PJ 2311 P4 LOMPAT TINGGI DISEDIAKAN OLEH : LEONG SEONG YEE NGU DONG LING HON JIA YUN CHU RUI YEE
Popular dalam mana-mana kejohanan sukan olahraga.
Memerlukan para peserta melompat melepasi palang Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan setelah
peserta berjaya melepasi ketinggian palang yang diletakkan.
Setiap peserta akan diberi peluang sebanyak tiga kali untuk melakukan lompatan melepasi sesuatu ketinggian palang.
Sekiranya peserta gagal sebanyak tiga kali berturut-turut, maka dia dikira gagal.
Pengenalan
Para peserta yang menyertai acara ini perlu melompat setinggi yang dapat dilakukan, untuk menentukan kemenangan mereka dalam acara tersebut.
Lompat tinggi mula diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara lompat tinggi telah diperkenalkan dalam sukan Olimpik.
Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke-19 apabila suatu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara segolongan professional di England yang mampu melompat paling tinggi.
Dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter.
Sejarah
Cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh berbeza dengan lompatan yang dilakukan oleh atlit pada masa sekarang.
Palang yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dicucuk pada tanah.
Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki sambil badan melompat pada kedudukan static atau menegak, menjadikan peserta seakan-akan melompat pada kedudukan berdiri dan menegak.
Beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari masa ke semasa, yang berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang turut berubah serta keadaan-keadaan tertentu.
Contohnya pelompat tidak dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan sebelum kaki mendarat dan begitu juga kepala pelompat tidak boleh melepasi palang sebelum kaki melepasi palang.
Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan oleh para peserta menyebabkan tempat mendarat terpaksa diletakkan dengan tilam atau alas tebal yang lembut. Sebelum itu hanya pasir.
Pada peringkat awal Sukan Olimpik, gaya yang digunakan ialah gaya static dengan lompatan menegak.
Gaya pelana mula digunakan oleh peserta-peserta Eropah, manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat dan menjadi teknik lompatan yang paling diminati khususnya di kalangan pelompat tinggi Amerika ketika itu.
Gaya gunting yang kebanyakan digunakan oleh peserta lompat tinggi Asia mula diperkenalkan pada tahun-tahun suku pertama abad ke-20.
Rekod-rekod
Kejohanan
Malaysia memang sudah terkenal dengan jaguh-jaguh dalam acara lompat tinggi di rantau Asia Tenggara .
Pelompat-pelompat seperti Arifin Rahmat, Baljit Singh Sidhu, Ho Yon Wah dan wanita seperti Glady Chai Ng Mei dan Shabana Khanum juga terkenal di Malaysia dalam acara ini.
Atlet negara, Shabana Khanum berjaya melepasi palang pada ketinggian 1.73 meter untuk meraih pingat emas dalam acara lompat tinggi wanita, Kejohanan Olahraga Terbuka Pulau Pinang.
Negara Malaysia masih lagi mencari bakat-bakat, yang dapat diketengahkan di peringkat kejohanan yang lebih tinggi, bagi mewarisi peninggalan atlet sekarang, pada masa hadapan.
Jaguh Negara Malaysia dan Kejayaan
Olahragawan Hup Wei bakal galas misi penting dalam kejohanan MSSA.
Olahragawan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) yang diraih Lee Hup Wei adalah anugerah terakhir peringkat sekolah yang
dimenangi oleh beliau.
Hup Wei kini bertekad mengecapi lagi gemilang di peringkat senior –memasang impian terhadap Sukan Sea atau Sukan Asia.
“Harapan saya ialah mahu melepasi sasaran 2.16 meter di MSSA dan pada masa sama mendapatkan tempat ke Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun depan,” kata Hup Wei. NEXT
LEE HUP WEI MUTIARA BARU OLAHRAGA NEGARA
LEE HUP WEI
TARIKH LAHIR: 5 Mei 1987
ASAL: Selangor
PENDIDIKAN: Tingkatan Lima, Sekolah Sukan Bukit Jalil.
PENCAPAIAN TERBAIK 2005: Emas lompat tinggi dan lompat kijang dan perak lompat jauh MSSM,Pulau Pinang
2004 – Emas lompat tinggi bawah 17 tahun Terbuka Taiwan Emas lompat tinggi MSS Seremban
Biodata olahragawan
1. Tiang Lompat Tinggi. Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak
boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan.
Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta.
Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.
Peralatan Acara
• Diperbuat daripada kayu atau logam yang ringan yang tidak melebihi 2kg.• Keadaan tiang mesti licin dan lurus.• Palang lompatan
pula adalah dalam bentuk tiga segi atau bulat pada keratan rentasnya.• Garis pusat palang ialah 3cm.
• Jarak bahagian hujung palang dengan tiang lebih kurang 10mm.
T
2. Palang Lompat Tinggi. Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada
daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segi tiga.
Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan.
Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas.
Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang.
3. Kawsan Mendarat Kawasan pendaratan hanya terdiri daripada satu
kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap.
Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segi empat.
Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi.
Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.
4. Pita Pengukur Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian
lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan
dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur
elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.
Acara lompat tinggi memerlukan para peserta melompat melepasi palang(diletakkan di antara dua tiang tegak).
Sebelum bermula, Ketua Hakim mengumumkan ketinggian permulaan dan kenaikan seterusnya.
Pelompat boleh memilih untuk memulakan lompatan pada ketinggian yang ditetapkan.
Kenaikan ketinggian seterusnya ialah 2cm atau lebih sehingga keadaan berikut:
Seorang pelompat tertinggal Terdapat seri pada kedudukan pertama
Peraturan
Para peserta yang menyertai acara ini perlu melompat setinggi yang dapat dilakukan, supaya kemenangan mereka dalam acara tersebut ditentukan.
Peserta mesti melonjak dengan sebelah kaki. Kegagalan melompat adalah kerana keadaan berikut: Palang jatuh Sebelum pelompat melepasi palang, semua kawasan
sebelah hadapan tiang disentuh Gagal melepasi palang sebanyak tiga kali berturut-
turut (tanpa diambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku)
Seseorang peserta berhak meneruskan lompatan (walaupun semua peserta lain gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut peraturan.
Landas larian seharusnya tidak kurang daripada 15m.
Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari aras tanah hingga ke bahagian tengah di sebelah atas palang.
Merekod kepada meter terdekat iaitu 0.01m di bawah ketinggian yang diukur. Bererti bahagian ukuran kurang dari 1cm diabaikan.
1. Latihan Garisan Palang lompatan diletakkan di atas lantai
gelanggang. Pendekatan melompat pada sudut 45° digunakan. Kaki dihayunkan ke hadapan dan lompatan dibuat
melintasi palang dengan pendaratan kaki yang sama. Kesesuaian latihan ini adalah untuk peserta yang
baru mempelajari gaya ini.
Jenis Latihan Yang Sesuai
2. Latihan Pergerakan Kaki. Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi
dari lantai. Sudut 45° digunakan untuk melompat dengan tiga
langkah larian. Latihan melompat melepasi palang dilakukan dan
pendaratan masih dilakukan dengan menggunakan kaki hadapan. (Latihan pendaratan juga boleh dilakukan serentak dengan latihan menaikkan palang dan tilam digunakan untuk mendarat).
3. Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat
serta menendang sesuatu objek yang digantungkan. Perlakuan dalam latihan ini hendaklah dilakukan
dengan berhati-hati kerana ia agak merbahaya.
4. Latihan Melonjak Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan
direndahkan di bahagian kepala pelompat. Dengan cara ini, pelompat dapat menguji
keupayaan kakinya untuk membuat lonjakan yang lebih bertenaga.
5. Latihan Gulingan Badan Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian
kepala dan direndahkan di bahagian kaki pelompat. Keadaan ini akan membolehkan pelompat membuat
gulingan badan pada aras yang lebih tinggi. Pergerakan badan akan mendahului pergerakan kaki
yang berpusing di atas palang. Cara mendarat yang betul boleh dicapai melalui
latihan ini.
6. Latihan Ansur Maju Lompat Tinggi Gaya Fosbury Flop
Latihan 1 Berlari anak atau pantas beberapa langkah ke
hadapan dan kemudian melengkok (bend) beberapa langkah ke kiri ( jika melonjak dengan kaki kiri ).
Sekiranya pelompat melonjak dengan kaki kanan , dia haruslah melengkok ke kanan.
Latihan ini bertujuan untuk melatih para pelajar supaya dapat berlari lurus dan melengkok.
Latihan 2
Seperti dalam Latihan 1 , apabila pelompat
melangkah tandaan di bahagian melengkung, dia
mestinya melonjak dengan serta-merta ke atas.
Kemudian kedua-dua belah tangannya dihayunkan
ke atas ( siku dibengkokkan ) dan badan dipusingkan
di udara dengan lutut kaki bebas menyilang badan.
Pelompat mendarat di atas kaki lonjak sambil
menghadap tempat permulaan.
Latihan 3 Seperti dalam latihan 2, pelompat melonjak ke atas
dan melentikkan (向上或向后弯曲) badan. Sebelah tangan dihulur ke belakang untuk
menyentuh palang yang tergantung.
Latihan 4 Pelompat berdiri membelakangkan tali atau palang
yang direntangkan (伸展) . Pelompat melonjak dengan kedua-dua belah kaki ke
belakang sambil melentikkan badan dan melepasi tali.
Pelompat mendarat di atas bahagian bahu atau belakang badan.
Latihan ini bertujuan untuk melentikkan badan, melepasi halangan dan mendarat.
Latihan 5 Pelompat berlari lima hingga tujuh langkah dan terus
melompat dengan gaya Fosbury Flop. Latihan ini merupakan latihan berlari pantas dan
menentukan tempat yang sesuai melonjak.
1. Penujuan – larian menghala ke palang.
2. Lonjakan - tindakan kaki untuk menaikkan badan.
3. Layangan – gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang.
4. Pendaratan – sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat.
Fasa Lompat Tinggi
1. Gaya gunting Penujuan Pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-
kira 30 darjah. Pelompat menggunakan 7 -9 langkah. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan
berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan.
Pelompat yang melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.
Gaya Lompat Tinggi
Lonjakan Pelonjak melonjak dengan kaki luar. Semasa melonjak,kaki melonjak di depan pinggul
dan pinggul di hadapan bahu untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan.
Layangan Kaki bebas dihayun kuat ke atas, selari dengan
palang. Bahu berhampiran palang dikekal tinggi dan tidak
condong ke arah palang. Kaki lonjak dihayun ke atas.
Pendaratan Pelompat mendarat di atas punggung atau dengan
dua belah kaki.
2. Gaya pelana Penujuan Biasanya pelompat akan berlari sebanyak 7 hingga 9
langkah menuju ke palang dari sudut 30-45 darjah. Tiga langkah terakhir dibuat secara pantas dan
terkawal. Badan pelompat dicondongkan sedikit ke belakang
dan kaki lonjak dibengkokkan sebagai persediaan untuk melompat pada langkah yang terakhir.
Lonjakan Sebaik sahaja kaki lonjak mencecah tandaan
melonjak, pelompat hendak menolak dengan kuat. Tindakan melonjak ini bermula dengan bahagian tumit
脚跟 dan disusuli dengan bahagian hujung kaki. Serentak dengan tolakan ini, kaki bebas dihayun
dengan kencang ke atas aras palang. Fasa lonjakan ini juga dibantu dengan menghayunkan
kedua-dua belah tangan ke atas.
Layangan Setelah membuat lonjakan, badan dan kaki bebas
pelompat berada di dalam keadaan hampir selari dengan palang di bawahnya.
Ketika ini, badan dan kaki bebas pelompat berpusing seolah-olah hendak membalut palang.
Bahu dan kepala pelompat direndahkan sebaik sahaja pelompat melepasi palang. Ini adalah untuk membantu pelompat membuat persediaan untuk mendarat.
Kaki lonjak mestilah menyusuli pergerakan badan tanpa diluruskan.
Pendaratan Ketika di fasa pendaratan, pelompat memusingkan
badannya dan mendarat di atas bahagian belikat atau bahagian belakang badan.
3.Gaya Fosbury Flop Penujuan Larian dilakukan dengan cepat dan beritma. Guna larian 7-9 langkah dengan tiga langkah
terakhir secara melengkung. Lonjakan Pelonjak melonjak dengan cepat dan kuat
menggunakan kaki luar di palang. Kaki di hadapan badan. Badan ditegakkan atau condong sedikit ke belakang.
Kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut dibengkokkan. Tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke atas. Lutut digerak melintang badan untuk membantu
pusingan badan. Layangan Di udara pelompat memandang palang sambil
melentikkan ( 凹 ) badan. Kedua-dua belah tangan di sisi badan. Kedua-dua lutut dibengkokkan. Setelah badan melepasi palang, luruskan kedua belah
kaki dan gerakkan ke atas sambil mengangkatkan kepala ke atas.
Pendaratan Pelompat mendarat di atas bahagian belakang
badannya.
4. Gaya guling barat – Pelompat menuju ke
palang secara lurus dari hadapan (90°).
Semasa melonjak, gunakan kaki yang
paling hampir dengan palang. Pastikan
ketika ini kaki lonjakan anda berada dalam
keadaan bengkok semasa sedang
“berguling” selari dengan palang untuk
membuat pelepasan.
5. Gaya timur – Pelompat menuju ke palang secara lurus dari hadapan (90°). Semasa melonjak, kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan pelompat melepasi palang secara mengiring.
TERIMA KASIH