TUGASANJANUARI 2013 SEMESTER
KOD KURSUS EIT 311
NAMA KURSUS Teknologi Instruksional & Sumber Pembelajaran
PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR MUHAMAD IEZWAN ABDUL MALEK
NO. MATRIK E30203120223
NAMA FASILITATOR AKADEMIK
KAMARUDDIN B TAHIR
PUSAT PEMBELAJARAN
AeU KUALA LUMPUR
Penggunaan Bahan Bantuan Mengajar di Sekolah: Satu Kajian Kes
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menekankan bahawa pengajaran di sekolah-sekolah rendah hendaklah “berkonsepkan didik hibur bagi memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan dengan sokongan pelbagai bahan media yang sesuai”.
Tujuan: Merujuk kepada pernyataan di atas, tujuan Tugasan ini ialah untuk meninjau penggunaan Bahan Bantuan Mengajar (BBM) atau “bahan media yang sesuai” di Sekolah anda pada masa kini.
Kaedah Pengumpulan Data: Gunakan sekolah anda Untuk mengumpul data tentang penggunaan BBM di sekolah anda, dua kaedah
digunakan:o Pemerhatian – memerhati dan merekod apa yang berlaku di sekolah anda tentang
penggunaan BBMo Temubual – tanya guru tentang penggunaan BBM - rekod perbualan
Gunakan Senarai Semak berikut untuk mengumpul data tentang penggunaan BBM di sekolah anda:
Senarai Semak (checklist): Latar belakang sekolah
o Bilangan murid & guruo Bilangan bilik darjaho Kelengkapan bilik komputer
Bilangan komputer / komputer riba Keadaan komputer – bilangan yang tidak bermasalah Nisbah komputer dan bilangan murid Kemudahan internet – bilangan komputer / kelajuan
o Bilik sumber Bilik sumber khusus atau BBM disimpan di bilik darjah Jenis BBM yang terdapat Kesesuaian BBM dengan pengajaran Bilangan BBM – sama ada mencukupi Keadaan - baru atau usang
Jenis BBM yang digunakan oleh guruo Contoh – gambar, kad imbasan, model 3-D, boneka, patong, diorama, OHP,
projektor LCD, slaid powerpoint, internet, radio, pita rakaman, TV, klip video, klip audio, realia (bahan semulajadi), benda hidup, tumbuh-tumbuhan, animasi, carta, rajah, surat khabar, peta, kad ejaan, kad bergambar dan lain-lain.
Guru mata pelajaran yang menggunakan pelbagai jenis BBM Guru mata pelajaran yang paling kurang menggunakan BBM
Tanya: Mengapakah kurang penggunaan BBM? Guru mata pelajaran yang paling kerap menggunakan BBM Tanya: Apakah yang mendorong menggunakan BBM? Tahap kemahiran guru menggunakan BBM – seperti komputer Masalah-masalah yang dihadapi guru dalam penggunaan BBM
o Tidak mempunyai kemahiran – memerlukan latihano Anggap tidak pentingo Tidak cukup masa untuk menggunakan BBMo BBM tidak cukup – keadaan tidak baik dan usang
Tanya murid sama ada mereka suka penggunaan BBM dalam bilik darjah – tanya mengapa?
PENTING: Anda digalakkan mengumpul maklumat-maklumat selain daripada yang disenaraikan di atas.
Format Laporan
Pengenalan: - 6 markah – [2 halaman] Ceritakan secara ringkas sejarah penggunaan BBM di sekolah Kekterangan ringkas tentang Bahan Bantuan Mengajar (BBM) yang merupakan apa jua
bahan sokongan yang digunakan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan pengajaran serta meningkatkan minat murid dan mewujudkan suasana “didik hibur”.
Pentingnya BBM – mempengaruhi minat dan tahap kefahaman – terutama di kalangan murid lemah.
Latar belakang sekolah [JANGAN Sebut nama sekolah dalam laporan anda]
Penyampaian Data – 22 markah – [15 halaman – termasuk gambar] Jenis BBM Kekerapan Penggunaan BBM Komputer dan Internet Pandangan Guru tentang Penggunaan BBM Pandangan Murid tentang Penggunaan BBM
[Gunakan iPad anda untuk merekod perbualan dengan guru dan mengambil gambar untuk diselitkan dalam penyampaian]
Kesimpulan – 7 markah [3 halaman] Pandangan anda tentang penggunaan BBM Pandangan anda tentang respons guru – masalah yang dihadapi Bolehkah penggunaan BBM dipertingkatkan?
A. PENGENALAN
Bahan bantu mengajar adalah faktor penting dalam menentukan kejayaan program
pembelajaran, dimana ia menimbulkan ransangan keinginan pelajar untuk mengetahui sesuatu
dan untuk menjadikan sebuah pembelajaran yang baik dan menarik. Bahan bantu mengajar
(BBM) bukanlah sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pembelajaran dan pengajaran.
Menurut Noraziah Abdul Hamid (1981:2) bertajuk “Alatan Mengajar Dalam Pengajaran
Bahasa”, alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses
tersebut. Ini bertujuan untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dan pelajar dan
sebaliknya pelajar sesama pelajar serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman
mereka terhadap sesuatu konsep yang disampaikan oleh guru.
Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk “
cone of experience” di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak
hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM juga sebahagian daripada kaedah dan idea-
idea yang disampaikan oleh guru kepada murid-muridnya. Walau kaedah apa digunakan
sekalipun BBM pasti tetap ada, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik. David
Berlo dalam proses komunikasi itu terdapat empat ciri penting iaitu sumber, pesanan, saluran
dan penerima. Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, BBM dan
tulisan. Empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Masakini,
pengetahuan saintifik, psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi, beberapa BBM yang
baru dan lama perlu digunakan untuk mempercepatkan proses pembelajaran, tetapi tidak
berupaya mengambil tempat seorang guru.
BBM ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya
dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-
buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda
yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar,
rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.
Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan:
alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Abdul Hamid
( 1981) membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan
elektronik. Manakala Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 ) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 )
mengkelaskannya kepada dua iaitu “ software” dan “ hardware”
Ngui Kuen Sang (1981: 35 )
“ mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada
keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi
pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan
dan pandangan seseorang.”
Atan Long ( 1982: 174 )
“ BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan
dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan
dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.”
Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)
“ …hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu
membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi
mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya
penghargaan.”
Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh
dibahagikan kepada tiga kategori:
Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem
jalur, slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring
hitam, CD , komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya.
Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik – seperti suara, gambar,
carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet,
kad-kad imbasan, buku dan sebagainya.
Bahan bercorak pengalaman - saperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan
maujud (realia) dan sebagainya.
KEPENTINGAN BBM
Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan BBM
bolehlah dirumuskan seperti berikut:
BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep
Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar
Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal
Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di
kalangan pelajar
Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem bergerak.
Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata pelajar.
Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam
dan beragam.
Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut:
memberi rangsangan dan minat murid-muird terutamanya murid yang lemah.
menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran
dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada murid-
murid.
membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran
mereka lebih kekal.
menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-
cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.
dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan
perbendaharaan kata.
ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat
menambahkan lagi bacaan murid-murid.
Sebagai rumusannya BBM adalah sangat penting kerana dapat:
menjimatkan masa
dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti-aktiviti murid-murid
menyeronokkan murid-murid dan ia membantu dalam kaedah pengajaran
DIDIK HIBUR
LATAR BELAKANG SEKOLAH
Sekolah yang saya pilih adalah sekolah saya sendiri di mana baru 3 bulan saya ditukarkan ke
sini. Terletak di Nilai , Negeri Sembilan yang berhampiran dengan Kuala Lumpur International
Airport dan LCCT lebih kurang 12 kilometer sahaja. Merupakan sebuah sekolah yang
mempunyai 1875 orang murid yang terdiri sesi pagi dan sesi petang. Manakala bilangan guru
yang berkhidmat di dalam sekolah ini seramai 105 guru dan 12 staf sokongan . Sekolah ini
mempunyai infrastruktur yang lengkap dari segi kelas 23 buah , bilik-bilik khas, dewan
serbaguna, kemudahan prasarana sukan dan sebagainya. Kini sekolah ini sudah berusia 15 tahun
sejak 1998 dibina di kawasan tanah rancangan FELDA Labu Johnson ini.
Sekolah ini mempunyai bilik Bahan Bantu Mengajar yang menyimpan bahan-bahan
bantu mengajar setiap mata pelajaran selaras dengan perkembangan kurikulum oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun tidak semua bahan-bahan ini diletakkan di dalam Bilik
BBM ini, kebanyakkan bahan-bahan mengajar ini disimpan di bilik khas masing-masing
mengikut ketua panitia yang menetapkannya. Antara bilik-bilik khas yang disediakan ialah Bilik
Sains, Bilik Pendidikan Seni, Bilik SALC, Bilik Muzik, Bilik Media, Pusat Sumber dan Bilik
Matematik. Sebahagian besar bahan-bahan mengajar di simpan di bilik-bilik yang disediakan.
Namun yang demikian BBM yang sedia ada sekarang tidak dikemaskini selaras dengan
perkembangan kurikulum baru sekolah iaitu KSSR . Hanya sedikit sahaja bahan yang dikumpul
dan masih di dalam proses penambahan alatan bahan bantu mengajar.
Manakala kemudahan makmal komputer turut disediakan namun malangnya 15 buah
komputer yang disediakan tidak dapat digunakan. Hanya 5 komputer boleh digunakan di Pusat
Sumber sebagai pusat teknologi maklumat untuk kemudahan guru-guru mendapatkan bahan
daripada internet. Internet pula adalah daripada Kementerian Pelajaran Malaysia yang baru 3
bulan dapat digunakan iaitu YESMOE didirikan di antara sekolah rendah dan sekolah menengah.
Walaubagaimanapun taliannya tidak menyeluruh hanya boleh di dapati di Pusat Sumber , pejabat
dan bilik guru sahaja.
Sebagai langkah mengatasi masalah berkenaan bahan-bahan mengajar ini, inisiatif setiap
panitia mata pelajaran menjalankan aktiviti seperti pembengkelan bahan-bahan mengajar di
adakan setiap tahun. Bermakna guru-guru juga diberi pendedahkan tentang penyediaan BBM
mengikut kreativiti masing-masing. Guru juga terdedah dengan teknologi maklumat di mana-
mana mereka berada. Oleh itu tidak menjadi masalah jika mereka mahukan bahan-bahan dari
internet kerana di rumah mereka pun ada kemudahan internet peribadi masing-masing. Melalui
kajian yang dibuat ini kita akan melihat sejauhmana penggunaan BBM di dalam pembelajaran
dan pengajaran serta kekerapan penggunaan di dalam kelas.
B. DAPATAN DATA BAHAN BANTU MENGAJAR
Berikut adalah senarai bahan bantu mengajar dan kekerapan penggunaan bahan yang
diperolehi melalui pemerhatian dan rekod penggunaan BBM yang dibuat sekitar sekolah.
Jenis BBM Bilangan
Kekerapan
digunakan
seminggu
Lokasi
penyimpanan
Gambar 75 keping 1 Bilik BBM
Kad Imbasan 10 set - Bilik BBM
Model 3 D 12 set - Bilik SALC
Boneka 5 set - Bilik Seni
Patung 2 set - Bilik Sains
Diorama 2 set - Bilik Media
OHP 2 set - Bilik Media
Projektor 2 set - Bilik Media
LCD 6 set 3 Bilik Kaunseling
Slaid Putih 6 set 3 Bilik Sains &
Dewan
Internet 2 wireless 5 Pejabat & Bilik
Guru
Radio 6 set 5 Bilik Muzik
Pita rakaman 3 set 5 Bilik Muzik
TV 5 set 1 Bilik Media, Bilik
Muzik, Pusat
Sumber
Klip Video 10 pita - Bilik Media
Klip Audio 25 kaset - Bilik Muzik
Realia 1 set - Bilik Media
Benda Hidup - - -
Tumbuh-tumbuhan Ada Taman Herba
Animasi - - -
Carta 55 keping 1 Bilik BBM
Rajah 32 keping 1 Bilik BBM
Surat Khabar Ada 2 Pusat Sumber
Peta 3 set - Bilik BBM
Kad Ejaan 10 set 3 Bilik BBM
Kad Bergambar 15 set 3 Bilik BBM
CD P&P Ada - Bilik Sains, Bilik
Matematik, Bilik
Muzik
Alatan PJK lengkap 5 Stor PJK
Alatan Muzik lengkap 5 Bilik Muzik
Kekerapan Penggunaan BBM
Secara keseluruhan yang dilihat kebanyakkan BBM yang dipakai mengikut keperluan guru dan
mata pelajaran tertentu. Berikut adalah matapelajaran yang KERAP menggunakan BBM sebagai
alat bantu mengajar oleh guru:
Matematik ( kerap digunakan oleh guru Tahap 1 khasnya murid LINUS )
Sains ( penggunaan di Bilik Sains apabila menjalankan eksperimen atau ujikaji )
Muzik ( penggunaan alatan muzik di Bilik Muzik )
Bahasa Melayu ( digunakan khas murid LINUS dan Tahun 6 )
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ( setiap digunakan untuk PJK aktiviti 1M 1S )
Secara rumusannya , kebanyakkan alat bantu mengajar ini digunakan di dalam kelas-kelas
yang mempunyai tahap murid yang lemah terutamanya bagi murid LINUS yang lemah dalam
Literasi dan Numerasi. Bahan bantu mengajar adalah sangat penting dalam pembelajaran dan
pengajaran mereka. Di mana murid yang lemah memerlukan bantuan bahan untuk membina
konsep pembelajaran mereka bersama dengan guru. Selaras dengan perkembangan sistem
kurikulum negara kita, perubahan teknik pengajaran juga dipengaruhi dengan bahan bantuan
mengajar yang ada. Tambah lagi teknik DIDIK HIBUR kian diperkatakan , di mana guru
dihendaki mengajar dengan aktiviti yang menyeronokkan dan tidak membosankan murid-murid.
Oleh itu, pihak sekolah juga sedang berusaha menyediakan dan menyenaraikan bahan bantu
mengajar yang baru yang hendak ditempah dari pembekal sekolah memandangkan kurikulum
tahun 1 hingga tahun 3 kini sudah berubah iaitu KSSR. Pihak sekolah perlu menyediakan bahan-
bahan yang menyediakan eviden untuk dinilai oleh murid.
Berikut adalah temubual bersama seorang guru yang kerap menggunakan BBM sebagai alat
bantu mengajar ?
Apakah yang mendorong tahap penggunaan BBM
di dalam matapelajaran cikgu di dalam kelas?
Sepertimana yang kita ketahui bahawa matapelajaran yang saya ajar selama ini ialah
berkenaan dengan murid-murid LINUS. Sebut sahaja murid LINUS kita faham bahawa
kebanyakkan murid-murid LINUS adalah murid yang sangat lemah dalam membaca (Literasi)
dan mengira (Numerasi). Bagi saya , BBM banyak membantu saya dalam menyampaikan
pembelajaran dan pengajaran saya di kelas LINUS ini terutamanya mata pelajaran Bahasa
Malaysia yang saya ajar sekarang. Mereka perlukan bahan untuk menyokong pembelajaran
dengan konsep yang paling mudah untuk difahami oleh mereka. Kad-kad huruf dan suku kata
perkataan adalah salah satu cara bahan yang disediakan dan digunakan bagi membantu murid-
murid LINUS tegar ini. Tanpa BBM seperti yang ada di dalam kelas ini kemungkinan besar
pencapaian objektif di dalam pembelajaran dan pengajaran tidak akan tercapai. Lebih
memburukkan lagi semakin ramai pula murid LINUS akan muncul jika bahan pengajaran tidak
digunakan. Oleh sebab itu, penggunaan BBM sangat kerap digunakan selalu di dalam kelas
LINUS ini - Puan Aduraini ( Penyelaras LINUS )
Terdapat juga guru matapelajaran kurang menggunakan BBM terutamanya murid-murid
Tahap 2 yang merangkumi Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Jauh berbeza dengan guru Tahap 1
yang amat memerlukan BBM sebagai bahan utk membantu di dalam pengajaran. Ini kerana
terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pengurangan penggunaan bahan bantu mengajar
ini. Antaranya :
1. Guru lebih menjurus penggunaan Buku Teks dan Buku Latihan Aktiviti yang telah
disediakan dan ia mencukupi untuk murid-murid memahami pembelajaran dan
pengajaran yang disampaikan.
2. Sedia maklum bahawa murid Tahun 6 pembelajaran mereka sudah ke arah persediaan
peperiksaan UPSR , guru banyak menumpukan latihan tubi berdasarkan kertas-kertas
soalan UPSR tahun tahun terdahulu atau soalan ramalan yang dikongsikan dari sekolah-
sekolah berdekatan.
3. Murid sudah terdedah lebih awal dengan pembelajaran , guru tidak perlu lagi berusaha
menyediakan BBM , sebagai contoh 80% murid sekolah itu sudah mahir menggunakan
komputer dan menggunakan perisian yang sedia ada di dalam komputer tersebut.
Berikut adalah temubual yang dibuat kepada salah seorang guru yang mengajar Tahun 6 khasnya
matapelajaran Bahasa Malaysia.
Mengapakah kurangnya penggunaan BBM di dalam kelas Tahap 2 ?
Sebenarnya bukan kurang penggunaannya tetapi kita memperbanyakkan bahan-bahan luar dari
kebiasaannya kite perolehi daripada sekolah sendiri. Tambahan kami mengubah bahan-bahan
yang lebih efisien selaras dengan matlamat sekolah untuk mencapai kecemerlangan UPSR 2013
ini. Apabila murid sudah Tahun 6 bermakna guru-guru Tahun 6 kena lebih bersedia dengan
cara-cara menjawab soalan dan tips soalan-soalan yang berpotensi keluar dalam UPSR tahun
ini. Mungkin kita lihat apabila murid sudah masuk Tahun 6 , murid tidak didedahkan dengan
sukatan pelajaran dan lebih kepada kesediaan mereka dalam menempuh UPSR akan datang.
Namun yang demikian kami masih perlukan bahan-bahan seperti soalan ramalan, soalan latih
tubi dari negeri lain ataupun soalan-soalan percubaan sebagai bahan bantu mengajar kami. –
Ketua Program Kecemerlangan UPSR Sekolah 2013
Sudah sedia maklum bahawa penggunaan komputer di sekolah ini adalah tidak menyeluruh
di mana komputer di dalam makmal computer sudah dianggap LUMPUH disebabkan komputer-
komputer yang sedia ada tidak dapat diguna dengan baik dan memerlukan komputer-komputer
yang baru dan sudah di naiktaraf. Walaubagaimanapun, guru yang memerlukan komputer untuk
mencari maklumat boleh mendapatkan computer di Pusat Sumber yang terdapat 5 buah
komputer yang masih berfungsi. Tahap penggunaan computer tidaklah begitu menyeluruh
memandangkan guru-guru disitu mempunyai komputer peribadi masing-masing. Kebanyakkan
mereka ingin mendapatkan maklumat hanya melayari internet di bilik guru sahaja
memandangkan terdapat talian internet yang disediakan oleh KPM iaitu YESMOe. Rata-rata
yang menggunakan internet adalah guru-guru muda berbanding dengan guru-guru senior yang
jarang menggunakan komputer mahupun internet. Antara sebab yang diperolehi melalui kutipan
data tentang penggunaan komputer dan internet di sekolah ialah:
1. Tiada masa atas kekangan masa dengan kelas dan aktiviti sekolah
2. Kemudahan komputer yang tidak lengkap seperti printer dan scanner
3. Tiada kemahiran dalam komputer terutamanya golongan guru senior
4. Talian internet tidak stabil
5. Guru biasa menggunakan komputer dan internet di rumah sahaja terutamanya dalam
mengisi PBS bagi KSSR.
6. Hanya menggunakan perisian seperti WORDs, POWER POINT dan EXCEL sahaja
7. 80% guru mempunyai laptop peribadi masing-masing dan talian broadband sendiri.
MASALAH PENGGUNAAN BBM
Terdapat beberapa permasalahan yang timbul di dalam penggunaan BBM di sekolah di
mana saya melihat sendiri sebagai salah satu kelemahan dalam pembelajaran dan pengajaran.
Rata-rata guru tidak menggunakan BBM secara sepenuhnya dan menjadikan ianya sebagai
amalan tidak dipraktikkan. Antara masalah yang dihadapi oleh guru di dalam penggunaan BBM
ini ialah :
1. Tidak mempunyai kemahiran
Terdapat segelintir guru tidak tahu menggunakan BBM yang sedia ada terutamanya yang
melibatkan pengendalian peralatan komputer dan LCD. Kelemahan ini menyebabkan
mereka kurang menggunakan alatan teknologi maklumat ini memandangkan jika mereka
mengendalikan juga , separuh masa mengajar mereka akan terbazir untuk proses
pemasangan dan pengendalian alatan ini. Rata-rata guru lebih suka menggunakan bahan
maujud daripada menggunakan alatan yang berteknologi tinggi.
2. Bersikap acuh tidak acuh
Sikap guru yang tidak mengambil inisiatif dalam penyediaan BBM di dalam
pembelajaran dan pengajaran. Menganggap BBM ini tidak penting di dalam pengajaran
dan pembelajaran.
3. Tidak cukup masa
Alasan yang selalu digunakan apabila menjawab pertanyaan kepada seorang guru ialah
kesuntukan masa dalam menggunakan BBM. Maksud disini ialah guru tidak bijak dalam
menguruskan masa di dalam pembelajaran dan pengajaran yang dirancang.
4. BBM tidak dikemaskini
Perubahan kurikulum semasa banyak menyebabkan BBM di dalam bilik BBM agak
ketinggalan dan masih menggunakan sukatan KBSR. Hal ini menyebabkan bahan yang
sedia ada tidak dipakai dan buruk begitu sahaja serta berhabuk.
RESPON MURID TERHADAP PENGGUNAAN BBM
Rata-rata murid yang ditemui dan berbual secara tidak formal saya dapati bahawa:
SUKA DAN AKTIVITI YANG MENYERONOKKAN
- Murid-murid menggemari dan meminati sesuatu mata pelajaran itu jika ada bahan yang
boleh dirujuk
- Konsepnya yang amat mudah untuk difahami oleh murid
- Tidak membosankan malah menyeronokkan
- Murid dapat melihat sendiri dan merasai sendiri tentang kandungan pelajaran yang
dipelajari terutamanya matapelajaran Sains
- 100% murid suka matapelajaran PJK adalah disebabkan alat permainan yang digunakan
malah MUZIK juga antara salah satu matapelajaran yang diminati oleh murid sekolah itu.
Ia adalah kerana penggunaan alat muzik yang sepenuhnya membuatkan ramai murid
meminati matapelajaran itu.
- Mereka berharap jika guru kerap menggunakan BBM di dalam pembelajaran dan
pengajaran mereka, tidak mustahil mereka meminati matapelajaran tersebut dan
memudahkan mereka menerima kandungan pelajaran dengan mudah dan kukuh.
GAMBAR BAHAN BANTU MENGAJAR DI SEKOLAH INI.
Rak Carta
Rak Teacher Courseware di Bilik Sains
Rak dan petisyen yang membahagikan bahan-bahan yang sedia ada
Carta-carta digantung dan disusun kemas
Bilik Media
Makmal Komputer
Bilik Sains
Pusat Sumber
C. KESIMPULAN
Secara kesimpulan yang diperolehi daripada kajian ini, saya dapati penggunaan BBM ini
amat penting dalam pembelajaran dan pengajaran. Ia juga merupakan salah satu proses di mana
penggerak kepada sesuatu konsep yang hendak diterapkan. Pada pandangan saya sebagai seorang
guru, kita kena bijak mengatur bagaimana menyesuaikan BBM dengan isi kandungan
matapelajaran yang hendak diajar. Guru juga perlulah kreatif dan inovatif dalam mengatur
sebuah pembelajaran dan pengajaran yang baik. Pengalaman mengajar saya selama 11 tahun itu
digunakan sepenuhnya. Guru-guru ini bukan sahaja mengenali batang tubuh setiap muridnya
tetapi ia tahu juga kebolehan dan minat muridnya. Ia cuba melibatkan berbagai pancaindera
murid seperti yang disarankan oleh Wayne F. Virag,1976 “ seseorang individu dalam suasana
pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai bahan pengajaran, teknik-teknik dan
peringkat-peringkat penyampaian pengajaran… suasana pembelajaran ini pula adalah
dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kaedah penyampaian dan bahan pengajaran yang
digunakan dalam suasana fizikal yang direka untuk pembelajaran.”
Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana kegagalannya
menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan pelajaran itu seluruhnya.
Masa mengendalikan BBM dan tidak mengalami sebarang kesulitan apabila tiba masa
menggunakannya. BBM sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati
fungsinya. Guru harus pandai memilih butir-butir penting yang perlu ditulis, supaya jelas, terang,
kemas dan teratur. Cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang diperuntukkan.
Pandangan saya berkenaan tentang permasalahan guru dalam penggunaan BBM ini ialah
setiap benda yang kita ingin lakukan pasti ada masalah yang berlaku. Namun setiap
permasalahan itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Bagi saya jika kita ingin murid-murid kita
berjaya kenalah berfikir dan mencari ikhtiar bagaimana kita hendak memantapkan lagi
pembelajaran dan pengajaran yang kita lakukan setiap hari. Penggunaan BBM adalah salah
satunya bagaimana cara untuk memantapkan pengisian kita di dalam strategi pembelajaran dan
pengajaran kita terhadap sesuatu mata pelajaran. Oleh itu, tiada alasan untuk guru menjadikan ia
sebagai masalah dalam bidang kita sebagai seorang guru.
Penggunaan BBM boleh dipertingkatkan jika gerak usaha guru-guru dalam penyediaan
BBM di peringkat sekolah diperkenalkan. Aktiviti seperti membuat bengkel BBM atau
mengadakan pertandingan mereka BBM dengan idea yang kreatif juga boleh memantapkan lagi
penggunaan dan penyediaan BBM yang sedia ada. Malah ia mampu melengkapkan lagi koleksi
BBM di dalam bilik khas yang disediakan. Pelbagai pendekatan boleh dibuat untuk
meningkatkan penggunaan BBM di kalangan guru-guru sekolah. Walaubagaimanapun, guru-
guru perlulah sentiasa kreatif dan berinovasi di dalam penyediaan BBM yang mampu dijadikan
bahan bantu mengajar yang terbaik dan bernilai.
RUJUKAN
Abdul Rahim Abdul Rashid,( 1996 ), Panduan Latihan Mengajar, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah bt. Hj. Ahmad, ( 1989 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd.
Ee Ah Meng, ( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi Kedua, Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti.
John Arul Phillips, (1997 ) , Pengajaran Kemahiran Berfikir, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Snd. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin, ( 1994 ) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa (Edisi Baru), Siri Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd.________________, ( 1986 ) Panduan Latihan Mengajar, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd.
________________, ( 1989 ), Pedagogi 3, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd. ________________, (1994), Pedagogi 4, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd.
________________, ( 1989 ), Pedagogi Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd.
Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988 ) Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. Bhd. Mok Soon Sang, Lee Shok Mee, ( 1986 ) Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Tahap I, Siri Maktab Perguruan, Kuala Lumpur, Heinemann Malaysia Snd. Bhd.______________, ( 1995 ), Pendidikan di Malaysia, Siri Pendidikan Perguruan, (Edisi Kelima ), Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd.
Mokhtar Affandi Amran, Poh Swee Hiang, ( 1996 ), Sumber Teknologi, Pengurusan Sumber Pengajaran Pembelajaran 2, Siri Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd. Bhd.
Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd Dain, ( 1980 ) , Kaedah dan Teknik Mengajar Bahasa dengan rujukan khusus kepada pengajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur:Penerbit Pustaka Ilmu.
Robiah Sidin, Zaiton Sidin, ( 1989 ) Sosiologi Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sharifah Alawiah Alsagoff, (1987), Sosiologi Pendidikan, Siri Maktab Perguruan, Kuala Lumpur: Heinemann Malaysia Snd. Bhd.
Sheikh Othman bin Sheikh Salim, ( 1989 ), Kamus Dewan ( Edisi Baru ), Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Syed Abu Bakar Syed Akil (1994 ), Panduan Mengajar Kemahiran Membaca, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jurnal Pengurusan Pendidikan ( 1996 ), Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia
Medan Pendidikan, ( Jun 1987 ), Buletin Pendidikan Negeri Terengganu, Edaran Sekolah- sekolah Terengganu.
Pakej Pengajaran dan Pembelajaran Teknologi Maklumat, (1999) Diploma Perguruan Malaysia, Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Teknologi Pendidikan, Maktab Perguruan Kuala Terengganu.
Top Related