SEKOLAH KEBANGSAAN UNDANG REMBAU
LAPORAN PENGGUNAAN MAKMAL SAINS
TAHUN 2011
PENDAHULUAN
Sekolah Kebangsaan Undang Rembau mempunyai sebuah makmal sains
yang dikategorikan sebuah makmal sains yang agak baik. Ini kerana makmal sains
ini dibekalkan dengan keperluan asas sebuah makmal seperti meja dan kerusi yang
mencukupi, tempat menyimpan alat dan bahan yang selamat dan mencukupi,
dibekalkan dengan komputer dan LCD, mesin pencetak, mempunyai sinki dan
sebuah bilik yang dijadikan stor .
Dengan kelengkapan yang ada ini, maka makmal ini mempunyai banyak
kegunaannya dan ianya telah dimanfaatkan dengan semaksimumnya oleh guru-guru
sains secara langsung dan guru- guru lain secara tidak langsung.
Antara aktiviti- aktiviti yang dijalankan di makmal ini ialah seperti berikut :
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Guru- guru diwajibkan membawa murid ke makmal pada masa pengajaran
selama 1 jam.
Penggunaan makmal berdasarkan jadual waktu penggunaan makmal yang
telah ditetapkan.
Keutamaan diberi kepada murid Tahap 2
Guru panitia lain turut dibenarkan menggunakan makmal sekiranya terdapat
kekosongan dalam jadual. Namun, mereka perlulah memaklumkannya
terlebih dahulu kepada AJK Panitia Sains supaya tidak berlaku
pertembungan.
Aktiviti Persatuan Sains dan Matematik
Aktiviti persatuan ini dijalankan di makmal kerana di sini terdapat banyak peralatan
atau bahan yang boleh digunakan sepanjang aktiviti dijalankan. Antaranya ialah
seperti aktiviti Magic Science, Old Newspaper, menghasilkan buku skrap, sejarah
Sains dan Matematik dan lain- lain.
Latihan Dalam Perkhidmatan (Kursus Dalaman)
Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan juga biasanya dijalankan di makmal ini iaitu
sebanyak 4 kali setahun. Latihan dijalankan untuk memberi pendedahan kepada
semua AJK dan guru-guru lain yang berminat mengenai:
Teknik dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran
Cara menjalankan PeKA
teknik menjawab dalam kertas UPSR Bahagian B.
Program Kecemerlangan UPSR Peringkat Daerah Rembau- Anjuran Majlis
Guru- guru Besar Daerah Rembau
Makmal ini juga turut menjadi lokasi untuk program yang dianjurkan oleh pihak- pihak
luar kerana kemudahan yang ada di sini seperti komputer dan LCD.
Program Pasca UPSR
Di sini juga dijalankan program pasca UPSR seperti pertandingan kuiz, bijak sains
dan eksperimen mengikut kaedah stesen .
Latihan Robotik
Sekolah Kebangsaan Undang Rembau juga terlibat dalam pertandingan robotik.
Oleh itu, makmal sains ini menjadi lokasi pemilihan serta latihan bagi para peserta.
Latihan Program Saintis Muda
Murid-murid dilatih untuk menghadapi pertandingan Saintis Muda.
Makmal Rujukan
Makmal ini sering menjadi rujukan dari segi pengurusan makmal kepada para
pelawat yang datang dari sekolah lain sama ada dari dalam negeri mahupun dari
luar.
Top Related