler ii. Murid pra sekolah iii. Murid sekolah rendah dan Sekolah menengah iv. Ibu mengandung v. Kanak-kanak keperluan khas vi. Orang Dewasa dan Warga Emas
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
4
3. KOMPONEN PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN
Program Kesihatan Pergigian terdiri daripada tiga kompenan iaitu:
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Primer
Perkhidmatan Kepakaran Pergigian
Penjagaan Kesihatan Pergigian Komuniti
Selaras dengan dasar-dasar Kementerian Kesihatan, beberapa strategi telah digunakan untuk perlaksanaan program kesihatan pergigian, strategi-strategi ini adalah seperti berikut iaitu:-
Meningkatkan kesedaran kesihatan pergigian komuniti melalui pendidikan kesihatan pergigian supaya setiap individu mempunyai tabiat kesihatan yang positif.
Menyediakan bekalan air di paras optima fluorida ( 0.4 - 0.6 ppm) untuk mengurangkan prevalens dan insiden karies gigi.
Menyediakan perkhidmatan pencegahan pergigian klinikal kepada murid-murid sekolah yang memerlukannya.
Meningkatkan kerjasama dan kolabrasi dengan lain-lain agensi dan sektor awam.
Memberi perkhidmatan pergigian yang berkualiti dan bersesuaian dari segi kegunaan dan teknologi.
Memberi liputan yang menyeluruh kepada kumpulan sasaran yang diutamakan.
Menghasilkan bilangan maksima murid sekolah yang ‘Tidak Perlu Rawatan Pergigian (orally-fit)’
Memberi perkhidmatan kepakaran pergigian kepada mereka yang memerlukan dan,
Mengumpul dan menganalisa data serta menjalankan kajian yang bertujuan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan pergigian yang diberikan.
3.1 PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN PRIMER terdiri daripada,
i. Toddler
Program ‘Early Childhood Oral Healthcare’ merupakan program yang dikhaskan kepada ‘toddler’ (kanak-kanak
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
5
yang berumur 0 - 4 tahun), ibubapa/penjaga, pengasuh di pusat asuhan/jagaan kanak-kanak dan personel kesihatan.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti aktiviti penggalakkan dan pencegahan yang dijalankan di Klinik Kesihatan, TASKA atau pusat jagaan kanak—kanak berdaftar.
Bermula tahun 2009 peratus kedatangan baru ‘toddler’ di Klinik Kesihatan (KKIA) menjadi salah satu indikator baru dalam ‘State Specific Approach’ (SSA) bagi Negeri Terengganu.
ii. Pra sekolah
Kanak-kanak Pra sekolah adalah merupakan antara kumpulan sasaran utama yang diberi rawatan pergigian di Negeri Terengganu meliputi kanak- kanak tadika, prasekolah atau kanak-kanak berumur 5- 6 tahun samada kerajaan mahupun swasta.
Program kesihatan pergigian bagi kanak-kanak prasekolah ini adalah untuk menanamkan minat serta meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan kesihatan gigi dan mulut supaya mempunyai tabiat kearah mengekalkan tahap kesihatan gigi dan mulut di peringkat optima.
Peratus kedatangan baru kanak-kanak pra sekolah merupakan salah satu indikator dalam ‘Key Performance Indikator’ (KPI) bagi Negeri Terengganu
iii. Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
Perkhidmatan asas murid sekolah rendah dan menengah disalurkan melalui perkhidmatan pergigian sekolah yang menggunakan kaedah ‘Incremental Dental Care’ yang dijalankan melalui klinik-klinik pergigian sekolah, klinik- klinik pergigian ataupun oleh pasukan pergigian bergerak.
Matlamat rawatan yang dijalankan di sekolah adalah untuk; a. Mencapai liputan sekolah rendah dan menengah-
100% b. Liputan murid sekolah rendah - >90% c. Liputan murid sekolah menengah - >80%
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
6
d. Peratus murid sekolah rendah Tidak Perlu rawatan (orally fit) – >90%
e. Peratus murid sekolah menengah Tidak Perlu rawatan (orally fit) – >90%
iv. Ibu mengandung
Golongan Ibu mengandung juga merupakan kumpulan sasaran kerana mereka amat berpengaruh dalam menentukan kesihatan pergigian anak-anak mereka. Program kesihatan pergigian bagi Ibu mengandung adalah untuk memupuk sikap kesedaran mengenai kepentingan kesihatan pergigian sebagai komponen penting dalam kesihatan keseluruhan dan menjadi agen pengubah dalam keluarga mereka.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Terengganu untuk menggalakkan bilangan kedatangan ibu mengandung ke Klinik Pergigian termasuk mengadakan ceramah setiap tahun di klinik-klinik kesihatan melalui kerjasama dengan pihak perkhidmatan kesihatan setempat.
Kedatangan Ibu mengandung menunjukkan peningkatan setiap tahun iaitu dari tahun 2005 seramai 2,123 orang dan peningkatan ke tahun 2009 seramai 3,795 orang namun dari segi keseluruhannya jumlah liputan kedatangan ibu mengandung masih kecil jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan ibu mengandung di Negeri Terengganu.
v. Kanak-kanak keperluan khas
Program kanak-kanak dengan keperluan khas adalah untuk meningkatkan kesihatan mulut yang seterusnya akan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Skop program ini meliputi semua keperluan khas di institusi-institusi dan sekolah. Mereka yang datang ke Klinik Pergigian dirujuk ke Klinik Pakar Pediatrik. Selain itu program ini dapat menyemai amalan penjagaan kesihatan mulut yang baik, meningkatkan kesedaran kepada ibubapa atau penjaga dan menambahbaik kemahiran di kalangan personel pergigian.
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
7
Aktiviti yang dijalankan adalah seperti penggalakkan, pencegahan dan rawatan yang perlu.
vi. Orang Dewasa dan Warga Emas
Perkhidmatan asas orang dewasa adalah seperti pemeriksaan dan rawatan pergigian berdasarkan permintaan dan kedatangan mereka ke klinik-klinik pergigian kerajaan di seluruh Negeri Terengganu.
Manakala program Warga Emas adalah untuk mempertingkatkan kualiti hidup warga emas (berumur > 60 tahun) melalui kesihatan mulut yang sempurna dan mengekalkan fungsi asal kegigian sepanjang hidup mereka.
Program ini dilaksanakan melalui klinik pesakit luar di mana kaunter ekspres diwujudkan untuk mengurangkan masa menunggu golongan ini. Di samping itu lawatan berkala ke institusi-institusi warga emas juga dilaksanakan di daerah.
Peningkatan boleh dilihat dari segi kedatangan baru warga emas dan juga status tiada gigi kekal (edentulousness).
Keseluruhannya kategori terbesar terdiri daripada murid sekolah rendah diikuti oleh sekolah menengah, orang dewasa, murid pra sekolah, ibu mengandung dan lain-lain sepertimana pecahan kedatangan baru mengikut kategori pesakit tahun 2010 di rajah berikut.
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
8
Rajah 1: Pecahan Kedatangan Baru Mengikut Kategori Pesakit Tahun 2010.
3.2 PERKHIDMATAN KEPAKARAN PERGIGIAN
Perkhidmatan kepakaran yang disediakan meliputi 4 bidang kepakaran iaitu:-
i. Pakar Bedah Mulut
Memberi perkhidmatan Kepakaran Bedah Mulut kepada pesakit luar dan dalam wad di Hospital. Kes-kes dirujuk untuk pengendalian maksilofasial, kecederaan dan lain-lain. Kepakaran Bedah Mulut ditempatkan di Klinik Bedah Mulut, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
ii. Pakar Orthodontik
Kepakaran Orthodontik diberi oleh pakar orthodontik dengan sokongan daripada Pegawai Pergigian dan Jururawat Pergigian pos basic yang bertugas di Klinik Pakar Orthodontik. Rawatan yang diberikan ialah ‘Fixed Appliances’ dan ‘Removable Appliances’. Beroperasi di Klinik Pergigian Pakar, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.
iii. Pakar Periodontik
Di bawah kepakaran periodontik, khidmat nasihat dan rawatan penskaleran, ‘root debridement’ dan pembedahan diberi di klinik pakar periodontik. Bertempat diKlinik Pergigian Pakar, Jalan Sultan
KKI
1%
Warga Emas
1%Dewasa
15%
Sek. Men
30%Sek Ren.
40%
Pra Sek
11%
Ibu
Mengandung
2%
Pra Sek
Sek Ren.
Sek. Men
Ibu Mengandung
KKI
Dewasa
Warga Emas
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
9
Mahmud, Kuala Terengganu dan Klinik Pergigian Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu.
iv. Pakar Pergigian Pediatrik
Klinik Pakar Pergigian Pediatrik adalah pusat rujukan untuk kes-kes pesakit berumur 16 tahun kebawah. Klinik Pergigian Pediarik ditempatkan di Klinik Pakar Pergigian Pediatrik, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Rajah 2: Pecahan Jumlah Kedatangan Pesakit
Perkhidmatan Kepakaran Pergigian Tahun 2010.
3.3 PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN KOMUNITI
i. Pemfluoridaan Bekalan Air
Program ini menggunakan strategi populasi (population strategy) dengan objektif untuk mengesyorkan bekalan air awam mengandungi paras optima fluorida (0.4-0.6 ppm) sebagai kaedah kesihatan awam dalam pencegahan karies gigi.
Terdapat 16 buah Loji Air Di Negeri Terengganu iaitu:- 4 buah tiada Fluoride Feeder 5 buah mempunyai fluoride feeder dan masih berfungsi 1 buah tiada bahan fluorida 6 buah fluoride feeder rosak
18%
10%
57%
15%
Bedah Mulut
Periodontik
Pediatrik
Orthodontik
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
10
Pemantauan program pemfluoridaan bekalan air adalah melalui indicator ‘percentage of non-conformance of fluoride levels at reticulation points’ dalam program QAP. Pematuhan kepada tahap 0.4-0.6 ppm dalam proses perlaksanaan.
ii. Promosi Kesihatan Pergigian
Komponen promosi kesihatan pergigian juga diterapkan dalam program-program kesihatan pergigian dengan menyediakan aktiviti- aktiviti seperti Pendidikan Kesihatan Pergigian (PKP), Latihan memberus gigi (LMG), pameran, kempen, pertunjukkan video atau slaid, pertunjukkan boneka dan ‘role play’. Kesemua langkah ini adalah juga untuk menanamkan perasaan tanggungjawab bersama dalam penjagaan kesihatan mulut.
Program Kesihatan Pergigian juga diserapkan dalam aktiviti di Institut Perguruan Kuala Terengganu dan Besut. Aktiviti yang dijalankan adalah dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Tujuan program ini adalah untuk mendapatkan sumbangan guru-guru untuk menyampaikan mesej-mesej kesihatan pergigian kepada murid - murid sekolah dan menyediakan ‘Sekolah Sihat’ bagi kesihatan pergigian. Selain daripada ceramah kesihatan pergigian, pameran dan bengkel penyediaan rancangan pelajaran kesihatan pergigian dan juga sesi pemeriksaan mulut kepada guru-guru pelatih.
iii. Program Penyaringan Pra Kanser Mulut
Program ‘Primary Prevention and Early Detection of Oral Pre cancer and Oral cancer’ adalah untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik individu terhadap pencegahan primer dan pengesanan awal pra kanser dan kanser mulut.
Latihan kalibrasi diagnosa kanser mulut dan taklimat kemasukan data adalah untuk memantau program tersebut dengan mengadakan saringan program kanser mulut kepada penduduk setempat.
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
11
iv. Program Pencegahan Klinikal (Selan Fisur dan Sapuan Topikal Fluorida) Sealan Fisur
Program Selan Fisur merupakan satu program pencegahan klinikal ‘school based’ yang memberi tumpuan kepada pesakit yang berisiko tinggi mendapat karies permukaan oklusal. Tumpuan utama adalah kepada kanak-kanak pra sekolah, kanak-kanak istimewa dan murid sekolah rendah. Sapuan Fluorida Topikal
Sapuan Topikal Fluoride merupakan antara langkah yang efektif bagi rawatan pencegahan. Ia disapu pada seluruh permukaan gigi bertujuan untuk mengawal dan menghentikan kejadian karies ataupun dengan membalikkan kejadian karies. Contoh bahan topikal fluoride adalah seperti ‘gel fluoride’ dan ‘fluoride varnish’. Ia merupakan salah satu rawatan alternatif bagi individu yang berisiko tinggi dan penduduk yang tinggal di kawasan yang tidak mempunyai bekalan air berfluoirda.
Di Negeri Terengganu, peratus murid pra sekolah dan toddler yang menerima rawatan sapuan’fluoride varnish’ telah dijadikan indikator bagi ‘State Specific Approach’ (SSA) pada tahun 2009.
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
12
PELAN TRANSFORMASI BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN 2011
- 2015 JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU
Bahagian Kesihatan Pergigian Terengganu telah
memperkenalkan Pelan Transformasi 2011-2015 dengan enam
Bidang Keberhasilan Utama (Key Result Area - KRA) yang
bertujuan memberi hala tuju kepada semua anggota untuk
mencapai tahap kesihatan pergigian yang terunggul bagi rakyat
Negeri Terengganu demi kesejahteraan kualiti kehidupan
mereka.
Bahagian Kesihatan Pergigian Terengganu telah menetapkan
Rasional, Sasaran, Petunjuk Prestasi Utama(Key
Performance Indicator – KPI) dan Strategi bagi setiap KRA
untuk memastikan objektif plan transformasi ini dapat dicapai
dalam jangka masa 5 tahun iaitu dari 2011 – 2015 dengan tema
― TRANSFORMASI MENCIPTA MASA DEPAN GEMILANG’
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA(KRA) KRA dipilih berasaskan pencapaian oleh Bahagian ini yang
masih belum mencapai taraf kesihatan mulut yang optimum bagi
penduduk negeri Terengganu dan masih ada ruang untuk
penambahbaikan dengan strategi yang tepat.
Semua KRA dipilih dalam bidang yang paling relevan dan
penting kepada rakyat dan akan memberi impak yang maksimum
kepada peningkatan kesihatan mulut di kalangan penduduk
negeri ini.
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
13
Enam Bidang Keberhasilan Utama(KRA) yang dikenalpasti adalah seperti berikut: KRA 1 : Pemflouridaan
KRA 2 : Penyampaian Perkhidmatan Pesakit Luar KRA 3 : Liputan Murid Pra Sekolah Dan Sekolah KRA 4 : Liputan Ibu Mengandung dan Toddler KRA 5 : Liputan Kumpulan –Kumpulan Dengan Keperluan Khas KRA 6 : Penjagaan Kesihatan Mulut Kepakaran
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
14
KRA 1 : PEMFLOURIDAAN
Peratus penduduk yang menerima bekalan air berfluorida pada tahun 2008 - 2010 adalah masih rendah seperti jadual di bawah:
TAHUN Peratus penduduk yang menerima bekalan air berfluorida
2008 4.2 % (45,715/1,094,300)
2009 50.6 % (567,292/1,121,131)
2010 62.4 % (716,190/1,148,496)
Peratus penduduk yang menerima bekalan air berfluorida pada paras optima 0.4 - 0.6 ppm fluorida juga tidak menunjukkan penambahbaikan seperti jadual di bawah:
TAHUN Peratus penduduk yang menerima paras
optimum air berfluorida
2009
19.8% ( 228,000/1,121,131 )
2010
20.3% ( 238,945/1,148,496 )
1. Meningkatkan peratus penduduk yang menerima air berfluorida ke 100% menjelang 2015.
2. Meningkatkan peratus penduduk yang menerima paras
optimum fluorida 0.4 – 0.6 ppm dalam bekalan air minuman ke 95% menjelang 2015.
RASIONAL
SASARAN
PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR)
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
15
KPI 1 : Peratus penduduk yang menerima air berfluorida.
KPI 2 : Peratus penduduk yang menerima paras optimum fluoride 0.4 – 0.6 ppm dalam bekalan air minuman.
SASARAN TAHUNAN KPI
KPI 2010 2011 2012 2013 2014 2015
KPI 1 (Peratus penduduk
menerima air berfluorida)
62.4%
81.3%
93.8%
100.0%
100.0%
100%
KPI 2 (Peratus penduduk
menerima paras optimum)
20.8% 55% 75.6% 92.0% 95.0% 95.0%
*Berdasarkan pemasangan fluoride feeder baru dan pembaikian fluoride feeder seperti jadual di bawah.
1. Pemasangan fluoride feeder baru di loji air yang masih tiada
fluoride feeder seperti di jadual dibawah.
Unjuran bilangan loji air yang akan dipasang dengan fluoride feeder adalah seperti di jadual dibawah.
Daerah Loji Air yang tiada
fluoride feeder Tahun dipasang
K. TRG / MARANG
1. Kepong 2 2. Losong 2 & 3
2011 2012
SETIU 3. Sg Tong (Lama) 2013
STRATEGI
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
16
TAHUN 2010 2011 2012 2013 2014 2015
Bil. Loji % Loji
12/16 75.0%
13/16 81.3%
15/16 93.8%
16/16 100.0%
(16/16) 100.0%
(16/16) 100.0%
2. Penggantian fluoride feeder yang rosak (TEB) adalah seperti
di jadual dibawah.
3. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Negeri dan
Pasukan Petugas (Task Force) Daerah:
Jawatankuasa Penyelarasan Pemfluoridaan Air Peringkat Negeri :
i. Dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) dan mesyuarat JK Penyelarasan diadakan 4 kali setahun.
ii. Mesyuarat JK Penyelarasan di peringkat negeri setiap bulan. Pemantauan dan tindakan pembetulan segera di peringkat negeri.
iii. Laporan bacaan paras fluorida dihantar kepada Syarikat
Bekalan Air Terengganu (SATU) untuk tindakan serta Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu setiap bulan untuk makluman.
Daerah Loji Air yang mempunyai
fluoride feeder
Status Feeder
Tahun akan
dibaiki Catatan
BESUT Bukit Bunga Rosak Mac 2011 Penggantian
DUNGUN Bukit Bauk Serdang Tepus/Sungai Dungun
Rosak Rosak Rosak
September 2011
Penggantian
KEMAMAN Bukit Sah Rosak Januari 2012
Pembaikian
SETIU Sungai Tong Rosak April 2012 Pembaikian
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
17
iv. Mesyuarat bersama pihak Unit Kualiti Makanan dan Air Minuman (KMAM) JKNT yang dihadir oleh TPKN(G) sebagai ahli tetap dan pemfluoridaan dijadikan agenda tetap.
v. Bilangan bacaan yang menepati paras optima dipantau
secara mingguan dan bulanan.
Pasukan Petugas Pemfluoridaan Air Peringkat Daerah :
i. Mesyuarat Pasukan Petugas diadakan setiap bulan dan dipengerusikan oleh Pegawai Pergigian Daerah. Pemantauan dan tindakan pembetulan dengan segera di peringkat daerah.
ii. Dapatkan bacaan paras fluorida di poin retikulasi seperti dipilih oleh Unit Kualiti Makanan dan Air Minuman (KMAM),JKNT setiap minggu.
iii. Hantar laporan bacaan paras fluorida daerah ke Pejabat TPKN(G) dan Syarikat Bekalan Air Terengganu ( SATU) di daerah setiap bulan.
iv. Lawatan berkala ke loji air untuk pemantauan setiap 6 bulan
sekali.
v. Hantar laporan bacaan paras fluorida melalui e-Reporting ke Pusat Informatik Kesihatan (PIK).
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
18
4. Penyeragaman Pengukuran Paras Fluorida
i. Memastikan penggunaan jenis colorimeter yang sama di semua daerah.
ii. Mematuhi garispanduan kaedah pengukuran paras fluorida.
iii. Latihan cara pengukuran paras fluorida kepada anggota yang terlibat setahun sekali.
iv. Bengkel latihan langkah-langkah keselamatan pengendalian
bahan flourida kepada anggota Syarikat Bekalan Air Terengganu (SATU) dua tahun sekali bersama-sama dengan (SATU).
v. Penyelenggaraan dan kalibrasi alat colorimeter setahun
sekali.
vi. Penyeragaman bacaan paras fluorida (sekurang-kurangnya setahun sekali) antara Bahagian Kesihatan Pergigian, Syarikat Air Terengganu, Unit Kualiti Makanan dan Air Minuman (KMAM), JKN Terengganu dan Jabatan Kimia.
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
19
KRA 2 : PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR RASIONAL Masa menunggu merupakan isu terpenting bagi seorang pesakit apabila mendapat perkhidmatan kesihatan di samping menjadi ciri utama dalam menentukan imej jabatan.
Jadual Prestasi Penyampaian Perkhidmatan Pesakit Luar
mengikut bilangan Klinik Pergigian di daerah
Daerah
Bil. Klinik Pergigian
Peratus bil.KP mencapai 85% pesakit mendapat rawatan dalam masa
< 30 Min
2009 2010
Kuala Terengganu
7 6/7 ( 85.7%) 4/7 (57.1%)
Kemaman 5 4/5 (80.0%) 3/5 (60.0%)
Dungun 7 3/7 (42.8%) 1/7 (14.3%)
Marang 3 3/3 (100%) 2/3 (66.6%)
Hulu Terengganu
3 3/3 (100%) 2/3 (66.6%)
Besut 6 0/6 ( 0%) 3/6 (50%)
Setiu 3 3/3 (100%) 3/3 (100%)
HSNZ 1 1/1 (100%) 0/1 (0%)
Jumlah 35 23/35 ( 65.7%) 18/35 ( 51.4%)
Meningkatkan peratus bilangan Klinik Pergigian mencapai bilangan pesakit (sekurang-kurangnya 85% pesakit) mendapat rawatan dalam masa < 30 min ke 100% menjelang 2015.
(*Rawatan maksudnya rawatan pesakit luar dan temujanji )
SASARAN
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
20
Peratus bilangan Klinik Pergigian mencapai bilangan pesakit (sekurang-kurangnya 85% pesakit) mendapat rawatan dalam masa < 30 min .
SASARAN TAHUNAN KPI
Sasaran
KPI
2010 2011 2012 2013 2014 2015
Peratus bil. klinik
<30 min
(Bil Klinik capai)
51.4%
(18/35)
60.5%
(23/38)*
71.1%
(27/38)
84.2%
(32/38)
97.4%
(37/38)
100.0%
(38/38)
*Tiga klinik pergigian baru akan beroperasi pada tahun 2011 1. Menambah bilangan Pegawai Pergigian di fasiliti yang sedia
ada menjelang 2015. (Rujuk Appendix 1 : Unjuran Keperluan Pegawai Pergigian Negeri Terengganu 2011 – 2015.) Minima 5 pegawai di Klinik Pergigian Utama. Minima 3 pegawai di Klinik Pergigian lain. Menambah bilangan kerusi pergigian di fasiliti yang sedia ada . (Rujuk Appendix 5 : Unjuran Keperluan Fasiliti Pergigian Negeri Terengganu 2011 – 2015)). Menaiktaraf infrastruktur Klinik Pergigian Fasa
Satu(lawatan Pegawai Pergigian)) ke Klinik Pergigian sepenuh masa .
PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR) )INDICATOR)
STRATEGI
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
21
KRA 3 : LIPUTAN MURID SEKOLAH
1. PRA SEKOLAH
Liputan murid pra sekolah walau pun mencapai 89.4% pada tahun
2010 tetapi masih perlu penambahbaikan kerana masih belum mencapai tahap optimum. Kumpulan ini merupakan kumpulan prioriti untuk perkhidmatan pergigian dan perlu dipantau melalui KRA.
Sasaran ditetapkan adalah berdasarkan kepada kadar karies yang tinggi di kalangan murid 6 tahun di negeri Terengganu iaitu 93.2% (berbanding Malaysia 74.5%) - sumber National Oral Health Survey of Pre School Children 2005 (NOHPS).
Merupakan captive group yang boleh diliputi melalui perancangan yang baik.
1. Meningkatkan peratus bilangan tadika yang dilawati ke 100% pada 2013 dan dikekalkan pada tahap itu sehingga 2015.
2. Meningkatkan peratus murid pra sekolah diperiksa dan
dirawat setiap tahun ke 98% menjelang 2013 – 2015.
1. Peratus bilangan tadika yang dilawati 2. Peratus murid pra sekolah diperiksa dan dirawat setiap
tahun.
RASIONAL
SASARAN
PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR)
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
22
SASARAN TAHUNAN KPI
Unjuran peningkatan bilangan tadika sekolah sebanyak 2 tadika setahun Unjuran peningkatan murid pra sekolah sebanyak 1.5% setahun
1. Memberi lebih penekanan kepada promosi dan pencegahan termasuk pencegahan klinikal. Penyapuan varnish fluorida dijadikan sebagai State Specific Approach(SSA) Strategi dan Indikator.
2. Mewujudkan Pasukan Pergigian Bergerak khas untuk Pra
sekolah dan latihan khusus kepada perawat Pasukan Pergigian Bergerak Pra Sekolah dengan penekanan kepada aspek perkhidmatan penyayang dan rawatan klinikal pencegahan (ART dan PRR) serta Sealan Fisur.
3. Menyediakan kemudahan dan peralatan yang mencukupi dan
sesuai untuk aktiviti rawatan di pra sekolah( Full ART hand instrument set and GIC material for all nurses) menjelang 2012.
Sasaran KPI
2010 2011 2012 2013 2014 2015
% tadika sekolah dilawati
97.2% 1304/ 1341
98.1% 1318/ 1344
99.3% 1336/ 1346
100% 1348/ 1348
100% 1350/ 1350
100% 1352/ 1352
% murid pra
sekolah diperiksa
dan dirawat
89.4%
35,617/ 39,844
93.5%
37820/ 40,450
96.5%
39629/ 41,066
98%
40858/ 41,692
98%
41480/ 42,327
98%
42112/ 42,971
STRATEGI
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
23
4. Meningkatkan bilangan sealan fisur (fissure sealant) yang dibuat oleh Jururawat Pergigian keatas gigi-gigi yang menepati indikasi.Bilangan sealan fisur yang dibuat (done) atas gigi yang memerlukan(indicated for fissure sealant) untuk murid sekolah rendah dan pra sekolah merupakan State Specific Approach(SSA) Strategi dan Indikator.
Nota: Murid sekolah rendah tidak dipilih sebagai KRA kerana pencapaian untuk program ini adalah baik dengan liputan sekolah mencapai 98.9%(358 dari 362 sekolah di negeri) dan liputan murid(orally fit) mencapai 96.6%(130,255 murid dari enrolmen seramai 140,894 murid di negeri) pada tahun 2010. 2.SEKOLAH MENENGAH
Liputan murid sekolah menengah( bilangan murid orally fit di Negeri Terengganu masih rendah seperti jadual di bawah dan perlu dinaikkan ke tahap negeri-negeri lain di Malaysia.
PENCAPAIAN PRESTASI SEKOLAH MENENGAH 2010
INDIKATOR / DENOMINATOR 2009
2010
Bilangan Sekolah Menengah
140 141
Jumlah Sekolah Diliputi ( 90% murid orally fit)
81 87
Peratus Sekolah Menengah diliputi ( 90% murid orally fit)
57.9% 61.7%
Enrolmen Murid Sekolah Menengah
89,557 113,127
Bilangan Murid Sekolah Diliputi (Orally Fit)
115,998 90,162
Peratus Murid Sekolah diliputi (Orally Fit)
77.2% 79.7%
RASIONAL
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
24
1. Meningkatkan peratus bilangan sekolah menengah diliputi setiap tahun ke 100% menjelang 2015.
2. Meningkatkan peratus murid sekolah menengah diliputi(orally fit)
setiap tahun ke 95% menjelang 2015.
Peratus liputan sekolah menengah.
Peratus murid sekolah menengah diliputi (orally fit) .
SASARAN TAHUNAN KPI
KPI 2010 2011 2012 2013 2014 2015
% sek. men. diliputi Bilangan sekolah
61.7%
(87/ 141)
70%
(99/ 141)
85%
(112/ 142*)
100%
(121/ 142)
100%
(133/ 143*)
100%
(143/ 143)
% murid diliputi Bilangan murid
89.7%
101,463/ 113,127
92.2%
105,892/ 114,850
95.4%
111,235/ 116,599
98.0%
116,006/ 118,374
98.0%
117,773/ 120,177
98.0%
119,635/ 122,077
*Unjuran peningkatan sekolah - setiap dua tahun satu sekolah baru. +Unjuran peningkatan enrolmen murid sekolah menengah – 1.5% setahun.
SASARAN
PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
25
1. Penambahan bilangan Pegawai Pergigian (Rujuk Appendix 1 : Unjuran Keperluan Pegawai Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu) dan Jururawat Pergigian (Rujuk Appendix 2 : Unjuran Keperluan Jururawat Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu).
2. Menambah bilangan Pasukan Pergigian Sekolah Menengah
(Rujuk Appendix 5 : Unjuran Keperluan Fasiliti Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu).
3. Jururawat Pergigian diagih semula (redeploy) untuk bertugas
dalam Pasukan Pergigian Bergerak Sekolah Menengah membantu Pegawai Pergigian.
4. Setiap perawat (PP dan JP) dibekalkan dengan peralatan yang
lengkap menjelang akhir 2011 (High speed cutting unit dan handpiece).
5. Perancangan yang teliti setiap awal tahun serta di pantau dan
dikajisemula setiap 3 bulan semasa Mesyuarat Teknikal peringkat daerah dan negeri.
6. Mengemaskini dan menambahbaik bahan - bahan pendidikan
kesihatan pergigian. Sejumlah 10 poster pendidikan kesihatan pergigian dijangka dihasil oleh Unit Promosi Kesihatan Pergigian Negeri Terengganu pada tahun 2011-2012. CD multimedia pendidikan kesihatan pergigian khas untuk kegunaan semasa ceramah kepada murid pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah akan dibuat oleh Unit Promosi Kesihatan Pergigian Negeri pada 2012.
STRATEGI
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
26
KRA 4 : LIPUTAN IBU MENGANDUNG DAN LIPUTAN TODDLER
1. IBU MENGANDUNG
Program ini bertujuan utama untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan pergigian untuk bayi yang bakal dilahir dan seterusnya keluarga kerana ibu merupakan agent of change untuk bertukar tingkahlaku serta cara hidup kesihatan sesebuah keluarga.
Pada masa yang sama program ini juga bertujuan
memastikan ibu mengandung akan mengekalkan kesihatan pergigian yang baik agar tiada sebarang komplikasi semasa kelahiran bayi mereka.
Walaupun pencapaian meningkat di negeri Terengganu
dari tahun 2008 tetapi masih rendah berbanding dengan liputan nasional seperti graf di bawah.
Graf 1: Perbandingan Peratus Liputan Ibu Mengandung di bawah Program Pergigian di Negeri Terengganu dan di Malaysia, 2005 – 2010
0%
5%
10%
15%
20%
25%
30%
2005 2006 2007 2008 2009 2010
PERATUS LIPUTAN IMNEGERI
PERATUS LIPUTAN IMMALAYSIA
*Angka liputan Ibu Mengandung bagi Malaysia untuk 2009 & 2010 belum diperolehi
Sumber: Bahagian Kesihatan Pergigian, KKM, MOH 2008
RASIONAL
12.7
16.4
19.7
11.9
11.5 12.1
16.3
16.9
28.1
23.1
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
27
1. Meningkatkan pesakit baru ibu mengandung yang diperiksa dan dirawat ke 70% menjelang 2015.
Nota: Pencapaian tertinggi antara semua negeri pada tahun 2008 adalah WP Putrajaya = 84.9%, Johor = 57.6%, Perlis = 54.2% dan Pahang = 38.3%. (Rujukan: Laporan Tahunan 2008 Bah. Kesihatan Pergigian, KKM ).
Peratus kedatangan baru Ibu Mengandung yang diperiksa dan dirawat
= Bilangan kedatangan baru Ibu Mengandung di klinik pergigian
Bilangan kedatangan baru Ibu Mengandung di klinik kesihatan
SASARAN TAHUNAN KPI
KPI
2010
2011 2012 2013 2014 2015
SASARAN
Bil pesakit di KP/Bil di
KKIA
28.1%
6062/ 21581
39.5%
8654/ 21910
48.5%
10788/ 22243
60.2%
13594/ 22582
65.9%
15108 22926
70%
16293/ 23275
Unjuran peningkatan kedatangan bilangan ibu mengandung di KKIA sebanyak 1.5% setahun
SASARAN
PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR)
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
28
1. Melaksanakan Pelan Strategik Meningkatkan Liputan
Ibu Mengandung di Klinik Pergigian Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang merangkumi
- Meningkatkan kerjasama antara program kesihatan
awam dan program pergigian.
- Memantapkan sistem rujukan ibu mengandung ke klinik/fasiliti pergigian.
- Pemeriksaan dan pendidikan kesihatan pergigian dimasuk dalam carta aliran penjagaan kesihatan ibu mengandung di semua klinik kesihatan negeri terengganu.
- Mengadakan taklimat serta CME mengenai sistem rujukan dan kepentingan kesihatan mulut untuk penjawat awam kesihatan dan pergigian setiap tahun.
- Perbincangan dan bengkel diadakan untuk menyediakan bahan - bahan pendidikan kesihatan pergigian(PKP) untuk Ibu Mengandung. (Sebanyak 10 bahan PKP dijangka dihasil 2011 -2012).
- Memberi kemudahan bagi ibu mengandung di luar
bandar untuk mendapatkan perkhidmatan pergigian dengan lawatan lebih kerap ( 3 kali liputan setahun oleh PP ke klinik desa di luar bandar mulai 2011).
2. Liputan ibu mengandung dijadikan sebagai State
Specific Approach(SSA) Strategi dan Indikator.
STRATEGI
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
29
2. LIPUTAN TODDLER
Pada tahun 2010, hanya 38 Taska daripada jumlah 181 Taska di negeri Terengganu dilawati.
Juga 5290 toddler (kanak-kanak berusia 1 – 4 tahun) di beri pemeriksaan pergigian dan 3490 toddler telah menerima penyapuan fluorida topikal pada tahun 2010 di Terengganu.
Kedatangan baru toddler di Klinik Pergigian/di beri pemeriksaan pergigian di Klinik Kesihatan adalah rendah jika berbanding dengan kedatangan baru toddler di Klinik Kesihatan.
Terdapat vakum antara program pergigian untuk kumpulan antenatal dan kanak-kanak pra sekolah di mana tiada program sempurna untuk kumpulan toddler.
Kadar karies yang tinggi dan tidak dirawat di kalangan kanak-kanak 6 tahun ke bawah di Negeri Terengganu mengikut penemuan NOHPS 2005 seperti tertera dibawah disebabkan oleh kekurangan kesedaran dan penjagaan kesihatan mulut pada peringkat toddler.
4.3% kanak-kanak mempunyai gigi yg sihat (MBK) Purata dmft=10.2
Pencapaian kedatangan toddler pada tahun 2009-2010 di negeri Terengganu masih tidak memuaskan seperti jadual di bawah:
Tahun
2009
2010
Peratus kedatangan baru toddler
9.8% 15.9%
RASIONAL
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
30
1. Meningkatkan peratus pemeriksaan toddler dan ibu/penjaga taska diberi nasihat ke 60% menjelang 2015.
1. Peratus kedatangan baru toddler yang diperiksa serta ibu diberi nasihat penjagaan kesihatan pergigian dalam setahun.
= Bil Kedatangan Baru Toddler diperiksa di KP/KK + Taska
Bil Kedatangan baru toddler di Klinik Kesihatan + Enrolmen Taska
SASARAN TAHUNAN KPI
Tahun 2010
2011 2012 2013 2014 2015
Peratus kedatangan baru toddler
15.9% 40.1%* 52.0%+ 55.0% 58.0% 60.0%
*Sasaran ini boleh dicapai dengan liputan dipanjangkan ke semua Taska-taska kerajaan mulai 2011. Program ini tidak diadakan secara sistematik pada tahun 2010. +Dari tahun 2012, sistem rujukan khas (seperti untuk ibu mengandung) untuk toddler yang hadir di Klinik Kesihatan dirujuk ke Klinik Pergigian akan dimulakan.
SASARAN
PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR)
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
31
1. Kedatangan baru toddler di KK/KKIA dan peratus toddler
menerima penyapuan varnish fluorida dijadikan sebagai State Specific Approach(SSA) Strategi dan Indikator.
2. Perancangan meliputi semua Taska dan toddler dalam satu
tahun termasuk di Taska PERMATA di Negeri Terengganu.
3. Sistem rujukan untuk toddler yang lebih mantap dari Klinik Kesihatan ke Klinik Pergigian mulai 2012. Sistem rujukan yang sama seperti digunakan untuk ibu mengandung akan mula dilaksanakan pada 2012 untuk toddler juga.
4. Pematuhan rapi kepada garispanduan program toddler ‘Never
Too Early To Start’.
5. Mempertingkatkan semua aktiviti pencegahan : - penyapuan fluorida topikal untuk toddler untuk 50% toddler
yang diperiksa menjelang 2015.
6. Meningkatkan kesedaran penjaga (carers) di taska tentang penjagaan kesihatan mulut toddler – ceramah sekali setiap tahun untuk semua penjaga taska mulai 2011.
7. Menyediakan persekitaran di Klinik Pergigian yang akan menggalakkan kehadiran ibu dan toddler – sesi dan ruang khas(play pen) untuk kanak-kanak serta golongan ini diberi keutamaan untuk pemeriksaan.
STRATEGI
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
32
Liputan untuk kumpulan dengan keperluan khas adalah baik tetapi memandangkan golongan ini perlu diberi perkhidmatan secara kutamaan bagi mengelakkan kejadian penyakit yang boleh menjejaskan keshatan mereka, maka dimasukkan sebagai KRA untuk memastikan pencapaian 100% penjagaan kesihatan pergigian. Pencapaian dalam program ini di Terengganu pada tahun 2010 adalah seperti di bawah:
Pencapaian Program Kumpulan Dengan Keperluan Khas Di Negeri Terengganu 2010
DAERAH INSTITUSI OKU INS. KANAK-KANAK
KEPERLUAN KHAS
INST. WARGA EMAS
BIL DILAWATI BIL DILAWATI BIL DILAWATI
KEMAMAN 6 1 0 - - -
DUNGUN 9 0 0 - 1 1
MARANG 4 3 0 - 2 1
KUALA TERENGGANU
5 0 1 1 - -
HULU TERENGGANU
6 6 0 - - -
SETIU 4 3 0 - - -
BESUT 5 0 1 1 2 0
JUMLAH 39 13 2 2 5 2
KRA 5 : LIPUTAN KUMPULAN – KUMPULAN DENGAN KEPERLUAN KHAS
RASIONAL
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
33
1. Meningkatkan liputan kumpulan-kumpulan dengan keperluan khas di semua Institusi ke 100% menjelang 2015.
1. Peratus institusi/bilangan kumpulan dengan keperluan khas diperiksa dan dirawat jika perlu.
SASARAN TAHUNAN KPI
KUMPULAN KEPERLUAN KHAS
PERANCANGAN
SASARAN
2010 2011 2012 2013 2014 2015
Orang Kurang Upaya
di institusi
Meningkatkan bilangan institusi yang dilawat
Meningkatkan peratus pesakit diperiksa dan dirawat (jika perlu) di Institusi
9/39 (23.1%)
15%
16/39 (41%)
35%
23/39 (59%)
60%
30/39 (77%)
72%
37/39 (95%)
85%
39/39 (100%)
90%
Unjuran berasaskan peningkatan liputan sebanyak 1 buah bagi setiap daerah dalam tempoh setahun
Warga Emas
di Institusi
Meningkatkan bilangan Institusi yang dilawat, penghuni dirawat dan diadakan program pencegahan
4/5 (80%)
5/5 (100%)
5/5 (100%)
5/5 (100%)
5/5 (100%)
5/5 (100%)
Unjuran pencapaian berdasarkan kepada bilangan institusi yang dilawati berbanding bilangan yang ada di dalam negeri.
Liputan bagi institusi Kanak-Kanak Keperluan Khas akan dinaikkan kepada 100% pada 2011.
SASARAN
PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR)
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
34
1. PERANCANGAN PELAKSANAAN MENINGKATKAN LIPUTAN ORANG KURANG UPAYA
BIL PERANCANGAN
AKTIVITI TANGGUNG JAWAB
INDIKATOR PEMANTAU
AN
SASARAN
1 Meningkatkan bilangan institusi yang dilawat
i) Senaraikan bilangan Institusi yang ada
ii) Sediakan jadual lawatan iii) Jalankan lawatan
mengikut jadual
PJP / KJP
PJP/KJP PPB Daerah
N : Bil Institusi yang dilawat D : Jumlah Institusi yang ada di Daerah /Negeri
100 % yang dilawat 2011-2015
2. i) Meningkatkan bilangan Pesakit dirawat di Institusi
i. Dapatkan Senarai Enrolmen OKU di Daerah/Negeri
ii. Buat Agihan Institusi mengikut Daerah/Negeri
iii. Rekodkan Jumlah pesakit di periksa)
iv. Menggunakan Fasiliti Klinik Pergigian Bergerak 1 Malaysia untuk menjalankan aktiviti rawatan dan promosi
PJP/KJP TPKN(G)
PJP /KJP
PJP/KJP PPB
N : Bilangan Pesakit OKU yang dirawat D : Enrolmen OKU Daerah/Negeri
100 % pesakit OKU diperiksa dan dirawat menjelang 2015
3 Meningkatkan aktiviti pencegahan
i) Adakan Promosi di Institusi terpilih
ii) Jalankan aktiviti seperti : - Ceramah - LMG - Topikal Fluorida - Fissure Sealant - Sukaneka
PPD/PJP/ KJP
PP/JP/DSA/ PPK
N : Bilangan Promosi yang dijalankan D: Bilangan Institusi yang ada
100% Institusi dijalankan program 2011-2015
STRATEGI
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
35
2. PERANCANGAN PELAKSANAAN MENINGKATKAN LIPUTAN WARGA EMAS DI INSTITUSI
BIL PERANCANGAN AKTIVITI TANGGUNG JAWAB
INDIKATOR PEMANTAUAN
SASARAN
1
Meningkatkan bilangan Institusi yang diadakan program
i)Senaraikan bilangan Institusi
ii) Adakan Program di Institusi
iii)Menjalankan Aktiviti
seperti:- - Ceramah - Pemeriksaan - LMG (Jika perlu)
- Pameran
PJP / KJP
PP/PJP/ KJP
PP/ JP/ DSA
N : Bil Institusi yang dijalankan program D : Jumlah Institusi yang ada di Daerah /Negeri N : Bilangan Warga Emas yang dirawat/ ceramah/LMG D : Enrolmen Warga Emas di Institusi
i) 100% Institusi Dilawati Dan Diadakan Program Menjelang 2011
ii) 100 % Warga Emas Yang dirawat/ Ceramah/ LMG Menjelang 2011
NOTA
Membuat perancangan tahunan yang mantap seperti jadual di atas.
Mewujudkan Pasukan Khas untuk mengendalikan Program Kumpulan Keperluan Khas di setiap Daerah.
Menggalakkan aktiviti pencegahan termasuk penggunaan fluorida topikal .
Menggunasama Klinik Pergigian Bergerak 1 Malaysia membantu meningkatkan liputan untuk setiap daerah.
Setiap Klinik Pergigian Utama di daerah akan mengadakan sesi klinik khas warga emas (2 – 5 ptg) sehari seminggu mulai 2012 bagi meliputi pesakit warga emas ‘walk in’.
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
36
Perkhidmatan Kepakaran Pergigian terdapat dalam 4 bidang pada tahun 2010 di negeri Terengganu seperti di bawah. Masa menunggu untuk mendapat perundingan dengan pakar merupakan isu terpenting bagi pesakit dan dibawah KRA ini usaha akan diambil bagi mengatasi masalah ini di samping memantau peningkatan tahap penyampaian perkhidmatan kepada pesakit setiap tahun.
1. PERKHIDMATAN PAKAR ORTODONTIK
Mengurangkan masa menunggu untuk perundingan kedua dari 30 bulan kepada 3 bulan menjelang 2015.
Masa menunggu untuk perundingan kedua dari perundingan pertama
SASARAN TAHUNAN KPI
*Pakar Orthodontik dijangka dfitempatkan di Daerah Kemaman akhir 2011
KPI 2010 2011 2012 2013 2014 2015
Masa menunggu
(bulan) 30 26 18* 12 7 3
KRA 6 : PENJAGAAN KESIHATAN KEPAKARAN PERGIGIAN
RASIONAL
SASARAN
PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR)
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
37
1. Penempatan Pakar Orthodontik di daerah - daerah lain. (Rujuk Appendix 3 – Unjuran Keperluan Pakar Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu)
2. Menambah bilangan Pegawai Pergigian tetap di setiap
klinik pakar (1 Pakar : 2 Pegawai Pergigian) (Rujuk Appendix 1 : Unjuran Keperluan Pegawai Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu).
3. Menambah bilangan anggota sokongan di klinik Pakar (Rujuk Appendix 4 : Unjuran Keperluan Anggota Auksiliari Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu).
4. Menambah fasiliti kepakaran di Negeri Terengganu ( Rujuk Appendix 5 : Unjuran Keperluan Fasiliti Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu).
2. PERKHIDMATAN PAKAR PERIODONTIK
Meningkatkan peratus pesakit bagi mendapatkan temujanji perundingan pertama dalam masa 4 minggu dari 70% ke 100%.
Peratus pesakit mendapat temujanji perundingan dalam masa 4 minggu
SASARAN TAHUNAN KPI
KPI 2010 2011 2012 2013 2014 2015
Peratus Pesakit (%) 70% 75% 80% 90% 94% 100%
STRATEGI
SASARAN
PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR)
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
38
1. Penempatan Pakar Periodontik di daerah - daerah lain. (Rujuk Appendix 3 – Unjuran Keperluan Pakar Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu)
2. Menambah bilangan Pegawai Pergigian tetap di setiap klinik pakar (1 Pakar : 2 Pegawai Pergigian). (Rujuk Appendix 1 : Unjuran Keperluan Pegawai Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu).
3. Menambah bilangan anggota sokongan di Klinik Pakar. (Rujuk Appendix 4 : Unjuran Keperluan Anggota Auksiliari Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu).
4. Menambah fasiliti kepakaran pergigian di Negeri Terengganu. ( Rujuk Appendix 5 : Unjuran Keperluan Fasiliti Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu).
3. PERKHIDMATAN PAKAR PERGIGIAN PEDIATRIK
Mengurangkan masa menunggu bagi pesakit(90% pesakit) mendapatkan rawatan ke 30 minit menjelang 2015.
Masa menunggu bagi pesakit (90% pesakit) mendapatkan rawatan
SASARAN TAHUNAN KPI
KPI 2010 2011 2012 2013 2014 2015
Masa menunggu (minit) 90 75 65 50 40 30
STRATEGI
SASARAN
PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR)
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
39
1. Mewujudkan Klinik Pergigian Pediatrik berasingan di Hospital Sultanah Nur Zahirah – projek BP6 tahun 2012.
2. Menyusun semula temujanji mengikut jenis rawatan – dimulakan
mulai 2011.
3. Mengujudkan bilik khas bagi pendidikan kesihatan pergigian supaya bilik rawatan dikhaskan untuk rawatan sahaja .
4. Penempatan pakar Pergigian Pediatrik di daerah - daerah
lain.(Rujuk Appendix 3 – Unjuran Keperluan Pakar Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu).
5. Menambah bilangan Pegawai Pergigian tetap di setiap klinik
pakar (1 Pakar : 2 Pegawai Pergigian). (Rujuk Appendix 1 : Unjuran Keperluan Pegawai Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu).
6. Menambah bilangan anggota sokongan di klinik Pakar. (Rujuk
Appendix 4 : Unjuran Keperluan Anggota Auksiliari Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu).
7. Menambah fasiliti kepakaran di Negeri Terengganu( Rujuk
Appendix 5 : Unjuran Keperluan Fasiliti Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu).
.
4. PERKHIDMATAN PAKAR BEDAH MULUT
Mengurangkan masa menunggu bagi pesakit (90% pesakit) mendapatkan rawatan dari 90 min ke 30 minit
Masa menunggu pesakit (90% pesakit) mendapatkan rawatan.
STRATEGI
SASARAN
PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KEY PERFORMANCE INDICATOR)
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
40
SASARAN TAHUNAN KPI
1. Penempatan Pakar Bedah Mulut di daerah - daerah lain (Rujuk Appendix 3 – Unjuran Keperluan Pakar Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu)
2. Menambah bilangan Pegawai Pergigian tetap di setiap klinik
pakar (1 Pakar : 2 Pegawai Pergigian). (Rujuk Appendix 1 : Unjuran Keperluan Pegawai Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu).
3. Menambah bilangan anggota sokongan di klinik pakar. (Rujuk
Appendix 4 : Unjuran Keperluan Anggota Auksiliari Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu).
4. Menambah fasiliti kepakaran di Negeri Terengganu. ( Rujuk
Appendix 5 : Unjuran Keperluan Fasiliti Pergigian 2011 – 2015 Negeri Terengganu).
KPI 2010 2011 2012 2013 2014 2015
Masa menunggu
(minit) 90 80 65 50 40 30
STRATEGI
PELAN TRANSFORMASI PERGIGIAN TERENGGANU 2011 - 2015
41
5. PENUTUP
Aspirasi Kami Untuk Rakyat Negeri Terengganu
Menjelang 2015, kami ingin menjadi antara tiga negeri terbaik di
Malaysia dalam:
Bilangan penduduk yang menerima paras
optimum fluorida dalam bekalan air minuman.
Bilangan murid pra sekolah, rendah dan
menengah yang mempunyai kesihatan oral
sempurna(orally fit).
Bilangan ibu mengandung yang diperiksa, diberi
nasihat pencegahan dan dirawat(jika perlu).
Bilangan golongan toddler yang diperiksa dan
diberi rawatan pencegahan klinikal(aplikasi
varnish fluorida).
Masa menunggu untuk pesakit klinik pakar dan
pesakit luar < 30 minit (Untuk 85% pesakit).
Liputan perkhidmatan pergigian untuk
kumpulan-kumpulan dengan keperluan khas.
Top Related