Modul Disiplin Asertif Canter
Berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan
Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusasn bilik darjah. hak murid untuk belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa ganguan. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar
Pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas). Beri peneguhan yang sesuai untuk tingkah yang diingini.
Canter Mencadangkan Cara Membimbing Murid
Perhatian positif kepada murid
Berinteraksi dengan murid yang menunjukkansalah laku.
Wujudkan hubungan saling percaya danmenghormati antara satu sama lain.
Model Asertif Disiplin Menggariskan 3 Jenis Guru
Guru yang agresif
Guru yang tidak asertif
Guru yang asertif
GURU YANG AGRESIF
Lebih bersifat autokratik, menunjukkankuasa dan tidak bertolak ansur.
Ekspresi muka mereka sentiasa serius dantegas
Menggunakan arahan yang tegas dan keras
GURU YANG TIDAK ASERTIF
Menggunakan pendekatan pasif, tidak konsisten dan mengelirukan.
� Membenarkan suatu tingkah laku tetapi pada masa yang
sama memarahimurid yang melakukan tingkahlaku tersebut.
� Kelihatan kelam kabut, tidak konsisten, tidak tegas dan
sampai ketikanyamurid tidak lagi menghormatinya
Mudah putus asa� Murid keliru
GURU YANG ASERTIF
Guru yang asertif jelas dengan matlamat pengurusan.
Yakin dan tegas dalam peraturan
Mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid
Cara Pengurusan Disiplin Asertif
Guru perlu membuat perancangan disiplin secara bertulis dan formal yang menyatakan:
peraturan dan rutin :
Peraturan dinyatakan dengan jelas tentang tingkah laku yang diingini daripada murid iaitu tingkah laku ini boleh diperhtikan dengan jelas oleh guru dan tidak berbentuk akademik
pengiktirafan dan akibat salah laku:
Pengiktirafan diberikan kepada murid untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini manakala pembetulan dikenakan kepada nurid-murid yang menggangu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa
Guru juga harus mengajar dan
membimbing murid-murid tentang
pelan pengurusan disiplin yang
dibentuk.
Penerangan peraturan
Penerangan tentang tindakan pembetulan
Cara pelaksanaan peraturan
Semak kefahaman murid
Maklumkan tentang ganjaran
Cara tindakan pembetulan dikenakan
Semak kefahaman murid
Langkah-langkah Penerangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah
Cara Mengenakan Tindakan Pembetulan Kepada Murid
• bertindak dengan tenang
• konsisten
• berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini
• beri peluang kepada murid meluahkan perasaan
• teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah
• tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa
Murid Bermasalah
perlu ditangani dengan berhemah paling sukar ditangani tetapi perlukan
paling banyak perhatian Antara cadangan center untuk menangani
murid-murid ini adalah:- guru perlu dapatkan kepercayaan murid,- beri perhatian-berusaha untuk berinteraksi dengan murid
Model Akibat Logikal Dreikurs
Menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin didalam bilik darjah.
Guru perlu mengenal pasti punca salah laku. Murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan didalam bilik darjah.
Murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalankendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.
Murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan
Tingkah Laku Bermasalah Berpunca Daripada Motif-motif Berikut:
• mendapatkan perhatian• mencabar kuasa• membalas dendam• mempamerkan kekurangan
Mendapatkan Prhatian
Murid sering cuba mendapat perhatian dengan cara yang
salah
- Membuat ‘lawak bodoh’
- Mengetuk meja tanpa sebat
- Mengusik murid lain
- Tidak menumpukan perhatian semasa p&p
Guru tidak perlu memberi perhatian kepada tingkah laku yang
tidak diingini tetapi memberi perhatian kepada tingkah laku
yang diingini.
Mencabar Kuasa (Konflik)
Apabila murid bertindak mencabar kewibawaan
guru jangan bertindak secara emosi
- Enggan memberi kerjasama
- Bersikap degil
- Melanggar peraturan yang ditetapkan
Bertenang, panggil murid secara individu dan
cuba kenal pasti punca kelakuan mereka
Membalas Dendam
Murid bertindak membalas dendam apabila guru dilihat
sebagai bersikap tidak adil dan bersikap autokratik.
- Menconteng meja kerusi dan bangunan sekolah
- Mencuri
- bergaduh
Pada peringkat ini murid banyak dikawal oleh emosi negatif.
Guru perlu menenangkan keadaan dan cuba berbincang
dengan murid supaya murid dapat melihat kesan daripada
matlamat mereka yang salah.
Menunjukkan Kekurangan Murid yang gagal mendapat pengiktirafan melalui motif-motif
sebelumnya mungkin akan bertindak menunjukkan dirinya
sebagai orang yang lemah dan tidak berupaya.
- Suka dibiarkan berseorangan
- Mengelak daripada membuat sebarang kerja kumpulan
- Tidak bercampur dengan rakan sekelas
- Tidak mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan
Guru harus cuba menarik perhatian mereka dan memberi
peluang menunjukkan keupayaan.
Hargai usaha mereka dan beri pengiktirafan yang sesuai.
Cara Dreikurs Menangani Murid Yang Mempunyai Motif Salah
Kenal pasti motif murid
Bantu murid melihat akibat tingkah lakunya yang salah
Bimbing murid bertanggungjawab ke atas
matlamat baharu
Bantu murid tukar matlamat salah kepada matlamat sebenar
Bantu murid memahami motif yang ditunjukkan
Cara Komunikasi Guru Yang Berkesan Untuk Menangani Salah Laku
• berkomunikasi perkara yang positif
• galak peningkatan murid
• kenal pasti kelemahan murid
• belajar daripada kesilapan
• percaya kebolehan murid
• bekerjasama
• rasa bangga pencapaian murid
• optimis
• beri galakan dan motivasi
Banding Beza Model Akibat Logikal Dreikurs Dan Modul Disiplin Asertif Canter
Bil ASERTIF CANTERS (Sikap guru)
DREIKURS (Golongan bermasalah)
1 Diasaskan oleh Lee Canters & Marlene. • Menyatakan bahawa guru berlu bersikap positif (berterus terang). • Guru tegas mengawal kelas/tidak menunjukkan kelemahan.(tak berperikemanusiaan)
• Diasaskan oleh Rudolph Dreikurs. • Menyatakan bahawa disiplin bukan hukuman sebaliknya kawalan diri. • Guru membimbing dengan set yang diingini. • Dreikurs tidak percaya hukuman, paksaan, dendaan dalam tangani maslah tingkah laku. • Percaya kepada kesan natural/ akibat /galakkan / pertimbangan logikal dapat mendidik pelajar.
2 Disiplin asertif?
• Guru menggunakan bahasa
yang tegas/ verbal
• Teknik ‘broken record’/ tidak
menjerit/ tak marah/mengulang
mesej dengan tenang bila
berlaku pertikaian.
• Menggunakan bahasa
tubuh/memek
muka/membesarkan
mata/unverbal.
Mengapa?
• Individu melanggar
disiplin/salah laku sebab
merasakan peraturan berat
sebelah/ mengehendaki
sesuatu.
●4 punca salah laku:
- Dapat perhatian
- Kuasa kawal
- Ketidakupayaan
-Membalas dendam
3 Langkah laksana disiplin asertif?
• Kenal murid yang menjadi
halangan
pelaksanaan disiplin assertif/latar
belakang.
• Amalkan respon assertif.
-bukan asertif
- pendidik y pasif/ tak pertahan hak.
-pendidik
bermusuh-jerit/ugut/sindir.
-asertif- Desak dengan
tenang/didikan terkawal.
• Letakkan had/apa yang
dikehendaki.
• Laksanakan dengan tegas/ cara
positif
Cara menangani?
• (Guru) marah/gusar
(Murid)
perhatian.
• Ancam/diugut tunjuk
kuasa.
• Disakiti balas dendam.
• Tak terdaya
Ketidakupayaan guru.
4 Contoh tindakan:
● Ketika guru mengajar,
murid leka membaca komik
di belakang
Tindakan: guru merampas
komik tersebut dengan
harapan sup[aya murid
tersebut kemblali
menumpukan perhatian
dalam p&p
Contoh tindakan:
• Murid datang lewat ke
kelas
• Hukuman: Mencuci
tandas
• Akibat logikal: Tidak
dapat masuk ke kelas.
• Murid menconteng
dinding
• Hukuman: Denda balik
lambat
• Akibat logikal: Murid
perlu membersihkan
dinding yang diconteng