PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP
INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM
NURULFITRI BINTI ASMAWI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM
SESI PENGAJIAN : 2008/ 2009
Saya : NURULFITRI BINTI ASMAWI
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh: _______________________ _________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : NO.2, JALAN SERI AMAN SUNGAI NIPAH, SIMPANG LIMA DR. OTHMAN BIN NAPIAH 45300 SUNGAI BESAR Nama Penyelia SELANGOR
Tarikh : 28. APRIL. 2009 Tarikh : 28. APRIL. 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
√
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai
skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Pengajian Islam)”
Tandatangan : ……………………………………………
Nama Penyelia : DR. OTHMAN BIN NAPIAH
Tarikh : …………………………………………….
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil usaha dan kerja saya sendiri kecuali nukilan
ringkas yang setiap satunya telah dijelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ………………………………………..
Nama Penulis : NURULFITRI BINTI ASMAWI
Tarikh : ………………………………………..
iii
PERSEPSI PELAJAR TAHUN TIGA DAN EMPAT SPI, UTM TERHADAP
INSTITUSI KEKELUARGAAN ISLAM
NURULFITRI BINTI ASMAWI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
iv
Dedikasi
Jutaan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada
Ayahanda Asmawi bin Hj Ehsan, dan Bonda Siti Maimon binti Rosli
yang amat dikasihi dan disayangi .
Segala jasa dan pengorbanan kalian
tidak akan anakanda lupakan sehingga ke akhirnya.
Buat Kekanda Dzikri yang diingati,
Segala yang dirasakan indah bukan untuk selamanya,
Adinda-adinda yang dikasihi, Dzakiah, Dzulhelmi, Dzulrusydi, dan Dzulfahmi,
Ingatlah, hidup di dunia hanya sementara,
Sediakanlah bekalan secukupnya sebelum Izrail datang menjemput
Semoga kalian sentiasa berada di bawah rahmat Illahi.
Teristimewa buat para pensyarah.
Terima kasih di atas segala jasa dan ilmu yang telah dicurahkan selama ini.
Ku mohon, halalkanlah segala ilmu yang telah diberikan.
Buat insan-insan teristimewa,
Pizah, Siti, Dalina, Hanan, Enab, Kak Mas, Iwa, dan Min.
Terima kasih di atas pertolongan kalian
dalam menambahbaikan apa yang terkurang dan terlebih.
Semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat.
Sahabat-sahabat seperjuangan.
Terima kasih di atas segala jasa, pengorbanan, dan tunjuk ajar kalian.
Semoga perkenalan dan perhubungan kita
menjadi kenangan terindah dalam memori selamanya.
Ingat daku dalam doa kalian.
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin. Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi
kerana dengan Taufiq dan hidayahnya, saya telah berjaya menyiapkan Projek Sarjana
Muda ini dengan sempurna. Semoga dengan usaha dan hasil yang sedikit ini dapat
memberikan manfaat kepada semua.
Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan penghargaan dan
rasa terima kasih khas buat Dr. Othman bin Napiah selaku penyelia Projek Sarjana
Muda di atas segala tunjuk ajar, nasihat, dan dorongan yang bernas yang telah diberikan
sepanjang saya menyelesaiakan projek ini. Segala tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan
amat berharga buat saya.
Ucapan penghargaan kepada pelajar-pelajar Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Pengajian Islam) Universiti Teknologi Malaysia dan Pelajar-pelajar
Sarjana Muda Pendidikan Islam, Universiti Malaya di atas kerjasama yang telah
diberikan untuk projek ini. Juga tidak dilupakan kepada sahabat-sahabat di UTM, UM,
dan UKM yang telah banyak membantu dan tidak jemu memberikan dorongan dan
semangat.
Akhirnya, terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Perpustakaan Utama,
UM dan Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM serta semua pihak yang terlibat selama
setahun ini samada secara langsung atau sebaliknya dalam menjayakan usaha saya untuk
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Kerjasama kalian amat dihargai. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat
membalas segala jasa yang telah diberikan. Semoga segala usaha mendapat keberkatan
dan rahmat dari-NYA. Jazakallahu khairan kathira. InsyaALLAH.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persepsi dan tahap pengetahuan
pelajar-pelajar terhadap institusi kekeluargaan Islam. Di samping itu, pengkaji juga
ingin mengenalpasti apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam sebuah keluarga Islam dan
tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap ahli keluarga. Kajian ini melibatkan
responden seramai 88 orang dan semua responden terdiri daripada pelajar-pelajar tahun
3 dan 4 SPI di UTM. Analisis deskriptif dilakukan untuk mendapatkan nilai kekerapan,
peratusan dan min. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah soal selidik bagi
mendapatkan data kajian dan pemprosesan data yang diperolehi adalah dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 14.0 for windows.
Hasil kajian rintis yang telah dilakukan menunjukkan nilai-Cronbach’s Alpha 0.921.
Dapatan min sebanyak 4.62 menunjukkan bahawa responden mengetahui perkara-
perkara yang menjadi asas dalam pembinaan keluarga Islam, ciri-ciri yang perlu ada
dalam sebuah keluarga Islam dan tanggungjawab setiap ahli keluarga. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan responden telah memberikan maklum
balas yang positif terhadap aspek yang telah dikaji. Pada akhir kajian, pengkaji telah
mengemukakan beberapa cadangan secara umum untuk diberi perhatian terhadap
masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk pengkajian pada
masa akan datang.
vii
ABSTRACT
The purpose of this research is to determine the perception and the level of
knowledge of the respondents about the Islamic family institutions. Besides, the reason
of this research is to determine about the characteristics that should be applied in the
Islamic family and the responsibility in each member of the family. This research is
indicating of 88 respondents and all of the respondents are involving the students from
year 3 and 4 SPI in UTM. The descriptive analysis was carried out to find the frequency,
percentage, and mean. Questionnaires as instrument have been used to determine the
data of the experiment and to process the data that have been obtained, researcher using
Statistical Package for Social Science (SPSS) 14.0 for windows software. The pilot study
showed that Cronbach’s Alpha 0.921. The mean for all three objectives is 4.62 shows
that the respondents know about the basic matters in Islamic marriage, the characteristic
in Islamic family and the each members responsibilities in family. In the end of this
experiment, the researcher gives several general suggestions to focus about the problem
that has been studied. The researcher also gives some futher suggestions for the next
research.
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN PELAJAR
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN / SIMBOL xiii
INDEKS AL-QURAN xiv
INDEKS HADIS xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan kajian 9
1.8 Skop Kajian 9
1.9 Takrifan Istilah 10
1.9.1 Persepsi 10
1.9.2 Pelajar 10
1.9.3 Institusi 11
1.9.4 Kekeluargaan 11
ix
1.9.5 Islam 11
1.10 Kesimpulan 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Asas Pembinaan Keluarga Islam 14
2.2.1 Perkahwinan 14
2.2.2 Peminangan 21
2.2.3 Mahar 24
2.2.4 Walimatul Urus 26
2.3 Keluarga Islam 28
2.3.1 Ciri-ciri Keluarga Islam 29
2.3.2 Ciri-ciri Rumahtangga Rasulullah 32
2.4 Tanggungjawab Anggota Keluarga 34
2.4.1 Tanggungjawab Suami / bapa 34
2.4.2 Tanggungjawab Isteri / ibu 35
2.4.3 Tanggungjawab Anak-anak 37
2.5 Kajian-kajian Lepas 38
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 42
3.2 Reka Bentuk Kajian 43
3.3 Tempat Kajian 43
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 44
3.5 Instrumen Kajian 44
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 45
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 46
3.6 Analisis Data 47
3.7 Tatacara kajian 48
3.7.1 Kajian Rintis 48
x
3.7.2 Kajian Sebenar 49
3.8 Jangka Masa Kajian 49
3.9 Kesimpulan 50
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 51
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 52
4.3 Analisis Data setiap Objektif
4.3.1 Analisis Data Bahagian B: Pengetahuan
Pelajar terhadap Asas Pembinaan Institusi
Kekeluargaan dalam Islam 55
4.3.2 Analisis Data Bahagian C: Ciri-ciri yang
Perlu ada dalam sebuah Institusi
Kekeluargaan Islam 64
4.3.3 Analisis Data Bahagian D: Tanggungjawab
setiap Ahli dalam Institusi Kekeluargaan
Islam 69
4.4 Rumusan Dapatan Kajian Pengetahuan Pelajar
terhadap Asas Pembinaan Institusi Kekeluargaan
dalam Islam 76
4.5 Rumusan Dapatan Kajian Ciri-ciri yang perlu
ada dalam sebuah Institusi Kekeluargaan Islam 79
4.6 Rumusan Dapatan Kajian Tanggungjawab
Setiap Ahli Keluarga dalam Institusi
Kekeluargaan Islam 81
4.7 Kesimpulan 83
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 84
5.2 Perbincangan 85
xi
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 85
5.2.2 Pengetahuan Pelajar terhadap Asas
Pembinaan Institusi Kekeluargaan
dalam Islam 86
5.2.3 Ciri-ciri yang digariskan oleh Islam dan
perlu ada dalam sebuah
Institusi Kekeluargaan Islam 90
5.2.4 Tanggungjawab Setiap Ahli Keluarga
dalam Institusi Kekeluargaan Islam 91
5.3 Rumusan 93
5.4 Cadangan 94
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 96
5.6 Kesimpulan 97
BIBLIOGRAFI 98
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL PERKARA HALAMAN 3.1 Skor Skala Lima Mata Likert 45
3.2 Skala Pemeringkatan Likert untuk Min 46
3.3 Klasifikasi Analisis Min 47
4.1 Taburan Responden mengikut jantina 51
4.2 Taburan Responden mengikut umur 52
4.3 Taburan Responden mengikut tahun pengajian 52
4.4 Taburan Responden mengikut kelulusan terakhir 53
4.5 Taburan Responden mengikut status perkahwinan 53
4.6 – 4.23 Analisis Data Bahagian B : Pengetahuan Pelajar
terhadap Asas Pembinaan Institusi
Kekeluargaan dalam Islam 54-62
4.24 – 4.32 Analisis Data Bahagian C : Ciri-ciri yang perlu
ada dalam sebuah Institusi Kekeluargaan Islam 63-67
4.33 – 4.47 Analisis Data Bahagian D : Tanggungjawab
Setiap Ahli Keluarga dalam Institusi
Kekeluargaan Islam 67-74
4.48 Rumusan Dapatan Kajian Pengetahuan Pelajar
terhadap Asas Pembinaan Institusi Kekeluargaan
Islam 74
4.49 Rumusan Dapatan Kajian Ciri-ciri yang perlu
ada dalam sebuah Institusi Kekeluargaan Islam 77
4.50 Rumusan Dapatan Kajian Tanggungjawab
Setiap Ahli Keluarga dalam Institusi
Kekeluargaan Islam 78
xiii
SENARAI SINGKATAN / SIMBOL
% : Peratus N : Jumlah keseluruhan responden API : Akademik Pengajian Islam KS : Kurang Setuju Min : Purata nilai keseluruhan PPIPS : Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial SS : Sangat Setuju S : Setuju SPI : Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) STS : Sangat Tidak Setuju STAM : Sijil Tinggi Agama Malaysia STPM : Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia s.a.w : Sallallahu ‘alaihi wasalam S.W.T : Subhanahu wa Ta’ala TS : Tidak Setuju UTM : Universiti Teknologi Malaysia UM : Universiti Malaya
xiv
INDEKS AL-QURAN
Halaman
Surah al-A’raf 14
Surah an-Nur 14
Surah al-Baqarah 21
Surah an-Nisa’ 23
Surah at-Tahrim 28
xv
INDEKS HADIS
Halaman
HR : Bukhari dan Muslim 2
HR : Bukhari dan Muslim 15
HR : an-Nasa’i 15
HR : Ibnu Majah 19
HR : Muslim 22
HR : Bukhari dan Muslim 26
HR : Ibnu Majah 26
HR : Muslim 33
HR : Abu Naim 35
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pembinaan masyarakat Islam madani bermula dengan pembinaan sebuah
institusi kekeluargaan yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah iaitu dengan satu
ikatan perkahwinan di antara dua insan.
Menurut Rumaya Juhari dan Rojanah Kahar, di dalam artikel yang bertajuk
Keluarga : Pembentukan, Struktur dan Fungsi, asas pembentukan keluarga dalam
kebanyakan budaya di dunia ini adalah perkahwinan.
Ismail Haji Ibrahim dalam Siti Fatimah Abdul Rahman (1994:38), perkahwinan
di dalam satu masyarakat yang bertamadun berfungsi sebagai satu ikatan suci yang
memenuhi tuntutan emosi dan jasmani, meringankan ketegangan dan tekanan perasaan,
2
menentukan status sosial, dan sebagai satu usaha penyatuan antara beberapa keluarga
dan keturunan.
Institusi kekeluargaan Islam merupakan sistem kekeluargaan Rabbani bagi
manusia. Sistem ini sesuai dengan fitrah, ciri-ciri dan keperluan manusia dalam
menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ini bermakna, institusi kekeluargaan dalam
Islam itu terbit daripada fitrah manusia itu sendiri yang memerlukan mereka hidup
secara berpasangan. Dasar ini meliputi seluruh makhluk yang hidup dan bernyawa.
Muhammad Akram Mohd Safian dalam Pemilihan Pasangan Hidup – Langkah
Pertama Pendidikan Keluarga (2004 : 2), telah diriwayatkan daripada Abdullah bin
Mas’ud, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda;
يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج، فإنه
...أغض للبصر، و أحصن للفرج،
Maksudnya : “Wahai pemuda-pemuda! Sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin, hendaklah berbuat demikian kerana ia sesungguhnya dapat mengawal pandangan dan menjaga kehormatan.”
(HR : Bukhari dan Muslim)
Kebahagiaan dan kedamaian pasti amat diimpikan oleh setiap pasangan yang
menempuh alam rumahtangga. Ini kerana ia merupakan satu percaturan kehidupan yang
akan ditempuhi bersama sepanjang hidup mereka. Maka sudah pasti segala bentuk
usaha akan diberikan bagi mencapai sebuah keluarga yang bahagia, aman dan harmoni.
Setiap ahli dalam keluarga mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam
memastikan kebahagiaan dan kesejahteraan dapat dibina. Suami berperanan sebagai
3
ketua keluarga yang perlu memimpin isteri dan juga anak-anak. Di samping itu, suami
memikul tanggungjawab yang besar dengan mencari rezeki yang halal dan memelihara
serta melindungi semua ahli di bawah tanggungannya.
Di dalam konteks kemanusiaan yang lebih besar, keluarga yang merupakan unit
asas masyarakat sudah tentu memainkan peranan yang penting di dalam membentuk
acuan masyarakat. Maka pembinaan masyarakat yang baik bermula daripada pembinaan
asas unit-unit keluarga yang baik. Begitu juga sebaliknya, kegagalan institusi keluarga
dalam membentuk akhlak dan kualiti yang baik akan memberikan kesan negatif kepada
generasi kemasyarakatan secara keseluruhannya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam kehidupan berkeluarga, setiap ahli haruslah memahami dan melaksanakan
tanggungjawab dan peranan masing-masing. Ini kerana keluarga merupakan unit yang
teramat kecil dalam kehidupan sosial masyarakat, baik buruknya sebuah keluarga
merupakan cermin kepada kehidupan bernegara dan bermasarakat. Kepincangan yang
berlaku dalam masyarakat pada hari ini membuktikan ada sesuatu yang kurang dalam
pembinaan institusi kekeluargaan.
Isu rumahtangga yang semakin kritikal, antara lain berpunca daripada rapuhnya
institusi keluarga yang berkemungkinan kerana usia pasangan masih muda, tidak mahu
bertolak ansur, tiada persefahaman dan ego yang meletakkan pasangan suami isteri di
tembok kekeliruan sukar dibendung.
4
Syeikh Ghazali Hj Abd. Rahman dan rakan-rakannya (1997:57), Konflik rumah
tangga di kalangan pasangan yang baru berkahwin juga berpunca daripada kejahilan
pasangan tentang agama. Kurangnya pengetahuan tentang Islam khususnya mengenai
konsep munakahat menyebabkan pasangan jahil tentang tugas dan tanggungjawab
masing-masing di dalam rumahtangga.
Seorang penulis bebas yang tidak diperkenalkan namanya di dalam Majalah
Mingguan Wanita, Edisi ke-14 (2006:64) berpendapat, ada beberapa perkara yang
menjadi faktor kepada berlakunya keruntuhan rumahtangga. Di antaranya adalah seperti
lemah iman atau kurang pendidikan agama, tidak bertanggungjawab, kurang komunikasi
atau komunikasi terhad, tidak kufu, cemburu, tidak adil, ego (suami ‘king control’ atau
isteri ‘queen control’), terlibat dengan gejala sosial, dan kedudukan ekonomi keluarga
yg tidak mantap.
Menurut Ustazah Sharifah Zahrah Syed Mohamad, (Majalah Anis, keluaran Mac
2008:17), cabaran yang paling besar dalam melayari bahtera rumahtangga ialah
kemewahan dan kebendaan, kejahilan mengenai tujuan hidup berkeluarga dalam Islam,
pengabaian tanggungjawab di kalangan ahli keluarga serta kurangnya didikan agama.
Apa sahaja kes yang timbul membuka mata masyarakat supaya merenung dan
memuhasabah diri masing-masing untuk mengambil apa juga langkah bagi mengelak
kejadian seumpama berlaku dalam rumahtangga. Dari sudut Islam, kes keruntuhan dan
keganasan rumah tangga bertentangan dengan fitrah manusia yang memerlukan
pasangan.
Masalah sosial dan keruntuhan akhlak yang sering berlaku dewasa ini seringkali
dikaitkan dengan kerapuhan institusi keluarga. Kelalaian ahli keluarga terhadap peranan
5
dan tanggungjawab masing-masing mampu memberikan natijah yang buruk kepada
institusi keluarga Islam yang menyebabkan berlakunya gejala sumbang mahram.
Mohd Yusof Sulaiman di dalam Berita Harian (2004:13) perangkaan polis
menunjukkan majoriti kes sumbang mahram yang berlaku sepanjang tahun 2003 adalah
yang membabitkan perlakuan oleh golongan senior terutama bapa, datuk dan abang
dengan mangsa.
Selain daripada itu, masalah sosial yang melibatkan kerapuhan institusi keluarga
ini juga dikatakan berpunca daripada kejahilan sebahagian besar pasangan suami isteri
mengenai tingkah laku dan ilmu keibubapaan. Ini disebabkan sebahagian ibu bapa pada
hari ini kurang mempunyai kemahiran dalam mengurus hal ehwal keluarga atau pun
rumahtangga, terutamanya yang berkaitan dengan soal pendidikan anak-anak.
Ustazah Sharifah Syed Mohamad (2008:17), di dalam Majalah Anis juga
menyatakan bahawa, ibu bapa yang sibuk dengan kecemerlangan kerjaya dan mencari
kekayaan menyebabkan anak-anak dilayan dengan hidup manja serta mewah. Ini
menyebabkan ketahanan diri anak-anak- remaja luntur dan pupus sehingga
mengakibatkan sebahagian daripada mereka terjebak ke dalam kancah masalah sosial.
Kelalaian, kelemahan, dan kesilapan ibu bapa dalam mentarbiah dan memimpin
anak-anak mereka adalah saham terbesar dalam menambahkan lagi jumlah generasi
pincang, bermasalah, terpesong, sampah mesyarakat, musuh negara serta perosak agama.
Mohd Yusof Sulaiman (2004:13), ilmu kesedaran kekeluargaan terutamanya
yang membabitkan kefahaman terhadap tanggungjawab keibubapaan dalam mendidik
6
anak-anak, penyelesaian konflik secara bijak dan pengurusan ekonomi keluarga
hendaklah diberi penekanan demi menghalang sebarang bentuk krisis dalam rumah
tangga.
Azmi Bahari (2008) di dalam blognya berpendapat bahawa, realiti kehidupan
manusia membuktikan bahawa terdapat banyak faktor yang membawa keruntuhan dan
perpecahan dalam rumahtangga walaupun terdapat berbagai-bagai jaminan dan
bimbingan-bimbingan yang dituju untuk mengelakkan keruntuhan itu.
Oleh kerana itulah, asas pembinaan keluarga Islam yang bahagia dan harmoni
mestilah diterapkan dengan ciri-ciri keislaman yang sebenar, kerana dari sinilah akan
wujudnya konsep “Keluarga Bahagia” dan “Rumahku Syurgaku”.
1.3 Pernyataan masalah
Kes-kes keruntuhan rumahtangga, perceraian, dan juga keruntuhan akhlak di
kalangan remaja yang berleluasa kini semakin membingungkan. Pasti ada sebab
mengapa perkara-perkara ini berlaku dalam masyarakat kita. Sebuah masyarakat yang
harmoni tidak akan dapat dibina apabila perkara-perkara ini berlaku.
Pengkaji ingin menjalankan kajian ini bagi mengenalpasti pengetahuan pelajar
mengenai konsep perkahwinan dalam Islam. Selain itu, pengkaji ingin ingin
mengenalpasti ciri-ciri yang perlu ada dalam sebuah institusi kekeluargaan Islam.
Pengkaji juga ingin mengenalpasti apakah tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh
7
setiap ahli keluarga bagi menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan hidup berumahtangga
seterusnya mewujudkan masyarakat yang harmoni.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk;
1.4.1 mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar terhadap asas pembinaan institusi
kekeluargaan dalam Islam.
1.4.2 mengenalpasti ciri-ciri yang digariskan oleh Islam dan perlu ada dalam sebuah
institusi kekeluargaan.
1.4.3 mengenalpasti tanggungjawab setiap ahli keluarga dalam institusi kekeluargaan
Islam.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Adakah pelajar mengetahui tentang perkara-perkara asas dalam pembinaan
institusi kekeluargaan Islam?
1.5.2 Apakah ciri-ciri yang digariskan oleh Islam dan perlu ada dalam sebuah institusi
kekeluargaan?
8
1.5.3 Apakah tanggungjawab setiap ahli keluarga dalam sebuah institusi kekeluargaan
Islam?
1.6 Kepentingan kajian
Pengkaji amat berharap agar kajian yang ingin dijalankan ini dapat memberikan
manfaat samada kepada pasangan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga atau yang
telah lama mengharungi kehidupan berumahtangga. Selain itu, pengkaji juga berharap
agar ia dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan yang berguna kepada ibu bapa dan
individu-individu yang ingin memulakan kehidupan berkeluarga.
Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan lain. Di antaranya;
1.6.1 Pengkaji ingin mengetahui tahap pengetahuan pelajar terhadap perkara-perkara
asas pembinaan institusi kekeluargaan dalam Islam.
1.6.2 Pengkaji juga ingin mengenalpasti apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam sebuah
keluarga Islam bagi menjamin kebahagiaan, kerukunan, dan keharmonian
rumahtangga.
1.6.3 Melalui kajian penyelidikan ini, pengkaji berharap agar ia dapat menjadi
panduan kepada masyarakat mengenai tanggungjawab setiap individu dalam
institusi keluarga dan seterusnya membina sebuah masyarakat Islam yang
bertamadun menurut landasan al-Quran dan as-Sunnah.
9
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini akan dilakukan ke atas pelajar-pelajar tahun 3 dan 4 Sarjana Muda
Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi
Malaysia sesi 2008 / 2009.
Dapatan kajian yang ingin dilakukan ini tidak menggambarkan keseluruhan
pelajar-pelajar pendidikan di UTM. Pengkaji memilih pelajar tahun tiga dan empat SPI
seramai 88 orang sebagai responden kerana kecenderungan untuk mendirikan
rumahtangga menjadi kebiasaan pada peringkat akhir pengajian. Responden yang
dipilih termasuk pelajar lelaki dan perempuan.
1.8 Skop Kajian
Skop kajian yang ingin dijalankan oleh pengkaji meliputi konsep perkahwinan
dalam Islam. Konsep perkahwinan ini meliputi takrif, hukum, rukun dan syarat, hal-hal
peminangan, maskahwin (mahar), dan walimatul urus.
Seterusnya, pengkaji juga akan membincangkan tentang ciri-ciri Islam yang
perlu ada dalam sebuah keluarga dan tanggungjawab setiap ahli keluarga seperti,
tanggungjawab dan kepimpinan suami isteri / ibubapa, serta tanggungjawab anak-anak
dalam membina sebuah keluarga Islam yang harmoni.
10
1.9 Takrifan Istilah
1.9.1 Persepsi
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), menyatakan bahawa persepsi
adalah gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan
(menerusi pancaindera) atau tanggapan.
1.9.2 Pelajar
Menurut Kamus Dewan Bahasa cetakan keempat edisi ketiga (1998:17) pelajar
merupakan kata imbuhan daripada perkataan ‘ajar’ yang bermaksud tunjuk atau
petunjuk supaya diketahui, diikuti dan lain-lain sebagai bimbingan atau panduan untuk
melakukan sesuatu.
Apabila perkataan ajar ditambah dengan imbuhan ‘pe’, ia membawa maksud
orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab, dan sebagainya), dan
orang yang mengaji (menyelidiki ilmu) samada di sekolah menengah ataupun di
universiti.
11
1.9.3 Institusi
Perkataan ini merujuk kepada sesuatu badan dan organisasi yang ditubuhkan
untuk sesuatu tujuan yang tertentu yang sudah berakar umbi dan menjadi kukuh dalam
masyarakat. Sebagai contoh institusi pengajian tinggi, Institusi kewangan dan
sebagainya. (Kamus Dewan, edisi ketiga. 1998:494).
1.9.4 Kekeluargaan
Menurut Kamus Dewan, edisi yang ketiga (1998:620), kekeluargaan merupakan
institusi yang berkaitan dengan keluarga atau hubungan sebagai anggota di dalam
sesuatu keluarga (berasaskan perhubungan keturunan atau disebabkan perkahwinan). Ia
juga menerangkan tentang hubungan atau pertalian di antara seorang dengan seorang
yang lain sebagai anggota sesuatu keluarga (famili, kaum kerabat dan sebagainya).
1.9.5 Islam
Haron Din (1997:285), kata Islam ialah kata jadian Arab. Akar katanya ialah
Salima, bererti sejahtera, tidak tercela, tidak bercacat. Dari kata itu, terjadi kata masdar :
salamat (dalam bahasa Malaysia / Indonesia menjadi selamat), seterusnya salm dan silm
yang bererti kedamaian, kesejahteraan, kepatuhan, dan penyerahan diri kepada Allah.
Islam yang dimaksudkan oleh pengkaji di sini adalah bertepatan dengan definisi
yang dinyatakan menurut Kamus Dewan edisi ketiga daripada cetakan yang keempat
(1998:501). Islam bermaksud agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Top Related