7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
1/25
Pantun Enam Kerat
Rangkap Asal Maksud Gaya Bahasa
Putik kelapa menjadi muda,
Kelapa muda jadi kemirau,
Sudah kemirau menjadi kotai;Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
Ibarat kaca jatuh ke lantai.
Penyajak berasa sedih
dan kecewa. Hatinya
luka dan pedih keranacintanya tidak
dihiraukan tetapi dia
masih kuat dan tabah
menghadapinya.
Sinkope: tak
Imej Alam: kelapa
Peribahasa: Ibarat kacajatuh ke lantai (sangat
sedih dan kecewa)
Kemirau: masih mentah
dan keras
Kotai: kering
Ambil galah jolok kedondong,
Galah pendek buluh sumpitan,
Buluh bersisip tali jerami;
Bukan salah ibu mengandung,
Sudah takdir sudah suratan,
Sudah nasib jadi begini.
Penyajak tidak pernah
menyalahkan sesiapa
ataupun kecewa
walaupun cintanya
menghadapai halangan
kerana segala-galanyasudah ditakdirkan. Oleh
itu, dia menerima
kekecewaan itu dengan
tabah.
Anafora: Sudah
Imej Alam: Buluh
Sarat bermuat ikan cencaru,
Gelama tidak berumpan lagi,
Kail tersangkut di tepi batang;
Sudah dapat orang yang baru,
Yang lama tidak berkenan lagi,
Ibarat melukut di tepi gantang.
Penyajak berasa sedih
dan kecewa kerana tidak
mendapat perhatian
daripada kekasihnya
akibat kekasihnya sudah
mempunyai pengganti
yang baru.
Peribahasa: Ibarat
melukut di tepi gantang
(perkara yang tidak
dapat perhatian)
Tema: Kekuatan, ketahanan dan ketabahan hati ketika berdepan dengan kekecewaan dalam
percintaan.
Persoalan: 1. Ketabahan menghadapi kekecewaan.
2. Reda atas ketentuan yang ditetapkan oleh Tuhan.
3. Untung nasib seseorang merupakan permainan yang lumrah dalam
kehidupan.
Nilai Pengajaran
Ketabahan Kita hendaklah menghadapi cabaran dengan tabah.Kepercayaan
kepada Tuhan
Kita mestilah percaya bahawa setiap kejadian yang berlaku telah
ditentukan oleh Tuhan.
Waja diri Kita haruslah mempunyai kekuatan diri untuk melawan segala kekecawaan
yang dihadapi dalam hidup kita.
Bentuk:
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
2/25
-3 rangkap, 6 baris serangkap, 4- 5 patah perkataan dalam sebaris, 3 baris di atas ialah
pembayang, manakala 3 baris di bawahnya ialah maksud, 9 11 suku kata.
-Rima akhir: abcabc, bentuknya terikat.
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
3/25
Pantun Lapan Kerat
Rangkap Asal Maksud Gaya Bahasa
Buat bangsal di tengah hutan,
Tebaslah hutan buat halaman,
Di tepi halaman menanam kubis,Diselang dengan pokok papaya;
Biarlah sabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan beriman,
Tidak patah digoncang iblis,
Akhirnya tuan menang berjaya.
Menurut penulis, orang yang
beriman biasanya sabar dan
tidak mudah dipengaruhi olehunsur-unsur negatif yang
akhirnya akan membawanya ke
arah kemenangan dan
kecemerlangan.
Sinkope: tak
Capal: seliper
yang dibuatdaripada kayu
Ikan teluk parang-parang,
Anak ketam disangka lelabi,
Berburu musim tengkujuh,
Dapat buruan dibelah-belah;
Bukan makhluk sebarang-barang,Cucu Adam sepaian nabi,
Turun dan langit ketujuh,
Jadi khalifah kepada Allah.
Orang yang beriman ini
merupakan orang yang unggul
dan istimewa. Beliau
merupakan cucu Nabi Adam
yang turun dari langit ketujuhdan akhirnya menjadi khalifah
(pemimpin dan ketua agama
negara Islam) yang
berkhidmat berlandaskan
hukum-hukum Islam.
Khalifah:
pemimpin dan
ketua agama
negara Islam.
Sepaian: pecahan
Lengkang-lengkung apa dipaku,
Paku jatuh patah dua,
Menjadi riuh orang di darat,
Anak Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,
Kerana lalai rosak binasa,Kebudayaan Timur dinodai Barat,
Bahasa ibunda hina terbiar.
Menurut penyajak,
pembangunan negara kita
terjejas akibat daripada
kelalaian dan kealpaan kita.
Selain itu, disebabkan
kelalaian kita juga, budayadan warisan, serta bahasa
ibunda di negara kita juga
terjejas akibat pengaruh kuat
daripada Barat.
Personifikasi:
Kebudayaan
Timur dinodai
Barat.
Hiperbola:
Bahasa ibundahina terbiar.
Tema: Kesabaran dalam usaha untuk berjaya dalam kehidupan, iaitu sabar memikul
tanggungjawab dalam memartabatkan bahasa, warisan dan budaya ketimuran agar mencapai
kecemerlangan dalam hidup.
Persoalan:
1. Safat sabar merupakan kunci utama dalam kehidupan.
2. Pencemaran budaya dan bahasa adalah akibat daripada pengaruh Barat.
Nilai Pengajaran
Kesabaran Kita haruslah bersabar dalam melakukan sebarang tugas atau perkara.
Kesyukuran Kita hendaklah bersyukur kerana memperoleh seorang utusan yang istimewa
yang dilahirkan untuk memimpin hidup kita.
Bentuk: -3 rangkap, 8 baris serangkap, 4 baris di atas ialah pembayang, manakala 4 baris di
bawahnya ialah maksud, 8 11 suku kata, rima akhir: abcdabcd, bentuknya terikat.
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
4/25
Syair Makna Riak
Rangkap Asal Maksud Gaya Bahasa
Kemudian dinyatakan makna riak,
Amal ibadat kerana manusia,
Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,Sebab kerana syirikkan Dia.
Penyajak mengatakan
bahawa riak merupakan
perbuatan atau sifat sukamenunjuk-nunjuk kepada
orang lain. Amalan negatif
ini dibenci Tuhan kerana
(mendatangkan syirik)
berdosa.
Riak:
gelagat/sombong
Ibadat: baktiSyirik:
perbuatan
menyekutukan
Allah/ dosa
Terkadang riak pula dilakukan,
Mengiringkan beberapa puasa tak makan,
Bertutur itu suara diperlahankan,
Tubuh dan badan tidak dihiraukan.
Kadang-kadang perbuatan
riak ini ditunjukkan dengan
cara berpuasa, bertutur
dengan sopan dan melakukan
sesuatu perkara tanpa
menguruskan diri.
Sinkope: puasa
tak makan.
Supaya disangka ianya wali,
Akan dunia tidak peduli,
Hemahnya itu sangatlah ali,
Tetapi hatinya ke dunia bertali.
Untuk disangka orang
bahawa dia ialah wali, jadi
dia tidak mempedulikan hal
dunia. Dia bersikap hemah
tinggi supaya dipandang
mulia tetapi hatinya terikat
dengan sikap duniawi
(perbuatan nampak baik
tetapi sebenarnya berpura-
pura).
Wali : orang yang
dipilih olh Allah
SWT untuk
mendapatkan
pertolongan-Nya
dengan
dirapatkannya
pada kehadiran-
Nya
ali : tinggi
bertali : terikatInversi : akan
dunia tidak
peduli
Terkadang riakkan ia berilmu,
Bersurah ketika orang berjamu,
Berkata-kata tidaklah jemu,
Nahu dan sarap habis diramu.
Kadang-kadang tergerak
hatinya untuk mencari ilmu,
dia sentiasa membaca al-
Quran dan memberi
ceramah. Namun, perkara
yang betul dan salah
semuanya dicampur aduk.
Surah:
bahagian/bab
dari
Quran/surat
Diramu:
dicari/dikumpul
Terkadang bercakap ilmunya mantik, Kadang-kadang dia bercakap Mantik: ilmu
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
5/25
Bicara alhayat konon diselidik,
Supaya disangka ianya cerdik,
Sukalah orang memberinya gundik.
seolah-olah idea/fikirannya
logik. Seolah-olah telah
membuat penyelidikan
supaya dia disangka cerdik.
Oleh itu, banyak orang ingin
menjadikannya sebagaimenantu.
fikiran/akal
Terkadang riak dengan pakaian,
Berserban lilit ekor berhambayan,
Sejadah di bahu bersampaian,
Tasbih di tangan beruitan.
Kadang-kadang orang riak
dengan cara berpakaian gaya
orang alim. Mereka
berserban dan sejadah
sentiasa terletak di bahunya
serta di tangannnya
memegang tasbih.
Berhambayan:
melambai-lambai
Sejadah: tikar
sembahyang
Bersampaian:
tersampir/tersid
i
Tasbih: seuntai
manik untuberzikir
Beruitan:
menggerakkan
sedikit
Pejamkan mata duduk bersila,
Lidah berzikir Allah Taala,
Terkadang jazbah seperti gila,
Kasadnya hendak jadi kepala.
Duduk bersila dan mata
terpejam sambil berzikir
menyebut nama Allah.
Gayanya keterlaluan seolah-
olah dia yang menjadi ketua.
Jazbah: keadaan
diri yang reda
bahawa Allah
mendahului
segala-galanya
apabila melihat
sesuatuKasad:
tujuan/niat
Simile: seperti
gila
Riak demikian menjadi balak,
Amal itu tentu ditolak,
Terkadang dilemparkan ke mukanya
pulak,
Allah Taala sualak.
Riak boleh mendatangkan
bala. Amalan kita akan
ditolak dan Allah tidak suka
dengan sifat riak.
Sualak: suka
Tema: Syair ini mengemukakan tema tentang sifat-sifat manusia yang riak.
Sikap riak harus dijauhi oleh setiap orang. Orang seperti ini hidup berpura-pura dengan
tujuan supaya dirinya dipandang tinggi dan mendapat pengiktirafan masyarakat.
Perbuatannnya mengaburi mata masyarakat ini tidak lain semata-mata hanya untuk
mendapatkan pujian. Sikap seperti ini tidak patut dicontohi terutamanya dalam mencari ilmu.
Persoalan:
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
6/25
1. Sifat riak merupakan sifat yang dibenci oleh Tuhan.
2. Terdapat golongan manusia yang suka menunjuk-nunjuk tentang kelebihan diri.
3. Ilmu yang dimiliki digunakan untuk kepentingan diri
4. Kehidupan orang yang riak pasti tidak mendapat berkat amalan tidak diterima
oleh Allah.
Nilai Pengajaran
Hemah tinggi Kita haruslah mengamalkan sikap hemah tinggi.
Sebagai contohnya, penyair berpuasa dan bersopan apabila bertutur.
Bentuk:
- 8 rangkap, setiap rangkap 4 baris dan semuanya mendukung maksud cerita. Rima akhirnya
sama, iaitu aaaa, terdiri daripada 8-14 suku kata, setiap rangkap terdiri daripada 3 5
patah perkataan, bentuknya terikat.
Syair Pemberontakan Patani
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
7/25
Rangkap Asal Maksud Gaya Bahasa
Laksamana dititahkan Betara,
Ke negeri Patani berjalan segera,
Mendapat cogan Raja Senggora,
Akan menerima hukum dan dera.
Laksamana telah dititahkan oleh
Betara ke negeri Patani dengan
segera untuk mendapatkan
panji-panji atau perintahdaripada Raja Senggora tentang
peraturan dan hukuman.
Cogan:lambang
Barang yang hendak dihukumkan,
Sekalian tidak boleh disalahkan,
Kesalahan pinta dimaafkan,
Pegawai yang dipegang itu
dipohonkan.
Mereka yang dikenakan hukuman
wajib menerimanya. Mereka
boleh memohon agar diberikan
pengampunan daripada pegawai
yang berkenaan.
Setelah demikian titah Betara,
Laksamana tiada berani dura,Kerana negeri hendak dipelihara,
Kelak menjadi huru-hara.
Setelah mendengar titah
Betara, Laksamana tidak lagiberasa risau kerana negerinya
harus terpelihara agar tidak
menjadi huru-hara kelak.
Dura (Klasik):
risau, gelisah,susah hati
Kata Ganda:
huru-hara
Bonda Duli Mahkota Indera,
Pada Laksamana emak saudara,
Sakit terlantar hampir bermara,
Meninggalkan dia tiada terkira.
Pada masa yang sama bonda Duli
Mahkota Indera (emak saudara
Laksamana), sudah lama gering
(sakit). Laksamana tidak
sanggup meninggalkan baginda.
Bermara:
berbahaya,
menghadapi
bahaya
Daripada kerja terlalu berat,Ke atas negeri hendak mudarat,
Jadilah dititahkan duli hadirat,
Bimbang dan masyghul disuruh kerat.
Kerja mempertahankan negeridaripada ancaman amatlah
berat. Jadi, Laksamana
dititahkan oleh Duli Yang Maha
Mulia agar mengikis rasa
bimbang dan sedih yang
dialaminya.
Mudarat:bahaya,
merugikan
Hadirat: Yang
mulia
Masygul (BM
Klasik): sedih,
murung
Tiadalah lagi terkata-kata,
Sudah dengan titah Sang Nata,
Diputuslah hati yang bercinta,
Kepada Allah diserah semata.
Laksamana tidak dapat berkata
apa-apa kerana dia terpaksa
menurut perintah Sang Nata.
Laksamana mengambil keputusanagar tidak berduka, lalu
menyerahkan segala-galanya
pada Tuhan.
Bercinta:
dukacita,
bimbang
Kata Ganda:terkata-kata
Niat Laksamana yang pegari, Harapan Laksamana adalah Pegari: dapat
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
8/25
Daulat baginda barang berdiri,
Jika selamat sentosa negeri,
Biarlah susah di atas diri.
jelas, iaitu mendaulatkan nama
dan negara baginda. Laksamana
sanggup berkorban demi
keamanan negara.
dilihat, muncul,
menjelma
Berjalan ia berhati hampa,Bonda yang sakit tiada dilupa,
Kerana sakit berat menimpa,
Yakin hatinya tiada berjumpa.
Dalam menjalankan tugas,Laksamana tetap tidak
melupakan bonda yang gering
meskipun dalam hati kecilnya
sedih dan kecewa kerana
kemungkinan tidak dapat
bertemu dengan bondanya.
Daripada sudah demikian peri,
Keberatan tertanggung di atas
negeri,
Yang sakit itu seorang diri,Bala yang datang meliput negeri.
Sudah tersurat bahawa masalah
yang dihadapi dalam negeri lebih
berat berbanding dengan
masalah bondanya yang sakitseorang diri kerana masalah
negeri melibatkan rakyat jelata.
Peri: keadaan,
kejadian
Bala: malapetaka
Jadilah dititahkan Seri Betara,
Tiadalah lagi terkira-kira,
Berjalanlah pergi bersegera-segera,
Mendapat cogan Raja Senggora.
Maka Laksamana melaksanakan
titah Seri Betara dengan segera
bagi mendapat panji-
panji/perintah Raja Senggora.
Tema: Semangat patriotik seorang tokoh sejarah.
Pembaca disarankan agar mencontohi sikap Laksamana yang mengutamakan kepentingan
negara daripada kepentingan dirinya sendiri. Semangat patriotik ini wajar diterapkan dalam
jiwa setiap remaja untuk melahirkan generasi yang cinta akan tanah air dan sanggup berjuang
mempertahankan negara daripada ancaman luar.
Persoalan:
1. Kesetiaan terhadap pemerintah.
2. Kepentingan negara menjadi keutamaan bagi setiap rakyat.
3. Keamanan negara tanggungjawab kita.
4. Kesanggupan berkorban untuk kemakmuran negara.
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
9/25
Nilai Pengajaran
Taat setia Kita hendaklah setia kepada raja dan negara. Sebagai contohnya,
Laksamana setia melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Seri
Betara.
cinta akan negara Kita haruslah mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingandiri. Sebagai contohnya, Laksamana sanggup meninggalkan bondanya
yang sakit demi kedaulatan negara.
Amanah Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan.
Laksamana melaksanakan amanah betara.
Bentuk: -10 rangkap, semua baris adalah maksud, setiap rangkap terdiri daripada 3-5 patah
perkataan dan terdiri daripada 9 13 suku kata. Rima akhirnya sama,iaitu aaaa. bentuknya
tidak bebas.
Gurindam Tonggak Dua Belas
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
10/25
Rangkap Asal Maksud Gaya Bahasa
Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.
Masa yang ada hendaklah
digunakan dengan sebaik-
baiknya dan jangan suka
bertangguh.Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.
Kejayaan akan dikecapi jika
kita berusaha dengan tekun
dan gigih.
Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.
Janganlah kita bersusah hati
kerana keseronokan bekerja,
akan menjadikan hidup kita
lebih gembira.
Bermuram durja:
bermasam muka
Bermuram: sedih
Hidup dalam kemuliaan
kesederhanaan,
Bertindak dengan penuh
kebijaksanaan.
Kesederhanaan dituntut dalam
kehidupan dan semua tindakan
perlu dilakukan dengan
bijaksana.Ketinggian peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati jadi bekalan.
Berpekerti mulia dan
kejujuran perlu diterapkan
dalam kehidupan.
Ketelusan:
kejujuran
Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan bersimpati.
Sifat baik hati akan
menjadikan seseorang
bertimbang rasa dan
bersimpati terhadap orang
lain.
Pengaruh kepimpinan melalui teladan,
Baik buruk jadikan sempadan.
Pemimpin yang baik menjadi
ikutan.
Slogan:
Kepimpinan melalui
teladan.Menjadi kewajipan menjalan tugas,
Walaupun sederhana tetapi tegas.
Tanggungjawab yang
diamanahkan perlu
dilaksanakan dengan
sempurna.
Kebijaksanaan berhemat perlu
diutama,
Tidak membazir teliti saksama.
Pembaziran perlu dielakkan
dalam melaksanakan sesuatu
kerja.
Hemat: jimat
Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah menjadi senang.
Kesabaran dan ketenangan
fikiran perlu dalam
menghadapi sebarang situasi.
Peningkatan bakat diberi sokongan,
Tunjukkan kebolehan jadikan
dorongan.
Kebolehan diri yang ada perlu
ditonjolkan sebagai motivasi.
Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif.
Pemikiran kreatif dapat
menjana idea yang lebih
inovatif.
Kata pinjaman:
kreatif, aktif.
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
11/25
Tema: Membina jati diri agar menjadi orang yang baik dan berguna untuk bangsa dan
negara.
Nilai-nilai seperti menghargai masa, tekun berusaha, bijak bertindak, dan bersifat
sederhana merupakan nilai positif yang mampu membentuk remaja sebagai generasi
masa hadapan yang mewarisi tampuk pemerintahan kelak. Nilai-nilai ini harus diambil
sebagai pegangan hidup.
Persoalan:
1. Menghargai masa penting dalam kehidupan ( rangkap 1)
2. Tekun berusaha membawa kejayaan ( rangkap 2)
3. Kepimpinan melalui teladan (rangkap 7)
4. Berfikiran tenang dalam membuat keputusan (rangkap 10)
5. Berfikiran kreatif dan inovatif (rangkap 12)
Nilai Pengajaran
Kebijaksanaan Kita hendaklah bertindak secara bijaksana agar amalan membazir dapat
dielakkan. Sebagai contohnya, setiap insan disarankan agar bijakmelaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Kegigihan, Kita haruslah gigih berusaha agar berjaya dalam hidup. Sebagai contohnya,
setiap orang disarankan agar berusaha gigih demi mencapai kejayaan.
Kesabaran Kita haruslah bersabar agar setiap cabaran dapat dihadapi dengan tenang.
Sebagai contohnya, setiap orang disarankan agar bersabar apabila
berhadapan dengan segala rintangan hidup.
Menghargai
masa
Kita perlu sedar akan kepentingan masa kerana masa itu emas. Sebagai
contohnya, setiap orang harus menghargai masa kerana masa yang
tertangguh akan merugikan diri kita sendiri.
Bentuk:-12 rangkap, 2 baris serangkap, 4 patah perkataan dalam sebaris, semua baris ialah maksud,
9 14 suku kata. -Rima akhir: aa, bentuknya terikat.
Seloka Si Luncai
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
12/25
Rangkap Asal Maksud Gaya Bahasa
Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tidak selidik,
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tiada mengkaji,
Ada mata tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan, biarkan ...!
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.
Si Luncai tidak
bertanggungjawab dan
tidak menggunakan akal
fikiran ketika membuatkeputusan. Dia dikatakan
tidak menjaga rumahnya,
tidak mendidik anaknya,
dan tidak membela
ternakan yang dipelihara
serta tidak bercucuk
tanam di kebunnya.
Si Luncai juga tidak
menggunakan
kecerdikannya untuk
memajukan diri, malasbelajar, tidak memahami
secara mendalam kitab
yang dipelajari, tidak
melihat peluang yang ada
(melihat dengan pandangan
kosong), dan malas
berusaha walaupun ada
kekuatan fizikal.
Kesimpulannya, Si Luncai
kerugian kerana tidak
memanfaatkan segala yangdimiliki.
Anafora: ada
Repitisi: biarkan
Kata ganda:
Labu-labuKepalang: sedikit
Tema: Menggunakan akal yang waras dalam mengambil apa-apa jua tindakan.
Sekiranya kita tidak menggunakan akal dalam membuat keputusan, akhirnya tentu kita akan
menjadi seperti Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya. Tindakan seperti ini tidak
bermakna dan hanya merugikan diri sendiri dan juga negara.
Persoalan:
1. Sikap tidak bertanggungjawab membawa kerugian
2. Sikap tidak menjaga keharmonian rumah tangga.3. Sikap tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh.
4. Sikap tidak menggunakan kudrat yang ada.
Bentuk:
-1 rangkap, 12 baris serangkap, 2- 6 patah perkataan dalam sebaris,
-Rima akhir: abcdbdefgbhab
Dirgahayu Bahasaku
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
13/25
Rangkap Asal Maksud Gaya Bahasa
Tempatmu di singgahsana
hati nurani bangsaku
warga yang berbudi
setia dan amanah.
Bahasa Melayu bertakhta
dalam jiwa rakyat dan harus
diangkat martabatnya
kerana bahasa inimenjadikan rakyat Malaysia
berbudi bahasa, setia dan
amanah kepada bangsa dan
negara.
Singgahsana: tempat
raja
bersemayam/takhta
Sinkope: mu,ku
Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh.
Bahasa Melayu merupakan
maruah bangsa Malaysia
yang mesti dipertahankan
kedudukannya supaya utuh
dan kukuh dalam menempuh
dunia yang semakin canggih
dan berperanan untukmenjadi alat unuk
menyatupadukan bangsa.
Ampuh:mujarab
Metafora: laut
bijaksana
Cekal dan waja semangat pejuangku
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi.
Para pejuang bahasa
memiliki semangat waja dan
cekal untuk
mempertahankan bahasa
kebangsaan supaya kekal
menjadi milik rakyat negara
ini dan sentiasa
mendaulatkannya dalam era
globalisasi ini.
Merentas: melalui,
melintasi
Anafora: hak bangsaku
Sinkope: ku, mu, tak
Sejarah bangsa mencatatkan
kegemilangan
ke barat dan ke timur menjalin
persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku
encengkam dari pulau ke pulau
menggilap mutiara silam.
Sejarah telah mencatatkan
zaman kemasyhuran bangsa
Malaysia. Sejarah juga
membuktikan bahawa bahasa
kebangsaan telah berjaya
menjadi bahasa perhubungan
bahasa komunikasi dan
bahasa perantaraan dalam
bidang diplomatik di
peringkat antarabangsa.
Personifikasi: Sejarah
bangsa mencatatkan
kegemilangan/
bahasaku mencengkam
Inversi gagah
pelautku membelah
lautan /
di arena antarabangsa
suaramu tumbuh
Sinkope: ku
Metafora: mutiarasilam
Pengulangan
ke barat dan ke timur/
ke utara dan ke
selatan
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
14/25
Dirgahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda
mudah akrab dan bertatasusiladaripada bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru.
Bahasa kebangsaan
diharapkan akan terus
berkembang di
peringkat antarabangsa
iaitu digunakan sebagaibahasa ilmu dan menjadi
bahasa yang
melambangkan
kesopanan bangsa
Melayu. Bahasa
kebangsaan akan terus
digunakan sebagai
bahasa perpaduan dan
berupaya untuk
menghadapi rintangan
dan mencipta kejayaandalam alaf baru ini
Dirgahayu: moga-moga
dilanjutkan usia.
Sinkope: ku, mu
Kalbu: hati
Menempa:mewujudkan/mencipta
Alaf: 1000 tahun,
milenium
Tema: Bahasa Kebangsaan harus dihayati dan dicintai dan seterusnya berusaha
memartabatkannya ke mata dunia.
Persoalan: 1. Sayang akan bahasa kebangsaan
2. menghargai sumbangan bahasa kebangsaan
3. hormat akan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu
4. keyakinan dan optimis akan masa depan bahasa kebangsaan
Nilai PengajaranSemangat patriotik Kita hendaklah cinta kan bahasa kebangsaan kita sendiri dan
memartabatkan bahasa kebangsaan.
Semangat perpaduan Kita perlulah menggunakan bahasa kebangsaan untuk memupuk
perpaduan kaum.
Yakin diri Kita mestilah yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa ilmu.
Kesyukuran Kita haruslah bersyukur kerana bahasa kebangsaan negara kita,
yakni bahasa Melayu yang diwarisi sejak turun-temurun masih
digunakan hingga kini.
Hemah Tinggi Kita haruslah menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa perpaduan, bahasa berkomunikasi, bahasailmu dan bahasa perantaraan.
Bentuk:
-5 rangkap, bilangan barisnya dalam serangkap tidak sama, rima akhirnya bebas.
Nada: patriotik
Kecek (V)
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
15/25
Rangkap Asal Maksud Gaya Bahasa
1
seorang pengarah
membuka akaun semasanya
di sebuah bank ternamatetapi dalam diam
dia mencantum kemiskinan
orang lain
ke dalam amanahnya
yang telah lama pecah.
Seorang pengarah telah membuka
akaun semasanya di sebuah bank
yang terkemuka. Namun, dia telah
pecah amanah terhadaptanggungjawabnya. Dia mengumpul
harta kekayaan peribadi melalui
hasil simpanan pelanggan. Semasa
menjalankan tugas, dia begitu licik
pecah amanah dan menggelapkan
wang. Perbuatan jenayah itu telah
lama dilakukan.
Maksud kecek:
Cakap, eloteh,
Borak
Personifikasi:
Dia mencantum
kemiskinan.
2
di kampung
seorang petani
membuka akaun kemiskinannyadi ruang kedaifan
dan mengunci sedozen anak-
anaknya
di dalam pagar sengsara
tetapi dia tidak pernah
mencantum kekayaan orang lain
ke dalam getirnya
yang sudah lama
berumbi.
Di kampung, seorang petani hidup
dalam kemiskinan. Dia
membesarkan 12 orang anak dalam
keadaan yang daif dan susah,tetapi tidak pernah mengambil
harta kekayaan orang lain untuk
mengatasi kesengsaraan hidupnya.
Petani ini tidak pernah terfikir
untuk menipu sesiapa bagi
meringankan beban yang
dipikulnya sekian lama.
Kedaifan:
kelemahan,
kehinaan,
kecacatan
Metafora: ruang
kedaifan, pagar
sengara
3
di pantaiSeorang nelayan
membuka akaun sengsaranya
di rahang laut ternganga
dan mengurung sederet anak-
anaknya
di bawah pusaran nasib
tapi dia tidak pernah mengumpul
kesenangan orang lain
ke dalam kegusarannya
yang telah sekian musim
berlumutdi papan hidupnya.
Seorang nelayan di pantai telah
mencari rezeki di laut. Hidupnyamiskin kerana bergantung pada
nasibnya di laut. Dia juga
mempunyai anak yang ramai.
Walaupun hidupnya susah, namun
dia tidak pernah menggunakan
hasil titik peluh orang lain
sepanjang meniti kehidupan yang
semakin lama semakin menghimpit.
Personifikasi: di
rahang lautternganga
Metafora: rahang
laut, papan
hidupnya.
Sinkope: tapi
4 Setiap dosa dan pahala, kebaikan Perlambangan: di
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
16/25
Tuhan tidak pernah mungkir
mencatatkan setiap angka
dan nilai hitungan paling kecil
ke dalam akaun-Nya
di rumah keadilan.
dan kejahatan setiap individu
akan dicatat. Mereka akan
mendapat pembalasan dari Tuhan
seperti yang telah dijanjikan.
rumah keadilan.
Tema: Perbezaan sikap manusia dalam menjalani kehidupan.
Dalam mencari rezeki kita perlu amanah kerana wang yang diperoleh digunakan untuk
menyara keluarga. Golongan yang berjawatan didapati seringkali pecah amanah untuk hidup
mewah berbanding golongan yang berpendapatan rendah. Sebagai contohnya, orang kaya
yang tidak jujur itu sanggup melihat orang lain hidup susah asalkan mereka hidup senang di
dunia ini. Berbanding dengan orang miskin seperti petani dan nelayan, walaupun hidup mereka
susah, tetapi mereka tidak pernah menyusahkan orang lain untuk mendapatkan sesuap nasi
bagi diri dan keluarganya. Penyair secara sinis mengingatkan pembaca bahawa apa-apa sahaja
yang kita lakukan di dunia ini, semuanya tidak terlepas daripada pengetahuan Tuhan.
Perbuatan yang baik pasti mendapat balasan yang baik, sementara perbuatan yang jahat pasti
akan menerima balasan yang setimpal.
Persoalan:
1. Ketamakan harta dan wang ringgit sehingga sanggup menipu orang lain.
2. Kegigihan mencari rezeki yang halal.
3. Ketabahan melalui rintangan hidup.
4. Setiap perbuatan yang baik dan buruk akan menerima balasan daripada Tuhan.
Nilai Pengajaran
Kejujuran Kita haruslah bersikap jujur dalam menjalankan sebarang tugas.
Sebagai contohnya, golongan petani dan nelayan yang susah tidak pernah
menipu untuk mencari kesenangan hidup.Keadilan Kita mesti percaya akan keadilan Tuhan terhadap setiap perbuatan yang
kita lakukan. Sebagai contohnya, Tuhan akan membalas perbuatan
manusia seadil-adilnya.
Ketabahan Kita haruslah tabah menjalani kehidupan yang penuh dengan cabaran.
Sebagai contohnya, golongan nelayan dan petani tabah menghadapi
kesusahan hidup.
Kegigihan Kita haruslah gigih berusaha memperoleh rezseki yang halal. Sebagai
contohnya, golongan nelayan dan petani gigih berusaha untuk mencari
rezeki.
Bentuk:- 4 rangkap, bilangan barisnya tidak sama, rima akhirnya bebas.
Nada: Sinis
Bangkitlah
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
17/25
Rangkap Asal Maksud Gaya Bahasa
Anak-anak yang sedang lena
bangkitlah
matahari sudah tinggi
di puncak gunung.
Penyajak menyeru anak
bangsanya agar sedar
daripada terlena dibuai
kelalaian. Negara sudahlama merdeka dan semakin
maju.
Perlambangan:
anak-anak (anak
bangsa)
Bangkit: bangun,
sedar, insaf
Lihat jernihnya pagi ini
burung-burung berterbangan di udara
dan pepohon hijau merendang daunnya
apa kau masih belum bangkit?
Negara kita semakin
makmur dan bangsa-
bangsa asing sibuk
merebut kekayaan tanah
air. Penyajak tertanya-
tanya mengapa anak
bangsanya masih leka?
Kata ganda:
burung-burung
Bangkitlah
jangan sesal nantimadu bumi yang kekeringan
isi laut kekosongan
dan perut belantara menjadi ladang.
Penyajak menyeru anak
bangsanya bangkit darilena agar mereka tidak
menyesal. Kekayaan hasil
bumi negara semakin
berkurangan dek
pembangunan.
Anak-anak
esok apa yang akan kaumakan?
tanah atau batu atau debu?
kau mahu terus nangis
tanpa air mata?
Penyajak berasa risau
akan masa depan
bangsanya yang mungkin
terus ketinggalan dan
hidup dalam kesusahan.
Beliau tidak mahubangsanya berputih mata
(meninggal dunia).
Sinkope: kau
Kalau tidak
bangkitlah
matahari belum lagi rembang
dan burung-burung belum lagi menjamah
awan!
Jikalau bangsanya tidak
mahu perkara itu berlaku,
mereka perlu bangkit dan
berusaha. Masih ada
waktu dan kesempatan
mereka untuk maju dan
mengejar arus
pembangunan.
Personifikasi:
burung-burung
belum lagi
menjamah awan.
Rembang: waktu
matahari tepat
di atas kepala
Tema: Seruan kepada anak-anak muda agar bangkit daripada leka dan berusaha mengejar
arus pembangunan selepas kemerdekaan demi kepentingan masyarakat masa ini dan generasi
akan datang.
Persoalan:
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
18/25
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
19/25
Rangkap Asal Maksud Gaya Bahasa
ini pasar perasaan
pada gerainya duduk penjual
sentimental yang sering dikunjungi
pembeli emosional.
Penulis mendapati warung atau
kedai kopi menjadi gelanggang
untuk pengunjung melontarkan
pendapat dan berdebat.Perdebatan yang berlaku pula
dikuasai oleh emosi.
Sentimental:
bersifat
lembut,
romantisEmosional:
bertindak
mengikut
perasaan.
Metafora
Pasar perasaan
ini pasar perasaan
mereka memperdagangkan kata-kata
yang terbit daripada kalbu
bukan terbit daripada akal.
Semasa berdebat, kata-kata yang
dilontarkan lebih luahan perasaan
dan bukannya hasil daripada
pertimbangan akal fikiran.
Kata ganda:
kata-kata
Responsi:
terbit
Kalbu: hatimereka memperdagangkan hujah
yang rapuh dan lapuk
bagai kayu buruk;
yang mudah dipatahkan
bagai ranting kering.
Mereka juga melontarkan pelbagai
hujah sesuka hati tanpa sebarang
makna dan fakta kukuh. Hujah-
hujah yang sebegitu rapuh dan
mudah disangkal.
Rapuh:tidak
teguh, tidak
kuat
Anafora: bagai
Rapuh: tidak
kukuh
Lapuk: lama
Simile: bagai
ini pasar perasaan
di dalamnya mengalir sungai manusia
yang menghilirkan suara kosong.
Di warung jugalah para pengunjung
silih berganti dan kerap menjadi
tumpuan. Di sini mereka kerapberbual-bual dan berdebat kosong
tanpa kesudahan.
Metafora:
Sungai manusia
ini pasar perasaan
yang memperdagangkan akal cetek
dan tawar-menawar yang dangkal.
Di warung jugalah, para
pengunjungnya memperlihatkan
kelemahan mereka yang kurang
ilmu pengetahuan. Perdebatan
kosong terus menjadi agenda
walaupun tidak membawa
kebaikan.
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
20/25
kumasuki pasar ini
kususuri sungai sibuk ini
di tengah-tengah penjual dan pembeli
yang kaya dengan perasaan
tetapi miskin dengan kebijaksanaan.
Penyajak cuba terlibat dan
menyelami intipati perdebatan
tersebut. Beliau mendapati
pendebat-pendebat itu lebih
dikuasai emosi ketika berbicara
berbanding dengan fakta dan ilmu.
Epifora:
Kumasuki
pasar ini,
kususuri sungai
sibuk ini
Sinkope: ku
Kata ganda:
tengah-tengah
ini pasar tidak berakal
yang diriuhkan kekosongan.
Bagi penyajak perdebatan di
warung atau kedai kopi hanya
sesuai untuk mereka bercakap
tanpa berfikir dahulu. Perdebatan
nampak menarik tetapi tidak
membawa makna.
Tema: Kerenah segolongan masyarakat yang begitu lantang bersuara dan berbual kosong di
warung. Penyair secara sinisnya telah menegur sikap masyarakat yang menyuarakan pendapat
mengikut perasaan tanpa menggunakan akal fikiran.
Persoalan:
1. Perbincangan kosong dan tidak berilmiah hanya sekadar menghamburkan kata-kata dan
meluahkan perasaan.
2. Luahan pendapat akan menjadi sia-sia kerana kurangnya kebijaksanaan.
3. Pendapat tanpa ilmu dan fakta mudah dipatahkan dan ditepis.
4. Kepentingan ilmu pengetahuan dalam menyampaikan hujah.
Bentuk:
-7 rangkap, bilangan barisnya tidak sama, 3-7 patah perkataan dalam sebaris, 6 15 suku
kata dalam sebaris, rima akhirnya bebas.
Nada: sinis
Di Bawah Langit yang Sama
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
21/25
Rangkap Asal Maksud Gaya Bahasa
Di bawah langit yang sama
Kita hirupi udara
Tanpa mengira Beirutmu
Ataupun Kuala LumpurkuKita menghirup udara
Di bawah langit yang sama.
Penyajak menggambarkan
bahawa walau di mana-mana
kita berada, kita menghirup
udara yang sama dan beradadi bumi ciptaan Tuhan yang
sama.
Sinkope: mu
Repitisi: Di
bawah langit
yang samaBeirut:
Lebanon
Aku suka gerimis di Kota London
Pernah terpesona angin dingin-tajam di
Washington
Pohon-pohon hijau atau aneka warna tiada
bezanya.
Penyajak kagum akan
gerimis di kota London dan
terpesona dengan tiupan
bayu dingin di Washington.
Namun aneka warna tumbuh-
tumbuhan tetap serupa.
Kata ganda:
Pohon-pohon
London:
England
Gerimis: titik-
titik hujan
yang halus.
Washington:
AmerikaSyarikat
Siapa pun menghuni Australia penghuni
Afrika
Kerana di bawah langit ini
Kita sama.
Menurut penyajak, sama ada
seseorang itu merupakan
penduduk dari negara maju
mahupun dari negara yang
masih mundur, berlainan
warna kulit, agama dan,
budaya, semuanya tetap
tinggal di bumi yang sama.
Aku ingin menyeberangi Laut China Selatan
Layari Lautan Teduh rentasi Laluan SuteraBerkongsi siang miliki malam
Anyam cinta pelangikan zaman
Tiupkan harapan senada
Sesama kita warga dunia
Di bawah langitnya
Yang sama.
Penyajak ingin menjelajah ke
seluruh pelosok dunia yangberkongsi siang dan malam.
Beliau menyeru semua
manusia agar memupuk
perasaan cinta, mewujudkan
keharmonian zaman-
berzaman, dan
membangkitkan harapan
yang sama dalam kalangan
warga dunia kerana
semuanya berada di bawah
langit yang sama.
Hiperbola:
layari LautTeduh,
pelangikan
zaman, angin
dingin-tajam
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
22/25
Peta-peta itu yang memisahkan
Jangan tutup pos sempadan
Visa hanya keperluan rasmi seketika
Pasport dokumen pengenalan titik mula
Kita dakapi mimpi tak berbeza
gapai hasratLebur kebencian kuburkan sejarah hitam
Di bawah langit ini yang
Sama.
Penyajak mendapati manusia
sering dipisahkan oleh
sempadan negara dan untuk
memasuki negara tersebut
dokumen rasmi seperti
pasport dan visa diperlukan.Menurut penyajak, kita
mendakap impian yang sama
untuk mencapai hasrat
memperjuangkan keamanan
dan menghapuskan
kebencian dan melupakan
peristiwa silam yang buruk
di bawah langit yang sama.
Kata ganda:
Peta-peta
Kata pinjaman:
Visa, pasport
Tema: Semua manusia tetap sama walaupun di mana-mana sahaja kita berada.
Persoalan:
1. Keindahan alam semula jadi di sesuatu tempat.
2. Harapan dan impian manusia sejagat untuk kehidupan yang aman dan harmoni.
3. Garis sempadan sering kali memisahkan dan membezakan manusia.
4. Kepentingan nilai hormat-menghormati antara manusia.
Nilai Pengajaran
Bekerjasama Kita harus bekerjasama agar keamanan dunia tercapai. Sebagai
contohnya, setiap rakyat di semua negara harus bekerjasama dan
bermuafakat agar keamanan dan kesejahteraan sejagat tercapai.Hormat-
menghormati
Kita mestilah menghormati semua manusia yang berbeza agama, budaya
dan warna kulit agar dapat hidup harmoni di bumi ini. Sebagai
contohnya, setiap orang harus menghormati rakyat di negara yang
berbeza agama dan kebudayaan kerana manusia sebenarnya sama taraf
walau di mana jua mereka berada.
Rasional Kita hendaklah sedar bahawa manusia sering kali dipisahkan dan
dibezakan oleh sempadan waktu dan tempat. Sebagai contohnya, setiap
orang harus bersikap rasional dan sedar bahawa manusia di dunia ni
dipisahkan oleh faktor geografi.
Bersatu padu Kita mestilah bersatu padu dalam usaha mewujudkan hubungan harmoni
sesama negara dan rakyat. Sebagai contohnya, setiap manusia harusbersatu padu agar kehormonian antara negara dan rakyat dapat
dilahirkan.
Bentuk: - 5 rangkap, 1 -6 patah perkataan dalam sebaris, 6-15 suku kata dalam sebaris, rima
akhirnya bebas.
Nada: sinis
Arkitek Kota
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
23/25
Rangkap Asal Maksud Gaya Bahasa
hanya seniman peka
yang faham akan jiwa laut,
kenal lambung gelombangnya,
atur sungai serta diam batu,perasaan musim,
fiil langit dan sabar bumi
berhak membina kota.
Pada hemat penyajak,
tanggungjawab
merancang bandar patut
diserahkan kepadagolongan yang bercirikan
seniman. Golongan yang
peka dan benar-benar
faham akan alam
sekitar, serta arif
tentang keperluan hidup
semasa masyarakat
bandar.
Fiil: perangai
Metafora:
jiwa laut,
diam batu,perasaan
musim.
kerana arkitek matang itu anak di taman,
perenung di perpustakaan,
orang muda pulang bertandang di lorong malam,pemunggah barang pasar di subuh hari,
pengadil di bangku bijaksana,
dan datuk bandar yang bangga.
Hal ini demikian kerana
mereka merupakan
penghuni yang mendiamibandar tersebut. Dia
berperanan meneroka
ilmu, memerhati dan
mengkaji kehidupan
masyarakat, bijak
membuat penilaian dan
berbakat sebagai
pemimpin yang
melaksanakan pelan
pembangunan di
sesebuah bandar denganmengambil kira
kepentingan umum.
dia harus sayangkan lagu burung,
pemancing di teduh pohon,
pemerhati tasik,
pengawas bintang,
dan bunga menjalar di beranda.
Perancang bandar
tersebut seharusnya
mencintai alam sekitar.
Kehidupan flora dan
fauna dipelihara.
Keindahan alam semula
jadi dipertahankan,
malah diperindah
dengan landskap yangmempesona.
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
24/25
pencipta kota ialah
pendekar muda dengan langkah berbagai-
bagai,
kelakar tua yang mengampungkan cerita
orang bercinta yang perlukan bulan.
Perancang bandar pada
hakikatnya merupakan
seorang generasi muda
yang bersmangat waja,
yang tampil dengan
pelbagai strategi, sekaligus menghimpunkan
pesanan orang tua
bahawa bandar yang
dirancang memiliki jiwa
alam sekitar.
Mengampungkan:
Menghimpunkan,
mengumpulkan
dia pengukir ruang hidup
penghias suasana sempurna,
membenarkan penemuan,
memungkinkan kemungkinan.
Perancang bandar juga
mereka bentuk
keselesaan warga kota
supaya beroleh
kehidupan yang
sejahtera. Maka,perancang bandar harus
bersikap terbuka
terhadap segala
penemuan dan
kemungkinan yang
mungkin berbeza dengan
pengalaman ikhtisas
(profesional) mereka.
Dan Seberang Diri. Perancang bandar
melihat keadaan
daripada sudutpandangan orang lain
selain pandangan
dirinya.
Tema: Kerjaya sebagai seorang perancang bandar atau Arkitek Kota.
Peranan perancang bandar penting dalam melaksanakan pelan pembangunan di
sesebuah bandar, iaitu dengan tidak mengabaikan kepentingan alam sekitar.
Keselarasan dan keseimbangan antara pembangunan kota dengan penjagaan alam
sekitar adalah perlu.
Persoalan:
a. keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan.
b. Pembangunan kota perlu dilihat daripada pelbagai aspek.
c. Kepentingan menjaga alam sekitar.
d. Generasi muda memiliki pelbagai idea bernas.
7/29/2019 Pantun 6 Kerat (Dirgahayu Bahasaku)
25/25
Nilai Pengajaran dan contoh:
Cinta akan alam
sekitar
Kita hendaklah memulihara dan menjaga habitat flora dan fauna ketika
membuat perancangan pembangunan bandar agar keindahan alam
terpelihara. Sebagai contohnya, perancangan bandar harus diringi
dengan kepentingan alam sekitar.
bertoleransi. Kita hendaklah mengambil kira kepentingan rakyat ketikamembangunkan negara agar rakyat hidup selesa. Sebagai contohnya,
perancang bandar harus memikirkan perasaan rakyat ketika
membangunkan bandar agar rakyat hidup ceria lagi selesa.
bertanggungjawab Kita hendaklah menjadi perancang yang bertanggungjawab, yang
mempunyai pelbagai idea bernas dan alternatif. Sebagai contohnya,
perancang bandar harus berfikiran kreatif dan inovatif ketika
merancang sesuatu pembangunan.
Kebijaksanaan Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana agar keperluan
rakyat terpelihara dan pembangunan bandar dapa dijalankan dengansempurna. Sebagai contohnya, perancang bandar harus bijak
membangunkan bandar di samping menjaga kepentingan rakyat.
Rasional Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang mungkin timbul akibat
pembangunan kota agar keselamatan rakyat terjamin. Sebagai
contohnya, perancang bandar harus menjaga keselamatan rakyat agar
rakyat tidak hidup menderita akibat bencana yang timbal kesan
daripada pembangunan.
Bentuk:
1. Bentuk bebas.
2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
- Rangkap 1 - 7 baris ayat
- Rangkap 2 - 6 baris ayat
- Rangkap 3 - 5 baris ayat
- Rangkap 4 - 2 baris ayat
3. Rima akhir setiap rangkap
- Rangkap 1 abacdea
-Rangkap 2 aabcdd
- Rangkap 3 abcad
- Rangkap 4 ab
Nada: Sinis
menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya.