2
Isi
Isi
Muka
Gambaran Keseluruhan 1. Latar Belakang 3 2. Objektif-objektif 3
3. Kelayakan 3 4. Kategori-kategori 3
Butir-butir Pertandingan 1. Tarikh Tutup Pendaftaran
2. Tarikh-tarikh & Waktu-waktu Penting 3. Pendaftaran & Penyertaan
4. Cara Mendaftar 5. Yuran Pendaftaran 6. Cara Pembayaran
Jadual Pertandingan
4
4 4
5 5 5
1. Taklimat & Demonstrasi 6 2. Jadual Pertandingan 6
Syarat dan Peraturan 1. Format Cabaran 7
2. Peraturan Permainan / Pertandingan 8
3. Syarat bagi Peserta/Pencabar Individu 8
4. Syarat bagi Peserta/Peserta Berkumpulan 8
5. Perhatian 9
6. Kriteria Pengadilan 9 7. Penilai 10 8. Hadiah & Anugerah 10
9. Fotografi & Rakaman Video 10
The Theatre Practice Ltd.
54 Waterloo Street, Singapore 187953
Tel: 6337 2525 Fax: 6358 2565
Websites: www.practice.org.sg / www.nationalstorychallenge.com
Email: [email protected]
Blog: blog.omy.sg/ttp
thetheatrepractice
3
Gambaran Keseluruhan
1. Latar Belakang
Diperkenalkan pada Jun 2006 sebagai sebahagian dariapda program Street Play
kami untuk acara Fringe Festival Seni Singapura, ‘Cabaran Bercerita Kebangsaan’
telah mendapat sambutan hangat dari para penonton dan peserta. Diilhamkan dan
dianjurkan oleh The Theatre Practice (arakian disebut sebagai “Penganjur”),
‘Cabaran Bercerita Kebangsaan’ secara rasminya telah dilancarkan sebagai
pertandingan bercerita improvisasi kebangsaan pada tahun 2007, mengetengahkan
kategori bahasa Inggeris dan Mandarin. Kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil
telah pun masing-masing diperkenalkan sejak tahun 2014 dan 2015. Kini suatu
acara tahunan, 2017 menandakan kejohanan Cabaran yang kesepuluh sambil kita
terus mencabar ketajaman dan kreativiti minda!
2. Objektif-objektif
Cabaran Bercerita Kebangsaan dinamakan sedemikan kerana ia menguji kebijakan
para Peserta. Cabaran Bercerita Kebangsaan memerlukan kebolehan yang pelbagai
termasuk daya fikir mahupun kreativiti, serta kebolehan bekerjasama dalam
kategori Kumpulan. Selain daripada itu, pertandingan ini diharapka dapat
meningkatkan kelancaran berbicara serta minat pada bahasa.
3. Kelayakan
Cabaran Bercerita Kebangsaan terbuka kepada semua pelajar Sekolah Rendah dan
Menengah MOE. Tidak tertakluk kepada kerakyatan, bangsa atau jantina.
4. Kategori-kategori
Cabaran Bercerita Kebangsaan terbahagi kepada pertandingan dalam bahasa
Inggeris, Mandarin, Melayu dan Tamil, termasuk penyertaan secara Individu dan
Berkumpulan bagi bahasa masing-masing. Berikut adalah 16 kategori-kategori
tersebut.
Kategori Mandarin Individu
Sekolah Rendah
Kategori Inggeris
Individu
Sekolah Rendah
Kategori Melayu
Individu
Sekolah Rendah
Kategori Tamil
Individu
Sekolah Rendah
Kategori Mandarin Berkumpulan
Sekolah Rendah
Kategori Inggeris
Berkumpulan
Sekolah Rendah
Kategori Melayu
Berkumpulan
Sekolah Rendah
Kategori Tamil Berkumpulan
Sekolah Rendah
Kategori Mandarin Individu
Sekolah Menengah
Kategori Inggeris Individu
Sekolah Menengah
Kategori Melayu Individu
Sekolah Menengah
Kategori Tamil Individu
Sekolah Menengah
Kategori Mandarin
Berkumpulan Sekolah Menengah
Kategori Inggeris
Berkumpulan
Sekolah Menengah
Kategori Melayu
Berkumpulan
Sekolah Menengah
Kategori Tamil
Berkumpulan
Sekolah Menengah
4
Butiran Pertandingan
1. Tarikh Tutup Pendaftaran
Tarikh Tutup Pendaftaran: 03 Feb 2017, 12tgh
2. Tarikh-Tarikh & Waktu-waktu Penting
Tempat Acara Kategori Tarikh Waktu
Akan
Ditetapkan
Taklimat &
Demonstrasi
Inggeris/
Mandarin/
Melayu/Tamil
18.02.2017
(Sabtu)
1000 – 1300 (Rendah)
1400 - 1700 (Menengah)
Pusing Awal /
Kelayakan
Inggeris/
Mandarin/
Melayu/Tamil
25.02.2017
(Sabtu)
0900 – 1300 (Rendah)
1400 - 1700 (Menengah)
Separuh akhir
Inggeris/
Mandarin/
Melayu/Tamil
04.03.2017
(Sabtu) Akan Ditetapkan
Akhir
Inggeris/
Mandarin/
Melayu/Tamil
11.03.2017
(Sabtu) Akan Ditetapkan
3. Pendaftaran & Penyertaan
a. Semua peserta dikehendaki mendaftar melalui sekolah masing-masing.
b. Cabaran individu hanya terhad kepada perserta berdaftar.
c. Hanya 4 peserta sekumpulan dalam kategori berkumpulan. Hanya 3 peserta
daripada 4 peserta tersebut boleh dipilih untuk bertanding pada sesuatu
masa.
d. Setiap sekolah boleh menghantar maksimum 2 Peserta Individu dan 2
Kumpulan untuk setiap Kategori Bahasa.
e. Seorang pelajar boleh mendaftar untuk mengambil bahagian dalam lebih dari
1 kategori (contoh: Mengambil bahagian dalam kategori Individu dan
Berkumpulan). Namun pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab
sekiranya terdapat pertembungan waktu di antara kategori-kategori yang
berbeza.
f. Had usia: Sekolah rendah: Hanya 7 hingga 12 tahun (dilahirkan pada 1 Jan
2005 hingga 31 Dec 2010); Sekolah menengah : Hanya Menengah 1 hingga 5
(Tiada tahap Menengah Tinggi)
g. Sekiranya peserta telah berdaftar, tiada penukaran pada butiran peserta
dibenarkan.
h. Sekiranya sebuah Kategori tidak mempunyai penyertaan yang mencukupi,
5
pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kategori tersebut daripada
pertandingan.
4. Cara Pendaftaran
Melalui pendaftaran dalam talian sahaja : www.nationalstorychallenge.com
*Perhatian: Pihak Penganjur akan menelefon atau emel guru bertanggungjawab
setelah menerima pendaftaran dalam talian. Sila hubungi kami di 6337 2525
sekiranya anda tidak menerima sebarang panggilan daripada kami dalam masa
3 hari kerja.
5. Yuran Pendaftaran
$15 bagi setiap pendaftaraan Individu; $35 bagi setiap pendaftaraan
Berkumpulan (yuran termasuk GST)
6. Cara Pembayaran
Bayaran untuk Yuran Pendaftaraan mesti diproses menjelang 17 Feb 2017.
Sekiranya terdapat bayaran yang diterima selepas tarikh ini, Pihak Penganjur
berhak untuk membatalkan penyertaan peserta itu.
Wang Tunai:
Sila buat pembayaran di The Theatre Practice dari 10pagi hingga 6ptg, Isnin –
Jumaat.
Cek:
Sila hantar cek berpalang kepada : “The Theatre Practice Ltd.”
Sila tandakan nama sekolah dan nama guru bertanggungjawab di belakang cek
untuk tujuan pengenalan.
E-invois:
Invois elektronik akan dihantar ke sekolah anda untuk bayaran.
Invois:
Invois kertas akan dihantar ke sekolah anda untuk bayaran.
Alamat The Theatre Practice:
Perhatian: “Story Challenge”
54 Waterloo Street
Singapore 187953
Nombor Telefon Pejabat : 6337 2525
Nombor Faks: 6358 2565
6
Jadual Pertandingan
1. Taklimat & Demonstrasi
Objektif
Taklimat dan demonstrasi bertujuan untuk memudahkan pemahaman tentang
peraturan pertandingan. Sebaik-baiknya, semua peserta dan guru digalakkan untuk
hadir. Wajib bagi setiap sekolah untuk menghantar sekurang-kurangnya seorang
guru dan seorang pelajar sebagai wakil.
Waktu & Tarikh
Kategori Inggeris/Mandarin/Melayu/Tamil (sesi serentak)–18 Februari 2017, Sabtu
Pelajar Sekolah Rendah : 10:00pagi – 1:00ptg
Pelajar Sekolah Menengah : 2:00ptg – 5:00ptg
2. Jadual Pertandingan
Pusingan Kelayakan
Kategori Inggeris/Mandarin/Melayu/Tamil (sesi serentak)
- 25 Februari 2017, Sabtu
Aturcara persembahan:
Akan ditentukan melalui undian semasa sesi Taklimat & Demonstrasi.
(Mereka yang tidak hadir akan diberitahu keputusan undian oleh pihak Penganjur.)
Pusingan Separuh Akhir
Kategori Inggeris/Mandarin/Melayu/Tamil (sesi serentak)
- 4 Mac 2017, Sabtu
Pusingan Akhir
Kategori Inggeris/Tamil – 11 Mac 2017, Sabtu
Masa: Akan ditetapkan.
Kategori Mandarin/Melayu/Tamil (sesi serentak) – 11 Mac 2017, Sabtu
Masa: Akan ditetapkan.
Lokasi bagi Taklimat/Demonstrasi & Pertandingan
Akan ditetapkan.
7
Syarat & Peraturan
1. Format Cabaran
Cabaran Bercerita Kebangsaan dijalankan dengan kaedah penyingkiran sahaja.
Pusingan Kelayakan:
18 Peserta Berkumpulan atau Individu akan dipilih layak ke peringkat separuh
akhir.
Separuh akhir:
18 Peserta Berkumpulan atau Perseorang akan dibahagikan kepada 6 Kumpulan.
Setiap kumpulan akan mempunyai tajuk yang sama, setiap peserta
Berkumpulan atau Individu akan diberikan syarat berbeza.
6 peserta Berkumpulan atau Individu akan dipilih layak ke peringkat akhir.
Akhir:
6 peserta Berkumpulan atau Individu akan dibahagikan kepada 2 Kumpulan.
Setiap kumpulan akan mempunyai tajuk yang sama, setiap peserta
Berkumpulan atau Individu akan diberikan syarat berbeza.
2 peserta Kumpulan atau Individu akan dipilih bertanding untuk merebut
gelaran Juara dan Naib Juara.
Perhatian: Kumpulan Pertandingan dan penyususan penyampaian akan ditentukan
melalui undian.
8
2. Peraturan Permainan/Pertandingan
a. Aturcara persembahan akan ditentukan melalui undian untuk semua peserta
sebelum Cabaran Bercerita Kebangsaan bermula.
b. 15 minit sebelum persembahan, semua peserta akan diberikan tajuk yang
sama. (contoh: xxx)
c. Sebelum persembahan bermula, setiap peserta akan menerima syarat unik
untuk cerita mereka. (contohnya, terdapat kemalangan dalam cerita ATAU
perkataan “maaf” mesti dilafazkan sebanyak 3 kali dalam cerita itu)
d. Para peserta mesti menyampaikan cerita asal yang memenuhi kriteria tajuk,
syarat unik dan had masa. Markah akan diberikan untuk kreativiti, daya
penyesuaian, dan ekspresi dalam bercerita.
Sila ambil perhatian:
Perkataan yang diberikan hanya boleh digunakan seperti mana ia dieja;
hanya konteks penggunaan perkataan itu boleh diubah secara kreatif.
Perkataan tersebut hanya boleh digunakan sesuai dengan maknanya.
3. Syarat bagi Peserta/Pencabar Individu
a. Aturcara persembahan akan ditentukan melalui undian bagi semua pencabar
sebelum Cabaran Bercerita Kebangsaan bermula.
b. 15minit sebelum persembahan bermula, pencabar akan menerima tajuk
umum. Persiapan untuk cerita boleh bermula.
c. 3 minit sebelum persembahan, peserta boleh menuju ke daerah menunggu
dan menerima syarat unik.
d. Setiap cerita yang dipersembahkan harus mengambil masa selama 2 hingga
3 minit. Selepas 2 minit, tanda hijau akan ditayangkan. Selapas 2.5 minit,
sebuah indikator merah akan ditayangkan. Setelah masa tamat (3 minit),
lonceng akan dibunyikan. Peserta dikehendaki untuk menyudahkan cerita
mereka serta-merta. Jika mereka tidak menyudahkan cerita semasa loceng
berbunyi, fasilitator akan mencelah. Markah akan dipotong jika fasilitator
harus mencelah masuk di akhir penyampaian.
e. Para penilai tidak boleh diganggu sehingga keputusan diselesaikan.
4. Syarat bagi Peserta/Peserta Berkumpulan
a. Aturcara persembahan akan ditentukan melalui undian bagi semua pencabar
sebelum Cabaran Bercerita Kebangsaan bermula.
b. 15 minit sebelum persembahan bermula, peserta/pencabar akan menerima
tajuk umum. Persiapan untuk cerita boleh dimulakan.
c. 3 minit sebelum persembahan, peserta boleh menuju ke tempat menunggu
dan menerima syarat unik.
d. Setiap persembahan bercerita harus mengambil masa selama 3 hingga 4
minit. Selepas 3 minit, sebuah indikator hijau akan ditayangkan. Selapas
3.5minit, tanda merah akan ditayangkan. Setelah masa tamat (4 minit),
lonceng akan dibunyikan. Peserta dikehendaki untuk menamatkan cerita
mereka serta-merta. Jika mereka tidak menamatkan cerita semasa loceng
berbunyi, fasilitator akan mencelah. Markah akan dipotong jika fasilitator
9
harus mencelah masuk di akhir penyampaian.
e. Para penilai tidak boleh diganggu sehingga keputusan diselesaikan.
5. Perhatian
a. Semua peserta harus berpakaian kemas dan sopan. Pakaian terdedah serta
kostum luar biasa tidak dibenarkan.
b. Pihak penganjur akan menyediakan 3 kerusi dan 3 mikrofon tanpa wayar;
tiada peraturan atau batasan mengenai cara kerusi-kerusi tersebut
digunakan, hanya ia harus digunakan secara selamat. Tiada alat lain akan
dibenarkan di atas pentas.
c. Peserta/Pencabar harus datang tepat pada waktu. Pihak Penganjur berhak
untuk membatalkan penyertaan peserta yang lambat.
d. Apabila para peserta menerima tajuk pertandingan, setiap bentuk
perbincangan dengan orang luar serta penggunaan telefon bimbit
(termasuk, tetapi tidak terhad pada menghantar pesanan teks) tidak
dibenarkan. Peserta juga tidak dibenarkan untuk keluar dari bilik menunggu.
Sebarang komunikasi yang tidak dibenarkan boleh mengakibatkan
pembatalan serta-merta.
e. Persembahan/penyampaian harus menetapi batasan masa. Markah akan
dipotong dengan sewajarnya jika cerita itu lebih pendek atau panjang dari
masa yang diberikan. Sila rujuk kepada kriteria pengadilan.
f. Para pencabar/peserta harus mengelak tema sensitif dalam cerita-cerita
mereka, termasuk tetapi tidak terhad kepada politik, seks, bangsa, agama
dan keganasan.
g. Jika anda ingin mengemukakan bantahan, sila temui pihak Penganjur
sebelum keputusan diumumkan.
h. Semua keputusan pihak Penganjur mengenai syarat dan keputusan Cabaran
Bercerita Kebangsaan adalah muktamad.
6. Kriteria Pengadilan
a. Kandungan (60%)
- Cerita itu harus asli, dan dihasilkan sewaktu jangka masa persiapan yang
diberi.
- Cerita itu harus mengenai tajuk yang diberi termasuk syarat unik.
- Cerita itu harus berstruktur dan lengkap.
- Harus mencerminkan pemikiran yang jelas serta makna.
- Mengemukakan idea baru dan kreativiti.
b. Ekspresi (40%)
- Kejelasan suara dan penggunaan bahasa
- Ekspresi lisan serta fisikal
- Bakat Individu atau Kerjasama Kumpulan
- Penggunaan ruang pentas and alat-alat (kerusi akan diberikan)
c. Pengurusan Masa
Jika jangka masa persembahan/penyampaian melebihi atau tidak
memenuhi syarat masa yang diberi (iaitu, cerita tamat sebelum indikator
10
hiijau ditayangkan atau loceng dibunyikan), 10 markah akan dipotong dari
jumlah markah keseluruhan (iaitu 100 markah).
7. Penilai
Panel penilai terdiri daripada golongan profesional bidang teater dan pendidikan.
8. Hadiah & Anugerah
a. Kesemua 18 peserta Berkumpulan atau Individu yang dipilih dari peringkat
kelayakan bakal menerima sijil penyertaan.
b. Gelaran Juara, Naib Juara & 4 peserta peringkat separuh akhir akan
diumumkan bagi setiap kategori.
c. Piala Cabaran untuk Juara Berkumpulan: Setiap tahuan, Piala Kristal buatan
tangan akan diberikan kepada sekolah berjaya, lengkap dengan ukiran nama
sekolah tersebut di atasnya. Piala ini akan dipamerkan di sekolah tersebut
selama setahun. Sekolah itu akan memulangkannya dalam keadaan baik.
Sekiranya ada kerosakan pada piala, maka sekolah tersebut akan
menanggung kos piala gentian jika perlu.
9. Fotografi & Rakaman Video
a. Setiap peserta setuju untuk dirakam dan difoto ketika mengambil bahagian
dalam Cabaran Bercertia Kebangsaan.
b. Para penganjur berhak untuk menyimpan, menerbit, menggunakan,
menyalin, mengadaptasi, mengedar, membuat persembahan secara umum,
menayangkan atau mengubah gambar-gambar serta rakaman-rakaman yang
mempamerkan nama, imej, suara dan/atau apa-apa yang terdapat
persamaan dengan para peserta, melalui semua bentuk media.
c. Ketika pertandingan berlangsung, para penonton boleh mengambil gambar
dan membuat rakaman. Asalkan mereka di tempat duduk mereka dan tidak
menggunakan flash. Para penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya
timbul isu-isu undang-undang atau penciplakan yang timbul daripada
gambar-gambar atau rakaman-rakaman penonton-penonton tersebut.
Top Related