INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS
JABATAN PENGAJIAN TEKNIKAL
TAJUK KUIH TEMPATAN DAN BATER CAIRMINUMAN PANAS
KUMPULAN 1. NURUL MUNIRAH BT MOHAMMAD ZAL2. MUHAMMAD FADZLI BIN NAJMI
NAMA PENSYARAH PN.ROHANI BINTI SEMANDESKRIPSI TUGASAN TUGASAN BERKUMPULAN LAPORAN AMALI
MINGGUANAMALI 1
Saya maklum mengenai peraturan tugasan ini yang melarang sebarang aktiviti
plagiat. Dengan ini saya mengakui tugasan ini adalah hasil kerja kami kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah dijelaskan sumbernya.
Tanda tangan :
_____________________
_____________________
Tarikh :
_______________
_______________
Untuk kegunaan jabatan
Tarikh hantar : ________________ Diterima oleh: __________________
Tarikh semak : ________________ Disemak olah: __________________
Markah:
1 | P a g e
Amali : Satu
Tarikh : 26 Jun 2013
Masa : 8.00 g – 1.00 tgh Hari
Tema : Kuih Tempatan dan Bater Cair
Menu : Cucur Badak Secomel Saya dan Kuih Ketayap Semanis Dia
Minuman : Air Teh O Sedap Rasa
Kaedah : mengoreng dalam minyak yang penuh dan menggoreng
2 | P a g e
RESEPI 1 : Cucur Badak Secomel Saya
Bahan- bahan
Doh
1 biji keledek merah sederhana
30 g tepung gandum
30 g tepung ubi
¼ camt garam
Minyak untuk menggoreng
Bahan- bahan
Intinya
75 g udang sederhana
30 g udang kering
2 camb penuh kelapa parut
2 ulas bawang merah
½ cili merah
1 hiris halia
2 biji cili kering
½ camt jintan manis
1 batang serai
1 cams gula halus
¼ camt garam
½ serbuk kunyit
3 | P a g e
RESEPI 2 : Kuih Ketayap Semanis Dia
Bahan - bahan
Bater cair
125 g tepung gandum
1 biji telur
1 cams air pandan pekat + air sejuk 220 ml
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau
Bahan - bahan
Inti kelapa
¼ kelapa parut
1/3 keping gula melaka
1 camb air sejuk
½ camb gula pasir
½ camt tepung kanji + 1 camt air
3 helai daun pandan
1 camb minyak untuk menggoreng
MINUMAN PANAS : Air Teh O Sesedap Rasa
Bahan
600 ml air
Serbuk teh
Gula (sesedap rasa)
4 | P a g e
BAHAN BASAH
Bil Bahan basah Kuantiti Harga seunit
(RM)
Harga (RM)
1. Udang sederhana 75g 3.10 3.10
2. Daun pandan 3 helai 0.20 0.20
3. Air masak 220 ml 0.01 0.22
Jumlah = RM 3.52
BAHAN KERING
Bil Bahan kering Kuantiti Harga seunit (RM) Harga (RM)
1 Pewarna hijau 1 camt 0.20 0.20
2 Tepung gandum 155 g 0.50 0.50
3 Bawang merah 2 biji 0.20 0.40
4 Telur 1biji 0.40 0.40
5 Halia sehiris 0.10 0.10
6 Serbuk kunyit ½ 0.50 0.50
7 Kelapa parut 1/2 biji 2.00 1.00
8 Gula melaka 1/3 keping 0.55 0.55
9 Tepung kanji ½ camt 0.30 0.15
10 Udang kering 30g 0.13 1.30
11 Ubi keledek 1 biji 0.5- 0.50
12 Minyak masak 1 paket 2.00 2.00
13 Cili merah ½ biji 0.20 0.10
14 Cili kering 2 biji 0.20 0.40
15 Serbuk teh 2 camb 0.10 0.20
16 Gula pasir 3 camb 0.10 0.30
17 Garam 2 camt 0.20 0.40
18 Jintan manis ½ camt 0.30 0.30
19 Serai 1 batang 0.50 0.50
20 Tepung ubi 30g 0.50 0.50
JUMLAH = RM10.30
5 | P a g e
PENGURUSAN MASA
Masa Susunan kerja Catatan
8.00- 8.15 pagi Menyediakan bahan untuk membuat
cucur badak dan kuih ketayap
1. Sediakan alatan
dan bahan
masakan.
2. Basuh dan rebus
ubi keledek
terlebih dahulu.
8.15 - 8.45 pagi Menyediakan inti cucur badak
Panaskan minyak dan goreng
rempah hingga wangi
Masukkan udang, kelapa parut,
serai, cili, bawang dan halia.
Masukkan serbuk kunyit, garam
dan gula secukup rasa.
Goreng hingga inti hampir kering.
Keluarkan dari kuali
Sejukkan di dalam pinggan.
1. Buang kulit
udang dan
bersihkannya.
2. Rendam udang
kering sekejap
dan tuskan
airnya dan
ditumbuk halus.
3. Rebus cili kering
8.45 - 9.15 pagi Menyediakan doh
Buang kulit ubi.
Lecekkan ubi keledek.
Masukkan tepung dan uli supaya
menjadi doh kental.
Canaikan doh dan bentukkan
seperti sosej.
Bahagikannya kepada lapan
Pastikan ubi direbus
sehingga empuk.
Masukkan tepung
sedikit demi sedikit.
Gaul supaya doh
menjadi sebati.
6 | P a g e
bahagian uang sama besar.
9.15 - 9.45 pagi Menggoreng cucur
Canaikan tiap-tiap satu supaya
menjadi bulat dan pipihkan di
tengah doh supaya menjadi
bentuk sebuah mangkuk. Isikan
inti kelapa ke dalam doh dan
tutup dengan cermat.
Goreng dengan minyak panas
hingga kuning.
Tuskan sebelum dihidang dalam
pinggan yang bujur.
Hiaskan dengan daun pisang
sebagai alas.
Letakkan sedikit
minyak di telapak
tangan semasa
mencanaikan supaya
doh tidak melekat.
Pastikan kuali
dipanaskan terlebih
dahulu.
9.45 - 10.15
pagi
Menyediakan inti kelapa
Cairkan gula. Masukkan garam,
kelapa dan daun pandan
Masak beberapa minit. Masukkan
bancuhan tepung kanji.
Masak hingga hampir kering.
Sejukkan dalam pinggan.
Menyediakan bater cair
Masukkan telur ke tengah-tengah
tepung dan ½ daripada cecair.
Bancuh campuran hingga rata.
Tambah garam dan pewarna
hijau.
.
7 | P a g e
Menyediakan kuih
Panaskan kuali kecil. Sapukan
kuali dengan daun pandan yang
bersimpul dan bercelup minyak.
Curahkan ¾ senduk sup batter ke
dalam kuali dan jongketkan kuali
sedikit supaya batter sama rata.
Biarkan masak hingga
kekuningan disebelah bawah.
Kikis tepinya dan angkat pankek.
Menggulung kuih
Sudukan 1 camt inti di atas
pankek dan gulung dengan
kemas.
10.15 - 10. 45
pagi
Menyediakan minuman
Jerang air.
Panaskan teko dengan sedikit ait
mendidih.
Sukat daun teh ke dalam teko.
Tuang air mendidih ke dalam teko
teh.
Tutup teko dan biarkan teh
menyentuh selama 5 minit.
Hidangkan teh.
Menghias hidangan
sediakan mengikut citarasa tersendiri
Kemaskan bahan-
bahan yang telah
digunakan.
Buang sampah di
sekitar tempat
memasak.
Bersihkan kawasan
tempat memasak.
8 | P a g e
LANGKAH- LANGKAH PENYEDIAAN
CUCUR BADAK DAN KUIH KETAYAP
Langkah 1
Menyediakan bahan untuk membuat
cucur badak dan kuih ketayap.
Langkah 2
Sediakan inti cucur badak
Panaskan minyak dan goreng
rempah hingga wangi
Masukkan udang, kelapa parut,,
serai, cili, bawang dan halia.
Masukkan serbuk kunyit, garam dan
gula secukup rasa. Goreng hingga
inti hampir kering. Keluarkan dari
kuali dan sejukkan di dalam pinggan.
Langkah 3
Sediakan inti kelapa
Cairkan gula. Masukkan garam,
kelapa dan daun pandan. Masak
beberapa minit. Masukkan bancuhan
tepung kanji. Masak hingga hampir
kering. Sejukkan dalam pinggan.
9 | P a g e
Langkah 4
Menyediakan doh cucur badak
Buang kulit ubi. Lecekkan ubi
keledek. Masukkan tepung dan uli
supaya menjadi doh kental. Canaikan
doh dan bentukkan seperti sosej.
Bahagikannya kepada lapan
bahagian uang sama besar.
Langkah 5
Menyediakan bater cair untuk
ketayap
Masukkan telur ke tengah-tengah
tepung dan ½ daripada cecair.
Bancuh campuran hingga rata.
Tambah garam dan pewarna hijau.
Langkah 6
Menggoreng cucur
Canaikan tiap-tiap satu supaya
menjadi bulat dan pipihkan di tengah
doh supaya menjadi bentuk sebuah
mangkuk. Isikan inti kelapa ke dalam
doh dan tutup dengan cermat.
Goreng dengan minyak panas hingga
kuning. Tuskan sebelum dihidang
dalam pinggan yang bujur.
10 | P a g e
Langkah 7
Menyediakan kuih
Panaskan kuali kecil. Sapukan kuali
dengan daun pandan yang bersimpul
dan bercelup minyak. Curahkan ¾
senduk sup batter ke dalam kuali dan
jongketkan kuali sedikit supaya batter
sama rata. Biarkan masak hingga
kekuningan disebelah bawah. Kikis
tepinya dan angkat pankek.
Menggulung kuih
Sudukan 1 camt inti di atas pankek
dan gulung dengan kemas.
Langkah 8
Sediakan minuman
Jerang air. Panaskan teko dengan
sedikit ait mendidih. Sukat daun teh
ke dalam teko. Tuang air mendidih ke
dalam teko teh. Tutup teko dan
biarkan teh menyentuh selama
LAPORAN HASIL MASAKAN
PORSI : 2 orang makan
RUPA : Warna hijau dan jingga,
TEKSTUR : Lembut
CARA MENGHIDANG : Dalam piring bujur
11 | P a g e
REFLEKSI
1. Persepsi
Pada awalnya kami masih belum dapat membuat pilihan kuih tempatan
kerana kebanyakkan kuih sudah dipilih. Setelah membuat perbincangan kami
memutuskan untuk membuat cucur badak dan ketayap kerana ianya mudah
dan ringkas.
2. Kekuatan
Kami membahagikan kerja untuk penjimatan masa. Seorang
menyediakan kuih ketayap, manakala yang seorang lagi menyediakan
cucur badak.
Kuih yang dipilih tidak melibatkan kos yang tinggi.
3. Kelemahan
Kurangnya persediaan rapi. Terutama dari segi penyediaan bahan.
Pengurusan masa yang tidak begitu efisien
4. Masalah yang dihadapi
Sebelum
Dapur di unit kami kehabisan gas. Hal ini menyukarkan kami untuk
kerana masakan ini melibatkan kaedah mengoreng.
Semasa
Kami terpaksa mengguna dapur unit lain untuk mengoreng cucur dan
membuat inti. Hal ini menyukarkan kerana penggunaan dapur di masa
yang kemuncak.
5. Pengkayaan
Inti cucur badak boleh digantikan dengan inti yang lain bagi menghasilkan
rasa yang berbeza. Begitu juga dengan kuih ketayap penggunaan warna
yang menarik dan cara hidangan yang unik dapat menarik minat untuk
merasanya.
6. Kesimpulan
Kesimpulannya, pada hari ini saya dan pasangan berjaya menghasilkan kuih
tempatan iaitu cucur badak dan bater cair iaitu kuih ketayap bersama
minuman air teh o. Kerjasama dalam satu pasukan penting bagi
menghasilkan produk yang berinovasi dan kreatif.
12 | P a g e