NUBUNGAN STRES DENGAN SO ERSEKITAIIAN KERJA DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAW
Ole11
Chan Nelee
Tesis ini dikern~rkakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat untuk ~nendapat Ijazah Sarjana Sains Pernbangunan Sumber Manusia
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Julai 1998
PENGAKUAN
Diakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja penyelidik sendiri dan tiada
bahagian tesis ini telah dikemukakan untuk menyokong sesuatu
permohonan untuk mendapatkan sesuatu kelayakan ijazah di uaiversiti ini
atau institusi pengajian tinggi yang lain.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan stres dengan sokongan di persekitaran kerja di kalangan guru sekolah menengah. Secara keseluruhannya, kajian ini mencari tahap stres guru dan ingin mengetahui sama ada wujud perbezaan dalam stres guru berdasarkan ciri-ciri demografi iaitu jantina, gred sekolah, lokasi sekolah, bangsa, umur, pengalaman mengajar, pencapaian akademik tertinggi dan bilangan waktu mengajar. Seterusnya, hubungan di antara stres guru dengan faktor-faktor penegang dan juga faktor-faktor sokongan dikaji.
Empat faktor penegang yang dikaji dalam kajian ini ialah kurang ekses kemudahan sekolah, salah laku pelajar, bertugas hingga di luar waktu sekolah dan ekspektasi tinggi masyarakat manakala dua faktor sokongan di persekitaran kerja ialah sokongan rakan sejawat dan pujian serta pengiktirafan yang diterima di sekolah.
Seramai 248 responden yang terdiri daripada guru-guru terlatih sekolah menengah di daerah Port Dickson terlibat ddam kajian ini. Data dikumpul dengan menggunakan soal selidik berskala Likert. Dengan bantuan SPSS versi 7.0, data dianalisis menggunakan ujian-t, analisis varian sehala dan korelasi Pearson.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa 61.3% daripada responden besada di tahap stres rendah, 25% berada di tahap sederhana d m 13.7% berada di tahap stres tinggi dengan min keseluruhan stres ialah 4.35. Dapatan kajian ini juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam stres guru berdasarkan ciri- ciri demografi kecuali lokasi sekolah. Didapati bahawa guru-guru yang mengajar di sekolah luar bandar mengalami lebih stres jika dibandingkan dengan guru-guru yang mengajar di sekolah bandar. Seperti yang telah dijangkakan, kajian ini mendapati wujud hubungan positif yang signifikan di antara stres guru dengan keempat-empat faktor penegang manakala wujud hubungan negatif yang signifikan di antara stres guru dengan faktor-faktor sokongan. Oleh itu, dapatlah dimmuskan bahawa apabila keempat-empat penegang bertambah, stres guru juga akan bertambah. Sebaliknya, apabila sokongan di persekitaran kerja meningkat, stres guru akan menurun.
Walau bagaimanapun, sebagai satu usaha awal, dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran tentang peranan sokongan di persekitaran kerja dalam stres guru agar langkah-langkah awal dapat diambil demi untuk memelihara kebajikan guru.
ABSTRACT
The purpose of this study was to investigate the relationship between stress and support in the working environment among secondary school teachers. This study was also ainzed at finding teachers level of stress and to determine if there were drfferences in teachers stress and teachers demopphic characteristic namely sex, school pade, school location, race, age, teaching experience, academic qualification and number of teaching periods. Then, this study will attempt to examine the relationship between stressors and support in school with teacher's stress.
The four stressors investigated were inadequate access to school facilities, student nzisbehaviour, intrusion of schoolwork into oztt-of-hours time and high societal expectatzons. The two aspects of support are the support teachers receive from colleagues, including the principal, and the amount of praise and recognition they receive in school. A total of 248 respondents who are trained secondary school teachers in the district of Port Dickson were involved in this research. Data was collected using questionngees based on Eikert scale. Based on SPSS version 7.0, data was analysed z>s+t-test, one-way AN0 VA and Pearson corre btion.
Findings of this study showed that 61.3% of respondents were at the low stress level, 25% at the medium stress level and 13.7% at the high stress level with the overall min stress of 4.35. In addition, findings showed that there was no sign@cant d~flerence in teachers stress with teachers demographic characteristics except for school location. It was found that teachers teaching in rural schools were more stressed than teachers teaching in urban schools. As expected, all the four stressors correlated posztlvely and significantly with teachers stress, Moreover, the fwo nipport factor.^ correlated negatively and sipzfxantly with teachers stress. Thus, while the four stressors increase, the level of teachers stress will also increase. On the other hand, when the support teachers received in the school environment increase, the level of teachers stress will decrease and reduce the build-up of stress.
As un early gfort, it is hoped that the Jindings ofthis study will give us an idea qf the roles and e#ects of support in the working environment in teachers stress so that early steps can be taken to protect the welfare of teachers.
BIOGRAFI
Chan Nelee dilahirkan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Beliau telah menerima
pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris Port Dickson dan
seterusnya mendapat pendidikan sekolah menengah di Sekolah Tinggi Port
Dickson. Setelah tamat tingkatan lima, beliau telah memasuki Maktab Perguruan
Temenggung Ibrahim, Johor Bahru (opsyen sains dan matematik) selama tiga
tahun (198 1/83) dan sejak itu mula menjinakkan diri dalam dunia pendidikan.
Setelah tamat pengajian, beliau telah mengajar di sebuah sekolah yang baru
dibuka iaitu Sekolah Menengah Rendah Simpang Gelami, Kuala Kelawang,
Jelebu, Negeri Sembilan pada tahun 1984. Atas dorongan para pensyarah di
maktab perguruan dan rakan-rakan sejawat untuk melanjutkan pelajaran, sambil
mengaj ar beliau telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
secara persendirian dan akhirnya berjaya diterima masuk ke Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang pada tahun 1988. Di sini beliau mengikuti Rancangan
Sarjana Muda Pendidikan (Dalam Perkhidmatan) anjuran Kementerian
Pendidikan selama empat tahun dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan (Kepujian) dengan Kelas Dua Tertinggi pada tahun 1992.
Sejak itu, beliau telah bertugas di Sekolah Menengah Tanah Merah Site C, Port
Dichson hinggalah pada tahun 1997, beliau sekali lagi diberi peluang untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana oleh Kementerian Pendidikan daiam
Program Kembar I A l 3 - W A S (Kohort 3) di Kuching, Sarawak.
Khas Untuk
ibu, Yau Siong Neo dan
ayah, Chan Swee Lai
yang teramat sayang dan sentiasa berada dalam ingatan.
Pemergian mu merupakan satu kehilangan yang amat dirasai.
Salarn rinduku buat ibu dan ayah.
PENGHARGAAN
Ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan ditujukan khas
kepada Profesor Madya Dr Jamali Ismail selaku penyelia saya yang telah banyak
memberi tunjukajar, bimbingan dan sokongan padu kepada saya dalarn
menyempurnakan tesis ini. Berkat kesabaran dan kerelaan beliau meluangkan
masa dan tenaga telah banyak memberi dorongan dan keyakinan kepada saya
dalam menjayakan kajian ini
Ucapan terima kasih juga dihulurkan kepada Dr Quek Bong Cheang selaku
pensyarah semasa di IAB kerana kesediaan beliau memberi pandangan-pandangan
yang membina tentang kajian ini khasnya dalam aspek-aspek kaedah
penyelidikan. Tidak ketinggalan juga, ditujukan penghargaan saya kepada Dr.
Keith F. Punch dari Universily qf Western Australza kerana telah rnemberikan
instrumen dan soal selidik yang telah digunakan dalam kajian ini.
Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada Pengarah IAB, Dr. Ibrahim Bajunid
dan Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, UNIMAS,
Profesor Dr Razali Arof kerana telah merealisasikan Program Kembar IAB-
UNIMAS dan memberi peluang kepada para guru melanjutkan pelajaran hingga
ke peringkat sarjana. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih saya disampaikan
kepada semua pensyarah Program Kembar IAB-UNIMAS Kohort 3 iaitu Dr. Hj.
Abang Ahmad Ridzuan Abang Awit, Dr. Peter Songan, Dr. Muhammad Awang,
Dr. Farid Meziane, Dr. Bakhtiar Mansor, Dr. Maheswari Kandasamy, Dr. Wahab
Abdul Ghani, Dr. Hazrnan Shah Abdullah, Dr Wan Fauzi, En. Hong Tian Sam,
iv
En. Mehander Singh, Pn. Jennifer Songan, Cik Leniiw Roman dan En. Sharaf al-
Horani kerana telah banyak menyumbangkan ilmu melalui syarahan-syarahan
mereka Penghargaan seterusnya ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan di
atas sokongan dan kerjasama mereka dalam mengharungi bersama segala
rintangan sepanjang perjalanan program ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua pengetua, para gum
dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung
dalam menjayakan kajian ini.
JADUAL MANDUNGAN
Tajuk
Abstrak (Abstract)
Biografi
Dedikasi
Penghargaan
Jaduai Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Rajah
BAB I PENGENALAN
Pendahuluan Latar Belakang Kajian Pernyataan Masalah Kerangka Kerja Konseptual Tujuan Kaj ian Objektif Kajian Persoalan Kajian Hipotesis Kajian Kepentingan Kajian Definisi Operasional Batasan Kajian Kesimpulan
BAB I1 TINJAUAN KAJIAN
2.0 PengenaIan 2.1 Model Stres 2.2 Definisi Stres 2.3 Tahap Stres Guru
Muka surat
2.4 Stres Guru Dengan Ciri-Ciri Demografi 2.5 Stres Guru Dengan Faktor-Faktor Penegang 2.6 Stres Guru Dengan Faktor-Faktor Sokongan 2.7 Kesimpulan
BAS I11 IMETODOI,OGI KAJMN
3 0 Pensenalan 3.1 Rekabentuk ICajian 3.2 Popuiasi Dan Sampel Kajian 3.3 Instrumen Kajian 3.4 ICaedah Pengumpulan Data 3.5 Penganalisisan Data 3.6 Kesirrlpulan
BAB IV DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4 0 Pengenalan 4.1 Dapatan Kajian
4.1.1 Tahap Stres Responden 4.1.2 Perbezaan Stres Responden Berdasarkan
Ciri-Ciri Demografi 4.1 3 Korelasi Di Antara Stres Guru Dengan
Faktor Penegang 4 1 4 Korelasi Di Antara Stres Guru Dengan
Faktor Sokongan 4.1.5 Penernuan Tambahan
4.2 Perbincangan Dapatan Kajian 4.2.1 Tahap Stres Responden 4.2.2 Perbezaan Stres Responden Berdasarkan
Ciri-Ciri Demografi 4.2.3 Stres Guru Dengan Faktor Penegang 4.2.4 Stres Guru Dengan Faktor Sokongan
4.3 Kesitnpulan
BAB V KESIM PULAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 5.1 Rumusan Kajian 5.2 Kesimpulan 5.3 Cadangan Untuk Tindakan 5.4 Cadangan Kajian Akan Datang
RU JUKAN 113
LAMPLRAN £3 Senarai Sekolah-Sekoltrh Menenph Bantuan Penuh Kerajaan Lli Daerah Port Dickson 120
LAMPIRAN C Borang Soal Selidk
SENARAI JADUAL
Tajuk Muka surat
Tahap Stres Guru Berdasarkan Negara dm Tahun 26
Ciri-ciri Dernografi Responden 5 0
Nilai Kebolehpercayaan Instrumen 5 5
Pemulangan Soal Selidik Berdasarkan Jantina 5 6
Tahap Stres Berdasarkan Jumlah Skor GHQ 5 8
Kaedah Statistikal Dalam Penganalisisan Data 60
Jadual Silang Mengikut Tahap Stres Dan Jantina 62
Keseluruhan Min Skor GHQ (Min Stres) 62
Ujian-t Ke Atas Stres Responden Mengikut Jantina, 64 Gred Sekolah Dan Lokasi Sekolah
Analisis Varian Sehala Ke Atas Stres Responden Mengikut 66 Bangsa, Umur, Pencapaian Akadernik Tertinggi, Pengalaman Mengajar dm Bilangan Waktu Mengajar Seminggu
Matriks Korelasi Di Antara Stres Gum, Faktor-Faktor 69 Penegang Dan Faktor-Faktor Sokongan
Matriks Korelasi Di Antara Stres Guru, Faktor-Faktor 70 Penegang Dan Faktor-Faktor Sokongan Dengan Ciri-Ciri Demografi (sarnbungan)
Matriks Korelasi Di Antara Stres Gum, Faktor-Faktor 7 1 Penegaag Dan Faktor-Faktor Sokongan Dengan Ciri-Ciri Demografi (sambungan)
SENARAI RAJAH
Tajuk
Rajah 1.1 Kerangka Kerj a Konseptual Kaj ian
Rajah 2.1 Model Stres Berasaskan Respon
Rajah 2.2 Model Stres Berasaskan Rangsangan
Rajah 2.3 Komponen Asas Model Transaksi
Rajah 2.4 Human Performance Curve
Muka surat
7
18
19
2 1
23
BAB I
PENGENALAN
2.0 Pendahuluan
Sumber manusia sangat-sangat diperlukan dan digunakan secara optimum untuk
menyaingi dunia yang semakin dinamik. Selaras ke arah merealisasikan Wawasan
2020, para pendidik terpaksa menghadapi cabaran yang terbesar untuk
rnenyediakan sumber tenaga rnanusia di kalangan kaum pelajar yang mampu
mengharungi cabaran masa hadapan. Oleh itu, untuk menjayakan wawasan
negara maka perlulah kita melahirkan guru bertaraf dunia. Untuk melahirkan guru
bertaraf dunia, imej dan profesion perguruan perlu dipertingkatkan atau dibentuk
semula di samping menjaga keperluan dan kebajikan warga guru. Malangnya,
ekspektasi tinggi di kalangan masyarakat terhadap guru dan beban tugas guru
yang berlebihan tidak setanding dengan sokongan dan penghormatan yang
diterima dari pihak sekolah dan masyarakat. Guru-guru semakin tertekan dan
merasakan tugas guru bukanlah satu tugas yang mudah. Kini, telah banyak
rungutan dan perasaan tidak puas hati diluahkan oleh guru-guru terhadap
profesion perguruan. Banyak kajian juga teiah menunjukkan bahawa profesion
perguruan merupakan profesion yang paling banyak menimbulkan stres.
Mengikut Samples, sekolah adalah di antara tempat yang amat tertekan dalam
masyarakat dan Hunter telah mengatakan bahawa mengajar telah dikenal pasti
sebagai satu daripada tiga pekerjaan yang paling tertekan (dipetik dari Gold dan
Roth, 1993, ms. 2-3). Masalah disiplin di kalangan pelajar yang dihadapi oleh
guru masa kini semakin serius. Jika pada masa dahulu pelajar-pelajar seringkali
terlibat dalam salah laku seperti membuat bising dalam kelas, berlari dan bermain
dalam kelas, tidak beratur, membuang sampah di merata-rata tempat dan
sebagainya, kini salah laku pelajar semakin meruncing seperti terlibat dengan
dadah, bergaduh, merompak serta mencuri, dan mencabul kehormatan pelajar.
Keadaan sedemikian menunjukkan betapa beratnya tanggungjawab mendidik para
pelajar di samping memikul beban tugas yang berat di sekolah.
Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa guru-guru yang menghadapi stres yang
berpanjangan akan seterusnya mengalami masalah dari segi fizikal dan mental
(Kyriacou dan Pratt, 1985). Akibat daripada masalah dari segi fizikal dan mental
ini pula, boleh mengurangkan prestasi guru semasa menjalankan tugas-tugas
harian di sekolah (Kyriacou, 1987) dan seterusnya mendatangkan kesan negatif
dari segi fizikal, emosi dan tingkah laku para pelajarnya (Coates dan Thoresen,
1976; Rigby, 1990).
1.1 Latar Belakang Kajian
Kajian Kyriacou dan Sutcliffe (1978b) serta kajian Kaiser dan Polczynski (1982)
telah mendapati bahawa punca dan sebab-sebab stres kerja di kalangan guru telah
menjadi tajuk popular dalam penyelidikan di kalangan para penyelidik. Ekoran
daripada itu, kajian yang telah dijalankan oleh Okebukola dan Jegede (1989) telah
menyokong dapatan yang mengesahkan bahawa mengajar rnerupakan pekerjaan
yang paling stres.
3
Stres merupakan gangguan fisiologi dan psikologi akibat dari permintaan yang
terpaksa dipenuhinya dengan keupayaan yang dimiliki oleh seseorang. Mengikut
Fontana (1989), sekiranya keupayaan seseorang itu dapat memenuhi permintaan
maka ia akan membawa kesan yang positif. Manakala, keupayaan seseorang yang
tidak dapat memenuhi sesuatu permintaan pula akan menimbulkan kesan stres
yang negatif Dalam ha1 ini, Kyriacou (1987) menegaskan bahawa pendedahan
kepada stres yang berpanjangan juga boleh menyebabkan kerosakan fungsi dan
struktur individu sehinggakan boleh mengalami masalah kesihatan mental dan
fizikal seperti sakit jiwa, ponteng kerja, ketidakhadiran bekerja, bersara lebih awal
dan prestasi kerja yang menurun. Memandangkan masalah ini semakin serius
dalam perkhidmatan pendidikan, khasnya di sekolah-sekolah maka usaha untuk
mencari jalan bagi menangani stres di kalangan guru adalah perlu.
Masalah stres di kalangan guru bukanlah satu perkara yang baru. Ia telah menjadi
perhatian utama hingga di peringkat antarabangsa dan seluruh negara di dunia.
Banyak kajian telah dijalankan di beberapa buah negara seperti di United
Kingdom (Fletcher dan Payne, 1982; Kyriacou dan Sutcliffe, 1978a dan 1978b;
Borg dan Riding, 1993), Amerika Syarikat (Broiles, 1982; Blase, 1984; Blix et al.
1994; Schonfeld, 1992), Australia (Laughlin, 1984a dan 1984b; O'Conner dan
Clarke, 1990; Punch dan Tuetternann, 1996; McCormick, 1997), New Zealand
(Manthei dan Solman, 1988; Manthei et al. 1996), Kanada (Allison, 1997), Israel
(Smilansky, 1984), Norway (Mykletun, 1984), Chile (Manso dan Pinto, 1987),
Nigeria (Okebukola dan Jegede, 1989), Carolina (Cartee, 1993), Malta (Borg dan
Riding, 1991; Borg dan Falzon, 1989) dan di Malaysia (Siti Radziah, 1982; Siti
Rohani, 1991; Suseela, 1994; Tan, 1996; Abdul Wahid, 1996; Mohd. Tarmizi,
4
1996; Vickneasvari, 1997; Abang Mat Ali, 1998). Kajian-kajian stres di kalangan
guru di seluruh negara di dunia ini menunjukkan guru sememangnya mengalami
stres dan jika tiada tindakan diambil maka ia akan memberi kesan yang negatif
kepada keseluruhan sistem pendidikan.
1.2 Pernyataan Masalah
Masalah beban tugas dan stres guru telah diakui oleh Timbalan Menteri
Pendidikan, Datuk Dr. Fong Chan Onn yang mengatakan bahawa 'a teacher's
workload hns been increasing tremendously over the years, and teachers
especially those in secondary schools, are working under a lot of pressure' (New
Straits Times, 13 Ogos 1995, ms. 4).
Turut dilaporkan bahawa kejadian serang dan ugut dari pihak guru kerap kali
berlaku dan Kementerian Pendidikan mengatakan bahawa kejadian sedemikian
berlaku disebabkan guru-guru melepaskan rasa kekecewaan dan kernarahan ke
atas pelajar mereka.
Pada bulan November 1988, Dr. Leo Micheal Toyad selaku Timbalan Menteri
Pendidikan ketika itu telah menyatakan seramai 145 orang guru disahkan
mengalami stres mental (Berita Harian, 19 November 1988, ms 6). Dua tahun
kemudian, satu tinjauan telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
di kalangan guru dan mendapati bahawa seramai 1,288 orang guru mengalami
gangguan mental yang serius. Sejumlah 169 orang guru tersebut telah dikenalpasti
sebagai psikotik manakala sejumlah 1,119 orang guru pula mengalami neurosis
5
(New Stralts Times, 29 Mac 1990, ms 1). Ini menunjukkan satu peningkatan yang
amat ketara Hasil dapatan kajian ini (Lampiran A) membuktikan bahawa betapa
seriusnya masalah stres yang dialami oleh guru-guru di negara kita dan perlunya
kajian stres guru dijalankan dengan lebih terperinci lagi untuk membendung
masalah tersebut
Gangguan mental dan masalah psikologikal yang dialami oleh guru-guru ini
adalah akibat darigada stres kerja yang tinggi ekoran beban tugas guru yang berat
iaitu jadual waktu di antara 28 hingga 30 waktu seminggu di sarnping terpaksa
menguruskan kelas-kelas yang terlalu ramai bilangan murid. Di samping
mengajar, guru-guru juga dibebankan dengan kerja-kerja perkeranian yang
merupakan tugas dan tanggungjawab tambahan kepada gum-guru. Keadaan ini
diburukkan lagi dengan ekspektasi masyarakat yang terlalu tinggi terhadap para
guru dan masyarakat yang tidak menghargai jasa guru-guru (New Straits Times,
29 Mac 1990, ms 2) . Oleh itu, kesedaran tentang betapa pentingnya mengkaji
beban tugas yang ditanggung dalam usaha mencari jalan untuk menangani stres
guru perlu diberikan perhatian demi menjaga masa depan profesion perguruan.
Memandangkan profesion perguruan dikatakan sebagai profesion yang paling
stres, maka tidak hairanlah ramai generasi muda masa kini tidak berminat
menceburi diri dalam bidang perguruan di mana profesion perguruan semakin
tidak diminati. Masalah ini dapat dilihat dari bilangan permohonan masuk ke
maktab-maktab perguruan yang semakin berkurangan jumlahnya dari tahun 1988
hingga ke 1991 seperti yang ditunjukkan.
PERMOHONAN KE MAKTAB PERGURUAN
Oleh yang demikian, kajian bidang stres di kalangan guru haruslah diberikan
I I I i 1990 1 78,000 23,000 7,015
perhatian dan tumpuan agar dapat membantu kita rnencari penyelesaian untuk
1991
meningkatkan lagi imej profesion perguruan
Stres yang wujud di persekitaran kerja juga kadangkala berpunca daripada konflik
Sumber: New Straits Times (LifestyleEducation), 27 September, 1991, ms 32. 75,600
interpersonal di antara guru-guru. Manusia rnungkin dapat memberi sokongan
i I
28,600 i
9,400
kepada kita untuk mengurangkan stres tetapi ia juga mungkin boleh menjadi
penegang utarna (Daniel, George dan Dorothy, 1993). Oleh itu, kajian ini melihat
keseluruhan tahap stres guru dan perbezaannya berdasarkan ciri-ciri demografi
guru. Seterusnya, kajian ini memberi tumpuan kepada hubungan stres guru
dengan faktor-faktor penegang dan faktor-faktor sokongan di persekitaran kerja.
1.3 Kerangka Kerja Konseptual
Kajian ini dimulakan dengan mencari tahap stres guru secara keseluruhan. Setelah
itu, perbezaan dilihat di antara stres guru dengan ciri-ciri dernografi iaitu jantina,
gred sekolah, lokasi sekolah, bangsa, umur, pencapaian akademik tertinggi,
pengalaman mengajar dan bilangan waktu mengajar seminggu. Justeru itu,
hubungan dilihat di antara stres guru dengan faktor-faktor penegang iaitu kurang
ekses kemudahan, salah laku pelajar, tugas hingga di Iuar waktu sekolah dan
ekspektasi tinggl masyarakat Akhir sekali, kajian ini mengkaji hubungan di
antara stres g~tm dengan faktor-faktor sokongan iaitu sokongan rakan sejawat dan
pujian serta pengiktirafan yang diterima di sekolah Oleh yang demikian, stres
guru adalah variabel bersandar manakala ciri-ciri demografi, faktor-faktor
penegang dan faktor-faktor sokongan menjadi variabel bebas Keseluruhan
kerangka kerja konseptual kajian ini dapat digambarkan dalam Rajah 1.1.
Vnrlnbel-Vanabel bebas
CIRZ-CIRI DEMOGRAFI Jantina Bangsa Pencapaian Akademik Tertinggi Pengalaman Mengaj ar Umur Bilangan Waktu Mengajar Gred Sekolah Lokasi Sekolah
Kurang ekses kemudahan sekolah Salah laku pelajar Tugas di luar waktu sekolah Ekspektasi tinggi masyarakat
FAKTOR-FAKTOR SOKONGAN Sokongan rakan sejawat Pujian dan pengiktirafan
Rajah 1 . 1 : Kerangka Kerja Konseptual Kajian
1.4 Tujuan Kajian
Banyak ka-iian menunjukkan bahawa stres boleh memberikan kesan yang negatif
dari aspek tizikal dan pstkologi seseorang gum (Maslach, 1976; Kyriacou, 1987
dan Lowenstein, 1991). Antara kesan-kesan negatif stres meliputi masalah seperti
sakit jiwa, ponteng kerja, ketidakhadiran kerja, kemerosotan prestasi kerja dan
bersara lebih awal. Me~nandangkan masalah-masalah tersebut semakin ketara
daliam perkhidmatan pendidikan, maka lebih banyak kajian stres guru perlu
dijalankan bagi mengatasi masalah-masalah tersebut.
Setakat ini, kajian stres yang telah dijalankan di Malaysia hanya menyentuh
simptom-simptom, punca-punca stres dan cara-cara menangani stres. Belum ada
kajian dijalankan secara khusus untuk melihat hubungan stres dengan faktor
sokongan di persekitaran kerja. Oleh itu, secara umumnya kajian ini bertujuan
untuk mengkaji tahap stres guru secara keselumhan dan melihat perbezaannya
berdasarkan ciri-ciri demografi. Setelah itu, hubungan stres dikaji berdasarkan
faktor-faktor penegang dan faktor-faktor sokongan di persekitaran kerja khasnya
di kalangan guru sekolah menengah.
1.5 Objektif Kajian
t
Berdasarkan tujuan kajian yang telah diterangkan maka objektif-objektif dalam
kajian ini adalah seperti yang disenaraikan berikut.
a. untuk merigetahui tahap stres di kalangan guru sekolah menengah.
b. untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan di antara stres guru dengan ciri-ciri
demografi iaitu jantina, gred sekolah, lokasi sekolah, bangsa, umur,
pencapaian akademik tertinggi, pengalaman mengajar dan bilangan waktu
mengaj $r seminggu. /
1 c. untukjmencari hubungan di antara stres guru dengan faktor-faktor penegang
iaitu kurang ekses kemudahan sekolah, salah laku pelajar, bertugas hingga di
luar waktu sekolah dan ekspektasi tinggi masyarakat.
d. untuk mencari hubungan di antara stres guru dengan faktor-faktor sokongan di
persekitaran kerja iaitu sokongan yang diterima dari rakan sejawat dan pujian
serta pengiktirafan yang diterima di sekolah.
1.6 Persoalan Kajian
Berdasarkan tujuan dan objektif kajian yang telah dinyatakan, maka kajian ini
ingin mencari jawapan kepada persoalan-persoalan berikut:
a. Apakah tahap stres di kalangan guru sekolah menengah?
b. Adakah stres guru dipengaruhi oleh ciri-ciri demografi seperti jantina, gred
sekolah, lokasi sekolah, bangsa, umur, pencapaian akademik tertinggi,
pengalaman mengajar dan bilangan waktu mengajar seminggu?
c. Apakah hubungan yang wujud di antara stres guru dengan faktor-faktor
penegang iaitu kurang ekses kemudahan sekolah, salah laku pelajar, bertugas
hingga di luar waktu sekolah dan ekspektasi tinggi masyarakat?
10
d. Apakah hubungan yang wujud di antara stres guru dengan faktor-faktor
sokongan di persekitaran kerja iaitu sokongan rakan sejawat dan pujian serta
r pengiktirafan yang diterima di sekolah?
1.7 Wipotesis Kajhs
Berpandukan daripada objektif kajian yang telah dijelaskan di Bahagian 1.5, maka
dapatlah diterjernahkan dalam bentuk tiga hipotesis nu1 yang utama (hipotesis
urnum) seperti berikut:
a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam stres guru berdasarkan ciri-
ciri demografi iaitu jantina, gred sekolah, lokasi sekolah, bangsa, umur,
pencapaian akademik tertinggi, pengalaman mengajar dan bilangan waktu
mengajar serninggu.
b. Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara stres guru dengan faktor-
faktor penegang iaitu kurang ekses kemudahan sekolah, salah laku pelajar,
tugas hingga di luar waktu sekolah dan ekspektasi tinggi masyarakat.
c. Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara stres guru dengan faktor-
faktor sokongan di persekitaran kerja iaitu sokongan yang diterima dari rakan
sejawat dan pujian serta pengiktirafan yang diterima di sekolah.
1.8 Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah tepat pada masanya memandangkan negara sedang menuju ke
era teknologi maklumat dan menjadi negara maju pada tahun 2020. Oleh yang
11.
demikian, sistem pendidikan juga perlu di sokong dengan tenaga kerja yang
mahir, berkeboiehan dan sihat dari segi mental dan fizikal. Dengan itu, masalah
stres guru haruslah ditangani dan diberikan perhatian yang sewajarnya. Kajian
hubungan stres dengan sokongan di persekitaran kerja dapat memberi panduan
\ dan arah tuju untuk mernbantu guru-guru menangani masalah stres di mana faktor
sokongan di persekitaran kerja di kalangan rakan sejawat serta memberi
pengiktirafan dan pujian merupakan cara yang mudah untuk kita menangani stres
guru.
Maklumat dalam kajian ini juga dapat membuka rnata pihak pentadbir terhadap
betapa pentingnya peranan pengiktirafan, penghargaan dan pujian yang diberikan
kepada guru dalam menangani stres di samping dapat memberi semangat dan
motivasi kepada guru dalam rnelaksanakan segala tugas dan tanggungjawab
mereka.
Pihak pentadbir sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian juga boleh
menggunakan dapatan kajian ini untuk rnengenalpasti faktor-faktor sokongan
yang dapat menangani stres guru dalam mernbantu mereka merangka dan
merancang program atau kempen mewujudkan persekitaran dan iklim sekolah
yang lebih sihat, selamat dan menyeronokkan. Persekitaran ternpat kerja yang
sihat, selamat dan menyeronokkan ini juga dapat mengurangkan stres yang
dialami oleh guru dan seterusnya dapat mengatasi masalah burn-out di kalangan
guru.
Top Related