LITERASI PENTAKSIRAN DALAM KALANGAN PENSYARAH UTHM
SURIANORBAYA BINTI ZAMANI
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
vii
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI ISTILAH xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Latar belakang masalah 4
1.2 Pernyataan masalah 6
1.3 Objektif kajian 7
1.4 Soalan kajian 7
1.5 Hipotesis kajian 8
1.6 Skop kajian 8
1.7 Batasan kajian 9
1.8 Kepentingan kajian 10
1.9 Kerangka konsep kajian 10
1.10 Definisi operasional 12
1.10.1 Literasi pentaksiran 12
1.10.2 Aras kesukaran item 14
1.10.3 Indeks diskriminasi item 14
1.10.4 Piawaian kecekapan guru dalam pentaksiran 15
1.11 Rumusan 18
viii
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 20
2.1 Perkembangan teori pembelajaran dan hubungan
dengan peralihan pentaksiran
20
2.2 Perkembangan pentaksiran di Malaysia 22
2.2.1 Hubungan pentaksiran, penilaian dan
pengukuran di Malaysia
22
2.2.2 Jenis-jenis pentaksiran 23
2.2.3 Amalan pentaksiran dalam bilik darjah dan mata
pelajaran di sekolah
25
2.2.4 Amalan pentaksiran di IPTA 26
2.3 Peranan guru sebagai pembuat keputusan dan
implikasi kepada negara
28
2.4 Kepentingan literasi pentaksiran dalam
menandatangani perubahan yang drastik dalam
pendidikan
30
2.5 Definisi literasi pentaksiran 31
2.6 Literasi pentaksiran dari aspek inventori amalan
pentaksiran, Classroom Assessment Literacy Inventory
(CALI) dan Assessment Literacy Inventory (ALI)
33
2.7 Rumusan 35
BAB 3 METODOLOGI 37
3.1 Reka bentuk kajian 37
3.2 Model pengukuran Rasch 38
3.3 Kerangka operasi 39
3.4 Lokasi kajian 41
3.5 Populasi dan sampel kajian 41
3.6 Instumen kajian 42
3.7 Kajian rintis 43
3.7.1 Kesahan inventori 44
3.7.2 Kesahan muka dan kandungan 44
ix
3.8 Analisis kajian rintis 45
3.8.1 Analisis aras kesukaran dan indeks
diskriminasi item
45
3.8.2 Analisis kebolehpercayaan responden dan
indeks pengasingan
47
3.8.3 Alpha Cronbach 47
3.8.4 Peta taburan responden dan item inventori 48
3.9 Kaedah mengumpul data 48
3.91 Instrument inventori 49
3.10 Kaedah analisis data 49
3.11 Rumusan 51
BAB 4 ANALISIS DATA 53
4.1 Maklumat demografi responden 53
4.1.1 Jantina 54
4.1.2 Umur 54
4.1.3 Bangsa 55
4.1.4 Tahap pendidikan 55
4.1.5 Pengalaman mengajar 56
4.1.6 Kursus pentaksiran 56
4.1.7 Tahap persediaan menilai prestasi pelajar dalam
kelas
57
4.2 Dapatan kajian 57
4.2.1 Apakah aras kesukaran item dan indeks diskriminasi
item berdasarkan kebolehan pensyarah dalam
menentukan literasi pentaksiran dalam kelas?
58
4.2.2 Apakah tahap literasi pentaksiran pensyarah
mengikut “piawaian kecekapan guru dalam
penilaian pendidikan pelajar”?
60
4.2.2.1 Analisis tujuh piawaian kecekapan guru
dalam penilaian pendidikan pelajar.
61
4.2.2.2 Analisis tahap literasi pentaksiran mengikut
tujuh piawaian kecekapan guru dalam penilaian
66
x
pendidikan pelajar.
4.2.3 Dapatan objektif kajian 3 67
(i) Adakah terdapat perbezaan diantara pensyarah lelaki
dan pensyarah perempuan terhadap tahap literasi
pentaksiran dalam kelas?
67
Analisis perbezaan taburan logit di antara item dan
pensyarah melalui variable maps mengikut jantina
68
(ii) Adakah terdapat perbezaan di antara pengalaman
mengajar pensyarah terhadap tahap literasi
pentaksiran dalam kelas?
70
Analisis perbezaan taburan logit di antara item dan
pengalaman mengajar melalui variable maps
menggunakan model Rasch
71
(iii) Adakah terdapat perbezaan di antara kursus
pentaksiran pensyarah terhadap tahap literasi
pentaksiran dalam kelas?
73
Analisis perbezaan taburan logit di antara item
dan kursus pentaksiran melalui variable maps
menggunakan model Rasch.
73
4.4 Rumusan 75
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
76
5.1 Perbincangan dapatan kajian 76
5.1.1 Mengukur aras kesukaran item dan indeks
diskriminasi item berdasarkan kebolehan pensyarah
dalam menentukan literasi pentaksiran dalam kelas?
77
5.1.2 Menentukan tahap literasi pentaksiran
pensyarah mengikut “piawaian kecekapan guru
dalam penilaian pendidikan pelajar”?
78
5.1.3 Mengenal pasti perbezaan di antara pensyarah
lelaki dan pensyarah perempuan, tahap pendidikan,
pengalaman mengajar dan pernah mengikuti kursus
80
xi
terhadap tahap literasi pentaksiran dalam kelas?
5.2 Kesimpulan dapatan kajian 82
5.3 Cadangan dan saranan 84
5.3.1 Cadangan terhadap kajian 84
5.3.2 Cadangan kajian lanjutan 85
5.4 Rumusan 86
RUJUKAN 87
LAMPIRAN 96
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui tahap literasi pentaksiran
dalam kalangan pensyarah UTHM sebagai keperluan dalam menjayakan
transformasi pendidikan negara. Tahap literasi pentaksiran ini berasaskan kepada
tujuh piawaian pensyarah dalam perlaksanaan penilaian terhadap pelajar. Objektif
kajian ini adalah mengukur aras kesukaran item dan indeks diskriminasi item
berdasarkan kebolehan pensyarah dalam menentukan literasi pentaksiran,
menentukan tahap literasi pentaksiran pensyarah mengikut piawaian kecekapan guru
dalam penilaian pendidikan pelajar dan mengenal pasti perbezaan diantara demografi
pensyarah dari segi jantina, pengalaman mengajar, kursus pentaksiran dengan tahap
literasi pentaksiran. Hasil dapatan kajian ini hanya mendapat 55 orang responden
sahaja. Oleh demikian, dapatan penyelidikan ini tidak boleh digeneralisasikan kepada
seluruh pensyarah UTHM. Pengumpulan data adalah dengan menggunakan
Instrumen Inventori Literasi Pentaksiran Bilik Darjah (CALI) yang terdiri dari 35
item merangkumi tujuh piawaian. Data dianalisis menggunakan Model Rasch, dan
SPSS. Walaubagaimanapun, pengkaji telah mencadangkan agar lebih banyak kursus
literasi pentaksiran disediakan bagi meningkatkan tahap literasi pentaksiran dalam
kalangan pensyarah UTHM.
BAB 1
PENDAHULUAN
Peredaran masa dan tuntutan perkembangan dalam teknologi dan dunia pekerjaan
menuntut pentaksiran yang lebih autentik dan mengukur pentaksiran sebenar yang
lebih komplek. Isu-isu pembaharuan dalam pentaksiran dipengaruhi oleh perubahan
dalam matlamat pendidikan. Pentaksiran altenatif telah menjadi satu kaedah
penilaian yang semakin mempengaruhi dunia pendidikan pada masa kini.
Pentaksiran tradisional iaitu dengan menggunakan pensel dan kertas telah dirasakan
semakin tidak sesuai dengan arus perubahan perdana dalam pendidikan. Tuntutan
pembelajaran berasaskan hasil telah menjadi satu trend yang diguna pakai oleh
semua pentaksiran pendidikan di Malaysia. Pelbagai istilah baru yang diguna pakai
seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Kompetansi
Perubahan dialetik dalam dunia pentaksiran telah menuntut literasi
pentaksiran dalam kalangan pensyarah. Literasi pentaksiran adalah merujuk kepada
kompetensi berasaskan pengetahuan dalam bidang pentaksiran, yang perlu dikuasai
oleh semua pensyarah. Menurut Black dan William (1998), mengesahkan literasi
pentaksiran merupakan kriteria penting ke arah menjayakan matlamat pendidikan
berkualiti.
Dalam usaha membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia, pengetahuan
dan kemahiran pentaksiran seharusnya dipertingkatkan bagi membolehkan pensyarah
melaksanakan proses pembelajaran secara berkesan. Pensyarah merupakan individu
yang penting dalam membuat keputusan terhadap prestasi penilaian untuk membuat
keputusan yang tepat, mengenai kebolehan pelajar dan secara langsung menjaga
kualiti pendidikan. Setiap pensyarah mestilah mempunyai kemahiran pentaksiran
tertentu bagi melaksanakan pentaksiran yang lebih berkesan. Menurut Marso &
2
Pigge (1997), seorang pensyarah perlu mahir di dalam mempelbagaikan teknik
pentaksiran di dalam bilik darjah. Pentaksiran dalam bilik darjah adalah untuk
memberi dan mendapatkan maklumat kemajuan dan pencapaian seorang pelajar.
Sehubungan itu, beberapa kajian berkaitan amalan pentaksiran telah mencadangkan
agar pensyarah diberikan latihan berterusan dalam bidang pentaksiran. Justeru,
pembinaan instrumen bertujuan mengukur tahap literasi pentaksiran pensyarah
adalah signifikan. Hasil pengukuran dapat menjelaskan kekuatan dan kelemahan
pengetahuan pentaksiran pensyarah dan dijadikan panduan dalam merancang
program pembangunan profesionalisme. Selain itu terdapat dua jenis penilaian iaitu
penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif dan sumatif, kedua-
duanya adalah merujuk kepada pengumpulan maklumat untuk membolehkan sesuatu
perkara itu dapat diperbaiki (Catherine et al, 2006).
Oleh demikian, penilaian sumatif merujuk kepada penggunaan bukti
pentaksiran untuk membuat keputusan mengenai penilaian tahun persekolahan atau
keberkesanan kursus sepanjang semester. Penilaian sumatif bertujuan untuk
membantu pensyarah membuat keputusan pada akhir pengajaran. Sebaliknya,
penilaian formatif adalah satu proses di mana penilaian di buat secara berterusan di
dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam membezakan sumatif dan formatif,
pentaksiran mempunyai cara yang berbeza terutamanya di dalam membuat penilaian,
penilaian formatif boleh dilihat di dalam bilik darjah seperti pensyarah memberi kuiz
untuk melihat perkembangan pelajar. Fungsi penilaian formatif adalah proses untuk
mengesan prestasi pelajar dan tahap pencapaian matlamat pembelajaran untuk
mewujudkan peluang-peluang penambahbaikan (Popham, 2008). Tujuan pentaksiran
dibahagikan dalam tiga kategori. Iaitu pentaksiran untuk pembelajaran (assessment
for learning), pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) dan
pentaksiran kepada pembelajaran (assessment for learning). Pentaksiran untuk
pembelajaran adalah untuk para pendidik yang bertujuan untuk memodifikasikan dan
mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bagi pentaksiran sebagai
pembelajaran pula adalah lebih kepada murid tersebut di mana memberi fokus
terhadap peranan mereka sebagai penghubung di antara pentaksiran dan
pembelajaran. Dan akhirnya, pentaksiran kepada pembelajaran pula adalah berbentuk
sumatif dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang boleh
dilakukan oleh pelajar.
3
Dalam hal ini pentaksiran harus dianggap bukan sekadar ujian tradisional
seperti pensel dan kertas atau sebarang ujian rasmi. Sebaliknya, penilaian mungkin
terdiri daripada pelbagai teknik lain seperti meminta pelajar untuk memberi
maklumbalas terhadap pertanyaan pensyarah, perbualan secara lisan di antara
pensyarah dan pelajar di dalam bilik darjah. Begitu juga penilaian sikap pelajar
mungkin menampilkan penggunaan di dalam laporan kendiri. Untuk menilai
kemahiran kognitif pelajar, pensyarah menggunakan ujian prestasi di mana pelajar
mesti melengkapkan, kemudian menerangkan secara bertulis, membuat eksperimen,
dan kajian saintifik (W.James Popham, 2009).
Tujuan pentaksiran yang terpenting adalah membantu pelajar memahami isi
kandungan pelajaran (Ibrahim A. & Reduan S. Z., 2002), memperbaiki pembelajaran
pelajar (Gronlund, 2006; Roeber, 2002) dan pemberian gred (Airasian, 2001; Black
& William, 1998). Pentaksiran yang dimaksudkan ini termasuklah pentaksiran
bertulis atau pentaksiran secara lisan yang dijalankan sepanjang pelajaran sehingga
akhir tahun (Ibrahim & Reduan, 2002). Pentaksiran yang berkesan dapat membantu
pensyarah mengetahui tahap pembelajaran pelajar dan juga keberkesanan pengajaran
pensyarah.
Oleh yang demikian, pensyarah perlu mahir dalam melaksanakan pentaksiran
terhadap pelajar. Literasi pentaksiran, juga bertujuan di dalam proses memerhatikan
pelajar di mana pensyarah-pensyarah mengumpul dan mentaksir maklumat
pengajaran pelajar (Carter, 2005). Oleh itu, penilaian perlu untuk mengukur semula
dimensi pelajar di dalam memberikan hasil terhadap pendidikan dan literasi
pentaksiran dapat melihat kefahaman pelajar terhadap pembelajaran secara holistik
(Wright, 2001). Literasi pentaksiran penting di dalam pendidikan kerana dapat
mencari kebenaran di dalam sistem pendidikan, dan perlu memenuhi beberapa
prosedur pentaksiran yang telah di tetapkan (Rowntree, 1987). Secara rasionalnya,
literasi pentaksiran memerlukan pensyarah memiliki pengetahuan tentang prinsip-
prinsip asas terhadap penilaian yang baik, pembangunan dan penggunaan penilaian,
kaedah dan teknik, berdasarkan piawaian kualiti dalam penilaian. Oleh itu, pensyarah
yang mahir untuk menyediakan maklum balas dan menetapkan matlamat yang boleh
di capai oleh pelajar merupakan tahap literasi pentaksiran bermutu dan betul
(Stiggins & Chappius, 2006), yang sepatutnya di miliki oleh semua pensyarah.
4
1.1 Latar belakang masalah
Transformasi pentaksiran merupakan salah satu fokus dalam Pelan Strategik Interim
2011-2020. Sistem peperiksaan sedia ada dikembangkan konsepnya kepada
pentaksiran yang bersifat holistik, seimbang, fleksibel, adil dan merujuk kepada
piawaian yang telah ditetapkan (Farrington dan Small, 2008).
Oleh sebab itu, peperiksaan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk
mengukur pencapaian pelajar dalam sistem pendidikan di Malaysia untuk tempoh
lebih daripada 50 tahun. Justeru, isu pendidikan berorientasikan peperiksaan sering
dibincangkan oleh masyarakat sejak kebelakangan ini (Carter, 2005; Mertler, 2003;
Talib, 2008) . Pentaksiran harus dianggap bukan sekadar ujian tradisional seperti
pensel dan kertas atau sebarang ujian rasmi. Sebaliknya, penilaian mungkin terdiri
daripada pelbagai teknik lain seperti meminta pelajar untuk memberi maklumbalas
terhadap pertanyaan pensyarah, perbualan secara lisan di antara pensyarah dan
pelajar di dalam bilik darjah. Namun, pentaksiran alternatif boleh dilaksanakan oleh
pensyarah melalui pemerhatian, pentaksiran authentik, pentaksiran portfolio dan
pentaksiran berasaskan kemajuan (Garies & Grant, 2008).
Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi
sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan
gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti
pembelajaran.
Menerusi pentaksiran yang sistematik, pensyarah merupakan pihak utama
yang bertanggungjawab dalam literasi pentaksiran pengajaran dan pembelajaran
pelajar, oleh itu kualiti literasi pentaksiran bilik darjah yang diamalkan oleh
pensyarah amat diberi perhatian. Justeru, para pensyarah perlu mempunyai literasi
pentaksiran tertentu bagi mengamalkan pentaksiran dengan berkesan. Pensyarah
menggunakan pelbagai teknik pentaksiran, walaupun mereka mungkin tidak diberi
latihan yang bersesuaian dalam aspek pentaksiran dalam bilik darjah (Marso &
Pigge, 1988b).
Pembelajaran berasaskan hasil mula diperkenalkan di Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM) mulai tahun 2010 adalah salah satu pendekatan yang di
5
gunakan untuk memenuhi keperluan Kelayakan Kerangka Malaysia (MQA). Oleh
itu, antara perubahan besar yang dilaksanakan oleh pihak universiti adalah dengan
melaksanakan kurikulum baru yang menggunakan pendekatan outcome based
education (OBE), merupakan proses yang melibatkan penstrukturan semula
kurikulum, penilaian dan laporan dalam pendidikan. Hasil pembelajaran lebih
menitikberatkan terhadap persoalan apakah jangkaan yang perlu para pelajar capai
dari segi pengetahuan, kefahaman atau kebolehan untuk membuat sesuatu ataupun
kualiti yang perlu dibangunkan oleh pelajar semasa pengajian di universiti. OBE
merangkumi domain pegetahuan dan kemahiran praktikal dan merangkumi gabungan
tujuh (7) domain kemahiran insaniah (KI).
Menurut Yasin, M., (2009), sistem pendidikan di Malaysia sentiasa melalui
proses transformasi dan pembaharuan dari masa ke semasa seiring dengan peredaran
zaman. Menurutnya lagi keupayaan untuk melakukan transformasi dan pembaharuan
dalam sistem pendidikan, di samping mengekalkan matlamat asal untuk melahirkan
insan yang baik, merupakan prasyarat utama kepada kejayaan rakyat. Dengan
penerapan konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan hasil (OBE) di seluruh
institusi pengajian tinggi (terutama dalam bidang kejuruteraan) di Malaysia hari ini,
ianya dapat memberi peluang kepada pihak berwajib untuk memastikan graduan
yang dihasilkan kelak adalah selaras dengan kehendak dan keperluan negara (Mohd
Nor M. J., Zaharim, A., 2007).
Justeru itu, menjadi tanggungjawab pensyarah untuk memberikan keputusan
yang tepat mengenai keputusan pelajar serta dapat membantu proses penganjaran dan
pembelajaran di dalam meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta latihan
dalam bidang literasi pentaksiran pendidikan. Walaubagaimanapun, bergantung
kepada faktor demografi juga memainkan peranan penting di dalam membuat literasi
pentaksiran iaitu jantina, pengalaman mengajar dan pernah mengikuti kursus
pentaksiran. Menurut pengkaji seperti Black dan William(1998), Stiggins(1999a) dan
Arter(2003) dalam laporan mereka mengesahkan bahawa faktor literasi pentaksiran
pensyarah merupakan kriteria penting ke arah memajukan pengalaman pembelajaran
seterusnya dapat mencapai pencapaian pendidikan yang berkualiti.
Keputusan yang tepat tentang prestasi seorang pelajar boleh diperolehi
daripada maklumat yang berkualiti. Oleh demikian, maklumat yang berkualiti
diperolehi daripada pentaksiran yang baik. Di mana literasi pentaksiran pensyarah
membantu proses pembelajaran (Stiggins, 1995) dan membuat keputusan yang adil
6
dan tepat (Mertler, 2003). Masalah utama dalam usaha mengetahui tahap literasi
pentaksiran dan pengetahuan dikalangan pensyarah di UTHM diperlukan untuk
menerangkan konsep literasi pentaksiran yang di jalankan. Rentetan perubahan
dalam pendidikan, tuntutan terhadap literasi pentaksiran amat diperlukan. Namun
sejauh manakah literasi pentaksiran dalam kalangan pensyarah masih lagi menjadi
persoalan. UTHM juga dikenali sebagai pusat TVET yang terkemuka, kerana
penawaran program-program teknikal yang selari dengan keperluan pembangunan
negara. Namun begitu, perubahan yang radikal dalam pentaksiran menuntut
kemahiran yang tinggi dalam literasi pentaksiran untuk menjamin kualiti pendidikan.
1.2 Pernyataan masalah
Kesediaan pensyarah untuk menilai prestasi pelajar dengan berkesan masih lagi
menjadi persoalan dalam sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini, proses menilai
prestasi pelajar adalah menentukan keberkesanan pendidikan salah satu aspek yang
paling kritikal, literasi pentaksiran merupakan kriteria penting ke arah menjayakan
matlamat pendidikan berkualiti. Sehubungan itu, beberapa kajian berkaitan amalan
pentaksiran telah mencadangkan agar pensyarah diberikan latihan berterusan dalam
bidang pentaksiran.
Oleh sebab itu, tahap literasi pentaksiran pensyarah adalah signifikan, hasil
pengukuran dapat menjelaskan kekuatan dan kelemahan pengetahuan pentaksiran
pensyarah dan dijadikan panduan dalam merancang program pembangunan
profesionalisme. Selain itu, pengetahuan mengenai literasi pentaksiran adalah
penting bagi pensyarah untuk memastikan literasi pentaksiran kepada pelajar dapat di
laksanakan secara adil dan berkesan. Hal ini jelas menunjukkan, literasi pentaksiran
adalah satu mekanisme atau suatu proses mengumpul maklumat dan data untuk
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Maka pensyarah juga seharusnya
menerima latihan dan mengamalkan pentaksiran yang sesuai dengan peralihan
perkembangan teori dan juga peredaran zaman.
Justeru itu, literasi pentaksiran dan pengetahuan yang tinggi dikalangan
pensyarah amat diperlukan dan sejauhmanakah tahap literasi pentaksiran yang
diperolehi oleh semua pensyarah UTHM. Oleh itu, penyelidik telah mengenal pasti
dan mengesan literasi pentaksiran yang dimiliki oleh staf akademik di UTHM, Maka
7
kajian ini mengambil peluang untuk melihat tahap literasi pentaksiran dalam
kalangan pensyarah di UTHM berdasarkan tujuh piawaian kecekapan pensyarah
dalam penilaian pendidikan pelajar, dan mengukur konsep umum berkaitan dengan
penilaian dan pengujian termasuklah memberikan gred kepada pelajar.
1.3 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap literasi pensyarah-pensyarah di
UTHM, dalam mentaksir pembelajaran pelajar. Secara khususnya, objektif kajian ini
adalah seperti berikut:
(i) Mengukur aras kesukaran item dan indeks diskriminasi item berdasarkan
kebolehan pensyarah dalam menentukan literasi pentaksiran.
(ii) Menentukan tahap literasi pentaksiran pensyarah mengikut piawaian
kecekapan pensyarah dalam penilaian pendidikan pelajar
(iii) Mengenal pasti perbezaan diantara demografi pensyarah dari segi jantina,
tahap pendidikan, pengalaman mengajar, kursus pentaksiran dengan tahap
literasi pentaksiran.
1.4 Soalan kajian
Untuk memenuhi objektif kajian yang dinyatakan beberapa persoalan dikemukakan
di dalam kajian ini.
(i) Apakah aras kesukaran item dan indeks diskriminasi item berdasarkan
kebolehan pensyarah dalam menentukan literasi pentaksiran?
(ii) Apakah tahap literasi pentaksiran pensyarah mengikut piawaian kecekapan
pensyarah dalam penilaian pendidikan pelajar?
(iii) Adakah terdapat perbezaan diantara pensyarah lelaki dan pensyarah
perempuan terhadap tahap literasi pentaksiran?
(iv) Adakah terdapat perbezaan diantara pengalaman mengajar pensyarah
terhadap tahap literasi pentaksiran?
(v) Adakah terdapat perbezaan diantara kursus pentaksiran pensyarah terhadap
tahap literasi pentaksiran?
8
1.5 Hipotesis kajian
Dalam kajian ini, penyelidik mempunyai beberapa hipotesis untuk dikaji. Hipotesis
yang dibina adalah untuk menjawab persoalan kajian (iii,iv dan v). Hipotesis null: H0
dan Hipotesis alternatif: Ha bagi kajian ini adalah seperti berikut:
Persoalan kajian (iii) : Adakah terdapat perbezaan diantara pensyarah lelaki dan
pensyarah perempuan terhadap tahap literasi pentaksiran?
H0: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pensyarah lelaki dan
pensyarah perempuan terhadap tahap literasi pentaksiran.
Ha: Terdapat perbezaan yang signifikan antara pensyarah lelaki dan pensyarah
perempuan terhadap tahap literasi pentaksiran.
Persoalan kajian (iv): Adakah terdapat perbezaan diantara pengalaman mengajar
pensyarah terhadap tahap literasi pentaksiran?
H0: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar
pensyarah terhadap tahap literasi pentaksiran.
Ha: Terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar pensyarah
terhadap tahap literasi pentaksiran.
Persoalan kajian (v): Adakah terdapat perbezaan diantara kursus pentaksiran
pensyarah terhadap tahap literasi pentaksiran?
H0: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kursus pentaksiran
pensyarah terhadap tahap literasi pentaksiran.
Ha: Terdapat perbezaan yang signifikan antara kursus pentaksiran pensyarah
terhadap tahap literasi pentaksiran.
1.6 Skop kajian
Skop kajian dari segi memilih kaedah penilaian yang sesuai untuk digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran, kemahiran membina kaedah penilaian yang sesuai
untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran mentadbir,
menentukan markah dan mentafsirkan keputusan luaran dan penilaian oleh
9
pensyarah, kemahiran membuat keputusan bagi setiap pelajar, merancang pengajaran
dan membuat cadangan untuk kemajuan sekolah, kemahiran untuk membina
prosedur penggredan yang sah yang menggunakan pentaksiran oleh murid,
kemahiran untuk memaklumkan keputusan pentaksiran kepada murid, ibu bapa,
stake holders dan pendidik lain, dan kemahiran untuk mengenal pasti kaedah
penilaian yang tidak beretika, tidak sah, dan yang kurang sesuai. Kajian tertumpu
kepada literasi pentaksiran pensyarah dan perbezaan tahap pengetahuan pensyarah di
dalam membuat literasi pentaksiran. Selain itu, kajian ini memfokuskan samada
terdapat perbezaan diantara demografi iaitu jantina, pengalaman mengajar dan kursus
pentaksiran terhadap literasi pentaksiran. Justeru itu, literasi pentaksiran diukur
menggunakan inventori literasi pentaksiran dalam bilik darjah (CALI), yang
diperkenalkan oleh Prof. Dr. Craig A. Mertler, 2003.
Selain itu kajian ini hanya menumpukan kepada tujuh piawaian kecekapan
pensyarah dalam penilaian pendidikan pelajar, Piawaian kecekapan pensyarah (AFT,
NCME, & NEA, 1990), pentaksiran ditakrifkan sebagai proses mendapatkan
maklumat yang digunakan untuk membuat keputusan pendidikan mengenai pelajar,
memberi maklum balas kepada pelajar berkenaan dengan kemajuan, kekuatan dan
kelemahan untuk menilai keberkesanan pengajaran dalam kurikulum.
1.7 Batasan kajian
Kajian ini hanya dibataskan kepada pensyarah-pensyarah akademik yang aktif sahaja
di UTHM, tidak termasuk pensyarah-pensyarah yang bercuti atau melanjutkan
pelajaran. Justeru itu kajian ini hanya terbatas kepada pensyarah-pensyarah di
UTHM. Selain itu, faktor kos dan masa yang menyebabkan kajian ini dijalankan dan
difokuskan kepada pensyarah di UTHM sahaja. Ini kerana sekiranya pengkaji
mengambil responden dari universiti lain akan memakan masa untuk mendapatkan
maklum balas dan kos untuk mendapatkan maklumat adalah tinggi yang melibatkan
kos penghantaran (pos) instrumen ke universiti lain. Selain itu, kajian ini dijalankan
untuk program secara kerja kursus tentunya mempunyai masa yang terhad, bukannya
program secara penyelidikan sepenuh masa.
10
1.8 Kepentingan kajian
Hasil daripada kajian ini diharap dapat memberikan maklumat tentang kompetensi
pensyarah dan pihak universiti. Maklumat mengenai norm dan profil literasi
pentaksiran sangat berguna untuk pensyarah membuat refleksi kendiri (Gallagher,
1998). Menurut Covino; Iwanicki (1996); Stiggins (1997), amalan refleksi berupaya
memberi kesan kepada pensyarah untuk meningkatkan semangat untuk menjadi yang
terbaik. Literasi pentaksiran seseorang pensyarah di dalam membuat pentaksiran
dapat diketahui dengan jelas dan terperinci serta berkualiti. Oleh itu, diharap kajian
ini akan membantu meningkatkan literasi pentaksiran dan juga meningkatkan
motivasi kepada pensyarah untuk terus cemerlang di dalam membuat pentaksiran
dalam pembelajaran bahkan kesedaran pensyarah untuk melengkapkan diri dengan
pengetahuan pentaksiran berupaya menyumbang kepada peningkatan kualiti
pendidikan secara keseluruhan (Black & William, 1998).
Sehubungan itu, pensyarah yang mahir di dalam pentaksiran dapat merancang
strategi pengajaran dengan berkesan selain mampu meningkatkan motivasi pelajar
(Brookhart, 1999). Sekiranya, pensyarah tidak dapat menghasilkan keputusan yang
adil (Stiggins, 2001), perancangan pengajaran yang lemah (Brookhart, 1999) dan
tidak dapat mencungkil potensi sebenar pelajar (Stiggins, 2001).
Bagi pihak universiti pula, literasi pentaksiran ini dapat membantu pihak
universiti untuk mengetahui tahap pentaksiran dalam kalangan pensyarah dan juga
dapat melahirkan pensyarah-pensyarah yang berkemahiran dan dapat menjamin dan
peningkatan kualiti pendidikan di dalam membuat literasi pentaksiran.
1.9 Kerangka konsep kajian
Kerangka konsep ini bertujuan memberi penjelasan secara grafik terhadap kajian
yang akan dijalankan. Melalui kerangka ini, persembahan di lakukan dalam bentuk
gambar rajah atau peta minda bagi memberikan permahaman yang jelas kepada
pembaca. Selain itu, kerangka konsep adalah bertujuan bagi memudahkan penyelidik
menerangkan kajian yang akan dilaksanakan melalui sistem yang terancang tentang
11
keseluruhan idea yang ingin disampaikan. Kerangka konsep ini akan di gunakan
dalam kajian ini adalah seperti Rajah 1.1.
Rajah 1.1 Kerangka konsep kajian (Adaptasi American Federation of Teachers.
National Council on Measument in Education, 1990)
Kerangka konsep menerangkan beberapa peranan yang perlu ada pada
seseorang pensyarah. Seseorang pensyarah digalakkan bertindak sebagai seorang
pemikir yang berupaya menyatupadukan segala aspek, fakta dan pengalaman yang
releven bagi membina hubungan manusia dan teknikal serta memiliki set kecekapan
seperti kemahiran, kebolehan dan keterampilan (Lebar M. S., 2000). Justeru itu, para
pensyarah harus prihatin dengan perkembangan serta inovasi terbaru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, kepimpinan, penpensyarahsan dan perancang di dalam
bilik darjah bagi proses menghasilakan keputusan yang bermutu tinggi (Bajunid, I.
A., 2006). Oleh demikian, bagi membolehkan hasil pembelajaran yang berkualiti
pensyarah perlu mengunakan teori pembelajaran yang berkesan di dalam
Pensyarah
Literasi pentaksiran
1. Memilih kaedah
penilian.
2. Membina kaedah
penilian.
3. Mentadbir, menentukan
markah
4. Membuat keputusan
prestasi.
5. Membina prosedur
pengredan
6. Memaklumkan
keputusan (ibu bapa,
pelajar)
7. Mengenalpasti kaedah
Demografi
1. Jantina
2. Tahap pendidikan
3. Pengalaman mengajar
4. Kursus pentaksiran
Kesan terhadap
kualiti
pendidikan
12
pembelajaran. Pensyarah adalah tunjang utama bagi menjayakan segala dasar,
perancangan dan pelaksanaan proses pendidikan sama adalah berbentuk kurikulum
atau kokurikulum sejajar dengan perkembangan arus pendidikan masa kini.
Literasi pentaksiran pensyarah perlul selaras dengan piawaian kecekapan
pensyarah dalam penilaian pendidikan pelajar yang mengandungi tujuh piawaian
iaitu , di antara piawaian yang terdapat dalam kajian ini adalah, kemahiran memilih
kaedah penilaian yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran,
kemahiran membina kaedah penilaian yang sesuai untuk digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran, kemahiran mentadbir, menentukan markah dan
menginterprestasikan keputusan luaran dan penilian oleh pensyarah, kemahiran
membina prosedur penggredan yang sah yang menggunakan pentaksiran oleh
pelajar, kemahiran untuk memaklumkan keputusan pentaksiran kepada murid, ibu
bapa, stake holder dan pendidik lain dan kemahiran untuk mengenal pasti kaedah
penilaian yang tidak beretika, tidak sah, dan yang kurang sesuai. Selain itu aspek
jantina, pengalaman mengajar dan kursus pentaksiran memainkan peranan penting di
dalam membuat literasi pentaksiran bagi menghasilkan kesan kualiti dan mutu
pendidikan (Campbell et.al.,2002).
1.10 Definisi Operasional
Terdapat istilah dan konsep yang dapat di terangkan dengan jelas tentang perkara-
perkara yang digunakan di dalam menjalankan kajian ini adalah seperti berikut :
1.10.1 Literasi Pentaksiran
Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Empat, literasi adalah kebolehan menulis dan
membaca, celik huruf atau kemahiran menggunakan komputer, tahu menggunakan
dan mengendalikan komputer. Dari segi definisinya, pentaksiran merupakan proses
pengumpulan, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai
respon pelajar kepada tugas pendidikan (Lambert, D. & Lines, D 2000).
Menurut Mohd Majzub R., & Nordin A. B., (1989), penilaian dan pentaksiran
adalah suatu proses yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang
13
berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat
dan mencukupi untuk membolehkan pensyarah membuat sesuatu keputusan yang
dirasakan perlu. Langkah-langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini
dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu proses merancang, proses
melaksanakan penaksiran dan proses merekod maklumat.
Pentaksiran ini termasuklah pentaksiran bertulis atau pentaksiran secara lisan
yang dijalankan sepanjang pelajaran hinggalah yang dibuat pada akhir tahun
(Ibrahim A., & Reduan S. Z., 2002). Pentaksiran yang berkesan dapat membantu
pensyarah mengetahui tahap pembelajaran pelajar dan juga keberkesanan pengajaran
pensyarah.
Konsep literasi pentaksiran merujuk kepada kompetensi berasaskan
pengetahuan dalam bidang pentaksiran (Schaefer, 1993; Stiggins, 1999; Mertler,
2005) merangkumi pengetahuan deklaratif (mengenai fakta, konsep, prinsip –
knowing what) dan pengetahuan prosedural (aplikasi pengetahuan kepada amalan-
knowing how) (Chen Jiamu, 2001).
Assessment literates know the difference between sound and unsound
assessment. They know what they are assessing, why they are doing it, how
best to assess the knowledge or skill of interest, also aware of the potential
negative consequences of poor and inaccurate assessment. (Stiggins, 1995;
240).
Secara konseptual, literasi pentaksiran di definisikan sebagai kompetensi
pengetahuan pensyarah dalam bidang pentaksiran, oleh itu, literasi pentaksiran
pensyarah dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta
menghasilkan keputusan yang tepat mengenai pelajar dan program pendidikan secara
keseluruhan.
Dalam kajian ini literasi pentaksiran bermaksud piawaian kecekapan
pengetahuan pentaksiran pensyarah dalam membantu di dalam proses pembelajaran
pelajar di dalam bilik darjah secara berkesan dan dapat membuat keputusan yang
tepat dan adil (Mertler, 2003). Istilah literasi pentaksiran atau kompentensi
pentaksiran digunapakai dalam laporan kajian ini dengan merujuk maksud yang
sama.
14
1.10.2 Aras kesukaran item
Aras kesukaran item adalah satu aras pengukuran tentang kesukaran item bagi
sesebuah kumpulan yang diuji dan ditulis sebagai nilai p dan sebagai peratusan
menjawab item dengan betul (Anastas, & Urbina,1997). Pengukuran ini digunakan
untuk memgukur aras kesukaran item bagi sesuatu ujian yang di jalankan, selain itu
aras ini digunakan untuk meneliti dan menentukan nilai serta kualiti item yang telah
di gunakan berdasarkan kepada kriteria dan piawaian yang telah di tetapkan. Oleh
demikian aras kesukaran juga boleh disebut sebagai perkadaran pensyarah dalam
kumpulan yang diuji dapat menjawab item dengan betul. Pengkelasan julat di dalam
aras kesukaran ini mempunyai beberapa aras seperti, terlalu sukar, mudah dan terlalu
sukar (Ebel, 1979). Menurut Thorndike et.al, 1991, terma kesukaran boleh dalam
bentuk kekerapan relatif pengambilan ujian memilih responden yang menjawab
betul. Di dalam kajian ini aras kesukaran sebagai peratusan pensyarah yang
menjawab betul, semakin banyak pensyarah menjawab betul, maka item tersebut
adalah mudah (Wood,1960). Selalunya aras kesukaran dinyatakan dalam peratusan,
iaitu 0% untuk yang amat sukar dan 100% untuk yang amat senang; 50% adalah baik
dan 30% hingga 70% boleh diterima (Mohamad., 2011).
1.10.3 Indeks Diskriminasi item
Indeks diskriminasi merupakan satu ciri yang menjelaskan kebolehan sesuatu item
untuk mengukur kepekaan dan keberkesanan sesuatu item untuk mendiskriminasi
antara skor tinggi dan skor rendah dalam sesuatu ujian (Aiken & Groth-Marnat,
2006). Indeks diskriminasi sebagai satu alat pengukuran yang sangat berkualiti
digunakan untuk menilai kualiti sesuatu item soalan. Justeru itu item-item yang
paling baik adalah item yang mempunyai nilai indeks diskriminasi 0.30 dan ke atas
dianggap boleh diterima untuk dimuatkan dalam ujian.
Sekiranya, indeks diskriminasi merupakan satu kaedah kuantitatif yang
bertujuan untuk membezakan antara pensyarah yang berpencapaian tinggi dan
rendah dengan menilai setiap satu item yang telah diuji, berpaksikan kepada
matlamat tertentu seperti mengenalpasti tahap kefahaman kumpulan pensyarah
15
terhadap perkara yang dipelajari (Johari, J., et.al 2011). Oleh demikian, indeks
diskriminasi dikira dengan membandingkan prestasi pelbagai kumpulan terhadap
sesuatu item dengan prestasi ke atas sesuatu kriteria yang diukur.
Walaubagaimanapun, indeks diskriminasi dapat mengenalpasti konsep yang perlu
diajar, melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian-bahagian kurikulum yang
tertentu, dan dapat memberi maklum balas, serta bagi item yang tidak
mendiskriminasi perlu di ubah suai atau di gugurkan.
1.10.4 Piawaian kecekapan pensyarah dalam pentaksiran
Piawaian ditakrifkan sebagai suatu dokumen prinsip-prinsip umum yang telah
dipersetujui oleh badan professional yang bertanggungjawab untuk
mendokumenkannya. Satu dokumen yang ditubuhkan oleh konsensus dan diluluskan
oleh sebuah badan untuk penyelenggaraan umum, digunakan secara berulang-ulang,
peraturan-peraturan, garis panduan dan kriteria-kriteria bagi aktiviti-aktiviti atau
membuat keputusan, bertujuan untuk darjah pencapaian arahan yang optimum dalam
konteks yang diberi. Dalam kajian ini kecekapan pensyarah di dalam pengetahuan
perlu diperkasa supaya mampu melahirkan tenaga kerja yang berketrampilan dan
seorang pensyarah mampu membuat keputusan yang adil dan tepat (Mertler, 2003).
terdapat tujuh prinsip piawaian kecekapan pensyarah dalam pentaksiran yang
digunakan dalam kajian ini adalah:
(i) Pensyarah-pensyarah harus mahir dalam memilih kaedah penilaian yang
sesuai dalam membuat keputusan pengajaran.
Kemahiran dalam memilih kaedah yang sesuai, berguna, mudah ditadbir,
mencukupi dari segi teknikal dan kaedah penilaian yang adil merupakan
prasyarat yang baik untuk menggunakan maklumat dalam menyokong
keputusan pengajaran.
Pensyarah yang menggunakan piawaian tentang konsep dan aplikasi
perlu mengikut kemahiran masing-masing. Selain itu, mereka akan faham
bagaimana maklumat yang tidak sah boleh menjejaskan keputusan pengajaran
terhadap pelajar. Oleh demikian, boleh mengguna dan menilai opsyen
16
penilaian yang diperolehi, mempertimbangkan perkara-perkara lain seperti
budaya, sosial, ekonomi dan latarbelakang bahasa pelajar-pelajar. Pensyarah
mengetahui setiap pendekatan penilaian yang digunakan, kesesuaiannya
untuk membuat keputusan terhadap pelajar. Opsyen-opsyen penilaian adalah
pelbagai dan ianya termasuk teks seperti soalan kurikulum terancang dan
ujian, menyeleraskan kriteria rujukan dan norma rujukan ujian, soalan lisan,
kespontanan dan prestasi penilaian berstruktur, portfolio, pameran,
demontrasi, skala penarafan, sampel-sampel penulisan, ujian bertulis, kerja
kendiri dan kerja rumah, rakan sebaya dan penilaian kendiri, rekod pelajar,
pemerhatian, temubual, projek, produk dan pandangan-pandangan lain.
(ii) Pensyarah-pensyarah harus mahir dalam membangunkan kaedah penilaian
yang sesuai dalam membuat keputusan pengajaran.
Pensyarah yang menggunakan piawaian tentang konsep dan aplikasi perlu
mengikut kemahiran masing-masing. Pensyarah akan menjadi mahir dalam
merancang pengumpulan maklumat tentang keputusan fasiliti yang mereka
akan buat. Mereka akan mengetahui prinsip-prinsip yang bersesuaian untuk
membangunkan dan menggunakan kaedah penilaian dalam pengajarannya,
mengelakkan kesulitan yang biasa berlaku dalam penilaian pelajar. Teknik
seperti ini mengandungi beberapa opsyen yang disenaraikan dipenghujung
piawaian yang pertama.
(iii) Pensyarah harus mahir dalam mentadbir, memperoleh dan mentafsir
keputusan yang dihasilkan secara luaran dan melalui kaedah penilaian.
Pensyarah perlu berkemahiran dalam mentafsir maklumat dan menghasilkan
keputusan penilaian oleh pensyarah secara formal, termasuk prestasi murid-
murid di dalam kelas dan juga dalam tugasan kerja rumah. Pensyarah mesti
berkemampuan untuk menggunakan panduan dalam mendapatkan soalan-
soalan dan projek mudah, persentil untuk mendapatkan maklumbalas soalan
pilihan dan skala untuk kadar prestasi penilaian.
Pensyarah mampu untuk mentadbir piawaian ujian pencapaian dan
mampu untuk mentafsir skor yang dilaporkan : kedudukan persentil, graf skor
17
persentil, piawaian skor dan gred kesetaraan. Pensyarah akan menyediakan
satu rumusan indeks pemahaman konseptual yang akan dilaporkan bersama
dengan keputusan penilaian : mengukur kecenderungan titik tengah,
penyerakan, perhubungan, kebolehpercayaan dan kesilapan mengukur.
(iv) Pensyarah harus mahir dalam menggunakan keputusan penilaian apabila
membuat keputusan tentang individu pelajar, merancang pengajaran,
membangunkan kurikulum dan penambahbaikan sekolah.
Keputusan penilaian yang digunakan untuk membuat keputusan pendidikan
berada pada beberapa tahap : di dalam bilik darjah mengenai pelajar-pelajar,
di dalam komuniti mengenai sesebuah sekolah dan sekolah bagi satu daerah
dan dalam masyarakat pada umumnya adalah mengenai tujuan dan hasil
daripada pusat-pusat pendidikan. Pensyarah-pensyarah didapati gagal
memantau kemajuan pembelajaran (Gallagher, 1998), tidak dapat
menghasilkan keputusan yang adil (Stiggins, 2001), selain itu, pensyarah
tidak dapat merancang pengajaran secara berkesan (Brookhart, 1999),.
Pensyarah memainkan peranan penting apabila melibatkan diri dalam
membuat keputusan pada setiap tahap dan mesti berkemampuan untuk
menggunakan keputusan penilaian dengan lebih efektif.
Apabila menggunakan keputusan penilaian dalam merancang atau
menilai pengajaran dan kurikulum, pensyarah akan menginterpretasikan
keputusan dengan betul dan mengelakkan penyalahtafsiran yang biasanya
berlaku seperti keputusan berdasarkan skor yang kekurangan kesahan
kurikulum.
(v) Pensyarah harus mahir dalam memajukan prosedur menggred murid yang sah
berdasarkan taksiran murid itu sendiri.
Penggredan pelajar merupakan suatu bahagian amalan professional yang
sangat penting bagi pensyarah-pensyarah. Penggredan didefinasikan sebagai
mengindikasikan kedua-dua tahap prestasi seseorang pelajar dan pensyarah
yang akan menilai prestasi tersebut. Prinsip-prinsip untuk menggunakan
18
penilaian bagi mendapatkan gred-gred sah yang diketahui dan pensyarah
perlu menggunakannya.
(vi) Pensyarah harus mahir dalam membuat keputusan penilaian secara
komunikasi dengan pelajar, ibu bapa, badan-badan dan pendidik-pendidik
lain yang terlibat.
Pensyarah mesti melaporkan keputusan penilaian kepada pelajar dan ibu bapa
atau penjaga secara rutin. Selain itu, mereka selalunya diminta membuat
laporan atau membincangkan keputusan penilaian dengan pendidik-pendidik
yang lain atau badan-badan yang terlibat. Sekiranya keputusan tidak
diberitahu secara efektif, mereka mungkin disalahgunakan atau tidak
digunakan. Justeru itu didapati pensyarah melaporkan kepada ibu bapa dan
pelajar secara tidak tepat (Plake, 1993).
Untuk menyampaikannya dengan efektif perkara-perkara lain
mengenai penilaian pelajar, pensyarah mesti menggunakan terminologi yang
bersesuaian dan juga mesti mengartikulasikan makna, had-had dan implikasi
keputusan penilaian.
(vii) Pensyarah harus mahir dalam mengenalpasti kaedah penilaian yang tidak
beretika, haram, tidak sesuai dan juga menggunakan maklumat taksiran.
Keadilan, semua hak-hak yang berkaitan dan etika tingkahlaku professional
kesemua aktiviti penilaian pelajar daripada permulaan untuk merancang dan
mengumpul maklumat untuk pentaksiran, dan pengumuman keputusan.
Pensyarah mesti mahir dalam etikanya yang tersendiri dan bertanggungjawab
dalam peraturan-peraturan penilaian.
1.11 Rumusan
Dalam bab ini, membincangkan beberapa bahagian iaitu latarbelakang masalah,
penyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian, batasan kajian, kepentingan kajian,
definisi istilah berkenaan literasi pentaksiran, aras kesukaran, indeks diskriminasi
19
dan piawaian kecekapan pensyarah berserta tujuh piawaian berkaitan, dan kerangka
konseptual kajian. Semua maklumat diatas berkaitan dengan literasi pentaksiran
dalam kalangan pensyarah di UTHM. Semua persoalan dalam bab ini telah dikaji
oleh pengkaji melalui kajian yang telah di jalankan. Dan bab seterusnya akan
membincangkan tentang kajian literatur mengenai perkembangan teori pembelajaran,
perkembangan literasi pentaksiran, hubungan pentaksiran, penilaian dan pengukuran
di Malaysia, jenis-jenis dan amalan pentaksiran.
Top Related