LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
Institut Latihan Perindustrian
Kepala Batas, Pulau Pinang
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
Instrument SESI 2/2007
SEMESTER 2
DI SEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD JAMAL AZEEM BIN JAMIL
KELAS 3
242071092
PENGENALAN
Laporan ini mengenai “ Project Running Light ” yang
telah dijalankan dalam modul Elektronik. Pelajar-pelajar
telah ditugaskan untuk membuat pemasangan litar
elektronik berdasarkan skema litar yang di berikan.
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
Pelajar-pelajar juga telah di bekalkan dengan komponen
dan peralatan yang digunakan dalam menjalankan
pemasangan litar tersebut
Projek ini dijalankan untuk memberikan pendalaman
kepada pelajar-pelajar untuk mengenali komponen dan
peralatan yang digunakan dalam membuat pemasangan
litar pada “bread board” dan juga untuk menerangkan
kepada pelajar-pelajar tentang jenis dan fungsi IC yang
digunakan dalam satu-satu litar elektronik.
Dalam menjalankan tugas pemasangan litar ini berlaku beberapa masalah. Dari masalah yang dihadapi oleh dapatlah pelajar-pelajar mempelajari cara-cara untuk mengenal pasti masalah dan dapat memastikan beberapa kerosakan yang komponen yang dibekalkan kepada pelajar.
OBJEKTIF Objektif utama dalam membuat litar ini adalah
untuk memberikan pendedahan kepada
pelajar-pelajar cara pemasangan litar.
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
Pelajar juga dapat mengenali komponen dan
peralatan yang di gunakan dalam membuat
litar tersebut.
Juga dapat mengetahui cara-cara untuk
membuat bacaan terhadap nilai pada
komponen yang di berikan.
Dapat memupuk nilai kerjasama antara
kumpulan dalam menyiapkan litar tersebut
disamping dapat mengeratkan hubungan
Silaturrahim antara ahli kumpulan.
Pelajar juga dapat mempelajari cara
pemasangan yang perlu di buat berdasarkan
litar skematik yang diberikan.
Pelajar jjuga dapat mengetahui kutub/kaki
samada positif atau negative pada komponen
elektronik tersebut
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
KOMPONEN YANG DIGUNAKANAntara berikut merupakan komponen-komponen yang digunakan dalam litar “ Running Light ” :-
LED = Diod Pemancar
KAPASITOR=
IC =
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
PERINTANG=
PENERANGAN KOMPONEN
KOMPONEN PENERANGANL.E.D. Mempuyai 2 kaki
Merupakan lampu pemancar. Mempunyai kaki anod dan katod. Mementukan kaki dengan multimeter.
Kapasitor Mempunyai 2 kaki. Mempunyai kaki positif dan negative. Boleh menentukan kaki menggunakan
multimeter atau warna pada kapasitor tersebut.
mempunyai sifat istimewa iaitu ia boleh menyimpan cas dan tenaga elektrik.
Kapasitor yang bernilai tinggi akan menyimpan lebih banyak tenaga elektrik. Ia juga mengambil lebih masa untuk mengecas dan membuang cas.
Perintang Terdapat 2 jenis perintang iaitu boleh laras dan tetap.
Nilai berdasarkan pada kod warna pada perintang.
Perintang boleh laras mempunyai 3 kaki.
Perintang tetap mempunyai 2 kaki. Digunakan untuk mengawal jumlah arus
yang mengalir dalam litar.
I.C Adalah satu litar yang lengkap dan ringkas di dalam sebuah bekas kecil.
Ia juga dipanggil litar terkamil atau cip atau IC (Integrated circuit)
Ia boleh mengandungi elemen
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
komponen seperti transistor, diod, perintang dan sebagainya
PERALATAN DAN KEGUNAANPERALATAN KEGUNAAN
BRAED BOARD Alat digunakan bagi membina satu (umumnya sementara) prototaip satu litar elektronik dan untuk percubaan dengan rekaan-rekaan litar.
JUMPER Digunakan untuk membuat lompatan pada lubang-lubang yang terdapat pada Braedboard untuk membenarkan arus mengalir pada tempat-tempat yang di perlukan.
MULTIMETER Digunakan untuk mengukur nilai pada komponen.
Juga di gunakan untuk mengetahui kaki pada komponen elektronik.
Dapat di gunakan untuk mengenal pasti kerosakan komponen dan sambungan pada litar.
CUTTER Digunakan untuk memotong kabel Jumper. Membuang penebat pada Jumper. Membentuk kaki komponen elektronik.
BATERI 9v Digunakan untuk mengalirkan arus pada papan litar .
Dapat menyalakan LED sekiranya litar lengkap.
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
LITAR SKEMAT
IK
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
GAMBARAJAH LITAR LENGKAP
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
KENDALIAN LITARPertama sekali arus akan memasuki pada perintang tetap 18KΩ dimana punca masuk pada bahagian positif. Kemudian ada sambungan yang bersentuhan atau
bersambung dengan positif iaitu pada kaki IC (Integrated
circuit) 555 dimana kaki yang terlibat ialah kaki nombor 8 dan kaki nombor 4. Punca positif ini juga bersambung
dengan kaki IC CO4017 iaitu pada kaki nombor 16.
Kemudian kaki keluar dari perintang R1 atau 18KΩ tadi
akan bersambung pula dengan kaki nombor 7 pada IC 555 dan juga bersmbung dengan perintang R2 atau 1KΩ.
Punca keluar dari kaki perintang R2 atau 1KΩ tadi akan bersambung dengan kaki nombor 2 dan nombor 6 pada
IC 555 lalu bersambung pula dengan kaki perintang boleh laras 100KΩ. kemudian punca keluar dari kaki perintang boleh laras tadi akan bersambung pula dengan kaki positif kapasitor 2.2µf manakala kaki negative kapasitor akan di sambungkan kepunca negative litar.
Seterusnya kaki nombor 5 pada IC 555 akan bersambung dengan kaki positif kapasitor 47µf. Manakala kaki negative kapasitor ini juga akan disambungkan ke punca negative litar.
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
Kaki nombor 1 pada IC 555 akan di sambungkan pada
punca negative litar. Bagi kaki nombor 3 pada IC 555 akan disambungkan dengan kaki nombor 14 pada IC CO4017. Maka siaplah sambungan pada setiap kaki
pada IC 555.
Kini beralih pula pada IC CO4017. Jadual berikut
merupakan sambungan antara kaki pada IC CO4017 dengan kaki positif LED :-
KAKI IC CO4017
KAKI POSITIF LED
1 62 23 14 35 76 87 49 910 511 10
Kemudian kaki nombor 8 pada IC CO4017 akan terus disambungkan ke punca negative litar. Manakala kaki nombor 13 dan 15 pada IC CO4017 akan disambungkan terlebih dahulu dan juga akan dibawa ke punca negative litar.
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
Semua kaki negative pada LED akan disambungkan pada punca negative pada litar.
Bagi kaki nombor 12 pada IC CO4017 hanya di biarkan sahaja.
Keluarkan satu punca pada positif litar dan satu punca pada negative litar dan sambunkannya pada bateri@sel kering yang di bekalkan. Maka siaplah litar lengkap bagi “Running Light”.
LAPORAN TROUBLESHOOTINGMASALAH YANG DIHADAPI:
Terdapat 2 masalah utama dalam menyiapkan litar tersebut iaitu:-
1. Hanya terdapat 3 sahaja LED yang menyala sesudah litar siap disambungkan.
2. LED tersebut tidak berkelip (Running).
CARA MENGATASI MASALAH:
MASALAH 1:
Pemeriksaan terhadap LED telah dijalankan menggunakan Multimeter.
Membuat pemeriksaan litar kali kedua. Menukarkan IC yang baru.
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
MASALAH 2:
Memeriksa sambungan pada litar. Pemeriksaan dibuat pada kaki perintang boleh laras. Melaraskan pada pelaras perintang boleh laras. Membuat sambungan pada kaki perintang boleh laras yang
masih belum di gunakan.
KEPUTUSAN:
Kesemuaan LED menyala. Ada kelipan (Running)pada LED.
KESIMPULANDapat diringkaskan disini Project Running Light yang
telah di tugaskan telah berjaya di lakukan dengan
selamatnya. Dengan adanya latihan atau tugasan
seumpama ini pelajar-pelajar dapat belajar dengan lebih
cepat dan juga dengan cepat dapat memahami konsep
dalam memasangan elektronik seumpama ini. Pelajar
juga dapat mengenal dan dapat mengetahui fungsi dan
kegunaan komponen dan alatan yang digunakan dalam
membuat litar elektronik. Ribuan terima kasih di ucapkan
LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
kepada ahli kumpulan yang berkerjasama dalam
menyiapkan pemasangan litar dan dalam menyiapkan
laporan “Project Running Light”. Jutaan terima kasih juga
di ucapkan kepada pensyarah yang banyak membantu
dalam menyiapkan tugasan yang di berikan. Amat
diharapkan agar latihan atau tugasan seumpama ini akan
diadakan lagi pada masa-masa yang akn datang.
Top Related