UNIT 5 PENGAJARAN MIKRO / MAKRO
SINOPSIS:
Tajuk-tajuk dalam unit ini menjelaskan tentang konsep pengajaran mikro / makro,
kemahiran Asas Pengajaran Mikro / Makro, Perancangan dan Amali Pengajaran
Mikro dan Makro serta Bidang Pengajaran Mikro / Makro. Tajuk-tajuk ini bertujuan
meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam. Selain daripada itu anda juga diberi tugasan dan
tajuk tutorial untuk dilaksanakan. Para pelajar diharap dapat berusaha untuk
menguasai semua kemahiran yang terdapat di dalam unit ini.
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini peserta dapat :
i Memahami dan menguasai kemahiran asas pengajaran mikro dan makro
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam;
ii menguasai kemahiran mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam , dan;
iii memilih dan mengaplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
bagi tajuk-tajuk pelajaran dalam setiap bidang Pendidikan Islam.
46
TAJUK 5 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO
TAJUK 5.1 Konsep Pengajaran Mikro dan Makro
Konsep Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro adalah suatu teknik pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan
dalam masa di antara lima hinggga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran
bagi sekumpulan pelajar. Jumlah pelajar biasanya antara sepuluh hingga lima belas
orang sahaja. Pengajaran mikro bertujuan membina kemahiran guru berkaitan
dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Pengajaran mikro memperlihatkan bagaimana seseorang pelajar dapat menyampaikan
satu-satu kemahiran yang telah dipelajari dan dikuasainya secara praktik. Ia melibatkan
teknik-teknik penggunaan set induksi, penyoalan, variasi rangsangan, penerangan
dengan contoh-contoh, ilustrasi atau alat bantu mengajar, penggunaan papan
kapor, pengukuhan dan penutup.
Melalui pengajaran mikro, anda berpeluang mempraktikkan teori pengajaran dalam
sesuatu situasi yang terkawal. Anda perlulah tahu, kebiasaannya pengajaran ini hanya
menumpukan kepada satu jenis kemahiran mengajar sahaja. Untuk memerhati dan
menilai aktiviti pengajaran yang dilaksanakan, anda digalakkan membuat rakaman
video. Setelah aktiviti pengajaran ini selesai anda perlu berbincang dengan rakan-rakan
tentang kekuatan dan kelemahan bagi aktiviti pengajaran yang telah anda laksanakan.
Hasil perbincangan tadi bolehlah digunakan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan
lagi kemahiran yang telah dilaksanakan.
Bincangkan dengan rakan anda tentang faedah pengajaran mikro. Buat catatan isi-isi penting , kemudian bandingkan dengan bahan yang disediakan berikut.
Antara faedah yang dapat disenaraikan ialah:
47
Mendapat peluang mempraktikkan kemahiran mengajar satu demi satu dalam
situasi pelajaran yang terancang dan dipermudahkan.
Boleh mempelajari teknik mengajar dalam keadaan yang tenang, mudah dan kurang kompleks.
Pengajaran mikro membolehkan anda mengamalkan teori pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah di dalam bilik kuliah.
Pengajaran mikro juga dapat mengurangkan berbagai-bagai masalah daripada pengajaran biasa di sekolah.
Melalui rakaman video, guru-guru pelatih dapat mengkaji sendiri kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam sesi pengajaran mikro.
Melalui perbincangan selepas sesi pengajaran anda akan dapat memahami kesalahan / kelemahan dan seterusnya berusaha untuk mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut.
Sekarang cuba kita lihat bagaimana cara sesi pengajaran mikro dilaksanakan.
(Model D.Allen dan K. Kyan)
Merancang
48
Mengulas
Merancang Semula
Mengajar Semula
Merancang
Mengulas Semula
Mengajar
Anda perlu membuat persediaan mengajar yang memenuhi kriteria yang telah
ditetapkan dengan memfokuskan kemahiran yang akan dipraktikkan. Perkara-perkara
yang berkaitan dengan pengajaran seperti bilangan murid, alat bantu mengajar dan
aktiviti perlu dirancang dengan teliti supaya proses pengajaran mikro dalam tempoh
masa yang terhad berjalan dengan lancar. Borang-borang yang berkaitan dengan
penilaian perlulah disediakan.
Mengajar
Anda hendaklah menjalankan sesi pengajaran seperti yang dirancang. Semua prinsip
dan garis panduan berkenaan sesuatu kemahiran yang menjadi fokus perlu dihayati dan
dipraktikkan. Contohnya ‘kemahiran penyoalan’. Anda perlulah mengaplikasi semua
prinsip penggunaan dan komponen kemahiran penyoalan dalam sesi pengajaran itu.
Adalah lebih baik anda merakamkan sesi pengajaran tersebut.
Mengulas / Menilai
Latihan akan menjadi bertambah baik jika peserta menerima maklum balas tentang sesi
pengajaran mikronya. Sekiranya ada rakaman, anda bolehlah menonton semula dan
membuat penilaian kendiri. Rakan-rakan pemerhati menilai melalui borang penilaian
yang telah diedarkan sebelum sesi perlaksanaan mikro
Merancang semula
Hasil daripada komen-komen yang diterima dalam peringkat penilaian, anda hendaklah
membuat perancangan kali kedua untuk menjalankan pengajaran semula yang juga
akan dirakamkan. Pengajaran semula ini mungkin melibatkan pindaan kepada
persediaan mengajar yang disediakan.
Pengajaran Semula
Selepas selesai selesai membuat perancangan, pengajaran semula akan dibuat dan
dirakamkan. Seharusnya pengajaran semula ini berbeza dengan pengajaran pertama
kerana anda telah mengambil kira komen dan teguran.
Mengulas Semula
49
Selepas pengajaran semula, perbincangan berkenaan pengajaran tersebut akan dibuat
di bawah penyeliaan bagi mengukuh dan meneguhkan kemahiran mengajar yang telah
dipraktikkan itu.
Konsep Pengajaran makro
Satu sesi pengajaran yang lengkap bermula dari set induksi hingga penutup. Perlaksanaannya perlulah :
Kelas besar Perlu murid sebenar Guru mengajar sepenuh waktu Tumpu kepada pelbagai kemahiran mengajar Situasi sebenar
TAJUK 5
PENGAJARAN MIKRO / MAKRO
50
TAJUK 5.2 Kemahiran Asas Pengajaran Mikro / Makro
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PENGAJARAN MIKRO
Pengajaran mikro merupakan suatu teknik simulasi yang bertujuan untuk memberikan
anda pengalaman mengajar serta menguasai kemahiran-kemahiran mengajar dalam
satu situasi yang hampir sama dengan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah. Kemahiran
mengajar yang dipilih ialah merupakan kemahiran-kemahiran mengajar yang penting
dan kerap digunakan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dalam bilik darjah. Di
antara kemahiran-kemahiran yang biasanya dipilih untuk sesi pengajaran mikro ialah :
Kemahiran penyampaian set induksi
Kemahiran Menerang dengan menggunakan contoh, ilustrasi dan
sumber pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Penggunaan penyoalan
Kemahiran Pengelolaan variasi rangsangan
Kemahiran Penggunaan papan kapor
Kemahiran Pengurusan aktiviti pengukuhan
Kemahiran Perlaksanaan penutup
Pelajar-pelajar sekelian !
Untuk melaksanakan sesuatu sesi pengajaran mikro anda hendaklah memilih salah
satu daripada kemahiran mengajar tersebut di atas dan merancang satu persediaan
mengajar berdasarkan prinsip, objektif dan komponen-komponen kemahirannya.
Kemahiran mengajar yang dipraktikkan dalam pengajaran mikro hanya merupakan
sebahagian kecil daripada satu waktu pelajaran yang sebenar. Masa penyampaian
kemahiran mengajar ini dalam sesuatu sesi pengajaran mikro akan mengambil masa
antara 5 hingga 10 minit sahaja, bergantung kepada keperluan sesuatu jenis kemahiran
mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran.
Kemahiran Penyampaian Set Induksi
51
Set induksi adalah bahagian permulaan sesuatu proses pengajaran. Ia bertujuan
membina aliran pemikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka
menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menyampaikan set induksi .
Antaranya penggunaan alat bantu mengajar, motivasi, teknik menyoal, mengulangkaji
topik yang berkaitan, membimbing murid mengingat kembali pelajaran yang telah
dipelajari dan sebagainya.
Oeh kerana set induksi cuma bertujuan membina aliran pemikiran murid sahaja dan
bukan merupakan salah satu bahagian isi pelajaran yang hendak disampaikan, masa
yang diperuntukkan tidak seharusnya melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu pelajaran.
52
PrinsipSet Induksi
Tujuan tercapai dalam masa yang singkat
Menarik minat dan perhatian murid
Berkait dengan isi pelajaran
Sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan umur murid
Berkait dengan pengetahuan murid
Objektif Set Induksi:
Menarik perhatian murid Membina aliran pemikiran murid Memotivasikan murid Mengaitkan pengetahuan yang lepas dengan yang
baru Mencadangkan cara melaksanakan sesuatu aktiviti Menyatakan had tugas dalam aktiviti
pembelajaran Membantu murid belajar dengan lebih mudah
Fikirkan kesan penggunaan kemahiran set induksi dalam pengajaran dan pembelajaran . Buat catatan
53
Menarik perhatian
Mewujudkan motivasi
Membuat perkaitan
Menstruktur
Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .
Tugasan tutorial
Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran
Set Induksi. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah
Kemahiran Menerang
Digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran
kepada murid. Biasanya pada peringkat perkembangan . Semasa menggunakan
54
Menggunakan nada suaraMenggunakan alat Bantu mengajar Menggunakan gerakan,isyarat,kontak
mataMenunjukkan satu aktiviti yang luar
biasa
Bangkitkan rasa ingin tahu Guna teknik cerita Menunjukkan suatu aktiviti yang
berguna Menggunakan soalan yang mencabar
Mengaitkan: pengetahuan lepas murid isi pelajaran baru peristiwa semasa minat dan pengalaman murid
Menyatakan had tugas yang akan dijalankanMenggunakan satu siri soalan yang berkaitanMenyatakan cara-cara melaksanakan
kemahiran menerang guru memberi penerangan kepada murid tentang sesuatu isi
pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran. Ketika
memberi penerangan guru boleh menggunakan kapor untuk menulis isi-isi penting
pada papan tulis/kapur supaya membantu murid memahami dan merekodkan dalam
buku nota.
Prinsip-Prisip Penggunaan Kemahiran Menerang
Rancang aktiviti pengajaran
Tentukan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran yang akan digunakan
Masa hendaklah sesuai
Kekalkan minat murid terhadap penerangan guru
Perkataan dan istilah hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman
murid
Penerangan berdasarkan pengetahuan lepas murid
Alat Bantu mengajar sesuai dengan isi pelajaran, diuruskan dengan teknik
yang berkesan
Galakkan murid bertanya
55
Komponen-Komponen Kemahiran Menerang
Arah Permulaan
Penerangan guru:
Menarik dan mengekalkan perhatian murid
Membangkit kesediaan murid untuk belajar
Jelas, ringkas, tepat
Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .
Tugasan tutorial
Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran
Menerang. Aplikasikan semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah
KEMAHIRAN PENYOALAN
Penyusunan Idea
Pengurusan kemahiran menerang:
Idea dikembang secara teratur
Variasi rangsangan berjaya digunakan
Penerangan lisan jelas dan tepat
Penutup
Rumusan dan kesimpulan:
Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis
Isi-isi penting disusun secara teratur
Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas
56
Kemahiran Ilustrasi
Pengunaan contoh / sumber pelajaran
Contoh / sumber yang cukup
Contoh / sumber yang sesuai
Contoh / Sumber jelas dan menarik
Kecekapan mengurus contoh / sumber
Teknik penyoalan penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pada
peringkat permulaan kemahiran penyoalan digunakan untuk menolong murid
mengingat kembali pelajaran lepas. Peringkat perkembangan ianya digunakan untuk
mencungkil pemikiran murid. Peringkat penutup ianya digunakan untuk menilai
pencapaian objektif.
Prinsip Penggunaan Kemahiran Penyoalan:
57
Pembentukan Soalan
Teknik kemukakan soalan
Penerimaan Jawapan
Aras soalan sesuai dengan murid Rancang jenis-jenis soalan Mudah difahami Ubah bentuk soalan dari masa ke
semasa Mendorong murid berfikir
Kemukakan soalan , berhenti sekejap, baru sebut nama Soalan dituju kepada semua murid Suruh murid ulang jawapan Sebut soalan sekali sahaja dengan
jelas
Beri pujian bagi jawapan murid Guru ulang jawapan murid Minta murid lain ulang Lengkapkan jawapan yang kurang
lengkap Bantu murid beri jawapan yang
lengkap Elak jawapan beramai-ramai Elak ejek jawapan murid
Objektif Penyoalan
Uji pengetahuan murid Rangsang pemikiran Menarik perhahtian Menilai keberkesanan Membantu mengulangkaji pelajran Menjalin hubungan guru murid Memperkukuhkan kefahaman baru Menimbulkan minat dan perasaan ingin
tahu Memperkembangkan daya pemikiran Melibatkan keaktiufafan dalam P & P Menggalak murid berani menyoal
Pembentukan soalan : Jelas, ringkas dan tepat
Fokus tunggal : Soalan ditumpukan kepada satu idea dan konvergen
Fokus pelbagaian : Soalan ditumpukan lebih daripada satu idea dan divergen
Sebaran : Soalan disebarkan kepada seluruh kelas.
Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .
Tugasan tutorial
Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran
Penyoalan. Pastikan soalan-soalan yang disediakan mengikut disiplin yang
dterangkan. Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah.
Kemahiran Pengukuhan
Digunakan apabila murid memberi jawapan / reaksi yang betul dalam satu-satu
aktiviti . Pujian merupakan satu teknik pengukuhan tingkahlaku
58
Syabas anda boleh rehat! Masa untuk minum … Sekarang bolehlah anda fikirkan apakah kesan kemahiran penyoalan dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Buat catatan . Kemudian bolehlah anda meneruskan bacaan tajuk ini
Komponen-Komponen Kemahiran Penyoalan
Prinsip Pengukuhan
Berubah dari masa ke semasa
Diberi sebaik sahaja selesai menjawab
Elak komen negatif
Teknik pengukuhan sesuai dengan tahap pelajar
Diberi dengan ikhlas
Memberi galakan dalam aktiviti P & P
Memperkukuhkan konsep dalam ingatan
Menggalakkan murid tunjuk tingkah laku positif
Memupuk semangat keyakinan diri
Memperbaiki disiplin kelas
Kesan Kemahiran Pengukuhan
Membawa semangat ingin belajar
Meningkatkan murid bersifat cubajaya
Murid akan berubah kearah tingkah laku positif
Usaha murid dihargai
Wujudnya hubungan yang baik guru dan murid
59
Objektif Pengukuhan
Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.
Tugasan tutorial
Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran
Pengukuhan yang mengambilkira komponen-komponen di atas. Aplikasi semasa
perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah.
Gerak Isyarat positif Guru menunjukkanSenyumanAnggukan kepalaTepuk tangan Angkat ibu jari
Lisan Positif:Guru gunakan sebutan:
Bagus / baik / ya / betulGuru mengulang jawapan murid
Gerakan isyarat negatifGerakan isyarat negatif
Menggeleng-gelengkan kepala Menunjukkan muka marah Menggoyangkan tangan
KomponenKemahiran Pengukuhan
Lisan negatif
Bukan, Salah, TidakKurang lengkap, jawapan burukMenyindir
Sentuhan Sentuhan mengikut adatMenyentuh kepalaMenyentuh bahu
Menyentuh bahagian belakang badan
60
Dampingan Mendampingi murid Berdiri disebelah murid Duduk disisi murid
VARIASI RANGSANGAN
Teknik mempelbagaikan kaedah penyampaian guru bertujuan menarik perhatian dan
minat murid. Meliputi kemahiran mengubah tingkah laku guru, mempelbagaikan
aktiviti, menukar corak interaksi dan mempelbagaikan kaedah pengajaran
Prinsip
Perubahan kaedah dan teknik penyampaian dikaitkan dengan tujuan dan isi
pelajaran
Perubahan aktiviti dikaitkan dengan langkah penyampaian
Penggunaan alat bantu mengajar yang pelbagai
Setiap langkah pengajaran mengandungi aktiviti yang berbeza
Hendaklah mengubah rangsangan berdasarkan maklumbalas murid
Objektif
Memusatkan perhatian murid dan mengekalkan minat
Melibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran
Mempelbagaikan saluran deria murid
Memotivasikan murid
Memberi peluang murid menikmati kepelbagaian aktiviti
Mewujudkan suasana pembelajaran yang positif
61
Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .
Tugasan tutorial
Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran
Variasi Rangsangan. Sila pastikan sebahagian besar komponen di atas digunakan.
Aplikasi semasa perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah.
KomponenVariasi Rangsangan
Perubahan Pergerakan langkah guruKiri – kanan, depan – belakang
Perubahan Pergerakan anggota gurutangan - kepala, tangan -hentian
Perubahan nada suaraMendatar – lantangLantang - senyap
Perubahan deria muridMendengar – menontonMelihat - merasa
62
Perubahan bentuk fizikal muridMenulis – melukisDuduk - berdiri
Perubahan bentuk lisan muridMenyoal – menjawabMenulis – membacaBercerita - berbincang
Kemahiran Penggunaan Papan Kapur
Suatu kemahiran mengajar yang sering digunakan dalam bilik darjah. Ia
memerlukan kemahiran guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambar
rajah. Guru yang menguasai kemahiran ini dengan baik, memudahkan murid
membaca dan memahami dan dapat menarik minat pelajar.
Guru harus merancang penggunaannya lebih awal
Cuba memahirkan diri dalam kemahiran melukis gambar rajah
Tulisan hendaklah jelas
Penggunaan kapur warna
Penggunaan aktiviti hendaklah dipelbagaikan
Penglibatan murid dalam penggunaan papan kapur
Masa yang sesuai
Menjelas sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak
Menarik perhatian murid di setiap peringkat pengajaran
Memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang dihuraikan
Mendemontrasikan langkah penyelesaian masalah
Mempelbagaikan aktiviti pengajaran pembelajaran
Memberi peluang kepada murid mencatat nota
63
Prinsip
Objektif
Tugasan tutorial
Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran
Papan Kapor. Aplikasi komponen kemahiran di atas semasa perjumpaan dalam
sesi tutorial bersama pensyarah
64
Syabas sekiranya anda telah mempraktikkannya. Sekarang anda boleh rehat! Masa untuk minum … Kemudian bolehlah anda meneruskan bacaan tajuk ini seterusnya.
Kejelasan :Tulisan - saiz sesuai dan kemas Gambarajah – jelas dan ringkas
Susunan (layout) ;Penggunaan ruang seimbangSusunan jelas Nota disusun bersistematik
Penonjolan / Penekanan:Penggunaan kapur warna yang sesuai dan menarik
Teknik Persembahan berjaya :membentuk konsep jelas dan tepatmemudahkan konsep yang susahmelibatkan murid dlaam aktiviti pembelajaranmenggunakan masa yang sesuai
Komponen
Penggunaan
Papan kapur
Kemahiran Penutup
Penutup adalah bahagian terakhir sesuatu pelajaran. Aktiviti rumusan, pengukuhan
dan penilaian biasanya diadakan dalam bahagian ini. Guru menggunakan bahagian
ini untuk membantu murid-murid mengukuhkan konsep atau kemahiran baru yang
dipelajari dengan merumuskan isi-isi penting atau memberi aktiviti susulan. Guru
juga boleh menggunakan bahagian penutup ini untuk menilai pencapaian objektif
serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Hasil penilaian
ini akan digunakan untuk membuat pengubahsuaian terhadap pelajaran berikutnya.
Terdapat dua jenis penutup
Kognitif - bertujuan mengukuhkan isi dan kemahiran yang dipelajari
Caranya:- buat rumusan / kesimpulan
Beri kerja bertulis/ latihan / lembaran kerja
Beri aktiviti pengayaan
Penyoalan isi-isi penting
Sosial - bertujuan memberi satu perasaan pencapaian supaya mereka ingin terus
belajar atau aplikasi apa yang dipelajari dalam kehidupan harian.
Caranya - menggunakan teknik peneguhan atau tugas lanjutan.
Pelajar-pelajar !
Sekarang kita lihat pula apakah prinsip-prinsip penggunaan kemahiran penutup
Prinsip-prinsip
Pastikan sesuai dengan objektif, isi dan kemahiran yang baru dipelajari
Aktiviti rumusan, pengukuhan dan susulan perlu dirancang dengan teliti
Sediakan juga penutup sosial di samping penutup kognitif
Aktiviti penilaian juga boleh diadakan di peringkat penutup
65
Fikirkan tajuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk diaplikasi dalam sesi pengajaran mikro / makro .
Tugasan tutorial
Anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran mikro bagi Kemahiran
Penutup yang meliputi kedua-dua aspek kognitif dan sosial. Aplikasi semasa
perjumpaan dalam sesi tutorial bersama pensyarah
Komponen-komponen Kemahiran Penutup
Perkaitan kognitif
Perkaitan Sosial
Membuat rumusanMengulangi isi-isi pentingMenjalankan aktiviti penilaianMencadangkan aktiviti
susulanMenjalankan aktiviti pengukuhan
Menimbulkan perasaan ingin Melaksanakan
Memberi peneguhan positifMewujudkan perasaan ingin
tahuMemotivasikan perasaan ingin
belajarMengaitkan dengan pelajaran akan datang
66
TAJUK 5 PENGAJARAN MIKRO / MAKRO
TAJUK 5.3 Rancangan dan Amali Pengajaran Mikro
Peringkat–Peringkat Dalam Proses Pengajaran Mikro / Makro
Sekurang-kurangnya empat peringkat yang perlu dilalui iaitu perancangan,
pengajaran, penilaian dan pengajaran semula.
Perbincangan
Perancangan pengajaran mikro / makro dimulai dengan perbincangan. Langkah-
langkah yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas pengajaran mikro,
penjadualan dn rakaman. Perkara-perkara khusus pula seperti kemahiran yang
akan difokuskan ( objektif, prinsip-prinsip, cara perlaksanaan dan kesannya), borang
dan aspek penilaian. Perbincangan ini adalah untuk memastikan anda betul-betul
faham dan bersedia menjalankan sesi pengajaran mikro / makro
Perancangan
Selepas bersedia di peringkat perbincangan anda perlu membuat perancangan
persediaan mengajar yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan dengan
memfokuskan kemahiran yang akan dipraktikkan. Perkara-perkara yang berkaitan
dengan pengajaran seperti bilangan murid, ABM dan aktiviti perlu dirancang dengan
teliti supaya proses pengajaran mikro dalam tempoh masa yang terhad berjalan
dengan lancar. Borang-borang yang berkaitan dengan penilaian perlu disediakan
Bincangkan dengan rakan anda peri pentingnya Guru Pendidikan Islam menguasai dan mengaplikasi kemahiran–kemahiran dalam pengajaran mikro / makro
Contoh Perancangan Pengajaran Mikro.
67
Perancangan Pengajaran Penilaian Pengajaran Semula
PERSEDIAAN MENGAJAR MIKRO
Nama : Tarikh :Tahun :Kemahiran : Set InduksiMata pelajaran : Pendidikan Islam - AqidahTajuk : Iman yang sempurna
Hasil pembelajaran :
I.II.
III.
BBM : Lukisan gambar seorang budak jatuh basikal
Isi pelajaran :I. Konsep iman: Satu kepercayaan teguh yang terjalin di dalam hati,
seperti percaya adanya Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh AllahII. Persaudaraan Islam
AKTIVITI GURU AKTIVITI MURID
SET INDUKSI
1. Guru membentangkan gambar seorang budak jatuh basikal
2. Apakah yang murid-murid dapat faham daripada gambar ini?
3. Bolehkan kita hidup bersendirian tanpa bergantung kepada orang lain?
4. Bagaimana sikap kamu sekiranya melihat malapetaka / bencana menimpa rakan kamu?
5. Guru meminta seorang murid menyebut Rukun Iman
6. Guru menegaskan bahawa kita semua orang beriman
7. Tajuk kita pada hari ini ialah “ Iman Yang Sempurna
1. Guru berbincang dengan murid
2. Murid menjawab
3. Murid menjawab
4. Murid menjawab
5. Murid menjawab
Pengajaran
68
Di peringkat ini anda dikehendaki melaksanakan pengajaran mengikut perancangan.
Semua prinsip dan garis panduan sesuatu kemahiran yang difokuskan perlu dikuasai
dan diaplikasi. Contohnya kemahiran menyoal. Rakaman video perlu dibuat semasa
pengajaran.
Penilaian
Selepas rakaman pengajaran, video tersebut dipertontonkan semula . Anda perlu
membuat penilaian kendiri ke atas pengajaran. Rakan penilai akan membuat
penilaian keatas pengajaran tersebut dengan mengisi borang-borang penilaian
kemahiran yang telah diedarkan sebelum pengajaran. Borang-borang tersebut
diedar sebelum sesi praktik bermula.
Contoh Borang Bimbingan Penilaian untuk kemahiran Set Induksi.
Komponen Kemahiran Set Induksi Dan Cara Melaksanakannya
Ada(Sesuai)
Ada(Tidak
Sesuai)
Tidak Kelihatan
Menarik Perhatian: Menggunakan nada suara Menggunakan alat Bantu mengajar Menggunakan gerakan, isyarat, Kontak mata Menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa
Mewujudkan motivasi Membangkitkan rasa ingin tahu Menggunakan teknik bercerita Menunjukkan suatu aktiviti yang berguna Menggunakan soalan yang mencabar
Membuat perkaitan Pengetahuan lepas murid Isi pelaajran baru Peristiwa semasa Minat dan pengalaman murid
Menstruktur Menyatakan had tugas yang akan
dijalankan Menggunakan satu siri soalan yang
berkaitan Menyatakan cara-cara melaksanakan
tugas Menyatakan aktiviti, tugas atau projek
69
Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan
Contoh Borang Bimbingan Penilaian untuk kemahiran Penutup
Komponen Kemahiran PenutupAda
(Sesuai)Ada
(Tidak Sesuai)
Tidak Kelihatan
Perkaitan kognitif
Membuat rumusan Mengulangi isi-isi penting Menjalankan aktiviti penilaian Mencadangkan aktiviti susulan
Perkaitan sosial
Menimbulkan perasaan pencapaian murid Memberi peneguhan positif Mewujudkan perasaan ingin tahu Memotivasikan perasaan ingin belajar Mengaitkan dengan pelajaran yang akan
datang
Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan
Sila dapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan tentang borang-borang bimbingan penilaian bagi setiapKemahiran pengajaran mikro / makro
70
TAJUK 5 PENGAJARAN MIKRO / MAKRO
TAJUK 5.4 Perancangan dan Amali Pengajaran Makro
Perancangan dan Amali Pengajaran Makro
Pengajaran makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula
dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup.
Sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran Makro, anda perlulah merancang
dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik . Perancangan yang
lengkap dan baik merupakan satu aspek penting dalam sesuatu pengajaran yang
berkesan. Pengajaran yang berkesan akan meningkatkan pencapaian akademik
murid dan mengurangkan masalah-masalah disiplin.
Aspek yang penting dalam persediaan mengajar :
Perancangan Pendahuluan
Penentuan topik
Kebolehan sedia ada murid-murid
Ojektif/ hasil pembelajaran
Perancangan penyampaian
Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran
Penentuan masa
Pemeringkatan isi
Pemilihan sumber
Perancangan Penilaian
Pencapaian
Penganalisisan maklumbalas
Pengubahsuaian
71
Pelajar-pelajar sekelian!
Anda perlulah merancang set induksi pengajaran yang baik dan menarik perhatian
serta minat murid kepada pengajaran yang hendak disampaikan dan dapat
menggalakkan pembelajaran. Set induksi juga digunakan bagi mengaitkan pelajaran
yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Jangka masa yang baik bagi
set induksi adalah antara tiga hingga lima minit.
Perkembangan pengajaran merujuk kepada langkah-langkah mengajar yang
disusun berperingkat-peringkat berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran. Anda juga
perlu merancang langkah-langkah pengajaran yang berurutan, disusun dengan baik
dan mencatat anggaran masa yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang ada
kaitannya dengan objektif khusus yang sudah dicatatkan.
Anda juga perlu memilih dan menyusun isi pelajaran yang hendak disampaikan. Ia
perlulah sesuai dengan kebolehan serta minat murid. Isi pelajaran perlu
dipertingkatkan dan diperkembangkan dengan teliti supaya situasi pembelajaran
yang unggul dapat diwujudkan. Ketika melakukan pemeringkatan isi, anda
hendaklah menyenaraikan semua topik yang hendak diajar, kemudian fikirkan sub-
topik atau isi yang manakah yang perlu diawalkan dan yang boleh diajar
kemudiannya. Untuk ini anda perlulah melihat prinsip-prinsip berikut:
dari yang sudah diketahui kepada belum diketahui
dari mudah kepada kompleks
dari konkrit kepada abstrak
dari dekat kepada jauh
dari yang dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman
Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan, anda patutlah
memikirkan tentang strategi yang akan digunakan. Pemilihan strategi yang bijaksana
akan menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran,
strategi pengajaran yang sesuai bukan sahaja dapat meningkatkan mutu
penyampaian malahan ia akan menjadikan satu-satu pelajaran itu lebih bermakna
serta menyeronokkan murid-murid.
Guru juga harus menjalankan aktiviti untuk mengukur sejauh mana objektif
pengajaran dan pembelajaran telah tercapai. Aktiviti penilaian boleh dijalankan
secara pemerhatian terhadap aktiviti susulan, pemeriksaan kerja murid atau melalui
72
ujian lisan atau tulisan. Maklumat-maklumat yang didapati dari pentafsiran
penilaian ini akan menjadi asas untuk membuat pengubahsuaian terhadap
pengajaran seterusnya.
Penutup merupakan bahagian terakhir satu-satu pengajaran dan pembelajaran
Dalam bahagian penutup, guru membantu murid menyimpul dan membuat rumusan
yang berkaitan isi-isi penting serta memberi latihan atau aktiviti pengukuhan kepada
pelajar. Guru juga perlu memberi rasa kepuasan belajar dan menggerakkan murid-
murid supaya bersedia untuk pelajaran akan datang.
Penilaian kendiri dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai
refleksi atau muhasabah berkenaan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di
dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang. Antara
perkara yang boleh dibuat refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas dan
penglibatan murid serta keazaman guru bagi membaiki pengajarannya.
Bidang Pengajaran Makro Pendidikan Islam
Asuhan Tilawah al Quran :
Asas Ulum Syariah
Asas Akhlak Islamiyyah
Pelajaran Jawi
Grafik Sesi Praktik Pengajaran Makro.
73
Sila berbincang dengan rakan sekerja berkenaan bidang-bidang dalam Sukatan Pendidikan Islam Sekolah Rendah kemudian buat catatan dalam bentuk grafik
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.
Gunakan bahan-bahan multimedia.
Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi. Serahkan satu salinan rancangan pengajaran kepada pensyarah
74
Persediaan Pengajaran
Perlaksanaan Pengajaran
PengenalanSet InduksiPerkembangan pengajaran dan pembelajaranPengukuhanPenilaianPenutup
Refleksi Sesi Makro
Tahniah, kerana anda telah membuat latihan dengan jayanya.
.
Tahniah dan syabas, semoga Allah memberkati usaha dedikasi anda. Ingat bahawa pendidik adalah pewaris anbia'.
Rumusan
Guru yang kreatif dan inovatif sentiasa mempertingkatkan kemahiran
profesionalisme . Antara kemahiran yang perlu dikuasai ialah kemahiran-kemahiran
dalam pengajaran mikro / makro. Guru juga perlu mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajarannya . Justeru itu anda perlulah sentiasa berusaha
supaya pengajaran yang bermakna dapat diwujudkan melalui kreativiti dan inovasi
anda. Anda juga perlulah melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Insya Allah pengajaran anda akan menyeronokkan dan
bermakna bagi pelajar-pelajar.
Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .
75
TUTORIAL
Aktiviti Tutorial
1. Senaraikan kaedah-kaedah yang telah dikenalpasti dalam pengajaran Pendidikan Islam aspek Tilawahal-Quran,Kefahaman hafazan. Aspek Ulum Syariyah ; Aqidah,Ibadat dan Akhlak dan aspek Sirah Nabawiyah.
2. Perkataan Bahasa Melayu banyak menggunakan kata pinjaman daripada bahasa asing. Dengan mengemukakan contoh-contoh, jelaskan bagaimana kaedah menulis perkataan tersebut di dalam ejaan jawi terkini.
3. Pilih satu ayat dan hasilkan dalam bentuk khat Nasakh, Raq’ah dan Thuluth.
4. Berdasarkan kepada kemahiran-kemahiran yang dipelajari dalam Modul Pengajaran Mikro, anda dikehendaki menyediakan satu rancangan pengajaran harian yang lengkap untuk tempuh satu masa pengajaran 30 minit. Laksanakan pengajaran tersebut dalam sesi perjumpaan tutorial.
76
RUJUKAN
1. Al Quran Al Karim.
2. Ismail Ab. Rahman Abdul Aziz @ Ahmad Mohd Mohd Yasin Muda (1993) Isu-Isu Pendidikan Islam Malaysia: Cabaran & Harapan. Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd.
3. Ismail Ab. Rahman.(1993). Pendidikan Islam Malaysia. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
4. Shabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad (2003) PEDAGOGI: Strategi Dan Teknik Mengajar Berkesan. PTS Publication & Distri butors Sdn Bhd.
5. Ahmad Mohd. Salleh (1997) PENDIDIKAN ISLAM: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Fajar Bakti Sdn Bhd Shah Alam.
6. Haji Abdullah Ishak (1995) Pendidikan Islam Dan Pengaruhnya di Malaysia. Dewan Bahasa Dan Pustaka . Kuala Lumpur.
7. Hanafi Mohamed, Drs. (1996) Falsafah Pendidikan Menurut Al Quran. Pustaka Ilmi, Batu Cave, Selangor.
8. Hasan Langgulung,Prof. Dr. Asas-asas Pendidikan Islam. Pustaka Aman.
9. Hasan Langgulung, Prof. Dr. (1986) Manusia Dan Pendidikan: Satu Analisis Psikologi Dan Pendidikan. Pustaka Aman.
10. Hasan Langgulung, Prof Dr. (1995) Pendidikan Islam Dan Peralihan Paradigma. Pustaka Aman.
11. Luqman Hakim (1986)Tokoh-tokoh Islam Dulu Dan Sekarang. Bismi Publishers.
12. Mok Soon Sang (1996) Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
13. Khailani A. Jalil dan Ashak Ali Shah (1999) Modul Praktik Pengajaran Mikro Tekno Edar, BBB, Selangor DE.
14. Abdullah Nasih Ulwan (1988) Pendidikan Anak-anak Dalam Islam: Pustaka Nasional,
15. Abdullah Siddiq, Dr. Islam Dan Ilmu Pengetahuan. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
16. Abdurrahman An Nahlawi (1992) Prinsip-prinsip dan Metode Pendidikan Islam. Bandung: CV Diponegoro.
17. Abdul Razak Nawfal (1972) Islam dan Ilmu Pengetahuan Moden. Singapura : Pustaka Nasional.
18. Ab. Saleh, Dr. Didaktif Pendidikan Agama . Jakarta : Bulan Bintang.
77
19. Ahmad D. Murin,Dr. (1974) Pengantar Falsafah Islam. Bandung: Al Maarif
20. Asma Hassan Fahmi, Dr. (1974) Sejarah Falsafah Al Islamiah. Jakarta Bulan Bintang
21. Kementerian Pendidikan Malaysia: (1988) Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah, Pendidikan Islam.
22. Kementerian Pendidikan Malaysia: Huraian Sukatan Pendidikan Islam KBSM
23. Sejarah Pendidikan Islam. Jakarta : Penerbitan Mutiara.
24. Muhammad Said Ramadhan Al Buty Dr. Fiq Al Sirah. Misr: Darul Fikri.
25. Omar Mohammad Al Taumi (1975). Falsafah Tabiyatul Islamiah. Tripoli
78
PANEL PENULIS MODUL
Bil Nama Kelayakan
1. Pn. Hjh. Habsah bt. Omar
(Pengerusi)Maktab Perguruan Kuala TerengganuBatu Rakit, 21030 Kuala Terengganu.
Tel: 09-6663540
B. Is (Hons) Pengajian Islam UKM 1978Diploma Pendidikan UKM 1978M. Ed (B&K) UTMPengalaman Mengajar Sebagai Guru Pendidikan Islam selama 13 tahun dan Pensyarah Maktab Perguruan selama 11 tahun.
2. Tn. Haji Mubin bin Abdul Ghani
Institut Bahasa Melayu MalaysiaLembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur
Tel: 03-22822389
B.A. (Hons) Usuluddin UM 1980Sijil GuruM. Ed. (Kurikulum & Pedagogi) UKM 1999.Pengalaman Mengajar Sebagai Guru Pendidikan Islam selama 20 tahun.Pensyarah Maktab Perguruan selama 7 tahun.
3. En. Saiful Bahri bin Yaziz
Maktab Perguruan Islam 43650 Bangi, Selangor.
Tel: 03-89250352
B.A. (Hons) Pengajian Islam UKM 1985Master (Pendidikan) USM 1997Diploma Pendidikan UM 1989Pengalaman Mengajar:6 tahun (sekolah)10 tahun (maktab)
4. Tn. Haji Ismail bin Yusof
Maktab Perguruan Kuala TerengganuBatu Rakit, 21030 Kuala Terengganu
09-6667793
B. Is (Hons) Pengajian Islam UKM 1978Diploma Pendidikan UKM 1978M. Sains (B&K) UPMPengalaman Mengajar Sebagai Guru Pendidikan Islam selama 4 tahun dan Pensyarah Maktab Perguruan selama 23 tahun.
5. En. Aleas bin Mohd. Isa (Penyelaras)
Bahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
Tel: 03-88835800
B.A (Hons) Pengajian Islam UKM 1992M. Ed. UKM 1999Sijil Perguruan Lanjutan UKM 1986Sijil Perguruan MPI 1979
Pengalaman Mengajar:13 tahun (sekolah)5 tahun (maktab)
79
PANEL PEMURNIAN
EN. SAIFUL BAHRI BIN YAZIZ (Pengerusi)
Maktab Perguruan Islam, 43650 Bangi, Selangor. Tel: 03-89250352
B.A. Hons (Pengajian Islam) UKM (1985)Master (Pendidikan) USM (1997)Diploma Pendidikan UM (1989)
Pengalaman mengajar:6 Tahun (sekolah)10 Tahun (maktab)
EN. ABU HISHAM BIN YUSOF (Ahli)
Maktab Perguruan Islam,43650 Bangi, Selangor. Tel: 03-89250352
B.A. (Dirasat ) AL-Azhar (1995)Diploma Pendidikan , UIA (1996)
Pengalaman Mengajar:6 Tahun (sekolah)3 Tahun (maktab)
EN. ALEAS BIN MOHD ISA (Penyelaras)Bahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
Tel: 03-88835800
M. Ed. UKM 1999B.A (Hons) Pengajian Islam UKM 1992Sijil Perguruan Lanjutan UKM 1986Sijil Perguruan MPI 1979
Pengalaman mengajar:13 Tahun (sekolah)5 Tahun (maktab)
80
LAMPIRAN
SILA GUNAKAN ICON-ICON BERIKUT BAGI TUJUAN / MAKSUD SEPERTI YANG DINYATAKAN
Gunakan pita rakaman audio atau radio.
Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.
Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).
Gunakan bahan-bahan multimedia.
Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.
Buatkan ujikaji.
Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.
Senarai semak.
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.
Senarai penerangan makna ba gi sesuatu istilah.
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.
81
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Rujukan surat khabar.
Panduan kepada pengguna.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.
Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).
Aktiviti Tutorial
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.
82