1 Tingkatan
Panduan Mengisi Borang Dalam Sistem
Permohonan Kemasukan ke Maahad
Tahfiz Negeri Pahang Tingkatan 1 2021
– Tahfiz Profesional
ALIRAN PROSES PERMOHONAN SECARA ONLINE
ISI BORANG PERMOHONAN
ONLINE
HANTAR BORANG
PERMOHONAN
JALANI UJIAN IQ ONLINE
(MASA : 1 JAM 30 MINIT)
SELESAI PERMOHONAN
1. Sila rujuk bahagian – PERMOHONAN KEMASUKAN TAHFIZ PROFESIONAL TINGKATAN 1 2021
2. Terdapat 4 menu utama yang berkaitan dengan sistem permohonan :-
i. PANDUAN : Untuk mendapatkan panduan mengisi borang permohonan
ii. SYARAT : Untuk mendapatkan syarat kemasukan ke MTNP Tahfiz Profesional Tingkatan 1 2021
iii. PERMOHONAN : Untuk mengisi borang permohonan atas talian
iv. SEMAKAN : Untuk semakan berkaitan permohonan yang telah dimohon
3. Bagi memulakan proses permohonan, sila klik pada pautan – PERMOHONAN
Melalui portal Maahad Tahfiz Negeri Pahang atau
Melalui Sistem Kampus – ASIS, klik pada pautan - Pendaftaran
4. Menu utama permohonan diberikan kepada 3 kategori :- (Sila rujuk syarat untuk lebih lanjut)
i. Program Tajaan Penuh : Permohonan dengan gaji seisi keluarga dibawah RM 8,000.00
ii. Program Tajaan Bersyarat : Permohonan dengan gaji seisi keluagar melebihi RM 8,000.00 dan
dikenakan bayaran sebanyak RM 300.00 setiap bulan
iii. Program Pembiayaan Sendiri : Permohonan tidak mencukupi syarat-syarat tajaan
5. Syarat permohonan akan dipaparkan dan sila klik pada (SETUJU). Klik (Teruskan) untuk selanjutnya
6. Sila lengkapkan maklumat pelajar berkaitan sekolah, nama dan maklumat berkaitan ke dalam ruangan yang
disediakan dan klik (Teruskan).
Peringatan.
a. Sila pastikan Nombor KP mengikut format yang dikehendaki (Cth :880101060101).
b. Nombor telefon bimbit yang dimasukkan mestilah nombor yang masih aktif untuk urusan makluman
melalui sms.
c. Sila pastikan anda mengisi SEMUA maklumat yang terdapat di bahagian ini.
7. Lengkapkan maklumat ibubapa di ruangan yang disediakan dan klik (Teruskan).
Perhatian.
a. Pastikan no KP mengikut format yang dikehendaki (Cth :880101060101).
b. Bagi ruangan maklumat ibu, sila klik suri rumah jika ibu tidak bekerja.
c. Sila pastikan anda mengisi SEMUA maklumat yang terdapat di bahagian ini.
d. Sila masukkan gaji kasar ibubapa/penjaga pemohon
8. Lengkapkan nama sekolah terdahulu dan maklumat Peperiksaan Akademik berpandukan kepada Peperiksaan
Akhir Tahun Darjah 5 Tahun 2019 dan klik (Teruskan).
Perhatian.
a. Senarai subjek yang disenarai pendek sahaja perlu dimasukkan gred yang diperolehi
b. Minimum kelayakan ialah dengan mendapat 2A dan lulus semua mata pelajaran
9. Sila lengkapkan maklumat kokurikulum berkaitan kepimpinan, jenis sukan, badan uniform dan kelas yang
diwakili pemohon. Jika mendapat pencapaian khas sila isikan dan klik (Teruskan).
10. Lengkapkan maklumat berkaitan tanggungan seisi keluarga merangkumi nama, pendidikan dan tahun
dilahirkan. Sila klik (Teruskan).
11. Sila masukkan maklumat untuk dihubungi apabila berlaku kecemasan. Isikan nama dan hubungan dengan
pemohon. Seterusnya klik (Teruskan).
12. Sila berikan maklumat penyakit atau alahan untuk makluman pihak MTNP. Isikan maklumat tambahan jika
pemohon berkaitan. Klik (Teruskan).
PENTING BUAT PEMOHON :
13. Sebelum pengesahan disahkan benar, pemohon dikehendaki menjalani UJIAN IQ secara atas talian. Klik pada
pautan (KLIK SINI), paparan seterusnya akan meminta pemohon untuk mengisi maklumat email yang sah bagi
mendapatkan pautan UJIAN IQ.
Perhatian.
i. Pastikan talian internet adalah stabil. Ujian hanya boleh dijalankan sekali sahaja bagi setiap pemohon
ii. Jika menjawab ujian sebelum tamat tempoh, pemohon boleh terus klik pada (Submit) dan kembali
kepada borang permohonan seperti di para 14
iii. Jika menjawab ujian selepas tempoh tamat tempoh, pemohon tidak akan dapat meneruskan soalan-
soalan seterusnya. Markah akan direkodkan dan pemohon boleh meneruskan pengesahan
permohonan seperti di para 14.
Sila buka email yang telah di daftarkan dan semak di dalam ‘INBOX’.
Pastikan pemohon telah bersedia untuk menjawab, dan klik pada (Open the form) untuk menjalani ujian IQ.
Sila baca arahan dan klik (Next) untuk meneruskan ujian
Sila masukkan butiran-butiran berikut dengan tepat
iv. Nama Penuh (seperti di dalam Kad Pengenalan)
v. No Kad Pengenalan (tanpa -, Cth : 800101065141)
vi. No telefon yang sah danboleh dihubungi
vii. Alamat rumah
Nota : Untuk Ujian IQ anda dibenarkan menggunakan kalkulator jika perlu
14. Setelah selesai menjalani ujian IQ.pengesahan permohonan adalah peringkat akhir pengisian borang. Pastikan
maklumat yang diisi adalah benar dan pihak MTNP berhak menolak jika didapati terdapat keraguan dalam
maklumat yang diberikan. Klik pada (Pengesahan) dan seterusnya klik pada (Hantar Permohonan Ini).
Sistem akan memaklumkan no rujukan dan pemohon boleh mencetak maklumat bagi tujuan rujukan. Kemaskini
dibenarkan sebanyak 3 kali jika terdapat kesilapan dengan menggunakan no kad pengenalan (KP) Pemohon.
SEMAKAN PERMOHONAN (UNTUK KEMASKINI / PERTANYAAN STATUS PERMOHONAN)
Klik pada (PRMOHONAN TINGKATAN 1 SESI 2021) di portal utama www.tahfizpahang.edu.my
Pada menu utama pengambilan tingkatan 1 klik pada pautan (SEMAKAN), Rujuk para 2.
http://www.tahfizpahang.edu.my/
Sila isikan no KP pemohon dan klik (Submit)
Pemohon boleh mengemaskini maklumat jika di bahagian (Edit) memaparkan Profile (Edit)
Untuk meneruskan kemaskini klik (Profile (Edit))
Paparan akan memaparkan borang permohonan online, rujuk manual permohonan online jika memerlukan
bantuan.
Status permohonan dikategorikan kepada berikut :
viii. TEMUDUGA : Pemohon yang mencukupi syarat dan surat tawaran temuduga
dimaklumkan.
ix. GAGAL TEMUDUGA : Pemohon tidak mencukupi syarat
Paparan TEMUDUGA bagi yang mencukupi syarat, untuk mencetak surat tawaran, sila klik (Tawaran Temuduga)
Paparan GAGAL TEMUDUGA jika pemohon tidak mencukupi syarat kemasukkan
Top Related